You are on page 1of 21

[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 1.

0 PENGENALAN

Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sememangnya penting dalam kehidupan segenap manusia. Tanpa kita sedari, kehidupan kita dipenuhi dengan penggunaan matematik seperti berjual beli, binaan dan sebagainya. Rentetan daripada kepentingan matematik ini, setiap ahli ilmuwan tidak menafikan bahawa pendidikan matematik perlu didedahkan kepada kanak-kanak bermula daripada kecil. Oleh itu, setiap insan perlu menguasai kemahiran asas operasi iaitu tambah,tolak,darab dan bahagi. Namun begitu, beberapa aspek yang perlu dititik beratkan sebelum memberi pendedahan terhadap kemahirankemahiran tersebut seperti prosedur pembelajaran dan pengajaran. Prosedur yang boleh diambil kira ialah seperti penulisan algoritma standard dan pengiraan mental. Apakah yang dimaksudkan dengan penulisan algoritma standard? Menurut Noraini Idris (2005), algoritma ialah suatu model, cara atau teknik yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Penulisan pula merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud perihal atau kegiatan dan sebagainya, menulis (mengarang ) atau hasil drpd menulis. Manakala, stardard pula boleh ditakrifkan sebagai piawai , ukuran, darjat , biasa, lazim , mutu. Secara umumnya, algoritma standard ialah langkah-langkah pengiraan dalam sesuatu operasi Matematik yang sering kita gunakan.. Algoritma standard atau kemahiran standard yang biasa digunakan di sekolah rendah ialah penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Langkah-langah pengiraan ini kita kenali juga sebagai pengiraan dalam bentuk lazim untuk mendapatkan jawapan yang tepat. pengiraan mental pula didefinisikan sebagai Pengiraan Matematik yang dilakukan dengan menggunakan akal fikiran semata-mata tanpa bantuan alat tulis dan alat mengira serta tanpa terikat kepada algoritma. Kepentingan pengiraan mental ini adalah ianya bersifat komutatif, asosiatif dan distributif nombor yang membolehkannya untuk disusun dan dicerakinkan supaya mudah
1

[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 dikira secara mental. Nombor dan ungkapan boleh diwakilkan dalam persamaan yang setara membolehkan pengiraan nombor mudah dikira secara mental. Kepentingan pendidikan matematik diberikan kepada murid-murid adalah untuk memastikan mereka memperoleh kelancaran pengiraan dalam pengiraan matematik. Hal ini demikian untuk memberi kesedaran kepada manusia agar celik ilmu pengiraan dan dapat menyelesaikan penyelesaian masalah dalam matematik yang berlaku untuk keselesaan dalam kehidupan. Oleh itu, penulisan algoritma piawai dan pengiraan mental merupakan pendekatan awal kepada murid-murid agar bersedia dengan dunia sebenar.

2

Penggunaan algoritma membolehkan seseorang pelajar mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai apa yang dipelajari. Algorithm standard bagi operasi tambah adalah seperti berikut: Contoh 1: Selesaikan 3 . penggunaan kertas dan pensel serta penggunaan peralatan teknologi. Proses ini diteruskan ke nilai tempat yang lebih besar jika ada. pemprosesan data dan sebagainya.1 OPERASI TAMBAH Algoritma ini dikenali sebagai standard algoritma penambahan. Algoritma digunakan dalam pengiraan. murid berupaya untuk menambah sebarang tiga nombor hingga empat digit dengan mengumpul semulanombor. Jika ada 10 puluh atau lebih. algoritma terlibat dalam penyelesaian empat operasi asas untuk mengira termasuk tambah (). Tiga kaedah pengiraan algoritma termasuk pengiraan mental. Algoritma yang biasa digunakan di sekolah rendah ialah algoritma standard. kumpulkan semula 10 puluh menjadi 1 ratus dan kemudian ditambah kepada ratus.2. darab (×) dan bahagi (÷). 2. kumpulkan semula 10 Sa sebagai 1 puluh dan kemudian ditambah kepada puluh. Standard Pembelajaran 2. Jika nilai sa ialah 10 atau lebih daripada 10. Dalam pengiraan.0 ALGORITMA BERTULIS STANDARD Algoritma ialah urutan langkah-langkah penyelesaian masalah yang disusun secara sistematik. tolak (). di mana ia bermula dari kanan ke kiri dengan menambah nilai Sa dan mengumpul semula.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 2.Merujuk Standard Dokumen Tahun 3.

