You are on page 1of 17

Siam Malaysia adalah merujuk kepada orang Malaysia yang etnik Thai .

Mengikut politik, orang Siam Malaysia diakui sebagai bumiputera dan diberikan kedudukan mirip dengan Melayu, Kadazan-Dusun, Iban dan Portugis Melaka. Sejarah Siam di Semenanjung Tanah Melayu bermula apabila Kerajaan Siam zaman Rattanakosin (Bangkok) memperlihatkan pengaruh lebih jelas ke atas negeri Melayu di Selatan Pattani, Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. Penghantaran bunga emas, setiap dua atau tiga tahun sekali ke Bangkok sebagai tanda persahabatan dan kesetiaan. Bahkan perlantikan seseorang raja di negeri tersebut kecuali Terengganu harus disahkan oleh 'Maharaja Benua Siam'. Surat pengesahan dengan gelaran tertentu bersama alat kebesaran lain akan diberikan oleh Bangkok. Contohnya, setiap Sultan Kedah akan bergelar Phya Rithisongkramramphakdi Sri Sultan Kedah Ratnarathmunintrasurinthra Wiwongsa. Manakala bagi Phya Saiburi dan Raja Perlis pula Phya Visedsongkram Ramwillismara Phya Polis. Sultan Kelantan pula sebagai Phya Phipidphakdi Sri Sultan Phya Kalantan. Terdapat beberapa pegawai Siam ditempatkan di beberapa negeri tersebut dan bagi rakyat jelata Siam, negeri-negeri Melayu ini adalah negeri mereka juga. Mereka datang dalam bentuk kumpulan petani mencari kawasan subur untuk menetap dan diterokai sebagai kawasan pertanian. Sebagai rakyat biasa mereka tidak tertarik dengan urusan politik atau 'kerja raja-raja' walaupun kita pernah juga mendengar beberapa penglibatan penduduk Siam ini dalam perang saudara di Kelantan.

Serangan tentera Phya Taksin ke atas Nakon Si Thammarat dua tahun selepas Phya Nakon (Hnu) mengisytiharkan kerajaan mereka (TM 1770) memungkinkan rakyat jelata Siam melarikan diri ke negeri Selatan dan terus menetap di sana. Hidup di bawah perlindungan raja-raja Melayu. Ada yang mendapat sedikit sebanyak kedudukan atau kurniaan.Umpamanya Tok Merah Chu Ding dijadikan Ketua Siam di Besut oleh Tengku Muda,Raja Besut (Terengganu) dengan gelaran Tok Helang Merah. Kerajaan Siam zaman Bangkok menyaksikan tekanan perluasan kolonialisme Barat dari segenap penjuru sempadannya. Siam mula kehilangan wilayahnya iaitu Sipsong Panna, Sipsong Chuthai, Siamrap,

melalui Perjanjian Bangkok. . iaitu Kedah. Namun rakyat jelata Siam terus menetap di negeri naungan British ini walaupun ada cerita lisan mengatakan hampir semua keluarga Siam di Bukit Tempurong. Menurut Golomb lagi.Batthabong kepada Peranchis. penduduk asal merupakan sekumpulan orang muda yang di kenali sebagai nakleng yang mengembara mencari kawasan pemburuan baru. terutama di daerah Pendang. Besut pulang ke wilayah Narathiwat. perniagaan dan perdagangan.Kehidupan budayanya tidak banyak berbeza dengan saudara mara di Thailand (Selatan). 38. Kok Song di Tenaserim. Terdapat perbezaan dialek petempatan tepi pantai dengan pedalaman . semasa persidangan Dewan Negara pada 3 Disember 2001 dimaklumkan bahawa terdapat seramai 50. Padang Terap. Beliau telah menggunakan pendekatan linguistik untuk mengesan asal-usul komuniti Siam di Kelantan.184 orang . Berdasarkan tulisan Louis Golomb (1976: 15 & 16). Perlis dan Perak. Berdasarkan pendekatan ini. Kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian Mohamed Yusoff (1993: 19) di Kampung Aril. Siam menyerahkan Kedah. Golomb menyimpulkan kebanyakan penduduk Siam Kelantan berasal dari daerah Tumpat-Tak Bai. Asal orang-orang Siam Kelantan adalah tidak jelas kerana etnik Siam.211 orang penduduk keturunan Siam di negara ini. Tumpat dan Pasir Mas (Kelantan) serta Pengkalan Hulu (Perak). kepada Inggeris dan TM 1909. Sebenarnya dialek Siam Kelantan tidak merujuk kepada daerah Tak Bai semata-mata. yang banyak mendapat perhatian semasa era kedatangan imigran pada abad ke 18 dan 19. Perlis. Baling.Dari laporan tersebut didapati orang Siam mendiami negeri bersempadan dengan Thailand. tidak seperti orang Cina. malahan merangkumi keseluruhan Wilayah Narathiwat. Mungkin kerana mereka tidak terlibat dengan aktiviti sebagaimana aktiviti orang Cina seperti perlombongan emas. Pulau Pinang Secara umumnya mereka merupakan penduduk luar bandar. Masyarakat Siam Malaysia hari ini. Kubang Pasu dan Sik (Kedah).353 orang merupakan warganegara Malaysia dan Laporan Banci Penduduk dan Perumahan (1991) mendapati jumlahnya 36. kepadatan petempatan Siambdan dialek Tumpat Tak-Bai membayangkan mereka daripada punca yang sama. Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris. Menurutnya. antara TM 1912 – 1915. Kelantan.

