FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI DI SEKITAR SKUDAI, JOHOR BAHRU.

SATU KAJIAN KES

TANG CHIEW HA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19;16(Ptnd.lD?)

STATI'STEStr} BORANGPENGESAI{AN : fAIffpR-rAI{Tp.R YANG JUDUL ME$TENSSR, ryESLAIilAN Uq B,rr,r,rpIs,pI{qIrAHlr{FrNqNc,asI(DBANc-.s$.+l{p4r}pAl p.IsEsrT+s,s{up"A'I. Kpq Jpqq* qAFRU.srtTu K4.JIAI!{
SESIPENGAJIAN: 2005/2006

* mengakumernbenarkan tesis(PSM / Sarjma / Doktor Fatsafah) ini disimpm di Perpustaham Universiti Teknologi Malaysiade,ngur syarat-syarat kegunaan s€eertiberikut: l. Tesisini adalahhakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpusmkaan Universiti TeknologiMalaysiadibenarkan membuatsalinanuntuk tujum pongajiar sahaja 3. PerpusUkaar ailtara dibenakm mernbuat salinantesisini sebagai bahar pertukaran instihsi pe,rgajian tinggi. 4. ** Silatmdakan({ ) (Mengandrmgi maklurnatyang berdarjahkeselmstm atau Malaysiasep€rtiterssktub di dalam kepentingan AKTA RAITSIA RASMI 1972) TERHAD (Megandungi maklummTtrRHaD yang telah dite,ntukan I oleh organisasi badandi manapenyelidikandijalenkan)

sayaTAlsc,QH"IElv HA (flURUT'BESAR)

TIDAKTERHAD

'

(WW
GAITDATANGAN PENULTS) AlamatTetap:P.O.BOX462, 95108SARIKEI SARAWAK.

?n

I

Disahkan ) {q
t r

z-\

t

,l r^.-//

(TANDAT4NGAN pENYELTA) MOHD RTZALBIN MOHD SAID NauraPeuyelia t / L+ lot Tmikh: ?'4 |

T mi kh : Y L l ct{(b b

t , t

CATATAN:

* Potongyangtidakberkenean *' fika tesirini SULIT atauTERHAI), sitalanpirkan surat drripadr pihak berkuese / menyrtakan organisasi herken*an dengan sekalisebrbdentenrpoh tesisini perlu dilrclnskan sebegei SULIT atauTERHAD. <) t$is dimaksudkan sebagsi t€sisljarah Doldor Fnlsafeh Sarjanadrn Sarjane dan reura penyelidikan ataudisertasi bagipcngaiian sec*rakerja kurrus dan , penyelidikan, LaporanSarjanaMude (PSM). atau

fr

o'$sys bahawn tslahmembrca akui saya karyaini dan@ pnngngan sryakarysini adal* mmdai darisegr skopdsnkwliti rmfi* fiaiurupengmrqsrabnijq"ffh $mjumMudaTfulogi $ertaPedid*km {Kem&iranHidup}".

Tanda&ngm NarmPenyelia Tsri*tu

: En.Mohd 7-{

..$**>-

=;1*--

jz-".r;xB.."';

.-t

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI DI SEKITAR SKUDAI, JOHOR BAHRU. SATU KAJIAN KES

TANG CHIEW HA

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

2006

ll

rri

€iSaya slsi knry$ ini adalshhe*il kerjr sflyt s€ndirihcuali nukilen d*n ringkaranyflngtinftiap sntunyatclah *ayejelnskansumbernya.'

I

Tanderangan Nam*Fennlis Terihh

, .....,ff..%,.or...!,rair.r,i...n :TANGCHIIWHA ,.fr1.0.31*,.td.r..r......,...*d.

iii

DEDIKASI

Ditujukan Khas Untuk:

1. 2. 3.

