PENGENALAN
Politik mempunyai pengertian yang amat luas, secara mudahnya ia merujuk kepada caramanusia memerintah dan diperintah. Ia dilihat merangkumi segala aspek kehidupanmanusia dan melibatkan konsep-konsep seperti kuasa, ‘siapa mendapat apa’ bila dan bagaimana. Menurut Michael Laver ( 1984 ), politik merujuk kepada harapan, kerisauan,matlamat serta aspirasi yang terdapat dalam sekelompok manusia
. Ia bakal melahirkandua hasil yang berbeza, konflik ataupun kerjasama. Ini kerana konflik tercetus apabilakeinginan manusia tidak tercapai manakala kerjasama pula didorong oleh faktor ketidak upayaan seseorang individu itu untuk bertindak bersendirian
. Kamus Dewan pulamendefinisikan politik sebagai ilmu berkaitan dengan cara pemerintahan atau hubungandengan negara lain
.Lantaran itu, politik dilihat merangkumi institusi, ideologi, pilihanraya, parti, kekuasaan dan segala aspek yang bersangkut paut dengan pentadbiransesebuah negara.Plato, Aristotle, Confucius, Ghandi, Ibn Khaldun, Machiavelli, Mill dan Rousseaumerupakan antara tokoh-tokoh falsafah politik yang pernah mewarnai dunia politik masasilam. Pasa masa yang sama, peredaran zaman telah menyaksikan kelahiran pelbagaifalsafah serta sistem parti yang telah mempelbagaikan lagi rentak politik dunia. Antarafalsafah politik dunia yang masih diamalkan sehinggakan hari ini adalah sepertikonservatisme, liberalisme, demokrasi dan sosialisme.Sementara itu, terdapat sekurang-kurangnya empat bentuk sistem parti yangutama iaitu sistem satu parti, sistem dua parti, satu parti dominan dan pelbagai parti. Negara yang mengamalkan sistem satu parti seperti China melambangkan bahawamasyarakatnya dipengaruhi oleh satu ideologi iaitu ideologi komunis. Di mana PartiKomunis China merupakan parti tunggal yang wujud dan bergerak aktif di negara AsiaTimur itu. Manakala negara-negara yang mengamalkan sistem dua parti seperti Amerika
1
Michael Laver,
Invitation to politics
, Basil Blackwell, United Kingdom, 1984, hlm 1.
2
Ibid.
3
Hajah Noresah bt. Baharom (k.ed.),
Kamus Dewan
, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur,1994, , hlm.1049.
1
Syarikat dan Britain pula terbentuk hasil daripada dua ideologi besar. Misalnya diBritain, Parti Buruh dan Konservatif merupakan dua parti dominan dalam senario politik negara itu. Manakala di Amerika Syarikat pula, Parti Demokrat dan Republikanmerupakan identiti kepada sistem demokrasi di negara itu. Di samping itu, terdapat jugasistem satu parti dominan yang merujuk kepada penguasaan sesuatu parti utama ke atassesebuah negara. Corak pemerintahan seumpama ini jelas di Singapura, di mana PeopleAction Party( PAP ) yang ditubuhkan pada 1954 masih berkuasa sehingga ke hari ini.Di negara kita pula, Malaysia dilihat sinomin dengan sistem pelbagai parti yangmenyaksikan kewujudan pelbagai parti politik seperti United Malays Nation Organization( UMNO ), Malaysian Chinese Association ( MCA ), Malaysian Indian Congress ( MIC ),Democratic Action Party ( DAP ), People’s Progressive Party ( PPP ), Gerakan RakyatMalaysia ( Gerakan ), Partai Islam Se-Malaysia ( PAS ), Parti Negara, Parti Buruh, PartiRakyat Malaysia ( PRM ), dan sebagainya.
Senario Politik di Malaysia
Di Malaysia, semua aktiviti parti-parti politik tertakluk di bawah Akta Pertubuhan 1966.Di samping terdapat akta-akta lain seperti ISA, OSA dan Akta Polis yang telahdikuatkuasakan untuk mengawal aktiviti parti-parti politik di Malaysia.
. Lantaran itu,semua parti-parti politik di negara ini perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Kebanyakan parti politik induk didaftarkan di Wilayah Persekutuan yangmencatatkan 14 pendaftaran pada tahun 1995 dan 1996
. Menurut Laporan TahunanJabatan Pendaftar Pertubuhan, pada tahun 1997 sahaja terdapat 41 buah pertubuhan politik berdaftar di peringkat negeri dan melibatkan 43,387 cawangan di seluruh negara
.
4
Makmor Tumin, Parti-parti politik di Malaysia: Antara pertimbangan perkauman dan asasideologi,
Dewan Masyarakat
, Jilid 37, Bil 7, Julai, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1999, hlm. 10.
5
Ibid.
6
Ibid.
2
Penubuhan parti-parti politik di Malaysia dipengaruhi oleh beberapa pertimbanganutama iaitu berasaskan perkauman, ideologi, multi-racial ( non-communal ) dan jugaagama. Penubuhan awal parti-parti politik di Malaysia banyak berdasarkan pertimbangan perkauman yang rata-rata bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi, sosial, dan politik sesuatu komuniti. Parti UMNO, MIC dan MCA merupakan antara parti yangditubuhkan berdasarkan pertimbangan perkauman. UMNO misalnya telah ditubuhkan pada tahun 1946 bertujuan untuk menyatukan orang Melayu untuk menentang penubuhanMalayan Union di samping memelihara kepentingan serta memperbaiki keadaan orangMelayu
. Pada masa yang sama, pertimbangan ideologi turut membawa kepadaterbentuknya parti-parti politik seperti Parti Buruh, Parti Rakyat, Parti KebangsaanMelayu Malaya ( PKMM ) dan DAP. Parti Buruh mendakwa dirinya sebagai partisosialis tulin
. Di mana dari masa ke semasa, ia menyeru ke arah pemilik negarakanaset-aset negara yang merangkumi perindustrian, perlombongan serta perladangan. DAP pula dilihat berkiblatkan sosialisme demokratik yang menekankan kepada pembentukansebuah negara Malaysia yang bebas, demokratik dan sosialis berasaskan kepada prinsipkesaksamaan kaum, keadilan sosial dan ekonomi
.Parti Rakyat Malaysia juga dilihat berfahaman sosialis berdasarkan latarbelakang penubuhannya. Di mana, ia merupakan bekas anggota Socialist Front yang menggabungkan Parti Buruh dan Parti Rakyat.Manakala Parti Kebangsaan Melayu Malaya merupakan sebuah parti haluan kiri yangdipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya ( PKM )
. PKM berjaya menguasai PKMM darisegi keanggotaan jawatankuasanya. Rashid Maidin dan Abdullah C.D merupakan anggotaPKM yang bergiat cergas di dalam PKMM manakala Musa Ahmad, Baharudin Latif danShamsuddin Salleh pula dilihat berfahaman sosialis
7
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin,
Sejarah Malaysia
, Fajar Bakti, Shah Alam, 2001, hlm.392.
8
Gordon P. Means,
Malaysian politics
, Hodder and Stoughton, London, 1976, hlm.238.
9
Lee Kam Hing and Tan Chee Beng (ed.),
The chinese in Malaysia
, Oxford University Press, NewYork, 2000, hlm 206.
10
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin,
Sejarah Malaysia
, hlm. 387.
11
Ibid
, hlm. 387.
3
Reward Your Curiosity
Everything you want to read.
Anytime. Anywhere. Any device.
No Commitment. Cancel anytime.