SOLAT DHUHA Solat ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang

sepenggalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan oleh 2 rakaat. DALIL TENTANG SOLAT INI. ‫عن أبي هريرة رضي ال عنه قال : أو صاني خليلي بثلثة صيام أيام من كل شهر وركعتين الضحى‬ . ‫وأن أوتر قبل أنام‬ )‫(رواه البخاري ومسلم‬ 2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi Maksudnya :Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur. NIATNYA ‫ُصّي ُنةَ الض َى ركعَتَينِ ِّ ت َا َى‬ ‫ُح َ ْ ْ ل َع ل‬ ّ ‫أ َل س‬ Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala. Baca ketika sujud ertakhir 3 kali:

DOA SOLAT DHUHA َ‫الله ّ إ ّ الضحَاءَ ضحَاءك َالْبهَاءَ ب َائك وَالجمَال جمَالك َال ُو َ ق ّتك وَالقدرَ َ قدرَتكَ َالعِصمة‬ َ ْ ْ ‫ُ ُ َ و َ َه ُ َ ْ َ َ َ ُ َ و ْق ّة ُو ُ َ ْ ُ ْ ة ُ ْ ُ و‬ ّ ‫ّ ُم ِن‬ ُ ‫عِصمَتكَ . الله ّ إن كَان رزْ ِي فِي السمَا ِ فَأَنزِله وَإن كَا َ ِيْ الرْضِ فأخرج ُ وَإن َان معْس ًا فيَسر‬ ‫َ ْ ِ ْه ِ ْ ك َ َ ِر َ ّ ْه‬ َ ‫ْ َ ء ْ ُْ ِ ْ نف‬ ‫ّ ُم ِ ْ َ ِ ق‬ ُ ْ ‫َ ِ َك‬ َ ‫وَإن كَان ح َامًا فطهر ُ وَإن كَا َ بعِي ًا فق ّب ُ بحَ ّ ضحَائك وجمَالك َق ّتك َقدرَتكَ آتِ ِي مَا أَتَيْت عبَاد‬ ‫ِ ْ َ َر َ َ ّ ْه ِ ْ ن َ ْد َ َر ْه ِ ق ُ ِ َ َ َ ِ َ و ُو ِ َ و ُ ْ ِ ن‬ . َ ‫ال ّالحِي‬ ‫ص ِ ْن‬ Maksud : Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful