You are on page 1of 3

KAJIAN STRES DIKALANGAN MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOOR KHAIRUL AZWAN BIN YUSOFF MOHAMAD HAFIZI BIN HASSANI HAIRUL FAISZUL BIN SANURI NOR AIN BINTI MAT DESA NURAISYAH BINTI AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Objektif 1. Untuk mengetahui punca stres di kalangan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia yang dominan berdasarkan kepada aspek akademik, hubungan peribadi/interpersonal dan persekitaran pembelajaran. 2. Untuk mengenalpasti simptom stres yang di alami oleh mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia. 3. Untuk mendapatkan langkah-langkah penyelesaian yang di ambil dalam menangani masalah stres yang dihadapi. 4. Untuk membezakan tahap stres yang dialami antara mahasiswa lelaki dan wanita di Universiti Teknologi Malaysia.

Latar Belakang Masalah Menurut American Institute of Stress, (2013) stres membawa maksud tindakbalas badan atau reaksi terhadap permintaan terhadap keinginan. Menurut Zaid et al, (______) Stres juga boleh menyebabkan beberapa perubahan tingkahlaku serta tubuh badan seperti kesakitan fizikal, psikologi, gangguan emosi dan boleh mempengaruhi prestasi seseorang. Selain golongan dewasa, pelajar universiti juga mengalami masalah ini kerana universiti mempunyai persekitaran yang unik dalam menuntut pelajar untuk mengimbangi peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan. Apabila berhadapan dengan masalah pelajar berkemungkinan untuk merasa kecewa, bimbang, putus asa dan mudah mengalami stres. Di awal tahun pengajian, mereka juga mudah terdedah kepada stres akibat daripada perubahan dalam kehidupan baru sebagai pelajar di universiti. Kebimbangan yang dihadapi oleh pelajar belaku akibat daripada punca stres yang pelbagai seperti jangkaam pencapaian dalam akademik mahupun factok hubungan sosial dengan seseorang (Zaid et al, _____). Beliau juga berpendapat tahap stres paling tinggi di kalangan pelajar adalah ketika persediaan peperiksaan, persaingan memperoleh gred yang baik ataupun masalah pengurusan masa yang berkesan. Pelajar yang lemah dalam pelajaran akan mengalami stres, sekiranya stres tersebut tidak ditangani kemungkinan untuk mereka memilih aktiviti yang salah adalah tinggi dan mereka juga lebih kerap gagal berbanding pelajar lain.

Menurut Zaid et all, (_____), menyatakan di Malaysia kira-kira 25 hingga 35 peratus pelajar mengalami tekanan perasaan akibat daripada bebanan pelajaran yang semakin meningkat. Menurutnya lagi, hal ini adalah disebabkan oleh pelajar tiada waktu untuk berehat dan mengadakan kegiatan aktiviti yang lain kerana sistem pendidikan yang mengutamakan kecemerlangan dalam bidang akademik sahaja. Selain daripada itu, pelajar juga menghadapi tekanan apabila ibu bapa dan guru memberi tekanan supaya mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang di sekolah. Zaid et all (_____) dalam Mueller (1961), mengatakan bahawa IPTA merupakan tempat yang penuh dengan pelbagai harapan dan cita-cita dalam kehidupan remaja atau belia di samping untuk mempelajari sesuatu bidang dengan lebih mendalam dan khusus. Sebagai seorang yang bergelar mahasiswa, sememangnya tidak boleh lari daripada menghadapi sebarang jenis masalah. Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan di Australia seperti ditunjukkan dalam Jadual 1, pelajar wanita merupakan golongan yang paling tinggi mengalami stress berbanding dengan pelajar lelaki. Hal ini adalah disebabkan oleh kurangnya keyakinan dalam diri dan mudah berputus asa. Antara beberapa punca yang dapat dikenal pasti dalam kajian ini adalah bebanan kerja, rakan baru, kerjasama dengan guru dan penyelia, pengajaran dan pengurusan serta pertolongan. Jadual 1 : Punca Stress di antara Jantina Berdasarkan Skor Min

(Rosalind, et all, 1999)