You are on page 1of 2

RANCANGAN PEMBELAJARAN

Tarikh : 21 Ogos 2008 Waktu : 9.00-10.00 pagi

Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual Hari : Jumaat

Bilangan murid : 25/25

Tahap : pra sekolah

Komponen : Kreativiti dan estetika

Bidang : 2.1.4 mengenali warna-warna asas

Tema : warna

Tajuk : mewarna gambaran dengan warna-warna asas

Bahan :

Objektif :

Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid – murid dapat :

1. Meningkat kemahiran mengingati warna-warna asas.

2. Mengaplikasikan warna-warna asas dalam kehidupan seharian.

3. Menghaslkan kolaj gambar buah – buahan mengikut warna yang betul.

Penerapan nilai murni :

Murid – murid bekerjasama antara pelajar semasa melakukan aktiviti kolaj dan
mewarna.

Keperluan :

1. BBM : Hasil kerja guru, lembaran kerja

2. ABM : Flash Card, Gambar buah-buahan, kertas warna, gam dan gunting

3. Sumber rujukan :

a) Buku sumber Pendidikan pra sekolah

b) Huraian sukatan Pelajaran pra sekolah
c) Rancangan Tahunan pra sekolah

d) Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 2003 ). Kurikulum Prasekolah , Kementerian
Pendidikan Malaysia.

KBKK :

Murid – murid dapat meningati warna-warna asas dengan teknik – teknik yang
telah dipelajari.

Set Induksi ( 5 minit )

Aktiviti guru:

1) Guru mengajak kanak-kanak untuk melihat gambar-gambar yang ditunjukkan.
2) Guru menunjukkan beberapa contoh objek yang bewarna.

Aktiviti murid :

1) Kanak-kanak melihat objek yang ditunjukkan oleh guru.
2) Kanak-kanak menunjukkan gambaran yang ada di sekeliling mereka.

Aktiviti guru ( 30 minit )

1) Guru memberi kad warna secara rawak kepada setiap kanak-kanak. ( merah, biru
dan kuning )
2) Kemudian, guru meminta kanak-kanak duduk dalam kumpulan berdasarkan
kertas warna yang mereka dapat.
3) Guru akan menyebut satu jenis warna dan kumpulan yang mempunyai warna
tersebut, menunjukkan kad warna tersebut.
4) Kemudian, guru akan menyebut warna lain.( Ulang langkah 3 )

Aktiviti kanak-kanak:

1) Kanak-kanak akan mendapat kad warna daripada guru.
2) Kanak-kanak akan duduk di kumpulan masing-masing berdasarkan warna yang
mereka perolehi.
3) Apabila guru menyebut satu jenis warna, kanak-kanak itu akan menunjukkan kad
warna mereka.