You are on page 1of 160

JALAN PERHAMBAAN

dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

JALAN PERHAMBAAN
dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

F R I E D R I C H A . Ha Y E K

IDEAS Institute for Democracy and Economic Affairs K3 Taman Tunku, Bukit Tunku 50480 KUaLa LUMPUR Tel: 603-6201 6334 Faks: 603-6201 5334 Laman web: www.ideas.org.my IDEAS 2012 Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem dapatan semula, atau disiarkan dalam sebarang bentuk atau melalui apa-apa jua cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebagainya, tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada IDEAS. Pertama kali diterbitkan pada 2012 ISBN 978-967-10094-4-4 Buku ini diterbitkan dengan kerjasama Friedrich Naumann Foundation dan merupakan terjemahan ke atas The Road to Serfdom, with The Intellectuals and Socialism, terbitan The Institute of Economic Affairs (2005). Terjemahan oleh Al-Mustaqeem M Radhi Hak asal ke atas versi padat The Road to Serfdom dimiliki oleh Readers Digest. Rekabentuk dan rekaletak oleh teckhee@gmail.com Dicetak oleh Vinlin Press Sdn Bhd No 2, Jalan Meranti Permai 1 Meranti Permai Industrial Park Batu 15, Jalan Puchong 47100 Puchong, Selangor

KANDUNGAN
Pengantar 6 Tentang Pengarang Prakata oleh Walter E. Williams THE ROaD tO SERfDOM Pengantar oleh Edwin J. Feulner Jr Pengenalan: Hayek, Fisher dan The Road to Serfdom Prakata kepada versi padat The Road to Serfdom 8 11 20 21 25 41

Ringkasan 43 JaLaN PERHaMBaaN Perancangan dan kuasa Latarbelakang kepada bahaya Kaedah liberal dalam perancangan Utopia terhebat Mengapa mereka yang paling teruk berjaya naik? Apakah perancangan sesuatu yang tidak terelakkan? Bolehkan perancangan membebaskan kita daripada memikirkan tentang masalah ekonomi peribadi? Dua jenis jaminan Ke arah dunia yang lebih baik Jalan Perhambaan dalam rupa kartun THE INtELLECtUaLs aND SOCIaLIsM Prakata oleh Edwin J. Feulner Jr Pengantar: Hayek dan penjaja-penjaja idea oleh John Blundell Intelektual dan Sosialisme 111 123 74 80 85 86 105 107 45 48 50 54 56 62 71

Perancangan vs. Daulat Hukum (Rule of Law) 68

PENGANTAR
Jalan Perhambaan (The Road to Serfdom) yang telah diterbitkan pada tahun 1944 merupakan buku terkenal yang telah diterjemah dan diterbitkan di dalam pelbagai bahasa. Intipati buku falsafah politik ini cukup dikenali kerana kejituan hujah dalam menolak sosialisme dan menekankan peri hubungan liberalisme dengan demokrasi. Buku ini pernah dinobatkan sebagai antara 100 buku paling berpengaruh pada kurun ke-20 oleh New York Public Library, dan menjadi kitab rujukan bagi ramai pemimpin dunia. Penulisnya, Friederich August Von Hayek, telah mencipta sejarah sewaktu para intelektual lain sibuk berdebat tentang sosialisme lawan komunisme. Hayek tidak terheret ke arena debat seperti itu dan, sebaliknya, mencadangkan tesis yang lebih jelasbahawa perancangan pusat dan kebebasan individu itu tidak mungkin seiringan. Buku ini berbentuk reaksi kepada kemunculan fahaman sosialis yang menggugat sistem kapitalis laissez faire ketika itu. Kebangkitan pemimpin autoritarian seperti Laval, Quisling, Hitler dan Mussolini pada zaman di antara Perang Dunia Pertama dan Kedua, hanya mengukuhkan hujah Hayek untuk menentang perancangan pusat. Dengan polemik yang mudah, Hayek berjaya menyoroti laluan sosialisme sebagai punca dan sebab berlaku pelbagai masalah politik. Pandangan Hayek umpama nafas yang menyegarkan kebuntuan debat intelektual yang taksub menganalisa Marxisme, komunisme dan sosialismeidea-idea baru yang berjaya
6

F R eid R i C h A . H ayek

mendapat perhatian dunia ketika itu. Arus perubahan politik yang bertiup pasca Perang Dunia Kedua, telah meyakinkan dunia bahawa idea sosialis yang tampak menarik itu sebenarnya tidak boleh dipakai walaupun, setelah perang, masih ada negara yang terus berpegang kepada pemikiran sosialis. Sarat dengan kontroversi, terutamanya sewaktu baru diterbitkan, buku ini pernah diharamkan oleh kerajaankerajaan komunis di Jerman, China dan Czechoslovakia. Namun di kebanyakan negara lain, Hayek menjadi rujukan utama, sebagai gambaran pemikiran liberal dan kapitalis yang mampu menumbangkan hujah-hujah golongan sosialis dan fasis. Apatahlagi setelah Eropah gah bangkit dengan Perjanjian Maastricht yang membawa kepada penubuhan Gabungan Ekonomi Eropah (EC). Langkah mewartakan GATT (General Agreement on Trade and Tariffs) pada 1947 merupakan petanda jelas akan berkuburnya ekonomi sosialis yang ditentang Hayek. Para pemimpin seluruh dunia seperti Vaclav Klaus, Winston Churchill, Ronald Reagan, dan Margaret Thatcher, menjadikan Hayek sebagai rujukan utama. The Road to Serfdom kekal relevan sehingga hari ini, terutama untuk negara seperti Malaysia yang masih mengamalkan dasardasar sosialistik seperti Dasar Ekonomi Baru, cukai yang tinggi ke atas barangan import seperti kereta, dan pemberian subsidi secara meluas, selain pentadbiran negara dan perancangan ekonomi yang berpusat di peringkat persekutuan.
7

TENTANG PENGARANG
F R E I D R I C H A . Ha Y E K

Freidrich A. Hayek (18991992) dilahirkan di Vienna dan memegang dua ijazah kedoktoran daripada University of Vienna, dalam bidang undang-undang dan ekonomi politik. Beliau pernah bekerja di bawah Ludwig von Mises di Austrian Institute for Business Cycle Research dan dari tahun 1929 hingga 1931 menjadi pensyarah dalam bidang ekonomi di University of Vienna. Bukunya yang pertama,Monetary Theory and the Trade Cycle, telah diterbitkan pada tahun 1929. Pada tahun 1931, Hayek diangkat sebagai Tooke Professor dalam bidang sains ekonomi dan perangkaan di London School of Economics dan pada tahun 1950 beliau dilantik sebagai profesor dalam bidang ekonomi politik di Universiti Freiburg (Albert-Ludwigs-Universitt Freiburg) dan diiktiraf sebagai Profesor Emeritus oleh universiti itu pada tahun 1967. Hayek dipilih sebagai Felo di British Academy pada tahun 1944 dan pada tahun 1947 beliau telah menganjurkan sebuah persidangan di Switzerland yang membawa kepada pembentukan Mont Plerin Society. Beliau menerima Hadiah Nobel dalam bidang ekonomi pada tahun 1974 dan gelaran Companion of Honour pada tahun 1984. Pada tahun 1991, George Bush telah menganugerahkan Presidential Medal of Freedom kepadanya. Antara buku-buku beliau ialah The Pure Theory of Capital (1941), The Road to Serfdom (1944), The Counter-Revolution of Science (1952), The Constitution of Liberty (1960), Law, Legislation and Liberty (19739), dan The Fatal Conceit (1988).
8

JOHN BLUNDELL

John Blundell adalah Ketua Pengarah di Institute of Economic Affairs. Beliau pernah menjadi Presiden bagi Institute for Humane Studies di George Mason University dan Atlas Economic Research Foundation yang diasaskan oleh Sir Anthony Fisher bagi mewujudkan badan-badan kembar bagi IEA. Beliau menganggotai majlis lembaga kedua-dua badan dan merupakan bekas Naib Presiden Mont Plerin Society.

EDWIN J. FEULNER JR.

Edwin J. Feulner Jr. memegang jawatan Presiden bagi Heritage Foundation sejak tahun 1977. Beliau pernah menjadi Presiden Mont Plerin Society. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan tinggi dalam cabang legislatif dan eksekutif kerajaan persekutuan Amerika Syarikat. Beliau memegang ijazah Ph.D. dari University of Edinburgh dan dianugerahkan Presidential Citizens Medal oleh Ronald Reagan pada tahun 1989 kerana menjadi pemimpin gerakan konservatif dengan membina sebuah badan yang setia terhadap idea-idea dan kesankesannya...

J a L an Pe R ha M baan

Wa Lt E R E . W I L L I a M s

Walter Williams adalah Profesor Kehormat John M. Olin dalam bidang ekonomi di George Mason University, Fairfax, Virginia. Selain itu, beliau menjadi profesor pelawat dalam bidang ekonomi di Grove City College di Grove City, Pennsylvania. Beliau juga pernah mengajar di Los Angeles City College, California State University Los Angeles dan Temple University di Philadelphia. Beliau telah mengarang lebih dari 80 penerbitan dan karyanya pernah terbit dalam jurnal-jurnal ilmiah seperti Economic Inquiry, American Economic Review, Georgia Law Review, Journal of Labor Economics and Social Science Quarterly, dan juga penerbitan-penerbitan popular seperti Newsweek, The Freeman, National Review, Readers Digest, Cato Journal dan Policy Review. Dr Williams menganggotai lembaga pengarah Citizens for a Sound Economy, Reason Foundation dan Hoover Institution, selain menjadi anggota lembaga penasihat IEA, Landmark Legal Foundation, Alexis de Tocqueville Institute, Cato Institute dan beberapa yang lain. Beliau sering memberikan testimoni pakar di depan jawatankuasa-jawatankuasa Kongres berkaitan isu-isu dasar awam seperti dasar buruh, percukaian dan perbelanjaan negara. Beliau adalah anggota Mont Plerin Society dan American Economic Association.

10

K ATA PENGANTAR
Freiderich A. Hayek adalah salah seorang lasuf teragung kurun kedua puluh. Beliau lebih dikenali menerusi karyanya dalam bidang ekonomi, namun sumbangannya dalam bidang falsafah politik dan perundangan juga adalah besar. Karya Profesor Hayek yang paling meluas dikenali adalah The Road to Serfdom yang ditulis sewaktu Perang Dunia II. Versi padat bagi karya tersebut yang diterbitkan oleh Readers Digest disertakan dalam buku ini bersama-sama sebuah tulisan yang boleh dianggap sebagai penerus bagi The Road to Serfdom, iaitu The Intellectuals and Socialism, esei yang pertama kali diterbitkan dalam University of Chicago Law Review pada tahun 1949. Salah satu tumpuan utama The Road to Serfdom ialah untuk memberikan penjelasan terhadap kebangkitan Nazisme, untuk membetulkan pandangan yang popular, tetapi tidak tepat, yang menganggap Nazisme berpunca daripada kecacatan watak bangsa Jerman. Hayek membantah pandangan ini dengan menghujahkan bahawa lima belas tahun sebelum kebangkitan Adolf Hitler tidak dapatkan dibayangkan bahawa bangsa Jerman mampu terlibat dalam kejahatan seperti Nazisme. Malah, sepanjang sebahagian besar sejarahnya [Jerman] adalah adalah sebuah negara Eropah yang paling toleran terhadap orang Yahudi.1 Bukti lain yang berlawanan dengan hujah yang menyebut tentang kecacatan watak bangsa Jerman
1 Thomas Sowell, The Economics and Politics of Race, William Morrow & Company, New York, 1983, hal. 86. 11

J a L an Pe R ha M baan

itu ialah karya-karya penulisan beberapa lasuf Jerman seperti Johann Wolfgang von Goethe, Wilhelm von Humboldt, dan Freidrich Schiller yang menjadi sumber ilham bagi gagasangagasan mazhab liberal yang terungkap dalam tulisan-tulisan pada lasuf British terkemudian seperti John Stuart Mill dan David Hume. Apa yang telah terjadi di Jerman? Jelas Hayek, Tragedi terhebat yang masih belum disedari ialah bahawa di Jerman sebahagian besarnya orang-orang yang berniat baiklah yang, menerusi dasar-dasar sosialis mereka, yang telah membuka jalan untuk golongan-golongan yang berpegang dengan setiap prinsip yang mereka [orang-orang berniat baik itu] benci. Penjelasan Hayek terhadap kebangkitan Nazisme tidak difahami atau dihargai pada tahun 1944, dan ia masih belum sepenuhnya difahami dan dihargai pada hari ini. Kolektivisme, sama ada di Jerman, bekas Kesatuan Soviet, Britain, atau AS, menjadikan kebebasan peribadi sebagai mangsanya. Bagaimana kita memerangi kolektivisme? Hayek menyediakan sebahagian jawapan dalam The Intellectuals and Socialism. Secara ringkas, kalangan yang menyokong tatanan sosial yang liberal perlu menggoncang asas intelektual bagi kolektivisme. Hayek menghujahkan bahawa penting untuk memahami perkara apa yang mendorong banyak cendekiawan ke arah sosialisme. Perkara yang mendorong para cendekiawan ke arah sosialisme, menurut Hayek, bukanlah sifat mementingkan diri sendiri mahu pun niat jahat mereka. Sebaliknya, mereka didorong oleh sebahagian besarnya keyakinan-keyakinan yang tulus dan niat-niat yang baik. Tambah Hayek, perlu diakui bahawa Semakin seorang cendekiawan kebanyakan pada hari ini dipimpin oleh niat baik dan kepintaran semakin
12

F R eid R i C h A . H ayek

dia berkemungkinan menjadi seorang sosialis. Joseph A. Schumpeter membantah kerana beliau melihat penilaian Hayek ini sebagai jujur keterlaluan.1 Hayek menghujahkan bahawa akar-akar kolektivisme sama sekali tidak datang dari kalangan kelas menengah. Akarakarnya terdapat di kalangan cendekiawan golongan yang Hayek sebutkan sebagai penjaja idea yang terpaksa bekerja keras dalam tempoh yang lama untuk memujuk kelompok kelas menengah untuk menerima wawasan yang mereka kemukakan. Para cendekiawan atau penjaja yang beliau maksudkan adalah para wartawan, guru, menteri, pengulas radio, kartunis, dan artis, yang Hayek selar sebagai ahli dalam soal teknik menyampaikan idea tetapi biasanya amatur dalam soal inti perkara yang mereka sampaikan. Pada tahun 1949, ketika Hayek menulis The Intellectuals and Socialism, para penjaja idea kolektivis merupakan kelompok yang dominan. Beliau tampak agak pesimis tentang masa depan kebebasan kerana mereka yang berada di pihak konservatif/ pasaran bebas dalam spektrum politik adalah lemah, terpinggir dan hanya mempunyai sedikit suara. Pada tahun 1947, Hayek bersama-sama beberapa orang sarjana pasaran bebas yang ulung telah cuba mengatasi masalah keterpinggiran itu dengan mengasaskan Mont Plerin Society. Tujuan kumpulan ini ialah untuk menganjurkan pertemuan-pertemuan, membentangkan kertas-kertas kerja dan mengadakan pertukaran buah kiran di kalangan para sarjana yang hampir sama jalan pemikiran mereka, dengan harapan untuk mengukuhkan prinsip-prinsip
1 J. Schumpeter, ulasan terhadap The Road to Serfdom, Journal of Political Economy, Jun 1946: 269270. 13

J a L an Pe R ha M baan

masyarakat bebas. Mont Plerin Society kini mempunyai 500 orang anggota di seluruh dunia dan lapan daripada anggotanya telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang ekonomi. Sejak Hayek menulis The Intellectuals and Socialism, telah berlaku perubahan besar dalam pasaran idea. Pada tahun 1949, terdapat hanya sebuah badan pendukung pasaran bebas, iaitu The Foundation for Economic Education yang diasaskan oleh Leonard Read. Kini, terdapat lebih 350 badan pendukung pasaran bebas di 50 buah negara, termasuk di negara-negara bekas komunis. Media-media utama tidak lagi membolot berita dan penyebaran idea seperti sebelum ini. Rangkaian televisyen berdepan dengan persaingan daripada saluran TV satelit dan kabel. Radio-radio yang menyiarkan program-program perbincangan juga telah bercambah. The Rush Limbaugh Show, di mana saya kadangkadang menjadi hos pengganti dalam rentang waktu tiga belas tahun, disiarkan oleh 625 stesen radio yang berlainan, menerusi satelit dan juga internet, mencapai puluhan juta orang di seluruh dunia setiap minggu. Sosialis merasa jengkel kerana kebanyakan rancangan perbincangan dalam radio yang popular dan berjaya dihoskan oleh hos-hos konservatif/pro pasaran bebas. Selain itu terdapat pula penulis-penulis blog yang sentiasa bersedia untuk mencabar dan menyingkap bahan-bahan berita. Walaupun perubahan besar telah berlaku dalam pasaran idea, sosialisme masih berkubu di kolej-kolej dan universitiuniversiti seluruh dunia. Hayek menyebut bahawa Barangkali ciri-ciri paling jelas bagi cendekiawan ialah dia menilai idea-idea baru tidak menurut merit idea itu sendiri, sebaliknya berdasarkan sejauh mana ia siap untuk dimuatkan dalam konsepsinya yang umum, ke dalam gambaran dunia yang dianggapnya sebagai moden atau maju.
14

F R eid R i C h A . H ayek

Profesor Thomas Sowell merumuskan hujah yang merangkumi pandangan Hayek dengan cara yang berlainan.1 Sowell berujar bahawa pada asasnya ada dua cara pandang dalam melihat bagaimana dunia bergerak cara pandang yang terkekang dan cara pandang yang tidak terkekang. Cara pandang yang terkekang melihat keterbatasan-keterbatasan moral manusia, kegilaannya terhadap materi, dan egonya, sebagai sesuatu yang inheren dan kekal pada bangsa manusia. Menurut cara pandang ini, cabaran asasi bagi manusia ialah untuk menyusun suatu sistem yang mengandungi tatalaku sosial, adat resam dan hukum-hakam yang mampu memanfaatkan sebaik-baiknya keadaan manusia tanpa membazirkan sumber daya untuk cuba mengubah sifat semulajadi manusia. Cara pandang terkekang terhadap manusia inilah yang mendasari pemikiran dan penulisan, antaranya, Adam Smith, Edmund Burke dan Alexander Hamilton. Cara pandang yang tidak mengekang pula sebaliknya melihat manusia sebagai makhluk yang mampu mencapai kesempurnaan dan mampu mengedepankan kepentingan pihak lain. Menurut Sowell, tiada pengarang kurun kelapan belas yang pandangannya lebih bertentangan dengan Adam Smith berbanding William Godwin dalam Enquiry Concerning Political Justice. Godwin melihat niat untuk memberi manfaat kepada orang lain sebagai inti bagi nilai yang membawa kepada kebahagiaan manusia. Faedah yang diberikan kepada pihak lain secara tidak sengaja adalah tidak bernilai. Ujar Sowell, Tidak seperti Smith yang menganggap sikap mementingkan diri manusia sebagai lumrah, Godwin menganggapnya sebagai lahir daripada sistem pengganjaran yang digunakan untuk menanganinya.2
1 Thomas Sowell, A Conict of Visions: Ideological Origins of Political Struggles, William Morrow & Company, New York, 1987. 2 Ibid., hal. 24. 15

J a L an Pe R ha M baan

Dalam perenggan terakhir The Intellectuals and Socialism, Hayek menyebut, Melainkan kita [para liberal sejati] dapat mengembalikan semula asas kefalsafahan bagi sebuah masyarakat bebas sebagai suatu isu kecendekiawanan yang sentiasa hidup, ... prospek kebebasan adalah gelap. Jika benarlah yang dikatakan Hayek bahawa bukan sikap mementingkan diri atau niat jahat yang mendorong para cendekiawan ke arah sosialisme, maka masih ada asas untuk bersikap optimis. Pendidikan memberi harapan. Kita boleh mendidik mereka, atau sekurang-kurangnya menjadikan orang lain kebal daripada kesilapan dalam cara berkir mereka. Saya kir strategi di atas mempunyai sekurang-kurangnya dua komponen utama. Pertama, tidak ada banyak keuntungan boleh diraih dengan mencabar logik dalaman banyak hujahhujah sosialis. Sebaliknya, premis-premis awalan yang melandasi hujah-hujah mereka yang mesti dicabar. Sebagai contoh, suatu kelompok memikirkan tentang kebajikan pekerja berkemahiran rendah dan memperjuangkan peningkatan kadar gaji minima sebagai cara untuk membantu mereka. Suatu kelompok lain pula memikirkan persoalan yang sama dan membantah keras peningkatan kadar gaji minima kerana percaya bahawa ia akan memudaratkan para pekerja berkemahiran rendah. Bagaimana dua golongan yang memikirkan matlamat yang sama dan ini selalu terjadi mempertahankan dengan keras dua dasar yang saling bertentangan? Saya percaya sebahagian daripada jawapannya ialah kerana kedua-duanya menetapkan premis awalan yang berbeza tentang cara dunia bergerak. Jika premis awalan sesuatu pihak ialah bahawa seorang majikan memerlukan banyak pekerja untuk menjalankan suatu kerja tertentu, maka menetapkan kadar gaji minima yang lebih tinggi
16

F R eid R i C h A . H ayek

akan membolehkan semua pekerja mengekalkan pekerjaan mereka. Satu-satunya perbezaan ialah mereka akan menerima gaji lebih tinggi dan majikan berkenaan akan mendapat keuntungan yang lebih rendah. Dengan itu, menetapkan gaji minima lebih tinggi jelas memberi manfaat kepada para pekerja berkemahiran rendah. Sebaliknya, jika premis awalan sesuatu pihak ialah bahawa ada cara lain untuk menghasilkan sesuatu produk dan majikan-majikan akan mencari kaedah yang lebih rendah biayanya untuk mencapai tujuan itu, maka peningkatan kadar gaji minima akan menyebabkan para majikan mencari pengganti buruh, misalnya dengan menggunakan automasi atau berpindah ke luar negeri, justeru mengurangkan jumlah pekerja yang mereka gajikan. Menurut cara pandang pihak kedua, seseorang boleh peduli tentang kebajikan para pekerja berkemahiran rendah dan pada masa yang sama menentang kenaikan kadar gaji minima kerana ia mengurangkan peluang untuk para pekerja berkemahiran rendah. Jika benar penilaian Hayek terhadap para sosialis, akan tampak bahawa suatu tugas yang mudah untuk menunjukkan secara empirikal bahawa ada kaedah-kaedah pengeluaran alternatif dan bahawa para majikan tidak akan berdiam diri dengan peningkatan kos pekerja. Komponen kedua bagi strategi ini pula ialah merumuskan hujah-hujah yang lebih baik dan tidak terbantahkan bagi mempertahankan kebebasan peribadi. Setiap satu bahagian agenda sosialis boleh ditunjukkan sebagai tidak berakhlak di bawah andaian bahawa manusia memiliki dirinya sendiri. Gagasan pemilikan diri menjadikan bentuk-bentuk tingkahlaku tertentu secara ketara tidak berakhlak. Membunuh, merogol, dan mencuri adalah tidak berakhlak kerana perbuatanperbuatan itu mencabul hak pemilikan seseorang manusia
17

J a L an Pe R ha M baan

ke atas dirinya sendiri. Program-program kerajaan seperti subsidi kepada para peladang, bailout perniagaan, program kebajikan atau penjagaan kesihatan untuk orang miskin juga tidak berakhlak atas alasan yang sama. Kerajaan tidak memiliki sumber sendiri. Satu-satunya cara kerajaan boleh memberi wang kepada seseorang ialah dengan terlebih dahulu mengambil wang daripada seseorang yang lain. Dengan berbuat demikian ia secara paksa mempergunakan seorang manusia, menerusi pengenaan cukai, untuk memenuhi tujuan seorang manusia yang lain. Perbuatan tidak berakhlak jenis ini boleh disamakan dengan perhambaan. Apatahlagi takrif amali bagi perhambaan ialah: mempergunakan seseorang secara paksa untuk memenuhi tujuan seseorang yang lain. Jika benarlah para sosialis yang berniat baik ialah orangorang jujur seperti yang Hayek anggap, mereka seharusnya boleh memahami bahawa tindakan menyeluk poket sendiri untuk membantu sesama manusia adalah perbuatan yang terpuji. Sedangkan tindakan menyeluk poket orang lain untuk tujuan yang sama adalah perbuatan mencuri dan harus dikutuk menurut mana-mana piawaian akhlak sekalipun. Kolektivis sepatutnya tidak mengabaikan atau mengenepikan bukti jelas bahawa pasaran bebas menghasilkan kemakmuran yang tidak pernah dicapai sebelum ini. Sebaliknya mereka menyalahkan sistem pasaran bebas dengan hujah-hujah moral, menuduhnya sebagai sistem yang memberi habuan kepada sifat tamak dan mementingkan diri serta menghasilkan pengagihan pendapatan yang tidak sekata.

18

F R eid R i C h A . H ayek

Pasaran bebas wajib dipertahankan dengan hujah moral. Kita mesti meyakinkan saudara-saudara kita bahawa kebebasan peribadi takkan wujud tanpa pasaran bebas, rasa hormat terhadap hak-hak milik peribadi dan kedaulatan undang-undang. Hatta jika pasaran bebas bukanlah penjana kemakmuran yang terhebat, moraliti pasaran menjadikannya sebagai pilihan yang terunggul.

WALTER E. WILLIAMS Profesor Kehormat Ekonomi John M. Olin George Mason University, Fairfax, Virginia Mei 2005

* Semua pandangan yang diluahkan dalam Occasional Paper 136 dan dalam semua penerbitan IEA yang lain adalah pandangan pengarang sendiri dan bukannya pandangan IEA (yang tidak mempunyai pandangan korporat), para pemegang amanah, anggota-anggota Majlis Penasihat atau kakitangan kanan institut ini.

19

THE ROAD TO SERFDOM

PENGANTAR
John Chamberlain mencirikan tempoh sejurus selepas Perang Dunia II dalam pengantarnya kepada The Road to Serfdom edisi pertama sebagai a time of hesitation (zaman teragak-agak). Britain dan benua Eropah berdepan dengan tugas berat untuk membina dan membentuk semula negara. Amerika Syarikat yang tidak ditimpa kemusnahan jasmani yang sama yang mencacatkan wajah Eropah Barat ketika itu bagaimanapun sedang memulihkan diri daripada kesan buruk daripada ekonomi yang dipacu oleh peperangan berikutan Great Depression. Di merata-rata tempat orang mendambakan jaminan dan ingin kembali kepada kestabilan. Persekitaran kecendekiawanan juga tidak kurang goyah. Kebangkitan dan seterusnya kekalahan fasisme telah membuka ruang yang amat luas untuk para cendekiawan yang bebas memperjuangkan apa jua gagasan selain penghapusan kaum dan kawalan politik kediktatoran. Pada masa yang sama, penerimaan orang ramai terhadap perancangan ekonomi oleh kerajaan di masa aman semakin meningkat berikutan fahaman salah (tetapi diterima secara meluas) bahawa sifat pasaran bebas yang tidak terjangkakan telah menghasilkan kegawatan, selain justeru peningkatan pengeluaran selama empat tahun yang didorong oleh perang dan pengarahan pusat, serta hakikat bahawa Russia menjadi sekutu Amerika Syarikat dan Britain di waktu perang.

21

J a L an Pe R ha M baan

Pada ketika yang tidak pasti dan tidak stabil inilah muncul buku tipis yang kini anda tatap dalam bentuk yang telah dipadatkan, iaitu karya F. A. Hayek, The Road to Serfdom. Penulisan The Road to Serfdom, yang dibuat Hayek dalam waktu senggangnya di antara September 1940 hingga Mac 1944, dianggapnya sebagai satu kewajipan yang tidak harus saya elak1 dan bukan sebagai satu usaha sengaja untuk memenuhi curriculum vitae-nya. Menurut Hayek, beliau sekadar menonjolkan kekhuatiran-kekhuatiran yang wajib dibentuk oleh kecenderungan-kecenderungan semasa [dalam pemikiran ekonomi dan politik] dalam minda banyak orang yang tidak mampu meluahkannya di muka umum...2 Tetapi seperti yang sering terjadi, tugas yang didorong oleh rasa tanggungjawab ini telah menghasilkan segunung kesan yang tidak diniatkan oleh sang pengarang. Hayek menggunakan ilmu ekonomi untuk menyiasat minda manusia, menggunakan pengetahuan yang telah dikumpulnya untuk melondehkan sifat totalitarian sosialisme dan untuk menjelaskan bagaimana sosialisme tidak dapat tidak akan membawa kepada perhambaan. Hayek memberikan sumbangan terbesarnya dengan menyingkap kebenaran yang amat sederhana tetapi mendasar: manusia tidak mengetahui dan tidak mampu mengetahui segala sesuatu, maka apabila dia bertindak seolah-olah dia mengetahui [segala-galanya], bencana mengekori. Beliau mendapati sosialisme, negara kolektivis, dan ekonomi terancang mewakili bentuk sifat megah diri terhodoh, kerana kalangan yang merancang perkara-perkara tersebut cuba
1 F. A. Hayek, The Road to Serfdom, Routledge, London, 1944, hal. v. 2 Ibid., hal. vii. 22

F R eid R i C h A . H ayek

dengan pengetahuan yang tidak memadai untuk merekabentuk semula sifat semulajadi manusia. Dalam berbuat demikian, para calon perancang ini dengan angkuhnya mengabaikan tradisitradisi yang merangkumkan hikmah-hikmah sekian banyak generasi; dengan terburu-buru mengabaikan adat-kebiasaan yang tujuannya tidak mereka fahami; dan dengan sesuka hati mencampur-aduk hukum-hakam yang tertulis di jiwa manusia yang tidak mampu mereka ubah dengan peraturan-peraturan pentadbiran yang boleh mereka ubah sembarangan. Bagi Hayek, perbuatan memandai-mandai seperti itu bukan hanya merupakan sejenis keangkuhan yang mencelakakan, bahkan ia adalah jalan ke arah perhambaan. Gagasan-gagasan sederhana yang tersimpul dalam The Road to Serfdom menimbulkan dampak segera. Sebanyak enam edisi buku ini diterbitkan dalam tempoh 16 bulan pertama sejak ia kali pertama muncul. Ia juga telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa dan diedarkan secara terbuka di negara-negara bebas dan juga secara tersembunyi di negaranegara bertirai besi. Tidak berlebihan jika disebutkan bahawa The Road to Serfdom telah mencegah sosialisme daripada mekar sepenuhnya di Eropah Barat dan Amerika Syarikat serta menyemai benih kebebasan di Kesatuan Soviet sehingga membuahkan hasil hampir 45 tahun kemudian. Istilah-istilah pemikat sosialis, seperti kolektivisme, telah digugat dalam debat politik arus perdana dan hatta ahli akademik sosialis terpaksa berundur daripada mempertahankan perancangan sosial secara terang-terangan.

23

J a L an Pe R ha M baan

Namun nilai sebenar The Road to Serfdom bukan terletak pada tamparan yang segera dirasakan oleh para aktivis dan pemikir sosialis walaupun hal itu penting sebaliknya pada kesannya yang berpanjangan terhadap para pemikir politik dan ekonomi sejak 55 tahun yang lampau. Seperti diakui Hayek sendiri, buku ini ... tanpa diduga telah menjadi titik mula bagi saya memulakan kerja selama 30 tahun dalam suatu bidang baru.1

EDWIN J. FEULNER JR November 1999

1 Kata-kata ini ditulis pada tahun 1976, namun boleh dikatakan bahawa pengaruh The Road to Serfdom telah memandu kerja-buat Hayek sehinggalah beliau meninggal pada tahun 1992. 24

PENGENALAN
H A YEK , F I S HER D A N

T HE RO A D T O S ER F DOM 2

Cerita saya bermula dengan seorang lelaki Inggeris bernama Lionel Robbins yang kemudian dikenali sebagai Lord Robbins of Clare Market. Pada tahun 1929, ketika berusia 30 tahun, beliau telah dilantik sebagai Profesor Ekonomi di London School of Economics and Political Science (LSE), sebuah kolej dalam University of London. Beliau boleh disebut sebagai ahli ekonomi teragung bagi generasinya dan beliau fasih berbahasa Jerman. Kemahirannya ini telah menemukannya dengan hasil kerja seorang ahli ekonomi muda dari Austria, Freidrich Hayek. Beliau lalu menjemput rakan sejawatannya yang sama muda sepertinya itu untuk menyampaikan syarahan di LSE. Siri syarahan beliau disambut begitu baik sehinggakan Hayek dilantik sebagai Tooke Professor dalam bidang ilmu ekonomi dan perangkaan di LSE pada tahun 1931 dan beliau telah menjadi warga Inggeris lama sebelum status tersebut menjadi pasport yang memudahkan.

2 Pengenalan ini berasaskan ucapan yang disampaikan pengarang pada 26 April 1999 dalam Bengkel Antarabangsa Books for a Free Society Kali ke-33, anjuran Atlas Economic Research Foundation (Fairfax, VA) di Philadelphia, PA. 25

J a L an Pe R ha M baan

Pada tahun 1930an, John Maynard Keynes sedang berada di kemuncak. Beliau adalah ahli ekonomi termasyhur di dunia dan Hayek adalah satu-satunya pesaing sebenar beliau. Pada tahun 1936, Keynes menerbitkan karya terkenalnya, General Theory of Employment, Interest and Money.1 Hayek teringin untuk membongkar buku karut ini tetapi beliau menahan diri, atas satu sebab yang sederhana dan amat manusiawi. Dua tahun sebelum itu, sebuah makalah karangan Keynes yang kini sudah dilupakan (A Treatise on Money)2 telah dicabikcabikkan dalam ulasan jurnal yang diterbitkan dalam dua bahagian. Keynes telah menepis serangan Hayek dengan sebuah senyum dan menyebut ketika mereka berselisih pada suatu hari di Clare Market: Oh, tak mengapa; Saya tidak lagi percayakan semua itu. Maka Hayek tidak mahu mengulang kerja membongkar ke atas The General Theory kerana kemungkinan nanti di masa depan Keynes memutuskan bahawa beliau tidak lagi percayakan semua itu juga dan saya dengar keputusan ini kerap disesali Hayek di tahun 1970an. Perang tiba dan LSE dipindahkan dari pusat bandar London ke Peterhouse College, Cambridge. Sesuatu yang tipikal, Keynes mengatur bilik-bilik untuk seteru ketatnya dalam bidang pemikiran, iaitu Hayek, di Kings College di mana Keynes menjadi Bursar, dan sesuatu yang juga tipikal Hayek menawarkan khidmat sukarela untuk tugas berkawal, iaitu menawarkan diri untuk duduk di atas bumbung kolejnya di waktu malam bagi memerhati tentera pengebom Jerman.
1 J. M. Keynes, The General Theory of Employment, Interest and Money, Macmillan, London, 1936. 2 J. M. Keynes, A Treatise on Money, Macmillan, London, 1930. 26

F R eid R i C h A . H ayek

Ketika berkawal di waktu malam itulah beliau mula memikirkan tentang nasib negara angkatnya jika dan setelah keamanan kembali. Jelas bagi Hayek bahawa kemenangan mengandung benih kemusnahannya sendiri. Perang tersebut digelar sebagai Perang Rakyat kerana tidak seperti perang-perang sebelum itu semua penduduk berjuang dengan cara masing-masing. Hatta golongan yang memilih jalan damai (pacist) sekali pun turut memberi sumbangan dengan membajak tanah untuk menghasilkan makanan bagi anggota-anggota tentera. Hayek mengesan perkembangan faham Sepertimana di waktu perang, begitu juga di waktu aman iaitu bahawa kerajaan patut memiliki, merancang dan mengawal segala-galanya. Akan banyak kesulitan ekonomi yang terhasil akibat perang: rakyat akan berpaling kepada kerajaan untuk mencari jalan keluar. Dengan itu, sewaktu Hayek menulis karya agungnya, The Road to Serfdom, beliau digerakkan bukan hanya oleh kecintaan terhadap negara angkatnya tetapi juga oleh kebimbangan besar bahawa perancangan negara, sosialisme, dan peningkatan kuasa serta kawalan negara, tidak dapat tidak akan membawa UK dan AS ke arah fasisme atau, lebih parah, Sosialisme Kebangsaan (Nazisme).
A N t O N Y F I s H E R , sa N G p E L a K sa N a

Izinkan saya bercakap kini tentang The Road to Serfdom dan seorang manusia khusus yang telah didorong oleh pengajaran-pengajaran daripada karya tersebut untuk berbuat sesuatu. Orang tersebut ialah mendiang Antony George Anson Fisher, atau yang kita sebut dulu, dan masih hingga kini, dengan gelaran AGAF.
27

J a L an Pe R ha M baan

Fisher datang daripada sebuah keluarga para pemilik lombong, anggota parlimen, pendatang dan anggota tentera. Beliau dilahirkan pada tahun 1915 dan tidak lama kemudian lahir adik dan temannya yang paling rapat, Basil. Ayahnya dibunuh oleh seorang penembak tepat berbangsa Turki pada tahun 1917. Dibesarkan di England Tenggara oleh ibunya, balu muda asal New Zealand dari Piraki, Akaroa, AGAF belajar di Eton dan Cambridge di mana beliau dan adiknya belajar menerbangkan pesawat dalam University Air Squadron. Sewaktu menamatkan pelajaran, Antony telah menjalankan beberapa perusahaan, termasuk: sebuah syarikat kereta sewa berjaya sebuah syarikat kapal terbang sewa juga berjaya; dan rekabentuk dan pembuatan kereta sport murah jenama Deroy gagal kerana kekurangan kuasa. Di awal perang, Antony dan Basil menjadi sukarelawan RAF [pasukan tentera udara British] dan bertugas menerbangkan pesawat Hurricanes dalam III Squadron dalam Perang Britain. Pada suatu hari pesawat Basil terkena tembakan Jerman. Beliau berjaya melonjak keluar dari pesawat di kawasan Selsey Bill tetapi payung terjunnya terbakar, lalu kedua-dua pesawat dan juruterbangnya menjunam ke bumi, secara terpisah. Untuk keselamatannya sendiri, Antony tidak dibenarkan terbang. Beliau menggunakan waktunya secara produktif dengan membina sebuah jentera (Fisher Trainer) untuk mengajar para juruterbang pelatih menembak dengan lebih baik. Beliau juga seorang pembaca setia Readers Digest. Setiap naskhah majalah ini dilahapnya, dibaca dengan kuat kepada keluarganya,
28

F R eid R i C h A . H ayek

dicoret-coret dengan garis dan disimpan tersusun dalam kamar bacaannya. Anaknya yang sulung, Mark, mengingati bagaimana sebuah dinding dalam kamar bacaannya dipenuhi dengan baris demi baris naskhah-naskhah Readers Digest yang dikumpul selama bertahun-tahun malah berdekad-dekad. Jadi, bagaimana Fisher si juruterbang pesawat pejuang bertemu dengan Hayek si ahli akademik? Berikut ini adalah kisah yang saya telah kumpul dan susun. Tidak semua bahagian kisah ini diterima oleh semua pihak yang berminat, tetapi kepingankepingan kisah ini adalah sekata. Jadi, ini cerita saya dan saya berpegang dengannya.
P E R sa N D I N G a N D U a M I N D a

The Road to Serfdom diterbitkan pada Mac 1944 dan, walaupun bekalan kertas kurang di waktu perang, ia telah diulang-cetak sebanyak lima kali di UK dalam tempoh 15 bulan. Memandangkan bekalan kertas dicatu di waktu perang, penerbitnya, Routledge, tidak mampu untuk memenuhi permintaan sehingga Hayek mengadu bahawa The Road to Serfdom telah mendapat reputasi sebagai buku yang tidak mampu diperoleh.1 Buku ini begitu meletup sehinggakan Hayek tidak mampu lagi mengikuti ulasan-ulasan buku ini, manakala para pengkritik pula tergerak untuk mengarang sekian banyak buku untuk menyerang Hayek di UK dan AS. Dr Laurence Hayek, satu-satunya anak lelaki F. A. Hayek, memiliki naskhah edisi pertama The Road to Serfdom milik bapanya, selain naskhah
1 Dipetik dalam R. Cockett, Thinking the Unthinkable: Think Tanks and the Economic Counter-Revolution, 19311983, Fontana, London, 1995, hal. 85. 29

J a L an Pe R ha M baan

pruf pencetak yang mengandungi pembetulan-pembetulan yang dibuat oleh Hayek. Di bahagian dalam kulit belakang buku edisi pertama itu Hayek telah menyenaraikan ulasan-ulasan yang telah diterbitkan. Senarainya seperti berikut:
Tablet 11/3/44 (Douglas Woodruff) Sunday Times Birmingham Post Yorkshire Post Financial News Listener Daily Sketch Times Literary Supplement Spectator Irish Times Observer Manchester Guardian 12/3 9/4 29/3 30/3 30/3 30/3 (Candidus) 1/4 31/3 25/3 9/4 (George Orwell) 19/4 (W) (M. Polanyi) (Harold Hobson satu-dua perkataan) (G. M. Young)

14/3 (TWH)

Namun, seperti yang Hayek sebut kepada saya pada tahun 1975, begitu banyak ulasan diterbitkan sehingga dia tidak mampu menjejak kesemuanya dan telah berhenti membuat catatan. Pada awal tahun 1945, University of Chicago Press telah menerbitkan The Road to Serfdom edisi AS dan, seperti Routledge di UK, mereka juga tidak dapat memenuhi permintaan pembeli lantaran pencatuan kertas. Bagaimanapun, pada April 1945, buku ini akhirnya menjangkau khalayak lebih meluas apabila Readers Digest telah menerbitkan versi

30

F R eid R i C h A . H ayek

padat baginya.1 (Hayek berpandangan buku ini mustahil untuk dipadatkan, tetapi beliau selalu menyebut betapa bagus hasil kerja para penyunting Readers Digest.) Ketika para penerbit buku berdepan dengan masalah untuk menerbitkan empat atau lima ribu naskhah, majalah Readers Digest dicetak sehingga ratusan ribu naskhah jumlahnya. Setakat ini, itulah kali pertama dan terakhir majalah berkenaan meletakkan versi padat sebuah buku di halaman depannya. Justeru itu, semua pembaca pasti tidak terlepas pandang terhadapnya, terutama bagi penagih Digest seperti Fisher. Readers Digest yang memuatkan versi padat The Road to Serfdom itu diterbitkan ketika Hayek sedang berada di atas kapal laut dalam perjalanan ke AS untuk mengisi siri kembara syarahan yang diatur bersempena penerbitan buku beliau di AS. Tiba di AS, beliau mendapati dirinya disambut seperti seorang selebriti:
Saya diberitahu semua rancangan kami telah diubah: Saya akan berkeliling untuk memberi syarahan di seluruh negara, bermula di dewan perbandaran New York... Bayangkan betapa terkejutnya saya apabila mereka menghantar saya ke sana, terdapat 3,000 orang dalam dewan itu, di samping sejumlah yang lain yang mengisi bilik-bilik bersebelahan dewan yang dipasang dengan pembesar suara. Saya berdiri di sana, di depan selonggok mikrofon dan selaut wajah yang jelas sedang menanti-nanti dengan penuh harap.2

1 John Blundell telah membincangkan tentang versi ini secara terperinci dalam Looking back at the condensed version of The Road to Sefdom after 60 years, Economic Affairs, Jil. 24, Bil. 1. 2 Wawancara dengan Hayek dalam The Times, 5 Mei 1985, dikutip dalam Cockett, op. cit., hal. 100101. 31

J a L an Pe R ha M baan

Sekarang sampai pada kerja penyiasatan. Di penghujung musim bunga/awal musim panas tahun 1945, kedua-dua Hayek dan Fisher sedang berpindah-randah. Hayek telah meluangkan seluruh waktu di zaman perang di Cambridge, tetapi kini keadaan telah selamat untuk mengembalikan LSE ke London. Fisher pula sepanjang waktu perang telah menghabiskan masanya di seluruh UK untuk melatih para juruterbang dari segi persenjataan dan beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Pemimpin Skuadron. Dia juga sedang berpindah ke War Ofce (kini Ministry of Defence), di pusat bandar London, yang jaraknya hanya sepuluh minit perjalanan kaki dari LSE. Laurence Hayek dan LSE mengesahkan tarikh perpindahan Hayek, manakala rekod Fisher dalam RAF yang didapatkan daripada Ministry of Defence oleh anak lelakinya, Mark, menyatakan tarikh perpindahannya dengan jelas. Ketika ditanya empat puluh tahun kemudian, Hayek dan Fisher tidak lagi begitu ingat tentang perkara yang berlaku setelah mereka berpindah. Hayek khususnya pernah menyatakan yang dia sama sekali tidak ingat bahawa Fisher pernah datang untuk mendapatkan nasihatnya. Fisher pula sebaliknya sentiasa mengingati dengan jelas dan konsisten boleh dikatakan hampir persis sepatah demi sepatah dialog di antara mereka berdua, tetapi dia tidak begitu ingat bagaimana dialog itu terjadi. Saya percaya yang berlaku adalah seperti di bawah ini. Fisher, si penagih Digest, telah sedia aktif dalam politik dan sedang merasa bimbang tentang masa depan negaranya. Digest edisi April tahun 1945 sampai ke tangannya sewaktu dia sedang berpindah ke London. Setelah membaca rencana muka depan majalah itu, dia terperasan bahawa pengarangnya sedang berada di University of London. Dia membuat satu panggilan
32

F R eid R i C h A . H ayek

telefon dan mendapat pengesahan bahawa LSE telah berpindah balik ke tempat asalnya. Pada suatu waktu makan tengahari atau petang, Fisher telah berjalan dari pejabatnya ke LSE dan mengetuk pintu Hayek. Fisher mengingati susun-atur pejabat Hayek secara terperinci dan tepat, termasuk kedudukannya yang hampir dengan pejabat Harold Laski, seorang tokoh sosialis yang digeruni. Menurut Fisher, selepas perbualan kecil (sesuatu yang tidak pandai dilakukan oleh kedua-duanya), mereka berbual seperti berikut:
Fisher: Saya berkongsi kerisauan dan kebimbangan yang sama dengan yang anda ungkapkan dalam The Road to Serfdom dan saya ingin terjun ke dalam politik untuk membetulkan keadaan. Hayek: Jangan! Halatuju masyarakat hanya akan berubah menerusi perubahan dalam soal idea. Anda mesti terlebih dahulu mendepani para cendekiawan, guru, dan penulis, dengan hujah yang munasabah. Pengaruh mereka ke atas masyarakat yang akan memberi kesan, manakala ahli-ahli politik akan menurut.

Petikan ini saya bingkaikan di depan meja saya, bersebelahan kata-kata Keynes yang masyhur: Buah-buah kiran ahli ekonomi dan lasuf politik, sama ada sewaktu mereka [mengemukakan pandangan yang] benar atau salah, lebih berpengaruh daripada yang umumnya difahami. Malah, tidak banyak hal lain yang mempengaruhi dunia ini. Orangorang kebanyakan yang merasa diri mereka terkecuali daripada sebarang pengaruh intelektual biasanya menjadi hamba kepada ahli ekonomi yang telah mati.1
1 Keynes, The General Theory of Employment, Interest and Money, op. cit., hal. 383. 33

J a L an Pe R ha M baan

Untuk perkara terakhir tentang persoalan ini, izinkan saya mengutip kata-kata Fisher sendiri yang beliau ungkapkan pada 3 Julai 1985 di IEA sewaktu majlis meraikan ulangtahun IEA yang ke-30. (Sepatutnya ia adalah ulangtahun penerbitan buku pertama IEA yang diterbitkan pada Jun 1955 dan bukannya ulangtahun penubuhan IEA yang diperbadankan pada November 1955 atau pembukaan rasminya pada tahun 1957.) Di majlis pada Julai 1985 itu Fisher berkata:
Hari itu agak istimewa bagi saya apabila Friedrich Hayek memberikan saya nasihat. Ia berlaku hampir tepat-tepat empat puluh tahun yang lalu dan telah sama sekali mengubah hidup saya. Friedrich yang telah menggerakkan saya ... dan dua perkara yang disebutnya dulu telah memastikan IEA berada di landasannya. Pertama, untuk menjauhi politik dan, kedua, untuk menyediakan landasan intelektual ... kalau anda boleh berpegang pada dua hukum ini, anda akan dapat menghindari banyak masalah dan melakukan banyak kebaikan.

Seperti saya telah sebut, 30 tahun kemudiannya, tidak terhitung di sekian banyak kesempatan, Hayek tidak menakan bahawa peristiwa tersebut pernah terjadi atau menakan bahawa beliau pernah memberikan nasihat itu. Beliau cuma mengatakan yang beliau tidak mengingatinya. Tetapi nasihat itu amat ke-Hayek-an dan selari dengan esei beliau yang klasik, The Intellectuals and Socialism, yang terbit hanya beberapa tahun kemudian dan baru saja diterbitkan semula oleh IEA.1 Ini bukanlah cetakbiru untuk tindakan mendepani para
1 F. A. Hayek, The Intellectuals and Socialism, Rediscovered Riches Bil. 4, IEA, London, 1998. 34

F R eid R i C h A . H ayek

cendekiawan dan sememangnya dalam dekad berikutnya tidak banyak kesan boleh dilihat daripada perbualan itu, walaupun tiga usahawan intelektual Amerika yang juga telah bertemu dengan Hayek telah mula melakukan sesuatu di AS.
J a L a N M E N U j U IE A

Hayek mengajar di LSE, bercerai di Arkansas, berkahwin semula, berpindah ke Chicago dan menulis The Constitution of Liberty. Fisher mencuba kerja saham; menjadi peladang; menulis The Case for Freedom,2 sebuah monograf yang amat terus mata;3 mengimport idea perladangan dan pengilangan ayam; membela kebebasan menerusi pelbagai jenis kempen; melawat AS untuk mencari model-model institut yang boleh beliau contohi; menerbitkan The Free Convertibility of Sterling oleh George Winder;4 menubuhkan Institute of Economic Affairs, menggaji Ralph Harris dan, seperti yang selalu dilakukannya, membiarkan orang yang digajinya bekerja dengan lancar tanpa campurtangannya. (Ketika beliau meletakkan di tangan saya masa depan Atlas Economic Research Foundation, sebuah badan yang dikhususkan untuk usaha membina badan-badan pemikir seperti IEA di seluruh dunia, dia menjelaskan kepada saya sejelas-jelasnya bahawa dia sentiasa bersedia untuk membantu jika saya perlukan bantuan, tetapi dia benar-benar berharap saya akan mencari jalan sendiri.)
2 A. Fisher, The Case for Freedom, Runnymede Press, London, tt. 3 Terus mata: jangkaan atau ramalan yang kemudiannya benar-benar berlaku penterjemah. 4 G. Winder, The Free Convertibility of Sterling, The Batchworth Press untuk Institute of Economic Affairs, London, 1955. 35

J a L an Pe R ha M baan

Awalnya, di penghujung tahun 1950an, belum jelas apa yang hendak dilakukan oleh IEA. Buku berkenaan kawalan pertukaran wang karangan Winder agak tipis, mudah digahami, dan topiknya pula agak sempit tetapi penting. Sebanyak 2,000 naskhah telah dijual dalam masa yang singkat berkat ulasan Henry Hazlitt dalam Newsweek. Malangnya, pencetak yang juga menjual buku untuk Antony telah muis, lalu nama dan alamat 2,000 pembeli itu telah hilang. Tetapi Fisher telah melawat Foundation for Economic Education di Irvington-on-Hudson, New York, telah mengetahui tentang kewujudan majalahnya, The Freeman, dan masih meminati Readers Digest. Harris asalnya seorang ahli politik yang cergas dalam partinya, tetapi beliau beralih menjadi ahli akademik dan pengarang editorial, manakala Arthur Seldon, pengarah editorial yang pertama, pernah menjadi pembantu penyelidikan kepada ahli ekonomi terkemuka dari LSE, Arnold Plant, sebelum menjadi ahli ekonomi utama bagi sebuah pertubuhan pembuat arak. Dengan latar belakang pengalaman yang caca-marba ini akademik, perniagaan, politik, wartawan terhasillah monograf-monograf unik terbitan IEA yang mengandungi pengetahuan ekonomi terbaik dalam bahasa Inggeris yang bagus dan bebas daripada jargon, ditulis oleh ahli akademik (sebahagian besarnya) dan penulis-penulis separa-akademik, dalam bahasa yang boleh difahami oleh orang kebanyakan namun masih berguna untuk para pakar. Sukar untuk mendapatkan pengarang di awalnya, begitu juga untuk mendapatkan wang, ulasan dan untuk meningkatkan jualan. Ada waktu-waktunya semua orang terpaksa meletakkan pena untuk mencari wang atau cepat-cepat mengangkat balik pena untuk sama-sama mengarang sebuah kertas penyelidikan.
36

F R eid R i C h A . H ayek

Kejayaan pertama yang paling jelas bagi usaha ini diilhamkan daripada The Road to Serfdom, dengan nasihat Hayek, dilaksanakan oleh Fisher serta dikendalikan oleh Harris dan Seldon adalah pemansuhan Resale Price Maintenance pada tahun 1964, suatu pembaharuan yang menakjubkan. Ia membawa kepada pengharaman cara penetapan harga barangan yang diamalkan oleh para pengeluar iaitu dengan mencetak harga pada sesuatu barang serta mencabut larangan terhadap pendiskaunan. Sebelum pemansuhan itu, pembeli tidak mempunyai banyak pilihan. Perubahan ini menyebabkan Tories kehilangan undi pemilik-pemilik perniagaan kecil dan menyebabkan mereka hilang kuasa selama enam tahun, tetapi ia telah mengubah ekonomi UK dan membolehkan para pemilik kedai berkembang. Ia telah diramalkan secara jelas dalam kajian terbitan IEA pada tahun 1960, Resale Price Maintenance and Shoppers Choice, yang dibuat oleh Basil Yamey.1 Setelah itu muncul kejayaan-kejayaan lain dan daya pendorong IEA semakin berkembang, namun apa yang berlaku pada Hayek dan Fisher? Hayek telah berpindah kembali ke Eropah dari Chicago dan pada Disember 1974 telah menerima Hadiah Nobel. Usianya telah mencecah 75 tahun dan kesihatannya tidak begitu baik. Dia juga kemurungan. Bagaimanapun hadiah (dan nilai cek yang besar) itu telah menceriakannya. Fisher telah menjual perniagaan ayamnya pada harga jutaan paun dan melaburkan sebahagian besar daripada saham minoritinya ke dalam perladangan penyu yang berada pada
1 B. S. Yamey, Resale Price Maintenance and Shoppers Choice, Hobrat Paper Bil. 1, IEA, London, 1960. 37

J a L an Pe R ha M baan

tahap eksperimental di Kepulauan Cayman. Eksperimen itu membuahkan hasil yang mengagumkan, tetapi para pejuang alam sekitar telah menutup pasarannya yang terbesar Amerika Syarikat.1 Beliau enggan berselindung di sebalik liabiliti yang terbatas dan menggunakan baki wangnya untuk membayar semua hutang. 1974 kini 30 tahun selepas penerbitan The Road to Serfdom adalah tahun yang penting bagi Fisher juga kerana setelah bebas dari memikirkan tentang urusan perniagaan beliau mempunyai masa untuk melayan para ahli perniagaan dan pihak-pihak ain dari seluruh dunia yang menyaksikan perkembangan pengaruh IEA dan datang untuk mendapatkan nasihatnya.
MENaNaM BENIH

Maka usahawan yang kemudiannya menjadi juruterbang pesawat pejuang dan kemudiannya menjadi pelatih persenjataan, broker saham, peladang tenusu, pelopor perladangan ayam dan seterusnya penyelamat penyu menjadi Johnny Appleseed bagi gerakan pasaran bebas, berkelana ke seluruh dunia untuk membantu menubuhkan badan-badan seperti IEA. Mula-mula beliau menyertai Fraser Institute yang ketika itu baru ditubuhkan di Vancouver, BC; tidak lama kemudian beliau ke Australia untuk membantu Greg Lindsay di Centre for Independent Studies; menggaji David Theroux (yang ketika makalah ini ditulis baru saja meninggalkan Cato Institute)
1 Untuk cerita lengkap sila lihat P. dan S. Fosdick, Last Chance Lost: Can and Should Farming Save the Green Sea Turtle?, Irvin S. Naylor, York, PA, 1994. 38

F R eid R i C h A . H ayek

untuk menubuhkan Pacic Research Institute di San Francisco; memberi sokongan kepada Butler besaudara dan Madsen Pirie ketika mereka mengasaskan Adam Smith Institute di London; dan bersama William Casey menubuhkan Manhattan Institute yang di peringkat penubuhannya kedua-dua pengasas ini hanya duduk di atas kotak barangan dalam pejabat yang kosong. Hampir sepuluh tahun diambil untuk melahirkan Institut Nombor 1 IEA. Selama dua puluh tahun ia menjadi satusatunya badan pemikir untuk pasaran bebas, tetapi setelah itu dalam jangkamasa hanya enam tahun lima lagi badan pemikir sepertinya lahir, dan suasana mula meriah. Pada tahun 1981, Fisher menubuhkan Atlas Economic Research Foundation untuk dijadikan titik tumpu bagi institut-institut dan untuk menyalurkan dana permulaan. Ketika kewafatan beliau pada tahun 1988, lebih 30 institut telah tertubuh di sekitar 20 buah negara. Pada tahun 1991 pula 80 tersenarai dan kini saya menghitung kewujudan sekitar 100 buah institut [pasaran bebas] di 76 buah negara. Semua ini boleh ditelusuri kembali kepada si ahli ekonomi muda, bukunya, versi padat Readers Digest, dan seorang pegawai angkatan tentera udara British ... menerusi IEA ... menerusi CIS/PRI/ASI/Manhattan dan Fraser ... sampai kepada 100 institut di 76 buah negara hari ini yang sedang bersamasama mengubah dunia. Untuk memberi gambaran lebih jelas tentang dampak IEA, izinkan saya menutup dengan sebuah kisah daripada Lord Howell dari Guildford yang menjadi menteri di tahun 1980an. Beliau datang ke pejabat saya baru-baru ini dan menuding ke sebuah meja mesyuarat yang besar. Meja yang saya gunakan untuk membuat kerja setiap hari itu didermakan oleh Antony
39

J a L an Pe R ha M baan

pada lewat tahun 1960an. Kata Howell, Kamu tahu, John, di meja itulah kami kali pertama berbincang secara serius tentang penswastaan pada tahun 1968. Gagasan itu bercambah pada tahun 1970an, mula dilaksanakan pada 1980an dan pada tahun 1990an berkembang marak di seluruh dunia. Jawab saya: Ya, cukup marak sehinggakan pendapatan daripada penswastaan di seluruh dunia tahun lepas mencecah $100 bilion buat kali pertama. Inilah kisah penting yang harus kami ceritakan dan semuanya bermula dengan edisi padat The Road to Serfdom dan versi kartun yang hanya baru-baru ini ditunjukkan kepada saya oleh Laurence Hayek. Silakan membaca edisi padat yang pertama kali diterbitkan semula setelah penerbitan asalnya dalam Readers Digest, dan kirkanlah semua perubahan yang terjadi kerananya: semua penderitaan yang berjaya dihindari dan semua kemakmuran yang telah tercipta.

JOHN BLUNDELL November 1999

40

PRAKATA KEPADA EDISI PADAT THE ROAD TO SERFDOM TERBITAN READER'S DIGEST
Dengan The Road to Serfdom, tulis Henry Hazlitt dalam New York Times, Freidrich A. Hayek telah menulis salah sebuah buku terpenting bagi generasi kita. Ia mengungkapkan semula buat zaman kita ini permasalahan di antara kebebasan dan kekuasaan. Ia adalah sebuah peringatan yang menyentak semua para perancang dan sosialis yang berniat baik, semua demokrat yang tulus hati, dan semua orang yang berjiwa liberal agar berhenti, melihat dan mendengar. Sang pengarang adalah seorang ahli ekonomi yang terkenal di peringkat antarabangsa. Beliau yang berbangsa Austria pernah menjadi pengarah Austrian Institute for Economic Research dan pensyarah dalam bidang ekonomi di University of Vienna di tahun-tahun kebangkitan fasisme di Eropah Tengah. Beliau tinggal di England sejak tahun 1931 sewaktu menjadi professor dalam bidang ilmu ekonomi di University of London dan menjadi warganegara British.

41

J a L an Pe R ha M baan

Professor Hayek dengan daya penaakulannya yang tajam dan teliti telah menyuarakan peringatan suram kepada orang-orang Amerika dan Britain yang mahu mendapatkan pertolongan kerajaan untuk keluar daripada semua masalah ekonomi. Beliau menunjukkan betapa Fasisme dan Sosialisme Nasional yang disebut oleh Jerman itu adalah kesan yang pasti daripada peningkatan kawalan dan kuasa negara, perancangan nasional dan sosialisme. Dalam prakata kepada The Road to Serfdom, John Chamberlain, editor buku majalah Harpers, menulis: Buku ini adalah teriakan amaran di zaman ketidakpastian. Ia berkata kepada kita: Berhenti lihat dan dengar. Logiknya tidak terbantahkan, dan ia harus mendapat sebanyak mungkin pembaca.

42

RiNGkAsAN
(TERjEM a H a N atas NO ta DI saM p U L BU K U Ya N G DI tULI s O L E H HaY E K U N t UK E D Is I p ERtaM a )

Apakah kita mampu membayangkan tragedi yang lebih besar daripada ini, iaitu dalam usaha kita untuk secara sedar membentuk masa depan kita selari dengan ideal-ideal yang tinggi, secara tidak sengaja kita menerbitkan hasil-hasil yang amat berlawanan dengan tujuan yang ingin kita capai? Hujah bahawa hanya kejahatan khusus orang Jerman yang telah menghasilkan sistem Nazi akan digunakan sebagai alasan untuk memaksakan ke atas kita institusi-institusi yang telah menghasilkan kejahatan itu. Totalitarianisme adalah perkataan baru yang telah kita ambil untuk memperihalkan sesuatu yang tidak terjangka tetapi merupakan cerminan-cerminan yang tak terpisahkan bagi sesuatu yang kita sebut secara teorinya sebagai sosialisme. Dalam sebuah sistem yang terancang, kita tidak boleh membataskan tindak kolektif setakat tugas-tugas yang kita persetujui, sebaliknya kita dipaksa untuk menghasilkan persetujuan atas setiap sesuatu bagi membolehkan sebarang tindakan dilaksanakan. Semakin banyak negara merancang semakin sukar untuk individu membuat perancangan.
43

J a L an Pe R ha M baan

Kebebasan ekonomi yang menjadi prasyarat bagi segala jenis kebebasan yang lain tidak membawa maksud bebas daripada masalah ekonomi seperti yang dijanjikan oleh para sosialis, kerana kebebasan sebegitu hanya boleh dicapai dengan cara turut menghapuskan keperluan dan kuasa memilih individu: yang dimaksudkan dengan kebebasan ekonomi ialah kebebasan untuk menjalankan kegiatan ekonomi yang, dengan adanya hak untuk memilih, ia tidak dapat tidak akan turut mengundang risiko dan tanggungjawab daripada hak tersebut. Apa yang telah generasi kita lupakan ialah bahawa sistem hartabenda peribadi adalah jaminan kebebasan yang terpenting, bukan saja untuk para pemilik hartabenda, tidak kurang juga untuk orang yang tidak memiliki hartabenda. Kita tidak seharusnya mencegah penyalahgunaan kuasa jika kita tidak bersedia untuk membataskan kuasa secara yang adakalanya akan turut mencegahnya daripada digunakan untuk tujuan yang baik. Kita semua akan mendapat untung jika kita mampu mencipta dunia yang sesuai untuk negara-negara (kerajaan-kerajaan) yang kecil. Perkara pertama perlu dibuat ialah membebaskan diri kita daripada sikap berselindung-selindung yang cuba membisikkan kepada kita bahawa perkara-perkara yang kita lakukan di hari kelmarin semuanya sama ada tindakan yang bijak atau tidak dapat dielakkan. Kita takkan menjadi lebih bijak sebelum kita belajar menerima bahawa sebahagian besar tindakan kita yang lampau adalah bodoh.
44

JALAN PERHAMBAAN

JALAN PERHAMBAAN
[TE Rj E M a H a N K E atas V E Rs I paD at

THE ROaD tO SERfDOM Ya N G D It ER BIt K a N


OLEH REaDERs DIGEst E DI s I A p R IL 1 9 4 5 ]

Penulis telah menghabiskan separuh daripada kehidupan dewasanya di tanahairnya di Austria, mengikuti dengan dekat pemikiran Jerman, dan sebahagian lagi di Amerika Syarikat dan England. Di dua buah negara terakhir ini, penulis semakin yakin bahawa sebahagian faktor yang telah memusnahkan kebebasan di Jerman juga wujud di sini. Begitu hebatnya pencabulan hak dan kezaliman yang dilakukan oleh pihak Nazi (Nationnalsozialismus atau Sosialis Nasional) tambah meyakinkan kita bahawa sistem totalitarian tidak mungkin wujud di AS dan England. Tetapi, kita perlu ingat bahawa 15 tahun dahulu kemungkinan munculnya sistem totalitarian di Jerman juga amat kecil, bukan hanya di mata sembilan persepuluh daripada penduduk Jerman tetapi juga di mata pemerhati asing yang paling berseteru. Terdapat banyak ciri yang suatu waktu dulu dianggap sebagai ciri-ciri tipikal Jerman kini juga mencirikan Amerika Syarikat dan England. Terdapat juga banyak gejala yang menunjukkan petanda yang kedua-dua negara ini semakin berkembang ke arah yang sama pernah dilalui Jerman: penghormatan yang semakin bertambah kepada negara, ketundukan terhadap aliran yang tak terbendung dan keghairahan untuk mengatur setiap sesuatu (yang kita sekarang panggil sebagai perancangan).
46

Ciri-ciri ancaman ini tidak begitu difahami di sini berbanding di Jerman dahulu. Tragedi paling besar masih belum terlihat, bahawa di Jerman sebahagian besar mereka yang berniat baiklah yang, menerusi dasar-dasar sosialis, menyediakan jalan bagi bercambahnya segala anasir jahat yang mereka sendiri benci. Tidak ramai yang dapat mengenal-pasti bahawa kebangkitan fahaman Fasis dan Marxist bukanlah sebagai reaksi terhadap aliran sosialis zaman sebelum itu, tetapi merupakan natijah yang sememangnya lahir sebagai akibat daripada kecenderungan sosialis. Yang nyata, kebanyakan pemimpin pergerakan seperti ini, bermula daripada Mussolini dan seterusnya (termasuk Laval dan Quisling) bermula sebagai sosialis dan berakhir sebagai Fasis atau Nazi. Dalam negara-negara yang mengamalkan demokrasi sekarang ini ramai yang secara jujur membenci semua bentuk manifestasi golongan Nazi sedang memperjuangkan ideal yang sekiranya tercapai akan menghasilkan tirani yang amat dibenci. Kebanyakan daripada orang yang pandangannya mempengaruhi pembangunan sedikit-sebanyak boleh dianggap sosialis. Mereka ini percaya bahawa kehidupan ekonomi sepatutnya dirancang secara sedar dan kita perlu menggantikan sistem ekonomi persaingan dengan perancangan ekonomi. Namun begitu, apakah ada tragedi yang lebih besar dapat kita bayangkan selain daripada, dalam kesungguhan untuk mencorakkan masa depan secara sedar berasaskan ideal tinggi, kita, sebaliknya, menghasilkan sesuatu yang langsung berlawanan dengan apa yang kita usahakan?
47

J a L an Pe R ha M baan

P E R a N C a N G a N D a N K U asa

Bagi mencapai matlamat akhir, pihak perancang perlu mewujudkan kuasa yakni kuasa seseorang manusia ke atas manusia lain kekuasaan yang kehebatannya tidak pernah sebelum ini diketahui. Kejayaan mereka akan bergantung kepada setakat mana mereka berjaya mendapatkan kuasa itu. Demokrasi merupakan batu penghalang kepada usaha mengekang kebebasan yang perlu dibuat demi melancarkan kegiatan ekonomi yang berpusat. Maka terjadilah pertembungan di antara perancangan dan demokrasi. Ramai sosialis yang mempunyai ilusi tragik bahawa dengan menidakkan individu kuasa yang mereka miliki dalam sistem individualis dan memindahkan kuasa ini kepada masyarakat, maka mereka akan berhasil untuk menghapuskan kuasa itu. Apa yang mereka gagal lihat adalah, dengan memusatkan kuasa (supaya ia dapat digunakan di dalam satu perancangan) kuasa itu bukan sahaja diubah, malah ia dipertingkatkan. Dengan penyatuan kuasa-kuasa yang dahulu dimiliki dan dapat digunakan oleh banyak orang ke tangan badan yang tunggal, kuasa yang terhasil adalah semestinya lebih besar berbanding yang pernah wujud sebelumnya, jangkauannya juga lebih jauh. Kita tersalah menganggap bahawa kuasa besar yang dimiliki sebuah badan perancangan pusat tidak lebih hebat daripada kuasa yang dimiliki dan digunakan secara kolektif oleh sebuah lembaga pengarah syarikat swasta. Dalam masyarakat yang bersaing, tiada siapa pun memiliki walau sebahagian kecil daripada kuasa besar yang dimiliki oleh sebuah lembaga perancangan sosialis. Nyah-pemusatan kuasa (desentralisasi) adalah langkah mengurangkan kadar kuasa mutlak, dan sistem
48

F R eid R i C h A . H ayek

persaingan merupakan satu-satunya sistem yang dirangka untuk mengurangkan jumlah kuasa yang dimiliki oleh suatu pihak manusia ke atas manusia yang lain. Siapa yang mampu menyangkal bahawasanya kuasa yang dimiliki oleh seorang jutawan, yang mungkin merupakan majikan saya, ke atas saya, adalah jauh kurang berbanding kuasa seorang kakitangan kerajaaan atau birokrat kecil yang mempunyai kuasa pemaksa sebuah negara, yang berkuasa menentukan corak hidup dan pekerjaan saya? Dalam ertikata yang sebenar, seorang pekerja kurang mahir yang dibayar sedikit gaji di dalam negara ini mempunyai lebih kuasa untuk membentuk kehidupannya sendiri berbanding kebanyakan majikan yang tinggal di Jerman atau seorang jurutera atau pengurus yang dibayar gaji tinggi di Russia. Jika dia mahu bertukar pekerjaan atau tempat tinggal, jika dia mahu memegang pandangan peribadi tertentu, atau bersantai mengikut caranya yang tersendiri, dia tidak akan menghadapi sebarang halangan. Tidak ada ancaman terhadap keselamatan tubuh badan dan kebebasannya, tidak ada kekangan, dengan jalan paksaan dan kekerasan, untuk menerima tugas atau keadaan yang telah ditetapkan oleh seorang yang lebih berkuasa ke atasnya. Generasi kita memang telah lupa bahawa sistem pemilikan harta persendirian (private property) merupakan jaminan terpenting untuk kebebasan. Oleh kerana kawalan ke atas sumber pengeluaran dibahagikan kepada banyak orang yang bertindak secara bebas, maka kita, para individu, dapat memutuskan perbuatan dan tindakan kita sendiri. Apabila semua sumber pengeluaran diletakkan, secara terpusat, ke dalam satu tangan sahaja, sama ada ia adalah tangan masyarakat atau seorang
49

J a L an Pe R ha M baan

diktator, maka tangan yang memegang kawalan inilah yang akan mempunyai kuasa penuh ke atas kita. Di tangan individu, apa yang dinamakan kuasa ekonomi itu mampu menjadi alat memaksa, tetapi ia tidak dapat menjadi alat untuk mengawal seluruh kehidupan seseorang. Tetapi, apabila kuasa ekonomi dipusatkan untuk menjadi alat kuasa politik, ia menciptakan kebergantungan yang amat mirip dengan perhambaan. Benarlah kata-kata bahawa di dalam negara yang satu-satunya majikan adalah kerajaan, membangkang bererti memilih untuk perlahanlahan mati kebuluran.
Lata R B E L a K a N G K E pa D a B a H a Y a

Individualisme, adalah berbeza daripada sosialisme dan lain-lain bentuk totalitarianisme. Ia berasaskan penghormatan yang diberikan agama Kristian ke atas individu manusia dan kepercayaan bahawa manusia lebih baik dibiarkan bebas untuk mengembangkan bakat dan kecenderungan masingmasing individu. Falsafah ini, mulanya berkembang sewaktu zaman Renaisans, tumbuh dan membiak menjadi apa yang kita kenali sekarang sebagai Tamadun Barat. Secara umumnya, arah tuju pembangunan sosial adalah untuk membebaskan individu daripada ikatan-ikatan yang mengekangnya di dalam masyarakat feudal. Mungkin kesan terbaik rentetan daripada usaha membebaskan keupayaan individu ini adalah perkembangan hebat yang disaksikan dalam bidang sains. Hanya sejak kebebasan industri membuka ruang kepada penggunaan pengetahuan baru secara bebas, hanya sejak setiap sesuatu boleh diuji jika seseorang itu berani menanggung risiko sendiri barulah
50

F R eid R i C h A . H ayek

sains berjaya mengorak langkah sehingga perkembangannya yang pesat dalam tempoh 150 tahun terakhir ini telah merubah wajah dunia. Natijah perkembangan ini melangkaui sebarang jangkaan. Sewaktu apa-apa sahaja halangan yang mengekang manusia dari menggunakan kebijaksanaannya dicabut, ia dengan pantas dapat memenuhi pelbagai kemahuannya. Menjelang awal kurun ke-20 para pekerja di dunia Barat telah sampai ke tahap keselesaan materi, keselamatan dan kebebasan individu yang 100 tahun sebelum itu kelihatan mustahil dicapai. Kesan kejayaan ini menimbulkan keyakinan kepada manusia tentang keupayaan mereka untuk menentukan nasib sendiri, rasa yakin dengan kemungkinan tidak terbatas bagi memperbaiki keadaan diri. Apa yang dicapai dianggap sebagai milik yang terjamin dan tidak mungkin luput, diraih untuk selamalamanya; dan kadar pertumbuhan ekonomi mula dirasakan terlalu perlahan. Lebih jauh dari itu, prinsip-prinsip yang memungkinkan perkembangan ini mula dilihat sebagai halangan bagi pertumbuhan yang lebih pantas dan untuk itu harus segera diketepikan. Dalam ertikata lain, kejayaan liberalisme telah menjadi sebab kepada kejatuhannya. Mereka yang waras tidak akan meragui bahawa prinsipprinsip ekonomi kurun ke-19 hanyalah permulaan bahawa terdapat kemungkinan besar untuk kita melangkah lebih jauh bermula dari asas yang awal. Tetapi, menurut pandangan yang dominan hari ini, persoalannya bukan lagi bagaimana kita dapat menggunakan sebaik-baiknya tenaga spontan yang ditemui dalam sebuah masyarakat yang bebas. Kita mula mengenepikan tenaga-tenaga ini dan menggantikannya dengan pengarahan secara kolektif dan penuh sedar.
51

J a L an Pe R ha M baan

Adalah signikan bahawa pengguguran liberalisasi, sama ada terucap melalui sosialisme dalam bentuknya yang radikal atau sekadar sebagai `pengurusan atau `perancangan, telah disempurnakan di Jerman. Pada penghujung suku tahun terakhir kurun ke-19, dan bahagian suku pertama kurun ke20, Jerman telah jauh bergerak ke hadapan dari segi teori dan amali sosialisme, sehinggakan perbincangan di Russia hari ini sebahagian besarnya berkisar mengenai perkara yang telah dimulakan tetapi belum selesai dibincangkan oleh orang Jerman. Sebelum zaman Nazi lagi, orang Jerman telah lama mengasak konsep liberalisme, demokrasi, kapitalisme dan individualisme. Jauh sebelum zaman Nazi juga, para sosialis di Jerman dan Itali telah menggunakan teknik-teknik yang kemudiannya diguna-pakai oleh pihak Nazi dan Fasis. Idea mewujudkan parti politik yang menentukan semua kegiatan seorang individu bermula dari buaian ke liang lahad, yang dikatakan sebagai mampu memberi pedoman bagi membentuk pendapatnya dalam semua perkara, telah mula-mula diamalkan oleh pihak sosialis. Pihak sosialis, dan bukan pihak fasis, yang telah mula-mula sekali mengumpul anak-anak kecil setahun jagung untuk memasuki organisasi politik agar dapat dibentuk pemikirannya. Pihak sosialis dan bukan pihak fasis yang sebenarnya mula terkir untuk menganjurkan rancangan sukan dan permainan, seperti bola sepak dan mendaki bukit, di kelab parti supaya ahli-ahli parti tidak dicemari oleh pendapat pihak-pihak lain. Pihak sosialis sebenarnya yang mula-mula menekankan bahawa ahli parti sepatutnya membezakan diri mereka daripada orang lain melalui caracara sapaan khusus dan lain-lain bentuk ucapan. Sebenarnya
52

F R eid R i C h A . H ayek

sosialislah, menerusi penyusunan sel-sel dan alat-alat untuk pemantauan kehidupan peribadi, yang menciptakan prototaip bagi sebuah parti totalitarian. Sewaktu Hitler mula berkuasa, liberalisme telah mati di Jerman. Dan pembunuhnya ialah sosialisme. Kebanyakan mereka yang memerhatikan secara dekat peralihan sosialisme kepada fasisme akan lebih jelas tentang hubungan antara kedua-dua sistem berkenaan. Tetapi di banyak negara, majoriti rakyat masih percaya bahawa sosialisme dan kebebasan dapat digabungkan. Mereka tidak sedar bahawa sosialisme demokratik, utopia agung beberapa generasi terakhir ini, bukan sahaja tidak dapat dicapai, bahkan usaha ke arah itu sahaja dapat menghasilkan natijah yang bertentangan pemusnahan kebebasan itu sendiri. Seperti yang telah dikatakan dengan tepat: Yang sering menjadikan sebuah negara itu neraka dunia adalah apabila manusia cuba menjadikannya syurga. Kurang menyenangkan melihat keadaan di England dan Amerika Syarikat hari ini, di mana berlakunya kewujudan penggabungan kuasa-kuasa dan kebencian yang hampir sama terhadap semua perkara yang bersifat liberal mengikut makna asalnya. Sosialisme konservatif merupakan slogan yang digunakan oleh banyak penulis, sehingga mewujudkan suasana yang menyuburkan perkembangan falsafah Sosialisme Nasional. Aliran dominan masakini adalah sosialisme konservatif.

53

J a L an Pe R ha M baan

Ka E D a H L I B E R a L D a L a M P E R a N C a N G a N

Populariti perancangan sebahagian besarnya bergantung kepada hakikat bahawa setiap orang ingin, tentunya, menangani masalah bersama dengan berkir sejauh mungkin. Pertikaian di antara perancang moden dan pihak liberal bukan sama ada kita perlu menggunapakai pemikiran sistematik di dalam kehidupan atau tidak. Pertikaiannya ialah tentang apakah cara yang terbaik untuk melakukannya. Persoalannya adalah sama ada kita perlu mewujudkan satu keadaan di mana ilmu dan inisiatif individu diberikan ruang sepenuhnya agar mereka itu dapat membuat perancangan terbaik; atau sama ada kita perlu mengarah dan menyusun semua aktiviti ekonomi mengikut satu cetak biru yang secara sedar menyusun dan mengarahkan sumber-sumber masyarakat digunakan menurut pendapat para perancang tentang siapa yang patut dapat apa. Penting bagi kita untuk tidak keliru antara penentangan terhadap jenis perancangan yang disebutkan di akhir perenggan di atas dengan laissez-faire yang dogmatik. Hujahan liberal tidak menyeru kita ke arah sikap pasif; sebenarnya ia mendukung langkah memanfaatkan sebaiknya keupayaan bersaing sebagai kaedah untuk menyelenggara usaha manusia. Perkara ini berasaskan keyakinan bahawa persaingan yang berkesan, di mana saja ia dapat dibentuk, merupakan cara yang lebih baik untuk membimbing usaha individu berbanding kaedah lain. Ia menekankan bahawa bagi memastikan persaingan itu menghasilkan manfaat maka kerangka undang-undang yang dirumuskan dengan teliti diperlukan, dan bahawa peruntukan undang-undang yang
54

F R eid R i C h A . H ayek

sedia ada ataupun undang-undang yang terdahulu tidak bebas daripada sebarang kecacatan yang serius. Bagaimanapun, liberalisme menentang jika persaingan itu digantikan dengan kaedah membimbing kegiatan ekonomi lain yang lebih lemah. Dan ia menganggap persaingan sebagai yang terbaik bukan hanya kerana kerapkali ia merupakan kaedah yang paling berkesan, tetapi kerana ia merupakan satu-satunya kaedah yang tidak memerlukan campurtangan bercorak memaksa atau sewenang-wenang oleh pihak berkuasa. Persaingan tidak memerlukan pengawalan masyarakat secara sedar dan memberikan individu peluang untuk menentukan sama ada peluang-peluang yang wujud dalam sesuatu pekerjaan itu sepadan sebagai galang-ganti kekurangannya. Persaingan tidak menghalang sesetengah bentuk campurtangan kerajaan. Sebagai contoh, langkah menghadkan waktu bekerja, mengawal kebersihan, atau menyediakan sistem perkhidmatan sosial yang lengkap adalah serasi dengan langkah untuk mengekalkan persaingan. Terdapat juga, beberapa bidang di mana sistem persaingan itu kurang sesuai. Contohnya, kesan buruk pembakaran hutan atau pengeluaran asap kilang tidak boleh terhad kepada pemilik syarikat berkenaan sahaja. Tetapi, hakikat bahawa kita sememangnya memerlukan pengawalan berbentuk undang-undang daripada pihak berkuasa di dalam keadaan di mana persaingan sihat gagal diwujudkan, tidak langsung bermakna bahawa persaingan itu perlu diketepikan dalam keadaan ia dapat berfungsi. Bagi mewujudkan keadaaan di mana persaingan menjadi benar-benar berkesan, bagi mengelakkan penipuan dan penyelewengan, bagi memecahkan monopoli tugas-tugas ini menyediakan ruang yang luas untuk negara memainkan peranannya.
55

J a L an Pe R ha M baan

Hal ini tidak bermakna bahawa `jalan tengah itu boleh dicari antara konsep persaingan dan arahan pusat, walaupun pada mulanya tiada konsep yang tampak seperti lebih sesuai atau berkemungkinan besar menarik bagi masyarakat umum. Common sense yang tidak mendalam boleh memperdaya. Kendatipun persaingan dapat diadunkan dengan sedikit peraturan, sekiranya digabungkan dengan perancangan sesuka hati ia akan gagal memberi kesan yang diingini. Kedua-duanya, iaitu persaingan dan arahan pusat, merupakan alat yang lemah dan tidak berkesan sekiranya kedua-duanya tidak lengkap, dan adunan antara keduanya akan menyebabkan kedua-duanya tidak berfungsi. Perancangan dan persaingan hanya boleh digabungkan melalui perancangan demi persaingan, bukannya perancangan menentang persaingan. Aspek perancangan yang dikritik di sini hanya merujuk kepada perancangan bagi menentang persaingan.
Ut O p I a T E R H E B at

Kita tidak dapat nakan bahawa bagi kebanyakan mereka yang menuntut supaya semua kegiatan ekonomi diletakkan di bawah arahan pusat masih percaya yang sosialisme dan kebebasan individu mampu digabungkan. Walhal sosialisme sejak awal lagi telah dikenalpasti oleh banyak pemikir sebagai ancaman utama terhadap kebebasan. Orang jarang mengingat bahawa sosialisme pada awalnya tidak lain merupakan pemerintahan kuku besi. Sosialisme telah muncul secara terbuka sebagai satu reaksi menentang fahaman liberal yang dibawa oleh Revolusi Perancis. Para penulis Perancis yang meletakkan batu asas
56

F R eid R i C h A . H ayek

fahaman sosialisme, memang yakin bahawa idea mereka itu hanya boleh dilaksanakan oleh kerajaan diktaktor. Perancang moden pertama Saint-Simon meramalkan mereka yang tidak mematuhi ideanya tentang perancangan akan dilayan seperti lembu ternak. Tidak ada pihak yang dapat melihat sejelas pemikir de Tocqueville yang menyatakan bahawa demokrasi itu akan senantiasa bertentangan dengan sosialisme: Demokrasi meluaskan ruang kebebasan individu. Pada tahun 1848, beliau mengatakan, Demokrasi mencantumkan semua nilai yang mungkin kepada setiap manusia, manakala sosialisme hanya menjadikan setiap manusia sebagai agen, sebagai angka. Tiada persamaan di antara demokrasi dan sosialisme, melainkan satu perkataan: kesetaraan. Tetapi, perhatikan perbezaannya: Demokrasi cuba mencapai kesetaraan melalui kebebasan, sosialisme cuba mencapainya menerusi kekangan dan perhambaan. Bagi meredakan rasa curiga dan mendapatkan motif politik yang terbaik kemahuan untuk bebas para sosialis semakin hebat menaburkan janji untuk mewujudkan kebebasan baru. Sosialisme didakwa cuba mencapai kebebasan ekonomi yang tanpanya kebebasan politik tidak berguna dimiliki. Bagi memastikan hujah ini bunyinya bernas, makna perkataan kebebasan itu diubah secara halus. Perkataan tersebut sebelum ini bermakna kebebasan daripada sebarang paksaan, dan daripada kuasa wewenang manusia lain. Kebebasan diberi makna baru, iaitu kebebasan daripada keperluan, bebas daripada desakan keadaan yang secara langsung membataskan pilihan untuk semua manusia. Kebebasan dalam maksud baru ini tidak lain merupakan satu
57

J a L an Pe R ha M baan

nama lain bagi kuasa dan kekayaan. Dengan itu, tuntutan ke arah kebebasan baru ini hanyalah nama lain bagi tuntutan ke arah pengagihan semula kekayaan yang telah lama dilaungkan. Pendapat bahawa ekonomi terancang akan menghasilkan pengeluaran yang lebih tinggi daripada sistem persaingan telah diketepikan oleh kebanyakan mereka yang mengkaji masalah tersebut. Namun, harapan palsu inilah yang digunakan untuk mendorong kita ke arah perancangan. Walaupun banyak janji-janji sosialis moden tentang kebebasan yang lebih agung adalah tulen dan jujur, sejak kebelakangan ini ramai pemerhati telah terpegun melihat kesan sosialisme yang sebelum ini tidak terjangka, persamaan yang banyak antara komunisme dan fasisme. Penulis Peter Drucker menyebut pada tahun 1939, kehilangan kepercayaan sepenuhnya terhadap kemungkinan untuk mencapai kebebasan dan kesetaraan melalui Marxisme telah memaksa Russia untuk melalui jalan yang sama ke arah masyarakat totalitarian yang tidak bebas dan tidak setara seperti yang telah dilalui Jerman. Ini bukan kerana komunisme dan fasisme seluruhnya serupa. Fasisme adalah tahap yang dicapai setelah komunisme itu terbukti hanya satu ilusi, dan ini telah terbukti hanya ilusi di Russia sama seperti di Jerman sebelum Hitler. Tidak kurang penting ialah intellectual outlook anggotaanggota gerakan komunis dan fasis di Jerman sebelum 1933. Umum, terutamanya kalangan propagandis di kedua-dua pihak berkenaan, mengetahui betapa mudahnya seorang ahli komunis muda boleh ditukar menjadi Nazi atau sebaliknya. Pihak komunis dan Nazi lebih kerap bertelagah antara satu sama lain berbanding dengan pihak lain hanya kerana mereka
58

F R eid R i C h A . H ayek

bersaing bagi mendapatkan sokongan daripada mereka yang mempunyai pemikiran yang serupa dan mereka menyimpan kebencian yang sama terhadap pihak yang menyimpang daripada fahaman mereka. Kepada kedua-duanya, musuh sebenar mereka, pihak yang mempunyai fahaman yang langsung berbeza, ialah golongan liberal berfahaman lama. Bagi komunis, seorang Nazi berpotensi direkrut menjadi komunis, sama juga seperti Nazi yang menganggap seorang komunis berpotensi direkrut menjadi Nazi. Dan kedua-duanya sama menganggap seorang sosialis berpotensi untuk direkrut sama ada untuk menjadi Nazi atau komunis. Kesemuanya berpotensi kerana mempunyai orientasi minda yang sama. Dan kedua-duanya, komunis dan Nazi, tahu takkan ada kompromi antara mereka dengan golongan yang benar-benar beriman dengan kebebasan individu. Apa yang dijanjikan kepada kita sebagai Jalan Kebebasan sebenarnya merupakan Lebuhraya Perhambaan. Tidak sukar bagi kita untuk melihat apakah kesan-kesannya apabila sesebuah negara mengambil langkah untuk membuat perancangan. Matlamat perancangan tersebut akan dijelaskan oleh istilah-istilah yang janggal seperti kebajikan umum. Takkan ada persetujuan khusus tentang matlamat akhir yang ingin dicapai. Sekumpulan manusia yang sama-sama bersetuju dengan perancangan berpusat tanpa turut mencapai persetujuan tentang matlamat adalah sama seperti sekumpulan manusia yang bersetuju untuk mengharungi perjalanan bersama tanpa menetapkan destinasi yang ingin dituju: akhirnya semua mereka mungkin terpaksa menempuh perjalanan yang langsung tidak dikehendaki oleh sebahagian besar mereka.

59

J a L an Pe R ha M baan

Dewan perwakilan dalam sistem demokrasi tidak boleh bertindak sebagai agensi perancang. Mereka tidak boleh mencapai persetujuan tentang segala sesuatu kesemua arah bagi sumber-sumber negara kerana wujud terlalu banyak cara bertindak. Sekalipun kongres mampu, dengan mengambil langkah satu persatu dan bertolak ansur pada setiap peringkat, bersetuju atas skim tertentu, akhirnya ia tetap tidak akan dapat memuaskan hati siapa pun. Menentukan pelan ekonomi dengan cara ini adalah lebih sukar daripada, misalnya, merancang kempen ketenteraan melalui proses demokratik. Dari segi strategi, tugas merangkanya sememangnya akan diagihkan kepada pakarpakar. Jika sekalipun, melalui kaedah ini, sesebuah negara itu berjaya dalam merancang segenap sektor kegiatan ekonominya, ia masih perlu menghadapi masalah menggabungkan pelanpelan berbeza ini kepada satu pelan tunggal yang satu. Akan timbul tuntutan agar sesuatu badan atau individu tertentu diberikan kuasa mencukupi untuk melakukan tindakan sendiri. Permintaan untuk mengadakan seorang diktator ekonomi adalah tanda jelas dalam gerakan ke arah perancangan. Oleh itu, badan legislatif akan diturunkan tarafnya untuk sekadar menjadi alat bagi memilih individu-individu yang, secara praktis, mempunyai kuasa mutlak. Sistem tersebut secara keseluruhannya akan menjurus kepada pemerintahan diktator di mana ketua kerajaan, dari masa ke masa, terus dipilih memegang jawatan melalui undian popular, tetapi dalam masa yang sama mempunyai kuasa untuk memastikan rakyat mengundi mengikut arah yang dia tentukan. Perancangan membawa kepada kediktatoran kerana kediktatoran adalah senjata pemaksa paling berkesan dan, oleh
60

F R eid R i C h A . H ayek

itu, adalah satu kemestian bagi menjayakan perancangan pusat pada peringkat yang lebih besar. Tiada alasan bagi kepercayaan umum bahawa asalkan kuasa itu diberikan melalui proses demokratik ia tidak akan menjadi kuasa yang sewenang-wenang; bukan sumber kuasa yang menghalang kesewenang-wenangan; untuk membebaskan kuasa daripada berkembang menjadi kediktatoran, ia perlu dihadkan. Kediktatoran proletariat sebenar, walaupun bentuknya demokratik, jika mengambil peranan mengarahkan sistem ekonomi, kemungkinan besar akan memusnahkan kebebasan individu sepenuhnya sama sepertimana diakibatkan oleh sistem kuku besi. Kebebasan individu tidak boleh diselaraskan dengan ketuanan satu tujuan yang tunggal yang mengikat masyarakat secara tetap. Kita telah mengalami perkara ini pada tahap tertentu, ketika perang menescayakan kita untuk menerima satu tujuan tunggal demi mempertahankan kebebasan dalam jangkamasa panjang. Frasa-frasa bergaya seperti melakukan untuk tujuan-tujuan keamanan perkara-perkara yang telah kita pelajari untuk lakukan untuk tujuan-tujuan peperangan adalah sangat mengelirukan, kerana sesuatu yang munasabah jika kebebasan dikorbankan buat sementara waktu untuk menjadikannya lebih kukuh di masa depan, sedangkan lain sama sekali halnya jika kebebasan dikorbankan selama-lamanya demi kepentingan ekonomi yang terancang. Bagi pihak yang telah dapat melihat dari dekat perubahan yang berlaku daripada sosialisme kepada fasisme, kaitan antara kedua-dua sistem tersebut adalah jelas sekali. Kewujudan program sosialis bermaksud kehancuran kebebasan. Sosialisme demokratik, yakni utopia yang menghantui beberapa generasi terakhir ini, sememangnya tidak mungkin tercapai.
61

J a L an Pe R ha M baan

K E N apa M E R E K a Y a N G pa L I N G t E R U K B E R ja Y a N a I K ?

Tidak dapat diragui bahawa sistem fasis Amerika atau Inggeris akan jauh berbeza daripada model Itali atau Jerman; tidak diragui, sekiranya peralihan berlangsung tanpa kekerasan, kemungkinan kita akan mendapat pemimpin yang lebih baik. Tetapi ini tidak bermakna sistem fasis akhirnya akan terbukti berlainan atau lebih kurang toleran berbanding prorotaipnya. Ada alasan yang kuat untuk mempercayai bahawa ciri-ciri terburuk sistem-sistem totalitarian adalah fenomena yang pasti akan dihasilkan totalitarianisme, sama ada cepat atau lambat. Seorang negarawan demokratik yang cuba merancang kehidupan ekonomi akan segera berdepan dengan pilihan sama ada untuk mendapatkan kuasa diktator atau mengenepikan perancangannya, sama seperti seorang diktator harus memilih antara mengenepikan kepercayaan moralnya atau menerima kegagalan. Ini merupakan sebab mengapa golongan yang tidak bermoral atau berprinsip pada kebiasaannya lebih berjaya dalam masyarakat yang condong dan cenderung terhadap totalitarianisme. Sesiapa yang tidak nampak hakikat ini sebenarnya belum lagi berjaya memahami jurang yang memisahkan totalitarianisme dengan tamadun Barat yang individualis. Seorang pemimpin totalitarian perlu mempunyai sekumpulan pengikut yang bersedia secara sukarela untuk mematuhi disiplin yang akan dikenakan pula secara paksa ke atas orang lain. Teladan yang dipelajari para juru ubah sosial masa lalu ialah sosialisme hanya boleh dipraktikkan melalui kaedah yang tidak disukai oleh kebanyakan sosialis. Parti62

F R eid R i C h A . H ayek

parti sosialis lama dikekang oleh ideal demokratik mereka; mereka tidak mempunyai sifat kejam yang diperlukan untuk melaksanakan tugas yang perlu mereka perbuat. Di Jerman dan Itali, kejayaan fasisme didahului oleh keengganan parti-parti sosialis untuk melaksanakan tanggungjawab kerajaan. Mereka jadi keberatan untuk melaksanakan kaedah-kaedah yang mereka sendiri cipta. Mereka masih mengharapkan keajaiban di mana majoriti akan menyetujui pelan tertentu untuk mengatur seluruh masyarakat. Mereka yang lain pula telah mempelajari bahawa dalam sebuah masyarakat yang terancang persoalannya bukan lagi apa yang dipersetujui oleh majoriti tetapi apa yang ditentukan oleh sebilangan tertentu anggota sebuah kumpulan terbesar, kesatuan halatuju bagi hampir semua urusan. Terdapat tiga sebab utama kenapa sebilangan kumpulan sedemikian, dengan pandangan yang hampir sama, hampir tidak mungkin dibentuk oleh unsur terbaik, sebaliknya oleh unsurunsur terburuk dalam sesebuah masyarakat. Pertama, semakin tinggi pendidikan dan keupayaan intelek individu-individu, semakin berlainan citarasa dan pandangan mereka. Sekiranya kita mahu mencapai darjah keseragaman yang tinggi, kita harus turun kepada piawaian moral dan intelek yang lebih rendah, di mana yang menentukan adalah gerak hati yang primitif. Ini tidak bermakna majoriti masyarakat mempunyai tahap moral yang rendah; ia memberi erti bahawa sekumpulan terbesar manusia yang mempunyai nilai hampir sama adalah mereka yang piawaiannya rendah. Kedua, memandangkan kumpulan ini tidak cukup besar untuk menyokong usaha pemimpin berkenaan, dia akan perlu meningkatkan bilangan mereka dengan menarik lebih ramai anggota untuk memeluk kredo yang sama. Dia perlu meraih
63

J a L an Pe R ha M baan

sokongan golongan lemah dan mudah terpengaruh kerana golongan ini tidak mempunyai keyakinan sendiri yang kuat, sebaliknya bersedia menerima sistem nilai siap-pasang sekiranya ia digendangkan ke telinga mereka sekuat dan sekerap yang mungkin. Mereka ini, yang ideanya samar dan tidak sempurna, mudah dibakar ghairah dan emosinya dan akan memenuhi barisan kepimpinan parti totalitarian. Ketiga, bagi merapatkan barisan penyokong, pemimpin berkenaan harus merayu kepada kelemahan manusia yang umum. Manusia tampak lebih mudah menyetujui program negatif untuk membenci musuh, contohnya, atau untuk berdengki terhadap manusia yang lebih kaya berbanding seruan ke arah sesuatu yang positif. Pertentangan antara kita dan mereka seterusnya digunapakai oleh mereka yang cuba meraih sokongan kelompok besar. Musuh mungkin berada di dalam, seperti Yahudi di Jerman atau kulak di Russia, atau mungkin juga ia datang dari luar. Dalam apa juga keadaan, teknik ini lebih berkesan bagi pemimpin meraih ruang kebebasan bertindak yang lebih luas berbanding kebanyakan program positif. Kemaraan seseorang dalam sistem ini bergantung kepada kesediaanya untuk melakukan perkara-perkara tidak bermoral. Prinsip matlamat menghalalkan cara yang dalam etika individualis dianggap menakan semua moral, menjadi aturan utama dalam etika kolektivis. Hampir tidak ada perkara yang kolektivis yang istiqamah tidak bersedia lakukan untuk mencapai kebaikan umum, kerana baginya itulah satu-satunya kriteria yang menentukan dalam setiap tindakan. Apabila anda mengakui bahawa individu hanyalah alat untuk kepentingan entiti lebih tinggi yang dipanggil masyarakat atau
64

F R eid R i C h A . H ayek

negara, kebanyakan sifat totalitarianisme yang menggerunkan kita itu pasti akan terbit. Pada sudut pandang kolektivis, penindasan dan pemaksaan ke atas pembangkang, penipuan dan pengintipan, pengabaian langsung terhadap kehidupan dan kebahagiaan individu adalah perlu dan tidak terelak. Tindakan-tindakan yang menakutkan, seperti menembak tebusan atau membunuh orang tua dan uzur, dianggap keperluan; perbuatan menghapuskan dan memindahkan beratus ribu orang kemudiannya menjadi dasar yang dipersetujui oleh semua orang kecuali si mangsa. Untuk berkhidmat kepada sebuah negara totalitarian, seseorang harus melanggar setiap aturan moral yang pernah dia kenal sekiranya itu perlu untuk mencapai matlamat keseluruhan. Dalam jentera totalitarian, akan terdapat peluang-peluang istimewa bagi mereka yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Gestapo, atau pentadbir kem tahanan, Kementerian Propaganda, atau SA dan SS (atau rakan sejawatannya di Russia) bukan tempat sesuai bagi mengamalkan sifat kemanusiaan. Namun, melalui kedudukan seperti itulah akan terbuka jalan bagi pangkat dan kedudukan tertinggi dalam sebuah negara totalitarian. Pakar ekonomi terkemuka Amerika, Professor Frank H. Knight, dengan tepat menyebut bahawa pihak berkuasa negara, secara kolektif akan terpaksa melakukan perkara-perkara ini, sama ada mereka mahu atau tidak; dan kebarangkalian pihak yang berkuasa merupakan individu-individu yang tidak menyukai kekuasaan dan penggunaan kuasa adalah sama dengan kebarangkalian seorang yang amat lembut hatinya akan mendapat kerja sebagai tukang sebat di ladang yang menggunakan hamba abdi. Seperkara lagi perlu dinyatakan di sini: kolektivisme bermaksud berakhirnya kebenaran. Bagi memastikan yang sistem
65

J a L an Pe R ha M baan

totalitarian itu berfungsi dengan berkesan, adalah tidak cukup jika semua orang bekerja bagi tujuan yang dipilih oleh mereka yang berkuasa; adalah penting bagi mereka untuk menganggap matlamat akhir ini sebagai matlamat pilihan mereka sendiri. Hal ini dihasilkan melalui propaganda dan kawalan penuh ke atas semua sumber maklumat. Kaedah yang paling berkesan bagi membuat orang menerima keabsahan nilai-nilai yang perlu diikuti adalah dengan meyakinkan mereka bahawa nilai-nilai tersebut adalah sebenarnya sama sahaja seperti nilai yang dipegang sebelum ini tetapi belum difahami sepenuhnya atau dikenal-pasti sebelum ini. Dan kaedah paling berkesan bagi mencapai matlamat ini adalah dengan menggunakan perkataan lama yang diubah maknanya. Beberapa ciri rejim totalitarian kadangkala agak mengelirukan kepada pemerhati yang cetek menggambarkan iklim intelektual, antaranya ialah penyelewengan bahasa. Mangsa yang paling teruk di dalam hal ini adalah perkataan kebebasan (liberty). Ia merupakan perkataan yang diguna pakai secara bebas di negara-negara totalitarian, sama seperti di negara-negara lain. Sesungguhnya, boleh dikatakan bahawa di mana sahaja kebebasan yang kita fahami telah dihancurkan atas nama kebebasan jenis baru yang dijanjikan kepada semua orang. Malah, kita dijanjikan kebebasan kolektif, sesuatu yang sama mengelirukan dengan ucapan ahli politik totaliter yang lain. Kebebasan kolektif bukan bererti kebebasan untuk anggota masyarakat, sebaliknya ia adalah kebebasan untuk perancang memperlakukan masyarakat semahunya. Ini adalah satu kekeliruan tentang kebebasan dengan kuasa yang dibawa kepada peringkat yang ekstrim.

66

F R eid R i C h A . H ayek

Tidak sukar untuk menghalang majoriti dari berkir secara bebas. Tetapi, minoriti yang memiliki kecenderungan untuk mengkritik juga harus didiamkan. Kritikan secara umum atau penzahiran keraguan harus ditekan kerana kedua-duanya akan melemahkan sokongan terhadap rejim. Seperti dilaporkan Sidney dan Beatrice Webb berkaitan kedudukan Russia: Sewaktu kerja-kerja sedang dilaksanakan, sebarang keraguan yang disuarakan tentang rancangan berkenaan akan dianggap tindakan tidak-setia dan bahkan pengkhianatan kerana kesannya terhadap kehendak dan usaha pekerja-pekerja lain. Kawalan bahkan dikenakan terhadap subjek yang tidak memiliki kepentingan politik. Teori relativiti, sebagai contoh, dianggap sebagai serangan Semitik terhadap asas zik Kristian dan Nordik dan kerana ia bertentangan dengan materialisme dialektikal dan dogma Marxis. Setiap kegiatan berasaskan tujuan sosial yang nyata. Tidak boleh wujud aktiviti yang berlaku secara spontan atau tidak terancang kerana ia mungkin mendatangkan hasil yang tidak dapat dijangka dan tidak termasuk dalam pelan. Prinsip ini terpakai sehingga kepada permainan dan hiburan. Saya membiarkan pihak pembaca untuk meneka di negeri manakah pemain-pemain catur secara rasmi telah digesa untuk menamatkan buat selama-lamanya sifat neutral catur. Kita mesti selama-lamanya mengutuk formula catur untuk catur. Fakta yang paling membimbangkan ialah permusuhan terhadap kebebasan intelektual bukan hanya timbul setelah sistem totalitarian tertubuh, tetapi ia dapat dikesan di mana saja di kalangan mereka yang menganut kolektivisme. Penindasan yang paling buruk dihalalkan apabila ia dibuat atas nama sosialisme. Sifat enggan bertolak ansur terhadap pendapat yang berbeza
67

J a L an Pe R ha M baan

dipuji secara terang-terangan. Tragedi pemikiran kolektivis ini adalah sewaktu ia cuba mengagungkan akal, ia berakhir dengan menghancurkan akal. Terdapat satu aspek perubahan di dalam nilai-nilai moral yang dibawa oleh kebangkitan kolektivisme yang bernilai untuk dikirkan. Nilai-nilai yang semakin kurang diperhatikan di Britain dan Amerika ini sebaliknya menjadi kebanggaan manusia Anglo-Saxo. Nilai-nilai berkenaan ialah kemandirian, inisiatif individu dan tanggongjawab setempat, penyandaran kepada kegiatan sukarela, prinsip non-interference, tolak-ansur terhadap kepelbagaian dan keraguan yang sihat terhadap kuasa dan pihak berkuasa. Hampir kesemua tradisi dan institusi yang telah membentuk watak nasional dan iklim moral di England dan Amerika sedang dihapuskan secara progresif oleh kemaraan kolektivisme dan kecenderungan kepada kuasa pusat.
P E R a N C a N G a N V s . Da U L at H U K U M ( R ule of L aw )

Tidak ada perkara dapat membezakan dengan lebih jelas antara sebuah negara bebas dengan sebuah negara di bawah kerajaan diktator berbanding kepatuhan negara bebas terhadap prinsip agung yang dikenali sebagai Daulat Hukum. Bebas daripada teknikaliti, ini bererti kerajaan dalam semua tindaknya terikat dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan diumumkan terlebih dahulu peraturan-peraturan yang memungkinkan untuk dijangka dengan agak pasti bagaimana pihak berkuasa akan menggunakan kuasa pemaksanya (coercive powers) dalam keadaan-keadaan tertentu dan untuk
68

F R eid R i C h A . H ayek

membolehkan individu merangka rencananya berasaskan pengetahuan tentang peraturan berkenaan. Dengan itu, dalam kerangka aturan main yang telah dimaklumi, individu bebas mengejar matlamat peribadinya, kerana merasa pasti yang kuasa kerajaan tidak akan digunakan dengan sengaja untuk menggagalkan usahanya. Perancangan ekonomi sosialis pula semestinya berlawanan dengan cara di atas. Pihak perancang tidak boleh mengikat dirinya terlebih dahulu dengan peraturan umum yang dapat menghalang kesewenang-wenangan. Apabila kerajan perlu menentukan berapa banyak babi yang perlu diternak atau berapa buah bas diperlukan, lombong arang mana yang akan beroperasi, atau pada harga berapa kasut perlu dijual, keputusan-keputusan seperti ini tidak boleh ditetapkan terlebih dahulu. Ia perlu bergantung kepada keadaan, dan dalam membuat keputusan sebegini adalah perlu untuk mengimbangi, satu dengan yang lain, kepentingan pelbagai peribadi dan kumpulan. Akhirnya, pandangan seseorang harus menentukan kepentingan siapa yang lebih mustahak, dan pandangan ini perlu menjadi sebahagian daripada undang-undang negara. Maka, semakin banyak negara merancang, semakin sukar untuk individu merancang. Perbezaan di antara kedua aturan itu sangat penting. Ia sama seperti menyediakan tanda jalan dan mengarahkan rakyat jalan mana yang perlu diambil. Tambahan pula, di bawah perancangan pusat, kerajaan tidak boleh menjadi adil. Kerajaan berhenti menjadi jentera utilitarian yang dihasratkan untuk membantu individu di dalam pembangunan penuh personaliti individu dan menjadi sebuah institusi yang dengan sengaja membeza-bezakan kepentingan
69

J a L an Pe R ha M baan

tertentu orang yang berlainan, dan membenarkan seseorang melakukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Ia harus menetapkan menerusi satu aturan undang-undang sejauh mana seseorang boleh maju dan apa pula seseorang yang lain dibenarkan untuk miliki. Daulat Hukum, tiadanya keistimewaan golongan tertentu yang ditentukan oleh penguasa, menjamin kesaksamaan di hadapan undang-undang. Ini berlawanan dengan kerajaan diktator. Sosialis (dan Nazi) sering membantah keadilan yang sekadar formal. Mereka menentang undang-undang yang tidak memiliki pandangan tentang sebaik mana seharusnya kehidupan golongan tertentu. Mereka menuntut dibuat sosialisasi undangundang dan mengkritik kebebasan para hakim. Di dalam sebuah masyarakat terancang, perundangan wajib menghalalkan tindakan yang, untuk apa jua tujuan dan hasrat, merupakan langkah sewenang-wenang. Sekiranya undangundang menyatakan yang lembaga atau pihak berkuasa tertentu boleh berbuat apa saja yang disukainya, maka apa saja yang diperbuat oleh lembaga atau pihak berkuasa berkenaan adalah sah tetapi tindakan-tindakannya tidak tertakluk kepada Daulat Hukum. Dengan memberikan kerajaan kuasa tidak terbatas, peraturan yang paling sewenang-wenang dapat dihalalkan; dan melalui cara ini sebuah negara demokrasi mungkin dapat menyusun despotisme paling sempurna yang dapat dibayangkan. Daulat Hukum secara sedar berevolusi hanya semasa zaman liberal dan merupakan salah satu pencapaian teragung zaman itu. Ia merupakan penjasadan kebebasan secara perundangan. Seperti disebutkan Immanuel Kant, Manusia bebas sekiranya dia tidak perlu mematuhi seseorang pun selain hanya undangundang.
70

F R eid R i C h A . H ayek

A D a K a H p E R a N C a N G a N s E s U at U Ya N G t I D a K t E R E L a K K a N ?

Beberapa orang para perancang hari ini menyatakan bahawa perancangan pusat itu baik. Kebanyakan daripada mereka mengesahkan yang kita terdesak untuk melakukannya disebabkan keadaan yang berada di luar kawalan kita. Satu hujah yang kerap didengar ialah bahawa kerencaman tamadun moden menciptakan masalah-masalah baru yang tidak dapat kita tangani dengan berkesan melainkan menerusi perancangan pusat. Hujahan ini berasaskan salah faham terhadap cara persaingan berfungsi. Kerencaman keadaan dunia moden menjadikan persaingan satu-satunya kaedah yang membolehkan penyelarasan urusan dicapai dengan baik. Kawalan atau perancangan berkesan tidak sukar untuk dilaksanakan sekiranya keadaan begitu mudah sehinggakan seorang manusia atau sebuah lembaga saja sudah mampu untuk meninjau semua fakta. Tetapi faktor yang perlu diambil kira menjadi terlalu banyak dan rumit, tidak ada satu pusat dapat meneliti kesemuanya. Keadaan keperluan dan penawaran komoditi berlainan yang sentiasa berubah tidak dapat diketahui sepenuhnya atau pada kadar yang cukup cepat oleh satu pusat. Menerusi persaingan dan bukan menerusi tatacara ekonomi yang lain sistem harga secara automatik merakam semua data yang berkenaan. Usahawan, dengan memerhati pergerakan harga-harga yang secara perbandingan adalah sedikit, sepertimana seorang jurutera memerhati sebilangan bacaan meter, dapat menyelaraskan kegiatan dengan para pesaing mereka.
71

J a L an Pe R ha M baan

Berbanding kaedah menyelesaikan masalah ekonomi sebegini dengan melakukan nyah-pemusatan, ditambah penyelarasan automatik menerusi sistem harga kaedah pengarahan pusat amat selekeh, primitif, dan terhad skopnya. Bukan berlebih-lebih untuk mengatakan bahawa sekiranya kita bergantung kepada perancangan pusat untuk perkembangan sistem industri kita nescaya ia tidak akan sampai ke tahap keanjalan yang ia miliki sekarang. Tamadun moden dimungkinkan kerana ia tidak perlu dicipta secara sedar. Pembahagian kerja mencapai tahap yang jauh melampaui kemampuan kita merancang. Semakin rencam pertumbuhan ekonomi, semakin penting untuk kita menggunakan teknik persaingan dan tidak bergantung kepada kawalan secara sedar. Kita sering mendengar bahawa perubahan teknologi telah menjadikan persaingan mustahil dalam bilangan bidang yang sentiasa meningkat dan satu-satunya pilihan kita adalah di antara kawalan pengeluaran melalui monopoli pihak swasta atau pengarahan oleh kerajaan. Bagaimanapun, peningkatan monopoli, tampak tidak merupakan kesan langsung daripada kemajuan teknologi sebagaimana ia merupakan kesan kepada dasar-dasar yang diikuti oleh kebanyakan negara. Kajian paling sempurna tentang keadaan ini dibuat oleh Jawatankuasa Sementara Ekonomi Kebangsaan, yang jelas tidak boleh dituduh bersikap berat sebelah kepada liberal. Jawatankuasa itu menyimpulkan bahawa:
Keberkesanan syarikat-syarikat berukuran besar tidak terbukti; kelebihan-kelebihan yang sepatutnya memusnahkan persaingan gagal muncul dalam banyak bidang rumusan bahawa kelebihan produksi berskala besar pasti menyebabkan pemansuhan
72

F R eid R i C h A . H ayek

persaingan tidak dapat diterimaHarus disebut bahawa monopoli selalunya dicapai menerusi persetujuan sulit dan disokong oleh dasar awam. Apabila persetujuan-persetujuan ini dibatalkan dan dasar-dasar ditukar, suasana persaingan dapat diwujudkan semula.

Sesiapa yang meneliti bagaimana mereka yang berhasrat memonopoli sentiasa cuba mendapatkan bantuan kerajaan untuk menjadikan kawalan mereka berkesan pasti memahami bahawa tidak ada apa yang tidak dapat dielakkan dalam perkembangan ini. Di Amerika Syarikat, satu dasar yang amat protektif membantu pertambahan monopoli. Di Jerman, pertumbuhan kartel sejak 1878 secara sistematik dibantu oleh dasar-dasar yang disengajakan. Di sinilah, dengan bantuan negara, eksperimen pertama dalam perancangan saintik dan penyusunan industri secara sedar membawa kepada pengujudan monopoli gergasi. Tekanan ke atas persaingan merupakan dasar di Jerman, dibuat demi ideal yang kita panggil hari ini sebagai perancangan. Bahaya besar berada dalam dasar-dasar dua kumpulan berkuasa, modal terancang dan buruh terancang, yang menyokong penyusunan industri yang bersifat monopoli. Pertumbuhan monopoli kebelakangan ini sebahagian besarnya merupakan natijah dari pakatan antara modal terancang dan buruh terancang di mana kumpulan pekerja yang istimewa berkongsi keuntungan monopoli. Yang membayar harganya ialah masyarakat dan mereka yang bekerja di industri yang kurang terancang. Bagaimanapun, tidak ada sebab untuk percaya bahawa gerakan ini tidak dapat dielak. Gerakan ke arah perancangan merupakan natijah kepada tindakan yang disengajakan. Tidak ada desakan dari luar yang memaksa kita ke arah itu.
73

J a L an Pe R ha M baan

B O L E H K a H p E R a N C a N G a N M E M B E B as K a N K I ta D a R I pa D a M E M I K I R K a N t E N ta N G M asa L a H E K O N O M I p E R I B a D I ?

Kebanyakan perancang yang telah mempertimbangkan secara serius aspek-aspek praktikal bagi tugas mereka tidak meragui bahawa sebuah ekonomi yang terpimpin perlu dikendalikan secara kediktatoran. Mereka juga menyedari bahawa dalam ekonomi sebegitu, kegiatan-kegiatan yang saling berkaitan perlu diarahkan oleh kakitangan yang pakar, dengan kuasa utama terletak di tangan seorang ketua pemerintah yang tindakan-tindakannya tidak boleh digugat oleh prosedur demokratik. Para perancang cuba memujuk dengan mengatakan bahawa pengarahan yang autoritarian ini hanya akan diterapkan dalam soal-soal ekonomi. Jaminan ini biasanya disertai dengan alasan bahawa dengan mengorbankan kebebasan dalam aspek-aspek kehidupan yang kurang penting, kita akan meraih kebebasan dalam usaha mencapai nilai-nilai lebih tinggi. Atas alasan ini, orang-orang yang mencemuh idea kediktatoran politik sering menginginkan diktator dalam bidang ekonomi. Hujah-hujah yang digunakan di atas memikat gerak rasa kita. Jika perancangan benar-benar boleh membebaskan kita daripada merasa bimbang tentang perkara-perkara yang kurang penting sehingga menjadikan kehidupan kita ini serba sederhana tetapi maju pemikirannya, maka siapa mahu memperkecilkecilkan citra unggul sedemikian? Malangnya, tujuan ekonomi yang totok tidak boleh dipisahkan daripada tujuan-tujuan kehidupan yang lain. Istilah motif ekonomi yang dipakai secara kurang tepat itu sebenarnya
74

F R eid R i C h A . H ayek

sekadar mengisyaratkan kepada hasrat untuk mendapatkan peluang secara umum. jika kita mengejar wang, itu kerana wang menawarkan kepada kita pilihan yang luas untuk menikmati hasil daripada penat-lelah kita sebaik saja wang diperolehi, kita bebas untuk membelanjakan wang mengikut kehendak kita. Justeru pendapatan kewangan kita terbatas maka kita merasa kekangan-kekangan yang timbul akibat kemiskinan, sehinggakan banyak di kalangan kita yang membenci wang sebagai simbol kekangan-kekangan ini. Sebenarnya, wang adalah salah satu alat kebebasan yang terampuh pernah dicipta manusia. Dalam masyarakat bebas yang wujud kini, wanglah yang membuka pelbagai macam pilihan untuk orang miskin pilihan-pilihan yang tidak lama dulu tersedia untuk golongan kaya. Kita akan lebih memahami kepentingan peranan wang jika kita mempertimbangkan apa kesan sebenar jika motif kewangan digantikan oleh insentif-insentif bukankeekonomian seperti yang disarankan oleh begitu banyak sosialis. Jika semua ganjaran, sebagai ganti bagi ganjaran kewangan, ditawarkan dalam bentuk pengiktirafan umum, keistimewaan-keistimewaan, pangkat kekuasaan di atas manusia lain, rumah atau makanan yang lebih baik, peluang untuk melancong atau mendapat pendidikan, maka ertinya si penerima tidak lagi dibenarkan untuk memilih. Ia juga bererti bahawa siapa saja yang menetapkan ganjaran itu boleh menetapkan bukan saja ukuran ganjaran yang patut diberi, malah juga bagaimana ia patut dinikmati. Kebebasan ekonomi yang dijanjikan oleh para perancang kepada kita sebenar-benarnya bererti bahawa kita akan dibebaskan daripada beban menyelesaikan masalah ekonomi
75

J a L an Pe R ha M baan

kita sendiri, sebaliknya pihak lain yang akan membuat pilihan-pilihan perit yang sering perlu dibuat [dalam rangka menyelesaikan masalah ekonomi peribadi]. Memandangkan dalam suasana modern kita bergantung dalam hampir segenap hal terhadap jalan-jalan yang disediakan oleh orang lain, maka perancangan ekonomi akan merangkumi juga pengarahan hampir semua aspek kehidupan kita. Hampir tiada segi yang bebas daripada kawalan secara sedar oleh sang perancang, dari soal keperluan asas sampailah kepada hubungan kita dengan keluarga dan sahabat-handai, dari jenis kerja kita sampailah kepada soal penggunaan masa santai kita. Kuasa perancang ke atas kehidupan peribadi kita takkan tumpul jika para pengguna bebas untuk membelanjakan pendapatannya sesuka hati, kerana pihak berkuasa akan mengawal pengeluaran. Kebebasan memilih dalam sebuah masyarakat yang berdaya saing terletak pada hakikat bahawa jika seorang manusia enggan memenuhi keinginan kita, kita boleh beralih kepada seorang yang lain. Tetapi jika berdepan dengan pemonopoli, maka kita berada di bawah belas ehsannya. Pihak berkuasa yang mengarahkan seluruh sistem ekonomi adalah pemonopoli yang paling berkuasa yang mampu kita bayangkan. Pemonopoli sebegini akan memegang kuasa penuh untuk memutuskan benda apa yang hendak diberikan dan bagaimana. Ia bukan saja akan memutuskan komoditi dan perkhidmatan apa yang akan disediakan dan dalam jumlah yang sebesar mana; ia juga akan mampu mengarahkan pengagihan barangan dan perkhidmatan berkenaan menurut kawasan dan kelompok serta mampu, jika ia mahu, memilih bulu berdasarkan individu semahunya. Kita akan mendapat barangan atau perkhidmatan
76

F R eid R i C h A . H ayek

bukan berdasarkan pandangan kita sendiri, tetapi berdasarkan pandangan seseorang yang lain tentang apa yang patut kita suka atau benci. Dengan kedudukan kita sebagai pengeluar-pengeluar, kehendak pihak berkuasa malah akan lebih membentuk dan memimpin kehidupan harian kita. Bagi sebahagian besar kita, masa yang diluangkan untuk bekerja mengisi sebahagian besar kehidupan kita dan kerja kita pula biasanya menentukan tempat mana kita tinggal dan di kalangan orang yang bagaimana. Maka, kebebasan untuk memilih kerja kita kemungkinan lebih penting untuk kebahagiaan kita daripada kebebasan untuk membelanjakan pendapatan kita di waktu santai. Di negara-negara terbaik sekalipun kebebasan ini terbatas. Hanya segelintir orang yang memiliki banyak pilihan pekerjaan. Tetapi yang penting kita memiliki pilihan dan tidak dirantai secara mutlak pada pekerjaan yang telah dipilih untuk kita. Juga penting ialah kita sentiasa boleh meninggalkan sesuatu pekerjaan jika kita tidak sanggup lagi menjalankan pekerjaan berkenaan atau kita menyukai pekerjaan yang lain. Sesuatu keadaan itu paling parah jika kita menyedari bahawa sekuat mana pun berusaha kita takkan mampu mengubahnya. Memang sesuatu yang tidak enak jika kita hanya menjadi salah satu gigi roda pada sesebuah jentera, tetapi paling parah jika kita tidak boleh meninggalkan sesuatu pekerjaan, atau jika kita dirantai pada tempat kita dan pada para penyelia yang telah dipilih untuk kita. Dalam dunia kita kini banyak yang boleh dilakukan untuk memperbaiki peluang-peluang untuk membuat pilihan. Tetapi perancangan akan membawa ke arah yang bertentangan. Perancangan perlu mengawal kemasukan ke dalam sesuatu
77

J a L an Pe R ha M baan

perdagangan dan pekerjaan, atau tahap imbalan, atau keduaduanya. Dalam hampir semua perancangan, kawalan dan kekangan ke atas perkara-perkara tersebut adalah antara langkah pertama diambil. Dalam sebuah masyarakat yang menerapkan sistem persaingan, kebanyakan perkara boleh didapatkan pada harga tertentu. Sering harganya tinggi. Kita perlu mengorbankan suatu perkara untuk mencapai perkara yang lain. Bagaimanapun, alternatifnya bukan kebebasan memilih, sebaliknya perintahperintah dan tegahan-tegahan yang wajib dipatuhi. Bukan sesuatu yang menghairankan kalau orang menginginkan agar dalam keadaan yang payah, mereka tidak perlu mengambil pilihan yang pahit. Tetapi segelintir orang mahu menghindari perkara tersebut dengan cara membiarkan pihak lain membuat keputusan untuk mereka. Kebanyakan orang hanya mengharapkan yang mereka tidak perlu mengambil pilihan yang pahit. Mereka mudah percaya bahawa pilihan itu tidak perlu, bahawa ia dipaksakan ke atas mereka oleh sistem ekonomi tertentu yang melingkari kehidupan mereka. Yang mereka sebenar-benarnya tidak senangi ialah hakikat bahawa masalah ekonomi wujud. Delusi bahawa tiada lagi masalah ekonomi menjadi lebih parah apabila ada yang mendakwa bahawa ekonomi yang terancang akan membuahkan hasil yang jauh lebih banyak berbanding sistem yang berasaskan persaingan. Namun, orangorang yang meneliti masalah ini seorang demi seorang mula mengenepikan dakwaan tersebut. Banyak ahli ekonomi yang berpandangan sosialis sekali pun kini cuma berharap agar masyarakat yang terancang dapat mencapai tahap kecekapan yang setara dengan masyarakat yang menerapkan sistem persaingan.
78

F R eid R i C h A . H ayek

Mereka terus menyokong perancangan kerana percaya ia akan membolehkan kita mengagihkan kekayaan secara lebih sekata. Sukar dibantah bahawa, jika kita mahu secara sedar memutuskan siapa akan mendapat apa, kita wajib merancang seluruh sistem ekonomi. Tetapi persoalan yang masih tidak terjawab ialah, tidakkah usaha untuk mencapai ideal keadilan yang dibayangkan dalam benak seseorang akan memunculkan lebih banyak rasa tidak puas hati dan penindasan berbanding rasa tidak puas hati dan penindasan yang timbul berikutan salah guna kebebasan dalam mengamalkan sistem ekonomi bebas? Apabila sesebuah kerajaan mengambil peranan untuk mengagihkan kekayaan, prinsip-prinsip apa yang akan atau harus dipakai sebagai panduan? Apakah ada jawapan yang pasti bagi segala macam persoalan yang akan timbul? Hanya satu prinsip umum, satu peraturan mudah, yang boleh dianggap sebagai jawapan pasti: kesetaraan yang mutlak untuk semua individu. Jika inilah matlamatnya, sekurangkurangnya ia memberi makna yang jelas bagi gagasan pengagihan keadilan yang kabur itu. Tetapi manusia secara umumnya tidak menganggap kesetaraan yang mekanikal seperti ini sesuatu yang didambakan, manakala sosialisme pula menjanjikan bukan sekadar kesetaraan yang sempurna, malah kesetaraan yang lebih. Rumus ini tidak menjawab sebarang persoalan. Ia tidak membebaskan kita daripada keperluan memutuskan dalam setiap suatu keadaan di antara merit individu atau kelompok tertentu, dan ia tidak juga membantu kita membuat keputusan itu. Hanya satu maksud tersirat yang kita boleh baca pada rumus itu, iaitu rampas daripada golongan kaya sebanyak yang
79

J a L an Pe R ha M baan

mungkin. Sampai pada soal pengagihan rampasan, timbul kembali masalah yang sama, seolah-olah rumus kesetaraan yang lebih tidak pernah diungkapkan. Sering disebut bahawa kebebasan politik tidak bermakna tanpa kebebasan ekonomi. Ini benar, tetapi dalam pengertian yang hampir sepenuhnya berlawanan dengan yang dimaksudkan oleh para perancang ketika mereka menyebutnya. Kebebasan ekonomi yang menjadi prasyarat bagi sebarang jenis kebebasan bukanlah kebebasan daripada kekhuatiran ekonomi yang dijanjikan oleh para sosialis dan yang hanya boleh dicapai dengan cara menakan kuasa kita untuk memilih. Kebebasan ekonomi yang sebenar ialah kebebasan untuk menjalankan kegiatan ekonomi. Seperti juga hak untuk memilih, kebebasan dan hak untuk menjalankan kegiatan ekonomi datang bersama risiko dan tanggungjawab.
D U a j E N I s ja M I N a N

Seperti kebebasan ekonomi yang palsu, jaminan ekonomi sering dikemukakan sebagai salah satu syarat wajib untuk mencapai kebebasan sebenar. Dari satu segi, dakwaan ini benar dan penting. Kebebasan minda atau kekuatan watak jarang ditemui dalam kalangan yang tidak merasa yakin bahawa mereka mampu mencapai kemajuan menerusi usaha mereka sendiri. Tetapi ada dua jenis jaminan: [Jenis pertama,] kepastian bahawa keperluan asas yang minimum akan disediakan untuk semua orang dan [jenis kedua] jaminan terhadap standar kehidupan yang tertentu bagi individu atau kumpulan. Dalam sebuah masyarakat yang telah mencapai tahap kemakmuran seperti yang kita miliki, tiada sebab mengapa
80

F R eid R i C h A . H ayek

jaminan jenis pertama itu tidak harus diberikan untuk semua orang tanpa menjejaskan kebebasan umum; iaitu, menjamin bekalan makanan, tempat berteduh, dan pakaian yang minimum, memadai untuk memelihara kesihatan. Dan tidak juga ada sebab mengapa negara tidak boleh membantu menyusun sebuah sistem insurans sosial yang komprehensif bagi menjaga kebajikan sebahagian besar anggota masyarakat ketika berdepan dengan masalah-masalah biasa dalam kehidupan [sakit-demam, kemalangan dsb], memandangkan hanya segelintir golongan yang mampu menyiapkan diri secara memadai untuk waktuwaktu sukar. Yang menjadi masalah ialah merancang untuk memberi jaminan jenis kedua, kerana ia akan memberi kesan besar terhadap kebebasan. Perancangan untuk jaminan jenis kedua ini dibuat untuk memelihara individu-individu atau kelompokkelompok daripada pengurangan pendapatan mereka. Jika, sepertimana yang semakin banyak terjadi, ahli setiap suatu bidang pekerjaan yang keadaannya semakin membaik dibenarkan untuk menyisihkan yang lain bagi menjamin laba yang penuh dari segi gaji atau keuntungan yang lebih tinggi, mereka yang berada dalam bidang pekerjaan yang permintaan terhadapnya telah berkurangan tidak boleh ke mana-mana, dan setiap perubahan menghasilkan pengangguran yang lebih tinggi. Sukar untuk diragui bahawa lantaran ingin mencapai jaminan menerusi cara-cara inilah pengangguran di dekad yang lalu meningkat dengan tinggi. Rasa terpinggir yang dialami oleh kalangan yang tidak tergolong dalam bidang kerja yang mendapat perlindungan begitu pahit dan ia tidak difahami melainkan oleh mereka yang pernah mengalaminya. Tidak pernah ada eksploitasi yang lebih
81

J a L an Pe R ha M baan

buruk oleh satu kelas ke atas kelas yang lain daripada ekploitasi ke atas anggota-anggota kelompok pengeluar oleh kelompok pengeluar yang telah mapan. Ini dapat terjadi kerana ada peraturan dalam persaingan. Tidak banyak slogan yang lebih memudaratkan daripada slogan-slogan seperti penstabilan harga barangan tertentu atau gaji kelompok tertentu, kerana langkah penstabilan itu menjamin pendapatan sesetengah pihak tetapi pada masa yang sama menjadikan kedudukan pihak lain lebih goyah. Di England dan Amerika, keistimewaan-keistimewaan yang diberikan kepada kelompok tertentu, khususnya dalam bentuk peraturan persaingan, penstabilan harga barangan tertentu dan upah golongan tertentu, semakin mendapat perhatian. Setiap kali jaminan sedemikian diberikan kepada sesuatu kelompok, keadaan suatu kelompok yang lain menjadi semakin tidak terjamin. Jika anda menjamin sepotong kek yang tetap ukurannya untuk suatu kelompok, nescaya potongan yang tinggal untuk kelompok lain mengecil. Dalam keadaan itu, unsur jaminan yang asasi yang ditawarkan oleh sistem persaingan, iaitu kepelbagaian pilihan, semakin berkurangan. Keinginan umum untuk mendapatkan jaminan menerusi langkah-langkah yang mengekang, didukung oleh negara, lamakelamaan menghasilkan perubahan masyarakat secara progresif perubahan yang telah diterajui oleh Jerman dan disusuli oleh negara-negara lain. Perkembangan ini telah diperkukuh oleh satu lagi kesan ajaran sosialis, iaitu sikap meremeh-temehkan semua kegiatan yang melibatkan risiko ekonomi dan juga kecaman yang dilemparkan terhadap laba-laba yang diraih oleh sebahagian kecil orang yang sanggup mengambil risiko.

82

F R eid R i C h A . H ayek

Kita tidak boleh menyalahkan anak-anak muda kita yang lebih memilih kedudukan yang selamat dan bergaji berbanding risiko menjalankan perniagaan sendiri apabila sejak seawal usia belia mereka mendengar bahawa kerja tetap dan bergaji adalah lebih baik, lebih tidak haloba dan tidak mementingkan diri. Generasi muda hari ini membesar dalam dunia yang sekolahsekolah dan akhbar-akhbarnya mengeji semangat keusahawanan dan menganggap kerja menjana untung sebagai kerja tidak bermoral, serta perbuatan menggaji 100 orang pekerja dianggap sebagai eksploitasi, sedangkan perbuatan memerintah 100 orang bawahan dianggap sebagai perbuatan yang bermaruah. Orang-orang yang lebih berusia mungkin menganggap kenyataan ini sebagai keterlaluan, namun pengalaman harian pensyarah universiti membuatkan kita tidak ragu bahawa akibat daripada propaganda anti-kapitalis, nilai-nilai telah lama dilenturkan, mendahului perubahan ke atas institusi-institusi yang sedang berlangsung dalam negara. Persoalannya, tidakkah dengan mengubah institusi-institusi ini untuk memenuhi tuntutan-tuntutan baru kita pasti akan memusnahkan nilai-nilai yang masih kita junjung? Ketegangan yang perlu kita tangani adalah ketegangan yang asasi di antara dua jenis bentuk masyarakat yang tidak mungkin dapat diselaraskan, iaitu di antara masyarakat perdagangan atau masyarakat ketenteraan. Bagi dua bentuk ini, pilihan dan risiko sama ada kedua-duanya berada di tangan individu atau kedua-duanya dilepaskan dari tangan individu. Dalam pasukan tentera, kerja dan pekerja ditentukan oleh pihak berkuasa, dan ini satu-satunya sistem yang dapat memberikan jaminan ekonomi yang penuh kepada individu. Bagaimanapun, jaminan ini tidak dapat dipisahkan daripada kekangan ke atas
83

J a L an Pe R ha M baan

kebebasan serta susunan berhirarki kehidupan ketenteraan jaminannya adalah jaminan berek tentera. Dalam masyarakat yang terbiasa dengan kebebasan, tidak mungkin banyak orang sanggup membeli jaminan pada harga ini. Tetapi dasar-dasar yang sedang dirumuskan kini sedang pantas membentuk keadaan di mana kecenderungan orang terhadap jaminan menjadi lebih kuat daripada kecintaan mereka terhadap kebebasan. Untuk tidak memusnahkan kebebasan individu, persaingan mesti dibiarkan berfungsi tanpa gangguan. Biarkan ada jaminan untuk perkara-perkara asas yang minimum untuk semua orang; tetapi kita perlu akui kesilapan semua dakwaan yang mengatakan jaminan khusus untuk kelas-kelas tertentu adalah perlu dan kita perlu melenyapkan semua alasan yang membenarkan kelompokkelompok tertentu menyisihkan pendatang-pendatang baru daripada berkongsi kemakmuran demi mengekalkan standard khas bagi mereka sendiri. Tidak harus diragui bahawa jaminan perlindungan daripada kemelaratan yang parah secara yang memadai harus menjadi salah satu tujuan utama dasar-dasar kita. Tetapi tidak ada yang lebih berbahaya daripada cara para pemimpin intelektual kita kini yang mendewa-dewakan jaminan kesejahteraan sehingga mengorbankan kebebasan. Sesuatu yang asasi yang harus kita pelajari semula ialah untuk berdepan dengan hakikat betapa kebebasan tidak boleh diraih secara percuma dan bahawa sebagai individu kita mesti bersedia untuk berkorban dari segi materi untuk mempertahankannya. Kita mesti memulihkan keyakinan yang menjadi asas kepada kebebasan di negara-negara Anglo-Saxon dan yang diluahkan oleh Benjamin Franklin dalam sebuah ungkapan yang boleh
84

F R eid R i C h A . H ayek

diterapkan oleh kita, sama ada sebagai individu atau sebuah negara: Mereka yang sanggup menyerahkan kebebasan asasi untuk mendapatkan sedikit keselamatan yang sementara tidak berhak ke atas kebebasan mahu pun keselamatan.
K E a R a H D U N I a Ya N G L E B I H B a I K

Untuk membina dunia yang lebih baik, kita mesti memiliki keberanian untuk membuat permulaan baru. Kita mesti menebas rintangan-rintangan yang kebelakangan ini muncul menyekat perjalanan kita akibat kebodohan manusia. Kita mesti membebaskan tenaga kreatif para individu. Kita mesti membentuk suasana yang mesra kemajuan dan bukannya merancang kemajuan. Golongan yang menyeru ke arah lebih banyak perancangan tidak pernah menunjukkan keberanian yang diperlukan, begitu juga golongan yang menyeru ke arah Tatanan Baru yang tidak lain merupakan penerusan bagi kecenderungan-kecenderungan yang telah muncul sejak 40 tahun yang silam, dan juga golongan yang tidak tahu apa-apa selain meniru Hitler. Sememangnya orang yang paling kuat berteriak ke arah ekonomi terancang yang paling terpukau dengan gagasan-gagasan yang telah mencetuskan perang dan kejahatan-kejahatan yang menghantui kita. Prinsip yang harus menjadi pedoman kita dalam usaha membentuk dunia yang dihuni oleh manusia-manusia yang bebas ialah: dasar kebebasan untuk individu adalah satu-satunya dasar yang benar-benar progresif.

85

J a L an Pe R ha M baan

JALAN PERHAMBAAN DALAM RUpA kARTUN


(TERB I ta N asa L Da L a M M ajaLa H LOOK )

86

F R eid R i C h A . H ayek

1
P E Ra N G M E M a K sa p E Ra N Ca N G a N N asI O N a L D IBU at

Untuk membolehkan ekonomi negara digerakkan sepenuhnya, kita melepaskan banyak hak kebebasan. Kita faham keadaan ini disebabkan oleh musuh negara.

87

J a L an Pe R ha M baan

2
Ba N Ya K O Ra N G M a H U p E Ra N Ca N G a N DI K E K a LK a N . . .

Hujah-hujah menyokong pembentukan majlis pengeluaran di zaman aman didengar sebelum perang berakhir. Para perancang di zaman darurat yang mahu mengekalkan kuasa menggalakkan idea tersebut.

88

F R eid R i C h A . H ayek

3
Pa Ra P E Ra N Ca N G M E N ja N j I K a N UtO p I a - U t O p Ia . . .

Rancangan serba molek untuk para peladang berjalan dengan baik di kawasan ladang, rancangan untuk para buruh industri popular di bandar dan sebagainya. Banyak perancang baru diundi.

89

J a L an Pe R ha M baan

4
t E tapI M E RE K a G a G a L M EN C apa I p E Rs E t U j U a N atas S ATU U t O p Ia

Setelah keadaan kembali aman, parlimen baru bersidang; tetapi kesatuan yang terhasil sewaktu zaman perang tidak lagi wujud. Para perancang mula berbalah, masing-masing mempunyai rancangan dan masing-masing tidak mahu mengalah.

90

F R eid R i C h A . H ayek

5
Pa Ra Wa RG a j U G a G a G a L M E M B E N t UK p E Rs E t U j U a N . . .

Setelah para perancang akhirnya berjaya membentuk rancangan sementara beberapa bulan kemudian, para warga pula berbalah. Rancangan yang disukai oleh para peladang tidak disukai oleh para pekerja kilang.

91

J a L an Pe R ha M baan

6
PERaN Ca N G t I Da K G E M a R M E M a K sa O R a N G U N t UK M E N Capa I p E Rs E t U j U a N . . .

Kebanyakan perancang nasilnal adalah idealis-idealis yang berniat baik dan mereka tidak suka menggunakan kekerasan. Mereka berharap orang ramai lambat-laun akan menerima rancangan sementara mereka.

92

F R eid R i C h A . H ayek

7
M E RE K a CUB a M E N j U a L Ra N Ca N G a N M E RE K a . . .

Sukar untuk menghasilkan pandangan yang seragam, lalu para perancang mewujudkan jentera propaganda gergasi sesuatu yang berguna untuk diktator yang bakal muncul.

93

J a L an Pe R ha M baan

8
RaK Yat Ya N G M UDa H t E Rt Ip U p U N M E N Capa I p E Rs E t Uj U a N . . .

Sementara itu, kekeliruan yang semakin meningkat dalam negara menghasilkan pertemuan-pertemuan yang bertujuan memprotes langkah kerajaan. Golongan yang kurang terdidik menubuhkan parti politik kerana terpesona dengan pidato yang berapi-api.

94

F R eid R i C h A . H ayek

9
K E Ya K I Na N t E RH a Dap pa Ra p E Ra N Ca N G p UD a R . . .

Semakin para perancang cuba memperbaiki rancangan mereka, semakin urusan harian terganggu. Semua orang sengsara. Orang ramai merasa para perancang tidak mampu melaksanakan rancangan mereka!

95

J a L an Pe R ha M baan

10
LaL U K U asa DI B E RI K a N K EpaD a p E M I M p I N Ya N G K U at . . .

Dalam keadaan terdesak, para perancang memberi kuasa kepada pemimpin baru parti untuk menempa satu rancangan baru dan memaksa orang patuh dengan rancangan tersebut. Kemudian nanti mereka akan mengenepikannya sekurang-kurangnya begitulah sangkaan mereka.

96

F R eid R i C h A . H ayek

11
Pa Rt I M E N G a M B I L a L I H N EG a R a . . .

Sejauh ini, kekeliruan yang timbul begitu besar sehinggakan kepatuhan terhadap pemimpin mesti dicapai dengan apa jua cara.

97

J a L an Pe R ha M baan

12
Mat L a M at NEGatIf M E N ja DI UN s UR p E NYat U . . .

Langkah awal yang perlu dibuat oleh semua diktator ialah mengapi-apikan majoriti supaya bersatu untuk berdepan dengan ancaman minoriti. Di Jerman, matlamat negatif yang dipakai ialah semangat perkauman Anti-Semitisme.

98

F R eid R i C h A . H ayek

13
TI a Da s E s I apa M E N E NtaN G Ra N Ca N G a N sa N G K E t U a . . .

Menentang sama seperti bunuh diri; cawangan khas polis ditubuhkan untuk memantau rakyat. Keupayaan untuk memaksa orang supaya tunduk dan patuh menjadi Nilai Nombor 1 dalam negara terancang. Kini semua kebebasan lesap.

99

J a L an Pe R ha M baan

14
BI Da N G K E Rja a N Da DI Ra N C a N G . . .

Tiada pilihan kerja yang luas yang dijanjikan oleh para perancang yang kini telah menghilang entah ke mana. Para perancang sebenarnya tidak mampu dan takkan pernah mampu melaksanakan rancangan mereka.

100

F R eid R i C h A . H ayek

15
Gaj I a N Da DI Ra N Ca N G . . .

Skala gaji ditetapkan secara sembarangan dan tegar. Negara terancang yang ditadbir dari sebuah pusat menghasilkan pentadbiran yang cemerkap, tidak saksama dan tidak cekap.

101

J a L an Pe R ha M baan

16
P E M I K I Ra N a N Da DI Ra N C a N G . . .

Pentadbiran kuku besi yang diwujudkan secara tidak sengaja oleh para perancang akhirnya menutup ruang perbezaan pendapat. Poster, radio, akhbar semuanya menyampaikan pembohongan yang sama!

102

F R eid R i C h A . H ayek

17
KEG I ata N RI a Da H a N Da DI Ra N C a N G . . .

Sebaik saja mula merancang, para perancang menjadi ketagih sampaikan kegiatan sukan dan santai pun dirancang dengan teliti.

103

J a L an Pe R ha M baan

18
TatatE Rt I B j UG a DI Ra N C a N G . . .

Anda bukan saja dibuang kerja, tetapi juga dibuang dari dunia. Perbuatan yang dulunya dianggap sebagai kesilapan kerja yang biasa kini dianggap sebagai jenayah terhadap negara. Begitulah penghujung bagi jalan perhambaan!

104

THE INTELLECTUALs AND SOCiALisM

N O ta t E N ta N G t E K s

The Intellectuals and Socialism diterbitkan pada kali pertama dalam University of Chicago Law Review, Jil. 16, Bil. 3, Musim Sejuk 1949. Ia diterbitkan semula dalam F. A. Hayek, Studies in Philosophy, Politics and Economics, Routledge and Kegan Paul, London, 1967. Ia diterbitkan sebagai sebuah risalah dalam siri Studies in Social Theory oleh Institute of Humane Studies, California, 1971. Teks untuk edisi ini diterjemahkan daripada makalah yang diterbitkan dalam Studies in Philosophy, Politics and Economics.

PR Ak ATA
Dalam esei Profesor F. A. Hayek yang diterbitkan pada tahun 1949, The Intellectuals and Socialism, pengarangnya mengingatkan di perenggan yang terakhir: Masa depan kebebasan sememangnya gelap, melainkan kita mampu untuk sekali lagi mengangkat persoalan asas-asas falsa bagi sebuah masyarakat bebas sebagai sebuah persoalan intelektual yang hidup. Tetapi jika kita mampu memulihkan semula kepercayaan terhadap kuasa idea yang suatu ketika dulu adalah penanda bagi keunggulan liberalisme, maka masih ada harapan. Kebangkitan semula liberalisme secara kecendekiawanan sedang bermula di banyak bahagian dunia. Apakah ia akan bangkit pada masa yang tepat? Mumpung, amaran Profesor Hayek ini didengari, tepat pada masanya. Rakan-rakannya di Mont Plerin Society, pelajarpelajarnya, dan para pengagumnya di seluruh dunia telah menyambut pesan beliau dengan sepenuh jiwa, lalu mereka meluangkan waktu selama berdekad-dekad sejak penerbitan esei ini mengasah hujah-hujah untuk mempertahankan kebebasan dan menyebarkan gagasan-gagasan mereka menerusi lembaga-lembaga, penerbitan-penerbitan serta persidanganpersidangan sehingga menghasilkan kejayaan yang tidak pernah termimpikan di tahun 1949 dulu.

107

J a L an Pe R ha M baan

Bagi kebanyakan kita, esei singkat Hayek ini adalah semboyan ke arah tindakan. Di dalamnya beliau menjelaskan proses yang membolehkan buah-buah kiran dikembangkan dan diterima secara meluas. Di dalamnya juga beliau menyebut mengapa gagasan-gagasan liberal klasik tidak dijunjung secara meluas atau tidak begitu menjadi fesyen seperti yang seharusnya. Telah lama kita meremehkan kuasa kelas intelektual yang digelar Hayek sebagai para penjaja idea profesional untuk membentuk iklim pendapat umum. Seperti disebut Hayek, golongan Kiri telah mengerahkan sebahagian besar tenaga mereka, sama ada secara terancang atau atas desakan keadaan, ke arah mendapatkan dukungan elit intelektual para wartawan, guru, paderi, pensyarah, juru publisiti, penulis, dan seniman, yang merupakan ahli dalam teknik menyampaikan gagasan-gagasan. Ketika esei ini ditulis, kata Hayek, kebanyakan orang mendengar khabar tentang sesuatu peristiwa atau gagasan menerusi kelas intelektual dan jarang menerusi saluran lain (malah semakin kurang lagi dengan perkembangan televisyen). Para cendekiawan menjadi penjaga gerbang maklumat, pandangan, dan pendapat yang akhirnya sampai kepada kita. Sebaliknya, puak konservatif memberi tumpuan kepada usaha mencapai dan membujuk para individu pengundi. Bagi kebanyakan kita, esei ini mencabar kita untuk membina kelas cendekiawan kita sendiri yang terdiri daripada kalangan yang mencintai kebebasan. Kita melatih, menggaji, merangkaikan, dan menyokong ahli-ahli akademik, juru analisis, wartawan, hos rancangan bual di radio, dan hatta para pemimpin politik yang berperanan membentuk pendapat umum dan mempengaruhi politik masa depan. Kita telah berjaya
108

F R eid R i C h A . H ayek

dalam pelbagai bidang untuk mengubah iklim pendapat umum dan mengubah dunia. Komunisme telah gagal, Tembok Berlin telah dirobohkan, dan bahkan ahli-ahli politik yang condong ke haluan kiri seperti [bekas] Presiden Clinton dan Perdana Menteri Blair menggunakan retorik penyelesaian-penyelesaian liberal klasik kita apabila berbicara tentang maslaah-masalah sosial zaman moden. Saya percaya, Profesor Hayek tentu tidak kesulitan untuk memahami ironi ini! Jelas masih banyak yang perlu dilakukan sebelum kita boleh melihat kemunculan masyarakat yang benar-benar bebas. Sebagai pedoman, kita harus sekali lagi menoleh ke arah Hayek. Seperti yang beliau sebutkan, sebahagian besar kejayaan yang dicapai oleh sosialisme sehingga tahun 1949 bukanlah kerana ia menang dalam pertempuran di antara ideal-ideal yang berlawanan, sebaliknya kerana hanya golongan sosialis yang menawarkan suatu gambaran unggul tentang masa depan dan membandingkannya dengan keadaan semasa di zaman itu. Tidak banyak program lain menawarkan pilihan-pilihan yang tulen. Kompromi-kompromi dengan itu dibuat di antara ideal sosialis dengan keadaan semasa. Satu-satunya persoalan bagi para sosialis ketika itu ialah sepantas mana dan sejauh mana mereka boleh melangkah. Pengajaran yang didapati oleh golongan konservatif: tidak cukup untuk sekadar mengekang dasar-dasar yang buruk, kita perlu menawarkan pilihan-pilihan yang tulen. Sejak penerbitan The Intellectuals and Socialism pada kali pertama, kita telah membangunkan asas-asas falsa bagi masyarakat bebas, berkat jasa Hayek, teman-teman kita di IEA dan lain-lain. Kita juga telah membentuk kelas cendekiawan untuk menterjemah gagasan-gagasan falsa ini
109

J a L an Pe R ha M baan

bagi orang awam. Bagaimanapun, kita belum memaparkan ke muka umum wawasan kita sendiri bagi sebuah masyarakat masa depan yang dibina atas asas kebebasan. Inilah tugas yang mendepani kita dalam alaf baru. Seperti disebut Hayek, tugas membina sebuah masyarakat bebas boleh menimbulkan keterujaan dan kekaguman. Jika kita hendak mencapai kejayaan, kita mesti sekali lagi menjadikan usaha membina masyarakat bebas sebagai sebuah usaha kecendekiawanan dan suatu tindakan berani.

EDWIN J. FEULNER JR

110

PENGANTAR
Ha Y E K D a N P E N jaja - p E N jaja I D E a

Pada April 1945, Readers Digest telah menerbitkan versi padat bagi karya klasik Friedrich Hayek, The Road to Serfdom. Itulah satu-satu kalinya dalam sejarah Digest buku yang dipadatkan diterbitkan di bahagian depan majalah dan bukannya di belakang. Di kalangan sebahagian besar orang yang telah membaca versi padat tersebut adalah Antony Fisher. Juruterbang Perang Udara Britain yang kemudian menjadi penjual saham dan seterusnya peladang yang masih di awal usia tiga puluhan itu pergi menemui Hayek di London School of Economics untuk membincangkan kebimbangannya tentang kemaraan sosialisme dan kolektivisme di Britain. Fisher bimbang negara yang telah dipertahankan kebebasannya oleh sekian banyak orang, termasuk ayah dan saudaranya sendiri yang telah terkorban dalam dua perang dunia, akan menjadi semakin kurang bebas. Beliau melihat kebebasan diancam oleh kuasa dan bidang kuasa negara yang semakin mengembang. Tujuan beliau melawat Hayek, sang arkitek agung bagi kebangkitan semula gagasan-gagasan liberal klasik, ialah untuk bertanya apa yang boleh dilakukan untuk menghadapi keadaan itu.

111

J a L an Pe R ha M baan

Pertanyaan utama saya ialah, apakah yang beliau boleh nasihatkan saya untuk membantu menempatkan perbincangan dan dasar pada jalur yang betul ... Hayek mula-mula sekali mengingatkan saya agar jangan membuang masa dengan memilih kerjaya politik kerana ketika itu saya tergoda untuk memilih jalan berkenaan. Beliau menjelaskan pandangannya bahawa pengaruh penentu dalam pertempuran gagasan dan dasar dimiliki oleh para cendekiawan yang disifatkannya sebagai penjaja-penjaja idea. Para cendekiawan dominan dari puak Fabian (Fabian Society, pendukung penerapan sosialisme secara beransur-ansur dan bukan secara revolusipent.) dan cendekiawan-cendekiawan lain selepas mereka telah mendorong perbahasan politik ke arah peningkatan campurtangan kerajaan dan ke arah perkara-perkara yang menyusulinya. Saya ajukan pandangan saya bahawa gagasan-gagasan yang lebih baik tidak diberikan ruang yang saksama, lalu beliau menasihatkan saya untuk menyertai beberapa orang lain untuk membentuk sebuah pertubuhan penyelidikan kesarjanaan bagi membekalkan kepada para cendekiawan di universiti-universiti, sekolah-sekolah, serta kepada para cendekiawan dalam kewartawanan dan penyiaran dengan kajian-kajian berwibawa tentang teori ekonomi pasaran dan penerapannya dalam hal-ehwal harian.1

Setelah itu, Fisher terus mengumpul kekayaan dengan memperkenalkan perladangan ayam berasaskan model Amerika di Britain. Syarikat beliau, Buxted Chickens, telah mengubah bentuk pemakanan saudara-saudara senegaranya dan menjadikan
1 A. Fisher, Must History Repeat Itself?, Churchill Press, 1974, hal. 103, dikutip dalam R. Cockett, Thinking the Unthinkable, HarperCollins, London, 1995, hal. 1234. 112

F R eid R i C h A . H ayek

beliau cukup kaya untuk melaksanakan nasihat Hayek. Beliau menubuhkan Institute of Economic Affairs pada tahun 1955 dengan pandangan bahawa:
Kalangan yang menjalankan kerja intelektual perlu memberi dampak yang cukup menerusi akhbar, radio, televisyen, dan sebagainya, ke atas pemikiran orang biasa. Sosialisme disebarkan dengan cara ini dan kini masanya kita mula membalikkan proses tersebut.2

Beliau dengan itu memulakan tugas yang disarankan kepadanya oleh Hayek pada tahun 1945.

Tidak lama selepas pertemuan dengan Fisher itu, Hayek mengembangkan teorinya tentang pengaruh para cendekiawan dalam sebuah makalah berjudul The Intellectuals and Socialism yang pertama kali diterbitkan dalam Chicago Law Review pada tahun 1949. Menurut Hayek, cendekiawan bukan seorang pemikir asli dan bukan juga seorang pakar. Bahkan dia bukan semestinya orang pintar. Perkara yang dia miliki ialah:
keupayaan untuk bercakap/menulis tentang pelbagai subjek; dan cara untuk mengenal gagasan-gagasan baru lebih awal daripada khalayaknya.

2 Surat Antony Fisher kepada Oliver Smedley, 22 Mei 1956, dikutip dalam R. Cockett, op. cit., hal. 131. Penegasan dalam edisi asal. 113

J a L an Pe R ha M baan

Biar saya simpulkan renungan Hayek:


1. Gagasan-gagasan pro-pasaran telah gagal untuk terus kekal relevan dan mengilhamkan, dengan itu ia membuka pintu kepada daya-daya anti-pasaran. 2. Tidak seperti yang biasa kita sangka, pengetahuan orang ramai tentang sejarah memainkan peranan lebih besar dalam perkembangan falsafah politik mereka.1 3. Orang-orang yang lebih praktikal cara pemikirannya lebih memperhatikan perincian peristiwa-peristiwa semasa dan cenderung terlepas pandang terhadap permasalahan jangka masa panjang. 4. Berawaslah dengan kepentingan-kepentingan khusus, terutamanya kalangan yang mendakwa diri pro-keusahawanan bebas secara umum tetapi selalu mahu membuat pengecualian dalam bidang kepakaran mereka sendiri. 5. Natijah politik hari ini telah pun terhasil, maka bersiaplah untuk memanfaatkan hari esok sebagai seorang sarjana atau cendekiawan. 6. Cendekiawan adalah penjaga gerbang buah kiran.

1 Seperti sering disebut oleh P. Liggio, naib presiden eksekutif Atlas Economic Research Foundation, lebih banyak orang belajar tentang ekonomi daripada sejarah berbanding daripada teori ekonomi. 114

F R eid R i C h A . H ayek

7. Manusia pro-pasaran terbaik menjadi peniaga, jurutera, doktor dan sebagainya; manusia anti-pasaran terbaik menjadi cendekiawan dan sarjana. 8. Jadilah seorang Utopian dan percaya terhadap kuasa idea.

Contoh utama Hayek diambil dari penggal 1850 hingga 1950, sewaktu sosialisme belum lagi menjadi gerakan kelas pekerja. Para cendekiawan lama berusaha sebelum kelas pekerja menerima sosialisme. Malah, semua negara yang beralih kepada sosialisme telah mengalami fasa awal di mana untuk sekian banyak tahun gagasan-gagasan sosialis memandu pemikiran para cendekiawan yang aktif. Pengalaman menunjukkan bahawa sebaik saja kita sampai ke fasa ini, hanya masa yang akan menentukan bila pandangan-pandangan para cendekiawan hari ini menjadi politik hari esok. The Intellectuals and Socialism telah diterbitkan pada tahun 1949, tetapi, selain hanya sepotong ayat, tiada tanda lain menunjukkan yang ia bukannya ditulis empat puluh tahun setelah itu, sejurus sebelum kematian Hayek. Mungkin sememangnya ia telah ditulis empat puluh tahun lebih awal, tetapi sebagai seorang anak muda dia telah merasakan naluri sosialisme yang keterlaluan pemurah. Sewaktu Hayek mencatat pemikirannya, sosialisme tampak telah bertahta di seluruh dunia. Sesiapa saja yang memiliki deria rasa yang tercerahkan menganggap diri sebagai Orang Kiri. Menjadi Orang Kanan dianggap sebagai jelek moral, bodoh, atau kedua-duanya sekali.

115

J a L an Pe R ha M baan

Dalam drama pentas Alan Bennet yang dihasilkan pada tahun 1968, Forty Years On, guru besar Albion House, sebuah sekolah awam kecil yang melambangkan Britain, bertanya, Mengapa selalu saja orang pintar yang menjadi sosialis?1 Jawapan Hayek diungkapkan dalam karya besar beliau yang terakhir, The Fatal Conceit, iaitu bahawa orang pintar cenderung terlebih menilai kepintaran. Mereka merasa bahawa setiap sesuatu yang layak untuk diketahui boleh disingkap menerusi proses penelitian akal dan merasa sukar untuk mempercayai bahawa ada pengetahuan berguna yang tidak berasal daripada eksperimentasi yang disengajakan. Mereka justeru itu mengabaikan peraturan-peraturan tradisional, sebagai kurniaan kedua daripada evolusi kebudayaan yang, bagi Hayek, merangkumi ajaran-ajaran moral, khususnya institusiinstitusi harta benda, kebebasan dan keadilan. Mereka merasa bahawa sebarang ketidaksempurnaan boleh diperbetul oleh penyelarasan rasional dan ini menjadikan mereka memihak kepada perancangan dan kawalan ekonomi di peringkat pusat yang berada pada teras sosialisme. Dengan itu, sama ada mereka menyebut diri sebagai sosialis atau tidak, semakin tinggi kita mendaki tangga kepintaran ... semakin berkemungkinan kita bertemu dengan keyakinan-keyakinan sosialis.2

1 A. Bennet, Forty Years On, pementasan pertama pada 31 Oktober 1968; Faber and Faber, London, 1969, hal. 58. 2 F. Hayek, The Fatal Conceit: The Errors of Socialism, dalam W. W. Bartley (ed.), The Collected Works of Friedrich August Hayek, Routledge, London, Jil. 1, 1988, hal. 524. 116

F R eid R i C h A . H ayek

Hanya setelah kita mula menyenaraikan bermacam kumpulan cendekiawan barulah kita menyedari betapa banyaknya mereka, betapa peranan mereka telah berkembang di zaman moden, dan betapa semakin bergantung kita terhadap mereka. Yang paling jelas di kalangan mereka ialah orang-orang yang profesional dalam menyampaikan sesuatu mesej tetapi amatur dalam soal inti. Mereka ini termasuklah para wartawan, guru, paderi, pensyarah, juruhebah, pengulas radio, penulis cereka, kartunis dan seniman. Bagaimanapun kita perlu juga memerhatikan peranan para ahli profesional dan juruteknik yang kata-kata mereka didengari oleh orang-orang lain walaupun mereka berbincang tentang perkara-perkara yang di luar kebolehan mereka semata-mata kerana kedudukan mereka. Para cendekiawan memutuskan apa yang kita patut dengar, dalam bentuk apa, dan dari sudut mana ia harus dibentangkan. Mereka memutuskan siapa yang perlu didengari dan siapa yang tidak perlu didengari. Keunggulan dan luasnya jangkauan televisyen sebagai wahana pengawal budaya moden menjadikan perkara ini lebih benar di zaman kita berbanding di tahun 1940an. Ada sepotong ayat yang menggusarkan kita dalam esei beliau: Di sebahagian besar Dunia Barat, para penentang sosialisme yang paling nekad sekalipun mengambil pengetahuan dari sumber-sumber sosialis bagi subjek-subjek yang maklumat langsungnya tidak mereka miliki. Pembahagian pengetahuan adalah sebahagian daripada pembahagian kerja. Pengetahuan, dan manipulasi pengetahuan, membentuk sebahagian besar jumlah kerja kini. Majoriti manusia kini mencari makan untuk tujuan-tujuan yang pelbagai jenisnya berbanding dalam bidang pembuatan atau pertanian.

117

J a L an Pe R ha M baan

Seorang liberal, atau seorang Whig seperti yang selalu disebut oleh Hayek, tidak mampu untuk membantah analisis seorang sosialis dalam bidang yang dia tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Perkara yang mengganggu kita dalam hujahan Hayek ini ialah bagaimana pemilahan pengetahuan memberikan kelebihan taktikal untuk para sosialis. Pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu sering mendapat faedah daripada campurtangan negara dan, walaupun pandangan mereka ini pada sudut-sudut lainnya amat pro-pasaran, sentiasa bingkas untuk menjelaskan mengapa pasaran tidak dapat berfungsi dalam bidang mereka. Inilah antara sebab mengapa IEA dan lebih 100 buah badan sepertinya ditubuhkan di seluruh dunia. Hayek juga menganggap pembentukan Mont Plerin Society, yang kali pertama bersidang pada tahun 1947, sebagai suatu peluang untuk para pemikir liberal yang sedang bertempur menentang sosialisme bertukar-tukar buah kiran yang dimaksudkan dengan sosialisme ialah semua gagasan yang bertujuan untuk memperkukuh kuasa negara. Ancaman yang ditimbulkan oleh daya-daya pemaksa terhadap tindak sukarela atau spontan membimbangkan Hayek. Pergelutan ini menjadi lebih sulit apabila para perumus dasar menjadi semakin kurang sanggup untuk menyatakan diri mereka secara terang-terangan sebagai sosialis. Ulasan terhadap sebuah buku tentang sosialisme yang muncul di tahun 1885 bermula begini:

118

F R eid R i C h A . H ayek

Sosialisme menjadi hobi hari ini. Pentas dan kajian bergema dengan perkataan itu, dan jalanan serta kelompok perbahasan mencatatnya di pemidang-pemidang mereka.1

Betapa berbeza dengan New Labour kita! Sosialisme telah menjadi perkataan kotor dan tidak disebut dalam manifesto pilihanraya tahun 1997 Labour Party.2 Bagaimanapun, Sosialisme terus hidup dengan mengubah dirinya ke bentuk baru. Syarikat-syarikat milik negara kini tidak disukai orang, tetapi peraturan-peraturan semakin bertambah peraturan kewangan, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan membolehkan negara mengukuhkan kuasanya menerusi caracara lain.

Antara daya tarikan Hayek ialah keramahannya. Beliau murah hati dan bersantun dengan mengakui bahawa kebanyakan sosialis mempunyai niat yang baik. Mereka hanya tidak mampu melihat kekurangan sebenar dalam resepi mereka. Seperti biasa, Hayek mengakhiri tulisannya dengan satu poin yang memihak kepada sosialis: Keberanian mereka untuk menjadi Utopian-lah yang telah membolehkan mereka meraih sokongan para cendekiawan dan justeru itu mempengaruhi pendapat umum. bagi kalangan yang hanya memikirkan perkara-perkara yang tampak praktis dipinggirkan oleh pengaruh pendapat yang meluas.
1 Ulasan terhadap Contemporary Socialism oleh John Rae, Charity Organisation Review, Charity Organisation Society, London, Oktober 1885. 2 New Labour: Because Britain Deserves Better, The Labour Party, London, 1997. Sebaliknya, manifesto ini mengadu: Sistem kerajaan kita telah terpusat, tidak cekap dan birokratik. 119

J a L an Pe R ha M baan

Saya mengusulkan anda untuk menyambut gesaan Hayek agar tidak cuba untuk berkompromi. Soal berkompromi kita boleh serahkan kepada ahli-ahli politik. Perdagangan bebas dan kebebasan peluang adalah ideal-ideal yang masih mampu membangkitkan imaginasi banyak orang, sedangkan kebebasan untuk berdagang pada kadar yang munasabah atau sekadar pelonggaran kawalan bukanlah sesuatu yang terhormat secara kecendekiawanan dan tidak pula mampu untuk merangsang sebarang ghairah. Kebanyakan pembawa kertas ini akan menjadi penjaja idea Hayek. Keangkuhan menjadikan kita semua cenderung untuk percaya bahawa kita adalah pemikir-pemikir asli, tetapi Hayek menjelaskan bahawa kebanyakan kita hanyalah pemancar gagasan-gagasan yang dipinjam daripada para pemikir terdahulu (sebab itu disebut sebagai penjaja, dalam pengertian yang tidak memperlekehkan). Para sarjana ini yang merupakan mata air-mata air gagasan-gagasan baru yang sebenar-benarnya adalah jauh lebih langka daripada yang kita semua andaikan. Bagaimanapun, Hayek mengatakan bahwa kita, dan dunia, dibimbing oleh idea-idea dan bahawa kita hanya mampu mengembangkan batas-batas politik dan dasar kita dengan memanfaatkan idea-idea itu. Pandangannya ini disokong oleh John Maynard Keynes barangkali hanya satu pandangan ini sajalah yang mereka saling setuju. Pada tahun 1936 Keynes telah menutup bukunya yang paling terkenal, The General Theory of Employment, Interest and Money, dengan kata-kata yang bergema ini:

120

F R eid R i C h A . H ayek

... gagasan-gagasan para ahli ekonomi dan lasuf politik, dalam keadaan ketika mereka benar dan ketika mereka salah, adalah lebih berkuasa daripada yang difahami kebanyakan orang. Malah, tidak ada banyak perkara lain yang menentukan dunia ini. Orang yang berpemikiran praktikal, yang percaya bahawa mereka terkecuali daripada sebarang pengaruh intelektual, biasanya menjadi hamba abdi ahli ekonomi yang telah mati ... lambat-laun, idea, bukannya kepentingan peribadi, yang akan menghasilkan sama ada kesan baik mahu pun buruk.1

Sudah tentu, perkara ini benar-benar terjadi terhadap Keynes sendiri yang para pengikutnya telah membuat kacau-bilau ekonomi dunia lama sebelum beliau meninggal dunia. Tetapi ia juga menjadi kenyataan bagi Hayek. Beliau berkesempatan hidup cukup lama untuk melihat sendiri gagasan-gagasannya memasuki arus perdana perbahasan dasar awam. Gagasan-gagasan itu tidak selalu dikaitkan dengan beliau: adakalanya ia disebut sebagai gagasan Thatcherism, adakalanya sebagai liberalisme Adam Smith, adakalanya neo-konservatisme, tetapi tidak kira sama ada namanya disebut atau tidak, dialah yang bertanggungjawab atas kemunculan semula gagasan-gagasan berkenaan. kita menyaksikan sendiri perkara ini di IEA pada tahun 1996 ketika kita menjemput Donald Brash, Gabenor Reserve Bank of New Zealand, untuk menyampaikan Annual Hayek Memorial Lecture yang bergengsi itu atas tajuk New Zealands Remarkable Reforms. Beliau mengaku bahawa walaupun pembaharuanpembaharuan [yang dilaksanakan] New Zealand perisanya amat
1 J. M. Keynes, The General Theory of Employment, Interest and Money, Macmillan, London, hal. 383. 121

J a L an Pe R ha M baan

ke-Hayek-an, kebanyakan para arkiteknya sama sekali tidak mengenal Hayek, dan Brash sendiri tidak pernah membaca barang sepatah pun tulisan Hayek sebelum diminta untuk menyampaikan syarahan tersebut.1 IEA boleh mendakwa bahawa peningkatan kesedaran tentang gagasan-gagasan dan ideal-ideal liberal klasik sebahagiannya adalah berkat daya usahanya. Pengaruh IEA masih sukar untuk diukur, begitu pun jika kita telah menyedarkan sebahagian sarjana muda bahawa paradigma-paradigma atau kesepakatan-kesepakatan sesuatu disiplin itu berkemungkinan cacat, kita boleh mengubah kehidupan sarjana berkenaan selama-lamanya. Jika kita mampu meyakinkan seorang wartawan muda bahawa dia boleh melakukan lebih banyak kebaikan, dan boleh mendapat lebih keseronokan, dengan mengkritik saki-baki warisan sosialis dalam masyarakat kita, kita boleh mengubah kehidupannya. Jika kita mampu membujuk seorang ahli politik muda untuk menggasak unsur-unsur keculasan dengan membasmi peruntukan-peruntukan keistimewaan dan birokrasi, kita boleh mengubah jalan hidup ahli politik itu. IEA meneruskan misinya untuk mengubah cara berkir para cendekiawan. Ini termasuk anda, mungkin.

JOHN BLUNDELL

1 D. T. Brash, New Zealands Remarkable Reforms, Occasional Paper 100, Institute of Econmic Affairs, London, 1996, hal. 17. 122

INTELEkTUAL DAN sOsiALisME


(t E Rj E M a H a N K E atas TH E I N t E L L E Ct Ua L a N D S O C Ia LIs M )

Di semua negara demokratik, di Amerika Syarikat dan lebih-lebih lagi di negara-negara lain, merebak kepercayaan kuat bahawa pengaruh para cendekiawan terhadap politik adalah kecil. Ini kemungkinan benar dari satu sudut, iaitu para cendekiawan tidak mampu untuk mempengaruhi keputusan menerusi pandangan khusus mereka tentang sesuatu perkara semasa, dan mereka tidak mampu mengubah undi popular berkenaan sesuatu persoalan di mana pandangan mereka berlawanan dengan pandangan semasa orang ramai. Bagaimanapun, dalam tempoh lebih panjang, pengaruh mereka di negara-negara berkenaan tidak pernah sebesar yang disaksikan hari ini. Kuasa ini mereka gunakan untuk membentuk pandangan umum. Berdasarkan peristiwa kebelakangan, agak menghairankan apabila kuasa penentu para penjaja idea profesional ini tidak diperakui secara lebih meluas. Perkembangan politik dunia Barat dalam beberapa ratus tahun yang lalu memberikan bukti paling jelas. Sosialisme tidak pernah sama sekali di awalnya menjadi gerakan kelas pekerja. Ia sama sekali bukan penawar yang nyata
123

J a L an Pe R ha M baan

bagi keburukan nyata yang pasti dikehendaki oleh kelas tersebut. Ia adalah bentukan yang dibina oleh juru-juru teori, berdasarkan kecenderungan-kecenderungan pemikiran abstrak tertentu yang, buat masa yang lama, hanya dikenal oleh pada cendekiawan; dan cukup lama para cendekiawan berusaha menempa program [sosialisme] ini sebelum kelas pekerja berjaya dibujuk untuk mengambilnya sebagai program mereka. Di setiap negara yang telah bergerak ke arah sosialisme, fasa pembangunan yang membentuk sosialisme sebagai pengaruh penentu terhadap politik telah didahului dalam jangkamasa sekian banyak tahun oleh tempoh di mana idealideal sosialis memandu pemikiran para cendekiawan yang aktif. Di Jerman, tahap ini telah mencapai penghujungnya pada kurun yang lalu; di England dan Perancis, sekitar zaman Perang Dunia I. Bagi orang yang tidak begitu memperhatikan perkara ini, tampak seolah-olah Amerika Syarikat telah mencapai tahap ini setelah Perang Dunia II dan bahawa daya tarik sistem ekonomi terancang dan berpengarahan kini cukup kuat di kalangan para cendekiawan Amerika sepertimana kuatnya ia di kalangan cendekiawan Jerman dan Inggeris dulu. Pengalaman menunjukkan bahawa sebaik saja fasa ini bermula, hanya masa yang akan menentukan bila pandangan-pandangan yang kini dipegang oleh para cendekiawan akan menjadi kuasa pemandu dalam politik. Sifat proses yang memungkinkan pandangan-pandangan para cendekiawan untuk mempengaruhi politik masa depan dengan itu bukan lagi sekadar persoalan akademik. Ia adalah suatu faktor yang jauh lebih penting daripada yang umumnya difahami, tidak kira sama ada kita hanya ingin menebak atau cuba untuk mempengaruhi jalan sejarah. Perkara yang di mata
124

F R eid R i C h A . H ayek

para pemerhati semasa hanya tampak sebagai pertempuran kepentingan-kepentingan yang saling berlawanan sebenarnya telah diputuskan lama sebelum pertembungan buah kiran terbatas dalam kelompok yang kecil. Bagaimanapun, sesuatu yang paradoks apabila secara umumnya kelompok-kelompok Kiri yang telah berperanan besar menyebarkan kepercayaan bahawa kekuatan angka kepentingan materi yang berlawanan yang menentukan isu-isu politik, sedangkan hakikatnya kelompok-kelompok inilah yang sentiasa dan secara jaya telah bertindak seolah-olah mereka memahami kedudukan utama para cendekiawan. Sama ada secara sengaja atau didesak oleh keadaan, mereka telah sentiasa menumpukan usaha mereka ke arah meraih sokongan golongan elit ini, manakala kelompokkelompok lebih konservatif pula sentiasa, namun secara tidak jaya, bertindak berdasarkan pandangan naif orang ramai dan berhempas-pulas tanpa hasil untuk mencapai dan membujuk individu pengundi.

II

Bagaimanapun, istilah cendekiawan tidak serta-merta memaparkan gambaran sebenar tentang kelas besar yang kita maksudkan ini, manakala hakikat bahawa kita tidak mempunyai nama lebih baik untuk diberikan kepada golongan yang kami sifatkan sebagai penjaja idea ini bukan sebab mengapa kuasa mereka tidak difahami dengan lebih baik. Hatta orang-orang yang menggunakan perkataan cendekiawan sebagai kata untuk memperolok-olok masih cenderung untuk tidak menggunakannya terhadap kalangan yang benar-benar
125

J a L an Pe R ha M baan

menjalankan fungsi kecendekiawanan. Ini tidak melibatkan pemikir asli, sarjana atau pakar dalam sesuatu bidang pemikiran. Cendekiawan kebanyakan tidak perlu memiliki pengetahuan khusus tentang sesuatu, dan dia juga tidak perlu terlalu pintar untuk memainkan peranan sebagai perantara dalam penyebaran gagasan. Dia layak menjalankan kerja sebagai cendekiawan jika dia mampu berbicara atau menulis tentang pelbagai tajuk, dan dia memiliki kedudukan atau tabiat yang membolehkannya mengenal gagasan-gagasan baru lebih cepat daripada khalayaknya. Sukar untuk menyedari seberapa banyak profesionprofesion dan kegiatan-kegiatan yang terangkum dalam kelas ini, betapa skop kegiatannya dalam masyarakat moden sentiasa meningkat, dan betapa kita semakin bergantung kepada kelas ini, kecuali kita mula menyenaraikan semua profesion dan kegiatan mereka. Kelas ini tidak hanya terdiri daripada golongan wartawan, guru, paderi, pensyarah, juruhebah, pengulas radio, penulis cereka, kartunis dan seniman semua mereka yang profesional dalam menyampaikan sesuatu mesej tetapi amatur dalam soal inti bagi perkara yang mereka sampaikan. Termasuk dalam kelas ini juga banyak ahli profesional dan juruteknik seperti saintis dan doktor yang menerusi penglibatan mereka dengan kata-kata bercetak menjadi pengusung gagasan-gagasan baru di luar bidang mereka sendiri dan, justeru kepakaran mereka dalam bidang mereka sendiri, lebih didengar orang berbanding golongan lain. Tidak banyak yang boleh orang kebanyakan ketahui tentang peristiwa-peristiwa dan gagasan-gagasan kecuali menerusi kelas ini; dan hampir semua kita adalah manusia biasa dari segi pengetahuan lain di luar bidang kerja kita yang khusus, justeru untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan
126

F R eid R i C h A . H ayek

kita bergantung pada golongan cendekiawan yang mengambil peranan untuk mengambil tahu tentang pendapat-pendapat terbaru. Cendekiawan dalam pengertian inilah yang memutuskan pandangan dan pendapat mana yang perlu disampaikan kepada kita, fakta-fakta mana yang cukup penting untuk diberitahu kepada kita, dan dalam bentuk serta dari sudut manakah ia harus dibentangkan. Boleh dikatakan merekalah yang memutuskan sama ada kita akan mengetahui atau tidak tentang hasil kerja seseorang pakar atau pemikir asli. Barangkali orang kebanyakan tidak menyedari sepenuhnya sejauh mana reputasi para ilmuan dan sarjana dipopularkan oleh kelas cendekiawan dan sejauh mana mereka terkesan oleh pandangan-pandangan kelas ini. Dalam soal ini, penting untuk disebutkan bahawa setiap sarjana mungkin boleh menyebut beberapa contoh dari bidangnya berkenaan orang-orang yang telah menjadi popular sebagai ilmuan agung semata-mata kerana mereka memiliki pandangan politik yang dianggap oleh para cendekiawan sebagai progresif; tetapi saya belum menemui satu pun contoh di mana reputasi keilmuan yang topengtopengan itu diberikan atas alasan politik kepada seorang sarjana yang condong ke haluan konservatif. Pembentukan reputasi oleh para cendekiawan ini penting khususnya dalam bidang-bidang di mana hasil kajian ilmiahnya tidak digunakan oleh pakar-pakar berpengkhususan yang lain, sebaliknya secara umum bergantung pada keputusan politik orang awam. Tiada gambaran lebih baik bagi perkara ini selain sikap yang diambil oleh para ahli ekonomi profesional berkenaan pertumbuhan doktrin-doktrin seperti sosialisme dan perlindunganisme. Boleh dikatakan tidak pernah ada satu masa pun di mana majoriti ahli ekonomi (iaitu ahli-ahli ekonomi yang diiktiraf di kalangan ahli
127

J a L an Pe R ha M baan

ekonomi sendiri) memihak kepada sosialisme (atau memihak kepada dasar perlindungan). Malah boleh dikatakan bahawa tidak ada kumpulan penuntut dalam sesuatu bidang yang lebih tinggi jumlah anggotanya yang jelas-jelas menentang sosialisme (atau perlindungan) seperti para penuntut dalam bidang ekonomi. Di zaman kebelakangan ini terutamanya, seseorang memilih ekonomi sebagai profesion bukan kerana minat awalnya terhadap rancangan reformasi sosialis. Begitupun, yang diambil dan disebarkan oleh para cendekiawan ialah pendapat minoriti yang sebahagian besarnya mempunyai kedudukan yang meragukan dalam bidang kerja mereka, bukannya pandangan meluas para pakar. Pengaruh para cendekiawan yang menyebar dalam masyarakat semasa ini diperkukuhkan lagi oleh peningkatan kepentingan penyusunan. Kebanyakan orang percaya bahawa peningkatan penyusunan akan meningkatkan pengaruh sesorang pakar atau ahli dalam sesuatu pengkhususan, padahal kepercayaan ini kesasar. Perkara ini mungkin benar bagi seorang pentadbir atau penyusun pakar (kalau memang ada orang-orang sebegini), tetapi tidak benar bagi pakar dalam sebarang bidang pengetahuan. Yang meningkat adalah kuasa seseorang yang pengetahuan umumnya melayakkannya untuk menilai testimoni pakar dan untuk menilai pakar mana yang lebih baik di antara pakar-pakar dari bidang-bidang yang berlainan. Bagaimanapun, poin yang penting bagi kita di sini ialah bahawa sarjana yang menjadi seorang presiden universiti, atau ilmuan yang menerajui sesebuah lembaga atau yayasan, atau sarjana yang menjadi penyunting atai juru promosi bagi sesebuah badan yang mempunyai tujuan yang khusus, semuanya dengan pantas tidak lagi bersikap sebagai sarjana atau pakar,
128

F R eid R i C h A . H ayek

sebaliknya menjadi cendekiawan, iaitu orang yang menilai semua isu bukan menurut meritnya yang khusus, sebaliknya menurut ciri-ciri khusus cendekiawan, berdasarkan sematamata gagasan-gagasan umum tertentu yang sedang menjadi fesyen. Jumlah institusi-institusi sedemikian yang melahirkan para cendekiawan dan meningkatkan angka serta kuasa mereka semakin banyak dari hari ke hari. Hampir semua pakar dalam teknik menyampaikan pengetahuan adalah cendekiawan dan bukannya pakar. Cendekiawan dalam pengertian yang kita sedang gunakan ini adalah fenomena sejarah yang agak baru. Walaupun tiada siapa akan menyesali kenyataan bahawa pendidikan tidak lagi menjadi milik istimewa kelas-kelas berharta, kenyataan bahawa kelas-kelas berharta tidak lagi menjadi kelas paling terdidik dan kenyataan bahawa banyak orang yang mendapat kedudukan semata-mata berkat pendidikan umum mereka tidak memiliki pengalaman berkenaan gerak-kerja sistem ekonomi yang ditawarkan oleh pentadbiran hartabenda adalah penting untuk kita memahami peranan intelektual. Profesor Schumpeter telah memperuntukkan sebuah bab dalam buku beliau, Capitalism, Socialism, and Democracy, untuk menjelaskan sebahagian aspek permasalahan kita ini. Beliau menekankan bahawa ketiadaan tanggungjawab langsung dalam menguruskan hal-ehwal praktikal, serta ketiadaan pengetahuan langsung yang merupakan akibat bagi perkara tersebut, membezakan di antara cendekiawan kebanyakan daripada orang-orang lain yang juga memiliki kuasa bercakap dan menulis. Bagaimanapun, perbincangan kita akan berlarut-larutan jika kita ingin meneliti secara lebih dekat perkembangan kelas ini dan dakwaan meragukan yang kebelakangan ini diajukan
129

J a L an Pe R ha M baan

oleh salah seorang juru teorinya, iaitu bahawa hanya kelas ini yang pandangannya tidak terang-terangan dipengaruhi oleh kepentingan ekonominya sendiri. Salah satu poin penting yang perlu diteliti dalam perbincangan sedemikian ialah sejauh mana pertumbuhan kelas ini telah dirangsang oleh undang-undang hakcipta.1

III

Tidak mengejutkan apabila sarjana atau pakar sebenar dan ahli-ahli perniagaan sering merasa meluat dengan cendekiawan, tidak cenderung untuk mengiktiraf pengaruh mereka, dan kemudian merasa benci apabila menyedari bahawa sebenarnya golongan tersebut berpengaruh. Secara individu, mereka mendapati para cendekiawan ini sebahagian besarnya adalah orang-orang yang tidak memahami apa-apa secara khusus dan mendalam, dan penilaian mereka terhadap perkara-perkara yang mereka sendiri fahami tidak banyak menunjukkan tanda adanya hemah yang istimewa. Tetapi satu kesilapan besar jika alasan ini digunakan untuk memandang rendah pengaruh mereka. Walaupun pengetahuan mereka mungkin kulit-kulitan dan kepintaran mereka pula terbatas, ini tidak mengubah kenyataan bahawa penilaian merekalah yang paling menentukan pandangan mana yang akan digunakan oleh masyarakat
1 Menarik untuk meneliti sejauh mana pandangan yang benar-benar kritis tentang manfaat-manfaat undang-undang hakcipta, atau pengungkapan keraguan tentang kepentingan awam dalam kewujudan satu kelas yang menyara hidupnya dengan menulis buku, memiliki peluang untuk dinyatakan secara umum dalam sebuah masyarakat yang saluran suaranya dikawal oleh pihak yang mempunyai kepentingan peribadi dalam situasi yang ada. 130

F R eid R i C h A . H ayek

untuk bertindak di masa depan yang tidak terlalu jauh. Tidak berlebihan jika dikatakan bahawa sebaik saja sebahagian cendekiawan yang giat telah menerima sesuatu kepercayaan, proses penerimaan umum terhadap kepercayaan ini akan bermula secara hampir automatik dan tidak terbendung. Para cendekiawan ini adalah organ-organ yang telah dibangunkan oleh masyarakat moden untuk menyebarkan pengetahuan dan gagasan, maka keyakinan-keyakinan dan pendapat-pendapat merekalah yang akan berperanan sebagai penapis yang akan menapis semua gagasan-gagasan baru sebelum ia boleh sampai kepada massa. Telah menjadi lumrah dalam bidang kerja cendekiawan bahawa dia mesti menggunakan pengetahuan dan keyakinannya sendiri dalam menjalankan tugas hariannya. Dia memegang kedudukan sebagai cendekiawan kerana dia memiliki, atau dia saban hari terpaksa menangani, pengetahuan yang umumnya tidak dimiliki oleh majikannya. Kegiatan-kegiatannya dengan itu boleh diarahkan oleh pihak lain pada takat tertentu. Hanya kerana para cendekiawan sebahagian besar mereka jujur secara intelektual, tidak hairanlah jika mereka akur dengan keyakinankeyakinan mereka dalam keadaan-keadaan yang memerlukan mereka membuat pertimbangan sendiri dan ketika mereka ingin meluluskan sesuatu dengan tangan-tangan mereka. Malah, dalam soal pengarahan dasar yang berada di tangan ahli-ahli perniagaan yang memiliki pandangan-pandangan yang berlainan, perlaksanaan dasar secara umumnya akan jatuh ke tangan para cendekiawan, dan acapkali keputusan tentang perincian yang menentukan kesan akhirnya. Kita boleh melihat perkara ini dalam hampir semua bidang dalam masyarakat hari ini. Akhbar-akhbar yang dimiliki kapitalis, universiti-universiti
131

J a L an Pe R ha M baan

yang dikuasai oleh lembaga-lembaga pentadbir yang reaksioner, stesen-stesen penyiaran yang dimiliki oleh kerajaan-kerajaan konservatif, semuanya diketahui mempengaruhi pandangan awam ke arah sosialisme, kerana itulah keyakinan kakitangan mereka. Ini telah sering berlaku walaupun, malah barangkali boleh dikatakan ia berlaku kerana, percubaan-percubaan telah dibuat oleh pihak atasan untuk mengawal dan memaksakan prinsip-prinsip ortodoksi. Bukan hanya orang ramai yang mendapat kesan daripada penapisan gagasan-gagasan menerusi keyakinan-keyakinan suatu kelas yang cenderung kepada pandangan-pandangan tertentu ini. Di luar bidang pengkhususannya, seseorang pakar secara umumnya sedikit-sebanyak bergantung terhadap kelas cendekiawan dan tidak sedikit terpengaruh dengan pilihan mereka. Kesannya, pada hari ini di sebahagian besar dunia Barat hatta para penentang sosialisme yang paling nekad sekalipun mengambil pengetahuan dari sumber-sumber sosialis bagi subjek-subjek yang maklumat langsungnya tidak mereka miliki. Kebanyakan praanggapan pemikiran sosialis yang lebih umum tidak mempunyai hubungan yang jelas dengan saranansaranannya yang lebih praktikal; kesannya, banyak orang yang merasa dirinya adalah penentang sistem pemikiran itu ternyata menjadi penyebar gagasan-gagasannya. Siapa yang tidak kenal mana-mana orang kebanyakan yang di dalam bidangnya sendiri menolak sosialisme sebagai serangga perosak tetapi apabila berada di luar bidangnya ia menghamburkan sosialisme seperti seorang wartawan Kiri? Pengaruh para cendekiawan sosialis paling dirasakan sejak beberapa ratus tahun lampau dalam persentuhan antara tamadun-tamadun kebangsaan yang berlainan. Dalam dunia
132

F R eid R i C h A . H ayek

moden, para cendekiawan menawarkan boleh dikatakan satusatunya pendekatan ke arah masyarakat antarabangsa, dan ini adalah satu kenyataan yang amat penting. Rencana ini bukan tempatnya untuk membincangkan sebab dan kepentingan pendekatan tersebut. Bagaimanapun, kenyataan inilah yang dapat menjelaskan mengapa kini kita melihat betapa selama beberapa generasi Barat yang konon kapitalis menghulurkan sokongan moral dan kebendaan secara hampir eksklusif kepada gerakan-gerakan ideologikal di negara-negara timur yang bermatlamat untuk menjejaskan tamadun Barat dan bahawa, pada masa yang sama, maklumat yang diperoleh oleh orang awam di Barat tentang peristiwa-peristiwa di Eropah Tengah dan Eropah Timur sentiasa diwarnai oleh keberpihakan sosialis. Banyak kegiatan pendidikan tentera pendudukan Amerika di Jerman mempamerkan contoh jelas dan terkini terhadap kecenderungan ini.
IV

Justeru itu, yang paling penting ialah pemahaman yang wajar terhadap sebab-sebab yang mendorong begitu banyak cendekiawan ke arah sosialisme. Poin pertama yang perlu dihadapi secara terus-terang ialah bahawa pandanganpandangan para cendekiawan terbabit bukanlah didorong oleh kepentingan peribadi atau niat jahat. Malah, perlu diakui bahawa umumnya cendekiawan kebanyakan pada hari ini lebih berkemungkinan menjadi seorang sosialis jika ia dipandu oleh niat baik dan kepintaran, dan bahawa dari segi hujahan yang sepenuhnya kecendekiawanan dia umumnya akan mampu untuk mengemukakan hujah yang lebih baik berbanding
133

J a L an Pe R ha M baan

sebahagian besar penentangnya yang sedarjat. Jika kita masih menganggapnya bersalah, kita mesti mengakui bahawa kesilapannya itu adalah kesilapan tulen yang mengheret orangorang berniat baik dan pintar yang menempati kedudukankedudukan utama dalam masyarakat kita ke arah perbuatan menyebarkan pandangan-pandangan yang tampak seperti mengancam tamadun kita.1 Tiada yang lebih penting daripada mencuba untuk memahami sumber-sumber kesilapan ini bagi membolehkan kita mendepaninya. Begitupun, kalangan yang secara umum dianggap sebagai wakil tatanan yang ada kini dan yang percaya bahawa mereka memahami bahaya-bahaya sosialisme biasanya amat jauh dari pemahaman sedemikian. Mereka cenderung menganggap para cendekiawan sosialis sebagai sekumpulan radikal tak berguna yang bersikap memandai-mandai tanpa memahami pengaruh mereka dan, lantaran pandangan ini, cenderung membuatkan mereka lebih menentang tatanan sedia ada. Jika kita ingin memahami kecenderungan aneh sebahagian besar cendekiawan, ada dua perkara yang mesti kita perjelaskan. Pertama, mereka umumnya menilai semua persoalan khusus secara eksklusif bersuluhkan gagasan-gagasan umum yang tertentu; kedua, kesilapan yang biasa dilakukan di sebarang zaman biasanya berpunca daripada beberapa kebenaran baru yang ditemuinya, dan ia merupakan penerapan secara salah generalisasi-generalisasi baru yang telah terbukti bernilai
1 Justeru itu bukan (seperti yang diandaikan oleh salah seorang pengulas The Road to Serfdom, Profesor J. Schumpeter) jujur keterlaluan tetapi keyakinan teguh tentang peri penting perkara ini yang membuatkan saya, seperti diungkapkan oleh Profesor Schumpeter, jarang sama sekali menyabitkan kepada penentang-penentang dengan sesuatu yang melampaui kesilapan intelektual. 134

F R eid R i C h A . H ayek

dalam bidang-bidang lain. Setelah mempertimbangkan semua kenyataan ini kita seharusnya sampai kepada kesimpulan bahawa penolakan yang berkesan terhadap kesilapan-kesilapan sedemikian seringnya memerlukan hujah-hujah yang lebih intelektual, dan seringnya hujah-hujah ini bertolak dari poin-poin yang amat abstrak dan kelihatan amat jauh terpisah daripada persoalan-persoalan praktikal. Barangkali ciri yang paling menonjol pada intelektual ialah dia menilai gagasan baru bukan berdasarkan merit gagasan berkaitan tetapi berdasarkan sejauh mana ia bersesuaian dengan pemahamannya sendiri dan sejauh mana ia bersesuaian dengan gambaran dunia yang dianggapnya sebagai moden dan maju. Menerusi pengaruh ke atasnya serta ke atas pendapat-pendapat yang dipilihnya, kuasa gagasan-gagasan berkembang ke arah kebaikan atau kejahatan bersesuaian dengan sifat umumnya, keabstrakannya atau malah kesamarannya. Memandangkan tidak banyak yang diketahuinya tentang isu-isu tertentu, kriteria yang dipakainya ialah ketekalan gagasan-gagasan berkenaan dengan pandangan-pandangannya yang lain serta kesesuaiannya dengan gambaran dunianya. Begitupun, pemilihan gagasan-gagasan baru yang pelbagai ini yang muncul di setiap saat membentuk iklim khusus bagi pendapat, atau Weltanschauung bagi saat itu, yang menjadikan sesetengah pendapat mudah diterima dan sesetengah yang lain sukar diterima dan menjadikan seseorang cendekiawan itu mudah menerima sesuatu rumusan tertentu dan menolak rumusan yang lain tanpa memahami sepenuhnya isu-isu yang berkenaan. Pada beberapa sudut, cendekiawan memang lebih mirip dengan lasuf berbanding dengan pakar dalam sesuatu bidang kerja, manakala lasuf pula dari banyak sudut boleh disifatkan
135

J a L an Pe R ha M baan

sebagai penghulu di kalangan para cendekiawan. Walaupun dia tidak begitu berpengaruh dalam hal-ehwal harian dan lebih sukar dirasai kehadirannya berbanding cendekiawan biasa, dia boleh dikatakan berasal dari bangsa yang sama dan dalam jangkamasa panjang lebih berkuasa berbanding cendekiawan biasa. Mereka sama-sama beriya-iya untuk mencapai sebuah sintesis, cuma bezanya lasuf melakukannya secara lebih teliti. Mereka juga memiliki cara menimbang pendapat-pendapat yang sama, iaitu menimbangnya berdasarkan sejauh mana ia bersesuaian dengan sistem pemikiran yang umum dan bukan berdasarkan merit tertentu bagi sesebuah pandangan, dan mereka juga sama-sama bergelut untuk mencapat sebuah pandangan dunia yang tekal, kerana bagi mereka ia membentuk asas utama bagi menerima atau menolak gagasan-gagasan. Atas sebab ini mungkin lasuf mempunyai pengaruh lebih besar ke atas para cendekiawan berbanding mana-mana sarjana atau ilmuan dan ia lebih berkeupayaan daripada pihak lain untuk menentukan cara para cendekiawan menggunakan fungsi censorship mereka. Ilmuan dalam sesuatu bidang khusus hanya boleh menyaingi pengaruh lasuf apabila dia berhenti bersikap seperti seorang pakar dan mula berfalsafah tentang perkembangan subjeknya dan biasanya hanya setelah pandangannya dikutip oleh para cendekiawan atas sebab-sebab yang tidak begitu berkaitan dengan keupayaan ilmiahnya. Dengan itu, iklim pendapat bagi sesuatu zaman itu pada asasnya adalah seperangkat kefahaman asal yang digunakan oleh cendekiawan untuk menilai kepentingan fakta-fakta dan pendapat-pendapat baru. Kefahaman-kefahaman asal ini sebahagian besarnya berasal daripada penerapan perkaraperkara yang tampak baginya merupakan aspek-aspek yang
136

F R eid R i C h A . H ayek

paling penting bagi pencapaian saintik, sebuah peralihan ke bidang lain hasil kerja seseorang pakar yang paling menambat hatinya. Kita boleh menyenaraikan banyak gaya atau kata-kata kunci kecendekiawanan sedemikian yang telah mendominasi pemikiran para cendekiawan selama dua-tiga generasi. Sama ada pendekatan kesejarahan atau teori evolusi, determinisme kurun kesembilan belas dan kepercayaan terhadap pengaruh persekitaran yang serba meliputi berbanding kepercayaan terhadap unsur-unsur warisan, teori relativiti atau kepercayaan terhadap kuasa unsur bawah sedar setiap satu kefahaman umum ini telah dijadikan kayu ukur untuk menguji inovasi-inovasi dalam bidang-bidang berlainan. Tampak seolah-olah semakin kurang jelas atau tepat (atau semakin kurang difahami) sesuatu gagasan itu, semakin besar pula pengaruhnya. Adakalanya tanggapan samar yang tidak disusun dengan kata-kata yang baik yang lebih besar pula pengaruhnya. Perkembangan politik telah cukup banyak dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan bahawa dalam soal kemasyarakatan kawalan atau penyusunan secara sedar sentiasa lebih baik daripada hasil-hasil proses spontan yang tidak diarahkan oleh akal manusia, atau bahawa sebarang tatanan yang berasaskan sebuah pelan yang dirangka terlebih dahulu sudah pasti lebih baik daripada tatanan yang dibentuk oleh penyeimbangan daya-daya kuasa yang saling bertentangan. Perbezaan yang tampak di antara mereka hanyalah pada peranan para cendekiawan dalam soal pembangunan gagasan sosial. Dalam soal ini tercerminlah kecenderungan mereka pada semboyan-semboyan kolot yang abstrak, pada kegiatan merasionalkan dan mempromosikan secara ekstrem cita-cita tertentu yang terbit daripada pergaulan biasa di kalangan
137

J a L an Pe R ha M baan

manusia. Memandangkan demokrasi adalah perkara yang baik, semakin jauh prinsip demokratik boleh digunapakai, semakin ia tampak molek di mata mereka. Gagasan umum paling berpengaruh yang telah membentuk perkembangan politik di masa kebelakangan ini ialah gagasan kesetaraan kebendaan. Gagasan ini bukan merupakan keyakinan moral yang tumbuh secara spontan dan terlebih dahulu diterapkan dalam hubungan di antara para individu tertentu, sebaliknya ia adalah sebuah bentukan akaliah yang asalnya lahir daripada gagasan abstrak yang maknanya meragukan atau yang diterapkan dalam keadaan-keadaan khusus. Begitupun, ia telah dijadikan sebagai prinsip pilihan oleh aliran-aliran dasar sosial alternatif dan memberikan tekanan berterusan ke arah pengujudan tata sosial yang tidak difahami secara jelas oleh sesiapa pun. Konon ada langkah tertentu yang boleh membawa kepada kesetaraan yang lebih baik, dan sangkaan ini dianggap sebagai saranan yang begitu mantap sehinggakan perkara-perkara lain tidak dipertimbangkan. Memandangkan bagi setiap satu isu khusus aspek ini yang diyakini secara mutlak oleh kalangan yang memimpin pendapat umum, maka kesetaraan telah lebih menentukan perubahan sosial melampaui keinginan sebenar para pendukungnya. Bagaimanapun, bukan hanya ideal-ideal moral yang bergerak dengan cara ini. Adakalanya sikap para cendekiawan terhadap masalah-masalah tatanan sosial terbentuk sebagai kesan daripada kemajuan dalam pengetahuan yang sepenuhnya ilmiah, dan dalam keadaan-keadaan sebeginilah pandanganpandangan mereka yang kesasar tentang persoalan-persoalan tertentu tampak seakan-akan memiliki gengsi seperti sebuah pencapaian ilmiah terkini. Jadi tidak mengejutkan apabila
138

F R eid R i C h A . H ayek

kemajuan yang tulen dalam bidang pengetahuan adakalanya menjadi punca bagi kesilapan baru. Jika tiada rumusan yang salah dibuat daripada generalisasi-generalisasi baru, akhirnya ia akan menjadi kebenaran mutlak yang tidak lagi akan disemak semula. Walaupun lazimnya generalisasi baru sedemikian hanya cuma berkongsi kesan-kesan silap yang boleh dirumuskan daripadanya dengan pandangan-pandangan yang dianuti sebelum itu, dan justeru itu tidak membawa kepada kesilapan baru, agak berkemungkinan bahawa sebuah teori baru akan menghasilkan rumusan-rumusan baru yang lain yang kemudiannya akan terbukti kesasar. Tetapi dalam keadaan sedemikian sebuah kepercayaan yang silap akan tampil bersama dengan gengsi pengetahuan ilmiah terbaru yang menyokongnya. Walaupun dalam bidang tertentu yang menjadi bidang terapan bagi kepercayaan ini semua bukti ilmiah kelihatan berlawanan dengannya, di depan tribunal para cendekiawan dan bersuluhkan gagasan-gagasan yang memandu pemikiran mereka, ia akan dipilih sebagai pandangan yang terbaik berdasarkan semangat zaman. Justeru itu nanti para ahli dalam bidangnya yang akan mencapai kemasyhuran di mata umum dan meraih pengaruh besar bukanlah dari kalangan yang diiktiraf oleh rakan-rakan yang sebidang dengan mereka, sebaliknya dari kalangan yang dianggap oleh para pakar sebagai orang aneh, amatur, atau bahkan penyamar yang di mata orang awam merupakan ahli dalam subjek yang mereka perkatakan. Secara khusus, tidak dapat diragui bahawa cara manusia belajar mengatur daya-daya alamiah sejak ratusan tahun lampau telah membuatkan mereka percaya bahawa mereka boleh menggunakan cara yang sama untuk mengawal daya-daya
139

J a L an Pe R ha M baan

dalam masyarakat untuk memperbaiki keadaan manusia. Faktor ini, ditambah dengan penerapan taknik-teknik kejuruteraan, menyebabkan orang menyangka bahawa semua bentuk kegiatan manusia juga boleh diatur dalam satu rancangan yang koheren sepertimana pelbagai jenis gerak kerja kejuruteraan dirancang untuk menghasilkan kejayaan dalam bidang sains semulajadi. Perlu diakui bahawa sememangnya hujah-hujah yang mantap diperlukan untuk mematahkan kesimpulan sedemikian dan setakat ini hujah-hujah yang telah dikemukakan belum memadai. Tidak memadai jika kita hanya menyebut tentang kecacatan-kecacatan saranan-saranan tertentu berasaskan penaakulan jenis ini. Hujah yang salah tidak akan dapat dipatahkan sehinggalah kita berjaya menunjukkan secara tuntas bahawa cara-cara yang berkesan dalam begitu banyak bidang lain mempunyai batas bagi kegunaannya dan ia akan memudaratkan jika digunakan di luar batas-batas ini. Inilah tugas yang belum lagi dilaksanakan secara memuaskan hari dan yang perlu dicapai sebelum kecenderungan ke arah sosialisme dapat dibasmi. Sudah tentu ini hanya merupakan salah satu keadaan daripada sekian banyak keadaan di mana kemajuan akaliah diperlukan untuk membasmi gagasan-gagasan yang memudaratkan dan di mana jalan yang harus kita ambil ditentukan terutamanya menerusi perbincangan persoalanpersoalan yang amat abstrak. Tidak cukup untuk ahli-ahli sesuatu bidang itu merasa pasti, berdasarkan pengetahuannya tentang suatu bidang tertentu, bahawa teori-teori sosialisme yang dihasilkan daripada gagasan-gagasan lebih umum akan terbukti tidak praktikal. Mungkin nanti dia ternyata benar, begitupun akan menjadi sulit untuk dia bertahan dan akibat140

F R eid R i C h A . H ayek

akibat buruk akan terhasil jika dia tidak disokong dengan hujahhujah pembantah yang berkesan terhadap gagasan-gagasan asas. Selagi hujah umum masih dapat dipergunakan, bantahanbantahan yang sahih terhadap isu tertentu akan diketepikan.

Bagaimanapun, ceritanya tidak sampai di sini saja. Faktor-faktor yang mengangkat sebahagian orang sebagai cendekiawan beroperasi dalam arah yang sama dan membantu menjelaskan mengapa begitu banyak cendekiawan condong ke arah sosialisme. Barang pasti bahawa banyak berlaku perbezaan pendapat di kalangan cendekiawan sepertimana ia banyak berlaku di kalangan kelompok lain; namun tampak bahawa dalam kelompok ini secara umumnya kalangan yang lebih giat, pintar, dan tulen yang paling kerap condong ke arah sosialisme, sedangkan para penentangnya acapkali dari kalangan yang kurang berkaliber. Perkara ini paling jelas di peringkat awal penyusupan gagasan-gagasan sosialis; setelah itu, walaupun ketika itu di luar kelompok cendekiawan orang lain memerlukan keberanian untuk menyatakan secara terbuka keberpihakannya terhadap sosialis, tekanan pendapat di kalangan cendekiawan yang memihak kepada sosialisme begitu kuat sehingga sukar untuk seseorang bertahan daripada turut menganuti faham yang dianggap sebagai pandangan moden itu. Misalnya, orang-orang yang mengenal fakulti-fakulti di universiti (dari sudut pandang ini sebahagian besar pengajar di universiti mungkin harus dikelaskan sebagai cenekiawan dan bukannya pakar) pasti melihat bahawa kebanyakan
141

J a L an Pe R ha M baan

pengajar yang paling cerdik dan berjaya di hari ini amat berkemungkinan adalah sosialis, manakala orang-orang yang menganut pandangan politik yang konservatif pula dianggap sebagai orang-orang yang serba sederhana pencapaiannya. Hal ini menjadi salah satu faktor penting yang mendorong generasi muda ke dalam kem sosialis. Sudah tentu sosialis akan melihat hakikat ini sebagai bukti bahawa orang yang cerdik di hari ini pasti menjadi seorang sosialis. Tetapi hal ini bukan sama sekali yang semestinya, malah ia tidak boleh dianggap sebagai penjelasan yang paling mungkin. Keadaan ini mungkin terhasil kerana bagi orang yang amat berkemampuan yang menerima tatanan masyarakat sedia ada, terdapat pelbagai laluan untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa, manakala bagi orang yang tidak berpuas hati dengan tatanan yang ada kerjaya sebagai seorang intelektual menjadi jalan paling menjanjikan untuk meraih pengaruh dan kuasa yang dapat membawa kepada tercapainya ideal-idealnya. Lebih daripada itu: orang yang cenderung kepada konservatisme dan mempunyai keupayaan kelas satu secara umumnya memilih kerja intelektual (dan mengorbankan habuan kebendaan lantaran memilih jalan ini) semata-mata kerana dia menikmati kerja berkenaan. Walhasil, dia lebih berkemungkinan menjadi seorang sarjana pakar dan bukannya seorang cendekiawan dalam pengertian yang khusus; sedangkan bagi orang-orang yang berpemikiran radikal lebih sering melihat jalan intelektual sebagai wahana dan bukan sebagai tujuan, serta sebagai jalan untuk meraih pengaruh besar sama seperti cendekiawan profesional. Justeru itu, mungkin hakikat sebenarnya bukanlah bahawa orangorang pintar kebanyakannya sosialis, tetapi bahawa lebih
142

F R eid R i C h A . H ayek

banyak sosialis yang mempunyai otak terbaik mengabdikan diri mereka di jalan intelektual yang membolehkan mereka meraih pengaruh besar terhadap pembentukan pendapat awam dalam masyarakat moden.1 Pemilihan ahli-ahli kelompok cendekiawan juga berkaitan dengan minat meluas yang mereka tunjukkan terhadap gagasan-gagasan umum dan abstrak. Cendekiawan lebih berselera terhadap andaian bahawa masyarakat adalah mungkin dapat dibentuk semula sepenuhnya berbanding terhadap pertimbangan-pertimbangan yang lebih praktikal dan bersifat jangka pendek yang dipakai oleh kalangan yang mensasarkan pembaikan secara berdikit-dikit ke atas tatanan sedia ada. Secara lebih tepat, orang muda lebih tertarik kepada pemikiran sosialis lantaran cirinya yang berwawasan; dari segi ini, keberanian untuk bergelumang dalam pemikiran Utopian menjadi sumber kekuatan para sosialis, sedangkan liberalisme malangnya kekurangan dalam soal ini. Perbezaan ini memberi kelebihan kepada sosialisme, bukan hanya kerana spekulasi tentang prinsip-prinsip umum membuka peluang untuk kalangan yang tidak terkekang oleh fakta-fakta tentang kehidupan hari ini untuk berimaginasi, tetapi juga kerana ia memuaskan
1 Berkaitan hal ini, ada satu lagi fenomena yang biasa kita lihat: tidak ada banyak sebab untuk kita percaya bahawa orang Yahudi lebih berkemampuan menghasilkan karya asli intelektual kelas satu berbanding orang bukan Yahudi. Begitupun, sukar disangkal bahawa banyak orang Yahudi di hampir semua menjadi cendekiawan dalam pengertian yang kita bincangkan, iaitu sebagai pentafsir profesional bagi gagasan-gagasan. Mungkin ini keistimewaan mereka, tetapi suatu yang pasti ialah bahawa peluang terbuka untuk mereka di bidang ini di negara-negara yang prasangka telah menghalang mereka daripada bergiat dalam bidang lain. Mereka kelihatan lebih terbuka kepada gagasan-gagasan sosialis berbanding kaum lain mungkin kerana sebahagian besar kaum cendekiawan terdiri dari kalangan mereka dan bukan sangat kerana sebab-sebab lain. 143

J a L an Pe R ha M baan

keinginan yang absah untuk memahami asas rasional bagi sebarang tatanan sosial dan memberikan ruang untuk mereka menyalurkan desakan konstruktif tersebut, sedangkan tidak banyak saluran yang terbuka untuk itu dalam liberalisme yang telah mencapai kejayaan-kejayaan besar. Cendekiawan, dengan segenap kecenderungannya, tidak berminat dalam perincianperincian teknikal atau kesulitan-kesulitan amali. Dia lebih tertarik dengan wawasan-wawasan umum dan pemahaman yang kesasar tentang tatanan sosial yang dijanjikan oleh sistem yang terancang. Hakikat bahawa selera cendekiawan ini lebih dapat dipenuhi oleh spekulasi-spekulasi para sosialis terbukti meranapkan pengaruh tradisi liberal. Sebaik saja tuntutan-tuntutan asas program-program liberal tampak telah terpenuhi, para pemikir liberal beralih kepada permasalahan-permasalahan terperinci dan cenderung mengabaikan pembangunan falsafah umum liberalisme. Akibatnya, persoalan tersebut tidak lagi menjadi persoalan kehidupan yang menawarkan ruang lingkup untuk spekulasi umum. Justeru itu, selama lebih setengah kurun hanya puak sosialis yang menawarkan program pembangunan sosial yang terperinci, selain gambaran tentang masyarakat masa depan yang mereka idamkan, serta seperangkat prinsip-prinsip umum untuk memandu pembuatan keputusan bagi isu-isu tertentu. Walaupun ideal-ideal mereka mengandungi kontradiksikontradiksi dan sebarang percubaan untuk menerapkan idealideal itu pula sentiasa menghasilkan sesuatu yang sepenuhnya berlainan daripada yang mereka harapkan, ia tidak mengubah hakikat bahawa program ke arah perubahan mereka adalah satu-satunya program yang masih mempengaruhi pembangunan lembaga-lembaga sosial. Justeru hanya mereka kumpulan
144

F R eid R i C h A . H ayek

besar yang menawarkan falsafah umum bagi dasar sosial dan menawarkan satu-satunya sistem atau teori yang mengungkit permasalahan baru dan membuka ufuk pandang baru, maka mereka berjaya menyemarakkan imaginasi para cendekiawan. Pembangunan masyarakat yang sebenar dalam zaman ini ditentukan bukan oleh pertempuran di antara ideal-ideal yang saling bertembungan, sebaliknya oleh perbezaan di antara keadaan semasa dan sebuah ideal tentang masyarakat masa depan yang ditonjolkan kepada orang ramai hanya oleh para sosialis. Program-program bukan sosialis tidak banyak yang mengemukakan alternatif-alternatif tulen. Sebahagian besarnya hanyalah bersifat kompromi atau gagasan separuh masak di antara jenis sosialisme yang lebih ekstrem dan tatanan sedia ada. Untuk membuatkan hampir setiap satu saranan sosialis tampak munasabah di minda orang-orang bijak yang meyakini bahawa kebenaran berada di tengah-tengah di antara dua ekstrem, cukup jika ada seseorang menganjurkan saranan yang sedikit lebih ekstrem. Tampak seolah-olah hanya ada satu arah yang boleh kita tuju, dan tampak seolah-olah satu-satunya persoalan yang penting ialah secepat mana dan sejauh mana pergerakan itu boleh berlangsung.
VI

Kita akan melihat dengan lebih jelas sejauh mana kepentingan daya tarikan sosialisme terhadap para cendekiawan yang dihasilkan daripada sifat spekulatifnya jika kita membandingkan dengan lebih lanjut kedudukan juruteori sosialis dengan kedudukan juruteori liberal (dalam pengertian asalnya). Perbandingan ini akan membolehkan kita meraih apa
145

J a L an Pe R ha M baan

saja pengajaran yang boleh didapati daripada apresiasi yang memadai terhadap daya-daya akaliah yang sedang menggoncang asas-asas sesebuah masyarakat bebas. Sesuatu yang cukup paradoks apabila didapati bahawa salah satu kekurangan yang menyebabkan pemikir liberal tidak meraih pengaruh popular ada kaitan rapat dengan kenyataan bahawa, sebelum sosialisme muncul secara ketara, pemikir liberal mempunyai lebih banyak peluang untuk mempengaruhi keputusan-keputusan berkaitan dasar semasa secara langsung dan bahawa kesannya dia bukan saja tidak terdorong untuk membuat spekulasi jangka panjang yang menjadi kekuatan para sosialis, malah dia tidak digalakkan untuk melakukannya kerana tindakan-tindakan sejenis itu berkemungkinan akan mengurangkan kebaikan yang dapat dicapainya dalam tempoh terdekat. Dia memiliki kuasa untuk mempengaruhi keputusankeputusan praktikal, tetapi kuasa itu berada di tangannya justeru hubungan baiknya dengan para wakil bagi tatanan yang ada, dan hubungan baik ini akan terjejas jika dia mencurahkan tenaganya untuk membuat spekulasi yang dapat memikat para cendekiawan dan yang menerusi mereka dapat mempengaruhi perkembangan dalam jangkamasa panjang. Untuk mengekalkan hubungan baik dengan pemegang kekuasaan, dia perlu bersikap praktikal, wajar dan realistik. Selagi dia hanya menangani persoalan-persoalan jangka pendek, dia akan mengekalkan pengaruh, hasil kebendaan, dan populariti di kalangan mereka yang berkongsi pandangan umum dengannya pada takat tertentu. Tetapi kalangan ini tidak menghargai spekulasi-spekulasi ke atas prinsip-prinsip umum yang membentuk iklim kecendekiawanan. Sememangnya jika dia bersungguh-sungguh bergelumang dalam spekulasi jangka panjang, dia segera dianggap sebagai tidak
146

F R eid R i C h A . H ayek

waras atau malah separa-sosialis kerana dia tidak sanggup untuk mensabitkan tatanan sedia ada dengan sistem bebas yang menjadi matlamatnya.1 Di sebalik semua ini, jika dia meneruskan usaha-usahanya ke arah spekulasi umum, dia akan segera mendapati bahawa tidak selamat untuknya terlalu rapat bersekongkol dengan kalangan yang tampak berkongsi sebahagian besar keyakinannya, dan dia akan segera dipencilkan. Sememangnya tidak banyak tugas lain yang lebih memeritkan di masa kini berbanding tugas asasi untuk membangunkan asas falsa yang harus dijadikan asas untuk mengembangkan lebih lanjut masyarakat bebas. Memandangkan orang yang menjalankan tugas ini terpaksa menerima banyak kerangka kerja tatanan sedia ada, dia akan tampak di mata para cendekiawan yang lebih berminda spekulatif sebagai cuma seorang apologis bacul yang memperakui perkara-perkara seadanya; pada masa yang sama dia akan diperlekehkan oleh para penggerak urusan praktikal sebagai seorang juruteori yang tidak berjejak ke bumi. Dia akan dianggap sebagai tidak cukup radikal oleh kalangan yang hanya mengenal dunia yang ramah terhadap kepelbagaian pemikiran, dan dianggap sebagai terlalu radikal oleh kalangan yang melihat dunia dengan cara sebaliknya.
1 Salah satu contoh terkini yang menonjol bagi tempelakan sedemikian yang menuduh karya liberal yang tidak ortodoks sebagai sosialis boleh dilihat pada beberapa komen terhadap buku Henry Simon, Economic Policy for a Free Society (1948). Kita tidak perlu bersetuju dengan seluruh karya ini dan malah boleh menganggap sebahagian saranan yang dikemukakannya sebagai tidak selari dengan masyarakat bebas, namun pada masa yang sama kita tetap boleh mengiktirafnya sebagai salah satu sumbangan terpenting di masa kini bagi menanggapi permasalahan kita, dan sebagai sejenis karya yang diperlukan untuk memicu perbincangan tentang persoalan-persoalan asasi. Malah, kalangan yang keras membantah sebahagian saranan dalam karya tersebut boleh mengalu-alukannya sebagai suatu sumbangan yang secara jelas dan berani membangkitkan permasalahan utama di zaman kita. 147

J a L an Pe R ha M baan

Jika dia mengambil sokongan daripada para penggerak urusan praktikal, hampir pasti dia akan berkerat rotan dengan kalangan yang bergantung padanya untuk menyebarkan gagasangagasan. Pada masa yang sama, dia perlu dengan penuh hatihati mengelak daripada segala sesuatu yang mirip kepada sifat berlebih-lebih atau keterlaluan. Kita tidak mengenal seorang pun juruteori sosialis yang jatuh maruahnya di mata sekutusekutunya walaupun dia mengemukakan saranan yang paling tolol, sedangkan juruteori liberal akan mengundang kecelakaan jika dia mengemukakan saranan yang tidak praktikal. Namun, bagi para cendekiawan dia masih tidak cukup spekulatif atau berani, dan perubahan-perubahan serta pembaikan-pembaikan ke atas struktur sosial yang ditawarkannya akan dilihat terbatas berbanding yang dapat dibayangkan oleh imaginasi mereka yang kurang terkekang. Sekurang-kurangnya dalam sebuah masyarakat yang telah memenuhi syarat-syarat utama kebebasan dan pembaikan selanjutnya berkait dengan perincian, program liberal tidak mampu untuk mencipta gah dengan cara membuat ciptaan baru. Untuk memahami pembaikan yang perlu dilakukannya diperlukan lebih banyak pengetahuan tentang cara masyarakat sedia ada berfungsi, dan keupayaan ini tidak dimiliki oleh cendekiawan kebanyakan. Perbincangan tentang pembaikan-pembaikan ini perlu dijalankan pada tingkat lebih praktikal berbanding program-program yang revolusioner, dengan itu ia menghasilkan riak yang tidak begitu memikat cendekiawan dan cenderung membawa masuk unsur-unsur kepada kalangan mereka yang dirasakannya berseteru secara langsung. Kalangan yang paling memahami gerak masyarakat semasa juga biasanya berminat untuk memelihara ciri-ciri tertentu pada masyarakat berkenaan
148

F R eid R i C h A . H ayek

yang mungkin tidak dapat dipertahankan dengan prinsip-prinsip umum. Tidak seperti orang yang ingin membentuk tatanan masa depan yang sepenuhnya baru dan secara lumrah mendapatkan pedoman juruteori, orang yang percaya terhadap tatanan sedia ada juga biasanya merasa bahawa mereka memahami masyarakat secara lebih baik berbanding mana-mana juruteori dan dengan itu berkemungkinan untuk menolak apa saja yang tidak dikenalnya dan yang bersifat teori. Kesulitan untuk menemukan sokongan yang tulen dan tulus terhadap sebuah dasar yang sistematik ke arah kebebasan bukan perkara baru. Sebuah ungkapan selalu mengingatkan saya. Lama dulu Lord Acton menjelaskan betapa:
di setiap masa pendukung-pendukung kebebasan yang tulus adalah langka, dan kemenangan-kemenangannya tercapai berkat golongan minoriti yang mencapai kejayaan dengan bersekongkol bersama bala bantuan yang tujuan-tujuannya berlainan daripada tujuan mereka sendiri; dan persekongkolan ini, yang sentiasa berbahaya, adakalanya mengundang bencana, kerana ia memberi sebab kepada para penentang untuk membangkang...1

Baru-baru ini, salah seorang ahli ekonomi Amerika terkemuka telah mengadu dalam nada yang sama bahawa tugas utama kalangan yang percaya kepada prinsip-prinsip asas sistem kapitalis harus sering membela sistem ini daripada para kapitalis sendiri malah kenyataan ini sentiasa disedari oleh para ahli ekonomi liberal yang agung bermula dari Adam Smith sampai kepada ahli-ahli ekonomi liberal sekarang.
1 Acton, The History of Freedom, London, 1922. 149

J a L an Pe R ha M baan

Rintangan terbesar yang memisahkan para penggerak urusan praktikal daripada kalangan yang tulus hati mempertahankan kebebasan di depan daya-daya yang di ruang idea memutuskan jalan pembangunan ialah kecurigaan besar mereka terhadap spekulasi keteorian dan kecenderungan mereka terhadap ortodoksi; perkara ini yang paling membentuk rintangan yang hampir tidak dapat dilepasi dilintasi di antara mereka dan para cendekiawan yang setia terhadap tujuan yang sama dan para cendekiawan yang bantuan mereka tidak dapat tidak diperlukan untuk membolehkan tujuan berkenaan dicapai. Walaupun kecenderungan ini barangkali sesuatu yang lumrah di kalangan orang yang mempertahankan sesuatu sistem kerana ia telah terbukti benar dalam pengalaman, bagi bagi kalangan yang justikasi akaliahnya tampak tidak penting, ia membahayakan kerana tidak mendapat sokongan yang amat diperlukannya. Apa saja jenis ortodoksi, sebarang anggapan bahawa sesebuah sistem gagasan itu adalah mutlak dan mesti diterima seluruhnya tanpa soal, adalah satu pandangan yang pasti dipandang secara berseteru oleh semua cendekiawan, tidak kira apa pandangan mereka tentang sesuatu persoalan tertentu. Sebarang sistem yang menilai manusia berdasarkan sejauh mana dia sepenuhnya patuh kepada seperangkat pandangan yang tetap, berdasarkan kewarasan mereka atau sejauh mana mereka boleh diharapkan untuk menjunjung pandanganpandangan yang telah disahkan dalam setiap hal, tidak akan mendapat sokongan yang tanpanya tiada kelompok gagasan dapat mengekalkan pengaruhnya dalam masyarakat moden. Keupayaan untuk mengkritik pandangan-pandangan yang telah diterima, untuk meneroka sudut-sudut pandang baru, dan untuk bereksperimen dengan konsep-konsep baru, membuka
150

F R eid R i C h A . H ayek

persekitaran yang tanpanya cendekiawan tidak mampu bernafas. Matlamat yang tidak membuka ruang lingkup untuk sifat-sifat ini tidak akan mendapat sokongan cendekiawan. Sedangkan matlamat itu pasti akan punah dalam sebarang masyarakat yang bergantung kepada para cendekiawan seperti juga masyarakat kita.

VII

Boleh jadi masyarakat bebas yang kita kenal sekarang mengandung dalam dirinya daya-daya yang dapat memusnahkan dirinya sendiri, iaitu apabila sebaik saja kebebasan telah dicapai ia diterima seadanya dan tidak lagi dihargai, dan apabila pertumbuhan gagasan secara bebas yang menjadi inti sesebuah masyarakat bebas membawa kemusnahan terhadap asas-asas yang menjadi tempat ia bergantung. Sukar disangkal bahawa di negara seperti Amerika Syarikat citra unggul kebebasan pada hari ini tidak mempunyai daya pikat yang kuat terhadap generasi muda berbanding di negaranegara yang warganya telah belajar erti kehilangannya. Di satu sudut lain, terdapat banyak tanda bahawa di Jerman dan di tempat-tempat lain, bagi orang muda yang tidak pernah mengenal masyarakat bebas, tugas membina masyarakat bebas adalah tugas yang mengujakan dan menarik seperti manamana skim sosialis yang telah muncul dalam kurun yang lalu. Sesuatu yang menakjubkan, seperti yang dialami oleh banyak pelawat, apabila bercakap di depan pelajar-pelajar Jerman tentang prinsip-prinsip masyarakat bebas kita disambut secara responsif dan malah bersemangat berbanding di depan pelajar151

J a L an Pe R ha M baan

pelajar di mana-mana negara pengamal demokrasi di Barat. Di Britain juga kita melihat telah muncul minat baru di kalangan orang muda terhadap prinsip-prinsip liberalisme yang tulen, sedangkan minat ini tidak wujud beberapa tahun lalu. Apakah ini bermakna kebebasan hanya dihargai apabila ia telah lesap? Apakah ini bermakna dunia mesti menempuh fasa gelap totalitarianisme sosialis sebelum daya-daya kebebasan dapat mengerah kembali kekuatannya? Mungkin begitu, tetapi saya harap tak perlulah terjadi sampai sedemikian. Meskipun begitu, selagi golongan yang menentukan pendapat awam dalam jangkamasa panjang terus-menerus tertarik dengan idealideal sosialisme, trend ini akan berterusan. Untuk menghindari perkembangan sedemikian, kita mesti menawarkan program liberal yang baru yang dapat memikat imaginasi. Kita mesti sekali lagi menjadikan usaha pembinaan masyarakat bebas sebagai sebuah kembara intelektual, sebuah gerak keberanian. Kita tidak mempunyai Utopia liberal, sebuah program yang tidak tampak hanya sebagai pembelaan terhadap perkaraperkara yang telah sedia wujud dan tidak pula tampak sebagai sejenis sosialisme saduran, sebaliknya sebuah radikalisme yang benar-benar liberal yang tidak mudah gentar berdepan dengan sensitiviti pihak yang perkasa (termasuk kesatuankesatuan sekerja), yang tidak terlalu praktikal, dan yang tidak membataskan dirinya terhadap perkara-perkara yang tampak pada hari ini sebagai mungkin secara politik. Kita memerlukan peneraju-peneraju cendekiawan yang bersedia untuk menahan diri di depan bujukan kekuasaan dan pengaruh dan yang sanggup bekerja demi sebuah ideal, tidak kira betapa kecil prospek realisasinya di peringkat awal. Mesti ada orang-orang yang sanggup untuk berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan
152

F R eid R i C h A . H ayek

sanggup berjuang untuk melaksanakan sepenuhnya prinsipprinsip berkenaan, tidak kira berapa lama masa diperlukan. Biar ahli-ahli politik saja yang membuat kompromi praktikal. Kebebasan dagang dan kebebasan peluang adalah ideal-ideal yang masih mampu merangsang imaginasi banyak orang, sedangkan kebebasan dagang yang munasabah atau hanya pelonggaran kawalan tidak terhormat secara intelektual dan tidak pula berkemungkinan untuk menyemarakkan semangat. Pengajaran utama yang perlu diambil daripada kejayaan para sosialis ialah bahawa keberanian mereka untuk menjadi penjunjung Utopia yang telah membolehkan mereka meraih sokongan para cendekiawan dan seterusnya mempengaruhi pendapat umum yang setiap hari memungkinkan perkara-perkara yang sebelum ini tampak tidak mungkin. Orang-orang yang hanya memperhatikan perkara-perkara yang tampak praktikal dalam suasana pendapat yang sedia ada sentiasa menyedari kemudiannya bahawa perkara-perkara itu pun sedang segera menjadi mustahil secara politik lantaran perubahan-perubahan pada pendapat awam yang tidak mereka cuba pimpin. Masa depan kebebasan sememangnya gelap, melainkan kita mampu untuk sekali lagi mengangkat persoalan asas-asas falsa bagi sebuah masyarakat bebas sebagai sebuah persoalan intelektual yang hidup. Tetapi jika kita mampu memulihkan semula kepercayaan terhadap kuasa idea yang suatu ketika dulu adalah penanda bagi keunggulan liberalisme, maka masih ada harapan. Kebangkitan semula liberalisme secara kecendekiawanan sedang bermula di banyak bahagian dunia. Apakah ia akan bangkit pada masa yang tepat?

153

Penubuhan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) diilhamkan oleh wawasan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama Malaysia. IDEAS berkongsi wawasan yang sama dengan Tunku yang disebutkan beliau dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957, iaitu negara ini seharusnya:
menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

IDEAS adalah badan pemikir Malaysia pertama yang memberikan tumpuan terhadap usaha mempromosikan penyelesaian-penyelesaian berasaskan pasaran untuk persoalan-persoalan dasar awam. Badan ini dilancarkan secara rasmi pada 8 Februari 2010, bersempena sambutan hari lahir Almarhum Tunku Abdul Rahman yang ke-107, oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur, dalam acara yang diserikan dengan kehadiran anggotaanggota keluarga Almarhum Tunku daripada tiga generasi. IDEAS adalah sebuah badan bebas yang tidak berorientasikan laba. Sebagai sebuah badan pemikir, kami bekerjasama dengan semua parti politik. Matlamat kami ialah untuk mengembangkan prinsip-prinsip berasaskan pasaran, justeru itu kami tidak terikat dengan mana-mana parti politik, kaum atau agama. Misi kami ialah untuk meningkatkan tahap pemahaman dan penerimaan terhadap dasar-dasar awam yang berasaskan prinsip-prinsip kedaulatan undang-undang, kerajaan terhad, pasaran bebas dan kebebasan individu. IDEAS menerima pengiktirafan antarabangsa kerana komitmennya terhadap kualiti. Pada 18 Januari 2012, IDEAS diumumkan sebagai badan pemikir baru ke-13 terbaik di dunia (meningkat dari tangga ke-18 pada tahun 2010) dalam sebuah tinjauan yang dibuat ke atas 6,545 badan pemikir dari 182 buah negara. Pengumuman ini dibuat di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Maklumat lanjut tentang IDEAS boleh didapati di www.IDEAS.org.my

BANTU KAMI MEREALISASIKAN WAWASAN TUNKU ABDUL RAHMAN UNTUK MEMBINA NEGARA MALAYSIA YANG BERASASKAN KEBEBASAN DAN KEADILAN IDEAS bergerak dengan bantuan para penderma yang pemurah seperti tuan/puan. Kami mempunyai dasar yang mudah tetapi tegas dalam menerima derma: kami terhutang budi kepada semua penderma, tetapi kami sama sekali tidak akan menjejaskan komitmen terhadap misi kami, iaitu untuk meningkatkan tahap pemahaman dan penerimaan terhadap dasardasar awam yang berasaskan prinsip-prinsip kedaulatan undang-undang, kerajaan terhad, pasaran bebas dan kebebasan individu. Dengan itu, kami tidak menerima bantuan dana daripada parti-parti politik atau sumbersumber yang boleh menjejaskan sifat kami yang mandiri dan rentas-parti. Kami amat memerlukan bantuan anda.

Sebagai sebuah badan bertaraf yayasan yang mendapat pengecualian cukai, kami akan mengeluarkan resit rasmi untuk semua derma yang dihulurkan. BORANG DERMA ( ) Saya menyertakan cek atas nama IDEAS Berhad ( ) Saya telah menyalurkan derma ke akaun IDEAS JUmlah ( )RM500 (Akaun CIMB: 1456 000 178 6053) ( )RM1,000 ( )RM10,000

( )RM5,000

( ) jumlah lain: ____________________

( )RM2,500

Sila sertakan maklumat di bawah untuk tujuan penyediaan dan pengiriman resit.

Nama (beserta gelaran): ___________________________________________ Alamat: ________________________________________________________ Bandar / Negeri: ____________________ Poskod: ______________________ Emel: ________________________ Tel/Faks: __________________________
( ) Untuk derma melebihi RM5,000, sila tanda di kurungan sebelah jika anda ber-setuju untuk disenaraikan sebagai penderma dalam laman web dan penerbitan kami.

Sila hantar borang ini (atau salinannya) bersama derma anda kepada: Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) D6 Taman Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia