MAKAN URI 1

Pendahuluan

Dewasa ini manusia mencari pelbagai kaedah bagi menjaga kesihatan mereka.Pelbagai kajian telah dibuat bagi mendapatkan ‘ubat ajaib’ yang boleh memberikan kesihatan maksima kepada pengguna. Pelbagai bahan sama yang diambil dari tumbuh-tumbuhan, haiwan, mahupun organ manusia telah menjadi ramuan di dalam usaha manusia untuk mendapatkan kesihatan yang maksima. Salah satu bahan yang cenderung diperkatakan tentang kebaikannya ialah uri atau plasenta manusia dan haiwan.Jika dilihat secara semulajadi, haiwan mamalia memakan plasenta dan tali pusat mereka sebaik sahaja melahirkan. Ini dikatakan untuk mengelak pemangsa dari mencium bau darah dan ini dapat menyelamatkan anak haiwan tersebut.Selain dari itu, ibu haiwan yang masih lemah mendapat tenaga dari makanan plasenta yang sedia terhidang tanpa perlu pergi memburu atau mencari makanan.1Begitu juga dengan pengeluaran susu yang lebih banyak untuk anak haiwan tersebut.Namun, bagi manusia, pemakanan manusia merupakan perkara yang agak baru untuk dibicarakan. Namun,pada sesetengah masyarakat Cina, ada yang telah lama mengamalkan pemakanan uri manusia kerana ia dikatakan memberi banyak kebaikan dari segi kesihatan kepada si pemakan.2 Hari ini, sudah semakin ramai yang telah mencuba dan ramai lagi yang teringin untuk mencuba merasai plasenta dan menikmati kebaikannya.Namun masih ramai yang tidak dapat menerima fenomena ini dengan pelbagai alasan. Memandangkan makan plasenta ini merupakan satu perkara yang agak asing pada kita, maka melalui penulisan ini huraian tentang pemahaman dari segi kebaikan dan keburukan fenomena makan plasenta ini akan dirungkaikan.

1 2

Hall, Harriet. (2011) Eating Placentas: Cannibalism, Recycling, or Health Food? Science-Based Medicine Myddleton, W. W. (1960). Modern trends in cosmetic formulation. The Journal of the Society of Cosmetic Chemists. 11(4). 192-203.

1

MAKAN URI 2

Definisi Plasenta

Perkataan plasenta atau uri adalah berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud ‘’cake’’ dan dalam bahasa Greek ialah ‘’rata, dan bulat’’. Menurut bahasa Roman pula ,ia digelar sebagai ‘’ibu kecil’’ atau ‘’nenek’’
3

berdasarkan daripada asal usul kejadiannya.

Manakala di dalam masyarakat Melayu Asia, plasenta disebut sebagai uri atau tembuni. Namun

sekarang penggunaan perkataan plasenta telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan dunia dan difahami oleh semua peringkat masyarakat.4

Plasenta adalah organ yang terbentuk di dalam rahim ketika kehamilan dan membesar bersamasama dengan janin. Ia juga yang menghubungkan janin pada dinding rahim untuk membolehkannya mengambil nutrien seperti glukosa, air, ion bukan organik, antibodi, asid lemak, asid amino dan lain-lain, membuang sisa dan pertukaran gas melalui bekalan darah ibu dimana ia bertindak sebagai penghalang diantara peredaran darah janin dan ibu.Ini kerana yang pertama, ibu mungkin mempunyai berbeza jenis darah kepada janin (iaitu Rhesus Negatif dan bayi Rhesus positif) maka plasenta dapat menghentikan ibu daripada memberi tindak balas imun terhadap janin. Kedua, kerana tekanan darah ibu lebih tinggi dan boleh merosakkan kapilari janin yang sangat rapuh. 5

Plasenta sebenarnya dijadikan salah satu ciri untuk menentukan eutherian atau "plasenta" bagi kebanyakkan haiwan mamalia, tetapi kadang-kala ia juga boleh ditemui di beberapa bukan mamalia.6

3 4

Diambil pada 12 November 2013 dari laman sesawangi http://en.wikipedia.org Sadler, T.W; Alih bahasa, Joko Suyono; editor, Devi H. Ronardy (1997). Embriologi Kedokteran Langman. Jakarta: EGC. hlm. 101-102. ISBN 979-448-341-9. 5 Diambil pada 6 Disember 2013 dari laman sesawang http://wiki.answers.com 6 Diambil pada 10 Disember 2013 dari laman sesawang http://en.wikipedia.org

2

downstate. Plasenta manusia biasanya mempunyai bentuk cakera dan mempunyai dua permukaan. Permukaan maternal pula adalah permukaan yang menghadap dinding rahim.ncbi. ini kerana jika permukaan bahagian atas korpus uteri lebih luas maka lebih banyak ruang untuk janin berkembang. Hal ini disebabkan kerana permukaan fetal tertutup oleh amnion.edu 3 .MAKAN URI 3 Struktur Plasenta Plasenta mempunyai dua bahagian iaitu bahagian ibu yang dibentuk oleh desidua basalis dan bahagian janin yang dibentuk oleh korion frondosum. Ia menghubungkan janin dengan tali pusat lebih kurang 55-60 cm (22 .5 sm (0.gov Diambil pada 24 November 2013 dari laman sesawang www.8 7 8 Diambil pada 12 November 2013 dari laman sesawang www.nih. warnanya keputih-putihan dan licin. Berwarna merah kebiruan atau merah gelap.Plasenta terletak di depan atau di belakang dinding uterus dan kedudukannya agak ke atas kearah fundus uteri. Biasanya plasenta terbentuk dengan lengkap pada tempoh kehamilan kurang dari 16 minggu. Permukaan fetal adalah permukaan yang menghadap ke janin. Plasenta manusia memiliki saiz purata berdiameter 22 sm ( 9 inci ) panjang dan 2 . berwarna merah dan terbahagi 16-20 kotiledon.7 Ia biasanya mempunyai berat kira-kira 500 gram. iaitu permukaan fetal dan maternal.nlm.24 inci) panjang dan mengandungi dua arteri pusat dan satu urat pusat.8 1 inci) tebal.2.

9 Selain itu. Berita Harian : 3 Salim Salleh. Namun apabila manusia bertindak untuk untuk memakan uri sendiri bunyinya sangat menjelikkan dan kurang diterima di kalangan masyarakat terutamanya di Asia. Menerusi laporan Harian Metro.MAKAN URI 4 Fenomena Makan Plasenta Placentophagy yang juga disebut sebagai placentophagia adalah sifat haiwan mamalia yang memakan plasenta sendiri selepas bersalin. Plasenta mengandungi sejumlah kecil oxytocin yang berfungsi memberi tekanan ketika melahiran maka apabila ia berlaku ini akan menyebabkan otot licin di sekitar sel-sel susu mengecut dan mengeluarkan susu dengan lancar. Di Malaysia. memakan uri dipercayai menambah seri muka dan awet muda. dipercayai ada wanita yang makan uri bagi tujuan yang sama.10 9 10 Saadiah Ismail . ‘Human Placentophagy’ kedengaran pelik tetapi benar.Ramai wanita Islam sudah mula berani membelinya sebagai supplemen tambahan untuk kekal muda. namun ada yang memilih cara ini untuk kelihatan jelita.Meskipun pelbagai kaedah tradisional dan moden boleh diamalkan. Mereka percaya selain mampu memberi kesan 100 peratus membantu mengekalkan wajah awet muda ia juga dapat mengatasi masalah kemurungan selepas melahirkan. ( 2013. (2010. 22 Julai ) . Harian Metro :17 4 .Memakan plasenta dipercayai dapat memberi kesan yang baik kepada ibu selepas melahirkan.9 Julai) ‘Ketagih Makan Uri’. Maka plsenta dipercayai dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu sejurus melahirkan.’Makan Uri ‘. dinyatakan bahawa terdapat sesetengah tabib Cina di sekitar Bandaraya Johor Bahru sudah menjual pil estrak janin manusia untuk sekian lama.

Xander pada September 2012 dan beliau percaya dengan memakan organ itu.com pada 14 November 2013 Diambil dari laman sesawang http://www. Sebuah pusat bersalin di kota timur Nanjing telah melaporkan bahawa 10 peratus wanita telah mengambil plasenta mereka setelah melahirkan bayi.dirinya menjadi lebih sihat.yahoo.uk pada 15 November 2013 5 . January mula mengamalkan makan uri sejak melahirkan bayinya. malah ia telah dilakukan selama lebih dari 2. Kim Kardashian yang baru melahirkan bayi turut mendedahkan beliau berminat memakan uri diri sendiri kerana berpendapat ia akan membuatkan dirinya kelihatan lebih muda.000 tahun.com. mampu melawan kemurungan dan meningkatkan pengeluaran susu. ia memakan plasenta tersebut dengan direbus dan diperisakan.Pengamal di China akan mencampurkannya dengan pelbagai ubat tradisional yang lain untuk kesan yang lebih 11 12 13 Diambil dari laman sesawang http://shine.11 Bintang realiti.ia sudah lama menjadi topik utama selebriti luar negara seperti pelakon January Jones dan Holly Madison yang memakan uri sendiri bagi mengekalkan kecantikan. seorang rakyat China telah melahirkan seorang bayi perempuan dan membawa pulang plasentanya. Media massa di China mengatakan bahawa amalan memakan plasenta telah kembali muncul sejak kebelakangan ini.MAKAN URI 5 Malah bukan setakat di Asia . pada 14 November 2013 Diambil dari laman sesawang http://www.maka boleh membuat pengamalnya panjang umur. Wan Lang.Mereka menganggap praktis itu mampu mencegah penuaan.13 Praktis yang diamalkan seperti itu adalah senario biasa di negara China. Beliau amat mempercayai bahawa plasenta dapat membantu beliau pulih dengan cepat semasa dalam proses berpantang.Menurut laman sesawang.nydailynews. 12 Pelakon terkenal Tom Cruise turut mengaku memakan uri bayinya kerana percaya ia kaya dengan zat besi dan vitamin B untuk manfaat bagi kesihatan tubuh.co.thesun. Setelah dibersihkan. Beliau membuat sup. Sebuah teks perubatan klasik dari Dinasti Ming (1368-1644) mengatakan bahawa plasenta adalah "sangat bergizi" dan jika dilihat untuk manfaat jangka panjang.

14 Disember ) .Menurut Jinan Times.com pada 2 Julai 2012 Amanda Schaffer (2008) .thebalitimes. ( 2013. Pekerja hospital dan ibu-ibu yang bersekongkol menjual plasenta .15 Di Korea Selatan. Pihak berkuasa menyatakan pil yang dibuat dari plasenta manusia dibendung.MAKAN URI 6 baik.seorang doktor bertauliah di Shanghai memberitahu.16 akan menimbulkan pelbagai permasalahan dan dibimbangi perdagangan organ ini akan memasuki pasaran gelap antarabangsa dan lebih menyulitkan untuk 14 15 16 Tony Auii . Bidan hospital yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga ibu selepas melahirkan bayi juga telah menjualnya dan duit tersebut digunakan untuk menyara kehidupan mereka seharian. New Strait Times: 3 Diambil dari laman sesawang http://www. sebahagian besar sumber plasenta berasal dari pihak hospital. pihak berkuasa telah mematahkan cubaan untuk plasenta haram untuk diimport dari pasaran luar.14 Permintaan yang tinggi terhadap plasenta sejak kebelakangan ini telah menjadikan hospital sebagai tumpuan pusat menjual plasenta bagi pasaran gelap. Medical Examiner .The Tissue of Youth . plasenta boleh menjadi tonik untuk menguatkan ‘qi’ dan memekatkan darah.Harga setiap plasenta dianggarkan 300 yuan.United Kingdom 6 .sudah banyak kali didenda kerana ia adalah menyalahi undangundang.000 kapsul yang mengandungi ekstrak janin bayi yang telah mati telah dirampas dalam satu serbuan yang dibuat.Yun Lei Shang.’Human Placenta ‘. Sebanyak 17.

Ia juga telah menimbulkan pelbagai persoalan dari segi undang-undang dan mengundang perbalahan dalam etika perubatan. Bidang perubatan pada abad ini telah bertambah maju terutama di dalam penyelidikan biologi dan perubatan dan yang paling menjadi kontervasi pada ketika ini adalah penggunaan tisu manusia yang digunakan dalam pelbagai cara. 17 Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Nuffield Council on Bioethics mengenai Human Tissue Ethical and Legal Issues pada April 1995.MAKAN URI 7 Isu mengenai tisu manusia Umum mengetahui bahawa kita kini sedang memasuki satu zaman baru bioteknologi dan kejuruteraan genetik. February. (1954). 1.Pada suatu ketika dulu prosedur perubatan sebegini adalah hanya fiksyen sains dan mainan mata bagi kanak-kanak di hadapan televisyen apabila menonton filem tetapi ianya menjadi kenyataan pada hari ini. H.1 Persetujuan perlu didapatkan daripada individu terbabit sama ada untuk pelupusan. Use of placental extracts in cosmetics. Pembuangan tisu 1. 1. Ia meliputi etika dalam18 : 1.2 Prosedur persetujuan jugaa diperlukan untuk apa-apa mengizinkan penggunaan tambahan bagi tisu yang diambil. 18 Human Tissue: Ethical and Legal Issues . 37-39.April 2005 7 .3 Pengurusan dan pembuangan tisu harus dengan cara yang betul untuk menghormati tubuh badan manusia tersebut 17 Gohlke. Nuffield Council on Bioethics . penyimpanan dan mana-mana penggunaan beretika yang boleh diterima. The American Perfumer & Essential Oil Review. mereka telah mencadangkan beberapa cadangan yang berkaitan dengan isu tentang tisu manusia supaya ia dapat dikendalikan dengan baik dan memberi manfaat kepada bidang perubatan khusunya.

4 Jabatan Kesihatan perlu mewujudkan pusat bank tisu yang berdaftar untuk membekalkan tisu manusia untuk rawatan perubatan dan penyelidikan 3. termasuk darah dan komponen darah. perlu dibekalkan pada kos yang asas 2. 8 .2 Badan-badan profesional perubatan perlu memastikan garis panduan dipatuhi bagi mencerminkan etika ahli-ahli perubatan 2.MAKAN URI 8 2. Kegunaan tisu 3. Perolehan dan bekalan tisu 2.3 Tisu manusia bukan digunakan untuk mengaut keuntungan dan tujuan komersial 2.3 Bahagian badan manusia tidak boleh dipaparkan dengan hiburan awam atau seni Cadangan yang dikemukan di dalam laporan ini adalah juga bertujuan untuk mengenal pasti persoalan etika yang kerap ditimbulkan oleh orang awam dan dalam masa yang sama mereka mendapat maklum balas tentang jangkaan serta kebimbangan orang ramai tentang isu placenta manusia ini.2 Jawatankuasa Penyelidikan Etika perlu dirujuk untuk memberi pertimbangan dan panduan dalam penyelidikan melibatkan tisu manusia 3.1 Tisu.1 Tisu manusia yang digunakan dalam pembangunan produk terapeutik hendaklah diperolehi hanya daripada sumber yang dikawal dan diiktiraf oleh badan profesional sahaja 3.

bulu. yang merangsang tulang sumsum untuk menghasilkan sel darah merah. jika menurut pengamal perubatan tradisional dan moden. Nuffield Council on Bioethics . plasenta boleh digunakan untuk mengekstrak protein dan mempunyai nilai terapeutik. ia juga akan ditinggalkan oleh ibu-ibu kerana mereka menganggap plasenta sebagai sisa klinikal. rambut. sebagai contoh. biasanya tidak menimbulkan pertimbangan etika atau undang-undang dengan pengambilan atau penggunaannya. Setelah bayi lahir. mereka telah menakrifkan bahan buangan dari tubuh badan adalah produk yang ditinggalkan dan tidak digunakan kembali seperti air kencing. Air kencing. Namun. seperti albumin boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dan mengelakkan masalah meroyan selepas bersalin. Malah pesakit juga tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan tentang bahan buangan mereka.MAKAN URI 9 Kategori plasenta manusia Di dalam laporan Nuffield Council on Bioethics. telah digunakan untuk mengasingkan bahan erythropoietin. 19 Human Tissue: Ethical and Legal Issues . walaupun ia biasanya dianggap sebagai bahan buangan. Uri sudah tentu dikelaskan sebagai bahan buangan tetapi ia adalah bahan buangan berguna dan tidak seperti kebanyakan bahan buangan yang dinyatakan di atas. plasenta sudah tidak berfungsi. keratan kuku dan sebagainya.April 2005 9 . boleh dijual untuk digunakan dalam rambut palsu.19 Bahan buangan yang lazimnya dibuang atau ditinggalkan. Ada juga sesetengah produk buangan boleh digunakan dalam rawatan perubatan atau penyelidikan. najis. Namun. peluh.

negara tersebut sudah mula mengeksport Melagenina ke serata dunia dan dikuti 10 . dan dikapsulkan dengan cermat sebelum diimport ke luar Penggunaan plasenta dalam bidang perubatan telah bermula secara meluas pada tahun 1970an.Kemudian kejayaan penggunaan bahan yang terdapat dalam plasenta telah dapat dibuktikan pada penyakit kulit yang dikenali sebagai vitiligo iaitu sejenis penyakit kulit yang tidak berpigmen. Maka untuk tahun 1988 sehingga tahun 1991.MAKAN URI 10 Kegunaan plasenta manusia Terdapat pelbagai kegunaan yang diaplikasikan daripada plasenta manusia yang dahulunya tidak diketahui oleh orang ramai. Cuba menjangkakan jumlah pesakit akan semakin meningkat iaitu 100 orang pesakit sebulan. pakar ginekeologi . dikukus. Selepas itu pada tahun 1980 sehingga tahun 1982.di mana Cuba mula mengeksport sebanyak 40 tan plasenta manusia ke Meriux Makmal di Perancis. Kegunaan yang paling utama ialah di dalam bidang perubatan. Venezuela dan Colombia . mereka telah menawarkan Perkhidmatan Klinik Antarabangsa untuk rawatan vitiligo .Pada masa yang sama. Ia disimpan dan dijaga dengan baik agar plasenta tidak beku. Kemudian. diesktrak negara. Apabila pada tahun 1987 . Proses penghasilan pil dari estrak janin manusia bermula dengan pengumpulan plasenta dari hospital dan pusat bersalin. kerajaan Cuba telah menghentikan penghantaran plasenta ke Perancis. dan memulakan untuk menghasilkan ubat sendiri yang dikenali sebagai Melagenina dan ia telah dikenali sehingga ke negara -negara terdekat seperti Mexico . obstestetrik dan farmakologi Cuba sedang mencari suatu bahan yang merangsang aktiviti pigmentasi di dalam keadaan makmal .

Colombia . Methionine . Laennec yang dikeluarkan oleh KevaInd Industries juga turut menggunakan ekstrak plasenta manusia dalam produk suntikan mereka. Ia adalah sejenis dadah yang dibenarkan dan diperolehi daripada plasenta melalui hidrolisis oleh asid hidroklorik iaitu selepas dihilangkan lemak dengan aseton. Leucine ( Isoleucine ). vitamin dan mineral. kerajaan Cuba telah menyedari kepentingan untuk membina kilang yang menghasilkan pelbagai macam ubat.cubandhealth. Argentina. Ophtalmic Anti. cytokines . Laennec adalah rawatan alternatif untuk fungsi hati yang terjejas . dan lainlain bagi memulihkan fungsi hati. tetapi juga untuk masalah perubatan yang lain. peptida aktif . masalah faktor pertumbuhan hepatocellular ( HGF ) yang disebabkan oleh pengambilan minum beralkohol secara berlebihan. Coriodermina untuk rawatan Psoriasis.MAKAN URI 11 dengan pembangunan pusat-pusat kesihatan vitiligo di negara -negara lain seperti Sepanyol. nucleobases . Rusia dan Afrika. sirosis hati. Mexico . karbohidrat.Piloactive lotion untuk rawatan Alopecia malah penghasilan Tromboplastine untuk pengumpalan darah. Kemudian pada tahun 1992 sehingga tahun 1994. asid amino. lisin .com pada 15 Januari 2013 11 .Carlos Miyares Cao dan pasukannya dari Pusat Histoterapy Plasenta. terutamanya terdiri daripada asid amino seperti: Threonine . Peru.mereka telah berjaya bukan setakat produk rawatan kulit seperti Melagenina tetapi juga digunakan untuk rawatan vitiligo. arginin.20 untuk osteoporosis dan anemia.inflammatory Factor Dietary Supplement Placental Lactogen untuk obstetrik. Laennec terdiri daripada beberapa bahan-bahan aktif biologi seperti faktor pertumbuhan sel .ubatan dari plasenta manusia tidak hanya untuk Melagenina . 20 Diambil dari http://www. histidine. serangan virus hepatitis.Melagenina Plus dan Forte enteral food untuk rawatan intensif dan Selain daripada itu. Hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Dr.

Produk tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan maka pada tahun 1990 sehingga 1994.MAKAN URI 12 Proline ( hydroxyproline ). Alanin . Laennec juga dipasarkan di Rusia . cystine . pakar perubatan juga mendapati apabila produk daripada plasenta manusia mula-mula diperkenalkan ke dalam pasaran. Tyrosine .Cleaning Milks dan Bioactive Dermal Soap. pakar kecantikan Cuba mula menjadikan plasenta sebagai salah satu elemen dalam produk kecantikan. glycine . Korea.21 21 Diambil dari http://www. Facial Tonics . Maka bermula dari tahun 1980 sehingga 1990. Bioactive Dermal Gel dan Epidermic Photoprotecting Gel yang digunakan untuk mendapatkan rambut dan kompleksi kulit yang sihat.Hair Conditioner.mereka menambah produk seperti Amniotic Collagen Cream .cubandhealth. Dadah ini dihasilkan di bawah pengawasan undang-undang hal ehwal farmaseutikal Jepun sebagai satu garis panduan GMP. Bioactive Dermal Cream (dermothrophic).Malah. produk-produk dari ekstrak plasenta manusia telah terbukti lebih berkesan daripada produk-produk kosmetik yang sebelum ini telah diperolehi daripada plasenta haiwan. Selain Jepun. phenylalanine . dan lain-lain dengan kepercayaan 100% daripada doktor serta pesakit Selain daripada kepentingan plasenta dalam bidang perubatan. Diantara produk terawal ialah Placental Shampoo. dan serine . Ia adalah " ubat khusus" yang memperolehi lesen sebagai ubat beretika daripada Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Jepun pada tahun 1974 . mereka yakin akan mendapat penyelesaian terbaik untuk memperbaiki tisu manusia dan penyingkiran kedutan.com pada 15 Januari 2013 12 .yang telah menunjukkan kesan untuk memperbaiki fungsi hati dan telah digunakan sejak sekian lama dengan selamat tanpa sebarang kesan sampingan utama. asid glutamik. asid aspartik .

Ia digunakan sebagai pelembap dalam produk kosmetik. yang boleh membantu untuk melawan kemurungan.Di dalam rancangan itu. Pada awal kemunculan menu ini sekitar tahun 1988 . Secara umumnya. Malah ia mampu merangsang pertumbuhan kulit dan merawat jangkitan kulit jerawat dan virus.  Kandungan Kompleks Elastin iaitu bahan yang penting untuk keanjalan kulit dan telah dikaitkan dengan penampilan untuk kekal awet muda. Ini adalah kerana organ yang kaya dengan mineral dan vitamin .MAKAN URI 13 Berikut adalah senarai beberapa bahan-bahan yang terkandung di dalam plasenta manusia yang bersesuaian untuk penjagaan kulit manusia:  Kandungan Asid Hyaluronic yang mampu untuk merawat penyakit seperti parut dan sedikit sebanyak dapat menghapuskan kedutan. Asid ini juga mengandungi molekul tinggi yang mempunyai ciri-ciri antiseptik dan antivirus . ia adalah untuk mengukuhkan dan menguatkan kulit yang semakin kurang elastik di dalam badan. Di Barat ia telah diterima kerana terbukti dengan memakan plasenta dapat mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin. Sesungguhnya menikmati plasenta adalah perkara biasa untuk beberapa budaya dan kebanyakkan daripada sudah berani untuk menjadikan plasenta sebagai menu mereka terutama ketika berpantang. terutama B6 . rancangan televisyen di England telah menayangkan rancangan memasak plasenta dan ini dikatakan melanggar etika kemanusiaan. Sehingga kini kebanyakkan wanita dan lelaki mempercayai bahawa plasenta merupakan komponen yang sangat penting dalam mendapatkan penampilan yang diidamkan dan ia pastinya pilihan yang sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan kulit yang lebih sihat dan licin. seorang ibu telah menyediakan dan makan plasenta untuk meraikan 13 .

puri dan dimakan dengan roti focaccia . diambil pada 5 Disember 2013. koktail plasenta. Profesor Mark Kristal daripada Universiti Negeri New York di Buffalo. al. Diantara resepi plasenta yang sentiasa mendapat undian yang tinggi di laman sesawang ialah plasenta panggang.co.Lasagna plasenta dan Bolognaise plasenta.MAKAN URI 14 kelahiran anak perempuannya. Beliau menyatakan bahawa tiada penyelidikan saintifik tentang manfaat plasenta kepada manusia Proses memasak itu sendiri akan memusnahkan semua protein dan hormon manakala pengeringan dan pembekuan akan perkara-perkara lain. "Ingesting the Placenta: Is It Healthy for New Moms?". Penyelidik menggunakan plasenta kering yang 22 23 Diambil dari news.Bapa bayi itu juga dilaporkan telah memakan sehingga tujuh belas keping.uk.mothers35plus. et.(1954).co.beliau telah menjalankan kajian tentang pengambilan plasenta kering sebagai lactogogon ataupun penggalak pengeluaran susu ibu kepada 210 orang ibu yang baru melahirkan.bbc.22 Amalan makan plasenta telah bermula sejak tahun 1970-an dan popularitinya telah meningkat sejak terdapat ibu-ibu yang ingin mengambil plasenta mereka.23 Kajian Saintifik tentang manfaat plasenta manusia Kebanyakkan penyelidik masih ragu-ragu sama ada amalan plasentophagi adalah yang berguna kepada manusia. 14 .24 Namun kini sudah banyak penyelidikan saintifik yang dibuat untuk membuktikan bahawa plasenta manusia bukan hanya bahan buangan dan mempunyai manaat yang tinggi kepada manusia.Menurut Soykova-Pachnerova E. USA Today. Steve (19 Julai 2007). pada 12 Oktober 2013 24 Freiss. Beliau telah memasak plansenta dan memotongnya dengan hirisan kecil dan ia digoreng dengan bawang merah dan bawang putih.uk pada 28 November 2013 Diambil dari www. menulis disertasi sarjana pada tahun 1971 tentang mengapa haiwan memakan plasenta mereka.

Para ibu yang mempunyai pelbagai latar belakang penyusuan yang berbeza telah mendapat manfaat daripada pengambilan plasenta ini dan ia membuktikan bahawa progesteron menjadi aktif selepas pengambilan dan sekaligus dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.25 Menurut F Verdon. Sebanyak 69 (51%) wanita mempunyai low serum ferritin concentration.82/6.004).(2003) didalam kajiannya Iron supplementation for unexplained fatigue in non-anaemic women: double blind randomised placebo controlled trial yang telah dijalankan ke atas 144 wanita yang berumur di antara 18 sehingga 55 tahun yang diberikan ferrous sulphate (80 mg/sehari. Plasenta yang dilumatkan itu akan dimasukkan ke dalam minuman kegemaran mereka dan diminum dalam tempoh masa 48 jam dengan sukatan sebanyak 65 g setiap satu kali pengambilan. et. Dapatan yang diperolehi ialah 136 (94%) wanita dapat menyelesaikan kajian tersebut.Setiap wanita tersebut telah mengalami tanda-tanda keletihan yang sama antara satu sama lain. ≤ 20 μg/l .46 point (13%) dalam kumpulan plasenta (perbezaan sebanyak 0.326.doi.1124 diambil pada 21 Oktober 2013 15 .2%) memberi bertindak balas positif kepada rawatan. 117 (55.MAKAN URI 15 dinamakan Lactofer I dan Lactofer II selepas empat hari melahirkan. Maka analisis menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai ferritin concentrations ≤ 50 μg/l meningkat dengan pengambilan dengan plasenta dengan lebih kerap. Daripada kes tersebut hanya 29 (13.7399.8%) memberikan keputusan yang negatif.95 point.85/6. P=0.(1954).Tahap keletihan telah menurun selepas satu minggu dengan sebanyak −1.62.32 to 1.26 25 26 Soykova-Pachnerova E.org/10. et. al.1136/bmj. 95% confidence interval 0.5%) dengan keputusan yang sangat baik. n=75) mewakili zat besi atau placebo (n=69) untuk empat minggu. Gynaecologia 138(6):617-627 BMJ (2003 ) Mac): dari laman sesawang http://dx. al.7%) memberi respon baik dan 64 (30.37 point (29%) untuk pengambilan zat besi berbanding dengan −0. 181 wanita (86.

perkara asas yang perlu diketahui adalah sama ada ia selamat dimakan atau tidak bergantung kepada tahap kebersihan dan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.pastikan proses pengering dijalankan dengan betul bagi mengelakkan ia menjadi bangkai busuk kerana uri sendiri daripada tisu manusia. memakan uri sendiri dianggap janggal dan kebanyakkannya tidak melakukan perkara berkenaan.bagi individu yang mahu makan uri. Manakal dari segi moral.berkata memakan uri ini kebanyakkan dilakukan oleh mamalia dengan tujuan mengelakkan daripada dikesan oleh mangsa di dalam hutan.27 Pandangan pakar perubatan Menurut Perunding Dermatologi Hospital Pantai Kuala Lumpur.MAKAN URI 16 Keburukan memakan plasenta Sehingga hari ini tiada bukti saintifik yang menyatakan terdapat kesan negatif terhadap pemakan plasenta. Kesannya sama dengan memakan daging mentah kerana kemungkinan mereka mendapat jangkitan daripada plasenta tersebut. The Independent 16 . Kate.bagi yang ingin menjadikan ia serbuk. Beliau juga menyatakan bahawa uri sepatutnya dibersihkan hingga teliti dan perlu dimasukkan dalam peti sejuk serta merta.Namun demikian terdapat masalah jika plasenta yang dimakan tidak di masak. (1998 ) Placenta chef accused of cannibalism. atau dimakan setelah dikeringkan. Selain dari itu. Sebagai manusia.selain memberi nutrisi kepada ibu.Katanya.Dr Nazrin Ariffin.Semua terpulang kepada penerimaan individu sendiri. terdapat juga kerisauan banyak pihak terhadap jangkitan darah dari ibu yang menghasilkan plasenta. ramai yang tidak menerima memakan plasenta ini sebagai suatu kebiasaan kerana ia dianggap seperti ‘cannibalism’ iaitu memakan daging manusia. Jika darah ibu itu ada jangkitan maka si pemakan akan mendapat risiko jangkitan kuman tersebut.Selain itu. 27 Watson-Smyth.

22 Julai ) . Berita Harian : 3 Saadiah Ismail .’Makan Uri ‘.Di negara tropika. tapi amalan memakan uri adalah pelik sesuatu diluar tabii.Bagaimanapun kajian itu juga menambah bahawa kesan ini juga mungkin disebabkan oleh placebo yang mana ia dikuasai oleh psiklogi dan cara individu itu berfikir.29 Kajian Universiti Nevada .MAKAN URI 17 Beliau menambah jika uri tidak kering sepenuhnya.lesu .maka positif kesannya dan begitu juga sebaliknya. ia boleh didermakan jika terdapat keperluan perubatan untuk rawatan.uri apabila dimasak ia boleh membinasakan protein dan hormon yang terdapat di dalamnya.’Makan Uri ‘.kuman boleh membiak dan kulat juga boleh tumbuh. Dr Robia Kosai.mendapati 95 peratus daripada mereka melaporkan peningkatan pengeluaran susu. Berita Harian : 3 17 . 28 29 Saadiah Ismail . sehingga kini tiada bukti menerusi kajian saintifik menunjukkan bahawa memakan uri boleh memberi faedah kepada manusia.Sekiranya positif . Menurutnya lagi.Ini boleh mendatangkan mudarat jika dimakan. ini berikutan setiap uri dari ibu bersalin hanya diselaputi darah dengan kebiasaannya uri berkenaan diserahkan pada pasangan selepas kelahiran zuriat untuk ditanam. Masyarakat dan Kesihatan negeri.Terdapat juga individu yang makan pil uri komersial (daripada uri individu lain) dan dikhuatiri ia boleh terkena jangkitan kerana tidak mengetahui sama ada pemilik sebenar uri itu membawa penyakit berjangkit atau tidak. Kebiasaannya orang Islam akan menguruskannya dan bagi pasangan yang tidak membawanya pulang untuk ditanam.uri yang disiapkan dibersihkan perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk serta merta berbanding negara sejuk sekurangkurangnya 48 jam. berkata amalan memakan uri sesuatu yang luar biasa. Keluarga. Menurutnya lagi.pemulihan daripada bersalin seperti tekanan.28 Sementara itu.Lagi pun. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita. ( 2013. ( 2013. 22 Julai ) .Beliau berkata.Amerika Syarikat telah membabitkan 200 ibu bersalin yang makan uri sendiri .letih dan sebagainya.

18 .menjelaskan uri kaya dengan kandungan darah. Namun ia tetap haram dari sudut agama.Dari segi kecantikkan.Badli Shah Alaudin berkata secara asalnya menggunakan uri manusia untuk kosmetik hukumnya haram. mereka boleh mendapatkan makanan yang tinggi zat besi untuk menaikkan tahap darah seperti makan hati.Jika ibu bersalin mengalami kehilangan darah yang banyak.sayur hijau atau pil zat besi.Walaupun ada pendapat lain dalam mazhab Syafie yang berpandangan.daging merah.bagaimanapun semuanya bergantung kepada individu terbabit dan yang pasti.amalan memanfaatkan najis dilarang oleh syarak bersesuaian dengan firman Allah SWT yang menyuruh untuk menjauhi najis supaya manusia mendapat keuntungan.pensel warna kononya boleh menjadikan bayi yang lahir tersebut pandai apabila dewasa kelak.individu tersebut tidak perlu makan uri sendiri kerana banyak cara boleh dilakukan untuk mencantikkan. Berdasarkan kaedah feqah.Katanya. Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). tubuh badan manusia yang terpotong atau terpisah (sebagai contoh kaki.Wajar tidak makan uri kerana ia khurafat dan kepercayaannya boleh mengancam aqidah sehingga muncul pelbagai ritual karut yang tiada kaitan dengan agama seperti wajib menanam uri dekat dengan rumah.tangan atau uri) hendaklah dikuburkan sebagai tanda penghormatan akan kemuliaan manusia (karamah al insan).uri itu suci dan tidak najis.namun uri manusia tetap tidak boleh dimanfaatkan apatah lagi dimakan.Makan organ itu dikategorikan sebagai najis seperti yang dicatatkan oleh Imam Taqiuddin Abu Bakar Muhammad Al –Husaini dalam Kitab Kifayatul Akhyar bahawa setiap cairan yang keluar dari dua jalan dubur dan kemaluan adalah najis.kecuali mani.umat Islam dilarang sama sekali kerana ia sebahagian daripada badan sendiri.MAKAN URI 18 Pandangan Islam Manusia sebenarnya sudah cukup nutrisi dalam kehidupan seharian.Walaupun ada kajian.dengan lampu picit.kalkulator.tambahan lagi tiada bukti saintifik mengenainya.protein.hormone dan zat lain.

Penggunaan uri haiwan adalah diharuskan dari haiwan mamalia sahaja yang disembelih dengan sah mengikut syariat Islam tetapi penggunaan uri manusia dalam kosmetik adalah haram.Diantaranya ialah mencuci wajah minimum lima kali sehari dengan air wudhuk bagi mendapatkan wajah yang segar.bolehlah amalkan diet yang teratur dengan berpuasa setiap hari Khamis dan Isnin serta makanlah dari makanan yang halal.tetapi mesti suci dan halal dimakan seperti lembu dan biri-biri.lalu kerkomunikasi dengan Allah SWT melalui zikir dan doa dapat menghilangkan tekanan. banyak produk kosmetik di Malaysia yang menggunakan uri haiwan sebagai bahan ramuan.senyuman yang manis serta bibir yang selalu mengucapkan kalimah Allah. Selain daripada penggunaan plasenta. 19 .tidak berbohong dan menyakiti hati orang lain serta tidak sombong dan takbur perlu diamalkan bagi mendapat bibir yang cantik dan bagi mendapatkan tubuh yang langsing. Kesimpulan Pada masa sekarang.memperbanyakkan pergerakan seperti mendirikan solat kerana apabila bersolat kita mengerakkan seluruh tubuh. pelbagai alternatif boleh digunakan yang mempunyai hasil yang sama seperti itu.MAKAN URI 19 Jika penggunaan plasenta haiwan untuk kosmetik pula hukumnya adalah harus.Haiwan itu mesti melalui cara penyembelihan syari’e kerana organ bang terpisah daripada haiwan yang masih hidup adalah dikira sebagai bangkai yang najis. Islam juga telah memberi panduan bagaimana untuk menjaga kecantikan dari sudut kerohanian bagi mendapatkan kecantikan yang diinginkan.

MAKAN URI 20 20 .