You are on page 1of 21

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

B Ba ab b2 2: : T TU UG GA AS SD DA AN NP PE ER RA AN NA AN NG GU UR RU U
Hasil Pembelajaran:

Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:   Memerihalkan pandangan Al-Frabi dan Confucisu tentang tugas & peranan guru Menerangkan pendapat Vivekananda dan Plato berkenaan tugas & peranan guru Memerihalkan pendapat Plato tentang tugas & peranan guru Membezakan pelbagai peranan & tugas seorang guru

g g

 

RINGKASAN BAB

2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6

Pengenalan Al-Farabi Confucius Viviekananda Plato Pelbagai peranan & tugas guru Ringkasan Kata Kunci Rujukan

Bab 1: Profesion Perguruan Bab 2: Tugas & Peranan Guru Bab 3: Etika Perguruan Bab 4: Standard Guru Malaysia Bab 5: Pembangunan Profesion Guru Bab 6: Permuafakatan Sekolah-Komuniti Bab 7: Guru Sebagai Pemimpin Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan

Bab ini membincangkan pandangan beberapa ahli falsafah seperti Al-Farabi, Confucius, Vivekanada dan Plato tentang peranan pendidikan dan peranan guru. Jika dikaji dengan teliti, gi pandangan ahli-ahli falsafah ini adalah hampir sama dan relevan hingga ke hari walau pun idea-idea mereke diutarakan lebin 2000 tahun lalu. Pelbagai peranan dan tugas guru dibicangkan dengan mendalam.

1

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru 2.1 Pengenalan

Beberapa tema Hari Guru

Guru Inovatif & Kreatif Menjayakan Wawasan

Guru Berkualiti Aspirai Negara

Guru Pembina Negara Bangsa

Guru Cemerlang Negara Terbilang

Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

Guru Bestari Sekolah Bestari

Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Guru dan Pembangunan Negara

2.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Pernyataan-pernyataan di atas adalah beberapa „Tema Hari Guru‟ sejak tahun 1972. Terangkan bagaimana anda telah menterjemahkan tematema berkenaan dalam pengajaran seharian di sekolah.

2

Tugas guru ialah untuk mendidik pelajar ke arah mencapai kebahagiaan dan keseumpurnaan (bermoral tinggi) kerana manusia dicipta untuk tujuan ini. Beliau telah mengkaji dengan mendalam hasil karya ahli falsafah Plato dan Aristotle. Imprimerie catholique. hanya orang bermoral tinggi. Menurut Al-Farabi. Dia berpindah ke Baghdad dan mempelajari tatabahasa. Antara hasil karya beliau ialah:        al-Madina al-fadila [The Virtuous City] Al-Farabi (872-950) Al-Burhan [The Demonstration] Kitab al-huruf (The Book of Letters) Al-Tanbih ila sabil al-sa‟ada [Guidance on the Path to Happiness] Falsafat Aristutalis [Aristotle’s Philosophy] Kitab Al-Misuqa al-kabir [The Great Book of Music] Kitab al-ihsa‟ (The Book of Lists) INGAT: Idea-idea ini dikemukakan lebih 1000 tahun dahulu! Peranan Pendidikan Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep „pendidikan‟ yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru. manusia tidak akan mencapai kebahagian dan kesempurnaan yang diidam-idamkan. edited by Albert Nusri Nadir. falsafah. Peranan Guru  Menurut Al-Farabi. Dalam ertikata lain. mengajar (ta‟lim). tidak taksub dengan harta dan terdidik dengan sifat qanaah (merasa cukup dengan apa yang dimiliki) dan ingin mencari kebenaraan boleh dilantik menjadi guru. p.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru 2. Beliau meninggal dunia pada 950. 97). Berasaskan al-Quran. pendidikan adalah penting untuk semua orang kerana tanpa pendidikan. membimbing (tasdid). Beirut. melatih (tahdhib). pengetahuan dan kemahiran ke arah mencapai kebahagian (happiness) dan kesempurnaan (perfection). Mabadi‟ ahl al-madina al-fadila. Al-Farabi dianggarkan telah menulis kira-kira 400 buku. dan menaksir (taqwim). Baginya tujuan pendidikan ialah untuk mendisiplin (ta‟dib). tetapi hanya 150 jodol yang masih tinggal. Manusia yang sempurna (al insan al kamil) ialah orang yang telah menguasai ilmu dan nilai-nilai baik dan seterusnya menjadi teladan kepada orang lain. logik. matlamat pendidikan ialah pembentukan suatu komuniti ideal dimana orang tolong menolong dan bekerja sama ke arah pencapaian kebahagian (“all work together in order to attain happiness” AlFarabi. beliau menekankan bahawa matlamat utama pendidikan ialah pengusaan nilai. mengasuh (tarbiya). Bertambah pula. 3 .2 Pendapat Al-Farabi Tentang Peranan Guru A-Farabi dilahirkan di Wasij di Tukestan pada tahun 872. musik. ketika berumur 80 tahun. matematik dan sain dan digelar “Guru Kedua ” manakala ahli falsafah Yunani Aristotle digelar “Guru Pertama”. 1959.

metafora dan ilustrasi.1). Pelajar digalakkan menggunakan sensori sentuhan. Falsafat Aristutalis. Pelajar digalakkan berdebat dan memberi pendpat. iaitu „keadah demonstrasi‟ dan „kaedah memujuk‟ (Lihat Rajah 2.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru individu berkenaan hendaklah secara sukarela memilih menjadi guru dan tidak boleh dipaksa menjadi guru kecuali dalam keadaan yang mendesak (Lihat Rajah 2. idea yang kemukakan oleh Al-Farabi ini lebih 1000 tahun yang lalu sebelum kemunculan bidang psikologi pendidikan. Sebaliknya. Guru mesti menunjuk kefahaman yang mendalam tentang ilmu yang hendak diajar dan dapat menggunakan kaedah mengajar berkesan yang memudahkan pelajar menguasai ilmu yang hendak disampaikan sambil tidak mengelirukan mereka. Menurut Al-Farabi. Beirut. menghafal Qur‟an dan lagu. prinsip dan teori yang dikuasai dan dapat mengaitkan maklumat baru yang dipelajari dengan konsep dan prinsip yang telah dipelajari (Al-Farabi. Mungkin anda akan mengatakan. Perlu diingat bahawa. 4 . Ajwibat masa‟il su‟ila „anha). “Hafalan” ialah apabila pelajar mengulangi perkataan atau ungkapan berkali-kali sehingga dia hafal seperti mempelajari sesuatu bahasa.  Kaedah demonstrasi melibatkan guru bercakap dan sesuai untuk memperoleh pengetahuan khusus. 1961) Secara tak langsung beliau mengingaktkan guru untuk menyesuaikan kaedah mengajar dengan keupayaan dan pengalaman pelajar.1 Kaedah Mengajar Menurut Al-Farabi  Al-Farabi juga membezakan di antara “Hafalan” dan “Kefahaman”. „kefahaman‟ adalah lebih baik daripada „hafalan‟ kerana pelajar memahami konsep. Oleh it beliau. ini saya sudah tahu.2). Dar majallat al-chi‟r. visual dan pendengaran untuk mempelajari sesuatu (Al-Farabi. memperkenalkan dua kaedah mengajar. edited by Muhsin Mahda.    Kaedah Demonstrasi PENGAJARAN (ta’alim) Kaedah Memujuk Rajah 2. “kefahaman” ialah apabila pelajar memahami maksud dan dapat menginterpretasi sesuatu bahan tulisan (Al-Farabi.  Kaedah memujuk melibatkan guru bercakap dan diikuti dengan dengan menggunakan contoh. Al-Burhan).

Ini dikuti dengan penerangan tentang bahagian-bahagian konsep berkenaan. Tujuan peperiksaan ialah untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang ilmu. sempoa. kemungkinan pelajar tidak memberi perhatian dan menjadi malas. pembaris dan skala hendaklah disediakan untuk kegunaan pelajar. Oleh itu. Kemudian. 3. bahan-bahan seperti kompas. menurut Al-Farabi guru hendaklah mengamal kesederhanaan dalam Rajah 2. untuk menilai kebolehan pelajar mengaplikasi konsep dan prinsip. Guru bermula dengan mencari perkataan sama maksud dengan konsep yang hendak diterangkan. Berikut ialah langkahlangkah yang dicadangkan beliau: 1. guru hendaklah mengelak memberi hukuman yang keterlaluan kerana ini akan membuat pelajar benci kepada guru. analogi. 4.  Al-Farabi juga mencadangkan guru menyelitkan unsur permainan (play) dalam pengajaran mereka. ilustrasi dan contoh untuk menjelaskan konsep berkenaan. Menurutnya. bermoral tinggi boleh menjadi guru Al-Farabi juga menekankan kepentingan menilai hasil pembelajaran. Gunakan metafora. Berkenaan dengan disiplin.2 Hanya mereka menghukum pelajar. Terangkan ciri-ciri khusus dan ciri-ciri umum konsep berkenaan 5. Sebaliknya.    2. a) Apakah prasyarat menjadi guru menurut Al-Farabi? b) Nyataan perbezaan diantara dua kaedah mengajar yang dicadangkan oleh A-Farabi c) Sejauh manakah pendapat Al-Farabi releven hari ini? 5 . jika guru terlalu lembut. memberi definisi konsep berkenaan.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru  Al-Farabi menekankan betapa penting guru menerangkan sesuatu konsep dengan kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman. Permainan dalam pendidikan bertujuan mencetus pemikran kreatif dan menggalakan pembelajaran aktif dikalangan pelajar.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN Al-Farabi. 2.

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru 2. Pada umur 50 tahun beliau mencebur diri dalam politik dan dilantik sebagai menteri keselematan dan keadilan didaerah Lu. Berikut ialah berepa hasil karya beliau yang terkenal: o o o o o o Book of Odes (Syair Pujian) (Shi) Book of History (or Documents) (Shu) the Book of Rites (Upacara) (Li). ekonomi. Bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil. beliau telah mencadangkan beberapa prinsip yang perlu di amalkan oleh guru. pedagogi dan sosiologi pendidikan. Kemudian dia meninggal jawatan menteri dan mengembara dari bandar ke bandar di Cina bersama pengikutnya. Kerap kali dia meluahkan pendapatnya tentang kepentingan nilai moral tinggi dikalangan ahli pemimpin. menghormati orang tua (ti).M] INGAT: Idea-idea ini dikemukakan lebih 260o tahun dahulu! Peranan Pendidikan Menurut Confucius. ketekunan (min). menjimat-cemat (jian). budaya. komited dengan kerjayanya. music dan matematik. peranan pendidikan ialah menghasilkan individu yang kompeten dan mempunyai nilai moral yang tinggi. Dia harus mempunyai pengetahuan luas dan kukuh 6 .  Guru yang baik hendaklah menyampaikan ilmu dengan penuh minat. Berdasarkan pengalamannya sebagai guru. Ramai diantara mereka tidak senang dengan pandangan Confucius dan pernah dimasukkan ke penjara. Antara nilai-nilai yang diutamakan ialah kesayangan kepada ibu bapa (xiao). baik hati (liang). kesetiaan (zhong). sejarah. keberanian (yong).3 Pendapat Confucius Tentang Peranan Guru Confucius dilahirkan pada 551 sebelum masihi (iaitu kira-kira 2600 tahun yang lampau) di Quyi (kini di Wilayah Shandong). Peranan Guru Confucius sungguh minat menjadi guru dan disanjung tinggi oleh masyarakat Cina. Confucius telah menulis buku dalam bidang falsafah. Book of Music (Yue) Book of Changes (Yi) Spring and Autumn Annals (Chunqiu). tolenrasi (rang) dan sebagainya. Conficius [551-479 S. Perlu diingat bahawa idea-idea ini dikemukakan lebih 2400 tahun yang lampau sebelum kemunculan disiplin-disipin seperti psikologi pendidikan.

penuh minat Guru mesti sentiasa belajar serta sentiasa mengaitkan teori dengan amalan. Dia sungguh tertarik dengan mempelajari pelbagai agama dan menekankan pentingnya menghormati semua agama. Guru perlu menunjukkan kesopanan dan budi bicara ketika bercampur gaul dengan orang lain. kemahiran dan pengetahuan sedia ada. Guru hendaklah menjadi teladan yang baik kepada pelajar.3 Guru hendak diri sendiri dan sanggup menerima menyampaikan ilmu dengan kritikan. India.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Apakah peranan utama pendidikan menurut Confucius? b) Terangkan ciri-ciri yang harus dimiliki oleh guru menurut Confucius. pengetahuan.3). Guru mesti memahami tingkahlaku unik setiap pelajar dan menggunakan kaedah mengajar yang sesuai dengan keupayaan dan umur pelajar. Guru ialah seorang penyayang yang tidak kenal penat lelah mengembangkan potensi pelajar sambil menjadi sumber inspirasi kepada mereka. sentiasa menganalisis Rajah 2. Mengikut Vivekananda.4 Pendapat Vivekananda Tentang Peranan Guru Vivekananda dilahirkan pada tahun 1863 di Calcutta. “Pendidikan ialah manifestasi kesempurnaan yang sedia ada pada individu” (Education is the manifestation of the perfection already in man).      2. Peranan Pendidikan Menurut Vivekananda. kebolehan. Apakah makna pernyataan ini? Vivekananda [1863-1902 Pelajar di dilahirkan dengan pelbagai bakat. peranan utama pendidikan ialah ialah untuk menghapuskan gejala sosial dan membentuk masa depan manusia. Peranan pendidikan ialah untuk menyediakan peluang untuk 7 . Dia telah menulis kira-kira 17 buku dan beberapa artikel dalam journal. Dia meninggal dunia ketika umur 39 tahun pada tahun 1902. c) Sejauh manakah pendapat Confucius releven hari ini? 2.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru tentang mata pelajaran yang diajar supaya pelajar mendapat manfaat sepenuhnya (Lihat Rajah 2.

Contohnya.4). Pelajar harus dilatih teknik mengenepikan perkara-perkara yang tidak relevan dan berfokus kepada yang penting. pelajar hendaklah digalakkan membincang mengapa sesuatu tindakan itu „betul atau salah‟. “guru yang berkesan ialah guru yang dapat menyampaikan maklumat selaras dengan tahap keupayaan pelajar” (CW. VII. Seperti Al-Farabi. taraf sosioekonomi. pendidikan tidak bermakna sekira ia tidak dapat melengkapkan diri manusia menghadapi cabaran dunia dan berdirkari (CW. Vivekananda juga menekankan peranan pendidikan melahiran manusia yang sempurna. p. kanta cembung menumpukan cahaya matahari pada satu poin hingga dapat membakar sekeping kertas (Lihat Rajah 2. IV. vol. pp. Guru hendaklah memperkembangkan kemahiran berfikir pelajar yang membolehkann mereka membezakan di antara yang relevan dan tak relevan (Prabhananda. Kanta cembung menumpukan cahaya matahari  Guru mempunyai pengaruh positif terhadap pelajar dibawah jagaannya dengan menunjukkan teladan yang baik dan mengamal nilai-nilai yang diterima masyarakat. Pengajaran ialah seperti menanam pokok      8 . vol. 147–148). 1993). Rajah 2. 183). kasta atau jantina. Apabila membincang isu „betul atau salah‟. Peranan Guru  Guru hendaklah melatih pelajar cara memberi tumpuan (concentration) untuk mengelakkan minda mereka merayau. Ia umpama batu api yang menyala secara spontan apabila mendekati sebatang macis. Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa. Menurut beliau.  Peranan guru ialah untuk membentuk perwatakan pelajar supaya mereka boleh membeza di antara baik dan buruk. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan yang hendak disampaikan serta kaedah menyampaian pengetahuan berkenaan. Rajah 2. Perempuan mesti mendapat pendidikan sama seperti lelaki kerana kaum perempuan yang mendidikan generasi akan datang (Prabhananda. Menurut Vivekananda. 1993).5.4.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru pelajar meluahkan pelbagai potensi yang terpendam atau sedia ada (iaitu manifestasi).

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru  Pengajaran ialah seperti menanam pokok. 2.M. Seringkali idea-idea yang Plato (482 – 348 S. Plato membentang ujah-ujahnya dalam 28 buku (yang dipanggil „dialogue‟) dan 13 surat. Libya dan selatan Itali.6). 9 . Walaupun. kesucian.5 Pendapat Plato Tentang Peranan Guru Plato telah dilahirkan pada 428 S. beliau tidak menceburi dalam politik tetapi telah menulis secara meluas tentang politik dan mengasaskan sains politik.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Apakah peranan utama pendidikan menurut Vivekananda? b) Terangkan peranan guru menurut Vivekananda. di Athens.M. c) Sejauh manakah pendapat Vivekananda releven hari ini? 2. dan meninggalkan Athens dan mengembara ke Mesir. retorik. Plato menjadi murid Socrates sehingga kematiannya pada tahun 399 S.) dikemukakan adalah pendapat Socrates. keberanian. Greece. Tulisan Plato telah banyak mempengaruhi falsafah dan budaya barat. Tulisan beliau yang terkenal ialah “The Republic of Plato” yang membentangkan idea-idea tentang pentadbiran kerajaan demokraasi. kecantikan dan lain-lain. Dalam „dialogue' beliau membincang pelbagai isu seperti keadilan. keluarganya terlibat denga politik.M. memastikan pokok itu mendapat udara dan baja yang mencukupi dan membiarkannya bertumbuh dengan sendiri. Tugas guru ialah menyiramnya dengan air. undang-undang. Pada usia 20 tahun. INGAT: Idea-idea ini dikemukakan lebih 250o tahun dahulu! Peranan Guru  Peranan guru ialah untuk membebaskan masyarakat daripada kejahilan (Lihat Rajah 2.

Orang berpelajaran hendaklah membantu mendidik mereka yang tidak ada peluang pendidikan.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Apakah maksud Plato bahawa „guru berperanan membebaskan manusia daripada kejahilan‟? b) Terangkan peranan guru menurut Plato. Yang penting bukan sifat semula jadi pelajar. Jika perlu. Guru tidak boleh mendiskriminasi diantara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Sebaliknya. Plato mencadangkan bahawa cerita dan puisi yang disampaikan oleh guru hendaklah ditapis supaya ia tidak merosakkan minda pelajar.    Rajah 2. c) Sejauh manakah pendapat Plato relevan hari ini? 10 . lemah semangat. Semua manusia memiliki keupayaan dan keinginan belajar dan tugas guru ialah untuk membawa mereka ke jalan kebenaran.6. tetapi bagaimana pelajar itu dididik menjadi seorang terpelajar. pelajar yang dibiarkan tanpa disiplin boleh menjadikan mereka mudah marah dan tidak menghormati guru. Guru hendaklah menggalakkan pelajar melibatkan diri dengan musik dan pendidikan jasmani yang dapat memperkasakan minda dan badan mereka. pelajar perempuan pun boleh diarah untuk menyertai tentera untuk berperang. 791c). Guru hendaklah berhati-hati mendisiplin kanak-kanak kerana kekerasaan keterlaluan boleh menyebabkan murid tidak bermaya. Guru berperanan membebaskan manusia daripada kejahilan 2.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru      Pelajar hendaklah diajar membezakan di antara yang salah dan benar. putus asa dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat (Laws.

jumlah itu melebihi purata jam seorang pekerja yang disarankan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) iaitu 45 jam seminggu.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru BEBAN TUGAS GURU BERTAMBAH PUTRAJAYA 30 Mei . Menurut beliau." katanya. Jawatankuasa Mengkaji TTG telah mengemukakan sebanyak 39 perakuan yang berkaitan dengan pemantapan fungsi dan peranan guru dan seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan negara. jumlah tersebut meliputi tugas yang dilaksanakan di sekolah dan luar sekolah. Apakah pendapat anda tentang hasil kajian jawatankuasa TTG? Adakah ini benar dalam sekolah anda? Jelaskan. ia merangkumi sembilan bidang tugas dan tanggungjawab iaitu kurikulum.Seorang guru di negara ini menggunakan purata 66. pembangunan staf. 2007] 2. Katanya. hal ehwal murid dan pengurusan asrama. pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan telah dilaksanakan berhubung tugas dan tanggungjawab guru agar bersesuaian dengan perakuan-perakuan yang telah diutarakan. pejabat dan pentadbiran. Katanya. Menteri berkata. Menteri Pelajaran. [sumber: Harian Metro. 11 . kajian juga mendapati penggunaan masa guru yang amat tinggi telah memberi kesan terhadap kualiti pelaksanaan tugas dan tanggungjawab utama para guru khususnya dalam bidang kurikulum selain membawa pelbagai kesan sampingan lain. kewangan. Perakuan-perakuan tersebut dibahagikan kepada dua iaitu komponen operasi dan komponen dasar dengan komponen operasi merupakan pelaksanaan di bawah kawalan kementerian manakala komponen dasar memerlukan kajian lanjut dan kelulusan Jemaah Menteri.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN Baca petikan di atas. "Sehubungan itu. dalam waktu persekolahan dan di luar waktu persekolahan. kokurikulum. Kajian Jawatankuasa Mengkaji Tugas dan Tanggungjawab Guru (TTG) yang dilakukan sejak setahun lalu menunjukkan. hubungan komuniti. dalam tempoh setahun selepas kajian itu disiapkan. kepelbagaian bidang tugas dan episod kerja guru menyebabkan penggunaan masa mereka amat tinggi sehingga melebihi jumlah purata yang disarankan oleh ILO. pembangunan fizikal.24 jam seminggu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik.

7. Ramai orang tidak memahami bahawa tugas seorang guru itu bukan hanya mengajar.6 Tugas dan Peranan Guru Mungkin tidak ada satu profesion. [sumber: Berita Harian. 2009] Guru sebagai PENGAJAR Guru mempengaruhi TINGKAH LAKU PELAJAR Guru sebagai PEMBIMBING Guru sebagai PENGGANTI IBU BAPA Guru sebagai AGEN PERUBAHAN Guru sebagai PENYELIDIK Guru sebagai AGEN SOSIALISASI Guru sebagai PENGAMAL REFLEKTIF Rajah 2.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru 2.7 Tugas dan Peranan Guru 12 . di rumah dan dengan masyarakat sekeliling. guru perlu melakukan berpuluh tugas kecil di sekolah. Bagi setiap peranan yang disenariakan. Lihat katun disebelah. Apakah pandangan anda? Sejauh manakah ia mencerminkan tugas dan peranan anda sebagai guru? Lihat Rajah 2. dimana pengamalnya mempunyai pelbagai tugas dan peranan seperti guru.

Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti dan dilaksanakan dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai. Tugas guru ialah mengurus bilik darjah dengan tujuan mewujudkan Rajah 2. kemahran dan nilai yang disampaikan. Apakah pengajaran? Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan pelajarnya (Lihat Rajah 2. sains atau sejarah. 13 . matematik.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru 1) GURU SEBAGAI PENGAJAR (Teacher as Instructor) Peranan guru sebagai pengajar paling dikenali oleh masyarakat. Guru yang tidak cekap berbahasa Inggeris sudah tentu tidak dapat mengajar pelajarnya berbahasa Inggeris dengan berkesan. Lihat katun di bawah. Guru juga terlibat dengan penaksiran untuk menentukan sejauah manakah pelajar telah menguasai pengetahuan. Guru memotivasikan pelajar supaya mengambil inisiatif untuk belajar. Guru yang berkesan akan memastikan bahawa pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapai dalam kehidupannya. demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan secara bersendirian.8).8. Guru sebagai pengajar persekitarn yang kondusif. Begitu juga dengan pengajaran Bahasa Melayu. Ini bermakna guru perlu melengkapkan diri dengan bidang ilmu yang diajar serta kaedah dan teknik penyampaian ilmu berkenaan.

1991). bimbingan yang diberikan guru biasa ialah pemberian nasihat. Sebagai pembimbing. 4) GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN (Teacher as Agent of Change) Selain sebagai agen sosialisasi. Sebagai agen sosialisasi. Guru juga berperanan sebagai „mentor‟ yang membina kekuatan dan memaksimumkan potensi pelajar di bawah jagaannya (Noriati Rashid. tentu terdapat pelajar yang menghadapi masalah sosioemosi seperti hargi diri (self-esteem) yang rendah.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru 2) GURU SEBAGAI PEMBIMBING (Teacher as Guide) Dalam sebuah bilik darjah. Sosialisasi ialah suatu proses dimana individu mengenal dan menghayati cara menyertai sesuatu kelompok dilingkungannya sehingga menjadi sebahagian kelompok berkenaan. sekolah tidak banyak berubah sejak 200 tahun yang lampau! Adakah anda setuju iaitu kaedah mengajar yang digunakan sekarang adalah hampir 14 . guru juga berperanan sebagai agen perubahan. panduan dan pertolongan kepada pelajar yang memerlukannya (Shertzer dan Stone. masalah keluarga. guru berperanan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan komuniti sekolah. Gurulah yang memudahkan pelajar menyesuaikan diri kerana dia menghormati perbezaan individu. 3) GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI (Teacher as Agent of Socialisation) Sekolah ialah suatu komuniti yang terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai peranan tertentu. Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah. 2. bila disebut „pembimbing‟. Secara amnya. Setengah pendapat mengatakan. guru:  Menyemaikan minat dan motivasi terhadap mata pelajaran yang diajar untuk meningkatkan pencapaian akademik  Menyedarkan pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka serta tindakan yang boleh dilakukan untuk mengatasi kelemahan yang dialami  Membantu pelajar mengenal pasti masalah sosioemosi atau masalah kesihatan yang dihadapi dengan tujuan mereka sendiri menyelesaikanya. ia dikaitkan dengan tugas guru „bimbingan dan kaunseling‟ yang khusus. Masalah sedemikian akan menjejaskan prestasi akademik pelajar. 2010). tidak dapat bercampur gaul dan sebagainya. setiap guru secara tidak langsung berperanan sebagai pembimbing untuk membantu pelajar berjaya dalam persekolahan. Oleh itu. „Perubahan‟ ialah melakukan sesuatu mengikut cara atau kaedah yang lain. Guru memegang peranan penting dalam pembentukan keperibadian seseorang pelajar.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Pernahkah situasi yang digambarkan dalam katun di atas berlaku di sekolah anda? b) Berikan contoh bagaimana anda telah berperanan sebagai pembimbing kepada pelajar di sekolah anda. Lazimnya. Guru lebih memahami perasaan seseorang pelajar dan sifat empati membantu pelajar membentuk emosi yang sihat.

bermula dengan bertanya. „Bapa borek anak rintik‟. 2. bapa tunggal dan ibu bapa berkahwin semula. Pelajar daripada keluarga sedemikian mungkin tidak mendapat perhatian dan kasih sayang sewajarnya dan berpaling kepada guru sebagai pengganti ibu bapa atau penjaga mereka. seorang pelajar daripada keluarga dimana ibu bapa sentiasa berkelahi dan pukul-memukul kemungkinan personalitinya dan kelakuannya terbentuk ke arah yang sama. yang sibuk bekerja. Contohnya. kerungsingan dan kerisauan pelajar tentang dunia luar sekolah dikurangkan (Noriati Rashid. 6) GURU SEBAGAI PENGGANTI IBU BAPA Adalah pepatah mengatakan. Terdapat ramai pelajar yang datang daripada latar belakang yang kurang menggalakkan. 15 . sikap dan kepercayaan kepada anak didik mereka. Guru merupakan teladan yang sangat penting dalam menyalurkan nilai. teknik dan proses baru untuk membantu pelajar yang memerlukannya. 2010). Guru sentiasa menjana kaedah. Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah. Keprihatinan da kepekaan guru terhadap pelajar daripada keluarga bermasalah akan membantu mereka menghadapi persekolahan dengan lebih yakin. Dengan ini. Tetapi. selain bapa dan ibu atau penjaga. kemiskinan. menggunakan internet dan kaedah kolaborasi dalam pengajaran dan pembelajaran. seperti kata pepatah. bila pelajar itu datang ke sekolah dan berhadapan dengan guru yang penyayang dan prihatin. Mungkin anda menghadiri kursus yang menunjukkan teknik-teknik baru mengajar murid kemahiran membaca (Fullan. tidak bersemangat. cepat marah dan sebagainya.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru sama semasa anda bersekolah dahulu? Guru sebagai agen perubahan dikehendaki sentiasa membawa perubahan kepada bilik darjah dengan memperkenalkan kaedah dan teknik mengajar yang inovatif. Kini konsep keluarga telah banyak berubah dengan peningkatan kadar penceraian yang menambahkan bilangan ibu tunggal. penyalahgunaan dadah dan terjebak dengan ketagihan alkohol.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN Ceritakan jenis perubahan anda telah memperkenalkan di sekolah anda serta jenis perubahan anda akan membawa pada masa depan. maka pelajar juga akan meniru perlakuan yang diperhatikannya. guru sendiri perlu mengamalakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong learning). 1993). orang yang ketiga penting dalam kehidupan pelajar ialah guru. jenayah. kemungkinan pelajar itu akan sedar bahawa adanya cara lain berkelakuan tidak seperti yang dilihat di rumah. Jika guru kerap kali ponteng kelas. Contohnya. 5) GURU MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU PELAJAR (Teacher influencing Behaviour of Learners) Guru bermain peranan penting dalam pembentukan tingkah laku pelajar. Proses membawa perubahan. Guru boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar. Sebagai agen perubahan. Guru yang memahami situasi mereka sebegini akan memberikan perhatian yang lebih khusus dan berusaha mewujudkan persekitaran sekolah dan bilik darjah yang lebih kondusif. „Apakah saya boleh lakukan untuk membantu pelajar yang tidak boleh membaca walau pun berada di Tahun 4?‟.

Mengapa sesetengah murid tidak memahami apa saya mengajar? Rajah 2. 7) GURU SEBAGI PENGAMAL REFLEKTIF (Reflective Practitioner) Salah satu peranan guru yang kini diberi perhatian dalam bidang pendidikan guru ialah peranan sebagai „pengamal reflektif‟.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru 2. Apakah yang dimaksudkan dengan „amalan reflektif‟ (reflective practice)? Amalan reflektif ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang mempersoal diri tentang amalan atau tindakan yang dilakukan sebagai doktor. Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN Berikan contoh-contoh spesifik yang menunjukkan anda telah berperanan sebagai pengganti ibu bapa kepada pelajar di sekolah anda. Guru yang reflektif tidak sekadar memikir tentang masalah yang dihadapi tetapi juga merancang tindakan mengatasinya.9. murid yang tidak minat dengan mata pelajaran yang anda mengajar atau pelajar yang tidak boleh menulis dan mengira walau pun telah tamat Tahun Empat (Lihat Rajah 2. peguam. memahami dan belajar daripada pengalaman yang dilalui. Konsep amalan reflektif diperkenalkan oleh Donald Schön dalam bukunya The Reflective Practitioner yang ditulis pada tahun 1983. Guru sebagai pengamal reflektif sentiasa mempersoalkan amalannya sebagai guru (Noriati Donald Schön Rashid. Anda tentu pernah membuat refleksi tentang aktiviti [1930-1997] pengajaran anda seperti ketidakhadiran pelajar tertentu di dalam kelas. Amalan reflektif menggalakkan pengamalnya menilai. Guru sebagai pengamal reflektif 16 . akauntan atau guru.9). 2010).

“Mengapakah ramai murid saya tidak memahami apa yang saya mengajar minggu lepas?”. . Lihat Rajah 2. menilai. Gibbs (1988). meluahkan perasaan. Kini saya sedar ia mungkin berpunca daripada cara saya mengajar”. Analisis: Guru cuba melihat dari sudut yang berlainan dan menimbangkan tindakan alternatif. “Dahulu saya salahkan murid jika mereka tidak faham. membuat kesimppulan dan melancarkan pelan tindakan.10 Model Refleksi Gibbs (1988) Refleksi merupakan suatu proses yang melibatkan pengamalnya merenung.10 yang menunjukkan model refleksi oleh G. Mungkin saya menggunakan bahasa yang terlalu tinggi hingga murid tidak memahami?. “Saya sungguh kecewa apabila begitu ramai murid tidak dapat membuat latihan-latihan setelah saya mengajar dengan penuh semangat?”. “Mungkin saya bercakap terlalu cepat”.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru Renung Kembali Pelan Tindakan Perasaan Kesimpulan Penilaian Analisis Rajah 2. Perasaan: Guru meluahkan persaannya terhadap masalah yang dihadapi. menganalisis masalah. Mungkin saya patut menggunakan alat bantuan mengajar yang lebih berkesan? 17 . Penilaian: Kemudian guru bertanya apakah iktibar daripada pengalaman ini dan apakah punca masalah yang dihadapi. Contoh: Renung Kembali: Guru bermula dengan merenung kembali dan mengenal pasti sesuatu peristiwa dalam pengajaran dan pembelajaran.

“Jika murid masih tidak memahami. menilai hasil kerja murid.  menggalakan guru memikirkan dengan mendalam atau mereflek tentang pengajaran mereka. Anda mungkin bertanya. Seseorang guru perlu mengamalkan refleksi dengan secara bijak dan saksama dalam apa jua situasi yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran. memberi maklum balas kepada pelajar. “Adakah kaedah mengajar saya gunakan selama ini berkesan atau bolehkah saya menggunakan kaedah yang berlainan?”.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru Kesimpulan: Guru menetapkan pelan tindakan yang terbaik. Pelan Tindakan: Akhir sekali. Penyelidikan Tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa guru ialah orang yang paling memahami tentang pengajarannya dan digalakkan menggubal teori-teori mereke sendiri dan menguji teori-teori berkenaan dalam bilik darjah. Contohnya. Pertanyaan seumpama ini telah mendorong guru berperanan sebagai penyelidik. memilih kaedah mengajar yang sesuai untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu. „Guru sebagai penyelidik‟ adalah satu ungkapan yang dilaungkan oleh para pakar pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan siri pendedahan melalui kursus jangka pendek dengan bertumpu kepada Kajian Tindakan (Action Research). Contohnya. 2000). “Kali ini saya akan menggunakan bahasa yang lebih mudah serta memberi lebih banyak contoh dan ilustrasi”. akan mengatur pengajarannya supaya lebih ramai murid berpeluang memberi cadangan dan pendapat [Kaedah penyelidikan tindakan akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam Bab 5: Perkembangan Profesion Perguruan] 18 . Penerapan refleksi dalam amalan pengajaran berupaya mempertingkatkan keberkesanan guru untuk menilai dan memperbaiki proses pengajaran (Hanipah.  berlainan daripada kaedah penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik melihat diri sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran mereka. 8) GURU SEBAGAI PENYELIDIK Setiap hari guru membuat pelbagai keputusan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. menguruskan bilik darjah. PENYELIDIKAN TINDAKAN  digunakan oleh guru dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka. guru yang percaya bahawa murid perlu diberi peluang memberi berfikir secara kreatif.  melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran. saya mungkin cuba meringankan huraian sukatan pelajaran dan menumpukan kepada perkaraperkara asas sahaja”. Jenis penyelidikan ini digunakan oleh guru untuk mencuba sesuatu kaedah atau strategi dan memperolehi bukti sama ada tindakan yang diambil berkesan Penyelidikan (atau Kajian) Tindakan ialah salah satu kaedah penyelidikan yang kini digunakan dengan meluas dalam pendidikan. guru memikirkan tentang tindakan masa depan jika peristiwa yang sama berulang. ibu bapa dan pihak berkepentingan.

8 AKTIVITI PEMBELAJARAN anda? a) Pernahkan anda menjalankan penyelidikan di sekolah Jelaskan. b) Nyatakan apa yang anda ingin selidiki di sekolah anda. Adakah anda bersetuju? Bincang bersama pelajar lain. ia melibatkan guru dengan kerja harian mereka  Kedua. PERBINCANGAN “Guru dahulu lebih berdedikasi dan komited berbanding dengan guru hari ini”. 19 . 2.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru MENGAPAKAH PENYELIDIKAN TINDAKAN? Terdapat dua sebab mengapa Penyelidikan Tindakan begitu diminati oleh guru:  Pertama. ia menggalakan guru membawa perubahan kepada apa yang dilakukan.

Refleksi merupakan suatu proses yang melibatkan pengamalnya merenung.         KATA KUNCI Kaedah demonstrasi Kaedah Memujuk Konsentrasi Moral tinggi Kejahilan Pengajar Pembimbing Penyelidik Pengamal reflektif Agen sosialisasi Agen perubahan Unsur permainan Pelan tindakan Pengganti ibu bapa Pembelajaran sepanjang hayat 20 . Selain sebagai agen sosialisasi. Menurut Vivekanada. Guru memegang peranan penting dalam pembentukan keperibadian seseorang pelajar. Al-Farabi juga mencadangkan guru menyelitkan unsur permainan (play) dalam pengajaran mereka. menilai. menganalisis masalah. peguam. Baginya tujuan pendidikan ialah untuk mendisiplin (ta‟dib).Bab 2: Peranan dan Tugas Guru RINGKASAN  Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep „pendidikan‟ yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru. Amalan reflektif ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang mempersoal diri tentang amalan atau tindakan yang dilakukan sebagai doktor. akauntan atau guru. Salah satu peranan guru yang kini diberi perhatian dalam bidang pendidikan guru ialah peranan sebagai „pengamal reflektif Al-Farabi menekankan betapa penting guru menerangkan sesuatu konsep dengan kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman. membimbing (tasdid). dan menaksir (taqwim). mengasuh (tarbiya). membuat kesimppulan dan melancarkan pelan tindakan. melatih (tahdhib). guru juga berperanan sebagai agen perubahan. mengajar (ta‟lim). meluahkan perasaan. „Perubahan‟ ialah melakukan sesuatu mengikut cara atau kaedah yang lain. guru hendaklah melatih pelajar cara memberi tumpuan (concentration) untuk mengelakkan minda mereka merayau.

353-372. UNESCO: International Bureau of Education). Paris. vol. Paris. Confucius. vol. Prospects: the quarterly review of comparative Education. Al-Farabi. no. Prospects: the quarterly review of comparative. Education. Plato. 1/2. XXII. XXIII. no. 1/2. 3. G. p. (1983) The Reflective Practitioner. p. Oxford Brookes University. 1994.A. UNESCO: International Bureau of Education). Education. 111-119. 329–42. Swami Prabhananda (1993). Vivekananda. no. 24. Schon. D. vol. Gibbs. no. Education. 1993. p. (1988) Learning by Doing: A guide to teaching and learning methods.. XXIII. Prospects: the quarterly review of comparative. London: Temple Smith. Oxford: Further Education Unit.Bab 2: Peranan dan Tugas Guru REFERENCES: Ammar al-Talb (1993). 1/2. vol. p. Prospects: the quarterly review of comparative. 211-19. Charles Hummel (1993). UNESCO: International Bureau of Education). Paris. UNESCO: International Bureau of Education). 21 . Paris. Yang Huanyin (1993).