BAB 1 PENGENALAN

1.1

Latar Belakang Kajian Pendidikan Moral ini telah dimasukkan dalam pelajaran Sivik pada 1974. Draf Sukatan

Pelajaran Pendidikan Moral tahun 1978 cuba memberi definisi pendidikan moral serta menyatakan objektif-objektif am mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah-sekolah di Malaysia. Draf 1978 ini juga mengenalpasti 16 nilai teras iaitu kebersihan, baik hati, kesederhanaan, kerajinan, kesyukuran, kejujuran, keadilan, kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat bermasyarakat. Tiga lagi nilai teras diperkenal iaitu nilai kebebasan, hemah tinggi dan kerjasama pada tahap kedua sekolah rendah. Pada 20 Julai 1981, dua belas nilai dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Baru Sekolah Rendah iaitu sikap bersih dari segi fizikal dan mental, sikap belas kasihan, sikap sederhana, sikap rajin, sikap berterima kasih, sikap jujur, sikap adil, sikap kasih saying, sikap hormat-menghormati, sikap bermasyarakat, sikap tidak angkuh dan kebebasan. Menurut Kohlberg, beliau menganggap bahawa kebaikan dan keadilan adalah bersinonim dan pengajaran tentang keadilan atau kebaikan dilakukan melalui aktiviti mengemukakan soalan dan membantu murid untuk mencapai penyelesaian, dan bukan membekalkan jawapan. Dengan kata lain, pendidikan moral membabitkan pross membantu murid untuk maju kehadapan, dan bukan proses meletakkan sesuatu dalam fikiran mereka. Teori kognitif dan perkembangan moral mengkonsepsikan manusia sebagai organisma proaktif dan bukan organisma reaktif. Kohlberg berpendapat bahawa unit keberkesanan pendidikan adalah kumpulan sosial dan bukan murid secara individu.

1.2

Masalah Kajian Kajian ini adalah berkaitan dengan keberkesanan kursus Pendidikan Moral di Sekolah

Menengah serta memahami Motivasi Pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia. Kajian ini juga dijalankan kerana mata pelajaran ini dikenali sebagai mata pelajaran yang paling membosankan serta kurang penting untuk diajar. Perkara ini dapat dilihat apabila kebanyakan pelajar tidak mengambil berat mengenai subjek ini terutamanya sekali pada waktu peperiksaan. Tidak kurang juga pada guru yang mengambil mudah terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral ini. Cara pengajaran yang membosankan serta hanya menghafal fakta menyebabkan pelajar cepat bosan. Ketika hampir waktu peperiksaan, kebanyakan sekolah akan menggunakan waktu kelas Pendidikan Moral sebagai kelas tambahan untuk mata pelajaran lain. Ini kerana Pendidikan Moral dikatakan mudah dan hanya perlu menghafal fakta-fakta yang ada di dalam buku teks. Ini menyebabkan terdapat beberapa isu yang mengatakan bahawa Pendidikan Moral ini perlu dimansuhkan dari sekolah. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak tentang masalah dan isu yang dihadapi dalam mata pelajaran Pendidikan Moral ini serta memberikan kesedaran terhadap kepentingan Pendidikan Moral di sekolah.

1.3

Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk :     Mengenalpasti pemahaman kurikulum Pendidikan Moral dalam membina motivasi pelajar. Mengkaji pelaksanaan moral dan nilai di dalam kehidupan seharian pelajar. Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar. Mengetahui peratus pendapat pelajar tentang memansuhkan mata pelajaran Pendidikan Moral.

kepentingan yang ingin dicapai ialah : i. ii. dalam melaksanakan kajian ini. Mengetahui kepentingan Pendidikan Moral di sekolah. Mengenal pasti peranguh Pendidikan Moral dalam kehidupan seharian pelajar. Kajian ini hanya mengambil responden seramai 30 orang pelajar.5 Batasan Kajian Skop kajian ini memfokuskan kepada para pelajar di sekolah Menengah. iii. Mengenal pasti tahap minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. iv.1. Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. v. Kajian ini menumpukan kepada antara pelajar tingkatan dua sehingga tingkatan lima. terdapat limitasi dan batasan terhadap beberapa perkara : Di antaranya ialah : i. Di sepanjang kajian ini dijalankan. Secara umumnya. ii. 1. Pelajarpelajar juga menjadi tumpuan kerana mereka yang mempelajari subjek ini sepanjang mereka bersekolah.4 Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keberkesanan perlaksanaan kursus Pendidikan Moral di sekolah Menengah serta memahami Motivasi Pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia. Batasan kajian ini meliputi pemahaman kurikulum Pendidikan Moral dalam membina motivasi pelajar. iii. Tidak ketinggalan juga guru-guru yang mempengaruhi minat pelajar dalam matapelajaran ini dari segi pengajaran yang berkesan. Kajian ini juga meliputi jantina lelaki dan perempuan yang berbilang bangsa. Mengenal pasti pendapat pelajar dalam pengajaran Pendidikan Moral di sekolah. .