1. Begitu juga jika puluh tidak mencukupi untuk ditolak. Algorithm standard bagi operasi tolak adalah seperti berikut: Contoh 2: Selesaikan 3 261 . murid berupaya untuk Menolak sebarang dua nombor hingga empat digit dengan mengumpul semula. iaitu daripada kanan ke kiri.2 OPERASI TOLAK Algoritma kedua. Standard Pembelajaran 3. kita kumpul semula 1 puluh sebagai 10 sa dan kemudian tolak sa. Mulakan penolakan dengan Sa dan teruskan menolak dengan mengumpul semula. kita kumpul semula 1 ratus menjadi10 puluh dan lakukan penolakan. dikenali sebagai standard algorithm penolakan.987 = ? Ri 32 2 Ra 2 1 9 2 11 Pu 6 5 8 7 15 Sa 1 11 7 4 4 . Jika sa yang sedia ada tidak mencukupi untuk ditolak.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 +1 +1 6 + 5 2 3 7 1 9 1 0 2. Merujuk Standard Dokumen Tahun 3.

letak 1 pada nilai tempat sa dan 2 pada nilai tempat puluh. murid berupaya untuk Membahagi sebarang dua nombor. murid berupaya untuk mendarab sebarang dua nombor. 5 pu x 3 = 15 pu + 2 pu = 17 pu = 1 ra 7 pu 2. Standard Pembelajaran 4. 5 .3 OPERASI DARAB Algoritma yang ketiga. Operasi bahagi mempunyai pertalian songsang dengan operasi darab (sekiranya sesuatu nombor boleh dibahagi dengan nombor lain.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 2. faktor pertama didarabkan dengan digit sa faktor kedua dan nombor dikumpulkan semula untuk membentuk hasil darab separa pertama. Standard Pembelajaran 5. Dalam hal ini. yang dikenali sebagai standard algorithma pendaraban. yang dikenali sebagai standard algorithma pembahagian.Merujuk Standard Dokumen Tahun 3. Contoh 3: Selesaikan 57 x 3 = ? 2 57 3 21 x + 150 171 7 x 3 = 21. dua digit dengan satu digit. Kemudian faktor pertama didarabkan dengan digit puluh faktor kedua. tanpa sebarang baki nombor bernilai). Merujuk Standard Dokumen Tahun 3.4 OPERASI BAHAGI Algoritma yang keempat.4. dua digit dan satu digit.4. melibatkan hanya dua hasil darab separa.

6 .. Nombor 12 dipanggil nombor yang dibahagi (dividen).[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 Contoh 4: Selesaikan 12 ÷ 3 = ? 4 3 12 12 . nombor 3 dipanggil pembahagi dan nombor 4 ialah hasil bahagi.

Contoh: 24 453 + 875 = 2 + 4 4 8 5 7 3 5 7 . darab dan bahagi. Contoh pengiraan algoritma alternatif yang melibatkan operasi tambah ialah pengiraan dalam bentuk cerakinkan nombor mengikut nilai tempat. 3. darab dan bahagi. tolak. Algoritma alternatif juga perlu dibincangkan semasa mengajar operasi tambah. tolak. pemahaman tentang konsep dan fakta asas tambah.1 OPERASI TAMBAH 3. darab dan bahagi. Pemahaman yang mendalam tentang nilai tempat.0 ALGORITMA ALTERNATIF Algoritma Alternatif pula ialah langkah-langkah lain yang digunakan untuk mendapatkan jawapan bagi operasi tambah. Steps Stairs ini dapat menarik minat murid untuk melakukan operasi penambahan dengan seronok. identiti bagi tambah dan darab akan dapat mencipta berbagai algoritma alternatif mengikut konteks dan nombor yang terlibat.1 Kaedah steps stairs Kaedah ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tambah secara pengumpulan semula bagi murid Tahun 3.1.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 3. Ia juga dapat mengatasi masalah kecuaian murid dalam operasi penambahan dengan mengumpul semula. tolak. Algoritma yang berkesan adalah algoritma yang melaksanakan pengiraan dengan paling efisyen.

1 Penolakan Gantian Nombor Kaedah ini sememangnya menggunakan langkah yang panjang kerana ia terpaksa mencerakinkan setiap nombor kepada nombor yang mempunyai sifar.2. Contoh 2: 321-129 321 = = = 300 + 20 + 1 300 + 10 + 11 200 + 110 + 11 321 129 = = 200 + 110 + 11 100 + 20 + 9 321 – 129 = 192 = 100 + 90 + 2 8 . Hal ini demikan kerana murid-murid dapat melihat dengan lebih jelas cara penolakan nombor dengan adanya sifar dibelakang. Selain itu. kaedah ini lebih selamat dan membantu murid daripada melakukan kesilapan. proses ini hanya memerlukan kaedah penolakan pada akhir proses. Setiap penggantian akan dilakukan dalam operasi tambah. Namun.2 OPERASI TOLAK 3.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 2 + 0 4 0 4 5 4 8 1 3 4 5 7 1 3 5 0 0 2 2 3 8 3 8 Jawapan = 25338 Arah bacaan jawapan 3.

3. Nombor yang kedua pula 0 diletakkan di tepi grid.3 OPERASI DARAB 3. 0 9 . Ia tidak mengelirukan bagi proses pengumpulan semula . 4 3 1 Lukiskan pepenjuru bagi setiap kotak segi empat sama di sebelah.Kesalahan pengiraan dapat dikurangkan kerana penggunaan kotak memisahkan operasi darab dan tambah Contoh: 43 x 10 = ? 4 3 1 Lukis grid 2 x 2.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 3. letakkan nombor pertama di bahagian atas grid.1 Kaedah Lattice Kaedah ini lebih sistematik dan mudah difahami.

Oleh itu. mulakan bcaan dari tepi sebelah kanan secara menurun dan kemudian ke kanan dari arah bawah. Untuk melihat hasil darab. boleh layari video di http://www. Untuk mengetahui lebih lanjut kaedah Lattice ini. 10 .youtube. jawapan bagi algoritma alternative ini ialah 430.com/watch?v=WsAFS2q20gY .[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 4 0 4 0 0 0 0 3 1 3 0 0 Hasil 3 x 1 = 3 Hasil 4 x 1 = 4 Hasil 3 x 0 = 0 Isikan ruangan lain dengan nilai sifar 4 0 0 0 4 3 0 4 3 0 3 0 0 0 0 1 Tambah nombor mengikut anak panah secara menurun.

Meskipun kaedah mengambil masa yang panjang. Kaedah ini amat sesuai kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran menghafal sifir.4. Contoh: 15 3 15 3 12 3 9 3 6 3 3 3 0 1 2 3 4 5 Jawapan: 15 11 . Kaedah ini lebih mudah kerana ianya melibatkan operasi penolakan dalam pengiraan.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 3.1 Kaedah Penolakan Bahagi.4 OPERASI BAHAGI 3. ia dapat mengelakkan murid daripada melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi.

dan perhatian penerima. Menurut Noriati A. Pengajaran menggunakan bahan konkrit lebih bermakna kepada muridmurid. minat. (2013). murid-murid akan mudah memahami pengajaran tersebut. penolakan dan sebagainya dengan menggunakan deria penglihatan dan sentuh mereka. Contoh guru menunjukkan bagaimana Blok Dienes boleh digunakan untuk menerangkan algoritma operasi tambah. guru memberikan murid-murid beberapa biji batu kecil dan melakukan pengiraan operasi tambah. atau bahagi. darab. media dalam pengajaran ialah sesuatu alatan yang brupaya untuk menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong merangsang pemikiran. Sebagai contoh. seseorang guru yang baik akan memastikan murid-murid memahami konsep pengajaran sebelum memberi pengukuhan atau ingatan terhadap sesuatu topik. Contohnya.nombor 369 12 . Nombor . Hal ini membuktikan bahawa bahan pengajaran memainkan peranan penting kepada murid-murid khususnya dalam topik operasi. perasaan. Seandainya seseorang guru menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik. Dengan cara ini murid-murid dapat melihat sendiri proses penambahan. Malahan. tolak. pemilihan media pengajaran dan pembelajaran murid dalam kelas Matematik.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 4.1 Penggunaan Material Yang Bersesuaian Pemilihan bahan atau media sememangnya penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik atau sebaliknya.Rashid et. Bahan maujud ini boleh memberikan pengalaman langsung. Hal ini sekali gus membolehkan murid-murid untuk lebih memahami konsep dan secara tidak langsung memberi ingatan yang lama kepada murid-murid.0 CARA MEMPEREMBANGKAN KEMAHIRAN MENGIRA SECARA BERMAKNA 4.Blok Dienes untuk operasi tambah. Guru juga boleh menggunakan bahan seperti Model. bahan amat diperlukan untuk memberikan pengetahuan sesuatu konsep matematik kepada murid. Dalam matematik.

dua nombor diwakilkan menggunakan blok asas sepuluh: Menggunakan model ini. Ra Pu Sa Hasil tambah ini dalam bentuk persamaan seperti berikut: 369 + 244 613 13 . Kedua.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 dan 244 diwakilkan menggunakan blok ini dan seterusnya dicantumkan untuk menunjukkan operasi tambah dilakukan dengan mengambilkira konsep nilai tempat. cari jumlahnya dan tuliskan persamaan untuk merekod proses penambahan itu.

Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan. Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis. kraf tangan. Diantaranya ialah dengan mencerita. cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa. Seseorang dapat mengingat dengan lebih mudah apabila terdapat elemen muzik atau melodi dalam sesuatu perkara. Hal ini kerana muzik memiliki keupayaan memulih keupayaan pemikiran spatial dan temporal (asas penting untuk Matematik dan Sains) dan muzik meningkatkan keupayaan mental yang mampu meningkatkan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas. penggunaan 14 . lagu. puisi. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi. Terdapat pelbagai cara untuk memupuk keseimbangan emosi kanak-kanak. muzik. penerokaan dan hubungan baru. membuat teka-teki. puisi.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 4. Kemahiran mengira secara bermakna diperkembangkan melalui seni kreatif. membentuk arca dan sebagainya. serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka. menggunakan kaedah muzik dalam pengajaran mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu. drama. Sebagai contoh dalam penggunaan menghafal sifir. muzik dan juga melalui drama. Menurut Guru Penolong Kanan 1 SK Ulu Lubai.2 Penerapan Nilai Seni Kreatif Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Guru dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sangat sesuai dengan perkembangan emosi kanak-kanak dan ke arah kejayaan akademik. SK Ulu Lubai yang merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Sarawak. nyanyian. Sebagai contoh. mewarna.

Bagi memperkembangkan kemahiran mengira secara bermakna. guru boleh mengaitkan pengajaran dan pembelajaran dengan kehidupan murid-murid seperti penggunaan bahan bantu mengajar atau sebaliknya. pengiraan mereka dapat operasi darab dan bahagi dapat dipertingkatkan dengan lebih cepat. seseorang guru perlu menerapkan pembelajaran scara kontekstual bagi memberikan pengetahuan yang bermakna kepada murid-murid. biji saga atau kulit cengkerang. Penggunaan bahan bantu mengajar yang mudah didapat disekeliling mereka dapat membantu murid untuk berfikir secara lebih kreatif dan bermakna. Oleh itu. 15 . Merujuk Kon Pengalaman Edger Dale (1969) dalam Noriati A. Hal ini sekali gus membantu murid-murid dapat menguasai kemahiran mengira secara bermakna. pengalaman langsung murid-murid diperoleh melalui kehidupan seharian mereka secara tidak formal. mesej bermula daripada pengalaman langsung. Hal ini demikian kerana murid-murid dapat mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri. Lazimnya. 4. Contohnya. masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 muzik dalam Matematik adalah bagi memudahkan murid-murid untuk menghafal sifir. Apabila seseorang murid dapat menguasai kemahiran menghafal sifir.Rashid. Sebagai contoh.3 Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu. seseorang guru perlulah menitik beratkan pembelajaran secara kontekstual.

seseorang berupaya menyelaras perbelanjaan atau kewangan secara sistematik. melalui kemahiran mengira ini juga. tolak. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita. Sebagai contohnya. murid mengetahui bahawa 5 lebih besar daripada 2. Menurut Hay (1993). Hal ini demikian untuk mengukuhkan pengetahuan murid dengan berkesan. latihan pengukuhan serta belajar untuk menjadi lebih kreatif. Melalui kemahiran mengira juga. setiap pembayaran atau pembelian akan melibatkan pengiraan. Hal ini demikian kerana seseorang murid atau individu menyedari hakikat sebenar sesuatu perkara. 16 . pengiraan mental ini mempunyai tiga asas utama iaitu penggunaan memori. mereka tidak akan memerlukan lagi kaedah pensil dan kertas. Secara amnya. perbelanjaan dapat diurus dengan baik tanpa merugikan diri sendiri atau sebaliknya. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah. seseorang dapat mengelak diri daripada ditipu oleh penjual atau sebagainya. Malahan. seseorang murid juga dapat melihat secara logik dan kasar bahawa yang banyak lazimnya adalah nilai dan jumlah yang besar.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 5. Apabila pelajar sudah mahir dan terdedah dengan pengiraan mental ini.0 PERANAN DAN KEBAIKAN KEMAHIRAN MENGIRA Peranan dan kebaikan daripada menguasai kemahiran mengira adalah dapat melatih akal supaya berfikir secara rasional dan logik. Contohnya dalam membuat belanjawan. pelajar tidak akan bergantung kepada alatan lain lagi apabila menguasai kemahiran ini. Sekiranya seseorang individu dapat menguasai kemahiran mengira. Hal ini demikian kerana individu tersebut terlebih dahulu mengetahui bajet atau pembelanjaan yang ingin dilakukan olehnya. Sebagai contoh. darab dan bahagi. guru dapat memberipak melaksanakan kerja atau tugasan yang kompleks. Oleh itu. Dengan penguasaan kemahiran mengira.

Pengiraan mental ini memiliki kelebihan yang tersendiri seperti dapat membantu pelajar untuk mendapatkan jawapan kepada sesuatu masalah dengan lebih cepat. Dengan adanya kemahiran mengira ini. seorang murid berhadapan dengan soalan spontan daripada guru. Dengan cara itu. Sebagai contoh. kemahiran mengira terutamanya pengiraan mental amat diperlukan pada ketika itu. Apabila kita mahir dengan pengiraan mental ini. perkembangan intelek seseorang murid dapat dipertingkatkan dalam bilik darjah. Sekiranya seseorang pelajar mengalami masalah dalam kemahiran mengingat. Ia meningkatkan lagi perkembangan kognitif dalam perkembangan seseorang supaya lebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan dan kemahiran penyelesaian masalah matematik. kita akan belajar dengan sendiri bagaimana cara untuk mengira dengan lebih cepat dan menggunakan beberapa trick dalam pengiraan mental ini. murid dapat memahami perkaitan nombor dengan lebih baik dan memahami nilai tempat dengan lebih kukuh. Kemahiran mengira turut merangsang seseorang murid untuk menguasai pengiraan mental yang merupakan satu jalan pengiraan matematik yang ringkas dengan berfikir tanpa mengira menggunakan kertas dan pensil. Oleh itu.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan seharian dapat merangsang perkembangan intelek seseorang individu itu. Penerapan konsep pada peringkat awal kanak-kanak adalah bagus kerana ilmu pengiraan mental sangatlah berguna di dalam kehidupan seharian. hal ini sedikit sebanyak membantut pelajar tersebut dalam pengiraan mental. Murid juga akan lebih yakin dengan nombor dan sistem nombor. Latihan yang berterusan diperlukan bagi pengiraan mental ini kerana ianya dapat mengasah minda pelajar untuk menjadi lebih cekap dalam membuat pengiraan. 17 . Dia memerlukan pengiraan yang pantas untuk memastikan jawapannya tepat dan berlangsung dengan lancar. Pengiraan mental ini merangkumi aspek mengingati sesuatu nombor dengan tepat tetapi ianya bergantung pula kepada tahap kemahiran ingatan seseorang individu.

jika diperlukan. para pelajar turut dibenarkan untuk melakar ketika melakukan pengiraan mental. melalui latihan yang kerap kali dilakukan hal ini mampu membantunya dalam melakukan pengiraan menggunakan otak tanpa lakaran di atas kertas dan pensil sedikit demi sedikit.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 Walaubagaimanapun. Tetapi. 18 .

pembelajaran matematik menjadi lebih lancar dan cepat. Hal ini demikian kerana melalui algoritma standard dan pengiraan mental.0 KESIMPULAN Secara konklusinya. seseorang itu mampu menguasai bidang lain seperti ukuran. dapat melahirkan generasi yang bersedia untuk menghadapi dunia realiti. bahagi dan darab. Melalui proses kemahiran ini. memperkembangkan penulisan algoritma secara piawai dan pengiraan mental memberi kesan dalam pembelajaran matematik. Murid-murid menjadi lebih yakin dengan nombor. Melalui pengiraan mental juga. Oleh yang demikian. Hasil perkembangan penulisan algoritma secara piawai. ia mengajar seseorang untuk lebih berhati-hati dalam pengiraan. Algoritma standard melatih murid-murid untuk bekerja dan melakukan perkara secara tersusun dan sistematik. murid-murid dapat menguasai kemahiran operasi tambah. Sehubungan dengan itu. guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam menyeimbangkan kedua-dua kaedah untuk diaplikasikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku agar para pelajar dapat memahami konsep yang dipelajari dengan betul dan mengaplikasikannya ke dalam rutin seharian hidup mereka. Hal ini demikian kerana pengiraan mental tidak menggunakan alatan tulis untuk membuat pengiraan. wang. masa dan lain-lain. Konklusinya. Meskipun ia hanya sebahagian kecil dalam dunia matematik.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 6. kedua-kedua pengiraan mental serta standard algoritma mempunyai kekuatan serta kekurangan masing-masing dalam bilik darjah. kepekaan terhadap cabaran yang wujud dalam pendidikan Matematik haruslah tidak dipandang remeh oleh semua pihak supaya para pelajar tidak kira di sekolah rendah mahupun menengah dapat menimba 19 . tolak. Selain itu. Pengiraan mental ini mendidik seseorang murid untuk bertanggungjawab kepada diri mereka dan orang sekeliling. peranan dan impaknya dalam pembelajaran matematik amat besar.

[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 ilmu pengetahuan yang mencukup demi mencapai aspirasi negara dan Wawasan 2020. 20 . seterusnya memenuhi matlamat serta objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.

2013 daripada http://www. Selangor: Oxford Fajar Sdn.php?option=com_content&task=view&id=7&Ite mid=115 Dokumen Standard Matematik Tahun 3. (2005). Bhd Noriati A.my/index. (2007). Noraini Idris. (2003).Trend Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.my/lp/files/DSP%20Rendah/Thn3_18022013/12%20 DSP%20Matematik%20Tahun%203%20-%205%20Feb%202013. Teknologi dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.0 RUJUKAN Effandi Zakaria.com/watch?v=WsAFS2q20gY . (2012). Sabri Ahmad. 21 . Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Diakseskan pada Oktober 24.Norazah Mohd Nordin.gov. Rashid.2013 daripada http://ipbmm. Diakseskan pada Oktober 24.edu. Bhd Mental Arithmetic. 2013 daripada http://www. Diakseskan pada Oktober 26. Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.youtube. Bhd. Modul PPG Literasi Nombor.moe. Australia: Regency Publishing .pdf Kaedah Lattice.[TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE] HBMT2203 6.