NO.

MATRIK: 203234

PLK-KCH

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ERA GLOBALISASI 1.0 Pengenalan Globalisasi bukan sahaja berlaku dalam bidang ekonomi akan tetapi ia turut berlaku dalam semua bidang seperti politik, sosial, kebudayaan, dan tidak ketinggalan dalam pengurusan sumber manusia. Perubahan yang dibawa oleh era globalisasi dalam semua bidang, telah mempengaruhi sistem pengurusan sumber manusia di seluruh dunia. Namun tidak semua negara mempunyai pendapat yang sama tentang

pengurusan sumber manusia dalam era globalisasi. Sepertimana yang dikatakan oleh Paul Sparrow dan rakan-rakannya, banyak persoalan dan isu-isu dibangkitkan yang telah

mengenai globalisasi dalam ekonomi dunia untuk mengenalpasti

perbezaan dalam pengurusan sumber manusia di negara-negara yang berbeza (Paul Sparrow & Co., 2004). Maksud globalisasi dalam Kamus Dewan Edisi keempat ialah proses yang membolehkan sesuatu(ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya (Hjh. Noresah Bt. Baharom & rakan-rakan, 2007). Manakala maksud pengurusan sumber manusia dalam era globalisasi pula adalah seperti berikut: “Globalization in Human Resource Management is the process creating links between organizations national boundaries and are not subject to political interference. There are four main forms of globalization: markets, production, finance, and communications. Information technology and particularly the internet, is considered to be an important catalyst in the globalization process. Theorist often talks of the collapse of time and space, meaning that geographical boundaries and distances are no longer as relevant or important as inhibitors of trade and communication. More commonly the phrases “the world is getting smaller” or “the global village” is used to describe the tendency towards globalization.” (Edmund Heery & Mike Noon, 2001)

GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

1

supaya tidak terdapat pembaziran sumber untuk memastikan segala kerja dapat dilakukan dengan lancar dan sempurna. Walaupun terdapat mesin-mesin dan jentera yang telah dicipta untuk memudahkan sistem pengurusan dan pemprosesan.0 FAKTOR-FAKTOR PENGLOBALISASIAN 2. Sehubungan dengan itu. Justeru itu. Kepesatan ekonomi semestinya berhubungan dengan sumber manusia. muncul istilah globalisasi yang telah didefinisikan secara universal oleh semua orang di seluruh dunia sebagai dunia tanpa sempadan. globalisasi telah mempengaruhi dunia. maka sumber manusia juga harus diuruskan dengan baik. kalau dibandingkan dengan kos baikpulih mesin dan jentera dengan tenaga manusia. Akibat daripada kepesatan ekonomi dunia ini.1 Kepesatan Ekonomi Dunia Dunia semakin maju disebabkan oleh kepesatan ekonomi dunia yang semakin berkembang sekarang. tanpa tenaga kerja. kebudayaan dan agama. akan tetapi manusia diperlukan untuk menguruskan. Akibat daripada itu. Perkembangan ekonomi ini bertujuan untuk memperkembangkan pengetahuan ke seluruh dunia supaya untuk pihak-pihak yang berkaitan dapat menggunakannya sebagai idea untuk membaik pulih sistem yang mereka ada. politik. pengurusan sumber manusia amatlah diperlukan. Hal ini kerana. Hal ini menyebabkan perkongsian ilmu di seluruh dunia semakin berleluasa. serta tidak ketinggalan dari segi pengurusan sumber manusia.NO. MATRIK: 203234 PLK-KCH 2. Lagipun. Bukan sahaja dalam bidang ekonomi. tidak mungkin sistem ekonomi boleh bergerak maju. GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 2 . akan tetapi semua jenis bidang seperti sosial. semestinya sumber manusia adalah lebih murah berbanding dengan mesin dan jentera tersebut. memantau dan menggunakan mesin-mesin tersebut supaya ianya sentiasa elok.