En. Mohd Rizal Bin Mohd Said Pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 78 orang Responden Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai

Tidak Ketinggalan:

Untuk ayah dan bonda yang tercinta dan terhormat. Untuk satu-satunya abang yang tersayang dan tercinta.

Terima Kasih Di Atas Sokongan, Galakan Dan Bantuan Yang Dicurahkan. “Semoga Menikmati Kejayaan Bersama”

iv

PENGHARGAAN

Salam sejahtera saya ucapkan. Adalah satu kebangggaan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda saya bagi sesi 2005 / 2006 di Universiti Teknologi Malaysia. Segala halangan dan cabaran yang timbul dalam proses perancangan, penyediaan, penulisan dan penghasilan tesis telah berjaya diharungi dengan penuh kesabaran, ketekunan dan keazaman yang tinggi.

Saya berasa terhutang budi sekali terutamanya kepada pensyarah bimbingan saya, En. Mohd Rizal Bin Mohd Said dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Beliau telah bersama saya mengharungi semua proses penyiapan projek sarjana muda dengan penuh dedikasi, sabar dan tekun. Di atas bimbingan beliau yang penuh professional, teguran beliau yang penuh kesabaran, bantuan yang penuh ikhlas dan curahan ilmu pengetahuan beliau telah membantu menjayakan Projek Sarjana Muda saya yang berjudul Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perlakuan Buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai di Sekitar Skudai, Johor Bahru. Satu kajian kes. Sehubungan ini, dengan penuh keikhlasan, ingin saya merakamkan setinggi-tinggi pernghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Mohd Rizal Bin Mohd Said.

Di samping itu juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan saya kepada kedua-dua ibu bapa yang tercinta dan abang yang tersayang. Atas galakan, nasihat dan dorongan kalian, saya telah menyiapkan kajian sarjana muda ini dengan jayanya. Sokongan moral dan bantuan kewangan yang berterusan amatlah dihargai dan diingati buat selama-lamanya. Tanpa sokongan dari keluarga, pastinya saya tidak dapat menyiapkan kajian dan penulisan tepat pada masanya. Semua cabaran dan halangan diharungi dengan sabar dan cekal atas

v sokongan moral dari keluarga. Terima kasih sekali lagi kepada ibu bapa dan abang yang tersayang.

Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang turut menghulurkan bantuan baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda saya.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang berkaitan dalam membantu saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih sekali lagi.

vi

ABSTRAK

Masalah buli di kalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi kelakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Johor Bahru. Kajian ini telah menggunakan set soal selidik sebagai

instrumen kajian dan melibatan seramai 78 orang responden. Kajian rintis telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Jaya, Kota Tinggi terhadap 10 orang responden dan Nilai Alpha Cronbach adalah 0.8865. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science) Version 11.5. Kaedah persampelan yang digunakan adalah sampel bertujuan. Hasil kajian menunjukkan faktor persekolahan merupakan faktor pelajar membuli di sekolah. Bagi membendung masalah ini, penyelidik

mencadangkan agar semua pihak bekerjasama dalam membendung masalah perlakuan buli ini. Diharap kajian ini dapat menjadi satu panduan dan dapat

memberi maklumat kepada pihak sekolah, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha melahirkan pelajar yang berkualiti masa kelak.

vii

ABSTRACT

Bullying among secondary school students become a hot issue discussed by society. This study is done in order to identify the factors which influence the bully problems among the student of Skudai Secondary School, Johor Bahru. Set of questionaires was constructed as the studying instrument for 78 respondents. The reliability value of 0.8865 was the result for the pilot test which was conducted at Taman Kota Jaya Secondary School at Kota Tinggi with 10 respondents. The

findings of the study was processed with SPSS (Statistical Package for the Social Science) Version 11.5 program. Analysis shows that schools factor influence on students bully problems. All parties are suggested to work together to overcome further serious bully problems. Hopefully, this survey will give a guideline and information for the school, and the Ministry of Education in producing quality students in the future.

