PENGENALAN Di Malaysia, sistem perbandaan yang pesat telah mengundang peripentinganya sistem tadbir urus dan pengurusan perkhidmatan

yang efisien dan saling menguntungkan semua pihak. Dengan sistem kerajaan di Malaysia berupa sistem federalisme yang mengandungi tiga peringkatpentadbiran iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan, perkhidmatan yang diharapkan oleh komuniti bandar kini semakin canggih dan mencapai kualiti yang tinggi dan memberikan keselesaan kepada semua lapisan penduduk.

Untuk itu, setiap peringkat pentadbiran kerajaan mempunyai tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing. Kerajaan Persekutuan misalnya

bertanggungjawab dalam hal berkenaan dengan keselamatan negara, dasar luar negeri, cukai pendapatan dan pendidikan. Sementara itu di peringkat tempatan, iaitu paling dengan dengan komuniti, Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan satu badan yang bertanggungjawab dalam mengurus tadbir sesebuah daerah atau kawasan.

PBT adalah satu badan yang diwujudkan melalui perundangan dan aktivitinya terhad kepada kuasa dan tugas yang diperuntukan dalam undang-undang. Tugas utama PBT adalah untuk memastikan kesejahteraan dan kelestarian masyarakat dengan menjalankan tugas merancang, melaksana, mengawal perancangan dengan baik dan memberi perkhidmatan dengan tulus dan adil.

Peranan pihak berkuasa tempatan yang terdiri sama ada majlis perbandaran, dewan bandaraya dan majlis daerah memainkan peranan yang penting dalam mempastikan segala perancangan bandaraya dan perkhidmatan yang diberikan kepada komuniti. Malahan, kepekaan terhadap komentar dan komplain komuniti adalah sangat penting untuk diteliti dan diberikan perhatian yang wajar.

Sistem perbandaran yang pesat telah menyebabkan pergurusan perkhidmatan yang efisen dan urus tadbir sektor kerajaan di Malaysia menjadi perhatian. Tidak dinafikan bahawa pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan merupakan kerajaan di peringkat paling
1 Chuid Samsu 193119

rendah di dalam sistem kerajaan di Malaysia. Oleh itu Kerajaan tempatan juga tidak dapat dikecualikan daripada dilanda lambakkan harapan masyarakat yang mahukan satu sistem pentadbiran yang berjaya membawa komuniti penduduk ke arah perspektif yang maju dan berdaya saing.

Kerajaan Tempatan atau pun juga dipanggil Pihak berkuasa Tempatan adalah merupakan badan yang bertangungjawab dalam mengurus tadbir sesebuah daerah ataupun kawasan. Pihak Berkuasa Tempatan merupakan badan yang ditubuhkan melalui perundangan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Badan ini menjalankan urus tadbirnya berdasarkan kuasa-kuasa yang diperuntukkan didalam undang-undang. Tugas utama Pihak Berkuasa Tempatan adalah untuk memastikan kesejahteraan dan kelestarian masyarakat dengan menjalankan tugas merancang, melaksana, mengawal perancangan dengan baik dan memberikan perkhidmatan yang tulus dan adil.

KERAJAAN TEMPATAN Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu sistem kerajaan di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti cukai pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh menguatkuasakan undang-undang kecil (atau by-laws) kepada penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka.

Kedudukan Majlis Pihak Berkuasa Tempatan boleh dikategorikan sebagaiµpenasiha yang berbentuk menasihati dalam perundingan, bertanggungjawabmembuat keputusan, membenarkan dan mengarahkan kakitangannya untukmenyempurnakan sesuatu tugas. Majlis mempunyai Yang Dipertua sebagaiketua utama diikuti oleh Setiausaha dalam hierarki organisasi. Anggota Majlis terdiri dari kumpulan profesional dan pegawai kumpulan pentadbiran. Majlis bergerak melalui sistem jawatankuasa. Terdapat jawatankuasa kewangan,perlesenan, perancangan, lalulintas dan keindahan Bandar, Pihak

BerkuasaTempatan boleh dengan kuasanya melantik kumpulan pentadbir dibawah kendaliannya bagi mengurus dan menjalankan peranan yang telah diperuntukkan kepadanyanya.
2 Chuid Samsu 193119

Majlis ini diberi peranan merancang dan melaksanakan pembangunan bandar. Selain itu. dalam peredaran masa. Pada penghujung era penjajahan British. kuasa ke atas kerajaan tempatan diletakkan ke dalam senarai negeri.Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk bandar bagi bandar raya. Bagi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan pula. Maka. Sebagai contoh. Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan kuasa eksklusif mentadbir kerajaan tempatan kepada kerajaan negeri. hak eksklusif ini diberikan kepada kerajaan persekutuan. pindaan perlembagaan pada tahun 1960 telah memperuntukkan 3 Chuid Samsu 193119 . Ordinan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1950 memberi kuasa kepada majlis-majlis tempatan untuk menganjurkan pilihan raya. manakala Yang di-Pertua Majlis atau Presiden bagi kawasan perbandaran dan juga Majlis-majlis daerah Sistem kerajaan tempatan yang diamalkan di Malaysia telah diwarisi daripada British yang memerintah Tanah Melayu selama lebih dua (2) kurun sebelum kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957. Tetapi. ciri-ciri unik yang mencerminkan sosio-budaya tempatan mula mempengaruhi perjalanan kerajaan tempatan di Malaysia. kerajaan tempatan yang ditubuhkan pada permulaannya adalah bermodelkan sistem yang wujud di Britain. Sebuah badan yang dipanggil Majlis Penilai (Council of Assessors) telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1801. Malah dalam kaji selidik yang lebih mendalam telah mendapati bahawa kebanyakan undang-undang dan peraturan yang wujud ketika itu menyamai undang-undang Inggeris. Bagi melaksanakan penubuhan ini dan juga menganjurkan pilihan raya kerajaan tempatan. Majlis-majlis tempatan kemudiannya dibentuk di Melaka. pihak British telah memperkenalkan pelbagai perundangan. diikuti dengan negeri-negeri Melayu yang lainnya sehingga ke Sarawak dan Borneo Utara. Hal ini seterusnya membawa kepada penubuhan kerajaan tempatan di negara ini. Ordinan Kerajaan Tempatan 1952 pula memberi kuasa kepada penduduk-penduduk setempat membentuk majlis-majlis tempatan di mana perlu. terdapat sejumlah 289 majlis tempatan di Tanah Melayu. Namun begitu. Selepas kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.

Tugas-tugas wajib itu termasuk pengumpulan sampah. Fungsi budi bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam. majlis-majlis daerah selalunya menghadapi masalah. 4 Chuid Samsu 193119 . wakil kerajaan negeri dan juga wakilwakil kerajaan Persekutuan. PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. orang awam. Keahlian di dalam majlis ini terdiri daripada seorang menteri persekutuan selaku pengerusi. kekurangan sumber kewangan dan kemampuan fizikal mengekang takat dan fungsi yang boleh mereka sediakan. Menurut Akta 171. Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugastugas wajib malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri. perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan. tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam sekitar. perumahan dan unit-unit perdagangan Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam bandaran) Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam Secara amnya. Dalam hal ini. Walaupun PBT dianggap sebagai alat penting dalam pemodenan sosio-ekonomi setempat. Peranan ini lebih menurut budi bicara PBT tersebut.penubuhan sebuah jawatankuasa perunding yang diberi nama Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan. taman-taman rekreasi. sosial dan juga pembangunan. penyengaraaan lampulampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam. Walaupun berpenanan sebagai majlis perunding dalam menentukan undang-undang yang mentadbir kerajaan tempatan. pindaan 1960 itu juga memberikan kuasa pemutus kepada pengerusi sekaligus memberi kerajaan persekutuan pengaruh yang besar terhadap kerajaan tempatan. PBT diserahkan peranan dan tugas-tugas berikut:        Kuasa perancang tempatan Kuasa mengeluarkan lesen Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu Membina bangunan.

Pegawai tertinggi di sesebuah kerajaan tempatan di Malaysia bergantung kepada status kerajaan tempatan itu. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PBT Konsep kerajaan tempatan meliputi bidang yang agak luas.Hari ini. Pegawai daerah turut dipilih memegang jawatan ini. pegawai tertinggi itu digelar sebagai Datuk bandar. bagi sesebuah kawasan luar bandar yang kurang membangun. Penguasa tempatan di Sabah dikawal oleh kabinet negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan manakala di Sarawak pula tugas-tugas menyelia diserahkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam. Seseorang itu akan memerlukan perkhidmatan kerajaan tempatan sepanjang hayatnya. ketua eksekutif penguasa tempatan biasanya digelas Presiden atau Pengerusi. Kadangkala. Pada umumnya unit-unit kerajaan tempatan tersebut dipertanggungjawabkan dengan 5 Chuid Samsu 193119 . Bagi sebuah majlis perbandaran mahupun majlis daerah. sebaliknya beliau merupakan pegawai tertinggi yang mewakili kerajaan negeri bagi seluruh daerah itu dan beliau tidak terlibat secara langsung dengan perjalanan sesebuah kerajaan tempatan. Di Sabah dan Sarawak. Bagi sebuah bandar raya. pegawai itu dipanggil Yang Di-Pertua.wikipedia. dilantik oleh ketua negeri (sultan atau gabenor) atas nasihat kerajaan negeri. Pemegang jawatan ini. Tidak semua Pegawai daerah menganggotai sesebuah kerajaan tempatan. yang lazimnya datang daripada kalangan kakitangan kerajaan negeri. kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh kerajaan persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga kerajaan negeri melalui ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (atau Exco.org/wiki/Kerajaan_tempatan_di_Malaysia). Perkara ini telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan orang awam terutamanya di kawasan yang baru dinaik taraf menjadi kawasan perbandaran. (http://ms. kependekan bagi Executive Counciller) yang memegang portfolio kerajaan tempatan.

mengutip hasil dan melakukan kerja-kerja kejuruteraan seperti pembaikan jalan dan longkang. Sehubungan itu. Penyusunan semula kerajaan tempatan di Malaysia merupakan suatu usaha yang dibuat untuk memperkasakan struktur dan organisasi semua penguasa tempatan yang ada di negara ini. Ini bemakna semua kawasan yang ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan seharusnya mampu menawarkan kehidupan yang sejahtera dan kondusif. peranan pihak berkuasa perancang tempatan melihatkan pertambahan yang memerlukan kepada penyesuaian agar dapat berfungsi sebagai satu pihak berkuasa perancang tempatan yang bukan sahaja menjadi „fasilitator‟ kepada pembangunan bahkan harus dapat memenuhi hasrat dan permintaan penduduknya. Tegasnya. Di negara-negara maju. Program yang diadakan mendapat respons dan kerjasama daripada penduduk yang rata-rata juga pelbagai ras dan negara. Keefisienan perkhidmatan bagi sesebuah bandar sememangnya menjadi fokus banyak pihak dalam mempastikan sesebuah bandar atau bandaraya itu berdaya saing dan lestari dalam jangka masa yang panjang. komuniti bukan sahaja dianggap sebagai client tetapi rakan kongsi dalam rancangan koloborasi untuk mencapai satu persekitaran kehidupan bandar yang selesa dan mesra komuniti. Keefisienan atau kecekapan merupakan satu konsep yang amat luas.tugas mengawas kesihatan awam. Ini merupakan asas perancangan berasaskan komuniti kerana responden perkhidmatan yang diberikan di satu pihak telah menunjukkan bagaimana pihak pembekal perkhidmatan yang ada dalam bandar memberikan perkhidmatan mereka. tidak mutlak dan ia sering dikaitkan dengan kriteria lain bagi menunjukkan sesebuah keefisienan dalam pelbagai 6 Chuid Samsu 193119 . respons tentang perkhidmatan yang disediakan di kawasan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan wajar dipetakan. Matlamat menawarkan perkhidmatan yang efisien menjadi salah satu matlamat utama dalam proses menjadi bandaraya dunia menjelang 2020.

wilayah atau negara. jurutera. pihak berkuasa tentunya secara relatif mempunyai banyak bidang tugas untuk digalas dan diberikan perkhidmatan. pengangkutan kargo (Harrera & Pang. pendidikan (Palmer & Togerson. premis dan sektor tertentu. 2008) (dlm. organisasi.bidang ilmu dan pembangunan sama ada bandar. Sungguhpun terdapat kepelbagaian pendekatan untuk meneliti dan menggunapakai keefisienan. Hamzah Jusoh. ahli politik dan pengurus bagi menilai dan meningkatkan keefisienan (Schipper. Pihak Berkuasa Tempatan juga wajib menjalankan sebarangan tugas jika diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Jawatankuasa Perancangan Negeri(JPN) kerana walaupun diberi kuasa yang penuh menentukan keputusan perancangan pembangunan kawasan tetapi Pihak Berkuasa Negeri lebih Berkuasa dalam menentukan corak pembangunan tanah di 7 Chuid Samsu 193119 . Perkhidmatan bandar juga luas dari segi liputan dan bidang tadbir urusnya. konsultan. Ini termasuk pengkajian keefisienan dalam sektor pengangkutan (Levinson. 1999). 2005) dan perkhidmatan bandar (Dong et al. namun usaha untuk mendapat maklum balas daripada penduduk atau orang awam adalah penting agar proses ini juga mendapat maklum balas daripada bakal pengguna atau end users. Habibah Ahmad). 2003). 1992). pihak berkuasa Tempatan adalah satu badan yang diwujudkan melalui perundangan dan aktivitinya terhad kepada kuasa dan tugas yang diperuntukan dalam undang-undang. pihak berkuasa tempatan tidak terkecuali daripada berkaitlangsung dengan keefisienan perkhidmatan bandar. Secara umunya. Proses membentuk sebuah indeks keefisienan juga memerlukan inisiatif yang bukan sahaja bergantung kepada pelaksana atau pemaju. kecekapan boleh direalisasikan dalam konteks organisasi ekonomi. Bagi sesebuah bandaraya. Dalam proses pembentukan keefisienan bandaraya di negara ini.. ahli teori. Keefisienan seringkali digunakan oleh ahli ekonomi. Tugas dan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang utama dalah membuat perancangan dan penyebaran maklumat berkenaan perancangan di dalam kawasan tadbirnya.

Adalah menjadi kewajipan Pihak Berkuasa Tempatan bagi menentukan kehidupan masyarakatnya berasa pada tahap yang terbaik dan optimum. prosedur dan pelaksanaa. membantu dan mengalakkan pemugutan. Masyarakat kini jugan semakin peka dan mangambil berat ke atas persekitaran mereka dan mereka telah mula menjadi rakan kepada Pihak BerkuasaTempatan untuk menyumbang sesuatu kepada perancangan tempatan bagi mewujudkan persekitaran perbandaran yang lebih terancangan dan tersusun serta selesa dan mesra penduduk. penyenggaraan dan penyiaran perangkaan buletin dan monograf dan lain-lain siaran yang berhubung dangan perancangan bandar dan desa. mengawal perancangan degan baik dan memberikan perkhidmatan dengan tulus dan adil. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan secara umumnya adalah memastikan kesejahteraan dan kelestarian masyarakat dengan menjalankan tugas merancang. Ini menunjukkan. Pihak Berkuasa Tempatan ini telah diberikan kuasa oleh perundangan untuk memastikan kawasan pentadbirannya berasa dalam keadaan yang selamat dan merancang sesuatu pembangunan dalam keadaaan yang sesuai dengan sosio budaya masyarakat. Kawalan pembangunan adalah salah satu aspek penting dalam system perancangan kerana fungsinya sebagai mengawal pembangunan dan mengimplementasikan polisipolisi perancangan daripada peringkat negara ke peringkat tempatan. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan amat penting dalam memastikan segala perancangan perbandaran dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada komuniti itu diterima.dalam Negeri. Pihak Berkuasa Tempatan juga berkuasa mengatur. melaksanakan. Ianya juga melibatkan pertimbangan dan keputusan di dalam kawalan pembangunan di peringkat tempatan yang melibatkan organisasi. mengawal dan merancang pemajuan dan pengunaan semula tanah dan bangunan di dalam kawasannya sebagaimana ianya kuasa yang diberikan kepadanya melalui perundangan yang telah dibuat dan terlibat dengannya. Tujuan utama Pihak Berkuasa Tempatan mengenakan kawalan pembangunan terhadap sektor hartanah 8 Chuid Samsu 193119 . Seterusnya ianya juga boleh mengusahakan. Pihak Berkuasa Tempatan adalah bertangungjawab bagi merancang dan membangunkan kawasanya dalam konteks pembangunan nasional.

mengawal dan merancang pembangunan dan pengunaan tanah di dalam kawasan tadbirnya. Ditegaskan disini Pihak Berkuasa Tempatan tidak boleh dan sewajarnya membuat keputusan sehingga mencapat ulasan-ulasan teknikal seperti dariada Bahagian Perundangan Tanah Negeri apabila berkaitan ubah syarat tanah walaupun ianya selalunyamenyebabkan kelewatan kelulusan kebenaran merancang dibuat. Pihak Berkuasa Tempatan juga harus mempunyai koordinasi yang baik di antara jabatanjabatan yang terlibat di dalam memberikan kelulusan keatas sesuatu kebenaran merancang yang dipohon. Sesebuah pembangunan yang ingin dibangunkan perlu mendapat kebenaran merancangan terlebih dahulu ataupun kebenaran yang bertulis daripada Pihak Berkuasa Tempatan.kesesakan lalulintas dan tambahan infrastuktur yang tidak diingini kepada masyarakat setempat. Fungsi kawalan dalam konteks pembangunan amat penting kerana kemusnahan alam sekitar. juga bagi memastikan pembangunan tersebut sesuai dan berada di tahap yang baik untuk didiami. Ini menunjukan begitu pentingnya peranan Pihak Berkuasa Tempatan di dalam perancangan setempat dan ini adalah perlu bagi mewujudkan satu mekanisma kawalan terhadap pembangunan supaya teratur dan tidak menyebabkan masalah pencemaran. Perubahan infrastruktur dan guna tanah adalah ketara dan memerlukankawalan untuk memastikan proses perbandaran dapat berjalan dengan lincin dan tidak mendatangkan masalah dalam jangka masa panjang. Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai kuasa sepenuhnya di dalam mengatur. Pihak Berkuasa Tempatan harus berkerja secara berpasukan dengan mengenalpasti peluang-peluang perancangan di dalam kawasan tersebut dan harus selalu berbincang dan menyelesaikan segera sebarang permasalah yang timbul di dalam kawasan tadbirnya. 9 Chuid Samsu 193119 . Ini merupakan syarat mandatori supaya pembangunan yang direncanakan itu selari dengan perundangan yang lebih tinggi daripada kuasa yang ada di dalam Pihak Berkuasa Tempatan. bencana alam dalam tanggungjawab sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan.adalah memastikan pembangunanyang akan dimajukan mamatuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Campurtangan politik dan pihak berkepentingan di dalam Pihak Berkuasa Tempatan juga menyumbang kepada keadaan ini berlaku. Oleh itu adalah penting bagi pembuat keputusan perancangan yang mahir dengan merujuk kepada pelan-pelan pembangunan yang digunapakai. PihakBerkuasa Tempatan harus mengelakan dengan jelas jika terdapat unsur-unsur politik kerana ianya akan mencacatkan prosedur dan penilaian terhadap pembangunan yang dicadangkan itu akan berat sebelah dan tidak adil. Ahli Majlis yang kadang-kala tidak mempunyai latar belakang di dalam perancangan. Ini boleh ditunjukkan dengan keadaan ahli politik secara individu cuba mempengaruhi keputusan-keputusan perancangan bagi faedah untuk diri dan kawasan undian mereka. Terdapat keputusan-keputusan perancangan akan dipengaruhi oleh arahan dasar-dasar yang jelas diberikan oleh kepimpinan parti politik. Pihak Berkuasa Tempatan juga harus sedar akan kemungkinan bahawa tidak semua kawasan pembangunan menghadapi keadaaan dan masalah yang sama begitu juga dengan pengunaan dasar yang tidak jelas dan kelemahan koordinasi bagi membuat perundingan yang berkesan. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan juga lebih terikat dan akan dipengaruhi keputusannya dengan pelantikan pegawai-pegawai tertinggi perancangan di peringkat nasional di kalangan ahli-ahli politik ataupun ahliahlimajlis di Pihak Berkuasa Tempatan itu adalah berdasarkan lantikan politik. Jika di teliti kepada corak pembangunan 10 Chuid Samsu 193119 . namun akhirnya kebenaran diberikan oleh mereka yang tidak memahami tujuan perancangan itu. terutamanya apabila ianya melibatkan idea perancangan yang mana oleh jabatan-jabatan teknikal yang lain bersama justifikasi pembangunan. Di samping itu terdapat juga beberapa amalan dalam membuat keputusan perancangan yang diputuskan melalui dasar dan perundingan yang tidak jelas oleh pihak pembuat keputusan. Secara teorinya boleh dikatakan bahawa ahli politik bertangungjawab dalam membentuk dasar dan peranannya adalah untuk menterjemahkan dasar ini kepada program ataupun projekprojek khusus. Ahli majlis yang kadang kala merupakan pembuat keputusan melalui Pihak Berkuasa Tempatan merupakan orang yang penting di dalam memberikan kebenaran merancangan di dalam perancangan tempatan. Pembangunan bandar yang sempurna adalah didorang oleh sejauh mana Pihak Berkuasa Perancang Tempatan itu berfungsi dengan baik.

Kesedaran tentang wujudnya kekurangan Pihak Berkusa Tempatan sebagai sebagai pihak perancang tempatan yang baik harus disusuli dengan perancangan pelaksanaan bagi mengatasi kelemahan ini supaya masayarakat persekitaran tidak menjadi mangsa kepada perancangan yang tidak teratur didalam kawasan pembangunan. Pihak Berkuasa Tempatan juga harus mempunyai pelan perancangan jangka panjang yang bersifat intergratif bagi membolehkan ianya bertindak sebagai pihak perancang tempatan yang baik.bandar negara hari ini.Tangapan ini sama sekali salah dan inya perlu diperbetulkan. Oleh itu pihak Berkuasa Tempatan harus secara langsung atau tidak langsung menjadi badan yang kuat dan tidak dipengaruhi dalam membuat sebarang keputusan di dalam proses perancangan 11 Chuid Samsu 193119 . Bahagian perancangan di dalam Pihak Berkuasa Tempatan juga harus menjadi pelaksana kepada matlamat perancangan yang telah dipersetujui. Fungsi Bahagian ini harus tidak terlampau terhad bagi meningkatkan keberkesanannya. Akan tetap jika penguatkuasaan yang efektif dijalankan haruslah disertai dengan pelan induk yang baik dan strategi pengurusan yang berkesan bagi jangka masa yang panjang. Perbagai langkah harus dilaksanakan oleh pihak Berkuasa Tempatan seperti memperbaiki mutu penguatkusaan dengan mengadakan program tahun kumpulan kerja pada waktu malam dan sebagainya. kononnya kita masih lagi berada dalam ketogori negara membangun yang perlu menyediakan banyak kemudahan untuk pertumbuhan sosial dan ekonomi. langkah kawalan kearah penerusan pembangunan Bandar itu sendiri tidak wujud. Oleh itu Pihak Berkuasa Tempatan perlu lebih bersedia dan fleksibel di dalam merencanakan perancangan pembangunan di dalam kawasan. Setiap bahagian yang terlibat di dalam Pihak Berkuasa Tempatan haruslah mempunyai insiatif yang lebih efisen dan sentiasa mencari pembaharuan yang boleh membawa Pihak BerkuasaTempatan sebagai meditiator perancangan di dalam kawasan tersebut. Ini harus dibuktikan dengan kesunguhan semua pihak perancangan yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung. Kekurangan tenaga pakar di dalam bahagian ini juga harus diteliti dan dibuat penambahan pembangunan sumber manusia supaya bahagian yang penting ini dapat melaksanakan dan mencapai matlamatnya yang sebenar.

PBT telah berdepan dengan pelbagai cabaran antaranya dalam aspek politik. PBT di Malaysia merupakan satu agensi yang paling penting kerana struktur pentadbiran dalam kerajaan Malaysia meletakkan PBT sebagai kerajaan yang ketiga selepas kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. teknologi dan alam sekitar. Perkara ini jelas telah membawa 12 Chuid Samsu 193119 . PBT kini perlu matang dan dewasa dalam menghadapi masalah dan cabaran yang kian hebat dek tekanan semasa dan pelbagai krisis yang sedang memuncak kini. Merujuk kepada asas pelantikan ahli majlis adalah berdasarkan lantikan oleh kerajaan negeri akan tetapi kini kebanyakan kerajan negeri lebih gemar melantik ahli majlis daripada anggota parti mereka. percukaian. Oleh itu.supaya ianya sesuai dengan keadaan semasa dan relevan dengan keperluan masa kini dan akan datang. masalah pertama yang dihadapi oleh PBT kini adalah masalah politik (campur tangan ahli politik). Dalam menuju era Negara maju 2020 selaras dengan wawasan kerajaan.Kini. Maka. kemudahan awam dan sebagainya. sosial. ekonomi. wujudlah kerajaan tempatan yang diberi tugas untuk memajukan sesebuah kawasan mengikut garis panduan yang telah digariskan. keperluan sesuatu kawasan untuk ditadbir dan dimajukan hanyalah dalam ruang lingkup kawasan yang dikhaskan sahaja. i) MASALAH POLITIK (PBT) kini kian di hujani dengan cabaran dan masalah. PBT juga harus seiring dalam meneroka pembangunan untuk kemajuan sesuatu kawasan. Dari dahulu sehingga kini PBT sering sahaja menjadi medan kritikan dan PBT berdepan dengan masalah. PBT tidak pernah terlepas dari permasalahan dan sentiasa menjadi perhatian khasnya oleh penduduk tempatan. Umum mengetahui bahawa PBT adalah agensi yang paling hampir dengan penduduk setempat kerana keadaan aktiviti penduduk seharian banyak yang melibatkan PBT seperti pelesenan. CABARAN DIHADAPI PBT Pembangunan sesuatu kawasan memerlukan perancangan yang rapi.

Ahli majlis adalah mewakili masyarakat setempat dan berperanan sebagai “bersama dalam pembentukan dasar sesebuah PBT” sungguhpun dalam akta kerajaan tempatan (akta171). dasar sesebuah PBT sebenarnya sentiasa tertakluk kepada suasana politik semasa dan hal ini tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak kerana ini adalah fakta suasana pbt pada hari ini. MCA dan MIC manakala bagi negeri Kelantan. Maka jelaslah bahawa PBT kini mempunyai cabaran yang sangat besar kerana campur tangan politik. Sebelum 13 Chuid Samsu 193119 . Pelantikan ahli majlis sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri tetapi yang menjadi persoalannya apabila kerajaan negeri cenderung melantik mereka yang mewakili parti masing-masing timbul permasalahan samada mereka yang dilantik itu mewakili parti ataupun mewakili penduduk tempatan di situ. Ahli majlis yang duduk dalam setiap majlis perbandaran yang terdiri daripada parti politik ada segelintir daripada mereka tidak mampu mampu bersikap efisien dan adil terhadap penduduk yang diwakilinya.pelbagai masalah bahkan telah menyusahkan penduduk dikawasan tersebut. Perak dan Selangor pula rata-rata ahli majlis terdiri daripada DAP. telah dinyatakan bahawa ahli majlis yang dilantik adalah terdiri daripada mereka yang mewakili orang Melayu. Hari ini tidak dinafikan NGO ini pun sebenarnya orang yang terlibat dalam politik maka tidak hairanlah jika dulu BN memerintah maka kalangan ahli majlis yang dilantik dari UMNO. PAS dan PKR. Kedah. Setiap PBT mempunyai ahli majlis yang terdiri daripada kalangan pemimpin masyarakat yang dilantik oleh kerajaan negeri. Pulau Pinang. Hal ini jelas apabila ahli majlis yang dilantik mewakili parti ianya dikira bertentangan dengan syarat lantikan kerana pelantikan ahli majlis adalah untuk mewakili penduduk seterusnya menyuarakan masalah penduduk kepada pucuk pimpinan dan bukannya menjadikan PBT sebagai agenda politik masingmasing. Maka. orang India dan orang Tionghua tetapi realiti pada hari ini ialah ahli majlis yang dilantik sekarang ini adalah mereka yang terlibat dalam politik secara langsung dan dalam kalangan NGO seperti dewan perniagaan dan sebagainya.

Pembuangan pekerjaan yang saban hari kian meningkat ditambah banyak kilang-kilang telah mula memperlahankan operasi. Malaysia terdedah kepada kesan luaran ini kerana ekonominya berkait rapat dengan negara lain di dunia. Keadaan dunia yang mula menghadapi krsis ekonomi yang kian menguncup telah dirasai oleh Malaysia. ii) ASPEK EKONOMI Cabaran ini menjadi satu masalah dan cabaran yang amat kronik jika dilihat dari aspek keadan ekonomi global yang menghadapi krisis. “Krisis kewangan Asia 1997-1998 telah menyedarkan mengenai pentingnya pengukuhan daya tahan dalam persekitaran dunia yang semakin bersepadu di mana aliran modal. Memandangkan Malaysia tidak mungkin terhindar sepenuhnya daripada kejutan luar. Malaysia perlu memperkukuhkan daya tahan ekonomi. PBT mempunyai peranan dan tanggungjawab yang agak berat dalam menghadapi krisis ekonomi kerana kemungkinan ramai penduduk setempat di 14 Chuid Samsu 193119 . Justeru. kewangan dan sosial agar mampu menghadapi pergolakan dan risiko yang muncul tanpa tergelincir daripada matlamat pembangunan” (Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3). hal-hal ini sebenarnya memberi kesan kepada PBT.1970 ahli majlis dipilih oleh pengundi maka ini memberi pilihan kepada pembayar cukai memilih sendiri wakil yang layak oleh mereka untuk menguruskan perbandaran mereka. sudah tiba masanya sIstem pelantikan ahli majlis perlu dirombak dan dibaiki system pelantikannya agar lebih telus dan cekap selaras dengan kehendak masyarakat setempat. perdagangan dan maklumat melangkaui sempadan negara. Ramai penganalisis ekonomi menyatakan bahawa krisis kali ini akan lebih teruk daripada krisis yang dialami semasa tahun 1997 kerana krisis ekonomi kali ini mengambil masa yang agak perlahan untuk dirasai dan pastinya ramai yang akan merasainya dalam jangka masa yang agak panjang. Peristiwa yang berlaku di sesebuah negara boleh memberi implikasi yang ketara kepada negara lain melalui rangkaian yang kompleks dan silang-menyilang serta kesan tertangguh.

Proses urbanisasi ini membawa cabaran yang besar kepada PBT kerana proses urbanisasi ini membawa kepada penghijaharan pekerja dari kawasan pedalaman ke kawasan bandar.sesuatu PBT tidak mempunyai pekerjaan dan inilah masanya untuk PBT mempelbagaikan cabang ekonomi di kawasan itu. Perkara ini tidak mustahil boleh merencatkan pelan pembangunan PBT. PBT yang diperbadankan dibawah akta kerajaan tempatan dari segi kekuasaanya mempunyai kuasa autonomi dalam hal ehwal pentadbiran. Hal ini adalah cabaran dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. iii) PROSES URBANISASI YANG PESAT Isu pembandaran sering kali dikaitkan dengan factor penghijrahan penduduk dari desa ke Bandar dan jarang sekali dianggap sebagai satu proses memperbandarkan masyarakat desa (Yahaya Ibarahim. Tumpuan penduduk ke Bandar seringkali dikaitkan dengan peluang pekerjaan dan persekitaran Bandar yang mengagumkan. PBT kini menghadapi cabaran yang amat hebat dengan masalah urbanisasi yang kian pesat dengan pertambahan penduduk di sesebuah PBT. PBT mempunyai kawalan penuh dalam pengurusan kewangannya dari segi hasil cukai pinti. pengurusan dan kewangannya. 1995). Dengan kadar pertumbuhan penduduk Bandar yang sedemikian akan member kesan positif dan juga negative terhadap persekitaran ekonomi desa dan Bandar. hasil bukan cukai dan lain-lain hasil. kepadatan penduduk di kawasan Bandar menyebabkan juga akan menyebabkan keperluan untuk pembinaan petempatan 15 Chuid Samsu 193119 . Merujuk kepada keadaan ekonomi semasa kini memang sesuailah PBT menjana ekonomi apabila YDP memainkan peranan yang amat besar dalam meneroka hasi-hasil baru. sudah sampai masanya untuk PBT bukan hanya menumpukan kepada kebersihan dan kutipan sampah sahaja tetapi berperanan dalam menarik pelaburan dalam dan luar negara ke kawasan PBT dalam usaha menambah pendapatan untuk tidak terus bergantung kepada kerajaan negeri persekutuan dan kerajaan.

baru. Begitu juga dengan masalah migrasi pekerja asing tanpa izin mahupun pekerja asing yang berdaftar dengan kerajaan. Bandar raya umpama sesebuah Negara yang melalui proses pertumbuhan pesat lazimnya berupaya menawarkan asa ekonomi yang luas dan pelbagai. Dari segi teorinya. Proses urbanisasi juga merupakan faktor kepada kejadian banjir kilat yang berlaku kerana proses perbandaran di kawasan Bandar ini yang tidak mengikut spesifikasi dan peraturan yang ditetapkan seperti pembinaan sistem perparitan yang tidak sempurna dan penggunaan tanah secara besar-besaran tanpa kawalan. elektrik dan kesihatan di kawasan setinggan juga tidak sistematik kerana kualiti yang rendah dan ini juga membawa masalah kepada PBT dalam mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. mat rempit. Ini yang membawa masalah kepada masyarakat dan PBT di kawasan itu. peminta sedekah. Di lokasi-lokasi inilah terdapatnya pelbagai manfaat ekonomi aglomerasi. Ini semua merupakan cabaran utama kepada PBT dalam mencari jalan penyelesaian isu. Ini kerana kawasan setinggan yang membawa masalah sosial seperti jenayah ragut. Justeru itu. kemudahan kualiti air. Kewujudan kumpulan pekerja asing ini juga menyebabkan masalah sosial berlaku antaranya adalah jenayah pecah rumah dan rompakan sering berlaku yang melibatkan pekerja warga asing. Walaubagaimanapun. pekerja yang berhijrah ke kawasan bandar kebanyakanya menetap di kawasan perumahan setinggan. apabila proses perindustrian 16 Chuid Samsu 193119 . pelacuran dan penagihan dadah. Sebagai PBT yang bertanggungjawab maka haruslah memantau keadaan tersebut serta bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain di kawasan Bandar tersebut. sesuai dengan tuntutan perkhidmatan moden dan industry inovatif yang lain. kutu rayau. Selain itu. mencuri dan rogol. dalam menangani gejala sosial dan jenayah seperti kebanjiran warga negara asing ini. Pada peringkat awal urbanisasi kawasan metropolitan dan Bandar besar yang lain menjadi lokasi pilihan aktiviti pembuatan.

PBT haruslah berupaya menyelesaikan masalah ini secara berkesan untuk kesejahteraan rakyat.berlalu. Morshidi Sirat. Ketidaksamaan dan ketaksaksamaan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah akan diatasi supaya perpaduan bangsa Malaysia terpelihara (Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3). aktiviti pembuatan mula berpindah keluar dari kawasan metropolitan (Prof. masalah perbandaran. Semua dasar. program dan projek akan berpandu kepada keperluan asas ini memandangkan penyertaan yang aktif dan sepenuhnya oleh semua kumpulan etnik serta wilayah adalah penting untuk memastikan kejayaan usaha pembangunan sosioekonomi dan pembinaan bangsa. kemiskinan. Isu dan cabaran PBT dalam aspek sosial juga amat penting jika melihat peranan PBT pada masa sekarang kerana aspek sosial seperti kualiti hidup. jenayah. Walaupun 17 Chuid Samsu 193119 . kebanjiran pekerja asing dan sebagainya amat mencabar dan keadaan ini merupakan kesan langsung daripada keadaan globalisasi yang memberi kesan kepada sektor ekonomi serta kehidupan sosial masyarakat kini. isu perumahan. isu utama adalah kekurangan penyediaan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah. pendidikan. Dari aspek penyediaan perumahan. dan kawasan metropolitan mula memperlihatkan masalah-masalah yang berkaitan dengan penumpuan yang melampau aktiviti ekonomi dan kependudukan. rekreasi dan kemudahan kesihatan yang mencukupi. Untuk menjadi sebuah bandar yang maju dan mampan ciri-ciri yang perlu di titikberatkan adalah kualiti infrastrukur sokongan dan kualiti hidup yang tinggi yang dihasilkan melalui penyediaan perumahan. iv) PENYERTAAN MASYARAKAT Untuk menjadi negara yang berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. gejala sosial. perpaduan penduduk Malaysia yang berbagai keturunan merupakan satu pra-syarat yang mesti dipenuhi. Dalam hal ini. Isu berkenaan dengan penurunan kualiti hidup masyarakat di dalam bandar merupakan antara isu utama kesan daripada pembangunan bandar yang tidak diuruskan dengan baik. 2002).

Governans bermaksud proses membuatkeputusan dan proses perlaksanaan setiap keputusan iaitu sama ada keputusan tersebut dilaksanakan atau tidak. Kerajaan merupakan satu faktor di dalam governans yang bertanggungjawab merancang. membuat keputusan.org). Setiap elemen ini amat penting supaya korupsi dapat dikurangkan dan pandangan umum pelbagai pihak seperti pemimpin dan masyarakat diambilkira di dalam proses membuat keputusan demi masa depan bersama (http://www. Keefisienan governans juga menjadi salah satu daripada tuntutan masyarakat global. Menurut Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP) governans mempunyai lapan elemen utama iaitu bertanggungjawab. governans kebangsaan dan governans tempatan. Governans bukanlah suatu konsep yang baru. Dengan berpegang bahawa keefisienan bermula sejak di peringkat perancangan. keefisienan governans sebenarnya melampau jangkauan prinsip good governance. melaksana dan mengawal setiap pembangunan yang dijalankan supaya negara terus berdiri dengan teguh dan aman sejahtera (http://www. timbal-balik.kemudahan perumahan telah disediakan melebihi dari keperluan sebenar. mematuhi perundangan. penglibatan semua pihak dan persetujuan umum. bekalan perumahan untuk golongan miskin di bandar tidak mencukupi kerana harga rumah adalah diluar kemampuan mereka.org). Terdapat beberapa konteks governans yang sering digunakan iaitu governans korporat. efektif dan efisyen. penyertaan yang adil dan saksama. 18 Chuid Samsu 193119 .unescap. kemudiannya terpancar di peringkat pembangunan dan penyediaan dan akhirnya di peringkat pengendalian perkhidmatan yang melibatkan pelbagai stakeholders. telus.unescap. governans antarabangsa. v) GOOD GOVERNANCE PBT seperti yang dimaksudkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu Majlis Bandaraya.

Menetapkan strategi bidasan Membina kesedaran. pelupusan sisa. Sebagai bandar besar.Di peringkat kerajaan tempatan umpamanya. wujud kekangan disebabkan dua faktor utama iaitu dana pengurusan Bandar yang terhad dan komunitinya terdiri daripada tenaga kerja yang tidak aktif. perpustakaan. vi) PEMBANGUNAN MAMPAN Dalam perancangan pembangunan sesuatu kawasan seperti sebuah bandar baru. Membina parameter permulaan dan skop CDS. rnaklumat lengkap mengenai semua aspek seperti jenis dan penggunaan tanah. persoalan pembangunan bandar yang berhadapan dengan isu ketidakefisienan cuba diatasi.san-jose.ci.us/planning). Melalui pendekatan ini. Ini melibatkan perkhidmatan polis dan perlindungan kebakaran. sempadan tanah serta sifat 19 Chuid Samsu 193119 . kemudahan awam yang telah tersedia. Melalui program Effective City Development Strategies (CDS). terutama apabila tiada penyelarasan antara kawasan dan stakeholder metropolitan. San Jose berhadapan dengan cabaran untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada semua kejiranannya. Formulasikan visi. pekerja dan pelawat di kawasan perkhidmatan seluas 175 batu persegi (http://www. Membina penilaian awal.citiesalliance.org). Penekanan kepada governans yang efisien dapat dilihat dalam penelitian pembangunan bandar mahupun wilayah bandaraya. CDS mencadangkan lapan prosedur iaitu iaitu: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Memulakan proses. air minuman dan bekalanelektrik.ca. Mengenalpasti kekuatan-kelemahan-peluang-kepercayaan (analisis SWOT). Satu lagi contoh empirikal kefisienan governans ialah pengalaman bandar San Jose yang bertanggung jawab ke atas perkhidmatan kepada pelbagai lapisan penduduk. governans yang efisien akan membentuk mekanisme pengurusan bandar yang menggalakkan pertumbuhan dan persekitaran hidup yang berkualiti. Namun. dan Memulakan perlaksanaan (http://www. taman-taman dan rekreasi.

tetapi juga aspek sosial. la perlu meliputi semua sektor seperti ekonomi. Surunhanjaya Alam Sekitar dan Pembangunan Sedunia (1987) mendefinisikan pembangunan mampan sebagai "pembangunan yang 20 Chuid Samsu 193119 memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan keupayaan . Wawasan ini yang mengandungi Sembilan (9) cabaran telah menggariskan bahawa segala sumber semulajadi tidak boleh dibazirkan. alam persekitaran senantiasa bersih. Dalam konsep pembangunan mampan juga ada menegaskan hubungan di antara pembangunan berterusan dengan kepentingan penjagaan alam persekitaran. air tidak tercemar. kualiti hidup. pentadbiran kerajaan. kemudahan awam.populasi tempatan perlu diselidiki terlebih dabulu. dan mampu menampung keperluan Negara ini. tanah negara ini perlu senantiasa subur dan produktif. Maklumat ini penting dalam membuat sesuatu keputusan yang terbaik bagi menentukan kaedah penggunaan tanah serta mengurangkan kesan buruk terhadap alam persekitaran. Pembangunan bandar banyak membawa kebaikan kepada negara. rekreasi dan alam persekitaran. sumber hutan mampu untuk tumbuh semula. Oleh itu bagi mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan maju seperti yang dicita-citakan dalam Wawasan 2020 maka pembangunan yang dijalankan mestilah mesra alam dan memenuhi keperluan masyarakat. perumahan. infrastruktur yang terhad. dan tidak kurang juga ia membawa keburukan terutamanya jika pembangunan tersebut tidak peka kepada alam persekitaran yang sensitif. kestabilan politik. Keindahan bumi ini juga tidak boleh dikorbankan semata-mata kerana kepentingan diri atau untuk meningkatkan ekonomi negara ini. Malaysia akan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. pengangkutan. Dalam Wawasan 2020. masalah sosial dan kualiti kehidupan di kawasan tersebut. nilai-nilai sosial dan kerohanian yang baik. bukan hanya dalam aspek ekonomi.

KESIMPULAN Pembangunan merupakan salan satu aspek terpenting di dalam negara. Ketiga-tiga jalinan ini harus ditetapkan melalui makanisme sistem perancangan sedia ada serta konsep-konsep perancangan. manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Jesteru itu adalah perlu bagi pihak yang berkepentingan yang mempunyaifungsi dan matlamat terutamnya Pihak Berkuasa Tempatan supaya menyedari kepentingan pembangunan setempat supaya ianya berjaya mengerak sesebuah pembangunan yang bestari dan mampan bagi 21 Chuid Samsu 193119 . Ini adalah untuk membantu dalam memenuhi sesuatu polisi pembangunan. 1999) (dlm. Secara amnya ia bererti bahawa untuk memastikan imbangan di antara pertumbuhan fizikal dan alam sekitar serta mempastikan pembangunan berjalan secara berterusan dan lestari. Perancangan dan pembangunan persekitaran yang selamat dapat diwujudkan melalui pelaksanaan prinsip pembangunan mampan serta menfokuskan kepada manusia “sustainable people centred development model”. 2007). Penekanan juga harus diberikan kepada jalinan tiga hubungan manusia dengan pencipta. Jamaludin Mustaffa.generasi akan datang dalam memenuhi keperluan mereka" (Mohd Hasni bin Hi Jaafar. mempertingkatkan tahap penglibatan masyarakat setempat dalam satu-satu keputusan mengenai alam persekitaran mereka. Pembangunan mampan amat penting dalam perancangan bandar agar segala aspek berkenaan diambilkira dan diberi pertimbangan sewajarnya oleh semua pihak yang terlibat. 2001). memberikan amaran mengenai masalah yang mungkin timbul. cabaran yang dihadapi bukan hanya untuk menjamin perkembangan ekonomi tetapi mencapai perpaduan dan kesejahteraan berasaskan lunas keselamatan (Zainuddin Muhamad. Perancangan dan pembangunan persekitaran yang selamat adalah tepat pada masanya dilaksanakan kerana dari segi perancangan. memberikan status kemajuan sosial. dan yang paling penting dapat menyepadukan pertimbangan alam persekitaran ke dalam pembangunan setempat.

Tetapi. Jika dilihat peranan PBT dalam pelaksanaan serta penguatkuasaannya adalah berbeza di antara sesebuah PBT dengan PBT yang lain. pertindihan bidang kuasa dan kehendak politik dalam masyarakat. PBT di seluruh Negara bertanggungjawab dalam melaksanakan segala peranannya kepada masyarakat untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat. pelaksanaan tugasnya bergantung kepada sumber yang sedia ada. Setiap masalah yang dikenal pasti perlu diberi perhatian serius bagi memastikan semua peruntukan sedia ada dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik. Pembangunan yang lestari hanya dapat dicapai dengan perubahan dan peningkatan perestasi pembangunan yang diuruskan dan bagaimana pembangunan itu dilihat akan mambantu masyarakat setempat supaya menjadimasyarakat yang moden dan terbaik. Begitu juga dengan keutamaan sesebuah PBT yang berbeza kerana perlu memenuhi kehendak setempat. Secara keseluruhanya. dalam keadaan arus globalisasi pada masa kini. Dalam melaksanakan tugas sebagai PBT di kawasanya. Diharapkan denga wujudnya peningkatantahap pengurusan pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan akan Berjaya menjadi unggul dan bijak merencanakan pembangunan setempat untuk masyarakat dan pembangunan itu dapat diadaptasikan dengan bersistematik dan efektif demi menjamin pembangunan yang terbaik dalam negara. ekonomi. Masalah pembangunan yang menjadi masalah kini hanya boleh diatasi sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan itu mengambil langkah-langkah untuk manguruskannya diambil melalui prinsip-prinsip pembangunan yang teratur dan bersistematik serta berkesan. dilihat cabaran PBT semakin mencabar terutama dalam aspek politik. 22 Chuid Samsu 193119 . sumber manusia dan perundangan. teknologi dan sosial. Ini adalah kerana masalah sumber kewangan. pengurusan alam sekitar.

Pembangunan dan Persekitaran. Profesor Morshidi Sirat. Proses Globalisasi dan Transformasi Bandaraya. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.2009-1-Hamzah-melayu-1. http://www.php/artikel/read/335/BAB-00MENINGKATKAN-KEUTUHAN) (RRJP3) Yahaya Ibarahim. Aspek Keselamatan Awam Dalam Pembentukan Bandar Selamat Di Malaysia: Kajian Kes Alor Star.org 23 Chuid Samsu 193119 . Syarahan Umum. Kedah. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (http://www. Peluang dan Cabaran Bagi Kuala Lumpur. Hamzah Jusoh. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (USM).RUJUKAN Ahmad Atory Hussain.unescap.wikipedia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (USM). Habibah Ahmad. Subri Hashim dan Zawiyah Mohd. Ph.edu. Zain (2010). Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2001).us/planning http://www.citiesalliance.org/wiki/Kerajaan_tempatan_di_Malaysia http://www. Pusat Pengajian Sosial.ca.ukm. Mohamed Sukeri Khalid.D. Universiti Utara Malaysia. Pembangunan dan Kejiranan.ipislam. Mohd Hasni bin Hi Jaafar. Sintok.ci. Program Sains Pembangunan. (2002). (1995). Kesihatan Persekitaran Dalam Perancangan Bandar Jurnal Kesihatan Masyarakat Jilid 7: 2001.org http://www.san-jose. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Siri Modul Kendiri PLK: Kerajaan Tempatan. Isu.my/index. Keefisienan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan di Wilayah Bandaraya Kuala Lumpur: Perspektif komuniti. Malike Ibrahim. http://ms.my/geografia/images/upload/6.pdf Jamaludin Mustaffa (2007).