You are on page 1of 11

QGJ 3033 PERGERAKAN DAN RITMA

TAJUK TUGASAN
PERGERAKAN KREATIF

GROUP
UPSI 02

PENSYARAH
PN NUR HAZIYANTI BINTI MOHAMAD KHALID

NAMA

KAD PENGENALAN

NO MATRIK / TELEFON

NURHAFIZAH BINTI AJLAN

801204-14-5448

D20102040807
019-7166070

KERTAS KERJA PERGERAKAN KREATIF


SK HAJI MAT DAHAN PENDANG
2013

PENDAHULUAN
Pergerakan Kreatif merupakan salah satu aktiviti penghasilan atau ekspresi kognitif,
afektif yang dilahirkan melalui pergerakan. Ia merangkumi 4 elemen asas iaitu tubuh
badan, ruang, masa dan daya yang merupakan asas pergerakan untuk membolehkan
kanak-kanak atau remaja berkomunikasi serta meningkat dan memperkembangkan
potensi murid-murid dalam menyuarakan perasaan melalui pergerakan. Secara amnya,
pergerakan kreatif menggabungkan unsur pergerakan tubuh badan, irama serta daya
kreativiti bagi tujuan melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi
( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1997 ).

RASIONAL
Ianya dihasilkan mengikut lapan tema yang terdapat di dalam pergerakan kreatif yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Tema kesedaran tubuh badan,
kesedaran rintangan kepada beban dan ruang masa, kesedaran ruang, aliran beban
badan dalam ruang dan masa, penyesuaian terhadap kawan, penggunaan tubuh badan
sebagai alat, lapan lakuan daya asas dan ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.

OBJEKTIF
1) Melahirkan insan yang sentiasa patuh kepada peraturan dengan melaksanakan
pergerakan yang lebih terarah kepada tema yang diberikan serta fokus kepada sesuatu
perkara yang dilakukan.
2) Memberi kebebasan dan kesedaran serta memupuk pengawalan dalam penggunaan
tubuh badan sebagai alat pencurahan perasaan dan idea.
3) Memperkembangkan bakat dan imaginasi pergerakan.

4) Memperkembangkan perasaan untuk perkaitan pergerakan kreatif dengan


rangsangan bunyi ( muzik, suara dan visual ).
5) Menanam ciri-ciri pencurahan idea atau perasaan individu serta semangat
berkumpulan dalam pergerakan kreatif yang dihasilkan.

SASARAN / JUMLAH MURID


Semua murid Tahun 2 dan 3 SK Haji Mat Dahan ( 24 ORANG )

TAJUK PERSEMBAHAN
Suka Duka di Taman

MASA PERSEMBAHAN
15 minit

ALATAN / PROPS / COSTUME


1) Topeng burung, rama-rama.
2) Latar belakang / suasana di dalam taman.
3) Costume burung, dan rama-rama.

LATAR BUNYI / IRAMA / LAGU YANG DIGUNAKAN

Bunyi kicauan burung, Lagu Aku Burung, lagu Bebas ( Kumpulan KOOL ), muzik
instrumental Ombak Rindu, muzik Hoorey Hoorey, dan Gembira Rasa Di Hati.

ASPEK KESELAMATAN YANG DIUTAMAKAN


Membuat pergerakan dengan berhati-hati seperti mengambil langkah untuk melakukan
pemanasan badan sebelum melakukan pergerakan kreatif bagi mengelakkan
kecederaan otot mahu pun tubuh badan.

PENERAPAN NILAI YANG DITEKANKAN


1) Semangat berpasukan di kalangan murid-murid dalam penghasilan pergerkan kreatif
tersebut.
2) Perasaan kasih sayang terhadap hidupan alam.
3) Bekerjasama.
4) Yakin dalam melakukan sesuatu pergerakan.
5) Gembira dan seronok.