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN PENDAHULUAN BAHAGIAN SATU BAB I PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian 1.6.1 1.6.2 Pihak Sekolah Pihak Guru 1-11 1-5 5-6 6 7 7-8 8-9 i ii iii iv-v vi vii viii xiii-xiv xv xi

ix 1.6.3 1.6.4 1.7 1.8 Pelajar Penyelidik 9 10-11

Batasan Kajian Definisi Istilah / Terminologi Istilah 1.8.1 1.8.2 1.8.3 1.8.4 Faktor Mempengaruhi Perlakuan Buli

1.9

Kesimpulan

11

BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 12-37

2.1 2.2 2.3 2.4

Pengenalan Faktor Diri Pelajar Faktor Keluarga Faktor Persekitaran 2.4.1 2.4.2 Masyarakat Rakan Sebaya

12-15 15-18 18-23 23-26 26-29 29-31 31-33 34-36 36-37 37

2.5

Faktor Persekolahan 2.5.1 2.5.2 Guru-guru Sekolah Peraturan Sekolah

2.6

Kesimpulan

BAHAGIAN TIGA BAB III METODOLOGI 3.1 3.2 Pengenalan Rekabentuk Kajian 39-47 39 39-40

x 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 Tempat Kajian Sampel Kajian Instrumen Kajian Kaedah Pemarkatan Kajian Rintis 3.7.1 Kebolehpercayaan 3.7.2 Kesahan Soal Selidik 3.8 3.9 Analisis Data Prosedur dan Tatacara Kajian 40 40-41 41-42 43 43-44 44 45 45 46 47

3.10 Kesimpulan

BAHAGIAN EMPAT BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 4.2 Keputusan Analisis Data 4.2.1 4.2.2 Latar Belakang Responden Pengalaman Perlakuan Membuli Atau Dibuli Di Kalangan Pelajar 4.2.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kelakuan Membuli 4.2.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor diri pelajar menjadi punca kelakuan buli di kalangan pelajar? 4.2.3.2 Persoalan Kajian 2: Adakah faktor keluarga mempengaruhi pelajar terlibat dalam kegiatan buli? 59-62 55-58 54-70 52-54 48-72 48 48 49-52

xi 4.2.3.3 Persoalan Kajian 3: Adakah faktor persekitaran menyumbang kepada berlakunya gejala buli di kalangan pelajar? 4.2.3.4 Persoalan Kajian 4: Adakah faktor persekolahan menyebabkan pelajar terlibat dalam perbuatan buli? 4.2.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 67-70 71-72 63-66

BAHAGIAN LIMA BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 73-90

5.1 5.2

Pengenalan Perbincangan Persoalan Kajian 1 Peranan Pelajar

73

74-75

5.3

Perbincangan Persoalan Kaiian 2 Peranan Ibu Bapa 76-77

5.4

Perbincangan Persoalan Kaiian 3 Peranan Persekitaran 78-80

5.5

Perbincangan Persoalan Kaiian 4 Peranan Persekolahan 80-82 82-90 Pelajar Ibu Bapa Masyarakat Pihak Sekolah 83 84-85 85-86 87-89 89-90 90

5.6

Cadangan 5.6.1 5.6.2 5.6.3 5.6.4

5.7 5.8

Cadangan Kajian Lanjutan Kesimpulan

xii BAHAGIAN ENAM SENARAI RUJUKAN BAHAGIAN TUJUH LAMPIRAN 98 91

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 3.1 3.2 4.1 Pengelasan Item Skala Likert