Di samping itu juga. Namun sekarang.3 Perkongsian Ilmu Faktor penglobalisasian juga adalah untuk perkongsian ilmu.2 Kepesatan Teknologi Maklumat Faktor-faktor yang menyebabkan penglobalisasian dalam bidang pengurusan sumber manusia ini adalah akibat daripada kepesatan teknologi dunia dalam bidang komunikasi. 2. Kalau dahulu mungkin sedikit payah untuk menghantar surat ataupun maklumat ke suatu tempat. Dari segi bidang pengurusan sumber manusia. para penganggur terutamanya yang berada di luar kawasan mungkin mempunyai lebih kesukaran dalam mendapatkan borang kerja. Penggunaan internet di seluruh dunia menunjukkan kemudahan untuk berhubung ke seluruh dunia tanpa mengira faktor geografi sama ada jauh ataupun dekat. Penubuhan Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC) telah menunjukkan keseriusan negara kita untuk mengikuti arus perubahan yang dibawa oleh globalisasi ini. Oleh kerana kepesatan teknologi maklumat yang semakin berleluasa di seluruh dunia. MATRIK: 203234 PLK-KCH 2.NO. Perkhidmatan emel dan faks serta telifon telah memudahkan semuanya dilakukan dengan cepat dan pantas. mereka hanya perlu memuat turun ataupun mengisi borang secara dalam talian. hal ini adalah untuk memudahkan para pencari kerja yakni penganggur. negara kita telah mampu mengikuti arus kemajuan negara maju dalam membimbing kita ke arah Wawasan 2020. mudah untuk mencari pekerjaan kosong tanpa membazirkan banyak masa dan wang. Setiap yang disiarkan dalam internet adalah untuk tujuan perkongsian. Jadi jimat masa dan wang. Kalau diingatkan zaman sebelum kemudahan internet ini wujud. GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 3 . namun sekarang segalanya berada di hujung jari sahaja. pihak pengurusan sumber manusia juga dapat menyiarkan pelbagai info tentang jawatan-jawatan kosong dan juga info tentang tugas-tugas kerja bagi memudahkan para penganggur tahu jawatan dan senarai tugas yang mereka pohon.

mudah dan cepat serta pihak pengurusan dapat menjimatkan masa seterusnya organisasi dapat mengelakkan pembaziran masa dan wang ringgit (Hayati Habibah Abdul Talib & Khairur Rijal Jamaludin. keupayaan pekerja. Dengan kecekapan dan keupayaan yang dilakukan oleh mereka maka peluang organisasi untuk mendapatkan calon pekerja yang berkaliber adalah lebih luas. skim perkhidmatan. GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 4 . i) Keupayaan Pekerja (capabilities) Dengan adanya sistem yang lebih sistematik dan saling berhubungan. 2004). MATRIK: 203234 PLK-KCH 3. Sehubungan dengan itu. Hal ini kerana. keupayaan dan kecekapan yang dimaksudkan adalah keaktifan para pekerja sumber manusia dalam mengemaskini segala yang berkaitan dengan penjawatanan seseorang individu pekerja. Perkara-perkara tersebut hendaklah sentiasa dikemaskinikan dari masa ke semasa supaya tidak memberi impak kepada para pekerja. pekerja seharusnya dapat melakukan kerja mereka dengan lebih mudah dan cekap. kecekapan dan keupayaan mereka akan mempengaruhi pekerjaan orang yang mereka ambil untuk bekerja. isytihar harta (Gunakan Strategi Untuk Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Sumber Manusia. 2003).0 PELUANG-PELUANG YANG DIPEROLEHI 3.1 Membangunkan Pengurusan Sumber Manusia Terdapat tiga perkara yang dapat dibangunkan dalam pengurusan sumber manusia dalam era globalisasi ini iaitu.NO. Terutamanya dalam kalangan pekerja-pekerja Sumber Manusia. 2012) dan lainlain. penjenamaan majikan dan pengurusan bakat (Paul Sparrow & Co.. kenaikan pangkat. Antara perkara yang mesti dikemaskinikan termasuklah pengisian jawatan.

Contohnya Kementerian Sumber Manusia. pengurus/pemegang saham. Hal ini kerana adalah penting untuk adanya hubung kait antara organisasi ini dengan organisasi lain supaya mereka dapat bekerjasama dalam mendapatkan bakal pekerja yang berkaliber dan berkelayakan dengan kerja yang diiklankan.. Secara tidak langsung mereka akan dikenali oleh pemohon-pemohon dan pengurus-pengurus di jabatan-jabatan lain yang perlu mengetahui tentang pengurusan sumber manusia (Mohd Fauzi Bin Nordin.NO. MATRIK: 203234 PLK-KCH ii) Penjenamaan Majikan(Employer Branding) Penjenamaan majikan di sini membawa maksud keupayaan pekerjanya untuk menaikkan nama organisasi mereka supaya boleh dikenali oleh semua orang. jurang yang ada boleh menghalang sesebuah organisasi untuk menjadi cemerlang. b) Strategi berasaskan sumber (Resource-based view of strategy) Pihak dalaman sesebuah organisasi hendaklah bijak untuk menyusunatur pekerja mereka berdasarkan kepakaran dan potensi yang mereka ada untuk menjayakan sesuatu program. Ada empat perspektif dalam penjenamaan majikan (Paul Sparrow & Co. 2004) iaitu: a) Budaya Kecemerlangan (Culture Excellence) Untuk memastikan sesebuah organisasi untuk berjaya dan bekerja dengan cemerlang. jurang-jurang imej di antara imej luaran dan dalaman (orang awam. maka objektif sesebuah GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 5 . 2012). dan pelanggan) hendaklah dihapuskan. Jadi budaya kecemerlangan hendaklah diwujudkan supaya organisasi tersebut bekerja dengan terus maju. Hal ini kerana dengan pengurusan sumber yang betul dan strategik. Pengurusan sumber manusia yang sistematik akan menaikkan nama organisasi tersebut kerana kecekapan dan keupayaan mereka dalam menguruskan pengrekrutan dan pengambilan pekerja baru dalam mana-mana sektor. media. Hal ini kerana.

pelanggan dengan pengurus organisasi dan juga penjenamaan dan prestasi kewangan organisasi tersebut. pengurus besar ataupun pengarah dalam sesebuah organisasi. Ia termasuklah menghasilkan beberapa maklumat mengenai organisasi tersebut untuk diiklankan ataupun dipamerkan kepada orang awam dan juga kepada mana-mana pihak yang berminat dengan organisasi tersebut. Hal ini penting bagi mewujudkan hubungan yang jitu dan kepuasan di antara pekerja dengan majikan. bertanggungjawab dan berkredibiliti dalam memegang jawatan mereka sebagai ketua jabatan. c) Majikan Pilihan (Employer of Choice) Strategi ini diwujudkan untuk melahirkan majikan yang jujur. d) Penjenamaan Pekerjaan (Employment Branding) Menggunakan taktik dan teknik pemasaran untuk menyelaraskan pekerja di bawah nama organisasi yang kukuh dan bagi memastikan kesetiaan pekerja dalam bersama-sama memperkukuhkan nama organisasi yang sedia ada. Majikan pilihan juga adalah satu strategi di mana pemilihannya bukan berdasarkan penggunaan teknologi canggih akan tetapi berdasarkan kebolehan dan keupayaan serta kecekapan seseorang ketua dalam mentadbir organisasinya dengan lebih berkesan. MATRIK: 203234 PLK-KCH organisasi akan tercapai dengan mudahnya.NO. Pengrekrutan pekerja yang berkelayakan dan berkredibiliti akan memudahkan semua perkara tanpa membazirkan masa dan wang untuk melakukan kursus ataupun latihan untuk mengajar mereka mengenai kerja yang sedia ada. GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 6 . Pemberian ganjaran dan insentif dari pihak atasan boleh memberi semangat kepada para pekerja untuk bekerja dengan lebih rajin dan bertanggungjawab.

Di samping itu juga. Tugas pihak pengurusan sumber manusia pula adalah memilih pemohon yang berkelayakan dengan kerja yang ditawarkan. dan negara-negara Eropah sudah pun menggunakan cara ini untuk mendapatkan kepastian kelayakan pekerja yang mereka ambil. Walau bagaimanapun kita perlu menyedari bahawa kejayaan atau kegagalan kita Malaysia dalam persaingan hebat di pasaran antarabangsa adalah bergantung kepada kualiti faktor pengurusan (Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji Bin Ahmad Hamid. Di samping itu juga. Bagi untuk memastikan pekerja yang diambil mempunyai kelayakan seperti yang disyorkan oleh pihak pengurusan sumber manusia. setiap organisasi yang mempunyai pengurusan sumber manusianya yang tersendiri pasti ingin untuk melihat perkembangan sistem pengurusan sumber manusia untuk organisasi yang lain sebagai rujukan ataupun sebagai inspirasi untuk menaiktarafkan sistem mereka yang sedia ada. GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 7 . kita boleh bersaing dengan negara-negara membangun yang lain untuk memastikan kita berada dalam jalan yang sama dengan negara maju. Walaupun di Malaysia kurang berlaku perkara seperti ini. pastinya setiap organisasi akan menggunakan kelebihan yang sedia ada bagi memudahkan proses pengambilan pekerja.2 Mampu Berhadapan dengan Pesaing Pengurusan Sumber Manusia yang sistematik akan membantu organisasi mampu untuk bersaing dengan negara luar. 3. Sekiranya pengurusan masih lagi lemah. namun di negara-negara maju seperti Amerika. sudah pasti organisasi tersebut akan membuat soal selidiknya yang tersendiri dengan mencari maklumat bakal pekerja mereka tersebut dengan menggunakan kemudahan internet. 1996). Jepun.NO. MATRIK: 203234 PLK-KCH iii) Pengurusan Bakat (Talent Management) Apabila taraf pengurusan sumber manusia sudah mencapai ke tahap global. maka peluang untuk bersaing dengan negara luar pasti menjadi habuk sahaja. Di samping mengikuti perkembangan pengurusan sumber manusia dari negara maju.

Maka pihak pengurusan sehendaknya bijak menguruskan pengurusan sumber bagi mengelakkan pembaziran sumber manusia yang berkelayakan.NO. Tujuan aktiviti-aktiviti seperti ini dilancarkan adalah untuk memastikan hubungan organisasi ini dengan persekitarannya saling memahami dan bantu-membantu antara satu sama lain. Matlamat pembentukan budaya kerja ini adalah untuk membangunkan budaya kerja yang berorietasikan pelanggan. 2012). berfokuskan pencapaian dan keberhasilan dengan penerapan etika dan nilai murni serta mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif (Awam. Bak kata Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji. Jabatan Perkhidmatan Awam telah pun mewujudkan aktiviti-aktiviti yang diperlukan bagi memastikan misi mereka untuk membentuk budaya kerja berprestasi tinggi berjaya. Aktiviti ini adalah bersesuaian dengan misi mereka GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 8 . Hal ini boleh mengurangkan kos kursus dan latihan sekiranya mereka telah terpilih untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada.3 Membentuk Budaya Kerja Berprestasi Tinggi Globalisasi turut mempengaruhi budaya kerja. 3. Di Malaysia. Mereka juga seharusnya mewujudkan kerja-kerja ataupun latihan yang boleh diisi oleh pemohon yang mempunyai kurang kelayakan dalam senarai permohonan. Antara aktiviti yang mereka anjurkan adalah pelaksanaan audit nilai dan program nilai murni. pembentukan budaya kerja berprestasi tinggi ini telah dimasukkan dalam plan strategik pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam. Semakin sesebuah negara itu mencapai tahap kemodenan yang tinggi. MATRIK: 203234 PLK-KCH mereka hendaklah sentiasa memantau kekosongan kerja supaya sumber manusia boleh digunakan dengan sebaliknya. “tanggungjawab untuk membina dan membangun suasana koporat yang dapat menggalakan prestasi yang cemerlang dan seterusnya penghasilan berkualiti terletak dengan pengurusan”. Contohnya aktiviti hari bersama pelanggan. majlis bersama dan majlis bersama kebangsaan. hari bersama pelanggan dan lain-lain. budaya komunikasi terbuka. seharusnya negara tersebut juga semakin mempunyai budaya kerja yang berprestasi tinggi.

Hal ini menunjukkan jurang di antara sektor awam dan sektor swasta dapat diatasi akibat daripada proses globalisasi ini. GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 9 . akibat daripada pengglobalisasian terhadap pengurusan sumber.NO. Kementerian sumber manusia pula akan membuka gerai di mana orang awam yang belum mengisi borang kerja boleh mengambil giliran untuk mengisi borang secara dalam talian. Setiap organisasi akan menghantar wakil mereka untuk menjelaskan kepada orang awam mengenai tugas dan penjawatanan yang sedia ada. Agensi-agensi swasta yang lain juga turut mengambil tempat untuk mempromosikan syarikat dan peluang pekerjaan di tempat mereka. MATRIK: 203234 PLK-KCH iaitu membangunkan budaya kerja yang berorientasikan pelanggan. jabatan-jabatan kerajaan dan juga swasta berusaha mengambil hati pelanggan untuk mendapatkan kerja di tempat mereka. Hari bersama pelanggan ini biasanya akan memberi peluang kepada mereka untuk memperkenalkan organisasi-organisasi yang berada di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jelas di sini.

Dengan itu. Pemikiran mereka yang berbeza dengan pemikiran orang muda biasanya menyukarkan pembangunan dalam sistem pengurusan sumber. Ada sesetengahnya tidak mahu mengikut arus perubahan dan ada segelintirya malas untuk mengemaskini data tentang diri mereka akibat daripada malu untuk bertanya dengan orang muda. Sesetengahnya pula mempunyai masalah samaada tidak mempunyai komputer ataupun internet. ada juga pegawai yang dilantik untuk mengutip data-data yang diperlukan bagi memudahkan pegawai yang mengisi data. di mana bakat-bakat dan kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan perkara seperti ini perlu GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 10 . Di samping itu. Hal ini sedikit sebanyak menyukarkan pihak pengurusan untuk mengemaskini data-data mereka. pengurusan bakat amatlah diperlukan dalam mana-mana organisasi. Hal ini kerana. Namun begitu. Ada juga warga kerja yang tidak mahu bekerjasama dalam bersama-sama membangunkan pengurusan sumber manusia.NO. Boleh dikatakan aplikasiaplikasi moden ini muncul ketika sesetengah warga kerja sudah menjangkau umur 40-an dan 50-an. Masih ada lagi organisasi ataupun jabatan-jabatan kerajaan yang masih belum mencapai tahap 100% dalam tahap pencapaian HRMIS. MATRIK: 203234 PLK-KCH 4. ada sesetengah organisasi telah mencari jalan penyelesaiannya di mana ketua organisasi tersebut melantik seorang pegawai untuk memasukkan semua data-data yang diperlukan oleh Sumber Manusia.1 Kurang Kemahiran dalam Aplikasi Moden Kelemahan dan cabaran utama yang akan dihadapi oleh Malaysia adalah kurangnya kemahiran dalam aplikasi moden. Contohnya dengan aplikasi HRMIS yang telah dilancarkan pada tahun lepas (2011).0 CABARAN YANG DIHADAPI 4. banyak kekangan seperti yang telah dikatakan tadi dalam pelaksanaannya. Secara tidak langsung ia akan menyukarkan pihak sumber manusia untuk memenuhi data tentang diri mereka dalam sistem. Hal ini menunjukkan kebijaksanaan dan kesistematikan seorang ketua jabatan dalam bertanggungjawab ke atas semua pekerjanya.

pengurusan bakat memang sukar untuk dikenalpasti. Walakin begitu. Lantas itu barulah ketua organisasi dapat memilih pegawai yang boleh dipertanggungjawabkan dalam menguruskan kerja-kerja seperti ini. adakah semua ketua jabatan akan bertindak sedemikian? 4.NO. Para pekerja senior. penilaian prestasi dan lain-lain. MATRIK: 203234 PLK-KCH dikenalpasti. Hal ini kerana. Justeru itu. Maka ia seharusnya dilakukan tanpa mempersoalkan tentang kegunaan ataupun kepayahan yang akan dihadapi apabila menggunakannya. maka ianya akan lebih senang untuk mengurus hal-hal seperti gaji. tujuannya adalah untuk menyenangkan pekerja itu sendiri dan bukan sebaliknya. Kita tidak mampu untuk mengubah minda pengguna teknologi untuk mengikut hala tuju globalisasi. Hal ini melibatkan keselesaan dan keupayaan mereka untuk melakukan perubahan tersebut. tidak semestinya pemikiran manusia pun akan berubah mengikut zaman. seperti yang telah dikatakan tadi. bagi organisasi yang kecil sememangnya ia tidak susah untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan pengurusan bakat. Persoalannya. Sekiranya mereka tidak selesa untuk menggunakan teknologi moden. Perubahan cara kerja dan penyampaian sistem perkhidmatan sepatutnya disambut baik oleh semua pihak. Justeru itu. Contohnya. Kerjasama yang jitu akan membolehkan sesebuah organisasi dapat melaksanakan objektif mereka dengan lebih cemerkap.2 Cabaran ICT Walaupun dunia semakin moden. Akan tetapi untuk organisasi yang lebih besar. terpulang dengan pengurus untuk bahagian sumber manusia yang menilai pegawai yang boleh dipertang jawabkan dengan tugas mengisi data. persaraan. mereka akan suka merungut dan mungkin akan menjadi lebih degil untuk bekerjasama dengan pihak sumber manusia. seharusnya memahami dan mengikuti perkembangan arus kemodenan yang semakin menular ini. mereka seharusnya menyokong arus GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 11 . tidak mudah untuk melakukan perubahan minda ke atas warga kerja yang lebih tua daripada kita. Maka dengan itu. dengan penggunaan ICT dam sistem pengurusan sumber manusia.

Sebagai contoh. tiada kita temui bidang juruteknik perkomputeran ataupun GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 12 . MATRIK: 203234 PLK-KCH kemodenan ini demi organisasi mereka sendiri. akan tetapi secara menyeluruh (Mahmood). mereka mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang besar terhadap perubahan semasa. Hal ini kerana apabila sesuatu teknologi diperkenalkan maka satu atau lebih kerja yang baru akan diperkenalkan secara langsung. Akibat daripada ini. Kemunculan kerjaya yang baru bukan hanya berlaku dalam satu dua bidang. wujudlah persaingan dalam kalangan pekerja yang mempunyai kemahiran tunggal dengan pekerja yang mempunyai kemahiran yang beraneka.3 Kemunculan Kerjaya Baru Penglobalisasian akan sentiasa memperkenalkan kerjaya baru kepada manusia. Adalah penting bahawa usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan perlu diperkukuhkan lagi dan usaha-usaha ini harus bermula dengan kesedaran dan komitmen peringkat yang paling tertinggi dalam susun lapis pengurusan organisasi (Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji Bin Ahmad Hamid. Hal ini kerana. Justeru latihan dan kursus diperlukan bagi memenuhi kehendak organisasi. 1996). 4. kemahiran yang baru akan diperlukan. kerjaya yang baru akan diperkenalkan dan pekerja yang mempunyai kemahiran tunggal akan diberikan kursus bagi memenuhi keperluan pekerja untuk mengendalikan teknologi yang diperlukan. cabaran yang perlu dihadapi akibat daripada penglobalisasian ini adalah pencarian kemahiran untuk memenuhi pekerjaan yang diperkenalkan. Secara tidak langsungnya pula.NO. Kebaikan daripada persaingan ini. Pentadbir juga seharusnya memainkan peranan dan gunakan kuasa yang mereka ada untuk memotivasikan pekerja mengenai perubahan dalam era globalisasi ini. Jadi nyata di sini. Sesebuah organisasi yang menerima teknologi baru tersebut akan memerlukan pegawai yang berkemahiran untuk mengendalikankannya. Pihak pengurusan sumber manusia akan dipertanggung jawabkan mengenai pengurusan sumber tersebut. sekiranya kita imbau pada era sebelum pengenalan komputer dalam bidang pentadbiran.

NO. maka kerjaya tersebut diperkenalkan. Cabaran ICT perlu ditangani oleh semua pihak. Namun akibat daripada pengenalan komputer. supaya tidak menjadi masalah untuk pengurusan sumber pada bila-bila masa. mereka akan memperkenalkan matapelajaran baru ataupun menaik tarafkan pelajaran yang sedia ada di institusi-institusi pengajian seiring dengan perkembangan kerjaya semasa. GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 13 . MATRIK: 203234 PLK-KCH pegawai sistem maklumat. Impak kepada organisasi lain seperti pendidikan.

Akibat daripada itu juga. inilah salah satu yang menunjukkan impak negatif perubahan minda pengguna yang menunjukkan keterbukaan terhadap teknologi moden.NO. impaknya kepada sesebuah organisasi agak sedikit negatif. Bukan sahaja penjawat awam. semuanya boleh diperolehi dengan mudah. Walaupun adakalanya facebook sedikit sebanyak membantu dalam pekerjaan.1 Penularan Semasa Bekerja Di samping itu juga.2 Perkongsian Maklumat ke Seluruh Dunia Globalisasi membenarkan maklumat dikongsi bersama ke seluruh dunia. GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 14 . Namun. Hal ini kerana. ia telah mewujudkan perburuhan tanpa sempadan (Laman Web Rasmi Kementerian Sumber Manusia Malaysia. pasti ada sahaja pekerja melawat laman sosial sembang seperti IRC. Kalau zaman dahulu. Cabaran ini pasti dihadapi oleh manamana organisasi di seluruh dunia! Namun.. maka banyak laman-laman sosial yang boleh mempengaruhi pekerjaan para penjawat. maka tidak susah untuk mereka mengular ke laman sosial yang lebih popular sekarang iaitu Facebook. perkongsian maklumat ke seluruh dunia boleh menjejaskan undangundang kerahsiaan maklumat pekerja. pihak pengurusan juga hendaklah mengambil kira cabaran lain seperti penggunaan laman sosial semasa bertugas. ICQ. MATRIK: 203234 PLK-KCH 5. MSN dan Yahoo Messenger sekiranya komputer mereka ada sambungan dengan internet. 5. hubungan pekerja. Dengan sistem e-enablement. Akan tetapi sekarang dengan kemudahan yang diberikan (untuk setiap komputer ada internet sendiri). majlis kerja. 2004).0 KESAN-KESAN PENGLOBALISASIAN 5. Sememangnya tidak dapat dinafikan apabila dunia tanpa sempadan ini bermula dan dikenali ramai. malahan pekerja swasta pun turut melakukan perkara sedemikian. prosedur kontrak dan sebagainya lagi (Paul Sparrow & Co. akan tetapi ada segelintirnya menyalahgunakan kemudahan yang diberi dan melakukan perkara lain seperti bersembang dan bermain permainan yang sentiasa mengeluarkan permainan yang terbaru. 2009).

Hal ini kerana. pergi ke negara luar akibat daripada tawaran yang lebih lumayan di luar sana. di mana mereka ditawarkan dengan kerja yang berkaitan dengan sijil yang ada. organisasi-organisasi lain cuma akan berharap dengan pihak sumber manusia sahaja. akan tetapi kita perlu ingat. 5. manusia yang mencipta perisian tersebut. Penawaran kerja yang tidak seperti yang dijanjikan juga mungkin terjadi. 2003). Namun. Sekaligus ia akan membuka mata para pelajar lepasan ijazah yang sepatutnya menjadi sumber manusia kita. namun setelah diterima mereka disuruh membuat kerja yang mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka lakukan. Kewujudan laman-laman web untuk mencari kerja seperti jobs Malaysia. Kes-kes ini sering berlaku kebelakangan ini. Walaupun terdapat perisisan yang boleh melindungi data-data berkaitan dengan maklumat pemohon. Seperti kes-kes keldai dadah. Hal ini menunjukkan organisasi lain hanya bergantung dengan data yang diberikan GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 15 . Perkara ini akan merugikan sumber manusia kita secara tidak langsung.3 Kebergantungan kepada Pembekal Apabila semuanya diuruskan oleh sumber manusia. membolehkan agen pencari kerja ataupun para majikan yang mencari kerja mendapatkan maklumat-maklumat daripada pemohon dengan lebih mendalam dan memilih mereka berdasarkan maklumat yang telah diberikan. Sekiranya terdapat kesalahan pada data yang diperoleh. impak negatifnya adalah maklumat mengenai pemohon akan mendedahkan identiti pemohon secara tidak langsung kepada sesiapa sahaja yang membuka portal sebagai majikan.NO. MATRIK: 203234 PLK-KCH Impak pasaran buruh tanpa sempadan telah membuka ruang kepada pelaburan asing dan modal asing sebagai startegi utama pembangunan ditawarkan oleh negara-negara maju kepada negara-negara membangun (Bisan. maka dengan manusia jugalah perisian tersebut dapat diceroboh ataupun dimusnahkan. kita akan kekurangan sumber manusia yang berkemahiran untuk mengisi jawatan di negara kita sendiri. mereka pasti akan menyalahkan bahagian sumber manusia tanpa mahu membantu membetulkan mana yang salah.

Kesan ini boleh memberi impak yang negatif kepada hasil negara secara tidak langsung. aspek kerjasama dan keefisienan amatlah penting diwujudkan dalam semua organisasi. kelancaran bekerja mungkin akan sedikit terencat disebabkan mempunyai masalah teknikal secara tidak sengaja. Natijahnya. MATRIK: 203234 PLK-KCH oleh sumber manusia sebagai pembekal maklumat untuk data-data yang telah diambil. persaingan yang diharapkan dalam berlumba-lumba dengan negara lain dalam menunjukkan pengurusan sumber yang bagus akan turut terencat. Ia akan mengganggu proses kerja organisasi lain dan melambatkan penyiapan data yang diperlukan dalam masa yang telah ditentukan. organisasi yang mengharapkan bekalan daripada pihak sumber manusia juga hendaklah turut bertanggungjawab dalam menilai data yang telah diberikan untuk mengelakkan keterencatan proses kerja. Akibat daripada masalah tersebut. Pentadbir dan juga pengurus bahagian seharusnya membuat pemeriksaan semula hasil isian data oleh pegawai yang bertugas bagi mengelakkan ada data yang tercicir ataupun salah. Di samping itu juga.NO. Hal ini adalah berkaitan dengan pengurusan sumber yang baik. organisasi lain boleh menjadi lebih malas akibat kerana mereka tidak perlu mencari maklumat disebabkan mereka yakin bahawasanya bahagian sumber manusia akan menyediakan semua yang mereka perlukan. Jadi. GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 16 . Pegawai itu juga seharusnya bertanggungawab dengan setiap kerja yang dipertanggung jawabkan supaya organisasi lain tidak menghadapi sebarang masalah akibat dari kesalahan diri mereka. Kecekapan dan keupayaan seperti yang telah diterangkan adalah menjadi faktor kesilapan yang mungkin berlaku dalam pengisian data yang diperoleh.

Mereka seharunya turut berusaha sendiri untuk mendapatkan data-data yang diperlukan dari sumber manusia untuk mengelakkan ketidak-lancaran proses kerja. GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 17 . Pengenalan kerjaya-kerjaya yang baru memberi cabaran kepada organisasi ini untuk memberi peluang kepada semua orang untuk bergerak maju seiring dengan perubahan zaman. Hal ini bergantung dengan kemahuan orang awam samaada mahu menerimanya ataupun tidak. MATRIK: 203234 PLK-KCH 6. Akhir sekali. Tersilap langkah mungkin akan mempengaruhi keselamatan orang awam dan juga negara. untuk berkongsi maklumat ke seluruh dunia. Nilai ini sangat penting bagi memastikan negara kita mampu untuk menerapkan budaya kerja yang berprestasi tinggi dalam menjayakan Wawasan 2020. Sesebuah organisasi seharusnya lebih berhati-hati dengan pasaran global kerana tindak balas sesuatu organisasi terhadap globalisasi akan turut mempengaruhi kerjaya pada masa hadapan (Mahmood).0 KESIMPULAN Kajian mengenai pengurusan sumber manusia dalam era globalisasi telah menunjukkan perubahan yang berlaku dalam organisasi tersebut yang mengikut perubahan teknologi dan ekonomi semasa. Justeru itu. kita hendaklah berhati-hati terutamanya berkaitan dengan identiti orang awam dan juga identiti negara. hubungan di antara pentadbir dan pekerja seharusnya sentiasa harmoni. Organisasi lain pula seharusnya tidak terlalu bergantung dengan pihak sumber manusia sahaja. adil dan berdedikasi supaya tiada perasaan yang tidak disenangi apabila bekerjasama.NO.

1-16 Mahmood. H. London: Oxford University Publication. Hjh. 1-8.d. Aplikasi Teknologi Maklumat (IT) dalam Pengurusan Organisasi : Sorotan Kajian. Retrieved June 13. from The Penita Initiative: http://www. from Strategic Human Resource.gov.penita.php?option=com_content&view=article&id=49&Itemid=81 Gunakan Strategi Untuk Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Sumber Manusia. (n.strategic-humanresource. Disember 10). Retrieved Jun 14. Dato' Haji Mokhtar Bin Nong. Cabaran dan Masa Depan Kerjaya Dalam Konteks Pembangunan Sumber Manusia. (2012). 2012. (2008). Human Resource Management Dictionary. (2003). Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan. Kamus Dewan Edisi Keempat. Bakar. Jurnal Peradaban-Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban. (2003). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. S.html GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 18 . Jurnal Kemanusiaan .php?option=com_content&view=article&id=677&Itemid=406& lang=my Bisan.mohr. Noresah Bt. Globalisasi. Globalizing Human Resource Management.my/index. 89-105. 2012. (2004). Baharom & rakan-rakan. SUMBER JURNAL Hayati Habibah Abdul Talib & Khairur Rijal Jamaludin. MATRIK: 203234 PLK-KCH Bibliografi SUMBER BUKU Paul Sparrow & Co. 2012. New York: Routledge. SUMBER LAMAN SESAWANG (2009.). from Laman Web Rasmi Kementerian Sumber Manusia Malaysia: http://www. B. Universiti Malaya Jilid 1 .com/pengurusan-sumber-manusia. Jurnal Teknikal dan Kajian Sosial .org/index. Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban.NO.com: http://www. Retrieved June 14. O. (2007). Terengganu: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia Negeri Terengganu.

1-64). MATRIK: 203234 PLK-KCH SUMBER TIDAK DITERBITKAN Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji Bin Ahmad Hamid. Kedah: Tidak Diterbitkan. SEMINAR "GLOBALISASI DAN KECEMERLANGAN PENGURUSAN:CABARAN DAN PROSPEK". Kuala Lumpur: Tidak Diterbitkan.NO. Seminar. GMGM 2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM 19 . Awam. P. Kerangka Strategik Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Malaysia (pp. Universiti Utara Malaysia. Transformasi Perkhidmatan Awam Memakmurkan Negara. (1996). (2012). J.

Related Interests