tidak ada bukti pergerakan keluar daripada negeri atau akibat daripada ketidaksenangan di bawah kawalan British. wakil orang Siam yang pertama pada 1996. kaum Siam di Kelantan adalah biasa seperti kaum Melayu. yang berperanan sebagai orang tengah kepada masyarakat Siam. Berdasarkan kiraan Graham. Menurut Mohamed Yusoff (1993: 18) kewujudan perkampungan Siam di Kelantan tidak ada kaitan dengan polisi kolonial kerajaan Thai. Walaupun.Jajahan Kota Bharu. Dari segi struktur masyarakat atau kelas sosial. tidak ada bukti yang menunjukkan perkampungan Siam dibangunkan atas perintah Bangkok (Kershaw dlm. kerana tujuannya menghalang pengaruh Burma dan Inggeris. Kerajaan Thai mempunyai minat yang tinggi ke atas negeri Melayu. Malahan..Contohnya Kerajaan telah melantik Dato Charern Intachat sebagai Ahli Dewan Negara. Ketua Kampung yang lebih dikenali yang sebagai Naiban oleh bertanggungjawab mengetengahkan masalah-masalah dihadapi masyarakat Siam kepada pihak yang bertanggungjawab. Kemungkinan yang selesa ialah Graham memasukkan sekali bilangan etnik Siam di Thailand apabila sempadan Kelantan dan Thailand ditetapkan pada tahun 1909. Contohnya . Chun a/p Eam senator kedua menggantikan Dato Charern. Kepentingan orang Siam biasanya dipegang oleh Naiban iaitu Ketua Kampung dan Pegawai Luar Siam. Mereka tidak mempunyai kasta antara satu sama lain. Unsur-unsur animisme itu diamalkan bersama-sama dengan amalan agama Buddha yang kuat dipegang oleh orang Siam. tetapi ia bukan bertujuan mewujudkan kota-kota Siam. Mohamed Yusoff 1993: 18). Dari segi agama dan kepercayaan etnik Siam. Kini pada 30hb Februari 2002 Pn. Walaubagaimanapun. Tetapi pada tahun 1960an terdapat sebuah persatuan yang bertujuan menjaga kepentingan orang Siam di Kedah dan Perlis ditubuhkan. masyarakat Siam masih lagi berpegang kuat kepada fahaman animisme terutama percayakan hantu-hantu yang menggangu kehidupan mereka. orang Siam hidup dengan aman dan bahagia. Pada masa yang sama beberapa buah cawangan parti politik ditubuhkan oleh orang Siam Kedah dengan tujuan untuk mengetahui dan memahami selok belok politik Malaysia . Oleh itu bomoh memainkan peranan penting di dalam kehidupan mereka. tulisan sebelum penyerahan Kelantan kepada British.

Semasa menjadi sami inilah ajaran-ajaran Buddha betulbetul diamalkan. Masyarakat Siam dapat mengamalkan agama dan budaya mereka . Besi bat dan air jampi tok ca berkait rapat dengan institusi keagamaan Buddha. seperti yang dapat di lihat dalam hal-hal yang berkaitan dengan konsep semangat dan makhluk halus. Oleh kerana agama Hindu dan Buddha mendahului kedatangan agama Islam. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa beberapa elemen dalam kedua-dua budaya Melayu dan Siam mempunyai asal usul dan sumber yang sama yang saling mempengaruhi di antara satu sama lain (Cuisinier 1936:2). Beberapa buah perkampungan Siam telah lama dibangunkan di kawasan luar bandar di Kelantan semenjak lebih dari seratus tahun yang lepas. iaitu besi bat. penduduk Siam telah begitu lama wujud di Kelantan terutama sekali dalam persekitaran sosial dan budaya Melayu di luar bandar. Pertama sekali. Tiga daripada elemen kepercayaan berbentuk magis. Keduanya. sementara minyak mati dibunuh berasal daripada sistem kepercayaan Brahman (phram) yang juga menjadi sebahagian penting daripada sistem kepercayaan orang Siam. air jampi tok ca dan minyak mati dibunuh telah lama mempengaruhi persepsi kepercayaan tradisional orang Melayu. Kepercayaan masyarakat Siam banyak mempengaruhi kehidupan orang melayu. Penerimaan elemen Buddha dan Siam oleh orang Melayu Kelantan dapat dilihat daripada beberapa sudut. beberapa elemen Hindu dan Buddha telah diserap ke dalam sistem kepercayaan orang Melayu tempatan. Antaranya ialah dalam sistem kepercayaan penduduk Melayu Kelantan terdapat beberapa elemen yang berasal dari luar sistem keagamaan Islam. Kehadiran masyarakat Siam juga telah memberikan beberapa pilihan kepada masyarakat Melayu tempatan dalam penggunaan kaedah magis bagi menangani masalah dalam hidup seharian mereka.lelaki Siam dimestikan menjadi sami dan tempoh untuk menjadi sami terpulang kepada seseorang individu. yang telah menghasilkan beberapa ciri budaya Sanskrit. Tidak hairanlah jika budaya Siam telah banyak mempengaruhi cara hidup orang Melayu tempatan. amalan sistem kepercayaan Buddha dalam satu ruang sosial yang dikuasai oleh orang Melayu beragama Islam pada umumnya tidak menimbulkan konflik budaya yang serius.Penyerapan tersebut berpunca daripada pertembungan di antara budaya Siam dengan budaya Melayu.

Sesetengah penyakit dipercayai lebih sesuai jika diubati oleh pengamal Melayu dengan menggunakan pendekatan Islam. tangkal pelindung diri dan pelbagai jenis bahan magis yang tergolong ke dalam bidang magis gelap (sorcery atau manipulative magic). terutama oleh bomoh Siam dan biku. termasuklah sistem yang ditawarkan oleh Orang Asli dan golongan bukan-Melayu yang lain. iaitu golongan biku dan golongan tuna biarawan. yang mewakili institusi keagamaan Buddha. Orang Melayu Kelantan menganggap ilmu perbomohan Siam itu sebagai satu pilihan pragmatis di antara beberapa sistem magis dan perbomohan yang sedia ada. Justeru orang Melayu diberikan layanan baik jika mereka memerlukan bantuan perbomohan atau perkhidmatan yang disediakan oleh pengamal magis dan pengamal ilmu perubatan tradisional yang terdiri daripada dua golongan. Kunjungan tersebut adalah untuk memperoleh rawatan bagi kes-kes penyakit yang gagal dirawat oleh pengamal perubatan Melayu ataupun perubatan moden.tanpa diganggu oleh mana-mana pihak meskipun terdapat beberapa batasan tertentu. orang Melayu juga mengunjungi pengamal magis Siam untuk mendapatkan bantuan bagi menangani masalah laziman. Penerimaan alternatif ini menjadi begitu meluas sehinggakan terdapat satu klasifikasi umum terhadap jenis penyakit dari segi cara mengubatinya. Kunjungan itu boleh juga dianggap sebagai usaha terakhir bagi mengatasi sesuatu masalah yang gagal diselesaikan mengikut cara biasa. ubat pembenci. iaitu masalah yang bukan semestinya bersifat luar biasa. Selain daripada kes-kes yang memerlukan rawatan istimewa. Di Kelantan terdapat orang Melayu yang sering mengunjungi pengamal magis Siam atau biku yang menjadi bomoh terkenal. Kehadiran orang Siam telah memberikan orang Melayu Kelantan alternatif lain dalam kaedah perubatan tradisional. Selain itu pengamal Siam dikunjungi bagi mendapatkan rawatan tradisional bagi penyakit biasa. Daripada pengamal magis Siam mereka mendapatkan ubat pengasih. Ada pula yang mengunjungi biara dan menemui biku bagi mendapatkan rawatan ke atas penyakit yang . iaitu rawatan yang menggunakan ubat-ubatan dan ramuan akar kayu serta bacaan ayat suci (parit) dan jampi mantera. Di samping itu golongan biku dan biara. sementara beberapa jenis penyakit lebih berkesan jika ditangani oleh pengamal bukan-Melayu. mempunyai sifat terbuka terhadap orang Melayu tempatan.

. The Sleeping Buddha ini juga terletak di Daerah Tumpat. Bomoh Siam dikunjungi bukan kerana tidak ada perkhidmatan yang sama yang diberikan oleh pengamal Melayu. menjadi salah satu lokasi pelancongan yang dikenali oleh ramai pelancong. tetapi terdapat tanggapan umum bahawa ilmu perubatan Siam itu lebih berkesan dan lebih kuat daripada sesetengah cabang dalam ilmu perubatan Melayu. Oleh itu senibinanya dikatakan campuran pengaruh budaya Siam dan Cina. iaitu gangguan peribadi yang memerlukan rawatan dalam bentuk curative magic. darah haiwan serta bahan-bahan yang dianggap tidak suci dari segi Islam. "Wat Machimmaram" dibina oleh masyarakat Thai Kelantan dan kini sudah pun bercampur dengan budaya Cina tempatan. Satu lagi binaan yang juga terbesar di Asia Tenggara ialah Patung Buddha Tidur yang terletak di Kampung Beruk (nama lama) atau Kampung Jambu (nama baru). Hakikatnya Kelantan memiliki kuil Buddha yang terbesar di Asia Tenggara. Kelantan dan diberi nama Wat Photivihan. Kuil yang mempunyai ketinggian 30 meter dengan lebar 47 meter ini. dan minyak yang diambil daripada mayat orang mati dibunuh. Dikatakan bahawa magis gelap Siam itu lebih berkesan dan lebih kuat daripada magis Melayu kerana pengamal Siam menggunakan ramuan atau perkakasan yang haram di sisi Islam. seperti cemara babi hutan serta taringnya. Kuil yang terletak di Tumpat Kelantan ini merupakan Patung Buddha Duduk (Sitting Buddha) yang terbesar di Asia Tenggara.digolongkan sebagai penyakit kena buat orang. termasuklah patung Buddha.

Kelantan dan diberi nama Wat Photivihan. Kuil yang mempunyai ketinggian 30 meter dengan lebar 47 meter The Sleeping Buddha terletak di Daerah Tumpat. .Patung Buddha Duduk (Sitting Buddha) yang terbesar di Asia Tenggara. Ianya terbesar di Asia Tenggara.