TAJUK

MUKA SURAT 42 43

Taburan Tingkatan Responden Mengikut Frekuensi Dan Peratus 49

4.2

Taburan Umur Responden Mengikut Frekuensi Dan Peratus 49

4.3

Taburan Jantina Responden Mengikut Frekuensi Dan Peratus 50

4.4

Taburan Bangsa Responden Mengikut Frekuensi Dan Peratus 50

4.5

Taburan Jumlah Adik-beradik Termasuk Responden Mengikut Frekuensi Dan Peratus 50

4.6

Taburan Status Bekerja Bapa Responden Mengikut Frekuensi Dan Peratus 51

4.7

Taburan Status Bekerja Ibu Responden Mengikut Frekuensi Dan Peratus 51

4.8

Taburan Anggaran Pendapatan Bulanan Keluarga Mengikut Frekuensi Dan Peratus 52 53

4.9 4.10

Pengalaman Perlakuan Membuli Atau Dibuli Peranan Diri Sendiri Di Dalam Pembentukan Kelakuan Pelajar

55

4.11

Peranan Ibu Bapa Di Dalam Pembentukan Kelakuan Pelajar 59

4.12

Peranan Masyarakat Dalam Pembentukan Kelakuan Pelajar 63

xiv 4.13 Peranan Guru Di Dalam Pembentukan Kelakuan Pelajar 4.14 Taburan Peratusan Responden Secara Keseluruhan Persoalan Kajian 71 67

xv

SENARAI

RAJAH

Rajah 4.1

Tajuk Taburan Peratusan Responden Terhadap Faktor Diri Pelajar Yang Menjadi Punca Kelakuan Buli Di Kalangan Pelajar

Muka Surat

58

4.2

Taburan Peratusan Responden Terhadap Faktor Keluarga Yang Menjadi Punca Kelakuan Buli Di Kalangan Pelajar 62

4.3

Taburan Peratusan Responden Terhadap Faktor Persekitaran Yang Menjadi Punca Kelakuan Buli Di Kalangan Pelajar 66

4.4

Taburan Peratusan Responden Terhadap Faktor Persekolahan Yang Menjadi Punca Kelakuan Buli Di Kalangan Pelajar 70

4.5

Taburan Responden Secara Keseluruhan Persoalan Kajian 72

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pendidikan di Malaysia bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada nilai dan warisan budaya masyarakat iaitu ia dikaitkan dengan fungsi pembudayaan atau sosialisasi pendidikan (Robiah, 1990). Ini adalah untuk menjadikan mereka warganegara yang baik dan dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.

Sistem pendidikan di Malaysia mula mengorak langkah ke arah pendidikan yang berterusan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Kementerian Pelajaran Malaysia, 26 Julai 2005). Usaha ini adalah bagi menanam, melahirkan dan mempertingkatkan nilai moral individu di samping bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara (Lembaga Penyelidikan Undang-undang, 2003). Pendidikan secara keseluruhanya ialah suatu yang membentuk kebolehan dan sikap manusia. Proses sosial ini membolehkan seseorang individu memperolehi keyakinan dan pertumbuhan kendiri, melalui satu keadaan yang terpilih dan dikawal serta diinstitusikan oleh masyarakat atau negara. Sistem pendidikan sesebuah negara ialah kegiatan yang dijalankan secara terancang dan sistematik terhadap perkembangan jasmani dan rohani dengan tujuan untuk melengkapkan seseorang individu supaya dapat menjalani kehidupan yang sempurna (Mohamad Najib, 2004).

2 Dalam senario pendidikan sekarang terdapat pelbagai masalah disiplin yang tidak terkawal. Antara yang dimaksudkan adalah seperti masalah tingkah laku antisosial yang membawa kepada kejadian keganasan di kawasan sekolah (Fortin, L., 2003). Masalah ini semakin berleluasa dan meningkat ke tahap yang membimbangkan berikutan dengan beberapa kes buli sejak kebelakangan ini. Akhbar-akhbar tempatan turut memaparkan pelbagai kes mengenai kemerosotan akhlak di kalangan pelajar.

