Topik

X

10
1. 2. 3.

Pendidikan Jasmani Suaian

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menghuraikan konsep, definisi dan matlamat Pendidikan Jasmani suaian; Menghuraikan keperluan orang kurang upaya; dan psikologi dan pengubahsuaian

Menghuraikan kategori pelajar dalam pelaksanaan Pendidikan Jasmani suaian.

X PENGENALAN
Menurut Mahmod Nazar (2000), golongan istimewa ditakrifkan sebagai pelajar yang mempunyai batas keupayaan fizikal dan mental. Kanak-kanak istimewa ini tidak seharusnya terpinggir dalam kurikulum sekolah. Bagi mengelakkan pelajar istimewa terasa terpinggir, pelajar istimewa akan mengikuti kurikulum sekolah biasa yang diubahsuai bagi memenuhi keperluan khas.

10.1

KONSEP, DEFINISI DAN MATLAMAT

Golongan istimiwa juga merupakan golongan yang berhak untuk mempelajari dan mengaplikasikan Pendidikan Jasmani dalam kehidupan. Kanak-kanak istimewa tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, malahan mereka juga wajar diberi pendidikan.

10. Selain daripada itu. Penyesuaian yang dimaksudkan ialah menyediakan kemudahan.1.202 X TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN Memandangkan keupayan golongan ini yang agak terhad dalam mata pelajaran. maka Pendidikan Jasmani suaian diperkenalkan. objektif dan aktiviti yang menepati keperluan.3 Matlamat dan Tujuan Bersesuaian dengan Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia. Pendidikan Jasmani suaian didefinisikan sebagai pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang diajar berdasarkan kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubahsuai berdasarkan kekangan dan batasan pelajar yang mengikutinya. usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanakkanak dan semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawabnya adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan sistem persekolahan. 10.1. Pendidikan Jasmani disesuaikan daripada aktiviti Pendidikan Jasmani tradisional. Faktor utama yang perlu diambil kira dalam melaksanakan Pendidikan Jasmani suaian ialah potensi dan keupayaan individu untuk melakukan aktiviti tersebut. 10. Pendidikan Jasmani suaian membenarkan pelajar istimewa mengikuti kelas dengan lancar tanpa ada sekatan atau batasan. alatan. iaitu untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa. . maka pendidikan yang diberi kepada mereka perlu disesuaikan mengikut batasan keperluan.1 Definisi Pendidikan Jasmani Suaian Pendidikan Jasmani suaian adalah bidang khusus dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang menyediakan kurikulum serta keperluan bagi menyesuaikan bidang Pendidikan Jasmani dengan keperluan golongan istimewa. bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat dan berjaya serta mencapai kepuasan diri.2 Konsep Pendidikan Jasmani Suaian Pendidikan Jasmani suaian sama seperti Pendidikan Jasmani yang diajar di dalam kelas biasa.1. Disebabkan ciri-ciri istimewa golongan ini.

TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN W 203 Pendidikan Jasmani suaian mempunyai persamaan matlamat dan tujuan dengan Pendidikan Jasmani yang di perkenalkan di dalam kelas biasa. (d) Kriteria pencapaian yang jelas. Objektif haruslah berorentasi pelajar. Selain daripada objektif pembelajaran. kawalan postur adalah merupakan asas yang perlu di bina bagi membolehkan individu mengalami perkembangan. Contohnya tiga orang pelajar dapat membaling ke arah gol dengan tepat dari jarak satu meter. Pendidikan Jasmani suaian bermatlamat menyediakan keperluan Pendidikan Jasmani kepada pelajar istimewa. motor. Objektif ini mempunyai dua komponen iaitu: x x Tingkah laku yang dapat diperhatikan. objektif psikomotor juga perlu diberi perhatian. kecergasan dan permainan. bermakna dan dirancang untuk jangka masa yang pendek. Ciri-ciri objektif pengajaran yang dicadangkan bersesuaian dengan Pendidikan Jasmani Suaian ialah: (a) (b) (c) Khusus: Pelajar dapat memberi tumpuan selama 75 peratus ketika bermain bola. dan Kriteria untuk kejayaan berlandaskan bilangan kali berdasarkan peratus gerak balas. Contohnya tiga orang pelajar dapat membaling kearah gol dengan tepat. (e) (f) (g) Syarat-syarat yang sesuai. Aspek yang menjadi tumpuan utama dalam program Pendidikan Jasmani Suaian dari sudut psikomotor berkaitan fizikal. dalam program Pendidikan Jasmani suaian. pertumbuhan dan . Pencapaian utama yang di inginkan: Pelajar akan dapat berjalan diatas palang. (a) Fizikal Pendidikan ini lebih memberi tumpuan kepada aspek struktur anotomi individu. Tingkah laku yang dapat diperhatikan: Pelajar akan dapat berbaris menunggu giliran masing-masing. dan Jangka masa yang diperlukan untuk mencapai setiap objektif berbeza dari satu hari ke satu hari. Berdasarkan maklumat tersebut objektif-objektif pengajaran bagi pelajar istimewa haruslah nyata.