bertimbang rasa. wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam bentuk kebebasan.6 Definisi 1. Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem sosial. geweten dan dalam Bahasa Arab disebut qalb. moral merupaka satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. kesedaran moral yang wujud dalam setiap diri masyarakat dapat memupuk persefahaman. apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Sebagai contoh. Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa asing disebut conscience. Hal ini kerana. dalam kehidupan bermasyarakat.1. Namun. menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. . Perkara ini seterusnya akan membantu dalam melahirkan sebuah negara yang aman dan tenang di mana setiap rakyat akan sentiasa berasa selamat dan sejahtera dengan adanya masyarakat yang mempunyai kesedaran moral yang tinggi. Moral Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin “mores‟ yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore. fu‟ad. Edisi keenam. tolong-menolong dan lain-lain nilai yang baik. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya. conscientia. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral. 1987). kesedaran moral dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan progresif. moral bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah. kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. gewissen. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner‟s.

keadilan. dan bukan proses meletakkan sesuatu dalam fikiran mereka. (Mohd. Pendidikan Moral dijadikan mata pelajaran wajib bagi pelajar-pelajar bukan Islam. 1994) 2. Pendidikan Moral ini telah dimasukkan dalam pelajaran Sivik pada 1974. Draf 1978 ini juga mengenalpasti 16 nilai teras iaitu kebersihan. Draf Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral tahun 1978 cuba memberi definisi pendidikan moral serta menyatakan objektif-objektif am mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah-sekolah di Malaysia. sikap rajin. hemah tinggi dan kerjasama pada tahap kedua sekolah rendah. sikap jujur. kerajinan. Janib Johari. kesyukuran. beliau menganggap bahawa kebaikan dan keadilan adalah bersinonim dan pengajaran tentang keadilan atau kebaikan dilakukan melalui aktiviti mengemukakan soalan dan membantu murid untuk mencapai penyelesaian. perasaan moral dan tingkah laku moral. hormat-menghormati dan semangat bermasyarakat. bersifat buas dan angkuh”. sikap kasih saying. dan bukan membekalkan jawapan. Teori kognitif dan perkembangan moral mengkonsepsikan manusia sebagai organisma proaktif dan bukan organisma reaktif. akan wujud satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat. sikap sederhana. Menurut Kohlberg. sikap hormat-menghormati. sikap berterima kasih. sikap adil. Dengan kata lain. Tiga lagi nilai teras diperkenal iaitu nilai kebebasan.Contoh diatas jelas menyokong kata-kata Thomas Hobbes yang telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti berikut. kejujuran. kesederhanaan. Pada 20 Julai 1981. kasih sayang. Pendidikan Moral Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral. dua belas nilai dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Baru Sekolah Rendah iaitu sikap bersih dari segi fizikal dan mental. baik hati. sikap bermasyarakat. pendidikan moral membabitkan pross membantu murid untuk maju kehadapan. sikap belas kasihan. “Tanpa peraturan sosial (moral). sikap tidak angkuh dan kebebasan. Kohlberg .

ibu bapa dan sebagainya. bersedia memberi kerjasama dan bantuan mematuhi arahan guru (yang tidak bertentangan dengan kehendak agama). Pelajar Istilah pelajar atau murid merujuk kepada sesiapa yang sedang atau dalam keadaan belajar. termasuklah kebersihan fizikal. mental dan rohani. Dan akhir sekali tanggungjawab pelajar . berani dan cekal hati. menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama. bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam sekitar. memelihara kerukunan hidup berjiran dan mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada pencemaran budaya. Kemudian. terdapat pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul termasuklah tanggungjawab terhadap diri sendiri. pantang larang dan adat resam suku bangsa lain. memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi seorang yang berpendidikan dan bermoral tinggi. serta berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Seterusnya ialah tanggungjawab terhadap keluarga iaitu. guru. Kemudian. mempertahankan kesucian agama. 3.jujur dan amanah. negara. memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga. Pelajar juga perlu menghargai masa dan menepati masa. menghormati hak asasi orang lain. menghormati orang-orang yang lebih tua. berdedikasi dan berdikasi. dan menerima teguran guru dengan positif. menjaga nama baik keluarga serta menghormati sahabat / kenalan keluarga. mendalami dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan harian. Sebagai seorang pelajar. menjaga perasaan guru. Tanggungjawab seterusnya adalah pada masyarakat iaitu tolong menolong dan bekerjasama. Kadangkala istilah ini diertikan dalam maksud berbeza dalam sesetengah negara atau kes-kes tertentu. dan menyebarluaskan nilai-nilai murni keagamaan di kalangan masyarakat.berpendapat bahawa unit keberkesanan pendidikan adalah kumpulan sosial dan bukan murid secara individu. tanggungjawab pelajar juga terhadap guru seperti menghormati guru sebagai sumber pengetahuan. persefahaman dan sabar. Selain itu perlulah bersopan. tanggungjawab pelajar terhadap agama pula adalah seperti taat kepada perintah Tuhan. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri adalah seperti menjaga kebersihan diri. bertolak ansur. melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat atau kebajikan. bersopan terhadap guru.

Al-Mu‟allim bermaksu menyampaikan ilmu yang benar. memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat. Seorang guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Walau bagaimanapun dalam islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar sahaja. Maka guru harus memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran. Untuk itu. al-Mu‟addib dan alMursyid. bersikap jujur dan terbuka. menjaga dan menaikkan imej negara memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia serta memelihara dan mempertahankan keindahan semulajadi Negara. manakala al-Murabbi pula merujuk kepada menjayakan proses tarbiah atau mendidik. guru harus menguasai psikologi sosial. guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Antara fungsi dan peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar haruslah memiliki kestabilan emosi. Al-Mu‟addib pula bermaksud mengajar adab dan budi pekerti dan al-Mursyid yang bermaksud membentuk kepimpinan insan. guru mempunyai keterampilan membina kelompok. harus pandai bergaul dengan masyarakat. Guru Menurut Kamus Dewan. mematuhi undang-undang. menguasai teori dan praktikal pendidikan. Dalam bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai pengajar. peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan. bersikap realistik. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah. mengamalkan Prinsip Rukunegara. Menurut Mok Soon Sang (1990) pula. berkerjasama dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah. ingin memajukan pelajar. 4. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai penggilan yang merujuk kepada tanggungjawab guru yang sebenar. Guru juga sebagai anggota masyarakat. guru bermaksud pengajar. menjaga kemudahankemudahan awam. al-Murabbi.terhadap negara seperti mencintai negara dan bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara. . pendidik atau pengasuh. menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran. Antara pnggilan tersebut ialah al-Mu‟allim.

3. pengkaji dapat mentafsirkan dengan lebih mendalam tentang keberkesanan kursus Pendidikan Moral di sekolah.BAB 2 METODOLOGI KAJIAN 2. Kajian ini juga dijalankan di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan. Perkara-perkara yang disentuh ialah : 1. . Berdasarkan maklumat yang diterima melalui soal selidik yang dijalankan. Tempat kajian. 2. 4. Bab ini akan menyelidik dengan lebih jelas dan terperinci mengenai keberkesanan perlaksanaan Kursus Pendidikan Moral di sekolah. Populasi kajian. Kajian ini adalah mengenai mata pelajaran Pendidikan Moral dan pelajar yang berkaitan juga kesemuanya beragama selain agama Islam. diedarkan kepada 30 orang responden iaitu 14 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan dan 16 pelajar lagi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Alatan kajian.0 Pengenalan Kajian ini dijalankan untuk memahami motivasi pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia melalui bilangan responden yang terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur. Daripada 30 orang responden tersebut. Reka bentuk kajian.1 Reka Bentuk Kajian Kajian yang dijlankan ini adalah berbentuk soal selidik. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan hasil-hasil data mengenai kajian yang ingin dikaji. Padang Serai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Sungai Petani. 8 orang adalah lelaki dan 22 orang adalah perempuan. 2.

