You are on page 1of 2

1.4.

4 PERAYAAN KAUM CINA

TAHUN BARU CINA • Merupakan sambutan perayaan meraikan kehadiran Tahun Baru mengikut kalendar Cina. • Pada perayaan Tahuan Baru Cina, pelbagai upacara diadakan seperti tarian naga dan antara amalan popular masyarakat Cina adalah 'ang pow' atau duit saku yang diletakkan didalam sampul berwarna merah.

PERAYAAN CHAP GOH MEH • Perayaan ini disambut lima belas hari selepas Tahun Baru Cina sebagai menandakan berakhirnya perayaan TBC. • Diadakan upacara sembahyang secara besar-besaran di mana colok besar dibakar. • Chap Goh Mei dianggap sebagai malam untuk mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk.

PERAYAAN BULAN KELIMA/BOT NAGA • Pada musim panas masyarakat Cina yang tinggal di persisiran pantai dan tepi laut akan menyambut perayaan 'Fifth Moon' ikut kalendar Cina. • Sambutan selalu diadakan di Pulau Pinang. • Nama lain bagi perayaan ini ialah 'Perayaan Penyair Patriotik', mengambil sempena bangsawan Cina di masa dahulu Qu Yuan yang hidup di tahun 278 sebelum masihi.

PESTA KUIH BULAN DAN TANGLUNG
• Menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan. • Disambut pada hari ke-15 bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir Ogos atau awal September. • Kuih bulan dan tanglung adalah dua aspek penting dalam perayaan ini. Kuih Bulan melambangkan kesepakatan manakala tanglung dinyalakan untuk memeriahkan pesta.

Rajah 11