You are on page 1of 20

FAKULTI : PENDIDIKKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN SEPTEMBER / 2013

KOD KURSUS HBAE2203SMP

TAJUK KURSUS MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

TUTOR : EN. KAZIME BIN ZAKARIA

DI SEDIAKAN OLEH NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN : : : : :

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800001 770805035800 0129601122 anizadib@yahoo.com KELANTAN LEARNING CENTRE

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

1.0

PENGENALAN Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek pemahaman,

penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat di sekeliling mereka. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini kita dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf. Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung dan paper mache.

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail,

asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang ~1~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanakkanak, kita perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.

Mengikut buku HBAE2203, Membentuk dan Membuat Binaan, Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular pada abad ke sembilan belas. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi.

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Diorama adalah merupakan satu gabungan antara model dengan gambar prespektif dalam suatu penampilan yang utuh. Dengan diorama, kesan visual yang diperolehi lebih hidup. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

Diorama dapat dibuat dengan ukuran diperkecil, tetapi dapat juga dibuat dalam ukuran yang sebenarnya. Terdapat pelbagai jenis ukuran diorama, ada yang kecil dan ada yang besar. Ukuran Diorama kecil dapat dipindah-pindah atau disimpan apabila sudah selesai digunakan.Oleh sebab itu diorama jenis yang kecil biasanya dibuat daripada bahan yang cukup ringan dan ukurannya pun tidak terlalu besar ,tetapi dapat dilihat dengan jelas bila dipajangkan. Adapun contoh Diorama yang besar biasanya disimpan di Museum atau tempat-tempat sejarah. Diorama yang besar biasanya diambil dari Sejarah atau peristiwa peristiwa penting dimasa dahulu. Objek yang dapat dibuat untuk diorama adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang dapat dijadikan sejarah seperti sebuah kampung atau adat istiadat disuatu daerah yg menggambarkan peristiwa-peristiwa sejarah. ~2~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

Berikut adalah cotoh-contoh diorama :

Tema : Hidupan Laut

Tema : Hidupan Di Hutan

Tema : Hidupan Liar

2.0

Ciri-Ciri Diorama

Diorama yang baik dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan struktur rekaan seni. Ia diolah dengan mengambil pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik.

Salah satu ciri diorama ialah bentuk diorama mestilah menepati tema dan tajuk. Sebelum membina diorama, kita perlu memilih tema dan tajuk yang sesuai dengan peringkat umur. Contohnya saya memilih untuk mengajar pendidikan seni visual tahun 4. Tema dan tajuk yang di ~3~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

pilih hendaklah bersesuaian dengan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan seni visual tahun 4. Di dalam dokumen standard kurikulum tersebut, murid diminta untuk membina diorama yang bertemakan alam semulajadi dan bertajuk akuarium. Daripada tema dan tajuk ini, guru boleh membimbing murid untuk membina diorama ini. Namun begitu, ekspresi dalaman pembuat diorama boleh menjadi sebahagian daripada cetusan tema dan tajuk. Diorama menampilkan tema dan tajuk secara realism.

Diorama Bertemakan Alam Semulajadi Tajuk : Akuarium Ciri diorama yang kedua ialah Bahan Binaan Diorama mestilah sesuai dengan tujuan hasilan. Sebelum membina diorama, seseorang guru perlu memastikan ketahanan dan kesesuaian diorama yang akan dihasilkan. Sebagai contoh bahan-bahan yang digunakan mestilah sesuai dengan tema dan tajuk yang dipilih supaya ianya mudah diaplikasi, selari dengan tema dan tajuk. Untuk lebih bermutu diorama yang dihasikan, pastikan ianya menarik, sedondon dan saling lengkap melengkapi.

Ciri yang seterusnya ialah pastikan diorama yang ingin dibina tersebut kuat, kukuh dan selamat. Persoalan kekuatan, keliutan dan ketahanan bahan perlu diambil pertimbangan supaya diorama yang dibina dapat dipamerkan dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Diorama juga perlu kukuh kerana pemerhati akan membuat pengamatan dan penilaian dengan teliti.

~4~

MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

Ciri yang keempat ialah kepelbagaian bahan dapat diadun dan dipasang dengan baik, seterusnya membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik. Menyusun atur komposisi bahan penting untuk astistik bahan dan estetika diorama. Adunan rentak, pergerakan dan kontra dan kesatuan perlu diteliti dan dinilai berkali-kali. Tujuannya jels iaitu untuk penampilan karya yang simple tetapi menarik. Tambahan pula kelainan alat dan bahan mempunyai cara atau teknik adunan yang berbeza mengikut kesesuaiannya.

Ciri yang seterusnya ialah mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan, harmoni dan kesatuan yang menarik.

2.1

Perkembangan Seni Kanak-Kanak

Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980). Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta bahasa.

Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti membuat diorama berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan membuat diorama kepada kanak-kanak dapat dilihat dari aspek sosial, fizikal dan emosi.

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya ~5~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti membuat diorama menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang hasil karya.

Penganjuran aktiviti diorama yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid juga boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pacaindera dan deria. Proses membuat diorama juga menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

Aktiviti membuat diorama memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Proses ini memberikan peluang kepada murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan toleransi. Mata pelajaran ini juga menganjurkan semangat bekerjasama didalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

Membuat diorama juga dapat memenuhi keinginan dan fitrah kanak-kanak. Mereka dapat meluahkan perasaan dan emosi mereka melalui lukisan dan hasil 3D. Kanak-kanak terlalu unik sehingga melahirkan ramai pengkaji lukisan kanak-kanak. Sebagai orang dewasa kita hendaklah sentiasa menggalakkan dan memberi sokongan kepada mereka agar kreativiti yang ada pada mereka akan terus digilap sehingga berjaya.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

3.0

Perkembangan kreativiti kanak-kanak Definisi kreativiti Menurut Kamus Dewan Edisi ke -4 , kreativiti bermaksud kemampuan

mencipta. Pengertian tentang kreaviti yang dikemukakan oleh pakar: 1. June King Mc Fee ~6~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

Kreativiti bermaksud mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan perlambangan yang sedia ada. Menyusun dan mengolah semua organisasi yang sedia ada dan mantap, kepada suatu organisasi yang baru. Berdaya menyatukan idea baru atau idea yang diambil dari sesuatu, kepada sistem oganisasi atau situasi yang lepas iaitu memberi makna baru.

Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.

Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget.

Teori perkembangan Piaget mewakili konstruktivisme, yang memandang perkembangan kognitif sebagai suatu proses dimana anak secara aktif membangun sistem makna dan pemahaman realiti melalui pengalaman-pengalaman dan interaksi-interaksi mereka. Hal ini bererti bahwa anak-anak mengkontruksi pengetahuan secara berterusan dengan mengasimilasi dan mengakomodasi informasi-informasi baru.

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang ~7~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

dikumpulkan di bahagian mental. Tiga fenomena ini dilakukan apabila berlaku proses penaakulan ketika hendak menghasilkan benda yang baru dari bentuk-bentuk yang telah dihasilkan.

Fitrah kejadian seseorang kanak-kanak amat meminati sesuatu yang berbentuk animasi dan hanyalan seperti kartun dan alat permainan yang mewakili setiap apa yang mereka kagumi. Maka aktiviti berkaitan animasi mewujudkan peluang untuk kanak-kanak mengaplikasikan hanyalan dan juga animasi yang mereka fikirkan. Aktiviti ini jua mendedahkan kepada kanakkanak bagaimana cara untuk berfungsi dalam satu kumpulan yang besar. Ianya

memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam pembawakan watak masing-masing. Semangat kerjasama dan berpasukan dipupuk dalam menjayakan sesuatu persembahan.

Aktiviti Melukis. Kanak-kanak melukis sebagai Medium Komunikasi. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Kanak-kanak juga melukis sebagai cara mencapai kepuasan diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Melukis juga untuk meningkatkan daya penguasaan kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

~8~

MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

4.0 Modul

Pemilihan Pendekatan Bertema ( Contoh RPH ) :3 : Diorama : Alam Semulajadi : Akuarium : 120 minit : Alat : gunting Bahan : kotak, gam,benang,lidi, polistirena, gambargambar daripada majalah, kad manila, kertas lukisan, cat poster, plastik pembalut buku dan bahan lain yang sesuai.

Aktiviti Tema Tajuk Masa

Jenis-jenis Media

Bahan Bantu Belajar : Contoh diorama EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi serta TMK

STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, kepelbagaian serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan diorama. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan diorama. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan diorama. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya

STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada diorama. 3.1.1 Unsur seni 3.1.1.1 Bentuk - konkrit 3.1.1.2 Ruang - nyata 3.1.2 Prinsisp Rekaan

~9~

MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

3.1.2.1 Kepelbagaian - bahan dan warna dan saiz 3.1.2.2 Ritma dan pergerakan objek

3.2

Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan diorama. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 3.2.1.1 Alat - gunting 3.2.1.2 Bahan - kotak, gam, benang, lidi, polistirena, gambar-gambar daripada majalah, kad manila, kertas lukisan, cat poster, plastik pembalut buku dan bahan lain yang sesuai

3.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 3.2.2.1 Teknik - gabungan pelbagai teknik (montaj, kolaj, lukisan dan lain- lain).

3.3

Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan diorama secara kreatif. 3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan diorama

3.4

Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual. 3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 3.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya 3.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

STANDARD PEMBELAJARAN

ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik ~10~


MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

Guru menunjukkan contoh diorama. Guru memberi definisi diorama. Guru membincangkan bahasa seni visual yang terdapat pada contoh diorama

Aplikasi Seni Guru menyatakan media yang digunakan. Guru menunjuk cara penghasilan diorama Guru meminta murid meneroka media untuk menghasilkan diorama.

Ekspresi Kreatif Murid memanipulasikan bahan secara kreatif dengan bimbingan guru. Murid menghasilkan diorama.

Apresiasi Seni Murid mempamerkan akuarium yang dihasilkan. Murid menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan akuarium

~11~

MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

5.0

Penyediaan Lakaran Idea Untuk Menghasilkan Diorama

Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catanlatar belakang diorama dan objekobjek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkaraperkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama.

5.1.

Menentukan subjek dan tema Tema yang dipilih ialah Alam Semulajadi dan Persekitaran Contoh :

~12~

MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

5.2

Menentukan Alat dan Media Setelah subjek dan tema di pilih, Perancangan memilih alat dan bahan menjadi kriteria penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin di utarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seterusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan diorama. Konsep artistik diorama ditampilkan melalui pemilihan objek yang real tetapi cantik dan dikecilkan atau dimodelkan pada kadaran atau nisbah gambar latar secara realistik. Subjek Tajuk Diorama Alat dan Bahan

Alam Semulajadi dan Hidupan di dalam Akuarium Persekitaran

Alat : gunting Bahan : kotak, gam,benang,lidi, polistirena, gambar-gambar daripada majalah, kad manila, kertas lukisan, cat poster, plastik pembalut buku dan bahan lain yang sesuai.

Jadual menunjukkan Cara Menentukan Alat dan Media Berdasarkan Subjek, Tema dan Tajuk.

5.3.

Membuat Thumbnail-print ( Membuat Lakaran-lakaran Kecil ) Membuat lakaran lakaran kecil ini penting supaya gagasan-gagasan dan pengideaan melalui konsep trial and error. Lakaran ini juga dibuat supaya dapat melakarkan sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilankan. Sketasa yang mantap dan hebat akan dijadikan diorama. Berikut adalah sketsasketsa yang telah di lakarkan :

~13~

MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

SKETSA 1 PELBAGAI JENIS HIDUPAN LIAR BERTEMAKAN ALAM SEKITAR

SKETSA 2 - PELBAGAI JENIS IKAN BERTEMAKAN HIDUPAN LAUT

~14~

MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

SKETSA 3 - PELBAGAI JENIS RAMA-RAMA DAN BERTEMAKAN ALAM SEKITAR

5.4

Memilih salah satu lakaran yang terbaik Sketsa 2 dipilih untuk perkembangan idea seterusnya dan dijadikan diorama. Kriteria

pemilihan ini di pilih kerana berkaitan dengan tema dan tajuk di dalam dokumen standard kurikulum Tahun 4. Kemampuan menterjemah lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut.

5.5

Memperinci lakaran Setelah memilih lakaran yangs sesuai dan terbaik, kita perlu fikir cara untuk

memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keeluruhan termasuk estetika dan etika diorama yang akan dihasilkan nanti.

5.6

Membuat Karya/ Diorama Buat kerangka dalam dan luar. Perlu fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan

kesesuaian kerangka dengan dapatan. Dalam konteks ini, perkara-perkara yang berikut diambil pertimbangan iaitu bahan dan alatan, kos pembuatan, masa yang diperlukan dan kesesuaian latar belakang, hal subjek dan latar hadapan.

~15~

MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

6.0

Proses Membuat Diorama ( Rujuk Lampiran )

SKETSA 1: Hal Subjek Di Tentukn

SKETSA 2 : Hal Subjek Di Lengkapi Latar Belakang

~16~

MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

SKETSA 3 : Hal Subjek , Latar Belakang dan Kotak Diorama

SKETSA 4 : Diorama Yang Lengkap Untuk Peragaan ~17~


MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

7.0

KESIMPULAN. Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan

warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup). Pemilihan diorama adalah tepat di mana perkembangan kanak-kanak dari segi psikomotor, fizikal, mental, emosi dan jasmani dapat ditingkatkan. Malah aktiviti diorama ini dapat meningkatkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak mengikut tema-tema yang terdapat di dalam diorama ini. Proses pengajaran dan pembelajaran yang bertema boleh menimbulkan suasana di dalam kelas lebih menyeronokkan dan kondusif.

~18~

MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2203SMP~

RUJUKAN / REFERENSI John Arul Phillips. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd. Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan.(2003). Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Mohd. Azhar Abdul Hamid. (2003). Meningkatkan Daya Fikir. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Yew Kam Keong. (2003). Bebaskan Kreativiti Anda. Kula Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hj Zulkiply Bin Hj Yaakob.(2009). Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak. Diperoleh pada 30 Oktober 2013 daripada http://zulprasekolah.blogspot.com/2009/01/ perkembangan-kreativiti-kanak-kanak.html Kreativiti dalam Pendidikan Seni Visual. (2012). Diperoleh pada 1 November 2013 daripada http://bz-li.blogspot.com/ Kreativiti dan Kanak-kanak.Diperoleh pada 1 November 2013 daripada http://hasliza9088. blogspot.com/2012/01/kreativiti-dan-kanak-kanak.html Mohamad Mohsin Mohamad Said, and Nasruddin Yunos. (2006) Hubungan kreativiti dan ilmu pengetahuan. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 7 . pp. 41-52. ISSN 1511-8393. Diperoleh pada 1 November 2013 daripada http://journalarticle.ukm.my/1135/1/1.pdf http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/membentuk-membuat-binaan.html http://artisenivisual.blogspot.com/2012_02_01_archive.html

~19~

MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN

You might also like