You are on page 1of 57

PENGAKUAN

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

.................................................... (SALMA NT AWG. MAT ) 660212-03-5066

................................................... ( NORMA BT YUSOF ) 660321-03- 5005

I

Jadual Pelaksanaan Tugasan
10 Julai 2013 15 Julai 2013 20 Julai 2013 12 Ogos 2013 17 Ogos 2013 24 Ogos 2013 - Menerima soalan tugasan daripada pensyarah. - Pembahagian tugasan dalam kumpulan. - Mengumpul bahan. - Pelaksanaan tugasan - Memurnikan tugasan. - Menghantar tugasan.

ii

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ( s.a.w ), keluarga baginda, para sahabat, seterusnya muslimin dan muslimat sekalian alam. Terlebih dahulu kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah pembimbing Encik Abdullah bin Mohd. Yassin kerana telah membimbing dan membantu menyelesaikan tugasan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan sekuliah yang telah sama-sama bertungkus- lumus mencari bahan dan maklumat serta sudi berkongsi idea semasa proses melaksanakan kerja ini sehingga selesai. Kami juga mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak kementerian pelajaran yang bermurah hati menaja pengajian kami. Akhir sekali , terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga yang memberi dorongan dan semangat untuk meneruskan pengajian ini,

Sekian , terima kasih.

Iii

KANDUNGAN

Pengakuan Jadual Pelaksanaan Tugasan Penghargaan Kandungan TUGASAN 1 1.0 Frasa Bahasa Melayu dan Binaannya 1.1 Pengenalan 1.2 Definisi 1.3. Binaan Frasa 1.3.1 Binaan Frasa Nama 1.3.2 Binaan Frasa Kerja 1.3.3 Binaan Frasa Adjektif 1.3.4 Binaan Frasa Sendi Nama 1.4 Kesimpulan 2.0 TUGASAN 2 ( Individu ) 2.1 Mencari Nafas Baharu 2.2 Mutiara Bonda TUGASAN 3 3.0 Ayat Terbitan 3.1 Pengenalan 3.2 Proses Penerbitan Ayat 3.2.1 Proses Pengguguran 3.2.2 Proses Penyusunan Semula 3.2.3 Proses Peluasan 3.3 Rumusan Refleksi Bibliografi Lampiran

i ii iii iv

1 1 1 3 3 5 7 10 12

13 24

30 30 30 30 35 37 41

iv

TUGASAN 1

SECARA BERPASANGAN, NYATAKAN DEFINISI FRASA BAHASA MELAYU DAN BINAANNYA

Namun begitu. Frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung kepada suatu unsur luaran. 1.2 DEFINISI FRASA BAHASA MELAYU Menurut Abdullah Hassan et al. menjadi unsur kepada ayat dan boleh diperluas. ( 2006 ) melalui bukunya Sintaksis. frasa ialah unit yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan. ke semua konsep yang diutarakan membawa maksud yang sama iaitu terdiri daripada satu perkataan. Antara binaan frasa endosentrik ialah frasa nama. 1 . dan berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Hal ini dinyatakan oleh beberapa orang pakar bahasa seperti Abdullah Hassan. Binaan frasa endosentrik tidak boleh digugurkan kerana proses pengguguran frasa endosentrik akan menjadikan frasa tersebut tidak lengkap.0 1.1. frasa kerja dan frasa adjektif. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti yang mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa tersebut masih dianggap lengkap dan boleh difahami walaupun frasa eksosentrik digugurkan. Asmah Haji Omar dan lain-lain. Frasa binaan eksosentrik ialah frasa sendi nama. Frasa eksosentrik pula ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti. Nik Safiah Karim.1 FRASA BAHASA MELAYU DAN BINAANNYA PENGENALAN FRASA BAHASA MELAYU Pelbagai tafsiran dan konsep yang dirumuskan oleh pengkaji-pengkaji bahasa tentang frasa bahasa Melayu.

sedang. frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. frasa terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan yang disusun menjadi rangkai kata. Di samping itu. frasa dapat diberi maksud sebagai kelompok kata yang mengandungi satu kesatuan erti ( Ahmad Khair Mohd Nor. Oleh itu. bermain dan bola. Frasa dinyatakan berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. dalam bukunya „ Nahu Bahasa Melayu „ pula menyatakan bahawa ayat dalam bahasa terbentuk daripada urutan perkataan yang dapat bertugas sebagai unsur binaan ayat yang lebih kecil yang dipanggil frasa. 2008 ). menyatakan bahawa frasa merupakan rangkaian dua kata atau lebih. Selain itu. Daripada contoh ayat di atas. Abang sedang bermain bola. Menurut pendapat Ahmad Khair Mohd Nor ( 2008 ) dalam bukunya‟ Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu‟. 2 . ( 2010 ) pula memdefinisikan frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan. Oleh itu. Contohnya . yang merupakan unsur ayat hanyalah frasa. Arbak Othman ( 1989 ). hanya mengenal dua kategori utama iaitu frasa dan ayat.Manakala Nik Safiah Karim et al. Dalam aliran transformasi generatif. Asmah Haji Omar ( 2008 ) juga menyatakan bahawa nahu dalam aliran transformasi generatif . dan sedang bermain bola sebagai frasa yang lain yang menduduki tempat predikat dalam binaan ayat. Asmah Haji Omar ( 2008 ) dalam bukunya „ Nahu Kemad Kini „. ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. ia dapat dipisahkan kepada beberapa bentuk kata iaitu abang. frasa boleh terdiri daripada satu kata penuh. Perkataan-perkataan ini disusun menjadi dua rangkai kata yang disebut frasa iaitu abang sebagai satu frasa yang menduduki tempat subjek.

1. Contoh frasa nama :   Emak memasak di dapur Emak kesayangan kami memasak di dapur. Inti ialah yang menjadi fokus utama dalam frasa.3BINAAN FRASA Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan. manakala penerang ialah kesayangan kami.1. Dalam ayat ( 2 ) intinya ialah emak.3. ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Dalam ayat ( 1 ) unsur inti subjek ayat itu ialah frasa emak yang terdiri daripada 1 patah perkataan sahaja. 2. frasa adjektif ( FA ) dan frasa sendi nama ( FSN ). 3. 4.1 BINAAN FRASA NAMA Definisi Frasa yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya dan wujud secara bersendirian sebagai satu patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah unsur inti tersebut. Dalam ayat ( 2 ) unsur inti subjek itu ialah frasa emak kesayangan kami yang boleh diikuti oleh penerang. 5. Terdapat empat jenis frasa iaitu frasa nama ( FN ). frasa kerja ( FK ). Frasa dibahagikan berdasarkan jenis konstruksinya dan juga berdasarkan sistem yang dimasukinya serta berdasarkan fungsinya dalam ayat. 1. 3 . manakala penerang pula ialah penjelasan bagi menerangkan makna inti tersebut.

Contohnya : Tolong-menolong amat digalakkan Rajin belajar tangga kejayaan 8. Contoh –contoh lain adalah seperti : FRASA NAMA INTI Majlis Pusat Pasukan PENERANG Penyampaian hadiah Penetasan penyu Bola sepak Kelantan 7. Sesuatu ayat yang sempurna boleh terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan predikat seperti berikut : SUBJEK ( FRASA NAMA ) Encik Hamad Kucing berbulu lebat itu Khairul Fahmi PREDIKAT ( FRASA NAMA ) Ketua Balai Polis Binjai Binatang kesayangan adik Pemain bola sepak Kelantan 4 . iaitu apabila unsur itu memainkan tugas dan berfungsi sebagai kata nama. Terdapat juga unsur bukan nama yang boleh menjadi inti dan menduduki subjek frasa nama.6.

3. Contohnya : a.1. Ayat a. 5 . maka kata kerja ini tergolong dalam kata kerja tak transitif .Bapa membasuh kereta.2 BINAAN FRASA KERJA Definisi Frasa kerja ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya dan berfungsi sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Kata Kerja Tak Transitif 1. Adik tidur lena. 2. b dan c menunjukkan kata kerja tidur. iaitu ia tidak diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkannya. c. bersenam dan membasuh tidak diikuti oleh oleh frasa nama sebagai objek.Pemuda itu suka bersenam.Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek. b. Contoh frasa kerja : AYAT Subjek Peniaga itu Kakak Gasing itu Predikat ( Frasa Kerja ) Melayan pelanggan dengan mesra Menangis teresak-esak Berpusing ligat Binaan frasa kerja boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.

kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. Pekerja itu membersihkan kolam ikan sebelum memasukkan anak-anak ikan tersebut. Contohnya : a.Pemuda itu suka bersenam di taman permainan pada waktu petang. c. Kata kerja Transitif Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek.3.Adik tidur lena di atas sofa.Bapa membasuh kereta baharunya pada setiap hari minggu. Contohnya : FRASA KERJA Kata Kerja Transitif Membersihkan Menyiram Membaca Penyambut Kolam ikan Pokok bunga Majalah Contoh ayat : a. Puan Maria menyiram pokok bunga setiap hari.Kata kerja ini boleh diikuti dengan unsur pelengkap atau penerang. Kakak membaca majalah di ruang tamu. iaitu kata kerja ini perlu diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Dalam ayat di atas . Pelengkap atau penerang ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja tak transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut. b. Biarpun begitu. c. 6 . b. ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif ( tanpa objek ).

c. Contohnya : AYAT Subjek ( Frasa Nama ) Murid itu Keretanya Meja kayu itu Predikat ( Frasa Adjektif ) Bijak sungguh Cantik sekali Sangat kukuh 7 . 1. b.3. b. c. Frasa kerja yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek boleh terdiri daripada 1 atau 2 objek.3 BINAAN FRASA ADJEKTIF Definisi Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif atau kata sifat sebagai unsur intinya dan bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. frasa adjektif dan frasa sendi nama. Puan Aminah menghidangi tetamunya kuih bingka.Selain mempunyai binaan kata kerja sebagai inti dan diikuti oleh frasa nama sebagai objek. Bapa menghantar adik ke pusat tuisyen petang tadi. Ibu membeli buah-buahan segar. Contohnya : a. Nenek mengupas bawang. Mereka meraikan tetamu malam tadi. Kakak menyiapkan kertas kerjanya. Contoh : a. frasa kerja transitif juga boleh mempunyai keterangan yang terdiri daripada frasa nama.

1. Sebagai contohnya : a. Jamilah anak manja. c. Kanak-kanak itu bercakap sungguh petah. Kuda itu berlari pantas. b.Jika frasa adjektif bertugas sebagai unsur penerang pula. 2. sama ada di hadapan atau di belakangnya. predikat frasa adjektif boleh berada di hadapan seperti contoh : a. kedudukannya adalah selepas kata nama. Sebagai contohnya : FRASA ADJEKTIF Kata Bantu Belum Sudah Terlau Amat Penguat(Hadapan) Kata Adjektif Tajam Ranum Baik Cantik Laju Sekali Betul Sangat Penguat(Belakang) 8 . Dia murid paling cerdik. kedudukannya dalam predikat ayat adalah selepas kata kerja. b. Bijak sungguh murid itu. 3. Jika frasa adjektif bertugas sebagai unsur keterangan. tetapi boleh juga disertai oleh kata bantu dan kata penguat. Cantik sekali keretanya.Frasa adjektif juga boleh menjadi unsur keterangan dan unsur penerang.Dalam susunan songsang pula. Sebagai contohnya : a.Binaan frasa adjektif bukan sahaja mengandungi kata adjektif sebagai unsur inti. Sangat kukuh meja kayu itu. b.

iaitu : a). Suara penyanyi itu merdu sekali.Contoh ayat : a. 5. c) Kata Penguat Bebas Kata penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya boleh berada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Kata bantu boleh hadir sebelum atau sesudah kata penguat. e. Cuaca hari ini terlalu panas. Kata penguat yang terdapat dalam frasa adjektif terdiri daripada 3 jenis. Hatinya terlalu baik. Tudungnya amat cantik sekali. Pokok kelapa itu tinggi sangat. Bas itu laju betul. b. contohnya :    Pemandangan di kaki bukit itu indah nian. Buah mangga itu sudah ranum sangat. contohnya:    Kulitnya agak cerah. Kanak-kanak itu nakal benar. Pisau itu belum tajam. c. b) Kata Penguat Belakang Penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya :   Pokok kelapa itu sangat tinggi. 9 . d. Kata Penguat Hadapan Penguat hadapan ialah perkataan yang terletak di hadapan kata adjektif. 4. Keretanya paling besar.

kepada. Contohnya : Subjek ( Frasa Nama ) Kerusi itu Keretanya Novel itu Predikat ( Frasa Sendi Nama ) Daripada kayu jati Di pusat servis Tentang kasih sayang 10 .4 BINAAN FRASA SENDI NAMA Definisi Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada 1 kata sendi nama yang diikuti oleh 1 frasa nama sebagai pelengkap kepada kata sendi nama ini. * Air laut kelihatan kebiru-biruan. 1. Frasa adjektif bukan hanya terdiri daripada kata dasar seperti cantik.seperti contoh terdahulu namun boleh juga terdiri daripada perkataan berimbuhan seperti tercantik.3. tertinggi dan kebiru-biruan seperti dalam ayat di bawah: * Rumah Pak Hamid tercantik di kampung itu. Dalam susunan ayat biasa . baik. daripada. jauh dan tinggi.  Perigi itu amat dalam. untuk. pada. Contohnya: dari. Perigi itu dalam amat. * Adib mendapat markah tertinggi dalam ujian itu. Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. 6. oleh dan sebagainya . frasa sendi nama menduduki bahagian predikat ayat. ke.

