You are on page 1of 9

IDENTITI TANAMAN (TATANAMA BINOMIAL) 1.

Pokok getah (Hevea Brasiliensis) adalah pokok dalam family Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks yang boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli.

SEJARAH RINGKAS 2. 1496 Christopher Columbus membawa balik cerita-cerita pelik seperti kisah sebiji bola yang boleh melambung. Orang-orang di Pulau Haiti di Laut Caribbean membuat bola permainan ini dari gam sejenis pokok. 3. Ahli kimia Inggeris bernama Joseph Priestley mendapati bahan ini boleh memadam tulisan dengan cara menggosoknya. Perkataan Inggeris 'rub' telah ditukar kepada 'rubber' yang bermaksud pemadam. 4. 1820 Thomas Hancock yang berbangsa Inggeris telah mencipta mesin yang dapat melembut, mencampur dan membentuk getah. Akhirnya dapat membuat barang-barang pengguna. Kain yang disalut dengan larutan getah boleh menjadi kain kedap air. 5. 1823 kain berlapis getah pertama dicipta. 6. 1839 Charles Goodyear secara tidak sengaja Akhirnya tayar kereta tercipta daripada getah. mencipta bahan volkanan getah.

7. 1850-an getah datang dari benua Amerika Selatan di mana pokok getah ditanam secara liar dengan iklim yang panas dan lembab. Getah telah dimajukan untuk membuat hos, tali penyangkut, lapik lantai dan kasut. 8. 1876 Sir Henry Wickham diminta oleh Pejabat India untuk mengumpul dan mengirim 70,000 biji getah liar dari Brazil ke Kew Garden di London. Biji getah ini disemai dalam rumah panas yang khas. 9. 1877 sebahagian biji getah tadi ditanam di Sri Lanka dan kemudian ke Malaysia dan Asia Tenggara lain. 1

10. 1888 Henry Nicholas Ridley dilantik sebagai Pengarah Kebun Botanik Singapura. Beliau menyimpan biji getah di dalam poketnya dan diedarkan kepada orang ramai untuk ditanam. 11. 1900 terdapat 2500 hektar kebun getah di Asia. 12. Henry Ford mula membuat kereta dan permintaan terhadap tayar getah meningkat secara mendadak. 13. 1910 terdapat 500,000 hektar tanah yang ditanam pokok getah di Asia. Enam juta hektar pokok getah masih belum mencukupi untuk menampung permintaan tayar getah. KEPENTINGAN TANAMAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA Faktor Sejarah 1. Perusahaan getah di Tanah Melayu mengalami perkembangan yang pesat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada mulanya getah banyak ditanam di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kesan daripada kejatuhan harga kopi telah menyebabkan ramai yang beralih kepada penanaman getah. Permintaan yang begitu tinggi terhadap getah telah menyebabkan ramai pelabur-pelabur Eropah melibatkan diri secara besar-besaran dalam perusahaan ini. 2. Terdapat banyak faktor yang telah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu kejatuhan harga getah telah menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada penanaman ini. Kejatuhan harga getah ini disebabkan berlakunya lebihan keluaran di pasaran. Keadaan bertambah buruk lagi apabila pokok-pokok kopi diserang pelbagai penyakit yang memerlukan perbelanjaan tambahan untuk mengatasinya. Masalah-masalah yang timbul ini menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk mengusahakan tanaman kopi. 3. Selain itu usaha H.N Ridley dalam memajukan tanaman ini tidak boleh dipandang rendah. Beliau selaku Pengarah Botanical Garden Singapura telah menjalankan kempen penanaman getah di seluruh Tanah Melayu ketika itu. Selain daripada berkempen, beliau juga telah berusaha bagi memanjangkan jangka hayat pokok getah dengan memperkenalkan kaedah torehan yang betul yang dinamakan sebagai sistem torehan haring. Anak-anak pokok getah yang hendak dibawa ke ladang-ladang dibungkus dengan arang yang lembab bagi memastikan anak-anak getah ini tidak mati atau rosak dalam perjalanan. Hasil usaha beliau ini ternyata berhasil apabila getah menjadi tanaman penting pada abad ke 19 dan awal abad ke-20 4. Kesan daripada Revolusi Perindustrian telah membawa kepada penciptaan jenterajentera moden seperti kereta berenjin dan tayar berangin yang memerlukan getah sebagai sebahagian bahan mentah dalam pembuatan barangan tersebut. Pendawaian elektrik yang menggunakan getah sebagai bahan penebat juga memberi kesan kepada peningkatan terhadap getah. Permintaan yang tinggi ini menyebabkan harga getah meningkat naik. Keadaan ini menyebabkan pelabur Eropah mula membuka ladang-ladang di Tanah Melayu bagi meningkatkan keluaran.

5. Perkembangan perusahaan getah ini telah membawa kepada kemasukan buruh dari India untuk mengusahakan tanaman ini. Mereka dibawa masuk oleh kerajaan British melalui sistem kontrak dan sistem kangani. Buruh-buruh ini digunakan kerana penduduk tempatan tidak berminat menjalankan aktiviti ini lagipun bayaran untuk tenaga buruh India ini murah. Kemasukan tenaga buruh ini telah menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu 6. Kerajaan British juga telah memberi galakan untuk memperkembangkan perusahaan ini. Galakan ini diberi dalam bentuk cukai dan duti ke atas tanah yang rendah. Kerajaan British juga telah menubuhkan Jabatan Pertanian pada tahun 1905 bagi membuat penyelidikan tentang jenis-jenis pisau yang sesuai dan masa yang elok untuk melakukan torehan. Selain itu Jabatan ini telah mencadangkan jarak yang sesuai untuk penanaman getah dan tanaman penutup bumi yang boleh ditanam di antara pokok-pokok getah. Sesungguhnya galakan dan kajian ini telah menarik minat mereka untuk beralih kepada tanaman getah. 7. Perkembangan pesat penanaman getah di Tanah Melayu juga disebabkan oleh kedatangan pelabur-pelabur Eropah untuk membuka ladang-ladang getah baru. Pelabur-pelabur ini mengusahakan tanaman getah ini secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh Guthrie dan Dunlop. Hasil daripada perkembangan ini, pengeluaran getah telah meningkat dan Tanah Melayu telah muncul sebegai pengeluar getah asli utama di dunia 8. Pada tahun 1926, kerajaan British telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Hasil daripada penubuhan ini, Institut ini telah Berjaya menghasilkan cara penanaman getah yang baik dengan memperkenalkan klon-klon getah bermutu tinggi. Selain itu penggunaan baja kimia juga diperkenalkan. Teknik memekatkan susu getah, kawalan penyakit dan penggunaan racun telah ternyata member sumbangan yang besar dalam memajukan serta meningkatkan industry tanaman getah di Tanah Melayu. 9. Kesimpulannya, perkembangan ekonomi Tanah Melayu sebenarnya seiring dengan perkembagan perusahaan getah. Walau bagaimanapun menjelang lewat 1920-an ekonomi Tanah Melayu telah merudum kesan daripada kemelesetan terhadap perusahaan getah. Amerika Syarikat telah mengurangkan penggunaan getah akibat kemelesetan ini. Berikutan itu, kerajaan British telah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menstabilkan harga getah. Faktor Semasa 1. Getah jenis Hevea Brasillianis, meliputi hampir 2 juta hektar kawasan (28%) pertanian Malaysia (85% terdapat di kaki bukit Semenanjung Malaysia). 2. Tanaman ekspot yang penting - diekspot ke Jepun, Amerika Syarikat, Eropah, China dan Singapura (semakin berkurangan kerana adanya persaingan dengan getah tiruan.

3. Mengeluarkan hampir 46% pengeluaran getah asli dunia, ketiga selepas Thai dan Indonesia. 4. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.

Faktor Masa Depan 1. Pada suatu masa, berlaku persaingan hebat di antara getah sintetik dengan getah asli. Walau bagaimanapun, dengan kenaikan harga minyak, getah asli mempunyai peluang yang cerah untuk terus bersaing. Ini adalah disebabkan fakta-fakta berikut: a. Harga getah sintetik akan naik kerana minyak yang merupakan utamanya menjadi semakin mahal. Bekalan getah asli kurang akibat harga getah yang rendah sebelum ini dan pokok getah yang baharu memerlukan masa untuk menjadi matang (4 tahun). Bekalan getah sedia ada pada masa ini mendapat permintaan yang tinggi daripada Negara China. Keadaan ini telah menyebabkan tiada bekalan untuk menampung permintaan yang meningkat.

b.

c.

BOTANI TANAMAN GETAH 1. Pokok Getah a. Akar adalah jenis tunjang. Batang mengandungi empulur yang dilingkungi oleh tisu keras atau xylem. Mata tunas boleh didapati pada pucuk atau tunas terminal dan ketiak daun atau tunas ketiak namanya. Jika tunas tidak muncul, ia dipanggil tunas pendam. Dahan pokok getah adalah hasil dari munculnya tunas ketiak ini. Daun pula hidup di hujung gagang atau petiol. Apabila gagangnya gugur, ia meninggalkan parut.

2. Bunga

a.

Jenis pokok yang berbunga banyak. Keadaannya berjambak dan hidup di hujung ranting yang berdaun. Tiap-tiap jambak itu mengandungi bunga jantan dan bungan betina. Di mana bunga betina hanya di hujung paksi sahaja dan bunga jantan di seluruh bahagian jambak. Bunga betina lebih besar dari bunga jantan. Apabila rangginya terbuka, ovary dan tiga stigmanya boleh terlihat. Bunga jantan bila rangginya terbuka, mendedahkan cepu debunga yang mana apabila cepu debunga tersebut memecah, ia mengeluarkan debunga berwarna kuning.

3. Biji a. Pendebungaan yang berjaya akan menyebabkan ovarinya membesar menjadi buah dan mencapai saiz sepenuhnya dalam masa dua setengah hingga tiga bulan. Di bahagian dalam buah, biji-biji terbentuk. Biasanya tiga, empat atau lima. Buah getah akan masak dalam masa empat setengah hingga lima bulan, apabila lengainya memecah akan menggugurkan biji. Keseluruhan bahagian buah dibina daripada tisu bunga sahaja.

4. Kulit Pokok a. Boleh dibahagikan kepada 3 lapisan besar iaitu gabus, kulit keras dan kulit lembut. Tiada saluran lateks boleh terdapat pada kulit gabus. Pokok yang dibiakkan dari biji, kulit gabusnya 30% lebih tebal. Manakala pada pokok klon hanya 10% dari ketebalan

kulit. Lateksnya adalah cecair yang berwarna putih. Bahan yang diperlukan bagi pembentukan lateks adalah kulit pokok, bekalan makanan dari daun dan air dari kayu.

KAWASAN-KAWASAN TANAMAN 1. Daerah Segamat, Kluang, Batu Pahat dan Muar di Johor. 2. Sekitar Seremban di Negeri Sembilan. 3. Bahagian selatan Perak. 4. Daerah Sandakan dan Tawau di Sabah. 5. Kawasan Kuching dan Lembah Sungai Rajang.