Bermula dengan kes Sherman Mohd Jaafar, 14, mengalami kecederaan parah di tengkuk serta belakang badan selepas dibelasah oleh lima seniornya di asrama sebuah sekolah menengah di Tumpat, Kelantan. Kemudian pada 8 Ogos, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu, Mohd Rizuan Mohd Hashim, 15 dibuli oleh lima pelajar setingkatannya hingga cedera di beberapa bahagian badan (Berita Harian, 23 Ogos 2005).

Diikuti dengan kes Shahrul Fazrmee Salleh A Suhaimi yang mengalami kecederaan di kaki, belakang badan dan kepalanya akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMK) Maahad Muar, Johor pada 26 Julai yang lalu. Kira-kira seminggu sebelum itu, seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan, Jalan Changkak Jong, Perak, juga dibelasah oleh 10 pelajar senior asrama sekolah itu menyebabkan mangsa, yang berusia 16 tahun, patah tangan kanan, lebam badan dan muka (Berita Harian, 23 Ogos 2005).

Kemudiannya diikuti dengan kes Mohd Hafizi Jumhari yang mengalami kecederaan parah sehingga salah satu buah pinggangnya terpaksa dibuang akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor Bahru pada Ogos 2003. Kes kematian adik Mohammad Farid Ibrahim akibat pendarahan dalaman selepas cedera parah dipukul serta dipijak oleh lapan pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Petra Maamor,Negeri Sembilan telah menggemparkan lagi masyarakat Malaysia. Lebih setahun selepas kematian Muhammad Farid, sekali lagi masyarakat digemparkan dengan kejadian yang menimpa ke atas Muhammad Afiq Baharuddin yang hanya berumur tiga belas

3 tahun. Kejadian ini berlaku pada April dan Mei lalu di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku (SMAPT) di Kuala Lipis, Pahang. Muhammad Afiq dibelasah, dipijak belakang badan dengan but kadet polis dan kepalanya dihentak ke almari pada pertengahan April dan awal Mei lalu. Muhammad Farid dan Muhammad Afiq masing-masing berkongsi nasib buruk, kedua-dua pelajar merupakan mangsa buli pelajar senior di asrama (Berita Harian, 31 Julai 2005).

Sebelum kejadian yang membabitkan Mohd Afiq, seorang pelajar tingkatan dua sekolah itu, Badri Zainal Ali telah ditampar oleh pelajar senior sehingga dia hampir mengalami risiko pekak. Kes buli ini telah mendapat perhatian Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein turun padang untuk mengetahui situasi yang berlaku. Jelas di sini bahawa kes buli ini amat dipandang serius dan sudah pasti mereka yang bersalah akan dihadapkan ke muka keadilan (Berita Harian, 31 Julai 2005).

Menurut Laporan Tahunan Polis Diraja Malaysia 2000, secara keseluruhannya kadar Jenayah Indeks yang dicatatkan adalah sebanyak 167,173 kes berbanding 169.115 kes pada tahun 1999 (Laporan Tahunan Polis Diraja Malaysia 2000, hlm 10-13). Ini menunjukkan Jenayah Kekerasan meningkat sebanyak 447 kes atau 2.11% iaitu daripada 21,157 kes pada tahun 1999 kepada 21,604 kes pada tahun 2000. Seramai 5,829 orang juvana telah ditangkap kerana melakukan berbagai kesalahan jenayah berbanding tahun 1999 seramai 6,538 orang. Bangsa Melayu merupakan yang paling tinggi iaitu lelaki 61.8% dan perempuan 0.9% manakala bangsa Cina, lelaki 16.1% dan perempuan 0.33%. Bagi bangsa India pula, lelaki dengan peratusnya sebanyak 12.8% dan perempuan 0.1% (Laporan Tahunan Polis Diraja Malaysia 2000, hlm 10-13).

Menurut Perangkaan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2003) pula, kes baru juvana di Johor dengan jumlah kesnya sebanyak 558 kes iaitu kedua tertinggi selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jumlah kes juvana sebanyak 581 kes. Kes juvana yang bersabit dengan orang mencatat jumlah kes sebanyak 532 kes. Statistik Penjara dalam Jabatan Penjara Malaysia (1996) pula mencatatkan sebanyak 3,056 (11.04%) banduan sabitan berusia kurang daripada 21 tahun.

4 Robiah (1994) mengatakan bahawa pendidikan bermutu sudah banyak diperkatakan oleh para pemimpin, golongan pendidikan dan rakyat umum. Laporan Kabinet yang dikeluarkan pada tahun 1974, dikatakan laporan untuk memperbaiki mutu dan kualiti pendidikan dan pengurusannya. Terdapat banyak syor-syor ditujukan untuk memperbaiki kurikulum, disiplin, pengurusan sekolah dan lain-lain. Sungguhpun langkah-langkah untuk memenuhi saranan laporan itu berjalan dengan lancar, namun isu-isu berkaitan dengan mutu pendidikan masih lagi dibangkitkan satu demi satu. Ini membayangkan bahawa aspek kualiti itu merupakan sesuatu yang tidak tetap, relatif, dan wujud setiap masa. Fenomena ini amat bertentangan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk melahirkan insan yang benar-benar berkualiti dan berguna untuk perkembangan dan kemajuan Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 26 Julai 2005). Sikap agresif yang berterusan boleh mendorong seseorang pelajar itu melakukan perbuatan membuli. Kebanyakan kes buli ini dikatakan berpunca daripada sikap remaja sendiri yang terlalu mengikut gelodak jiwa, yang seiring dianggap suka memberontak, tinggi sifat ingin tahu sehinggakan membelakangkan peraturan.

Unit keluarga merupakan institusi utama dalam masyarakat dan ianya memainkan peranan penting dalam menyediakan keperluan sosial, ekonomi dan kebajikan individu. Ia juga merupakan institusi yang memberi perlindungan dari segi ekonomi, sosial dan fizikal (Unit Perancangan Ekonomi, 1999). Olwes (1978) dalam Besag, (1989) mengatakan bahawa antara faktor-faktor pelajar membuli, faktor keluarga merupakan faktor yang paling signifikan. Mitcel dan O’Moore (1988) dalam Besag, (1989) mendapati satu pertiga daripada mereka yang terlibat dalam buli sama ada mangsa buli atau pembuli, masing-masing mempunyai latar belakang keluarga yang bermasalah.

Peranan rakan sebaya turut menyumbang kepada berlakunya perlakuan buli. Kajian Dr Noran Fauziah Yaakub dalam Muhammad Hisyam (2005) yang bertajuk “Memahami faktor-faktor tingkah laku buli di kalangan murid sekolah rendah” mendapati ada pembuli yang tidak mempunyai prestasi akademik yang baik. Faktor utama ialah kerana pembuli berasa puas apabila dia berjaya menyakiti mangsa secara lisan dan juga fizikal. Sesetengah pembuli menganggap perbuatan mengganggu

5 orang lain sebagai hobi di samping punca lain yang bersifat perasaan seperti benci, marah dan mahu membalas dendam terhadap mangsa (Muhammad Hisyam, 2005).

1.2

Latar Belakang Masalah

Mohd Salleh (1998) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi pendidikan yang berbentuk formal di mana ia membentuk pemikiran, tingkahlaku dan sikap para pelajar bagi melahirkan generasi yang seimbang baik dari segi mental mahupun rohani. Menurutnya lagi, semenjak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dilancarkan pada tahun 1989, beberapa unit di bawahnya termasuk sekolah telah diarah untuk melaksanakan matlamat tertentu. Antara ciri dan matlamat yang ditekankan oleh pihak sekolah ialah dari segi pencapaian akademik dan pembentuk akhlak mulia.