sesi pengajarannya akan bertambah. adalah satu contoh terbaik bagaimana perkembangan bahasa itu diperluaskan kepada semua pelajar. Selain itu. masalah utama yang dihadapi mereka ialah bahasa Thai sukar dipelajari secara pertuturan harian kerana terlalu banyak pecahannya. ramai sami tempatan menjadi tenaga pengajar. Ia bukan paksaan tetapi disertai ramai orang.Penubuhan sekolah bahasa Thai di Wat Boonyaram ketika itu selepas terdorong oleh kesedaran mahu mengembangkan bahasa Thai kepada semua penduduk di sekitar Padang Sira. Lantaran itu. namun kini kebanyakannya dikendalikan oleh sami dari Thailand kerana sejak 20 tahun dulu. tumpuan kelas bahasa Thai terbuka kepada semua peringkat usia. Pendek kata. Ketika itu. Pusat Pendidikan Bahasa Thai Wat Boonyaram di Padang Sira. di mana saja. jika ada cuti persekolahan. setiap wat Siam di kebanyakan kawasan terutama di Kedah menubuhkan sekolah bahasa Thai yang kini menjadi pendidikan formal kedua kepada pelajar Siam. kurang anak tempatan berkeupayaan sebagai pengajar. Dua . Ketika itu. setiap aktivis masyarakat seboleh-bolehnya akan memastikan bahasa khusus mereka terus digunakan secara meluas. Kelas bahasa Thai di semua Wat Siam kini diadakan pada setiap Jumaat dan Sabtu serta ada dua sesi iaitu pagi dan petang.Namun. Malah. ramai penutur bahasa itu dalam kalangan orang lama tidak mahir menulis bahasa Thai. Lebih menyukarkan keadaan kerana tiada subjek itu di sekolah rasmi. Perkara paling utama penubuhan sekolah itu untuk membolehkan semua pelajar mendalami ajaran Buddha kerana kebanyakan buku dan kitab agama ditulis dalam bahasa Thai. bagi membolehkan bahasa itu tidak tenggelam dan masih dituturkan dengan berkesan oleh semua lapisan usia. ia menjadi sekolah kedua kepada pelajar Siam selepas belajar di sekolah kebangsaan. seorang anak tempatan. Phrathep Mongkola Yan pada awal 1960-an. lebih kepada bahasa jiwa bangsa. Bahasa turut membentuk jati diri sesuatu tamadun masyarakat supaya terus kekal utuh mempertahankan cara hidup dan budaya mereka.Begitu juga dengan masyarakat Siam di negara ini yang melihat perkembangan bahasa Thai dalam komuniti mereka lebih penting kerana ia bukan sekadar menjadi bahasa pertuturan tetapi lebih lagi apabila menjadi satu bahasa rasmi dalam urusan keagamaan. Ia diasaskan Ketua Sami Kedah-Perlis.Dari segi bahasa pula. Justeru.

Peperiksaan yang diduduki oleh pelajar di situ menggunakan modul ujian dari Thailand dan selepas melepasi darjah empat di mana pelajar sudah menguasai kemahiran membuat ayat dan mengarang dalam bahasa Thai. Memiliki sijil itu juga sebenarnya memberi satu kelebihan kepada pelajar itu kerana ketika memohon kerja nanti. terutama pekerjaan yang berkaitan dengan sempadan Thailand seperti Kastam dan Imigresen. selagi seseorang pelajar tidak menguasai kemahiran mengarang. Malah soalannya sama dengan yang digunakan di Thailand. ia akan dianggap satu bonus untuk dipertimbangkan. Enam tahap bukan bermakna enam tahun pengajian. sesiapa yang tidak kuasai bahasa Thai. Biasanya semua tahap itu termasuk kelas agama dapat disudahkan sebelum usianya 17 tahun (tingkatan lima).Sebenarnya. Tidak ada subjek lain. tidak juga menguasai agama kerana semua kitab dan pengajian agama dalam bahasa Thai.sesi setiap hari itu untuk tahap berbeza. Menurut masyarakat Siam agak janggal dan dipandang serong nanti oleh masyarakat jika ada keluarga yang tidak menghantar anak ke kelas ini. penguasaan bahasa Thai ini bukan sekadar menunjukkan mereka boleh bertutur tetapi sebagai petunjuk yang mereka juga menguasai agama. Uniknya sistem pendidikan di situ ialah semua peringkat itu bukan berdasarkan usia tetapi sesiapa yang tidak lulus dalam mana-mana peringkat tidak layak untuk masuk ke peringkat seterusnya. agak sukar untuknya mendalami agama yang pada peringkat itu menuntut pelajar membuat ayat dan menjawab soalan berbentuk subjektif yang disediakan majlis pendidikan wat Siam di Thailand. Ini kerana. Semua tahap peperiksaan pula ada sijil yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran dan Agama dari Thailand. hanya dua perkara menjadi fokus iaitu bahasa dan agama. Kelas bahasa Thai di Wat Siam juga menjadi bukti kukuh menunjukkan betapa peranan pusat ibadat .Tiada paksaan memasuki kelas ini. Dalam sekolah bahasa Thai. barulah dia layak memasuki kelas agama. Boleh dikatakan. Ada pula yang tidak sampai enam tahun kerana lompat kelas. darjah satu hingga empat dan kelas agama tahap satu hingga tiga. Ada yang memakan masa sampai lapan tahun baru boleh masuk kelas agama. Ia menjadikan ada pelbagai lapisan usia dalam setiap peringkat pembelajaran. Ada beberapa peringkat pengajian di situ iaitu TADIKA tahap satu dan dua. tidak wajib tetapi sudah menjadi tanggungjawab setiap keluarga untuk memastikan anak menyertainya.

Tumpuan bilangan masyarakat Siam ini lebih banyak tertumpu di negeri-negeri seperti Kelantan. Sanglang. kini ada 245 pelajar dalam pelbagai tahap. Changlun. kelas bahasa Thai turut dibuka ke cawangan lain seperti di Pida Lapan. Guar Napai dan Guar Nangka. OLeh itu. Perlis dan Perak. Masyarakat Siam turut terpengaruh dengan bahasa orang Melayu. Kos elaun guru pula selalunya ditanggung oleh tabung Wat Boonyaram yang disumbang oleh masyarakat Siam setempat. peranan wat sebagai pusat pembangunan dan pendidikan dalam komuniti menjadi asas penting pembangunan sahsiah masyarakat Siam. Di Wat Boonyaram sendiri.masyarakat Siam itu tidak sekadar menjadi lokasi keagamaan tetapi dirangkum bersama peranan memantapkan bahasa dan budaya serta aspek kesenian.Walaubagaimanapun. Namun. Kodiang.30 petang.Penduduk memandang tinggi kepada institusi wat sebagai pusat pengajaran agama dan pendidikan moral yang dapat menjadi benteng gejala sosial. Kedah. disebabkan lokasi Wat Boonyaram agak jauh dari beberapa kampung lain.Yuran pengajian kelas itu pula sangat rendah iaitu hanya RM60 untuk satu keluarga. . Wat Boonyaram kini mempunyai 13 guru yang didatangkan dari Thailand dengan dua anak tempatan dan setiap sesi pembelajaran diadakan selama tiga jam iaitu antara jam 8 hingga 11 pagi dan jam 2 hingga 5. beberapa perkataan Melayu seperti mata kucing turut diadaptasi dengan sebutan Ta Meiu padahal bahasa Siam untuk buah itu lain. Misalnya. Pelajar etnik Siam tekun mengikuti kelas Bahasa Thai di Wat Boonyaram Padang Sira.

tetapi persaingan dengan bangsa lain sangat ketara kerana masalah kuota. masyarakat Siam terutama di Kedah masih menjadikan pertanian sebagai aktiviti utama dengan kebanyakannya mengusahakan sawah padi dan menoreh getah.Dapat dilihat. hingga kini mereka masih gemar membeli tanah baru untuk memperluaskan aset pertanian. Ramai juga sudah masuk universiti. masyarakat Siam agak ketinggalan dalam aktiviti perniagaan. Datuk Charern Intachat yang turut diangkat sebagai Senator Dewan Negara pertama masyarakat Siam telah menjadi pencetus semangat komuniti ini. perkembangan ekonomi dan cara hidup masyarakat Siam sudah menampakkan perubahan ketara dengan kini semua orang sudah mampu memiliki kereta dan mendirikan rumah selesa. Berbeza dengan zaman dulu kerana kami terpaksa menumpang di wat Siam jika mahu mudah ke sekolah. Pendidikan juga tidak begitu diberi keutamaan. Ia mungkin disebabkan kurangnya peluang mereka mendapatkan pinjaman dan tapak perniagaan berbanding masyarakat lain. Tidak ada satu pun orang Siam yang mempunyai syarikat besar dan menjadi pengarah syarikat yang tersenarai. Kini. Meskipun orang Siam sudah menunjukkan peningkatan dalam cara hidup dan ekonomi. pendidikan dan budaya. Perubahan dan kemampuan masyarakat Siam untuk bersaing banyak didorong oleh sikap utama masyarakat ini yang kuat bekerja dan berani meneroka kawasan baru. Jika adapun.Tidak banyak peniaga besar dalam masyarakat mereka. Demikianlah kedudukan orang Siam di bidang ekonomi selepas 50 tahun merdeka. sepanjang perjalanan memasuki kampung Kubang Chenok. Malah. ia nyata berubah. Mungkin perubahan ini kerana sudah ada sekolah di kampung.Namun. Kerana itulah orang Siam menganggap wat Siam sebagai pusat perkembangan agama.Dahulu.walaupun masih ramai bertani. sejak ada kejayaan yang dicapai orang Siam sebelum ini seperti Bekas Pengarah Kastam Kedah.Namun. Ramai sudah jadi kakitangan kerajaan dan berpangkat besar. hanya perniagaan kecil-kecilan. ia dihiasi pemandangan sawah padi yang terbentang meluas selain kiri kanan jalan yang dilatari deretan pokok getah. Bilangan yang lebih kecil menceburi sektor perniagaan kebanyakkan sebagai pengusaha kedai runcit atau mekanik membaiki motosikal. 99 peratus orang Siam bertani. .Dalam konteks ekonomi.

Tidak kurang juga generasi muda yang terpaksa lari sektor pertanian kepada sektor lain yang tidak memerlukan kepakaran yang tinggi. Pekerja buruh binaan kini terpaksa bersaing denagn pekerja Bangladesh dan Indonesia yang sanngup menerima upah yang lebih rendah. Pemandu lori dan bas persiaran menjadi pilihan ramai. Tanaman getah.Antara kekangan yang dihadapi dari segi ekonomi ialah orang Siam majoritinya adalah petani. Kalau dahulu kebanyakkan petani mengusahakan tanah nenek moyang atau tanah yang diteroka. Mereka membahagikan hasil getah yang ditoreh dengan tuan empunya kebun. Penanaman padi kini semakin tidak ekonomi. . Ramai petani kini menjadi penoreh getah upahan di ladang orang lain. Malah ada yang menceritakan bahawa pencuri semakin berani. Demikian juga pekerja kilang. Ini kerana sawah padi yang dahulunya dimiliki oleh ibu bapa atau nenek moyang mereka terpaksa di bahagikan dengan bilangan anak anak yang ramai. Pencuri dilaporkan berani membawa cuka untuk mengeringkan susu getah didalam cawan atau plastik yang baru ditoreh selepas penoreh pulang. Kebelakangan ini ramai juga mempunyai tanaman kelapa sawit. Di Kubang Pasu dilaporkan masalah utama penoreh getah ialah kecurian yang semakin berleluasa. padi dan dusun adalah warisan tradisi berzaman. Keadaan ini di katakan semakin menganas sehingga ada yang terpaksa tidur di dalam kebun untuk mengelak tahi getah atau sekerap mereka dicuri. Hampir semua penoreh getah mengaku bahawa tahi getah atau sekerap mereka di curi. Pada masa ini mereka tidak ada lagi kawasan baru untuk diteroka.

Masyarakat Siam di Kubang Chenok. . Kodiang ramai bekerja sebagai penoreh getah sebagai mata pencarian.  Masyarakat Thai yang membuka kedai runcit. Sawah padi di Kampung Kubang Chenok yang diusahakan masyarakat Thai.

mereka boleh bercampur dengan semua kaum lain terutama kebudayaan mereka yang dekat dengan Melayu dan pembawaan agama yang sama dengan kebanyakan orang Cina. . Seorang tidak dapat membezakan seorang Melayu atau Siam jika mereka tidak didengari bahasa mereka sendiri.Begitu jugalah dengan amalan memakai kain sarung dan pelikat yang sudah menjadi identiti masyarakat Siam sejak zaman berzaman. pegangan agama Buddha dan adat resam seperti ritual perkahwinan. Orang Siam Malaysia sering mendapat naungan dari kerajaankerajaan negeri untuk kebaikan masyarakat mereka. Ini adalah terbukti khususnya di kalangan orang Siam Kelantan. Etnik Siam masih mengekalkan budaya bermasyarakat dalam komuniti mereka dengan sentiasa bersama dalam kebanyakan aktiviti meskipun ada yang dipisahkan oleh kefahaman politik berbeza. Kebanyakan orang Siam Malaysia mengadakan hidup mirip dengan orang Melayu. Meskipun begitu. tidak pernah timbul sebarang masalah sesama mereka. Antaranya termasuklah menghormati tetamu. Ia sudah menjadi tradisi masyarakat Siam di Malaysia dan juga orang siam di Thailand. Budaya masyarakat Siam ada banyak persamaan dengan masyarakat Melayu terutamanya. Sering.Secara umum. amalan bergotong-royong dan tidak memakai kasut di dalam rumah. kuil-kuil diberikan dana murah hati dari kerajaan negeri. Kerajinan mereka dalam bekerja. kesenian dan kebudayaan masih kekal dipertahankan termasuklah kepercayaan kepada bomoh. Selain itu orang Siam Malaysia adalah seperti Melayu oleh kerana mereka menutur loghat Melayu tempatan yang fasih. selain mengamalkan amalan tidak suka meminta-minta menjadikan mereka mampu berdikari dalam komuniti minoriti itu.Perayaan besar seperti Loy Krathong pada bulan November dan Songkhran pada bulan April masih disambut dengan meriah sehingga ke hari ini.Dari segi adat resam dan budaya pula . Memakai kain sarung bagi wanita atau kain pelikat bagi lelaki contohnya bukanlah sesuatu yang dilakukan kerana asimilasi atau adaptasi kepada budaya Melayu Kelantan. Lebih unik. Satu-satunya tanda berlainan di kalangan mereka adalah agama dan bahasa. .

Dikenali juga pesta Rahmat Cahaya.Penduduk tempatan keturunan Siam mempercayai kewujudan tuhannya dan beranggapan perlu berterima kasih kepadanya. Pesta Loy Krathong disambut dengan meriah oleh masyarakat siam Manakala Pesta Songkran pula.000 masyarakat Siam di seluruh negeri hadir pada pesta berkenaan. Sekiranya mengikut kalendar masihi. Kebetulan pesta Songkran ini adalah jatuh pada hari yang terpanas dalam satu tahun. pesta Songkran ini disambut pada pertengahan bulan April. Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta Songkran. Negara Malaysia yang berbilang kaum. Masyarakat Siam di Kelantan turut menyambut perayaan tahun baru ini. Maka pada malam bulan purnama dalam bulan November setiap tahun.Perayaan besar yang diberi nama Loy Krathong disambut oleh masyarakat siam pada bulan November . Songkran disambut berdasarkan kepada Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari kelima belas. Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta mandi air iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai. Kira-kira 15. Majlis Tindakan Pelancongan Kelantan dan Jabatan Kebudayaan. Program anjuran bersama Persatuan Masyarakat Siam Kelantan. Loy Krathong bermaksud Bunga Teratai yang dihanyutkan ke sungai. Dalam konteks. mereka akan menghanyutkan Bunga Krathong ke sungai bagi menunjukkan rasa terima kasih kepada Dewa Air . merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam. Kesenian dan Warisan Kelantan itu bertujuan mempromosikan produk pelancongan yang berasaskan kebudayaan pelbagai kaum negara ini.Misalnya Perayaan Loy Krathong 2008 diadakan di Padang Mahkota. .

kebudayaan dan adat resam. Semangat dan nilai-nilai murni yang sejagat dalam Perayaan Songkran seperti berbudi bahasa.Setiap minggu pada hari tertentu yang telah ditetapkan dalam kalendar pihak wat. . menghormati budi dan penghargaan terhadap orang tua. Oleh itu .walaupun banyak persamaan budaya antara masyarakat Siam dengan melayu namun mereka tetap berpegang teguh dengan budaya dan adat mereka. pesta Songkran menjadi simbol perpaduan.Penerapan unsur-unsur ini kepada golongan muda diambil berat. kemakmuran dan keamanan dengan penyertaan pemimpin-pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum. bersopan santun dan bersyukur adalah nilai teras pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa. Budaya mempersembahkan makanan kepada imej Buddha di wat adalah sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat siam. Adat masyarakat siam dalam perkahwinan Budaya masyarakat siam yang berkain sarung mempunyai persamaan dengan masyarakat melayu.Contohnya ada golongan muda yang tahu dengan tarian menorah dan makyung. mereka akan melunaskan tanggungjawab itu jika tidak bertembung dengan perkara yang lain.