You are on page 1of 5

TAJUK KURSUS:MATEMATIK ASAS KOD KURSUS: SMU3023 Tugasan Projek (60%

)

1.

Tugasan Geometri Koordinat (30%) Malaysia beriklim panas tropika dan kaya dengan flora dan fauna. Terdapat tamantaman yang indah di seluruh Malaysia. SMK Permata bercadang untuk menceriakan kawasan sekolah seperti dalam Rajah 1 dengan melibatkan pelajar dalam usaha menanam dan menyelenggara kehijauan tumbuh-tumbuhan. Setiap persatuan diberi satu kawasan dengan pelbagai bentuk dan saiz untuk diselia sepanjang tahun. Persatuan Matematik, Persatuan Bahasa Inggeris dan Persatuan Bahasa Melayu masing-masing diperuntukkan kawasan P, Q dan R.

Rajah 1 a) Tentukan luas kawasan P, Q dan R dengan menggunakan kaedah geometri koordinat. Tentusahkan jawapan anda dengan menggunakan perisian komputer. (Cadangan sebagainya.) : GeoGebra, Geometer’s Sketchpad, kalkulator grafik dan

b) Andaikan terdapat deretan tumbuhan di sepanjang AB. Persatuan Matematik bercadang untuk memasang pagar bagi sisi-sisi lain kawasan P. Tentukan panjang pagar yang diperlukan.

c) Jika kos semeter pagar ialah RM25.00, berapakah jumlah kos yang diperlukan oleh Persatuan Matematik untuk memagar kawasan P? Dengan dana sebanyak RM250.00, bolehkah persatuan itu memagar kawasan tersebut? Huraikan jawapan anda.

2. .

Tugasan Logaritma (20%) Salah satu konsep matematik yang biasa digunakan ialah logaritma. Sebelum kalkulator saintifik diperkenalkan, logaritma telah digunakan untuk mendarab dan membahagi nombor yang ekstrim dengan menggunakan sifir matematik. Logaritma asas sepuluh yang paling biasa digunakan juga dikenali sebagai logaritma biasa. Selain daripada sepuluh, asas dua, lima, lapan dan lain-lain juga boleh digunakan. Orang Babylon telah membuat pengiraan asas sehingga 60. Logaritma banyak digunakan dalam pelbagai bidang kajian. Pada awal kurun yang ke17, ahli pelayaran, saintis, jurutera dan ahli astronomi telah mengaplikasikan logaritma untuk memudahkan pengiraan. Berdasarkan petikan di atas, a) Dapatkan rencana sejarah ringkas mengenai logaritma. Sediakan pengurusan grafik yang bersesuaian. (guna peta i-think)

b) Cari dan terangkan aplikasi logaritma dalam dua bidang yang berbeza. Penerangan setiap aplikasi perlu merangkumi perkara berikut : i. ii. Bidang yang dipilih, Contoh-contoh penyelesaian masalah dalam bidang yang terpilih (sekurang-kurangnya 2 contoh).

3.

Refleksi (10%) Tulis refleksi terhadap proses pembelajaran semasa melaksanakan tugasan ini. Penulisan refleksi anda perlu merangkumi aspek yang berikut:   Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini. Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan dan bagaimana mengatasinya.

Hasil projek yang perlu dihantar ialah yang berikut:

1. Laporan yang merangkumi  pembentukan persamaan,hasil pengiraan dan huraian jawapan.  persembahan grafik berdasarkan rencana.  rencana asal sebagai bahan bukti.  contoh aplikasi yang relevan dengan topik dan dilampirkan sebagai bukti.  senarai rujukan.  bahan rujukan. Panduan Pelaksanaan Tugasan Projek Format penulisan tugasan adalah seperti berikut : 1. Fon Arial. 2. Saiz huruf – 11. 3. Langkau 1.5 baris. 4. Rujukan mengikut format APA( American Psychological Association). 5. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 6. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. 7. Tugasan ini membawa markah 60% dan wajaran 60% .

iamshfH
kos nh;f.--- . (1 ejyfis wmpfj)

Sdbp;f eidy. (1 ejyfis wmpfj)