You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Kampus Bahasa Antarabangsa

KERTAS KERJA
PROGRAM PRA PENDAKIAN
I & II
GUNUNG KINABALU
(8-9 Mei & 23 Mei 2009)

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Pelaksana
Program Citra Guru – Khidmat Masyarakat (SK Ranau)
& Pengapaian Gunung Kinabalu

1
1.0 LATAR BELAKANG

Berdasarkan Program Citra Guru – Khidmat Masyarakat (SK Ranau) &


Pengapaian Gunung Kinabalu yang akan diadakan pada 30 Mei – 4 Jun 2009, maka setiap
peserta program perlu menjalani latihan yang sistematik sebagai persediaan untuk
mendaki Gunung Kinabalu. Untuk berdepan dengan cabaran mendaki Gunung Kinabalu
yang ketinggiannya mencecah 4905.2 meter dari aras laut, persediaan dengan mengikuti
Program Pra Pendakian I (Genting Highlands) dan II (Gunung Nuang, Selangor)
amat penting bagi memastikan setiap peserta benar-benar bersedia daripada segi fizikal
dan mental untuk mengharungi cabaran di Gunung Kinabalu nanti. Latihan dan persediaan
yang dibuat merangkumi aspek ketahanan dan kekuatan fizikal, ketahanan terhadap suhu
yang sejuk dan teknik pendakian yang betul serta selamat.

Program Pra Pendakian I dan II ini juga amat penting bagi membiasakan diri
peserta dengan cuaca yang sejuk dan membina kekuatan fizikal terutamanya di bahagian
kaki untuk mendaki dalam jarak ketinggian yang tinggi dan mencabar. Ia juga dapat
mengelakkan peserta daripada mengalami kecederaan yang serius semasa pendakian
Gunung Kinabalu apabila berdepan dengan cabaran yang sebenar ketika itu kerana mereka
telah menerima latihan yang mencukupi.

2.0 TUJUAN

2.1 Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan
daripada Pengarah IPBA, untuk mengadakan Program Pra Pendakian I & II Gunung
Kinabalu.

2.2 Memohon sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran IPGM-KBA untuk


menampung kos bagi mengadakan program ini.

2
3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN
3.1 Program ini merupakan program yang dianjurkan di bawah Program Citra Guru dengan
kendalian Jabatan Hal Ehwal Pelajar

3.2 Butiran mengenai program yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

Tajuk Program : Program Pra Pendakian I


Tarikh Cadangan : 8 – 9 Mei 2009
Tempat : Genting Highlands
Hari : Jumaat - Sabtu
Jumlah Peserta : 25 orang pelajar, dan 2 orang pensyarah

Tajuk Program : Program Pra Pendakian II


Tarikh Cadangan : 23 Mei 2009
Tempat : Gunung Nuang, Selangor
Hari : Sabtu - Ahad
Jumlah Peserta : 25 orang pelajar, dan 2 orang pensyarah

3.3 Bagi melancarkan program ini Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana
telah dibentuk (seperti dalam Lampiran 1(a) dan 1(b))

3.4 Pensyarah pengiring yang akan mengiringi pelajar terdiri daripada Ketua Jabatan HEP, Encik
Mohamad Tahir bin Kamaruzzaman dan Ustaz Amiyamin b. Hj. Mohd. Yusop.

3.5 Bagi prosedur dan tentatif program, sila rujuk Lampiran 2.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM


4.1 Memberi pengalaman kepada peserta untuk berhadapan dengan cabaran sebenar mendaki
Gunung Kinabalu

4.2 Memupuk semangat kerjasama dan setia kawan antara peserta program

4.3 Membina ketahanan dan kekuatan fizikal dan mental

4.4 Memberi kesedaran tentang pentingnya mengekalkan kecerdasan tubuh badan pada tahap
yang optimum

4.5 Meningkatkan keyakinan para peserta untuk berhadapan dengan sebarang cabaran dan
rintangan.

3
5.0 CADANGAN

Antara cadangan aktiviti bagi mengisi perjalanan program ini ialah:


5.1 Mendaki hingga ke puncak Genting Highland bermula dari jam 12.00 tengah malam dan
turun ke kaki bukit pada jam 3.00 pagi. Aktiviti ini sesuai untuk membiasakan peserta
dengan cuaca sejuk semasa berada di Gunung Kinabalu (Program Pra Pendakian I).
5.2 Mendaki Gunung Nuang sebagai persediaan fizikal untuk mendaki Gunung Kinabalu
(Program Pra Pendakian II).

6.0 IMPLIKASI

6.1 Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan; ia akan membina sahsiah guru yang berketrampilan
dan mampu menghadapi segala cabaran dan arus globalisasi,
6.2 Meningkatkan rasa kecintaan yang tinggi bagi mengangkat nama IPBA ke tahap yang lebih
tinggi,
6.3 Melatih bakal-bakal guru untuk mengendalikan program dan aktiviti yang melibatkan pihak
luar, mengikut prosedur yang teratur dan betul,
6.4 Memantapkan ketahanan fizikal dan mental bakal-bakal guru ke arah melahirkan guru-guru
yang bersemangat tinggi dan optimis melalui latihan fizikal yang mereka lalui.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Anggaran perbelanjaan program ini adalah seperti dalam Lampiran 3.

8.0 SYOR
Oleh yang demikian, kami memohon pihak tuan untuk mempertimbangkan segala aktiviti dan
perbelanjaan yang telah dinyatakan seterusnya meluluskan Program Pra Pendakian I & II di
Genting Highlands dan Gunung Nuang (8 – 9 Mei & 23 Mei 2009).

4
9.0 KESIMPULAN
Aktiviti yang dirancang adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
melahirkan guru yang berdisiplin, tabah menghadapi cabaran dan beriltizam dalam apa jua
bidang. Diharap agar permohonan ini diluluskan dengan segera supaya aktiviti yang
dirancangkan dapat dijalankan dengan jayanya.

Disediakan oleh ,

………………………..
(Taiebah bt. Mohamad Sagir)
Jawatankuasa Pelaksana
Program Pra Pendakian I & II
Program Citra Guru – Khidmat Masyarakat (SK Ranau)
& Pengapaian Gunung Kinabalu

Disemak oleh,

……………………………
(Ustaz Amiyamin b. Mohd. Yusop)
Ketua Unit Disiplin, HEP.

Disahkan oleh,

…………………………..
(En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa.

Diluluskan oleh,

…………………………..
(Dr. Mohd Sofi Bin Ali)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Bahasa Antarabangsa.

5
LAMPIRAN 1 (a)

JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM PRA PENDAKIAN I & II
DI GENTING HIGHLANDS & GUNUNG NUANG
(8 – 9 Mei & 23 Mei 2009)

Struktur Jawatankuasa Induk:

Pengerusi : Dr Mohd Sofi bin Ali (Pengarah IPGM - KBA)


Timbalan Pengerusi : Pn. Satinah bt Syed Saleh (Timbalan Pengarah IPGM - KBA)
Naib Pengerusi : En. Mohd Tahir bin Kamaruzaman
Setiausaha : En. Zaradi bin Sudin
Penyelaras : En. Mohd Arus bin Abdul Kudus
Bendahari : En. Rosli Mat Jinun

Ahli Jawatankuasa :

I Pengerusi Jawatankuasa aktiviti :


En. Mohd Arus bin Abdul Kudus
Ustaz Amiyamin bin Mohd. Yusop

6
LAMPIRAN 1 (b)

Struktur Jawatankuasa Pelaksana

PENGERUSI : Wan Mohamad Nor Amali bin Wan Ismail


TIM. PENGERUSI : Mohd Hanif bin Mohd Mahpot
SETIAUSAHA : Mohd Fazril bin Mohd Foizi
BENDAHARI : Taiebah bt Mohamad Sagir

AHLI JAWATANKUASA :

1. PERALATAN
- Low Chee Wah
- Ahmad Zulhelmi bin Ishak

2. AKTIVITI
- Mohd. Fadli b. Abd. Salam
- Muhammad bin Ehsan

3. KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN


- Mohd Juwaidi bin Ilyas
- Nursyafiqah bt. Aris

4. PENGANGKUTAN
- Salma bt. Abdul Razak
- Mazlinda bt. Nan @ Adnan

7
LAMPIRAN 1 (c)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)


Kampus Bahasa Antarabangsa (KBA)

SENARAI PESERTA “PROGRAM PRA PENDAKIAN I & II (Genting Hinghland & Gunung
Nuang), 8 – 9 Mei & 23 Mei 2009.

B Nama Jawatan No. K/P


il.
1. En. Mohd Tahir bin Kamaruzaman Ketua Jabatan HEP 530427-08-5831
2. En. Mohd Arus bin Abdul Kudus Pegawai BIG, HEP 610312-10-5767
3. Ustaz Zaradi bin Sudin Ketua Unit Sis. Maklumat Pelajar, HEP 651014-08-5017
4. Ustaz Aminyamin b. Hj. Mohd Yusop Ketua Unit Disiplin, HEP 740117-10-5839

Nama Status No. K/P


1. Wan Muhamad Nor Amali b. Wan Ismail Pelajar 860416-29-6029
2. Mohd. Hanif b. Mohd. Mahpot Pelajar 870424-43-5075
3. Hamzah b. Mohamad Pelajar 870613-03-5687
4. Taiebah bt. Mohamad Sagir Pelajar 870828-56-5300
5. Hasfatasha bt. Halim Pelajar 871124-09-5122
6. Nurul Shamimi bt. Ismail Pelajar 870128-11-5114
7. Siti Nurzahira bt. Basarudin Pelajar 870922-14-5372
8. Noor Nadihah bt. Hj. Salleh Pelajar 871023-02-5440
9. Shazatul Shima bt. Zamani Pelajar 870322-14-5480
10. Shamsiah bt. Masnan Pelajar 870211-30-5074
11. Mazlinda bt. Adnan @ Nan Pelajar 860102-02-5314
12. Low Chee Wah Pelajar 860319-59-5553
13. Mohd Fazril b. Mohd Foizi Pelajar 880124-09-5135
14. Mohd Juwaidi b. Ilyas Pelajar 870426-02-5133
15. Ahmad Zulhilmi b. Ishak Pelajar 880205-02-5139
16. Ahmad Syamil b. Abdullah Pelajar 870325-08-5647
17. Nursyafiqah bt. Aris Pelajar 890219-14-5042
18. Muhammad b. Ehsan Pelajar 890603-02-5467
19. Mohd. Fadli b. Abd. Salam Pelajar 890928-11-5057
20. Salma bt. Abdul Razak Pelajar 860228-56-5770
21. Farah Liyana bt. Mohd. Halil Pelajar 860324-56-6466
22. Puteri Nurul Nazahiah bt. Datu Bandira Pelajar 861015-49-6024
23. Hani Iryani bt. Adnan Pelajar 861126-35-5080
24. Nurul Izzati bt. Md Fuad Pelajar 860704-56-5166
25. Mohd Affan b. Mohd. Arus Pelajar 870419-08-5533

8
LAMPIRAN 2

Tentatif Program Pra Pendakian I (Genting Highland), 8 – 9 Mei 2009.

Tarikh Masa Aktiviti

8 Mei 2009 9.00 malam Bertolak daripada IPGM-KBA


10.00 malam Berehat di kaki Tanah Tinggi Genting
12.00 malam Latihan Pra Pendakian I bermula
9 Mei 2009 3.00 pagi Sampai di puncak Tanah Tinggi Genting
3.10 pagi Turun semula ke kaki bukit
5.10 pagi Sampai di kaki Tanah Tinggi Genting
5.50 pagi Solat Subuh di masjid berjamaah & berehat
7.00 pagi Sarapan
7.30 pagi Pulang ke IPGM-KBA

Tentatif Program Pra Pendakian II (Gunung Nuang, Selangor), 23 Mei 2009.

Tarikh Masa Aktiviti

23 Mei 2009 8.00 pagi Bertolak daripada IPGM-KBA


10.00 pagi Tiba di Gunung Nuang
Memulakan Latihan Pra Pendakian II
1.00 petang Sampai di puncak Gunung Nuang
Solat Zohor di puncak gunung
1.30 petang Turun ke kaki gunung
4.30 petang Sampai di kaki Gunung Nuang
5.30 petang Pulang ke IPGM-KBA

LAMPIRAN 3

9
Anggaran Perbelanjaan Program Pra Pendakian I & II (8 – 9 Mei & 23 Mei 2009)

PERKARA KOS PERBELANJAAN

Makanan peserta sepanjang program : Sarapan pagi = RM 4 (seorang)


= RM 4 x 25 orang peserta
Tarikh yang terlibat : = RM 100
9 Mei 2009 = Sarapan Pagi
23 Mei 2009 = Makan tengahari Makan Tengahari = RM 5 (seorang)
= RM 5 x 25 orang peserta
= RM 125

RM100 + RM125 = RM 225

JUMLAH KESELURUHAN RM 225

Disediakan oleh ,

(Taiebah bt. Mohamad Sagir)


Jawatankuasa Pelaksana
Program Pra Pendakian I & II

Disahkan oleh,

(En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman)


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
10
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa.

Diluluskan oleh,

(Dr. Mohd Sofi Bin Ali)


Pengarah
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Bahasa Antarabangsa.

11