JENIS PERGERAKAN
1) Pergerakan serentak
2) Pergerakan berturut-turut
3) Pergerakan berselang seli

TEMA / UNSUR PERGERAKAN

TEMA 3 Kesedaran ruang


TEMA 5 Penyesuaian terhadap rakan
TEMA 15 Formasi gerakan dalam kumpulan
TEMA 16 Kualiti Ekspresif dalam Pergerakan

HURAIAN MENGIKUT SEGMEN


SEGMEN 1 ( 5 MINIT PERTAMA ) INTRO mode sedih
Sepuluh orang murid perempuan akan bergerak ke belakang pentas membentuk
satu barisan yang berselang seli.

Membuat gerakan seperti kelopak bunga-bunga yang bergerak apabila ditiup


angin.
Diiringi dengan muzik instrumental Ombak Rindu beserta ekspresi wajah yang
menunjukkan mood kesedihan mereka apabila melihat pencemaran atau
kekotoran yang dilakukan di taman.

Sepuluh orang murid lelaki memasuki pentas dengan melakukan gerakan seperti
burung-burung dan rama-rama yang berterbangan. ( formasi tidak sebentuk
spontan ) dilakukan sebanyak dua pusingan pentas

Terbang mengikut formasi zigzag ( tidak sebentuk ) sebanyak dua pusingan dan
kemudian berhenti di tengah pentas.
Dilakukan berulang-ulang sebanyak 3 kali/pusingan.

Diselang seli dengan berhenti sejenak selama 5 saat dan bersambung semula.

Formasi tidak sebentuk dapat membenarkan bergerak secara spontan ( burung


dan rama-rama berterbangan ).Mereka dapat bergerak dengan respon sendiri di
samping mengikut alunan muzik yang selari denagn gerakan yang dilakukan
sehingga mendapat satu formasi.

Lagu Aku Burung diputarkan 5 orang murid lelaki ( burung ) terbang ke kanan
dan ke kiri dan berhenti sambil menangis diselangi oleh 5 orang murid lelaki
( rama-rama ) yang turut terbang seperti rama-rama dan turut terbang ke kiri dan
ke kanan sebanyak dua pusingan dan kemudian berhenti di kiri dan kanan
murid-murid perempuan ( bunga ).

Di peringkat ini, tema Kesedaran Ruang diaplikasikan iaitu pergerakan ke kiri


dan ke kanan menunjukkan perasaan tidak seronok, tidak gembira oleh burungburung dan rama-rama tersebut.

SEGMEN 2 ( FLASHBACK ) 5 MINIT KEDUA


Murid-murid lelaki ( 10 orang burung dan rama-rama ) berterbangan ke kiri dan
ke kanan, ke hadapan dan kebelakang dalam formasi berkumpulan.
Terbang dengan riang dan berkicau dengan penuh kegembiraan seakan
merasakan diri mereka bebas di awangan tanpa ada sebarang ancaman.
Diiringi dengan lagu Bebas yang melambangkan kehidupan bebas yang pernah
dialami oleh mereka ( burung dan rama-rama ) pada suatu ketika dahulu.
( flashback ) Tema Kesedaran Ruang.

5 orang murid lelaki ( burung ) duduk di atas batu manakala 5 orang murid lelaki
lain terus berterbangan sambil berkicau kesedihan. ( kicauan menggunakan
vokal )

4 orang murid perempuan berlari di taman ( jogging ) dalam formasi sebentuk


( satu barisan ).- lurus

10 orang murid perempuan tadi berjalan perlahan dalam dua barisan dan
menghampiri ke 4 orang murid perempuan itu tadi yang sedang duduk berehat
setelah selesai berlari. 5 bunga berada di kiri dan 5 lagi berada di sebelah kanan
sambil menggerakkan kelopak masing-masing dengan perlahan mengikut alunan
muzik Kitaro yang diperdengarkan. Alunan muzik yang perlahan, menimbulkan
mood sedih setelah melihat ke 4 orang murid perempuan yang berehat itu tadi
membuang sampah sarap di merata tempat.

SEGMEN 3 ( 5 MINIT AKHIR ) MODE GEMBIRA


Pergerakan mengikut formasi lurus di mana kesemua murid tersebut berlari-lari
anak sambil bertepuk tangan. Berlari dalam satu barisan dan kemudian membentuk
formasi bulat di sekeliling 4 orang murid perempuan yang duduk berehat setelah
berlari ( jogging ).
Keempat murid perempuan tersebut kemudian turut serta membuat formasi bulatan
tadi. Kesemua murid berlari keriangan dalam satu barisan ( formasi lurus )
mengelilingi pentas.

> Tema 16 Kualiti Ekspresif dalam Pergerakan


Ia memfokuskan satu komposisi pergerakan di mana pada peringkat ini, setiap
pergerakan yang dihasilkan mempunyai kualiti ekspresif tersendiri. Sebagai contoh :
Penghasilan idea atau perasaan yang disampaikan ialah ekspresi mode gembira
setelah salah seorang daripada 4 orang perempuan itu tadi membantu mengutip

sampah sarap yang berada di sekeliling mereka bagi mengelakkan kekotoran di


taman.
Pergerakan yang dihasilkan ialah, berlari-lari anak sambil bertepuk tangan dan
mengelilingi pentas, mengikut alunan muzik yang riang iaitu muzik Hoorey Hoorey
dan Gembira Rasa di Hati ( muzik tanpa vokal ).
Di selang seli dengan pergerakan melompat di atas sebelah kaki ( seperti ketinting )
mengikut kiraan 2. Kemudian dituruti dengan sebelah kaki yang beikutnya. Ianya
dilakukan sebanyak 10 pusingan.
Di peringkat ini, Tema 5 iaitu Penyesuaian Terhadap Rakan turut diaplikasikan
kerana ianya merupakan sebuah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau
komunikasi dengan pasangan atau kumpulan melalui pergerakan bagi
menghasilkan formasi yang seragam.
Ia melibatkan satu sub tema iaitu kerja berpasukan di mana ianya merupakan
penyesuaian terhadap rakan sepasukan. Dilakukan dengan cara pertukaran
tempat . Sebagai contoh, pergerakan berlari-lari anak sambil bertepuk tangan dan
mengelilingi pentas mengikut alunan muzik Hoorey Hoorey memerlukan mereka
selari dan seragam iaitu 5 daripada murid lelaki ( burung ) tersebut akan berlari-lari
anak dari kiri ke tengah pentas manakala 5 lagi murid lelaki akan berlari-lari anak
dari kanan ke tengah pentas.
Persembahan Pergerakan Kreatif Suka dan Duka diakhiri dengan pergerakan kaki
ke kiri dan ke kanan sambil melambaikan tangan mengikut alunan muzik tanpa
vokal yang bertajuk Hoorey Hoorey. Pergerakan kaki ke kiri dan ke kanan ini
merupakan pergerakan yang bertemakan kesedaran ruang dan dihasilkan dalam
bentuk formasi sebentuk iaitu lurus ( satu barisan di tengah pentas ). Formasi ini
juga menunjukkan bahawa burung-burung dan rama-rama berasa gembira kerana
taman yang merupakan habitat mereka kini telah bersih dan tidak lagi kotor atau
tercemar. ( mood gembira ).

KESIMPULAN / PENUTUP
Pergerakan kreatif merupakan satu bahagian dalam pergerakan yang menekankan
elemen kreativiti dalam penghasilan pergerakan tersebut. Ianya mampu
menghasilkan pelajar yang berdaya inovasi tinggi, berfikiran kreatif serta bergerak
cergas dan selari mengikut kesesuaian dan keserasian muzik yang digunakan di
dalam setiap pergerakan yang dihasilkan.