Memandangkan pendidikan memainkan peranan yang penting, Kementerian Pendidikan berusaha menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan lagi mutu pendidikan negara. Salah satu unsur yang penting adalah nilai yang berkaitan dengan keperluan dan perkembangan individu untuk meninggikan lagi kemampuan supaya menjadi anggota masyarakat yang berkualiti. Namun begitu, masih terdapat kalangan pelajar yang terlibat dalam kes salah laku dan disiplin. Masalah salah laku dan disiplin pelajar semakin menular dan susah untuk dikawal dan boleh dianggap serius oleh Kementerian Pendidikan. Jika ia dibiarkan menular, ia pasti akan terus meracuni generasi muda kita. Ini akan menyebabkan pihak sekolah gagal melaksanakan aktiviti hariannya seperti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang lebih luas. Di samping mengajar, guru juga memainkan peranan sebagai ‘role model’ yang utama kepada para pelajar. Konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati pelajar terhadap undang-undang dan dasar pendidikan akan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara di luar jangkaan seperti

6 mencederakan rakan-rakan, membuli dan sebagainya (Utusan Malaysia, 12 Julai 2002).

Jika dilihat dari laporan dan berita yang dipaparkan, masalah buli ini bukanlah masalah yang baru, ia telah wujud sejak beberapa abad yang lalu dan baru saja dikenalpasti sebagai masalah oleh seluruh dunia (Camodeca & Goossens, 2005). Walaupun program pencegahan dilakukan, namun isu ini masih menjadi masalah yang signifikan di sekolah (Rigby, 1997).

Menurut Demko (1996), tindakan buli ini akan mengakibatkan masalah kesihatan mental di mana ia akan mempengaruhi kehidupan mangsa buli walaupun telah tamat persekolahannya. Keputusan akademik turut akan terjejas berikutan dengan gangguan mental dan fizikal akibat perbuatan buli. Sekiranya masalah buli ini tidak dibendung, pastinya akan memberi kesan yang buruk kepada perkembangan negara.

Sesungguhnya isu buli di sekolah tidak boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja. Ia memerlukan komitmen daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau pelajar itu sendiri bagi memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan bukannya tempat untuk melahirkan samseng. Sama ada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin membalas dendam, perbuatan seumpama ini tidak sepatutnya menjadi budaya yang menunjangi institusi sekolah.

1.3

Pernyataan Masalah

Masalah buli ini, walau sekecil mana pun, ia mempunyai potensi yang besar untuk merebak dengan berluasa jika dibiarkan. Maruah dan harga diri negara kita adalah terletak pada rakyatnya yang sentiasa beretika, bermoral dan berdisiplin. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kelakuan buli di kalangan pelajar.

7 1.4 Objektif Kajian

Objektif-objektif umum kajian ini ialah untuk:

(i)

Untuk mengenalpasti sama ada faktor diri pelajar menjadi punca utama perlakuan membuli pelajar di sekolah.

(ii)

Untuk mengenalpasti sama ada faktor keluarga menjadi punca utama perlakuan membuli pelajar di sekolah.

(iii)

Untuk mengenalpasti sama ada faktor persekitaran menjadi punca utama perlakuan membuli pelajar di sekolah.

(iv)

Untuk mengenalpasti sama ada faktor persekolahan menjadi punca utama perlakuan membuli pelajar di sekolah.

1.5

Persoalan Kajian

Kajian ini direka bentuk untuk melihat aspek-aspek penyumbang ke arah kelakuan buli di kalangan pelajar.

1.5.1

Adakah faktor diri pelajar menjadi punca kelakuan membuli di kalangan pelajar?

1.5.2

Adakah faktor keluarga mempengaruhi pelajar terlibat dalam kegiatan membuli?

1.5.3

Adakah faktor persekitaran menyumbang kepada berlakunya gejala membuli di kalangan pelajar?

8 1.5.4 Adakah faktor persekolahan menyebabkan pelajar terlibat dalam perbuatan membuli?

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful