Pengenalan Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang terkenal dan tersohor di Asia Tenggara.

Pengangkatan martabat bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar dalam pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepqat, lengkap, tuntas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hokum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa dahulunya dikenali sebagai nahu. Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara rin gkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) pula mendefinisikantatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Menurut Siri Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat gramatis. Dengan perkataan lain, tatabahasa laiah retetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsureunsur ucapan menurut fungsinya. Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undangundang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifastnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. Terdapat 12 kategori tatabahasa yang diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Hanya 4 kategori tatabahasa

Pennsylvania. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa tranformasi generatif dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965) iaitu buku yang telah menghuraikan nahu tranformasi dengan eksplisit dan formal. Beliau ialah seorang ahli linguistik . . Abdullah Hassan melalui bukunya iaitu Linguistik Am tahun 1980 . aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang prolifik. Antara tokoh-tokoh bahasa Melayu yang sealiran dan seangkatan dengan tatabahasa ini ialah Lutfi Abas melalui bukunya iaitu Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulisnya pada tahun 1971 . TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF Pengenalan Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Avram Noah Chomsky. TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis serta mengutamakan bidang semantik. tatabahasa tradisional. Beliau dilahir dan dibesarkan di Philadelphia. Tatabahasa Transformasi Generatif mendapat sambutan dan popular dalam kalangan para linguistik antarabangsa termasuklah pakar-pakar bahasa di Malaysia. tatabahasa structural dan tatabahasa fungsional. Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkatperingkat tersebut ialah struktur dalaman dan struktur permukaan. Teori ini terkenal kerana kelainan yang ditonjolkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus matematik. Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun 1950.an. Beliau menamatkan ijazah pertamanya pada tahun 1945 dan pengajian sarjananya pada tahun 1955 di Universiti Pennsylvania. Nik Safiah Karim melalui buku Tatabahasa Dewan (1991) dan Bahasa Malaysia Syntax (1978) dan beberapa orang lagi ahli bahasa Transformasi Generatif Melayu. Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) merupakan satu aliran mazhab pengkajian bahasa. Pengaruh terhadap tatabahasa Transformasi Generatif ini bukan hanya setakat di Amerika sahaja malah telah menular ke negara-negara Eropah dan juga ke Asia Tenggara khususnya Malaysia. Antaranya ialah tatabahasa transformasi generatif.yang akan kami huraikan. pendidik .

Teori ini telah . Menurut Hashim Haji Musa (1993). Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi. Menurut Chomsky (1965).Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat. Struktur permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen fonologi. komponen nahu mengikut aliran TG mengandungi lima komponen iaitu komponen leksikon. nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. komponen transformasi. RSF akan membentuk ayat pada struktur dalaman manakala Rumus Transformasi akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada keduadua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. komponen kategori atau struktur frasa. Keduadua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. komponen fonologi dan komponen semantik. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan himpunan-himpunan tulisan dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baharu dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarinya. TG juga dinyatakan bahawa nahu dibahagikan kepada tiga komponen iaitu sintaksis. Komponen leksikon dan komponen struktur frasa sekaligus membentuk komponen dasar dan bergabung dengan komponen transformasi untuk membentuk komponen sintaksis. Rumusan Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Chomsky memberi impak kepada arus perkembangan tatabahasa sejagat. semantik dan fonologi. Aliran tersebut telah memberi satu dimensi baru dalam suatu kesatuan tatabahasa dunia. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu. Menurut Nik Safiah Karim (1993). teori TG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan.

Penerapan ini dilakukan dengan beberapa pengubahsuaian dengan kehendak dan kriteria bahasa Melayu. Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif telah mempengaruhi senario penyelidikan bahasa dan merancakkan lagi perkembangan tatabahasa Melayu di Malaysia. Asmah Hj Omar dan Hashim Hj Musa telah menggunakan pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif dalam penulisan buku teks dan pengajaran bahasa Melayu di peringkat universiti. Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif dan diaplikasikan ke dalam penulisan. TATABAHASA TRADISIONAL Pengenalan Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik. Ini bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan tepat sepanjang masa. Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Pengajaran tatabahasa ini lebih berkonsepkan secara deduktif. undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Terdapat juga kekecualian daripada hukum-hukum biasa kerana setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian. . Ini kerana bahasa adalah bersifat sejagat. Arbak Othman. Tokoh-tokoh bahasa di Malaysia seperti Nik Safiah Karim. Kesilapan ini menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian. Dalam erti kata lain. Pendekatan tatabahasa transformasi generatif telah pun diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu di Malaysia. menurut nahu ini.mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh aliran-aliran tatabahasa sebelumnya. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan yang merangkumi latihan terjemahan daripada bahasa asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa pertama. Teori Tatabahasa Tradisional mengutamakan bahasa tulisan.

semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani.PELOPOR TATABAHASA TRADISIONAL Tatabahasa tradisional di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku di Yunani iaitu seawal 300 SM yang dipelopori oleh Panini.Teori Tatabahasa Tradisional oleh Panini telah mendefinisikan tatabahasa tradisional sebagai ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Selain itu. ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan. Di samping itu semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Dalam hubungan ini. Lalu bahasa Yunani bertapak kepada tatabahasa Inggeris yang amat mengutamakan makna bagi sesuatu unit nahu itu. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini mengemukakan rencana bahasa yang lengkap serta teliti yang tidak hanya bersandarkan kepada teori falsafah tetapi berdasarkan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif. IDEA ASAS PANINI Pengetahuan linguitik tatabahasa di India berasaskan daripada kajian yang dibuat tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam RigVeda. Konsep teori ini diikuti oleh .

huraian.200 SM) Plato.500 SM ) Al-Khalil. Teori ini seterusnya diperkembangkan oleh Plato yang telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang lengkap iaitu „Logos‟. Tatabahasa tradisional atau Sanskrit ini dijadikan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka jalan kepada ilmu perbandingan bahasa. Rentetan sejarah perkembangan Tatabahasa Tradisional Panini ( Zaman India 2. Aristotles ( Zaman Yunani-300 SM ) Priscian ( Zaman Romawi. Keistimewaan tatabahasa ini terletak pada caranya dikaji. KEPENTINGAN TEORI YANG DIPELOPORI Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang Hindu. Penghasilan tatabahasa tradisional pula bersifat anggapan yang merupakan kajian yang berdasarkan kepercayaan atau tanggapan. dihurai dan disusun berdasarkan pemerhatian yang halus. pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu terjemahan. Al-Masri ( Zaman Renaissance ) Jason Grimm ( Zaman Perbandingan ) Linguistik moden Ferdinand de Saussure ( Abad ke-19 dan 20 ) TATABAHASA STRUKTURAL Definisi Tatabahasa Struktural . Tatabahasa dan tatabunyi yang dinyatakan oleh Panini memperlihatkan cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan kepada penemuan linguistik perbandingan.

Haris didapati sangat mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankan untuk mengkaji bahasa. Hal ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional. Tokoh. Omar (1968) -Morfologi. Omar dan Rama Subbiah (1968) . Sementara itu di Amerika. 1971). dari aliran . Omar (1993). Dalam bukunya itu.” Asmah Hj. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal ialah Z. Bloomfield . Wells dan Hocket yang membawa pengertian metadologi mereka. aliran Tatabahasa Struktural menekankan bahawa tatabahasa: “…. Dengan itu lahirlah Tatabahasa Struktural yang menekankan aspek sistem dan unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. merangkumi bentuk –bentuk maujud. fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan”.Sintaksis.An Introduction to Malay Grammar. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil karyanya dibukukan oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikenal dengan nama Course in general Lingistik. Tatabahasa Struktural dikait dengan era Linguistik Moden. taxonomist dan Bloomfieldian. Sementara itu tokoh Tatabahasa Struktural Melayu Era Tahun 1960-an ialah Asmah Hj. L.relations of the components of sentences of stretches of utterance” ( Robins.Tokoh Tatabahasa Struktural Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan . Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif ialah Ferdinand de Saussure. is concerned with the observable forms. muncul tokoh-tokoh bahasa seperti Bloch. Oleh itu. Haris. Hasilan Asmah Hj. Aliran ini digelar Struktural. Usaha Haris jelas terpapar dalam buku berjudul Structural Linguistik (1951). Asmah Hj.S Haris menjalankan kajian linguistik secara struktur. Sesungguhnya Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim dan bentuk.Tatabahasa Struktural mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description).Mari Belajar Bahasa Kita. Omar (1970) .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka dilihat berunsurkan aliran struktural. Draha dan Glosematik.Bahasa Malaysia Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktural (Buku 1-V) dan asraf (1971) . Franz Boas dan Edward Sapir juga banyak menurut langkah Ferdinand. structural functions and inter. Nahu Melayu Mutakhir. Aliran Ferdinand berkembang dengan pelbagai mazhab antaranya ialah mazhab Geneva.. Dalam Bahasa Melayu ianya bermaksud “…. Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola.

aliran struktul memberi tumpuan kepada perkembangan elemen dalam ayat ataupun konstituenkonstituen dalam ayat. sebagai unit bunyi. Fokus pengkajianTatabahasa Struktural ialah aspek penghuraian struktur bahasa.Linguistik London. Secara khususnya cirri-ciri Tatabahasa Struktural ialah  Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu bahasa . Asmah Hj Omar juga banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam.(Fries. Secara asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. dengan fonem sebagai unit bahasa. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pada peringkat morfologi. Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu ayat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagianbahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiaptiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Penghuraian beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata dalam struktur ayat. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis). Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem. 1957). Pemerian beliau terhadap nahu secara secara bersistem. Antara ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah:     Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan Bahasa ialah satu sistem Sistem bahasa ialah arbitari Bahasa adalah untuk perhubungan Aliran Struktural menekankan pertalian struktur tersendiri. Pada peringkat sintaksis.

 Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatu unsur tatabahasa    Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi. Tata bahasa ini didasarkan pada fungsi bahasa sebagai satu alat komunikasi. termasuk di dalamnya functional discourse grammar yang dibangunkan oleh linguis Belanda Simon Dik dan systemic functional grammar yang dibangunkan oleh linguis Inggeris Michael A. Halliday. Di samping itu juga.1978). Pandangan tatabahasa fungsional mendasarkan bahawa struktur bahasa tidak akan difahami secara tidak baik apabila prinsip pragmatik diabaikan. sedangkan pragmatik . Tatabahasa fungsionalnya juga merupakan instrumen simbolik yang digunakan untuk tujuan berkomunikasi. bentuk dan struktur sesuatu bahasa. Dalam pada itu juga. melainkan sistem ini didasarkan pada semantik (Dick. tata bahasa ini tidak diakui sintaksis sebagai sistem yang otonom.Dick (1978) telah mengembangkan tatabahasa fungsional. TATABAHASA FUNGSIONAL Pengenalan Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar) sebenarnya adalah merupakan nama sekumpulan teori linguistik yang secara umum dapat digolongkan ke dalam linguistik fungsional (linguistic functionalism). Tatabahasa fungsional adalah salah satu linguistik moden. logika dan metafizik Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul Rumusan Aliran strultural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku. Kajian sintaksis dan semantik dilihat sebagai satu dasar konvensyen pragmatik yang menentukan penggunaan bahasa sebagai interaksi verbal iaitu sintaksis membentuk kemampuan gramatikal untuk mengekspresi bahasa. K. pandangan Choamsky yang mendapat penambahbaikan dari Simon C.

Topik dan Fokus). Pesakit [Patient].) Fungsi ini mendefinisikan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam suatu peristiwa atau perbuatan sebagaimana ditunjukkan oleh predikat. Fungsi ini mendefinisikan status maklumat yang diungkapkan dan menyambung ungkapan-ungkapan yang ada dalam perbincangan atau wacana yang sedang berlangsung itu. Ertinya. iaitu: 1. Fungsi ini mendefinisikan bagaimana sudut pandang suatu peristiwa atau perbuatan diwujudkan dalam bahasa-bahasa yang diungkapkan. Secara umumnya. pembangunan teori-teori tata bahasa fungsional ini harus memenuhi tiga standard. Fungsi Semantik (Pelaku [Agent]. Fungsi Sintaksis (Subjek dan Objek). Pragmatik. fungsi semantik dan fungsi pragmatik.berkemampuan menggunakan ekspresi bahasa secara sesuai demi mewujudkan kejayaan sesebuah komunikasi. iaitu (1) fungsi bahasa semulajadi. Ertinya. tatabahasa fungsional ada tiga tingkatan fungsi-fungsi yang menjadi perhatian. peraturan dan prinsip-prinsip teori ini harus dapat diterapkan dalam mana-mana bahasa semulajadi. Oleh kerana itu. Untuk merealisasikan perkara di atas. tatabahasa fungsional melibatkan fungsi sintaksis. 2. Penerima [Recipient]. Tipologis. 3. dan (3) sasaran yang ingin dicapai. Fungsi Pragmatik (Tema dan Ekor [Tail]. Kerana itulah pengembangan teori ini memusatkan perhatiannya kepada tiga perkara yang saling berkaitan. dsb. tatabahasa fungsional (TBF) adalah teori yang berusaha menjelaskan susunan bahasa semulajadi dari segi fungsionalnya. rumusan yang dikemukakan harus memberi pemahaman mengenai bagaimana ungkapan-ungkapan dapat digunakan secara efektif dalam interaksi komunikatif. Interaksi verbal yang sedang berlangsung juga dapat digunakan . Dalam pada itu juga. Psikologi. 3. Ertinya. (2) fungsi hubungan yang terjadi pada pelbagai peringkat susunan tata bahasa. 2. iaitu: 1. apa-apa yang dikemukakan oleh tata bahasa fungsional harus bersesuaian dengan perkara-perkara yang telah diketahui.

2. Mengelakkan transformasi (dalam erti operasi perubahan struktur). tatabahasa fungsional memusatkan perhatiannya pada bagaimana para pengguna bahasa memilih dan menggunakan bentuk atau susunan kata. formal grammar (atau umumnya disebut grammar sahaja) adalah seperangkat aturan yang mengatur pembentukan kata. Mengelakkan elemen-elemen kosong dalam struktur utama yang tidak mendapatkan ekspresi. 4. frasa. frasa. atau ayat dalam suatu bahasa atau ilmu mengenai hal itu. atau ayat tertentu dalam menyampaikan makna yang mereka inginkan. Sementara functional grammar adalah model tatabahasa yang memasukkan unsur fungsi (pemakaian) yang kontektual dalam suatu rangkaian sistem-sistem yang disambungkan dalam menghasilkan makna.sebagai alat analisis atas pelbagai aspek bahasa dan penggunaan bahasa. Menolak peranti penapis (filter devices). tata bahasa atau tatabahasa formal hanya tertarik dengan susunan atau proses penyusunan bentuk kata. Sekatan abstraksi dilakukan dengan mengikut prinsip-prinsip berikut: 1. Tidak melaksanakan penguraian leksikal yang abstrak (sebagai gantinya.) Secara ringkas. cara kerja. frasa. Dengan kata lain. sehingga jarak antara struktur berdasarkan teori ini dapat disusun dan disempitkan. tetapi juga hal-hal kontekstual yang lain. Pilihan yang mereka gunakan itu sudah tentu tidak akan hanya mahal bentuknya saja. Usaha ini dilakukan dengan mengurangkan kadar abstraksi (aturan. hubungan semantik antara kata dilakukan melalui definisi makna. 3. atau ayat. maka tatabahasa fungsional berupaya sekaligus dapat memaksimumkan tahap tipologis dan meminimakan peringkat abstraksi analisis linguistiknya. . sedangkan. atau prosedur).

Related Interests