You are on page 1of 5

Penanaman Lada Secara Fertigasi

Written by hazmi
Tuesday, 14 April 2009 10:34 - Last Updated Tuesday, 14 April 2009 16:12

Penanaman Lada Secara Fertigasi

Lada atau cili merupakan salah satu tanaman yang paling menguntungkan dan mempunyai
permintaan sepanjang tahun di dalam kuantiti yang banyak dan tetap. Kelebihan menanam lada
dan cili adalah kerana hasil boleh didapati dengan segera bergantung kepada benih dan
jangkahayat pokok yang agak lama iaitu 6 bulan hingga 12 bulan bergantung kepada spesis
lada atau cili tersebut dan bergantung kepada cara penjagaan pokok tersebut.

Penggunaan kaedah fertigasi penanaman lada boleh dibuat secara intensif dan pengeluaran
hasil boleh dipertingkatkan berbanding dengan cara tradisional namun bakal pengusaha atau
usahawan tani perlu mendalami kaedah fertigasi dengan cukup berserta dengan tekad dan
kesungguhan yang tinggi untuk berjaya dari satu musim penanaman ke musim yang lain. Ini
kerana pengetahuan teknikal fertigasi perlu dikuasai bagi mengurangkan kos "Trial & Error"
sebelum teknik yang betul difahami sepenuhnya. Kebanyakkan pengusaha dan usahawan tani
tanaman secara teknologi ini gagal kerana teknik tidak dipelajari dengan betul menyebabkan
kos mempelajari melebihi kos pengeluaran hasil dan akhirnya terpaksa menamatkan projek
tersebut.

Sumbertani berpeluang untuk mengikuti Kursus Penanaman Lada Secara Fertigasi yang telah
diadakan oleh Biro Pertanian dan Penternakan, Kampung Linau Kecil, Batu Pahat pada 11
April, 2009 yang sudah. Berikut adalah sebahagian daripada intipati yang didapati daripada
kursus berikut.

Kursus :Penanaman Lada Secara Fertigasi

Anjuran : Biro Pertanian dan Penternakan, Kampung Linau Kecil, Batu Pahat, Johor.

Tempat : Balai Raya Kg Linau Kecil, Bukit Pasir, Batu Pahat.

Tapak lawatan : Ladang Projek Pertanian Fertigasi Kampung Linau Kecil ( PROPE LINKE )

1/5
Penanaman Lada Secara Fertigasi

Written by hazmi
Tuesday, 14 April 2009 10:34 - Last Updated Tuesday, 14 April 2009 16:12

Pengendali :  En Rashid.

Laman Web : http://linaukecil.blogspot.com

Penafian : Nota berikut adalah didapati dari nota kursus dan juga pemahaman setelah
mengikuti kursus yang dianjurkan tersebut. Ia adalah sebagai panduan dan bukan sesuatu
yang mutlak kerana keberkesanan setiap teknik boleh diperbaiki mengikut pengalaman dan
suasana tempat.

Pengenalan

Fertigasi adalah kaedah penanaman yang mana baja dalam bentuk larutan atau cecair akan
diagihkan terus kepada zon pemakanan pokok iaitu akar melalui satu sistem pengairan yang
berjadual dan sistematik. Pada kebiasaannya sistem akan menitiskan baja yang telah disukat
kandungannya dari takungan terus melalui paip-paip khas terus menitis kepada akar pokok
tanaman.

Keperluan Asas :

- Kawasan penanaman seperti Rumah lindungan hujan
- Sistem Pengairan (Pam, Tong Air, Paip PVC, Pusat Kawalan Nutrien, dan sebagainya)
- Baja khas untuk fertigasi
- Sumber air yang bersih, bebas klorin, pH (6.0-7.5)
- Alat pengukur pH, TDS dan EC Meter
- Bekas tanaman di ladang dan tapak semaian
- Medium tanaman seperti sabut kelapa, sekam padi
- Biji benih yang terpilih

Kawasan penanaman menggunakan rumah lindungan hujan dan jaring kalis serangga adalah
yang paling baik kerana ia akan dapat mengurangkan risiko makhluk perosak dan juga risiko
kerosakan tanaman akibat hujan yang terlalu lebat kerana pokok lada atau cili adalah pokok
yang agak lembut dan mudah patah. Namun untuk penanaman penanaman lada, memadai
dengan memasang jaring di sekitar kawasan tanaman, namum serangga perosak perlulah
dikenal pasti dan racun yang bersesuaian perlu digunakan. 

Penyediaan Tapak

2/5
Penanaman Lada Secara Fertigasi

Written by hazmi
Tuesday, 14 April 2009 10:34 - Last Updated Tuesday, 14 April 2009 16:12

Bagi penanaman lada tapak seluas 40x70 kaki adalah sudah memadai untuk penanaman 500
pokok. Tapak perlulah rata dan tidak berbukit kerana ia akan mempengaruhi sistem pengairan
yang akan dibina kelak. Tapak perlu ditutup dengan plastik Silver Shine untuk mengurangkan
kerja-kerja membersihkan kawasan penanaman dan ia akan membantu mengawal kebersihan
kawasan penanaman.

Penyediaan biji benih

Biji benih boleh didapati daripada keda-kedai yang menjual benih lada dan ditanam ditapak
semaian seperti dulang semaian plastik 104 lubang. Benih yang telah disemai memerlukan
kawasan yang cukup matahari dan suhu yang sentiasa agak panas bagi tumbesaran yang anak
yang baik. Siraman yang baik adalah semburan halus perlu dilakukan setiap hari menggunakan
air bersih biasa tanpa sebarang nutrien kerana siraman adalah untuk mengekalkan lembapan
sahaja. Benih perlu dipindahkan ke ladang setelah berumur diantara 20-25 hari. Hanya anak
pokok yang sihat, subur dan daun yang sekata sahaja dipindahkan ke ladang.

Sebelum Tanam

- Aturkan media mengikut jarak dengan jarak 2 kaki diantaranya.
- Pacakkan tiang di kanan dan kiri di antara 9-10 kaki
- Buat rintangan tal, 6 inci di atas media
- Pasang tali di kanan dan kiri media
- Gunakan polibeg putih berukuran besar sekurang-kurangnya 14x12
- Sabut kelapa digunakan dengan tinggi minima 4 inci

Sesudah Tanaman

Penyediaan baja nutrien untuk pokok adalah aktiviti utama di dalam penanaman fertigasi. Baja
untuk fertigasi adalah mudah didapati dalam bentuk serbuk Set A dan Set B.

- Bancuh pati baja dibekas Set A dan Set B,1 kilo lebih kurang 1 liter air.
- Tandakan bekas tersebut dengan jelas sebagai Set A dan Set B.
- Masukkan ke dalam tangki mengikut sukatan sama banyak bagi A dan B

3/5
Penanaman Lada Secara Fertigasi

Written by hazmi
Tuesday, 14 April 2009 10:34 - Last Updated Tuesday, 14 April 2009 16:12

Untuk siraman 500 pokok sebanyak 5 kali sehari kepekatan larutan nutrien adalah :

- 1-3 Minggu : 1.2 mS/sm
- 4-5 Minggu : 1.4 mS/sm
- 6-7 Minggu : 1.6 mS/sm

Cantasan pertama dan pembuangan tunas air perlu dibuat pada minggu ke 3 dan pokok perlu
dikejutkan dengan kepekatan 1.8 mS/sm pada pertama kali siraman minggu ke 4. Cantasan ke
2 dan 3 pada minggu 4 dan 5.

Setiap 4 hari semburan makhluk perosak perlu dilakukan mengikut kesesuaian dan disyorkan
menggunakan penggunaan racun berbeza setiap semburan. Lakukan pemeriksaan ladang
setiap hari dengan kenalpasti simptom serangan penyakit, makhluk perosak, kekurangan
nutrien, sistem pengairan, penapis dan sebagainya.

Pungutan Hasil

Hasil pertama boleh didapati setelah berumur 75-80 hari dengan warna coklat kemerahan.
Tempoh pungutan hasil adalah bergantung kepada spesis lada yang cara penjagaan yang
dilakukan ke atas pokok tersebut.

 

Maklumat terperinci dan kursus sila hubungi Prope Linke di http://linaukecil.blogspot.com .

 

4/5
Penanaman Lada Secara Fertigasi

Written by hazmi
Tuesday, 14 April 2009 10:34 - Last Updated Tuesday, 14 April 2009 16:12

 

5/5