Kata Sendi Nama + ( Kata Arah ) + Frasa Nama + ( Kata Keterangan ) Satu lagi frasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti oleh unsur keterangan yang hadir secara pilihan. Contoh : 11 . Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah ) + Frasa Nama Binaan ini terdiri daripada satu kata sendi nama diikuti oleh frasa nama yang didahului oleh kata arah sebagai unsur pilihan. frasa sendi nama mempunyai 3 pola binaan seperti berikut : 1. Contohnya : FRASA SENDI NAMA Kata Sendi Nama Kata Arah Di Ke Hadapan Belakang Frasa Nama Kata Nama Sekolah Kedai 3. Kata Sendi Nama + Frasa Nama Binaan ini terdiri daripada 1 kata sendi nama dan diikuti oleh satu kata nama sebagai pelengkap. Contohnya : FRASA SENDI NAMA Kata Sendi Nama Sejak Daripada Untuk Dengan Pada Frasa Sendi Nama Semalam Kayu jati Murid cemerlang Kesabarannya Dinding rumah 2.Secara umumnya.

4 KESIMPULAN Frasa bahasa Melayu secara rumusnya boleh ditakrifkan sebagai unit yang terdiri daripada satu perkataan dan boleh diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. 12 .FRASA SENDI NAMA KATA SENDI NAMA Ke Ke Dari Dari FRASA NAMA Kata Arah Utara Utara Belakang Belakang Frasa Nama Tanah air Tanah air Rumah Rumah Setiap tahun Dengan datuk Keterangan 1. frasa mempunyai binaan yang berbeza antara satu sama lain dan mempunyai fungsi yang berbeza. Setiap binaan frasa digunakan dalam ayat dan frasa berdasarkan kesesuaian dan jenis ayat. Frasa merupakan unsur kepada ayat dan binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau predikat. Kesimpulannya.

PILIH SATU PETIKAN CERPEN KOMSAS PMR ( TINGKATAN 1 – 3 ) DAN AMBIL LIMA AYAT DARIPADANYA SECARA BERURUTAN.TUGASAN 2 SECARA INDIVIDU. . ANALISISKAN FRASA-FRASA YANG MEMBINANYA.

Milah anak sulung daripada enam orang adik beradik. Ibunya berkedai runcit secara kecil-kecilan. Dia murid yang rajin dan aktif dalam sukan.NAMA : NORMA BT YUSOF 2. manakala ayahnya menangkap ikan sebagai mata pencarian. Sebagai guru tingkatan dan guru mata pelajaran. 4.1 CERPEN KOMSAS TINGKATAN 3 Tajuk : Mencari Nafas Baharu Penulis : Ayusari MJ Petikan Cerpen Mencari Nafas Baharu Di dalam bilik darjah yang tidak begitu luas. Ibunya berkedai runcit secara kecil-kecilan. Ana berkesempatan untuk mengenali Milah secara dekat. 13 . Di dalam bilik darjah yang tidak begitu luas. Ana berkesempatan untuk mengenali Milah secara dekat. 3. Ana diamanahkan untuk membimbing murid-murid tingkatan 3 sebanyak 25 orang. 5. manakala ayahnya menangkap ikan sebagai mata pencarian. Sebagai guru tingkatan dan guru mata pelajaran. 2. Milah anak sulung daripada enam orang adik beradik. Analisis Frasa 1. Dia murid yang rajin dan aktif dalam sukan. Ana diamanahkan untuk membimbing murid-murid tingkatan 3 sebanyak 25 orang.

Ana diamanahkan untuk membimbing murid-murid tingkatan 3 sebanyak 25 orang. Binaan ayat : Ayat Majmuk Gabungan Ayat 1 : Di dalam bilik darjah yang tidak begitu luas (Ayat tunggal) Ayat 2 : Ana diamanahkan. Di dalam bilik darjah yang tidak begitu luas. (Ayat tunggal) Ayat 3 : membimbing murid-murid tingkatan 3 sebanyak 25 orang. (Ayat tunggal) ii. i. Ayat 1 : Di dalam bilik darjah yang tidak begitu luas Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Rumus Pola Ayat Di dalam bilik darjah yang tidak Frasa Nama begitu luas Frasa Adjektif FN + FA Subjek Frasa Nama Kata Sendi Di Kata Sendi Dalam Kata Nama bilik darjah Kata Bantu Yang Predikat Frasa Adjektif Penerang tidak Kata Sifat begitu luas 14 .ANALISA FRASA YANG TERDAPAT DALAM AYAT 1.

Ana diamanahkan. Ayat 2 :.iii. Frasa Nama FK + FN Ayat Rumus Pola Predikat Frasa Kerja Kata Nama membimbing murid-murid Subjek Frasa Nama Penerang tingkatan 3 Keterangan sebanyak 25 orang. Ayat 3 : membimbing murid-murid tingkatan 3 sebanyak 25 orang. Predikat Ayat Subjek Ayat Frasa Frasa Subjek Predikat membimbing murid-murid tingkatan 3 Frasa Kerja sebanyak 25 orang. Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Ana diamanahkan Frasa Nama Frasa Predikat Frasa Kerja Rumus Pola Ayat FN + FK Subjek Frasa Nama Ana Predikat Frasa Kerja Diamanahkan iv. 15 .

Ayat Gabungan 1 : Sebagai guru tingkatan. Sebagai guru tingkatan dan guru mata pelajaran. Ana berkesempatan untuk mengenali Milah secara dekat. Frasa Nama Frasa Predikat Frasa Nama Rumus Pola Ayat FN + FN 16 . i. atau. lalu dan sebagainya. ii. Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Sebagai guru tingkatan. Di dalam ayat tersebut juga terdapat prediket dihadapan subjek.v. 2. Rumusan Berdasarkan ayt diatas. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan. Binaan ayat : Ayat Majmuk Campuran ( Ayat Gabungan + Ayat Komplemen) Ayat Gabungan 1 : Sebagai guru tingkatan. Ayat juga digabungkan dengan menggunakan koma dan kata hubung. serta. Ayat Gabungan 2 : Sebagai guru mata pelajaran Ayat Komplemen : Ana berkesempatan untuk mengenali Milah secara dekat. dapat dirumuskan bahawa ayat di atas tergolong dalam ayat majmuk gabungan. tetapi.

Ayat Gabungan 2 : Sebagai guru mata pelajaran Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Sebagai guru Mata pelajaran Frasa Nama Frasa Predikat Frasa Nama Rumus Pola Ayat FN + FN Subjek Frasa Nama Kata Bantu Sebagai Kata Nama Guru Predikat Frasa Nama Kata nama Mata Kata nama Pelajaran iv. 17 Frasa Nama Frasa Kerja FN + FK Frasa Predikat Rumus Pola Ayat . Ayat Komplemen : Ana berkesempatan untuk mengenali Milah secara dekat.Subjek Frasa Nama Kata Bantu Sebagai Kata Nama Guru Predikat Frasa Nama Tingkatan iii. Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Ana berkesempatan untuk mengenali Milah secara dekat.

Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Ayat Milah anak sulung daripada enam orang adik beradik. ayat jenis ini panjang. Milah anak sulung daripada enam orang adik beradik. 3. Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya. Binaan ayat : Ayat Tunggal Ayat 1 : Milah anak sulung daripada enam orang adik beradik. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. v. Biasanya. Rumusan Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.Subjek Frasa Nama Kata Kerja Ana berkesempatan Kata sendi untuk Predikat Frasa Kerja Penerang mengenali Pelengkap Milah Keterangan secara dekat. Ayat 1 : Milah anak sulung daripada enam orang adik beradik. i. ii. Manakala ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. 18 Frasa Nama Frasa Sendi FN + FS Rumus Pola .

Frasa sendi nama sebagai unsur keterangan frasa nama ialah mendukung makna keterangan tempat. ii. Fungsi utama frasa sendi adalah sebagai sebagai keterangan. dan tujuan. i. asal.(Keterangan Frasa Nama) 4. Ayat 1 : Dia murid yang rajin dalam sukan 19 . pembuat. frasa adjektif dan frasa nama. Rumusan Dalam ayat diatas terdapat Frasa Sendi. Frasa ini boleh hadir sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja. masa. Ayat 2 : Dia murid yang aktif dalam sukan.Subjek Frasa nama Kata sendi Predikat Frasa Sendi Pelengkap Kata bantu Penerang Milah anak sulung Daripada enam orang adik beradik iii. Frasa sendi terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti Frasa Nama . sumber. Binaan ayat : Ayat Majmuk Ayat 1 : Dia murid yang rajin dalam sukan. Dia murid yang rajin dan aktif dalam sukan. Sebagaimana contoh diatas “Milah anak sulung daripada enam orang adik beradik”.

Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Rumus Pola Ayat yang rajin dalam Dia murid sukan Frasa Nama Frasa Adjektif FN + FA Subjek Frasa nama Kata Bantu Dia murid I Yang Predikat Frasa Adjektif Pelengkap Rajin Kata Sendi Dalam Pelengkap sukan iii. Ayat 2 : Dia murid yang aktif dalam sukan. Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Ayat Rumus Pola Subjek Ayat Dia murid yang aktif dalam Frasa Nama sukan Frasa Adjektif FN + FA Subjek Frasa nama Kata Bantu Dia murid Yang Predikat Frasa Adjektif Pelengkap Aktif Kata Sendi Dalam Pelengkap sukan 20 .

Apabila digabungkan dua ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung :dan” maka ia akan menjadi ayat majmuk yang lengkap. i. 5. Sebagai contoh seperti ayat diatas “Dia murid yang rajin dan aktif dalam sukan”. Rumusan Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih. Binaan ayat Klausa 1 Klausa 2 Klausa 3 : Ayat Majmuk Campuran : Ibunya berkedai runcit secara kecil-kecilan : Ayahnya menangkap ikan : Mata pencarian ii. Klausa 1 Subjek Ayat : Ibunya berkedai runcit secara kecil-kecilan Rumus Pola Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Ayat Ibunya berkedai runcit secara kecilkecilan 21 Frasa Nama Frasa kerja FN + FK . manakala ayahnya menangkap ikan sebagai mata pencarian. Ibunya berkedai runcit secara kecil-kecilan.iv. Ayat ini digabungkan daripada dua ayat tunggal yang menggunakan kata hubung iaitu “dan”. dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

Klausa 3 : Mata pencarian : Kata Nama Majmuk) Kata nama Mata Kata kerja Pencarian 22 .Subjek Frasa nama Kata kerja Ibunya Berkedai Predikat Frasa kerja Pelengkap Runcit Kata bantu secara Penerang kecil-kecilan i. Klausa 2 Subjek Ayat : Ayahnya menangkap ikan Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Rumus Pola Ayat Ayahnya menangkap ikan Frasa Nama Frasa Kerja FN + FK Subjek Frasa Nama Kata Kerja Ayahnya Menangkap Prediket Frasa Kerja Pelengkap Ikan ii.

Klausa 2 ialah Ayahnya menangkap ikan dan Klausa 3 ialah Mata pencarian. 23 .iii. manakala ayahnya menangkap ikan sebagai mata pencarian. Rumusan Ayat majmuk campuran ialah ayat yang lebih daripada satu jenis ayat. Oleh itu. iaitu campuran ayat majmuk gabungan dengan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk campuran juga dikenali sebagai ayat kompleks. Klausa 1 ialah Ibunya berkedai runcit secara kecil-kecilan. Hubungan klausa 1 dan klausa 2 ialah setara manakala hubungan klausa 1 dan klausa 2 dengan klausa 3 adalah tak setara. Ayat majmuk campuran terjadi apabila terdapat sekurang-kurangnya 3 klausa yang mungkin campuran ayat majmuk setara dengan satu ayat majmuk tak setara. Klausa yang digabungkan ialah sekurang-kurangnya 1 klausa bebas manakala klausa lain merupakan klausa tidak bebas. klausa 1 dan klausa 2 menjadi klausa induk manakala klausa 3 menjadi klausa bawahan. Sebagai contoh seperti ayat di atas : Ibunya berkedai runcit secara kecil-kecilan.

MAT NO.TUGASAN INDIVIDU ANALISIS FRASA NAMA : SALMA BT AWG. K/P : 660212-03-5066 .

Tegur sepatah.2 TAJUK : MUTIARA BONDA PENULIS : SITI HAJAR MOHD.CERPEN KOMSAS TINGKATAN 3 2. 2. 24 . jauhnya kami dalam keadaan yang berdekatan ! Asal berjumpa sahaja berbahanglah perang pertengkaran. Saya rasa dunia ini akan aman kalau dia tiada di rumah. Alangkah. 3. Analisa Frasa 1. ZAKI PETIKAN CERPEN Saya dan adik pun selalu bertikam lidah. dibalas makinya yang petah. Alangkah. Asal berjumpa sahaja berbahanglah perang pertengkaran. dibalas makinya yang petah. Saya dan adik pun selalu bertikam lidah. jauhnya kami dalam keadaan yang berdekatan! 4. Tegur sepatah. Saya rasa dunia ini akan aman kalau dia tiada di rumah. 5.

Penanda majmuk bagi ayat di atas ialah penggunaan kata hubung dan. + FK + FK 25 .ANALISIS FRASA YANG TERDAPAT DALAM AYAT. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. 2. Ayat 2 : Adik pun selalu bertikam lidah. Binaan ayat : Ayat Mejmuk Ayat 1 : Saya pun selalu bertikam lidah. Rumusan Ayat ini ialah ayat majmuk yang mengandungi lebih daripada satu frasa nama dan satu frasa kerja. Ayat 2 : Adik selalu bertikam lidah FN Subjek : Adik pun FN Predikat : Selalu bertikan lidah FK 4. Saya dan adik pun selalu bertikam lidah 1. Ayat 1 : Saya pun selalu bertikam lidah FN Subjek : Saya pun FN Predikat : Selalu bertikam lidah FK 3.

Ayat 2 : Kalau dia tiada di rumah FN Subjek : Kalau dia FN Predikat : Tiada di rumah FSN 4. Binaan ayat : Ayat Majmuk gabungan Ayat 1 : Saya rasa dunia ini akan aman Ayat 2 : Kalau dia tiada di rumah 2.Saya rasa dunia ini akan aman kalau dia tiada di rumah. Ayat di atas di kategorikan sebagai ayat majmuk gabungan kerana mengandungi dua ayat yang dihubungkan dengan frasa sendi di . 1. Rumusan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas. Yata ini mempunyai tiga frasa nama. + FSN + FA 26 . Ayat 1 : Saya rasa dunia akan aman FN Subjek : Saya rasa FN Predikat : Dunia ini akan aman FA 3. satu frasa adjektif dan satu frasa sendi nama.

Alangkah. Rumusan Ayat majmuk pancangan yang terdiri daripada dua frasa nama dan dua frasa adjektif. Ayat 2 : Dalam keadaan yang berdekatan FN + FA Subjek : Dalam keadaan FN Predikat : yang berdekatan FA 4. jauhnya FA Predikat : Kami FN 3. 27 . jauhnya kami dalam keadaan yang berdekatan 1. jauhnya kami FA + FN Subjek : Alangkah . jauhnya kami Ayat 2 : Dalam keadaan yang berdekatan 2. Ayat ini tergolong dalam ayat relatif yang dikenal dengan penggunaan perkataan yang. Ayat 1 : Alangkah . Frasa ini hadir untuk keterangan kepada frasa nama dan frasa adjektif. Yang ialah frasa sendi sebagai keterangan kepada frasa adjektif. Binaan ayat : Ayat Majmuk Pancangan Ayat 1 : Alangkah.

Ayat 2 : Berbahanglah perang pertengkaran FN + FK Subjek : Berbahanglah FN Predikat : Perang pertengkaran FK 4.Asal berjumpa sahaja berbahanglah perang pertengkaran 1. perang dan pertengkaran. Ayat 1 : Asal berjumpa sahaja FN + FK Subjek : Asal FN Predikat : berjumpa sahaja FK 3. Frasa nama ialah asal dan berbahang. Rumusan Ayat di atas ialah ayat tunggal yang mengandungi frasa nama dan frasa kerja. manakala frasa kerja pula ialah berjumpa. Binaan ayat : Ayat Tunggal Ayat 1 : Asal berjumpa sahaja Ayat 2 : Berbahanglah perang pertengkaran 2. 28 .

Rumusan Ayat di atas mengandungi satu frasa nama . Pola ayat ialah FN + FK + FA. Ayat 2 : Makinya yang petah FK + FA Subjek : Makinya FK Predikat: Yang petah FA 4. Yang ialah kata hubung yang menghubungkan frasa kerja makinya dengan frasa adjektif petah. Ayat 1 : Makinya yang petah Tegur sepatah dibalas FN + FK Subjek : Tegur sepatah FN Predikat: Dibalas FK 3. dibalas makinya yang petah 1. dua frasa kerja dan satu frasa adjektif.Tegur sepatah. Binaan ayat : Ayat Majmuk Pancangan Ayat 1 : Tegur sepatah dibalas Ayat 2 : 2. 29 .

TUGASAN 3 TERDAPAT TIGA PROSES MENERBITKAN AYAT DALAM BAHASA MELAYU IAITU. . PROSES PELUASAN. JELASKAN SETIAP PROSES TERSEBUT DENGAN MEMBERIKAN CONTOH-CONTOH AYAT YANG SESUAI. PROSES PENYUSUNAN SEMULA DAN PROSES PENGGUGURAN.

iaitu pembuangan butir linguistik daripada untaian. . 30 Kalian datanglah ke rumah. 3. Datanglah ke rumah. klausa dan ayat. Jangan buat lagi.0 AYAT TERBITAN 3. dengan cara pengguguran atau penambahan unsur dalam untaian.2 PROSES PENERBITAN AYAT Dalam bahasa Melayu. iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah peraturan struktur ayat dan memperluas sesuatu unsur dalam frasa. penyusunan semula dan proses peluasan.3. Rumus dalam transformasi generatif yang menentukan tatacara penukaran satu pola tatabahasa kepada pola tatabahasa yang lain. Contoh : Kamu diam. Awak jangan buat lagi. A + B+ C menjadi A + C apabila B digugurkan.2. Rumus ini dapat mengubah satu jenis ayat menjadi ayat yang lain. Contoh : Mahasiswi itu penyanyi Penyanyikah mahasisiwi itu ? ( Ayat Penyata Ayat Tanya ) 3. Unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud dalam untaian.1 PENGENALAN Ayat terbitan ialah ayat yang mengalami proses gramatis. penerbitan ayat dapat dilakukan melalui proses transformasi yang mengakibatkan proses pengguguran.1 PROSES PENGGUGURAN Proses pengguguran ayat ialah proses meninggalkan bahagian sesuatu binaan. Diam. A )Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek Pengguguran Kata Ganti Nama diri kedua dalam ayat perintah.

B)Pengguguran Subjek dalam Ayat Majmuk Jika terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang sama atau beridentiti sama dalam ayat-ayat bergabung menjadi ayat majmuk. Berlari dapat mengeluarkan peluh + berjalan dapat mengeluarkan peluh Berlari dan berjalan dapat mengeluarkan peluh. frasa nama. frasa adjektif dan frasa sendi nama. C) Pengguguran Frasa Predikat Proses pengguguran frasa predikat boleh berlaku pada keseluruhan predikat atau bahagian-bahagian daripadanya. Baju itu mahal + baju itu diimport dari Itali Baju itu mahal kerana diimport dari Itali. 31 . Kambing berkeliaran + lembu berkeliaran Kambing dan lembu berkeliaran. Pengguguran Seluruh Frasa Predikat Frasa Kerja Contoh pengguguran seluruh frasa predikat :       Singa haiwan liar + serigala haiwan liar Singa dan serigala haiwan liar. maka subjek frasa nama yang sama itu boleh digugurkan. Contoh : Mahasiswa itu kuat + mahasiswa itu berani Mahasiswa itu kuat dan berani. Pelajar itu mendapat 9A + pelajar itu gigih berusaha Pelajar itu mendapat 9A kerana gigih berusaha. Pengguguran frasa predikat boleh berlaku pada frasa kerja.

32 . Kota Bharu di Kelantan + Bachok di kelantan Kota Bharu dan Bachok di Kelantan. Buku itu dan buku ini bukan miliknya. Perangai dan sikapnya amat pelik hari ini. Bunga ini untuk ibu + kain ini untuk ibu Bunga dan kain ini untuk ibu. Kesantunan dan kebersihan amalan kita. Buku itu bukan miliknya + buku ini bukan miliknya. Bunga raya dan tugu kebangsaan lambang negara. Pengguguran Frasa Predikat Frasa Sendi Nama Contoh :       Dia akan ke stadium + adiknya akan ke stadium Dia dan adiknya ke stadium. Kesantunan amalan kita + kebersihan amalan kita. Perangainya amat pelik hari ini + sikapnya amat pelik hari ini.Pengguguran Frasa Predikat Frasa Nama Contoh pengguguran frasa predikat frasa nama : Bunga raya lambang negara + Tugu kebangsaan lambang negara. Doktor harus sabar + jururawat harus sabar Doktor dan jururawat harus sabar. Pengguguran Frasa Predikat Frasa Adjektif Contoh :       Kakak sangat rajin + adik sangat rajin Kakak dan adik sangat rajin.

Puan Mahani boleh berpantun + Puan Mahani boleh bersyair Puan Mahani boleh berpantun dan bersyair. Pengguguran Kata Bantu Contohnya :     Dia dapat memandu kereta + Dia dapat memandu lori Dia dapat memandu kereta dan lori. Dia mengambil pinggan + Dia mengambil gelas Dia mengambil pinggan dan gelas. Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek Contohnya :       Kucing itu mengejar tikus + Kucing itu menangkap tikus Kucing itu mengejar dan menangkap tikus.D) Pengguguran Bahagian Predikat Pengguguran oleh + Frasa Nama dalam Ayat Pasif Contoh :       Pokok ditebang oleh bapa Pokok ditebang Pencuri itu ditangkap oleh polis Pencuri itu ditangkap. Kami menyokong wawasan negara + Mereka menentang wawasan negara Kami menyokong tetapi mereka menentang wawasan negara. Majlis penyampaian hadiah dirasmikan oleh Guru Besar Majlis penyampaian hadiah dirasmikan. 33 .

b.Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek Contoh :       Pemandangan itu amat mengagumkan kami. b. Lakonannya itu sangat mempersonakan penonton. Mereka memilih hadiah + Hadiah itu menarik Mereka memilih hadiah yang menarik itu Mereka memilih yang menarik itu. Kekalahan itu sungguh memilukan pasukan Kelantan. Mak Timah membeli sayur yang segar itu. Pemandangan itu amat mengagumkan. Pengguguran Frasa Nama Objek. Lakonannya itu sangat mempersonakan. E )Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif Pengguguran frasa nama subjek. Puteri itu puteri bongsu + Puteri itu cantik berseri Puteri yang cantik berseri itu puteri bongsu. Orang itu bapa Dahlia + Orang itu memakai kopiah Orang yang memakai kopiah itu bapa Dahlia. Kekalahan itu sungguh memilukan. Contoh : a. Mak Timah membeli sayur + Sayur itu segar. 34 . Mak Timah membeli yang segar itu. Contoh : a.

Bertani memerlukan teknologi moden. 3. Sopan santun perlu wujud dalam kalangan pelajar. Perbuatan merokok membahayakan kesihatan. Walau bagaimanapun. KN ( inti ) + penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama hanya bahagian penerangnya yang mungkin bukan dari kelas nama.2 PROSES PENYUSUNAN SEMULA Dalam proses penyusunan semula. dan penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Merokok membahayakan. proses penyusunan semula ayat-ayat tidak membawa perubahan pada makna ayat. bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Terdapat tiga proses penyusunan semula. Contoh ayat :    Pekerjaan bertani memerlukan teknologi moden. iaitu : i) ii) iii) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek Penyusunan semula frasa nama sebagai objek Penyusunan semula melalui ayat songsang 35 . Sifat sopan santun perlu wujud dalam kalangan pelajar.Pengguguran Kata Nama Inti Frasa Nama Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama.2. Proses ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan atau pengguguran pada kata-kata tertentu.

Orang itu mengurniai isterinya anak. Orang itu mengurniakan anak kepada isterinya. c. d. Sampah disapu ( oleh ) abang.Engkau petik buah setiap malam Setiap malam engkau petik buah. iaitu objek tepat dan objek sipi. Transformasi Pasif Ayat yang mengalami transformasi pasif boleh disusun semula melalui Proses penyongsangan. Pekerja itu mengecat kereta. 36 . Ahmad mengirimi anaknya keropok. b. Ahmad mengirimkan keropok kepada anaknya.Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Subjek Contoh : aktif kepada pasif a. Contoh: 1. Penyusunan Semula Frasa Nama sebagi Objek Penyusunan ini terjadi pada ayat yang mengandungi dua objek. Gulai dimasak ( oleh ) emak. Abang menyapu sampah. Contoh :       Suami menghadiahi isteri kain Suami menghadiahkan kain kepada isterinya. Kereta itu dicat ( oleh ) pekerja itu. Emak memasak gulai.

iaitu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan. Di sana kami meletakkan hadiah itu. Bergerak di dalam kain tikus itu. Perempuan itu cantik. Peluasan frasa predikat Peluasan dengan kata hubung Peluasan melalui proses komplementasi Peluasan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek Frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi. 37 . Frasa relatif wujud melalui penggunaan kata relatif yang.2.3PROSES PELUASAN Proses peluasan ayat ialah penambahan unsur tertentu dalam ayat baharu. 3. masa.Penyusunan Semula Melalui Ayat Songsang Ayat yang mengandungi keterangan tempat. Akan berpindah ke bandar dia. Dia akan berpindah ke bandar. Perempuan yang cantik itu peragawati. Terdapat empat jenis peluasan. Contoh :         Kami meletakkan hadiah itu di sana. Di dalam kain tikus itu bergerak. iaitu :     Peluasan frasa nama ( FN ) sebagai subjek. Tikus itu bergerak di dalam kain. Ke bandar dia akan berpindah. Contohnya :    Perempuan itu peragawati. syarat. musabab dan sebagainya boleh juga disongsangkan jika keterangan itu dipentingkan.

Mahasiswi yang tersenyum itu buah hatiku. Ayah menyapu muka. = Orang itu mengait buah. Ayat 2 boleh direlativisasikan dengan syarat ayat itu diubah dalam bentuk pasif. iii. Contoh : = Mahasiswi membaling meja. Mahasiswi itu tersenyum. =Mahasiswi dibaling ( oleh ) mahasiswa ( pasif ). Jika subjek tidak sama. =Mahasiswa membaling mahasiswi. = Mahasiswi yang mahasiswa membaling meja.   Mahasiswi itu buah hatiku. Syarat Relativisasi i. Frasa nama identiti sama dan berfungsi sebagai subjek. =Bangunan yang mengait buah itu besar. Subjek frasa nama sama. * Pokok itu tinggi. * Bola itu kempis.Contoh : = Bangunan itu besar. ii. Ismail mengepam bola yang kempis itu. * Mukanya berpeuh. Ayah menyapu mukanya yang berpeluh. Peluasan Frasa Predikat Peluasan frasa predikat boleh terjadi jika frasa nama menjadi subjek dalam ayat yang dipancangkan. Contoh : = Mahasiswi membaling meja. Contoh :       Ismail mengepam bola. Adik memanjat pokok. = Mahasiswa membaling mahasiswi. Jika tidak relativisasi tidak terjadi. Adik memanjat pokok yang tinggi itu. 38 . = Mahasiswi yang dibaling ( oleh ) mahasiswa itu membaling meja ( relativisasi ). relativisasi tidak terjadi.

Komplementasi jenis ini terjadi dengan syarat frasa nama subjek dalam ayat induk dan ayat kecil adalah sama. -Penembak menembak tepat sasaran. Ayat di atas juga mungkin mempunyai unsur batin seperti contoh berikut : -Kakak duduk sepanjang hari. Transformasi Komplementasi Frasa Kerja. -Wanita itu melaporkan bahawa suaminya kahwin lagi. -Kakak duduk termenung sepanjang hari. 39 . dan -Kakak duduk termenung sepanjang hari. Contoh : -Dia pergi menembak seladang. dan memancangkannya pada ayat yang lain. Struktur batin ayat di atas adalah seperti berikut : -Wanita itu melaporkan suaminya kahwin lagi. Contoh : -Wanita itu melaporkan sesuatu suaminya kahwin lagi. Setelah mengalami proses pengguguran KH dan Fn yang sama. Ini kerana frasa kerja dalam ayat induk ialah frasa kerja transitif. maka wujudlah ayat terbitan seperti yang terjelma pada struktur permukaan. -Orang itu berdiri mengambil air.Peluasan Secara Komplementasi Peluasan ini ialah proses yang mengubah ayat menjadi satu frasa nama. -Pengawal itu tidur berdiri. -Kakak duduk termenung sepanjang hari. Ayat yang dipancangkan itu dikuasai oleh frasa kerja. Ayat tersebut tidak boleh dipasifkan. bukannya frasa nama. Ayat berikut terhasil daripada pelaksanaan transformasi komplementasi frasa kerja.

40 . tetapi. * Ayah pergi ke pasar. Iqmal mahu pergi ke pantai walaupun Iqbal tidak mahu pergi. Emak pergi ke pasar. kerana. walaupun dan sebagainya. jika.Peluasan dengan Kata Hubung Proses penggabungan dua konsituen yang sama dalam ayat dengan kata hubung seperti dan. Mahasiswa ini bahagia tetapi mahasiswi ini kecewa. Iqmal mahu pergi ke pantai. Emak dan ayah pergi ke pasar. * Iqbal tidak mahu pergi ke pantai. * Mahasiswi ini kecewa. Contohnya :    Mahasiswa ini bahagia.

terdiri daripada susunan perkataan yang bermula dan berakhir dengan kesenyapan. iaitu ayat penyata. . Ayat tunggal boleh dijelmakan dalam bentuk biasa dan bentuk songsang. Ayat majmuk boleh berupa gabungan. FN + FK. pertentangan. pancangan. ayat tanya. syarat. iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. cara. tetapi ayat penyata dan ayat aktif sahaja yang boleh menerbitkan ayat inti. waktu. Semua jenis ayat boleh menerbitkan ayat terbitan.3 Rumusan Berdasarkan perbincangan dapatlah dirumuskan bahawa ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa. maknanya lengkap. perbandingan. harapan. ayat seruan. sangkalan dan kenyataan 41. Dari segi nilai komunikatifnya ayat terbahagi kepada lima. ayat terbahagi dua. FN + FA. Ayat juga boleh terhasil sama ada dalam bentuk aktif atau dalam bentuk pasif. Terdapat pelbagai jenis ayat keterangan seperti keterangan musabab. iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Klausa ialah unit deretan kata yang mempunyai subjek dan oredikat yang menjadi konsituen ayat. Klausa terbahagi kepada dua. iaitu FN + FN. Dari segi bentuk. Pola inti terbahagi kepada empat. ayat perintah.3. akibat. dan FN + FSN. dan ayat emfatik. campuran dan pasif. tujuan.

REFLEKSI .

saya dapat rasakan betapa kerdilnya saya sebagai orang Melayu yang berbahasa Melayu. Melalui bimbingan pensyarah pembimbing.REFLEKSI NAMA : SALMA BT AWG. dapatlah saya menambahkan pengetahuan tentang bahasa kita ini. Namun. Dari sini. hendak seribu daya.K/P : 660212-03-5066 Alhamdulillah. kami juga telah ditugaskan untuk membuat analisis frasa berdasarkan ayat yang dipilih dalam cerpen Komsas PMR. Selain itu. Perbincangan yang dilakukan amat sukar kerana kami tinggal dalam jarak yang jauh. Selama ini saya tidak begitu mengambil berat tentang frasa bahasa Melayu secara mendalam. MAT NO. kami tidak pernah membuat kajian tentang ayat atau frasa yang terdapat dalam bahan bacaan kami. tidak hendak seribu dalih. tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Sintaksis Bahasa Melayu ( BMM 3110 ) telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Syukur. Tugasan kerja kursus ini memerlukan kami melaksanakan tugasan secara berpasangan melibatkan topik definisi frasa dan binaan frasa bahasa Melayu serta proses penerbitan ayat. melalui tugasan ini. tetapi begitu sedikit pengetahuan yang ada dalam diri saya. Pembahagian tugas telah dilaksanakan bagi melancarkan pelaksanaan tugasan dan memastikan tugasan ini dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikan. Tugasan individu ini amat mencabar kerana sebelum ini. Tugasan ini telah membantu saya mengetahui konsep frasa Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. . Melalui tugasan ini saya dapat mengkaji dan memahami tentang frasa bahasa Melayu dan mengenali lebih dekat lagi tentang segala aspek yang terdapat dalam bahasa ini. dengan izin dan kurniaNya. saya menerokai bahasa Melayu sedikit demi sedikit.

Saya mengambil inisiatif dengan membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat tugasan ini. Berpandukan bahan rujukan . Memang tidak dinafikan bahawa tugasan ini amat mencabar. . terima kasih. Insya Allah. Namun. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah memberi kerjasama terutama sekali pensyarah pembimbing Encik Abdullah bin Mohd Yassin. akhirnya ia berjaya disiapkan juga. Sekian. Harapan saya agar saya dapat aplikasikan dengan lebih baik dalam kelas nanti. Pengalaman yang diperoleh melalui tugasan ini akan saya gunakan sebaik mungkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersama anak didik di sekolah. saya melaksanakan tugasan ini sedaya upaya saya.

Saya juga harus selalu bersama buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan untuk mendalami ilmu bahasa saya untuk diajarkan kepada murid-murid saya di samping membuat rujukan daripada buku-buku ilmiah yang lain. saya harus tahu secara terperinci dan mendalam tentang bentuk ayat. En Abdullah juga merupakan tempat rujukan kepada pensyarah-pensyarah lain. Terimakasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada En Abdullah di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Penerangan panjang lebarserta bantuan yang diberikan telah memberi suntikan semanga tkepada saya untuk mendalami bidang Sintaksis Bahasa Melayu ini. Saya juga amat bersyukur kerana dapat mempelajar ibidang sintaksis ini dengan seorang pensyarah yang bukan calang-calang orang.REFLEKSI Syukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izinNya dapat saya dan pasangan menyiapkan tugasan SintaksisBahasaMelayu BMM 3110 di bawah bimbingan pensyarah En Abdullah bin MdYassin yang juga merupakan mentor kepada kumpulan BMM3 Program Pensiswazahan Guru Kohort 1. Urutan Kata. Perpindahan . Ayat Dasar dan Ayat Terbitan. Saya juga harus menguasai dan memahami secara terperinci tentang Struktur Binaan Ayat. Dengan mengikuti bidang sintaksis ini juga. Setiap bait dan tuturbicaranya penuh makna.Nampaknya selama ini saya telah terpesong jauh dalam menyampaikan ilmu kepada anak didik saya kerana saya dapati ilmu yang saya ada sekarang ini terlalu cetek. Pembahagian Subjek dan Predikat. beliau merupakan orang kuat Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah diangkat sebagai „munsyi‟ atau guru bahasa. Di mana sebagai seorang guru bahasa Melayu. struktur ayat. Ini sejajar dengan tugas saya sebagai seorang guru bahasa Melayu di sekolah rendah. Jad ikesempatan yang ada ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk menimba sebanyak mungkin ilmu daripadanya untuk dicurahkan kepada anak murid di sekolah saya yang terlalu hauskan ilmu. dan binaan ayat. Susunan Dalam Ayat.telah menjadikan saya lebih memahami tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam bahasa Melayu. tetapi dengan mempelajar ibidang Sintaksis Bahasa Melayu ini telah membuka sedikit sebanyak minda saya tentang ilmu bahasa Melayu.

Kata. sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyakbanyak terima kasih kepada En Abdullah bin Md Yassin kerana sudi dan bersedia mencurahkan ilmu tanpa rasa jemu kepada saya dan rakan-rakan sekelas yang rata-rata masih terlalu cetek ilmunya dalam bidang sintaksis ini walaupun kami sudah mengajar belasan tahun. Ragam Ayat. Norma btYusof 660321-03-5005 BMM 3 . Jenis Ayat. kami sudah terpesong jauh dari landasan sebenarnya . serta Sintaksis dan Aspek Tatabahasa yang lain untuk menjadikan saya seorang guru bahasa Melayu yang dikagumi oleh murid saya. Nampaknya sebelum ini. Sekaligus akan saya aplikasikan dalam proses pengajaran saya di bilik darjah untuk menyediakan ilmu kepada anak didik saya bagi menghadapi zaman globalisasi yang sangat mencabar ini. Untuk itu.Namun dengan mempelajar ibidang sintaksis ini rasanya masih belum terlambat untuk saya membuka lembaran baru dalam mendidik anak bangsa dengan cara yang betul.Terima kasih tuan. Disediakanoleh.

Sintaksis. ( 1996 ). Kuala Lumpur. Bahasa Malyu 1. Asmah Haji Omar ( 2008 ) . Bhd.( 2007 ). Dewan Bahasa dan Pusataka. Ahmad Khair Mohd Nor. Aziz. Serdang : Universiti Putra Malaysia. Sdn. Petaling Jaya. Razali Ayob & Zulkifli Osman ( 2006 ). Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Seri Lanang Jaya Rohani. Nik Safiah Karim . 2008. Arbak Othman ( 1989 ). Analisis Kesalahan bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah : satu kajian kes. ( 2009 ). Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Nor Asmah Abd. Onn. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Penggunaan Kata Hubung bahasa Malaysia Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah : Satu Analisis Kesilapan. Bhd. Kuala Lumpur : PTS Professional. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Siri Pendidikan Guru . Bhd. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Shah Alam : „ K ‟ Publishing Sdn. Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood ( 2010 ). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Nik Safiah Karim. Liku-liku Bahasa. Farid M. ( 2008 ).BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan. Mohd ShahrilnRajain. . Siti Hajar Abdul Aziz. Kuala Lumpur.Nahu Kemas Kini : Panduan bahasa yang baik dan Betul . Bhd. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Nahu Bahasa Melayu . Oxford Fajar. ( 2008 ). Tesis sarjana yang tidak diterbitkan.

LAMPIRAN .