kelenturan. Faktor asas yang terlibat ialah: (i) (ii) Imej tubuh. (b) Motor Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. kepantasan dan kelajuan. SEMAK KENDIRI 10. (c) Permainan Secara tradisinya aktiviti permainan ini melibatkan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi. (iii) Orientasi spatial (ruang). daya tahan kardiovaskular dan otot. Permainan merupakan tempat untuk pelajar mengaplikasikan aspek fizikal. Aktiviti permainan memberi ruang kepada pelajar istimewa melibatkan diri dalam berkomunikasi dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial. (v) Perkembangan kemahiran. Kawalan postur juga menyediakan pelajar untuk mempelajari kemahiran motor yang lebih kompleks.204 X TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN kematangan motor bersesuaian dengan umur. Tumpuan utama dalam latihan fizikal ini ialah dua aspek iaitu postur statik dan juga postur yang dinamik.1 Nyatakan definisi dan matlamat Pendidikan Jasmani suaian. . motor dan kecergasan. Kawalan objek. dan (vi) Kecergasan. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan. ketangkasan. Dalam Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan motor. (iv) Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor. Aspek motor juga tertumpu kepada perihal kualiti pergerakkan individu dan perlakuan harus ke arah mencapai tahap berkemahiran.

Sokongan daripada ibu bapa. . rakan-rakan. merasa malu.2.TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN W 205 10. rendah diri.2 KEPERLUAN PSIKOLOGI DAN PENGUBAHSUAIAN SIKAP ORANG KURANG UPAYA Orang istimewa mempunyai keperluan hidup seperti manusia biasa. keperluan keselamatan. pelajar istimewa ini akan cuba mengasingkan diri. kurang yakin serta bimbang terhadap masa depan yang serba kekurangan. keperluan ego dan penghormatan juga keperluan kendiri. Seperti yang digambarkan mengikut Maslow (1970). ibubapa. Di antara sikap negatif orang normal yang memburukkan lagi keadaan termasuklah: (a) (b) (c) (d) (e) Kegelisahan atau keraguan melayan orang yang kurang upaya dalam interaksi. dan Mengejek. keperluan hidup manusia tersusun mengikut hieraki iaitu keperluan hidup. Mengambarkan orang kurang upaya sebagai orang yang terlalu tidak berupaya dan mengharapkan simpati daripada masyarakat. Tidak menerima orang kurang upaya sebagai sebahagian daripada masyarakat serta mengasingkan mereka daripada masyarakat. 10. masyarakat dan institut pendidikan amat penting untuk mengembalikan sifat positif serta keyakinan diri kepada orang kurang upaya. mencaci serta merendahkan nama baik orang kurang upaya.1 Konflik Pelajar Istimewa Namun setelah mengetahui serta menyederi kekurangan yang ada pada diri sendiri. keluaraga dan rakan-rakan menjadikan keadaan lebih buruk. Pandangan negatif masyarakat. keperluan kasih sayang. Menafikan hak orang kurang upaya dalam masarakat contohnya menafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan.

Langkah-langkah berikut perlu bagi mewujudkan sifat positif dikalangan dua golongan pelajar ini: . (iv) Mengharapkan perubahan yang drastik dari slot pemulihan. menyusahkan dan hina dalam kalangan pelajar normal terhadap pelajar kurang upaya.2.2 Pengubahsuaian Sikap terhadap Situasi Ketidakupayaan Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan situasi ke tidak upayaan populasi khas melibatkan interaksi kompleks iaitu di antara pihak keluarga dan juga sekolah. Langkah utama yang guru perlu lakukan ialah melenyapkan rasa janggal. Guru merupakan faktor major bagi kejayaan proses penyesuaian di sekolah. (iii) Pelindungan yang terlampau. (b) Pengubahsuaian Sikap di Peringkat Sekolah Sekolah merupakan tempat membina masyarakat. Penolakkan yang dicerminkan oleh hasrat ibu bapa untuk menghantar orang kurang upaya ke asrama berasaskan dasar pengasingan. (a) Pengubahsuaian Sikap di Peringkat Keluarga Keluarga merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan proses penyesuaian pelajar istimewa. Guru seharusnya menanam sikap menerima. Golongan orang kurang upaya tidak dibenarkan keluar dan bercampur dengan masyarakat. dan (v) Sifat terlalu kasihan dan bersimpati sehingga tidak memberi ruang orang kurang upaya berdikari. Keluarga perlu menerima situasi atau batasan yang wujud apabila salah seorang daripada ahli keluarga mereka merupakan kalangan orang kurang upaya. Di antara faktor-faktor yang perlu dielakkan ialah: (i) (ii) Pengasingan orang kurang upaya dengan masyarakat. oleh kerana rasa takut terhadap kekurangan ahli keluaraga yang kurang upaya.206 X TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 10. Di antara faktor-faktor yang perlu dielakkan oleh pihak sekolah ialah dengan melakukan perbandingan yang ketara antara pelajar kurang upaya dengan pelajar biasa. memahami dan membantu dalam kalangan pelajar normal terhadap pelajar kurang upaya.

Memandangkan keupayaan fizikal dan mental yang terhad. dan (iii) Memupuk kefahaman pemikiran mengenai kesamaan peluang dalam masyarakat. Pengajaran pada tahap ini membolehkan guru memberi perhatian sepenuhnya kepada golongan pelajar istimewa ini. AKTIVITI 10. Membuat keputusan yang tetap dalam pengurusan tingkah laku. Konsep ganjaran dan dendaan yang sama dengan populasi yang lain.2. telah memperkenalkan hieraki dalam menentukan kedudukan penempatan pelajar istimewa didalam kelas.3 KATEGORI PELAJAR DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN Jasma dan French (1994).TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN W 207 (i) (ii) Tidak memfokuskan keupayaan yang sedia ada pada populasi. satu penyesuaian kurikulum perlu dirangka untuk membenarkan golongan kurang upaya ini dapat belajar seperti kanak-kanak biasa. 10. Kurikulum yang dirancang bagi setiap pelajar seharusnya sama bagi mengelak rasa tersisih di kalangan pelajar. 10. Keupayaan pelajar kurang upaya menyertai sesatu aktiviti Pendidikan Jasmani atau sukan akan memberikan mereka motivasi atau semangat untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.Tahap ini . Dalam Pendidikan Jasmani pengajaran yang disesuaikan dengan golongan ini dikenali sebagai Pendidikan Jasmani Suaian. Terdapat 2 tahap pelajar iaitu: (a) Tahap Berasingan Pada tahap berasingan pelajar ini dipisahkan dengan pelajar normal secara keseluruhan.3 Pengubahsuaian Kurikulum di Sekolah Sistem pembelajaran seharusnya memberi peluang yang sama rata antara golongan pelajar.1 Ringkaskan faktor-faktor yang perlu dielakkan oleh keluarga bila berhadapan dengan pelajar istimewa.

