==========

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGENALAN KHIDMAT MASYARAKATSEBAGAI SYARAT GRADUAT SEKOLAH MENENGAH

1

1.0

LATAR BELAKANG o Kejayaan sesebuah negara kini tidak lagi diukur mengikut dimensi ekonomi dan pembangunan fizikal semata-mata, malah ia turut didukung oleh pembangunan modal insan yang berkualiti. Menyedari hakikat ini, usaha-usaha yang menjurus kepada meningkatkan keupayaan modal insan menerusi penguasaan ilmu, pemupukan masyarakat berbudaya dan pemantapan aspek moral serta nilai-nilai murni yang tinggi terus dipergiatkan. Cadangan ini merupakan antara perancangan ke arah memperkayakan modal insan sebagai teras utama pembangunan negara dalam menjayakan aspirasi Wawasan 2020. Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, termasuklah kemusnahan alam sekitar dan konflik senjata. Kejayaan mengharungi segala cabaran ini bukan sahaja memerlukan murid yang mempunyai kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing mereka dalam membuat keputusan yang beretika. Pada masa yang sama, pembangunan identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi dengan pembangunan warga yang global. Mereka akan meninggalkan alam persekolahan sebagai warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang kukuh. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan seharian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik seperti dalam aktiviti sukarela, penerimaan individu berlainan agama, bangsa, keturunan dan etnik, amanah serta berintegrasi. Selain itu, setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga mereka, atau kepada komuniti yang lebih besar serta negara. Berteraskan Konsep “Masyarakat Membina Sekolah, Sekolah Membina Masyarakat” , maka pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat ini merupakan pelengkap kepada Kurikulum Sekolah-Sekolah Malaysia (KSSM) yang mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain berperanan sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dalam bilik darjah, program yang dijalankan di luar bilik darjah juga berperanan dalam membentuk perwatakan dan jati diri individu serta memupuk semangat patriotisme dan perpaduan (seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang menitikberatkan kokurikulum sebagai ilmu yang wajib dipelajari oleh semua murid. Dalam ertikata lain, jika bidang akademik (dalam bilik darjah) sebagai sumber mengarap ilmu, kegiatan kokurikulum adalah makmal kepada murid-murid mempraktikkan ilmu tersebut). Oleh itu, bagi sekolah menengah, elemen khidmat masyarakat akan dijadikan salah satu prasyarat untuk kelulusan graduan sekolah menengah. Cadangan perekayasaan program khidmat masyarakat menjurus kepada pelengkap dalam pembentukan Modal Insan yang Cemerlang dan Mantap dalam mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara.
2

o

o

o

o

2.0

MATLAMAT Program khidmat masyarakat menjurus kepada pelengkap pembentukan Modal Insan yang Cemerlang dan Mantap mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara. dalam dalam

3.0

OBJEKTIF o Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang yang diperolehi semasa PdP. Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan dikalangan murid. Mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti khidmat masyarakat. Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah, penyelesaian secara jelas dan menyakinkan. Penyediaaan ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) bagi muridmurid dan warga sekolah. Memenuhi objektif Plan Pembangunan Pendidikan ke arah transformasi pendidikan yang dapat memenuhi aspirasi sistem dan aspirasi murid bagi membentuk hala tuju yang jelas untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti. Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat membentuk murid yang seimbang dari aspek jasmani ,emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Mengamalkan nilai perpaduan, kerjasama, bertolak ansur dan empati melalui aktiviti pecah bendungan yang dijalankan.

o

o

o

o

o

o

o

3

4.0

TATACARA PELAKSANAAN 4.1 Kumpulan sasaran : Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima 4.2 Pemilihan aktiviti Program Khidmat Masyarakat yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan 4.2.1 Lokasi dan keadaan geografi setempat. 4.2.2 Kemampuan kewangan 4.2.3 Keselamatan & kebajikan 4.2.4 Keperluan logistik

4.3

Aktiviti-aktiviti kesukarelawan 4.3.1 Pengelolaan 4.3.2 Penglibatan 4.3.3 Kempen 4.3.4 Menderma / Mengutip derma

4.4 Kategori Khidmat Masyarakat yang dicadangkan 4.4.1 Kejiranan / Komuniti Contoh : a) Gotong-royong b) Majlis Keraian 4.4.2 Alam Sekitar Contoh : a) Bumi Hijau b) Kesihatan c) Kebersihan 4.4.3 Bencana Alam Contoh : a) Banjir b) Kebakaran c) Tanah runtuh

4

4.4.4 Khidmat Jabatan / Agensi Contoh : a) Anti Dadah b) Anti Ponteng c) Motivasi / Bengkel / Seminar/ Kolokium 4.4.5 Kebudayaan & Kesenian / Integrasi Contoh : a) b) c) d) Pertukaran pelajar Lawatan Sukan & Rekreasi Persembahan kesenian

5.0 KAEDAH PENILAIAN 5.1 5.2 Berasaskan sekolah Keseragaman format Pentaksiran Aktiviti, Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) – memasukkan butiran perkara 4 dengan penambahbaikan. Tempoh masa pelaksanaan : 40 jam bersamaa 10 jam kredit dalam tempoh lima tahun.     5.4 Tingkatan Satu Tingkatan Dua Tingkatan Tiga Tingkatan Empat : : : : 10 jam bersamaan 2.5 jam kredit 10 jam bersamaan 2.5 jam kredit 10 jam bersamaan 2.5 jam kredit 10 jam bersamaan 2.5 jam kredit

5.3

Sekiranya murid masih tidak menyelesaikan 40 jam bersamaan 10 jam kredit dalam tempoh 4 tahun, bakinya hendaklah dilaksanakan semasa di Tingkatan Lima.

6.0 INSTRUMEN PENILAIAN (evident seperti berikut). 9.1 9.2 9.3 9.4 9.5 Rekod kehadiran / Penglibatan Nama aktiviti Ulasan Pencapaian / Hasil Pengesahan / Perakuan Contoh borang : Seperti di KhidMas 1, 2 dan 3.

5

7.0

PROSES PELAKSANAAN PROGRAM Mula

Mesyuarat JK Kokurikulum

Pengetua, Semua GPK, G8, Penyelaras Sub Unit & Ketua Guru Penasihat GPK Kokurikulum, Guru Penyelaras & Ketua Guru Penasihat Pengelola

Cadangan & Penyelarasan Aktiviti

Persediaan Aktiviti

Pelaksanaan Aktiviti

Pengelola

Penilaian / Maklumbalas

Pengelola

Tidak

Objektif tercapai

Ya

Penambahbaikan

Pelaporan + Dokumentasi

SELESAI

*Pengelola – Sekolah (guru & murid) dan Agensi luar

6

8.0 PERANAN MURID   Mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing. Menghadiri sesi taklimat program pengenalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Membuat pemilihan aktiviti yang hendak disertai. Melaksanakan aktiviti yang ditetapkan. Sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa menjalankan aktiviti. Memastikan peralatan/harta benda sekolah/agensi dikembalikan ke tempat yang sepatutnya.

  

9.0

PERANAN GURU PENASIHAT   Memastikan pelajar mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing sebelum menyertai program. Menentukan persediaan sebelum aktiviti dijalankan (logistik, lokasi, kebenaran pihak berkaitan, urusan surat menyurat, kewangan, makan minum, pengangkutan dan lain-lain). Menyampaikan taklimat program kepada murid-murid yang terlibat. Melantik ketua kumpulan dan membuat pengagihan tugas. Memantau pelaksanaan aktiviti murid. Memastikan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti. Memastikan peralatan/harta benda sekolah dikembalikan ke tempat yang sepatutnya. Merekod dan mendokumenkan penglibatan murid untuk pelaporan.

     

7

9.0

PERANAN PENGETUA  Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat. o Pelantikan Jawatankuasa dan pengagihan tugas o Mengkaji dan meluluskan kertas kerja aktiviti. Memantau pelaksanaan aktiviti. Menyemak dan mengesahkan penilaian. Memastikan rekod dan laporan dibuat mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Memastikan peraturan-peraturan tertentu dipatuhi. Memastikan kebajikan dan keselamatan murid diberi keutamaan dalam menjalankan aktiviti berkenaan. Merakamkan penghargaan kepada pihak luar yang menyumbangkan bantuan khidmat terhadap pelaksanaan aktiviti.

  

 

10.0

MAKLUMBALAS PELAKSANAAN

Aktiviti pelaksanaan khidmat masyarakat murid boleh dibuat penambahbaikan hasil daripada maklumbalas pihak yang terlibat secara langsung di dalam aktiviti berkenaan. Menggunakan borang khas maklumbalas yang disediakan.(seperti di KhidMas 3)

8

KhidMas 1 BORANG PERAKUAN PENYERTAAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT Nama Aktiviti Tarikh Masa Tempat Bil. :..................................................................... :..................................................................... :..................................................................... :..................................................................... Nama Murid No. Kad Pengenalan Tingkatan

Ulasan pencapaian : .................................................................................................................................................................................................. ..................................................................................................................................................................................................

Disediakan oleh Setiausaha : ................................................. Nama : Tarikh :

Disahkan oleh Ketua Guru Penasihat: ..................................................... Nama : Tarikh :

9

KhidMas 3 BORANG MAKLUMBALAS PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Nama Aktiviti :..................................................................... Tarikh Masa Tempat :..................................................................... :..................................................................... :.....................................................................

Sila tandakan ( / ) dalam ruang yang berkenaan : Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Perkara Pengurusan aktiviti teratur Peralatan yang disediakan mencukupi Murid menunjukkan kerjasama. Mengutamakan keselamatan murid Mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid 6. Tempoh masa aktiviti bersesuaian 7. Lokasi aktiviti sesuai 8. Makanan yang disediakan mencukupi 9. Murid mendapat pengalaman 10. Meningkatkan kemahiran komunikasi 11. Membina jatidiri 12. Program ini perlu diteruskan 1 2 3 4 5

(1 – Sangat Tidak Setuju, 2 – Tidak Setuju, 3 – Kurang Setuju, 4 – Setuju, 5 – Sangat Setuju)

Ulasan dan cadangan (Jika ada) : ....................................................................................................................................... .......................................................................................................................................

10

KhidMas 2

BORANG PERAKUAN PENYERTAAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN AGENSI LUAR SMK ...............................................................

Nama Aktiviti Peringkat Penganjuran Pengelola / Agensi Nama Penuh Pegawai No. Tel. Bimbit Tarikh Masa Tempat

:..................................................................... :..................................................................... :..................................................................... :..................................................................... :....................................... No. Tel. Pej. :..........................

:..................................................................... :..................................................................... :.....................................................................

Senarai murid yang terlibat : Bil. Nama Murid No. Kad Pengenalan Tingkatan

Ulasan pencapaian : (sila tandakan / pada kotak berkenaan) Lemah Sederhana Baik Sangat Baik

Tandatangan : ............................................ Jawatan Tarikh :............................................. : ............................................

11