You are on page 1of 6

j2kk

SULIT
0212
Bahasa Melayu
Kertas 2
Ogos
2009
2 jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA


PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009

ANJURAN
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH

BAHASA MELAYU

KERTAS 2

Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B,


Bahagian C dan Bahagian D.

2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A (ii).
Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian
B dan Bahagian D juga mesti dijawab manakala Bahagian C mempunyai
lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.

3. Anda dinasihatkan supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian


A, 25 minit untuk Bahagian B. 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk
Bahagian D.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

[Lihat sebelah
0212 SULIT
j2kk

SULIT 2 0212

Bahagian A(i) - Ringkasan

[20 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan pelikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
kaedah menangani gejala buli. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
pelikan.

Gejala buli kian membarah dalam kalangan pelajar. Akhbar-akhbar harian menyiarkan kes-
kes buli ini hampir setiap hari. Mangsa yang dibuli akan merobah personaliti mereka menjadi
seorang yang penakut. Jika dibiarkan berterusan individu terbabit akan menjadi lemah dan kurang
keyakinan diri. Mereka juga akan menjadi orang yang terlalu emosional hingga menjejaskan
hubungan mereka dengan keluarga dan masyarakat. Oleh itu, kejadian buli tidak harus dipandang
ringan sebagai "gurauan budak-budak" semata-mata.

Pelaksanaan program mewujudkan perse~itaran sekolah yang kondusif dilihat sebagai langkah
berkesan membanteras perbuatan buli di sekolah. Penetapan tingkah laku yang tidak diterima di
sekolah juga merupakan kaedah posit if mengelakkan gejala ini daripada berterusan. Penglibatan
ibu bapa dalam perbincangan dengan guru bagi menyelesaikan tingkah laku anak mereka juga
sangat penting. Kementerian Pelajaran pula digesa supaya mewujudkan dasar antibuli di sekolah-
sekolah bagi mengawal gejala ini. Perbincangan antara pelbagai pihak seperti ibu bapa, guru dan
pertubuhan-pertubuhan lain amat penting bagi pewujudan dasar tersebut.

Kadang-kadang pelajar sendiri tidak tahu mereka membuli. Oleh itu, suatu bentuk perjanjian
dengan pelajar yang terbabit membolehkan pihak sekolah mengenakan tindakan terhadap mereka
yang membuli perlu diwujudkan. Peraturan sekolah tentang dasar antibuli hendaklah ditampalkan
secara hitam putih di dalam kelas. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan penting dengan
mengedarkan risalah antibuli dan memberikan penjelasan mengenainya.

Sementara itu, kaunselor bertanggungjawab memanggil pembuli dan mangsa untuk diberikan
kaunseling secara berasingan atau memanggil ibu bapa pelajar terbabit. Memandangkan tidak
banyak kajian tentang masalah buli maka langkah untuk menyediakan laman web khas bagi
memberikan kesedaran berhubung gejala tersebut sangat perlu. Pihak sekolah juga boleh membina
laman web sendiri bagi membolehkan pelajar berkongsi pengalaman mereka sebagai mangsa
bulL

Peranan pelbagai pihak perlu dalam menangani gejala buli agar tidak menjadi virus yang
sukar dibendung kemudian hari. Sikap menuding jari antara satu sama lain tidak banyak membantu
menyelesaikan masalah ini. Perkara pokok bagi menyelesaikan masalah ini hanyalah dengan duduk
semeja dan berbincang tentangnya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Menangani Masalah Buli di Seko/ah,
Haji Samat Buang, Dewan Siswa, Ogos 2005)
j2kk

SULIT 3 0212

Bahagian A(ii): Pemahaman

[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat-ayat sendiri.

1 Berikan maksud merobah personaliti dalam petikan.

[2 markah]

2 Berdasarkan petikan, nyatakan dua perubahan sikap man gsa yang dibuli?

[4 markah]

3 Pada pendapat and a, mengapakah kita perlu membanteras gejala buli?

[4 markah]

[Lihat sebelah
0212 SULIT
j2kk

SULIT 4 0212

Bahagian B

[20 markah]

Berdasarkan graf di bawah, huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya keracunan
makanan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan .

• Kes keracunan
makanan
(dalam setiap
100000
penduduk)

2003 2004 2005 2006

Keracunan Makanan di Malaysia

0212 SULIT
j2kk

SULIT 5 0212

Sahagian C

[40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah
lebih daripada 180 patah perkataan.

1 Baru-baru ini sekolah anda telah menganjurkan Minggu Bahasa. Pelbagai acara telah disusun
sepanjang minggu itu. Anda ingin menceritakan kepada rakan anda tentang aktiviti berkenaan.

Tulis sepucuk surat buat rakan anda.

2 Anda telah memenangi suatu pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah
satu juta ringgit.

Ceritakan cara-cara and a menggunakan wang tersebut.

3 Pelancongan akua merupakan satu bentuk pelancongan yang baru di negara kita. Pelbagai
langkah boleh diambil untuk perkenalkan kepada pelancong.

Bincangkan.

4 Selaku setiausaha Kelab Bimbingan dan Kaunseling sekolah, anda dikehendaki menulis
laporan tentang lawatan persatuan ke rumah anak-anak yatim.

Tulis laporan itu selengkapnya.

5. Dapat sama laba,


Cicir sarna rugi.

Berdasarkan peribahasa di atas, terangkan sebab-sebab semangat kerjasarna dalam


kalangan masyarakat semakin luntur.

Huraikan.

[Lihat sebelah
0212 SULIT
j2kk

SULIT 6 0212

Bahagian D

[10 rnarkah]

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sarna ada di
Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.

(i) Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini


(ii) Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Itnin
(iii) Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin
(iv) Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari
(v) Panas Salju, karya Talib Samad
(vi) Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah
(vii) Ekspedisi, karya Mohd Ghazali Tocheh
(viii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa yang memberi iktibar kepada
pembaca.

KERTAS SOALAN TAMAT

0212 SULIT