Pelajar istimewa dari pelbagai kategori dalam satu daerah atau kawasan dikumpulkan untuk belajar dalam satu sekolah.1. Menurut Bariah (1995). pakar atau guru akan datang mengajar.208 X TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN akan memudahkan guru merancang aktiviti yang bersesuaian bagi golongan pelajar. Pelajar akan dikawal oleh keluarga secara sepenuhnya. Dalam program ini pelajar akan berada di rumah. Program Bersendirian Khas Program Berasingan di Sekolah Khas (b) Tahap Integrasi Persekitaran Maksud integrasi persekitaran ialah pelajar penggabungan ke dalam sekolah atau bilik darjah biasa untuk memberi peluang pelajar istimewa ini menikmati kemudahan belajar dalam keadaan normal. Contoh institusi ini ialah sekolah pendidikan khas. Contoh institusi ini ialah sekolah kanak-kanak buta. melawat dan merawat pelajar ini. Tahap integrasi boleh dibahagikan kepada tiga seperti yang telah dijelaskan di dalam Jadual 10. dan diri (iii) Dapat meningkatkan konsep kendiri dan menyakinkan kanak-kanak istimewa bahawa mereka standing dengan kanak-kanak normal. pendidikan inkluksif akan dapat: (i) (ii) Memberi kesedaran kepada pelajar normal tentang kehadiran kanakkanak istimewa. Tahap berasingan di bahagikan kepada tiga kategori seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 10.1: Tiga Kategori Tahap Berasingan Kategori Institusi Khas Penerangan Pelajar ini di kumpulkan dalam satu kelas dan juga satu sekolah yang mempunyai ketidakupayaan yang sama.2. Jadual 10. Memberi peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan seterusnya menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan. Integrasi ini memberi peluang kepada pelajar kurang upaya menikmati segala kemudahan dalam keadaan normal seperti pelajar biasa yang lain. .

Kategori berdasarkan tahap fungsi psikomotor. 10. Pelajar istimewa ini dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pelajaran biasa bagi semua matapelajaran tetapi diawasi oleh seorang guru. (a) Pendekatan Kategori Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani ini menerusi kategori adalah berdasarkan pengkelasan keupayaan spesifik individu dalam populasi khas. Pendekatan kategori ini amat berkesan dalam urusan pentadbiran dan tujuan pembiayaan program. Di mana ia melibatkan keupayaan motor dan ujian kemahiran. Pelajar istimewa ini dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pelajaran biasa bagi matapelajaran tertentu sahaja. selain daripada menumpukan kepada ketidak upayaan spesifik.TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN W 209 Jadual 10. guru juga perlu memilih pendekatan yang bersesuaian bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. (ii) . Contohnya cacat pendengaran sebagai satu kumpulan.2: Tiga Kategori Tahap Integrasi Kategori Program Khas Sepenuh Masa Program Khas Sepenuh Masa yang Diawasi Program Khas Separuh Masa Penerangan Pelajar istimewa ini dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pelajaran biasa bagi semua matapelajaran.1 Pelaksanaan Program Pendidikan Jasmani Suaian Selain daripada mengetahui kedudukan kategori pelajar. Pelbagai jenis kategori yang boleh kita gunakan dalam mengkategori pelajar istimewa di antaranya ialah: (i) Kategori yang melibatkan ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas dan dijelaskan dengan lebih umum. Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani Suaian ini menggunakan 2 pendekatan yang utama iaitu pendekatan kategori dan pendekatan tanpa kategori. Pendekatan kategori ini khusus dikelaskan kepada keupayaan spesifik yang sama.3. dalam melaksanakan program Pendidikan Jasmani Suaian.

Sistem kategori ini tidak melibatkan ketidakupayaan yang spesifik. Sistem tanpa kategori ini memfokuskan kepada keupayaan individu (bukan label spesifik) untuk menjalani program pendidikan khas. Pendekatan ini lebih bersifat umum dan ini membolehkan interaksi yang lebih luas. jika dilihat dari perspektif perkembagaan yang meliputi keseluruhan domain kognitif. Keadaan di mana kes kurang upaya digolongkan mengikut bagaimana sensori. Semua kes kurang upaya atau tidak upaya digolongkan sebagai ketidakupayaan perkembangan (development disability). Pendekatan seumpama ini adalah dianggap menggalakkan proses pembelajaran dan keupayaan untuk berfungsi. Kanak-kanak istimewa dalam kes-kes yang ringan dilihat sebagai mempunyai keupayaan untuk berfungsi secara lebih baik berbanding kanak-kanak istimewa yang mempunyai kes yang serius dan teruk. (b) Pendekatan Tanpa Kategori Pendekatan ini tidak berdasarkan kategori ketidak upayaan spesifik. Pendekatan tanpa kategori mengemukakan sistem kategori alternatif. Di antara ujian-ujian yang dijalankan ialah Ujian Bruniks ă Oseretsky dan Ujian Motor Kasar Ulrich.210 X TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN (iii) Kategori melibatkan ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan yang normal. Kategori ini melibatkan pencapaian individu dalam proses perkembangan motor. . sederhana (moderate). Pendekatan tanpa kategori ini melibatkan penilaian seseorang individu berdasarkan tahap fungsi biologi atau motor. Pendekatan tanpa kategori juga bertujuan mengurangkan fokus terhadap kategori tradisional. Individu yang terjejas fungsi penglihatan atau pendengaran digolongkan dalam ketidakupayaan dari segi sensori (cacat visual). Keadaan di mana kurangnya kes ketidakupayaan psikomotor digolongkan kepada tahap-tahap seperti ringan (mild). Individu yang mengalami masalah fizikal dan neurologi pula digolongkan dalam ketidakupayaan kecacatan neuorologi (respon motor). afektif dan psikomotor. Individu yang mengalami masalah pembelajaran (learning disability) digolongkan dalam ketidakupayaan integrasi (rencat mental). serius (severe) dan teruk (profound). Pendekatan tanpa kategori lebih kepada tahap keupayaan motor dan pengkhususannya. Pendekatan ini juga dianggap berkesan di dalam bidang pendidikan kerana dapat menghindarkan tanggapan yang negatif terhadap golongan kurang upaya. integrasi dan respon motor terjejas.

Perlaksanaan proses penilaian keupayaan motor Pendidikan Jasmani Suaian. Kemahiran mengawal bola (dribble). Menginterpretasi data melalui proses analisis. dan Membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperolehi. Proses yang terlibat ialah: x x x Mengumpul data berdasarkan ujian dan rekod. pilihan aktiviti mesti disesuaikan dengan matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Di antara aktiviti yang popular untuk proses ini adalah: (i) (ii) Imbangan.TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN W 211 10.1: Empat tujuan spesifik perlaksanaan proses penilaian keupayaan motor Pendidikan Jasmani Suaian Sekarang.2 Penilaian Keupayaan Motor Proses pelaksanaan penempatan program Pendidikan Jasmani Suaian bagi pelajar pendidikan khas bergantung kepada proses penilaian keupayaan motor. sila rujuk Rajah 10. Proses penapisan dan rujukan akan menentukan mana-mana kumpulan pelajar yang memerlukan pengujian lanjut. mari kita bincang tujuan-tujuan tersebut dengan lebih lanjut. Sewaktu proses penapisan.3. . (a) Penapisan dan Rujukan (Screening and Reference) Proses ini juga digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani bagi program biasa. seharusnya berlandaskan empat tujuan spesifik utama iaitu. Rajah 10.1.

proses ini dikendalikan oleh mereka yang terlatih. Klasifikasi Sukan (Sport Classification) Merupakan proses penilaian bagi membezakan dan menentukan sesuatu klasifikasi keupayaan berdasarkan keadaan kesihatan (medical condition) serta keupayaan pelajar. Rohani dan Intelektual) dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang spesifik proses ini juga merupakan bentuk penilaian yang berterusan. Proses ini dipandu oleh matlamat Falsafah Pendidikan Negara (JERI Jasmani. dan (vi) Sukan dan permainan. Dalam program Pendidikan Jasmani Suaian. Pengajaran dan Kemajuan Pelajaran Proses penilaian ini dijalankan selepas selesai proses penempatan pelajar. (d) Bateri Ujian Fizikal Penggunaan bateri ujian ini amat popular di dalam program Pendidikan Jasmani khas. (b) Diagnosis dan Penempatan (Diagnosis and Placement) Proses penilaian ini adalah bersifat individu dan intensif. Emosi. penilaian diagnosis bertujuan untuk menentukan penempatan khas yang sesuai bagi membolehkan individu yang terlibat mengikuti program Pendidikan Jasmani yang dirangkakan. dan Model REI (Regular Educational Initiative).212 X TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN (iii) Koordinasi bilateral. Untuk itu 2 model telah digunakan sebagai panduan untuk penilaian: (i) (ii) (c) Model IEP (Individual Educational Program). Bateri ujian telah digunakan sejak tahun 50an lagi: (i) (ii) 50Ê an ă Ujian Kecergasan Kraus ă Weber 60Ê an ă Ujian Kecergasan AAHPER (iii) 70Ê an ă Ujian Kecekapan Motor Bruiniks ă Oseretsky (iv) 80Ê an ă Ujian Kemahiran Motor Ulrich (Kemahiran Motor Kasar) dan Inventori Kemahiran Motor Warden dan Bruniks (v) 90Ê an ă Sistem Pemprograman Penilaian dan pentafsiran Bricker . (v) Kemahiran berbasikal. (iv) Kawalan motor visual.

Contohnya ada pelajar yang mempunyai umur kronologi 12 tahun tetapi dilihat dari segi perkembanganya fizikalnya umur perkembanganya hanya 7 tahun. Masalah utama di dalam pengendalian populasi pelajar istimewa ialah perkembangan fizikal mereka tidak sama dengan umur kronologi.3. Perkembangan Kekuatan Keselanjaran perkembangan bagi aspek kekuatan otot boleh di bina berdasarkan keupayaan menghadapi rintangan progresif seperti yang telah dinyatakan di dalam Rajah 10.3.TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN W 213 10.2. (i) Kaedah Pendekatan Perkembangan Terdapat satu keselanjaran pengembangan dalam mengkelasan kemahiran fizikal. Rajah 10. akuatik serta aktiviti individu dan berkumpulan. Kemahiran fizikal boleh diperluaskan kepada bidang seperti kecergasan.3 Konsep dalam Pendidikan Jasmani Suaian Dalam Pendidikan Jasmani Suaian terdapat tiga konsep yang digunakan iaitu sila Rujuk Rajah 10. (a) Konsep Perkembangan (Development Concept) Manusia normal mengalami perkembangan fizikal yang seiring dengan umur kronologi. . kemahiran motor asas. Perkembangan fizikal pelajar istimewa bergantung kepada umur perkembangan.2: Tiga konsep pendidikan jasmani suaian Mari kita bincang konsep-konsep ini dengan lebih lanjut. Pendekatan perkembangan ini memberi tumpuan kepada pengajaran kemahiran berdasarkan kematangan individu dan bukan pencapaian individu. (ii) .

Pada tahap ini pelajar mampu mencapai julat pergerakan yang lengkap. Pada tahap ini pelajar sudah mencapai kekuatan dan fleksibiliti yang sesuai dengan umur kronologi (UK).4. sila rujuk Rajah 10. Pelajar yang berada pada tahap ini bergantung separa kepada bantuan guru. Tahap Bantuan Tahap Aktif Tahap Rintangan (iii) Perkembangan Motor Perkembangan motor mengkaji perubahan-perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat (lahir sehingga kematian).3: Tahap perkembangan kekuatan individu mengikut De Lorrne & Watkins (1951) Jadual 10. .3: Tahap Perkembangan Kekuatan Individu Tahap-tahap Tahap Pasif Penerangan Pada tahap ini guru perlu menggerakkan pelajar mengikut julat pergerakan yang mampu dihasilkan. Jadual 10.214 X TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN Rajah 10. Pelajar ini berupaya menggerakkan beberapa sendi dengan sendiri tanpa bantuan guru. Pelajar ini hanya bergantung sedikit saja pada bantuan guru. Pergerakan pelajar ini bergantung sepenuhnya kepada guru.3 menerangkan tahap-tahap ini satu persatu. Peringkat ini merupakan permulaan kemampuan bagi pelajar menipulasi daya isometrik dan isokinetik.

pengetahuan mengenai perkembangan motor membolehkan: • Proses penilaian dan pengukuran normatif dalam membantu proses mengenalpasti.4: Perkembangan motor individu Dalam Pendidikan Jasmani Suaian. dan Pengetahuan mengenai perkembangan motor memberi idea terhadap perkembangan kemahiran normal bagi populasi individu berkeperluan istimewa.TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN W 215 Rajah 10. dan Menonjolkan kepentingan praktikal dan latihan serta amalan aktiviti fizikal dalam proses perolehan dan pengekalan prestasi motor. Contohnya kes-kes seperti kecacatan neurologi motor dan kes-kes bakat atau kebolehan luar biasa. • • Dari segi praktikal. • . perkembangan motor amat perlu kerana: • pengetahuan mengenai Pengetahuan mengenai perkembangan motor menyediakan maklumat mengenai keadaan dan urutan perkembangan kemahiran motor asas yang normal. Perkembangan motor membolehkan guru merancang kesediaan dan cabaran baru bagi pelajar (dalam konteks pengalaman pembelajaran). Perkembangan ini berkaitan dengan hasil kematangan biologi dan interaksi persekitaran. Memberi „insight‰ mengenai kewujudan faktor-faktor perbezaan individu dari segi kadar perkembangan dan pembentukan kemahiran motor spesifik.

kumpulan kecil atau kumpulan yang besar. (c) Konsep Fungsi (Fungsional Concept) Strategi pengajaran ini diaplikasikan bagi pelajar di mana perkembangan motor individu berada pada tahap yang amat rendah berbanding pelajar biasa. . Setelah mengenali keupayaan pelajar. Proses pendidikan adalah berteraskan penyampaian yang memberi penekanan kepada keperluan individu. Konsep ini hanya diambil kira sekiranya jurang diantara umur perkembangan dengan umur kronologi adalah terlalu jauh. Kanak-kanak istimewa perlu dikenali keupayaannya. Kemahiran-kemahiran motor ini membolehkan individu yang terlibat berinteraksi dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya berlari. Secara amnya. Konsep ini cukup terkenal dalam program Pendidikan Jasmani Suaian di negara maju.216 X TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN (iv) Aktiviti Individu dan Berkumpulan Aktiviti individu dan kumpulan merupakan keperluan kanak-kanak untuk terlibat dalam aktiviti permainan. Penilaian melalui one . berjalan dan melompat. (b) Konsep Individu (Indualisation Concept) Konsep ini memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian (instruction). guru boleh merancang jenis serta tahap permainan yang diceburi. Pada dasarnya.to me. aplikasi konsep ini melibatkan: (i) (ii) Penglibatan lebih daripada seorang guru dalam sesuatu pengajaran. Aspek Penting dalam Mengaplikasikan Konsep Fungsi Program yang hendak dijalankan adalah berasaskan komuniti: (i) Berfokuskan terhadap kemahiran-kemahiran motor yang kritikal dalam konteks interaksi sosial. Meminimumkan ketidakupayaan yang dialami oleh individu yang terlibat dalam program pembelajaran secara ansur maju. Kemahiran penyampaian berlandaskan konsep individu adalah dipupuk menerusi aplikasi konsepkonsep perkembangan dan fungsi dalam perlaksanaan program Pendidikan Jasmani Suaian. dan (iii) Isi pengajaran yang berbeza mengikut spesifik murid. konsep pendidikan yang dikemukakan adalah berpusatkan kepada pelajar. (ii) (iii) Kesesuaian aktiviti yang perlu dijalankan bersesuaian dengan peringkat umur pengembangan individu.

rakan-rakan. motor. AKTIVITI 10. pengetahuan perkembangan motor amat perlu. Aspek yang menjadi tumpuan utama dalam program Pendidikan Jasmani Suaian dari sudut psikomotor berkaitan fizikal. masyarakat dan institut pendidikan amat penting untuk tidak meminggirkan atau memberi sebarang pandangan atau sikap negatif kepada orang kurang upaya. x x x x .2 Dalam Pendidikan Jasmani suaian. mengenai x x Mahmod Nazar (2000). Apabila pelajar kurang upaya menyertai sesatu aktiviti Pendidikan Jasmani atau sukan.TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN W 217 (iv) Kebebasan untuk memilih dalam konteks pembangunan kemahiran yang dirasakan perlu dikuasai. Pendidikan Jasmani suaian adalah bidang khusus dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang menyediakan kurikulum serta keperluan bagi menyesuaikan bidang Pendidikan Jasmani dengan keperluan golongan istimewa. Sokongan daripada ibu bapa. ini akan memberikan mereka motivasi atau semangat untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. menyatakan yang golongan istimewa ditakrifkan sebagai pelajar yang mempunyai batas keupayaan fizikal dan mental. Bincangkan. Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia. kecergasan dan permainan. adalah untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa.

218 X TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN x Jasma dan French (1994). Diagnosis dan Penempatan (Diagnosis and Placement). dan Pendekatan Tanpa Kategori. dan Tahap Integrasi Persekitaran. memperkenalkan hieraki dalam menentukan kedudukan penempatan pelajar istimewa didalam kelas iaitu: (a) (b) Tahap Berasingan. x Tiga konsep yang digunakan di dalam Pendidikan Jasmani Suaian adalah: (a) (b) (c) Konsep Perkembangan (Development Concept). Pengajaran dan Kemajuan Pelajaran. x Perlaksanaan proses penilaian keupayaan motor Pendidikan Jasmani Suaian. x Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani Suaian ini menggunakan 2 pendekatan yang utama iaitu pendekatan kategori dan pendekatan tanpa kategori. (a) (b) Pendekatan Kategori. Cacat visual Motor Pengubahsuaian Permainan Umur perkembangan Umur kronologi Learning disability Fizikal Kecacatan neuorologi Kurang upaya . Konsep Individu (Indualisation Concept). dan Konsep Fungsi (Fungsional Concept). dan Klasifikasi Sukan (Sport Classification). adalah berlandaskan empat tujuan spesifik iaitu: (a) (b) (c) (d) Penapisan dan Rujukan (Screening and Reference).

Nyatakan kebaikan menggunakan kaedah ini. Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani suaian ini menggunakan 2 pendekatan yang utama iaitu pendekatan kategori dan pendekatan tanpa kategori cirikan pendekatan ini. Huraikan pengkelasan pengembangan kekuatan otot dalam kalangan pelajar istimewa. 5. Jasma dan French (1994) telah memperkenalkan hireaki dalam menentukan kedudukan penempatan pelajar dalam kelas. Terdapat 2 tahap pelajar dalam hierarki. 2. 5.TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN W 219 1. 6. Cirikan tiga komponen dari aspek ini. Proses yang terlibat ialah: Nyatakan hirarki dalam tahap penyampaian (dalam proses pengajaran) bagi konsep individu. Nyatakan definisi umur kronologi dan umur pengembangan. Cirikan. 4. 4. Aspek yang menjadi tumpuan utama di dalam program Pendidikan Jasmani suaian ialah dari sudut psikomotor. 3. seharusnya berlandaskan 4 tujuan spesifik yang utama iaitu: 3. 2. Cirikan sikap negatif orang normal yang memburukan lagi keadaan psikologi orang kurang upaya. . Maksud integrasi persekitaran ialah pelajar di integrasikan kedalam sekolah biasa atau bilik darjah biasa bagi memberi peluang pelajar ini menikmati kemudahan belajar dalam keadaan normal. Cirikan sifat objektif pembelajaran bagi pelajar isitimewa. 1. Perlaksanaan proses penilaian program keupayaan motor Pendidikan Jasmani suaian ini. Proses pelaksanaan penempatan program Pendidikan Jasmani suaian bagi pelajar pendidikan khas bergantung kepada proses penilaian keupayaan motor.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful