You are on page 1of 1

1.4.

3 PERAYAAN BAGI KAUM INDIA

HARI DEEPAVALI

• Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai Pesta Cahaya, Deepavali atau Diwali. • Merupakan simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. • Pagi Deepavali akan diadakan upacara mandi minyak sebagai simbol penyucian diri. • Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November).

PESTA PONGAL

• 'Pongal' bermaksud 'masa menuai' menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu. • Di pagi hari, biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams' yang dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan. • Terdapat juga makanan tradisi seperti 'vadaas' , 'payasam' dan keledek untuk dijamu semasa Pongal. Perayaan ini biasanya disambut selama empat hari.

HARI THAIPUSAM

• Disambut sebagai tanda menghormati dewa Hindu, Lord Murugan atau Lord Subramaniam. • Merupakan hari bertaubat pada dosa-dosa yang lepas. • Ciri utama perayaan adalah acara membawa kavadi, kerangka besi atau kayu yang dihiasi dengan kertas berwarna warni, bunga, dan, buah segar sebagai membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam. • Selain penyeksaan diri untuk mendapatkan restu dari dewa Lord Murugan, madu, susu, dan kelapa juga akan dipersembahkan kepada dewa-dewa.

Rajah 10