Modul P&P 942/2 Tema 5 – Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya

TEMA 5 : IMPAK ALAM SEKITAR DAN PENGURUSANNYA.
Fokus: 1. Kesan Interaksi Manusia terhadap Alam Sekitar. 2. Pembangunan Lestari dan Pengurusan Alam Sekitar. 3. Pembangunan Lestari Strategi Khusus dalam menyelesaikan masalah alam Sekitar.
Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya

Kesan Interaksi Manusia terhadap Alam Sekitar

Pengurusan Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari

i)

kemerosotan kualiti alam sekitar - Hakisan - Tanah runtuh - Banjir - Pencemaran air, tanih, udara, bunyi dan bau. kemerosotan dan kepupusan sumber - ancaman kepupusan sumber. - kehabisan sumber.

ii)

KEMEROSOTAN KUALITI ALAM SEKITAR A. HAKISAN - faktor manusia dan semulajadi. - berpunca dari aktiviti pembalakan, pertanian pindah dan pembangunan tanah (ladang, Felda, pertanian tradisional ). B. TANAH RUNTUH DAN KEGAGALAN CERUN - campurtangan manusia melalui aktiviti pembangunan keterlaluan dan tidak terkawal telah menganggu dan melemahkan struktur batuan dan kestabilan cerun. - gelongsoran tanah kerana aktiviti perlombongan, kuari, pembinaan bangunan terutama di tanah tinggi. - pertanian di kawasan tanah tinggi - sayur-sayuran di Cameron Highland - pembandaran dan pelancongan. C. BANJIR - hujan lebat yang berterusan untuk tempoh masa yang lama. - banjir kilat- tempoh masa yang singkat disebabkan oleh air bertakung dan sukar dialirkan. Punca banjir adalah proses pembangunan dan pembandaran, penebangan pokok dan hutan, sistem infrastruktur yang tidak efisien. D. KEMARAU

NSNJ 2009©KHS Terbilang 2009

Modul P&P 942/2 Tema 5 – Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya

- hutan banyak pupus-kurang sejat peluhan-kurang wap air untuk membentuk awan – kurang hujan. E. TANAH TANDUS - Terdapat bahan kimia/tindakan fizikal seperti hakisan yang menyebabkan tanah hilang kesuburan. - mikroorganisma tanah musnah- pereputan dan penghuraian organik kurang. - hakisan membawa humus ke tempat lain – tanah tidak subur untuk pertanian. F. PEMANASAN SETEMPAT DAN GLOBAL - Pemanasan global = kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. - Pemanasan setempat = akibat penebangan hutan. - di Bandar – bangunan konkrit, bilangan kenderaan, aktiviti perkilangan, kekurangan tumbuhan hijau. G. PENCEMARAN i) Air - apabila air tidak mengikut kriteria berikut: 1. Bebas biologikal – tulen, bersih, bebas organisma seperti ESCHERICHIA Coli ( taun ). 2. Bebas kimia organik – racun dan baja ( sisa pertanian), minyak, pewarna. 3. Bebas kimia bukan organik – sisa kilang- raksa, plumbum. 4. Mendapan tanih – akibat hakisan. 5. Tidak berasid- boleh melarut dan tiada tindakbalas kimia. PUNCA pencemaran air: a) pembuangan sisa industri. b) racun serangga dan baja kimia dalam pertanian,pelancongan ( rumput/baja padang golf ) c) sisa domestik. d) najis haiwan. e) penjanaan elektrik – air panas daripada penyejukan generator di buang ke dalam sungai. f) tumpahan minyak. ii) Tanih - Terdapat bahan kimia/tindakan fizikal seperti hakisan yang menyebabkan tanah hilang subur. - Mikroorganisma tanah musnah-pereputan dan penghuraian organik kurang. - Hakisan pula membawa humus ke tempat lain – tanah tidak subur untuk pertanian.

NSNJ 2009©KHS Terbilang 2009

Modul P&P 942/2 Tema 5 – Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya PUNCA Pencemaran tanah:
i.

ii. iii. iv. v.

pembakaran hutan dan ladang – organik teroksida – karbondioksida. sisa toksik kilang – buang / tanam dalam tanah – organisma mati. tempat pelupusan sampah – pelbagai bahan kimia larut –resap dalam tanah. air yang bertakung( paya ) – organisma mati. hakisan tanah di kawasan tanah tinggi.

iii) Udara - terdapat bahan-bahan pencemar diudara seperti partikel-partikel halus, debu, asap dan gas-gas beracun atau gas rumah hijau. PUNCA Pencemaran udara: 1.Kenderaan bermotor – asap, gas, hidrokarbon –penyakit manusia. 2. Sisa toksik kilang – gas, asap, partikel terampai – penyakit manusia dan jerebu. 3. CFC dan gas rumah hijau – pendingin hawa, peti sejuk, alat penyembur. 4. kuari – debu. 5. pembakaran terbuka – pelupusan sisa domestik, hutan, jerami padi. 6.kelemahan pengurusan dan penguatkuasaan- JAS, kerajaan tempatan. iv) Bunyi dan Bau BUNYI = daripada kilang, kawasan pembinaan, kenderaan bermotor, kuari ( letupan). BAU= ternakan, kawasan pelupusan sampah, kilang k/sawit dan getah. v) Pencemaran sampah sarap - sisa pepejal domestik dan kilang. vi) sisa toksik dan bahan berbahaya. - kilang, tumpahan minyak. KEMEROSOTAN DAN KEPUPUSAN SUMBER a) Ancaman kepupusan sumber Flora dan fauna, mineral. b) Kepelbagaian biologi. - Kepelbagaian tumbuhan kepada tanaman sejenis – kepupusan haiwan. c) Kehabisan sumber. Menjelaskan aktiviti manusia yang menjejaskan alam sekitar: i) Penghutanan – pembalakan. ii) Perindustrian iii) Pengangkutan dan perhubungan iv) Pertanian dan penternakan v) Perikanan dan akuakultur. vi) Pembinaan( petempatan dan infrastruktur ) vii) Perlombongan dan kuari. viii) Pelancongan dan rekreasi.

NSNJ 2009©KHS Terbilang 2009

Modul P&P 942/2 Tema 5 – Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya IMPAK SOSIAL
1. Kesihatan – pencemaran udara dan air. Cth- batuk, asma, taun, cirit-birit 2. keselamatan – perubahan iklim, kesan rumah hijau – bumi makin panas, ais kutub

cair, tanah rendah/pulau tenggelam ( Bangladesh), el-nino ( suhu tinggi )pertanian terjejas, suhu air laut meningkat- terumbu karang pupus. 3. kerosakan dan kemusnahan harta benda –banjir 4. aktiviti ekonomi –pertanian terjejas 5. aktiviti sosial – kesihatan terganggu. PENGURUSAN ALAM SEKITAR 1. Pemeliharaan dan pemuliharaan Pemeliharaan- mengekalkan keadaan semulajadi. Pemuliharaan- membaikpulih alam sekitar yang telah rosak. Langkah perundangan - Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974(pindaan 1985). Langkah bukan perundangan - membangkitkan kesedaran melalui pendidikan dan kempen. (-peranan media massa, - peranan sekolah. ) 2. Pembangunan Berterusan ( Lestari ) -Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan kepentingan generasi akan datang. Lapan prinsip pembangunan Berterusan ( Lestari ) 1) Menjana/menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi. 2) Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup. 3) Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber. 4) Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung. 5) Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko. 6) Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan. 7) Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa. 8) Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa. Bentuk Kerjasama Antarabangsa dalam Konteks Pembangunan Berterusan( Lestari ) a. Persidangan Stockholm – persekitaran manusia. b. Persidangan Rio – persekitaran dan pembangunan. c. Persidangan Johannesburg – pembangunan berterusan. d. Protokol Montreal – CFC dan lapisan ozon. e. Protokol Kyoto – gas rumah hijau ( karbon dioksida) f. Deklarasi Langkawi – pengurusan alam sekitar dalam kalangan Negara-negara Komenwel. Kepentingan Kerjasama Antarabangsa: o Masalah kemerosotan kualiti alam sekitar telah menjadi masalah global. o Penjagaan alam sekitar secara global. o Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pembangunan berterusan ( lestari )

NSNJ 2009©KHS Terbilang 2009

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful