TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BOYAN KALI KE- 7 TAHUN 2009

Tarikh Hari Masa Tempat

: 16 Mei 2009 : Sabtu : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari : Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan

Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan telah melangsungkan Temasya Sukan Tahunan kali ke-7 pada 16 Mei 2009 bersamaan Hari Sabtu, jam 8.00 pagi. Majlis ini telah dilangsungkan dalam suasana yang meriah dengan kehadiran ibubapa dan tetamu jemputan. Temasya sukan ini telah dirasmikan oleh Exco Pendidikan Negeri, Yang Berhormat En. Mohd. Zahir b. Dato’ Khalid. Antara acara yang telah dijalankan adalah acara perbarisan oleh rumah-rumah sukan, acara sukaneka murid pendidikan khas dan pra sekolah dan acara larian. Acara terbuka untuk guru-guru dan ibu bapa diadakan di akhir temasya. Acara sukan di akhiri dengan upacara kemuncak iaitu pertabalan olahragawan dan olahragawati bagi temasya sukan tahun ini. Kelihatan murid-murid sangat gembira. Murid-murid bersurai pada jam 12.30 tengahari.

Related Interests