3 Populasi Kajian Kajian mengenai keberkesanan kursus Pendidikan Moral di sekolah melibatkan 30 orang respoden yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Pendidikan Moral dari dua buah sekolah. Sekolah yang terlibat tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan. Daripada 3o orang responden tersebut 8 orang adalah lelaki dan 22 orang lagi adalah wanita. Mereka berpendapat perkara-perkara yang dipelajari ini boleh dipelajari secara tidak formal sepeti di rumah. Hal ini memudahkan kami untuk menyelidik tentang keberkesanan kursus Pendidikan Moral di sekolah.2. . Kebanyakan dari mereka menganggap Pendidikan Moral ini tidak perlu diberi perhatian yang penuh kerana ia adalah satu kursus yang mudah serta tidak penting. 2. Kajian ini juga mengkaji sebab-sebab mata pelajaran Pendidikan Moral ini kurang mendapat perhatian pihak sekolah serta pelajar-pelajar. Padang Serai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Sungai Petani. Kami memilih sekolah menengah sebagai bahan kajian kerana pelajar sekolah menengah lebih matang dan memahami tentang apa yang kami kaji dan boleh memberikan pendapat yang lebih jelas.2 Tempat Kajian Kami telah memilih dua buah sekolah di Kedah untuk membuat soal selidik.

Borang ini terdiri daripada beberapa soalan yang akan diajukan kepada para responden berkenaan. lokasi sekolah. Seterusnya bahagian C bertanyakan tentang Faktor-Faktor Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran dan akhir sekali bahagian D tentang pendapat pelajar tentang pemansuhan matapelajaran Pendidikan Moral dari sekolah. negeri sekolah. Dalam borang soal selidik tersebut.2. serta pencapaian markah dalam mata pelajaran Pendidikan Moral yang terkini. jantina. . bahagian B. Bahagian A adalah tentang Motivasi Pembelajaran Pendidikan Moral. Sebelum itu terdapat satu bahagian yang mengandungi maklumat peribadi responden seperti nama sekolah. Kemudian bahagian B adalah mengenai Pencapaian Objektif Pendidikan Moral. bahagian C dan bahagian D. terdapat 4 bahagian iaitu bahagia A. tingkatan. agama.4 Alatan Kajian Kajian keberkesanan kursus Pendidikan Moral ini telah dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik. etnik.

borang soal selidik adalah instrumen pengumpulan data berbentuk „self-report‟ iaitu suatu tahap yang memerlukan setiap responden perlu mengisi sebahagian daripada kajian. Populasi bagi kajian dan sample yang dibuat adalah sebanyak 30 orang. Bahagian B mengenai pencapaian objektif. 3. Oleh itu. manakala bahagian D di mana responden memberi pendapat mengikut arahan yang dinyatakan. Terdapat tiga bahagian utama di dalam borang soal selidik yang dibina iaitu bahagian: A maklumat responden dan motivasi pembelajaran Pendidikan Moral berdasarkan ya atau tidak.2 Instrumen Kajian Soal selidik dan kaedah temu bual secara bersemuka digunakan. kajian yang 3. Setiap persoalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik ini mempunyai tahap yang telah dipiawaikan yang bertujuan untuk menilai sesuatu item. diperolehi dan ditunjukkan berdasarkan jadual – jadual di bawah.BAB 3 HASIL KAJIAN Hasil kajian merupakan dapatan kajian yang diperolehi setelah menjalani kajian tentang memahami motivasi pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia.1 Persampelan dan populasi kajian Sample yang digunakan di dalam kajian ini adalah pelajar – pelajar sekolah menengah yang mengambil subjek Pendidikan Moral di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Kedah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan. Kedah. bahagian C pula faktor – faktor yang mempengaruhi. . Menurut Burke Johnson dan Larry Christensen (2000).

4 didapati bahawa bagi Pendidikan Moral responden perempuan adalah seramai 22 orang (73. Kedah Jumlah Bilangan (orang) 16 14 30 Peratus (%) 53. Sekolah SMK Ibrahim. Jadual 3.7%).4 menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina yang menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Jadual 3. Jadual 3.3.4 Taburan Responden Mengikut Jantina Responden adalah terdiri daripada kumpulan jantina yang berbeza. Kajian ini juga dibuat secara rawak untuk melihat keberkesanan soal selidik ini.3: Bilangan dan Peratusan Populasi Pelajar Sekolah di dua Buah sekolah Yang Dipilih. Bilangan ini meliputi 16 orang dari SMK Ibrahim seramai 16 orang pelajar dan SMK Sungai Karangan seramai 14 orang pelajar. . Kedah SMK Sungai Karangan.3%) dan responden lelaki seramai 8 orang (26. 3.4 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina Bagi Pendidikan Moral di dua buah sekolah Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Bilangan (orang) 8 22 30 Peratus (%) 26.7 73.3 Dapatan Kajian Dalam bahagian ini ditunjukkan demografi responden berkaitan tajuk Motivasi pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia iaitu di dua buah sekolah yang terpilih.3 100 Berdasarkan Jadual 3.7 100 Jumlah pelajar sekolah di kedua – dua sekolah yang dipilih ialah seramai 30 orang pelajar.3 46.

7%. manakala seramai 11 orang (36.6 Taburan Responden Mengikut Agama Bagi kategori agama.3 40 6.6 didapati bahawa keseluruhan responden adalah terdiri daripada agama Buddha iaitu seramai 14 orang dengan kadar peratusan 46.7 100 Berdasarkan Jadual 3.7 16.lain Jumlah Bilangan (orang) 16 12 2 30 Peratus (%) 53.5.3%.6: Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Agama Bagi Pendidikan Moral Bangsa/ Etnik Buddha Hindu Kristian Jumlah Bilangan (orang) 14 11 5 30 Peratus (%) 46. manakala dua orang (6. responden yang mengambil subjek Pendidikan Moral adalah terdiri daripada Buddha.5 didapati bahawa separuh responden adalah terdiri daripada bangsa Cina bagi responden yang mengambil subjek Pendidikan Moral iaitu seramai 16 orang dengan kadar peratusan 53. Jadual 3.5: Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa Bagi Pendidikan Moral Bangsa/ Etnik Cina India Lain .5 menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut bangsa.6%) Kristian.6 100 Berdasarkan Jadual 3. manakala 12 orang (40%) India. . 3. responden yang mengambil subjek Pendidikan Moral adalah terdiri daripada Cina.7%) adalah lain-lain iaitu Kenyan dan Siam.3. India dan lain-lain. Jadual 3. Hindu dan Kristian.1 menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut bangsa.7%) adalah Hindu dan 5 orang (16. Jadual 3.7 36. Jadual 3.5 Taburan Responden Mengikut Bangsa Bagi kategori bangsa.

.3%) memperoleh gred A.7 Taburan Responden Mengikut Gred Diperolehi Kategori ini pula menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut gred yang diperolehi bagi subjek Pendidikan Moral. Kebanyakan responden yang mendapat gred antara 80 – 100 % merupakan sebahagian besar pelajar Cina yang belajar di sekolah bandar dan beragama Buddha. lima orang (16. Sebanyak 22 orang (73.0%) Jumlah Bilangan (orang) 22 5 3 0 0 30 Peratus (%) 73. Jadual 3.3 16.60%) C (59%.7%) gred B dan tiga orang (10%) gred C.7 jumlah responden yang memperoleh gred A sehingga C bagi subjek Pendidikan Moral adalah seramai 30 orang.7: Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Gred Yang Diperolehi bagi Pendidikan Moral Pencapaian markah A (100%-80%) B (79%.7 10 0 0 100 Berdasarkan Jadual 3.40%) D (39%-20%) E (19%.3.

93.3 13.8 : Motivasi Pembelajaran Pendidikan Moral Bil Soalan Ya (%) Tidak (%) 3.3 .8 Motivasi Pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia Kajian ini pula merujuk kepada peratusan responden mengenai motivasi pembelajaran dan keberkesanan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah yang berkaitan dengan kehidupan harian pelajar dan pembentukan nilai – nilai murni. saya suka membuat latihan pendidikan moral Saya suka menghadiri kelas pendidikan moral. Jadual 3.7 3 Keputusan subjek pendidikan moral saya lebih bagus daripada subjek lain 70 30 4 Saya selalu jangka akan mendapat pencapaian yang bagus dalam Pendidikan Moral.7 16.3 36.3 8 Saya berpendapat adalah penting untuk mendapat pencapaian yang baik dalam subjek Pendidikan Moral 80 20 9 10 Saya berminat dengan subjek Pendidikan Moral Aktiviti yang melibatkan mata pelajaran moral lebih baik berbanding aktiviti yang melibatkan subjek lain 76.7 63.7 23.3 6.7 76. 76.7 86.3 23.7 5 6 7 Saya selalu dapat menguasai topik baru dalam pendidikan moral Pendidikan Moral penting dalam pembinaan peribadi saya Pengetahuan pendidikan moral adalah sangat berguna jika dibandingkan dengan subjek lain 83.3.3 1 2 Saya menunjukkan prestasi yang baik dalam subjek Pendidikan Moral Saya merupakan salah seorang yang mendapat pencapaian baik dalam subjek pendidikan moral dalam kelas 96.7 30 23.7 11 12 Secara keseluruhannya.3 23.3 70 76.

8. persoalan ini menumpukan kepada nilai tanggungjawab. Nilai – nilai murni juga boleh dipelajari secara tidak formal seperti didikan ibu bapa di rumah. 3. didapati bahawa motivasi pembelajaran Pendidikan Moral dalam beberapa persoalan adalah berlainan nilai peratusannya. kurang setuju dan tidak setuju.8 dapat disimpulkan bahawa peranan Pendidikan Moral dalam pembelajaran dan pembinaan sahsiah pelajar berkualiti di sekolah adalah penting namun perlu ada pemantauan terhadap pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran subjek Moral.9 Pencapaian Objektif Pendidikan Moral Kajian ini pula merujuk kepada peratusan responden mengenai pencapaian objektif Pendidikan Moral di sekolah berdasarkan pengalaman responden sendiri. Daripada Jadual 3. hak asasi dan semangat patriotisme. Manakala peratus rendah jawapan ‟ya‟ adalah 70 % mengatakan bahawa keputusan Pendidikan Moral lebih bagus berbanding subjek lain dan Pendidikan Moral penting dalam pembentukan peribadi pelajar kerana sesetengah pelajar yang mendapat gred yang kurang memuaskan sedangkan subjek Moral ini lebih kepada konsep KBKK. kepercayaan agama. Di dalam jadual ini terdapar ruang soalan.7 %.7%. Peratusan yang paling tinggi dalam jawapan ‟ya‟ adalah dimana apabila persoalan mengenai prestasi akademik pelajar dalam Pendidikan Moral menunjukkan jumlah yang tinggi iaitu sebanyak 96. Selain itu. .Berdasarkan Jadual 3. keprihatinan. Responden yang memperolehi gred cemerlang berpendapat bahawa subjek Pendidikan Moral ini merupakan subjek yang mudah untuk skor kerana sukatan pelajaran Moral menerapkan nilai murni yang mudah dihafal tanpa perlu memahaminya. ruang jawapan iaitu setuju. Seterusnya pada jawapan ‟tidak‟ peratusan yang paling tinggi adalah dimana aktiviti yang melibatkan mata pelajaran moral lebih baik berbanding aktiviti yang melibatkan subjek lain iaitu sebanyak 36. Sebahagian responden berpendapat bahawa subjek Moral kekurangan aktiviti yang bersesuaian dengan subjek Moral.

. 83.3 7 Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar tentang prinsip demokrasi dalam kehidupan 80 16. 93. keluarga dan orang lain 93. peratusan yang paling tinggi menunjukkan persoalan mengenai Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab pada diri.7 3.3 %.7 0 5 Semangat patriotik boleh dipupuk melalui Pendidikan Moral. 93.4 3. 90 10 0 4 Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar tentang pentingnya keamanan dan keharmonian hidup.3 3. Jika dilihat pada ruangan setuju.7 10 3.3 6 Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar untuk lebih memahami hak asasi manusia. keluarga dan orang lain.Jadual 3.3 6.7 2 Pendidikan Moral dapat memberi kefaham tentang kepercayaan kepada agama.9 menunjukkan dimana persoalan yang berkaitan dengan pencapaian objektif Pendidikan Moral dalam penyampaian nilai – nilai murni berdasarkan kaitan dengan pengalaman pelajar sendiri.35 3.3 Berdasarkan jadual 3. 86.9 Pencapaian Objektif Pendidikan Moral Soalan Setuju (%) Kurang Setuju (%) Tidak Setuju (%) 0 1 Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab pada diri.3 13.35 3 Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar menjadi seorang yang prihatin terhadap alam sekitar. Pendidikan Moral dapat memberi kefahaman tentang kepercayaan kepada agama dan Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar tentang pentingnya keamanan dan keharmonian hidup sebanyak 93.3 6.

In menunjukkan bahawa nilai berkaitan dengan demokrasi seperti kebebasan bersuara dan sikap keterbukaan kurang diberi perhatian semasa proses pembelajaran di sekolah.7 6. agama dan moral merupakan dua istilah yang berbeza kerana agama lebih kepada kepercayaan. Cara peperiksaan Pendidikan Moral Cara menjawab soalan Pendidikan Moral Tugasan projek Pendidikan Moral Isi kandungan buku teks subjek Pendidikan Moral 90 76.7%).3 0 Tiada Pengaruh (%) 10 23. persoalan ini menumpukan kepada nilai tanggungjawab. Manakala pada ruangan tidak setuju peratus yang tinggi (3. pengaruh negatif (tidak menggalakkan) dan tiada pengaruh. 3. ruang jawapan iaitu pengaruh positif (menggalakkan). kepercayaan agama. keprihatinan. Selain itu.35%) Pendidikan Moral dapat memberi kefahaman tentang kepercayaan kepada agama.7 1 2 3 4 5 Kaedah pengajaran Pendidikan Moral di sekolah.3 20 6. Menurut responden.7 80 90 93. manakala moral merupakan satu set tingkah laku sama ada betul atau salah. Di dalam jadual ini terdapar ruang soalan. No Soalan Pengaruh Positif (%) Pengaruh Negatif (%) 0 0 0 3. hak asasi dan semangat patriotisme.3 .10 Faktor – Faktor Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran Kajian ini pula merujuk kepada peratusan responden mengenai faktor – faktor mempengaruhi motivasi pembelajaran berdasarkan pengalaman responden sendiri. Mereka mengatakan nilai demokrasi ini kurang dipraktikkan di sekolah.Ini menunjukkan bahawa nilai – nilai murni yang ada pada Pendidikan Moral sedikit sebanyak dapat mendidik pelajar supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Pada ruangan kurang setuju peratusan paling tinggi merujuk kepada Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar tentang prinsip demokrasi dalam kehidupan (16.

7 7 Sukatan kurikulum Pendidikan Moral (36 nilai) 86. peratusan yang paling tinggi (96.7 16. tayangan video yang berkaitan. Ini menunjukkan bahawa rakan mempunyai pengaruh yang kuat dalam mempengaruhi pemikiran pelajar selain daripada ibu bapa.7 6. Reponden berpendapat peperiksaan sememangnya tiada pengaruh terhadap motivasi pembelajara kerana peperiksaan merupakan alat yang digunakan untuk menguji sejauh mana kefahaman pelajar terhadap topik pembelajaran tanpa melibatkan pengaruh motivasi dan nilai. Jika dilihat pada ruangan pengaruh posititf.3%) cara peperiksaan Pendidikan Moral tiada pengaruh dalam motivasi pembelajaran.10 menunjukkan dimana persoalan yang berkaitan dengan faktor – faktor mempengaruhi motivasi pembelajaran dengan pengalaman pelajar sendiri. Contoh aktiviti pembelajaran seperti perbincangan kumpulan. .3 Berdasarkan jadual 3. Pada ruangan pengaruh negatif peratusan paling tinggi (16.7%) merujuk kepada pandangan kawan terhadap subjek Pendidikan Moral yang mempengaruhi faktor motivasi pembelajaran responden.65 8 Pandangan kawan anda terhadap subjek Pendidikan Moral 76.7 10 3.65 6. lakonan dan sebagainya.6 Cara komunikasi guru Pendidikan Moral dengan anda 93.7%) menunjukkan persoalan mengenai aktiviti pembelajaran Pendidikan Moral yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Moral mempengaruhi motivasi pembelajaran.7 0 3.3 10 Aktiviti pembelajaran Pendidikan Moral yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Moral anda 96.3 0 6. Manakala pada ruangan tiada pengaruh peratus yang tinggi (23.7 6.6 9 Suasana pembelajaran Pendidikan Moral di kelas anda 86.

11 Pandangan Responden Mengenai Pendidikan Moral Wajar Dimansuhkan Ya(%) 1 Pendidikan Moral wajar dimansuhkan 60 Tidak (%) 40 Berdasarkan jadual 3. Di dalam jadual ini terdapar ruang soalan. Pengkaji mendapati peratusan ”ya” yang mengatakan wajar subjek Moral dihapuskan merupakan dari kalangan pelajar yang mendapat gred A atauinta cemerlang yang mendapati subjek ini semata – mata menghafal fakta atau nilai tanpa perlu memahami lebih mendalam dan melaksanakannya. . Ini menunjukkan perlunya perubahan dalam sistem pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Moral.11 Pandangan Responden Mengenai Pendidikan Moral Wajar Dimansuhkan Kajian ini pula merujuk kepada peratusan responden mengenai pandangan mereka mengenai adakah wajar pendidikan moral dimansuhkan.11 menunjukkan dimana persoalan yang berkaitan dengan pandangan responden sendiri mengenai wajarkah Pendidikan Moral wajar dimansuhkan. ruang jawapan iaitu ya dan tidak.3. Jadual 3. 60 % mengatakan ya Pendidikan Moral wajar dimansuhkan manakala 40 % mengatakan tidak wajar Pendidikan Moral dimansuhkan.

secara keseluruhannya. guru perlulah bijak dan kreatif dalam menguruskan para pelajar dan menjadikan subjek Pendidikan Moral itu adalah satu subjek yang penting. Suasana sosial di sekolah. yang membuatkan murid terpaksa mengikuti pelajaran.1 KESIMPULAN Daripada analisis data dan perbincangan terhadap dapatan kajian. Rumusan akan dibuat berdasarkan hasil daripada kaji selidik yang telah diperoleh dalam bab sebelum ini. kajian lebih menjurus kepada aspek kesimpulan dan cadangan atau saranan.BAB 4 KESIMPULAN DAN CADANGAN 4. Pembelajaran berteraskan murid juga kurang dititikberatkan. 0 PENGENALAN Dalam bab ini. hanya lebih berteraskan kepada guru kerana hanya guru sahaja yang mengajar dan murid hanya mendengar. Ini adalah kerana dari segi proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Maklumat – maklumat yang diperoleh daripada kajian ini memberi gambaran secara menyeluruh mengenai keberkesanan perlaksanaan kursus Pendidika Moral. Sesetengah responden mengatakan pelajaran Moral kadang kala membosankan kerana guru hanya menjelaskan dengan huraian panjang lebar dan berpandukan buku teks. cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku juga akan memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada perlaksanaan pembelajaran moral pelajar di sekolah. kemungkinan besar berlaku kekurangan yang besar khususnya dalam sistem pembelajaran dan pengajaran. didapati maklum balas responden beranggapan Pendidikan Moral sebenarnya mengatakan Pendidikan Moral wajar untuk dihapuskan berdasarkan kajian yang telah dijalankan. 4. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak guru-pelajar. Jika dikaji semula. . Oleh itu.

Oleh itu. 3) MEMPELBAGAIKAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN . pengkaji ingin beberapa saranan yang difikirkan perlu agar pihak – pihak tertentu mengambil langkah – langkah yang difikirakn dapat menambahkbaikan kursus perlaksanaan kurikulum Pendidikan Moral di sekolah. 1) MENAMBAH SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Terdapat pelbagai kekurangan bagi mendapatkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral. Guru-guru Pendidikan Moral perlu berusaha menyediakan bahan-bahan bantu mengajar bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. pihak sekolah perlu lebih banyak menghabiskan peruntukan yang diberikan bagi menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek-subjek teras. buku skrap dan persembahan power point bagi topik-topik yang diajar di dalam silibus Pendidikan Moral. Guru-guru ini juga perlu mengadakan pelbagai aktiviti pertandingan di kalangan pelajar bagi menambah bahan pembelajaran seperti pertandingan mereka model rumah ibadat. 2) SISTEM PEPERIKSAAN MENGIKUT KEUPAYAAN Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan.4. Pelajar sekolah sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada pencapaian pelajar. dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab.2 CADANGAN Berdasarkan hasil kajian yang telah dieprolehi.

malahan guru juga boleh mengaitkannya dengan kehidupan seharian pelajar. nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM.Kepentingan mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi memastikan pelajar meminati subjek yang diajarkan. guru tidak hanya memfokuskan untuk menghabiskan silibus di dalam buku teks. BIBLIOGRAFI . Selain itu juga. 4) PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar. hak dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri. Justeru itu. Ini juga jelas dinyatakan di dalam Fokus dan Strategi Membangunkan Modal Insan iaitu untuk memantapkan kurikulum dengan meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. pertimbangan tentang patut. pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan pertimbangan normatif atau preskriptif. pelajar-pelajar sekolah perlu diberi peluang dalam menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. malahan guru boleh mengaitkan nilai – nilai murni yang ada dalam pengajaran. Keadaan ini sejajar dengan perkembang moral kognitif pelajar berkenaan dengan „pertimbangan moral‟ (moral judgement) yang mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan pelajar iaitu pertimbangan tentang nilai bukan fakta.

2002 Colby. Kohlberg. Konsep Asas Dalam Pendidikan Moral. Problems. The measurement of moral judgement. L. Universiti Malaya. Faculty of Education. 1. Peringkat perkembangan moral di kalangan pelajar sekolah menengah bandar dan luar bandar. causes and solutions in a school moral education course. The Asia Pacific-Education Researcher. China LAMPIRAN . Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 – 19. BNU. Cambridge: Cambridge University Press. Vol. Cheung. Hong Kong. Chang Lee Hoon (2002). (2006). Kertas yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sosial. Perkembangan domain moral dalam pengajaran dan pembelajaran sains sosial. Fakulti Pendidikan.Chang Lee Hoon (2005). C. Universiti Malaya pada 19 Januari. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 16 No. Loganathan. A. (1987). Liang Mingyue. Ahmad Zabidi Abdul Razak.. Volume I: Theoretical foundations and research validation. (1995). The University of Hong Kong. Latihan Ilmiah. Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran . R. The Teaching of Moral Education through Media Education. K.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful