Profesion Keguruan Bukan Satu Pilihan. Kesan-kesan?

1.0 Pendahuluan Profesion keguruan merupakan satu kerjaya yang mulia di sisi agama dan mendapat pengiktirafan yang tinggi oleh masyarakat di negara ini. Kerjaya sebagai seorang guru ini juga merupakan salah satu mercu tanda tahap ilmu, ekonomi, politik dan sosial yang dimiliki oleh sesebuah negara. Guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Guru merupakan salah seorang daripada anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum, program pendidikan, disamping membentuk sahsiah serta kelakuan pelajarnya yang sejajar

dengan nilai dan norma masyarakat. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan dalam beberapa segi seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya akan mempengaruhi sikap, minat dan nilai pelajar (Drs. Syaiful Bahri Djamarah 2000:29). Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung di sekolah turut memberi pengaruh yang besar terhadap tingkah laku, tahap penerimaan terhadap sesuatu ilmu dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran.

Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian matlamat pendidikan sesebuah negara. Guru merupakan individu yang memainkan peranan untuk memberi fokus kepada pemerolehan kemahiran dan ketrampilan di samping keperluan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah. Guru semakin dianggap bertanggungjawab untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan di kalangan pelajar sama ada dari aspek mental mahupun moral.

1

Namun begitu, terdapat segelintir individu yang telah mencemarkan kemuliaan profesion keguruan ini apabila memilih jawatan sebagai seorang guru bukan satu profesion pilihannya. Individu inilah yang telah mencemarkan kemuliaan profesion keguruan apabila menjawat jawatan sebagai seorang guru dan mengajar di sekolahsekolah kelak. Mereka tidak akan berjaya dalam kerjaya mereka yang diceburi iaitu sebagai seorang guru. Sebelum kita membincangkan tajuk ini dengan lebih lanjut, kita perlu memahami makna kerjaya itu terlebih dahulu. Kerjaya merupakan dua perkataan yang digabungkan menjadi satu perkataan iaitu kerja dan jaya (Drs. Syaiful Bahri Djamarah 2000:29). Kerja bermaksud usaha untuk mendapatkan jawatan dan tugas-tugas yang dapat menghasilkan pendapatan manakala jaya bermaksud hasil atau kejayaan yang diperolehi setelah sesuatu pekerjaan dilakukan. Seorang guru yang memilih kerjaya sebagai seorang guru disebabkan faktor terpaksa hanya akan bekerja dan tidak akan pernah untuk berjaya di dalam setiap tugasan yang diberikan. Keadaan ini akan menimbulkan kesan negetif yang terpaksa dipikul oleh pihak sekolah, pelajar, ibubapa dan kerajaan. Terdapat banyak kesan-kesan negetif akan berlaku jika seseorang individu memilih kerjaya guru bukan profesion pilihannya.

2.0 Kesan-kesan 2.1 Kualiti Kerjaya Sebagai Guru Menurun Individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang utama akan meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat. Mereka akan berkerja keras bagi memastikan objektif setiap pekerjaan yang dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan pelajar di bawah jagaannya dan sekaligus mendapat

2

pengiktirafan masyarakat. Kerja keras dan semangat bekerja yang diberikan oleh golongan guru ini akan meningkatkan kualiti martabat keguruan ke tahap yang sepatutunya seiring matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada seseorang guru akan mewujudkan pengajaran yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.

Manakala, kesan yang kita dapat lihat daripada tindakan individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya bukan pilihannya ialah kualiti kerjaya sebagai seorang guru akan menurun. Seorang guru yang berkualiti mestilah mengutamakan tanggungjawabnya terhadap ilmu, kebajikan dan keselamatan pelajarnya (Mok Soon Sang 2002:61). Mereka yang memikul tanggungjawab sebagai seorang guru disebabkan faktor terpaksa tidak akan bertanggungjawab terhadap ilmu yang dimiliki, menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar yang berada di bawah jagaannya. Keadaan ini akan menyebabkan kesan yang negetif yang akan dilihat oleh masyarakat sekeliling kepada bidang pekerjaan sebagai seorang guru (Prof. Dr. S. Nasution 1995:61). Kesan negetif ini akan menimbulkan prasangka yang tidak baik oleh masyarakat terhadap kerjaya sebagai seorang guru. Masyarakat tidak akan mempercayai tugas seorang guru sebagai pendidik

3

dan keadaan ini akan mendatangkan masalah kepada proses pembelajaran yang dijalankan di sekolah.

Selain itu, seorang guru itu kurang mempunyai budi pekerti termasuk kelakuan sopan semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti masyarakat. Golongan ini sering menunjukkan kelakauan yang tidak sepatutnya dan mencemarkan kemuliaan profesion keguruan ini. Seseorang guru yang mempunyai sikap yang tidak elok seperti ini tidak akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Ini kerana kerja sebagai seorang guru ialah satu bidang pekerjaan yang bekerja di dalam masyarakat. Masyarakat sentiasa memandang tinggi terhadap profesion ini dan setiap tindakan serta tingkah laku seorang guru sangat dititik beratkan kerana guru merupakan golongan yang mendidik anak-anak mereka.

Seorang guru yang berkualiti akan mempunyai sifat merendah diri dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Sifat ini bertentangan dengan individu yang memilih kerjaya ini bukan sebagai kerjaya pilihannya. Seorang guru yang tidak berkualiti tidak suka bergaul dengan rakan sejawat yang lain. Mereka berasa bangga dengan keupayaan yang ada pada diri sebagai seorang guru dan akan menjadi seorang guru yang sombong dan tidak suka bergaul antara satu sama lain. Mereka menganggap diri mereka lebih tinggi dari segi ilmu pengetahuan yang dimiliki jika dibandingkan dengan guruguru lain. Keadaan ini akan menimbulkan kerenggangan hubungan antara rakan sejawatan yang lain.

4

Manakala seorang guru yang tidak mempunyai kualiti dalam pekerjaannya tidak akan mempunyai kejujuran dalam melakukan pekerjaannya. Mereka akan melakukan penipuan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dan tidak akan menjalankan tugasan yang diamanahkan dengan penuh berdedikasi sama ada dalam kelas mahupun diluar waktu persekolahan. Seorang guru yang tidak jujur dalam pekerjaannya tidak akan berusaha bersungguh-sungguh supaya hasil pekerjaannya mencapai ke tahap yang lebih cemerlang. Kejujuran dalam memberikan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seorang guru tidak akan dipenuhi kerana mereka tidak sepenuhnya memberikan ilmu pengetahuan kepada para pelajarnya. Kejujuran ini merupakan sifat yang perlu dimiliki oleh setiap guru sebagai orang tengah yang memberikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya.

2.2 Tidak Cekap Menggunakan Sumber Seorang guru mestilah mempunyai ciri-ciri seperti cekap mengunakan sumber maklumat yang ada bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Segala sumber maklumat berguna yang diperlukan untuk meningkatkan mutu pengajaran perlu digunakan sama ada yang diperolehi dalam pembacaan atau yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kecekapan seorang guru dalam mengolah segala sumber yang ada adalah faktor penting bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan masalah semasa proses ini berlangsung. Perkembangan individu

dipengaruhi tahap pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya (Mok Soon Sang 2002:61). Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah,

5

iklan, filem, radio, television dan komputer. Seorang guru yang cekap mengunakan sumber akan mengaplikasikan segala maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber tersebut untuk dijadikan bahan pembelajaran dan pengajaran kepada pelajarnya (Mok Soon Sang 2002:61).

Selain itu, guru yang tidak berkualiti tiada kemampuan menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendidik yang cekap dalam menggunakan sumber-sumber yang ada sebaik mungkin. Mereka tidak mampu memenuhi matlamat profesion pekerjaan ini yang telah digariskan oleh kerajaan untuk memenuhi kehendak manusia dan rakyat di negara ini (Sufean Hussin 1993:446). Mereka tidak menggunakan segala peluang yang ada untuk mengolah sumber yang ada untuk diberikan kepada pelajarnya. Keadaan ini menjadikan pelajar di bawah jagaannya agak ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan jika dibandingkan dengan pelajar di bawah jagaan seorang guru yang berkualiti dan berketrampilan dalam kerjanya.

Selain itu juga, seorang guru yang tidak mempunyai kualiti tidak menghasilkan pretasi kerja yang baik dan melakukan tugasan yang diberikan secara sambil lewa sahaja (Drs. Syaiful Bahri Djamarah 2000:35). Golongan ini tidak melibatkan diri secara menyeluruh terhadap perkembangan pembelajaran pelajar, sekolah dan masyarakat. Justeru itu, mereka kurang berdedikasi terhadap kerjayanya memandangkan sebahagian besar masa seorang guru dihabiskan untuk memikir, merancang dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas (Sufean Hussin 1993:446). Mereka hanya melakukan aktiviti yang ringkas dan mudah tanpa memerlukan banyak

6

tenaga. Akibatnya akan terhasil pelajar yang pasif dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

2.3 Tidak Berketrampilan Sebagai Seorang Guru Seseorang yang menjawat jawatan sebagai seorang guru mestilah mempunyai imej yang kemas dan berketrampilan sebagai seorang guru (Drs. Syaiful Bahri Djamarah 2000:35). Penampilan dan sikap berketrampilan dalam setiap bidang sama ada di dalam waktu pembelajaran atau di luar waktu persekolahan adalah sifat yang harus dimiliki oleh setiap guru yang berjaya. Imej dan gaya yang berketrampilan ini akan mempengaruhi pelajar seterusnya menjadikan guru tersebut sebagai contoh ikutan. Para pelajar akan mencontohi dan menganggap seorang guru sebagai pembimbing dalam membentuk personaliti sebagai seorang pelajar. Keadaan ini seterusnya akan melahirkan individu yang berketrampilan dalam setiap bidang yang diceburi.

Namun begitu, bagi mereka yang menerima jawatan sebagai seorang guru kerana terpaksa tidak akan mementingkan imej dan personaliti sebagai seorang guru. Kita dapat lihat melalui penampilan seharian seseorang guru ketika berada di kawasan persekolahan. Mereka hanya memakai pakaian yang sepatutnya tanpa memperbaiki penampilan yang harus ditampilkan dihadapan pelajar mereka. Golongan ini hanya bersikap acuh tidak acuh terhadap imej yang harus ditonjolkan dihadapan pelajar mereka sebagai seorang yang bekerjaya.

7

Selain itu, mereka juga tidak mampu menjadi seorang yang bertanggungjawab membentuk disiplin para pelajar serta membantu dalam membentuk sahsiah dan kelakuan yang yang terpuji kerana guru-guru itu sendiri tidak mempunyai disiplin terhadap personalitinya sebagai seorang guru. Mereka tidak dapat menjadi contoh model hidup yang mana tingkah laku yang ditunjukkan oleh seorang guru akan menjadi contoh dan ikutan pelajarnya (Drs. Syaiful Bahri Djamarah 2000:35). Nilai-nilai murni yang ada pada personaliti sebagai seorang guru tidak dapat ditonjolkan oleh seorang guru di sekolah dan secara tidak langsung tidak dapat diterapkan di dalam diri seorang pelajar. Keadaan ini akan melahirkan sebilangan pelajar yang tidak mempunyai personaliti sebagai seorang pelajar yang diharapkan oleh ibubapa, pihak sekolah, masyarakat dan negara.

2.4 Tidak Mempunyai Akauntabiliti Sebagai Seorang Guru Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti bermaksud

bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu pekerjaan yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, di bawah konteks akauntabiliti keguruan boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan yang dipikul oleh seseorang guru (Mok Soon Sang 2002:68). Akauntabiliti sebagai seorang guru boleh dikelaskan dalam beberapa aspek iaitu akauntabiliti dalam kerja, negara, pelajar dan ibubapa.

2.4.1 Tidak Bertanggungjawab Terhadap Pekerjaan Seorang guru perlu bertanggungjawab terhadap pekerjaannya iaitu akauntabiliti terhadap bidang tugas yang diamanahkan untuk dipikul sebagai seorang guru. Oleh itu,

8

guru

perlu

memahami

kurikulum

sekolah

secara

mendalam

supaya

dapat

melaksanakannya dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Secara umumnya, pengajaran yang ditugaskan kepada seseorang guru mestilah mengikut kurikulum yang telah disediakan kerana ia merupakan salah satu akauntabiliti seorang guru terhadap pekerjaannya.

Seorang guru yang memilih bidang profesion ini sebagai kerjaya bukan pilihannya akan menunjukkan tanda-tanda rasa tidak bertanggungjawab dalam setiap aspek yang diterangkan di atas. Oleh itu, individu yang memilih profesion keguruan ini secara terpaksa akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan secara sambil lewa dan tidak mengikut matlamat sekolah, ibubapa, masyarakat dan negara. Contohnya, sebagai seorang pendidik guru bertanggungjawab terhadap pekerjaannya tetapi guru yang tiada minat dalam pekerjaannya tidak akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi supaya mutu perkhidmatan yang diberikan selaras dengan akauntabiliti sebagai seorang guru (Sufean Hussin 1993:440).

Seorang guru yang berakauntibiliti perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam meningkatkan imej profesion dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar anak murid dengan cekap dan dedikasi. Keadaan ini perlu bagi memastikan setiap murid yang diajar akan berjaya mendapat keputusan akademik yang diharapkan. Dalam hal ini, guru yang tidak memilih bidang ini sebagai bidang kerja yang diminati tidak akan mampu mencapai matlamat yang ditetapkan (Mok Soon Sang 2002:78). Guru yang tidak mempunyai akauntabiliti sebagai seorang guru tiada keazaman dalam

9

menambah ilmu pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang pendidikan supaya tugas mengajar dapat dilaksanakan dengan cekap dan sempurna. Golongan ini tidak mempunyai usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesion keguruan.

2.4.2 Tidak Mempunyai Akauntabiliti Terhadap Negara Seorang guru yang mempunyai akauntabiliti terhadap negaranya perlu menjalankan tugas yang diberikan seperti memahami konsep dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPK) dan Rukun Negara. Tugas lain bagi seorang guru terhadap negara ialah memupuk nilai dan sikap yang murni serta sesuai dengan masyarakat yang berbilang bangsa dalam setiap jiwa pelajar (Mok Soon Sang 2002:79). Sikap yang dipupuk oleh seorang guru ini akan memberi bimbingan kepada pelajar untuk menjadi seorang warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta berguna.

Namun begitu, bagi seorang yang memilih profesion keguruan bukan kerjaya pilihannya akan menghadapi masalah untuk memikul tanggungjawabnya terhadap negara. Golongan ini sukar memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat Malaysia, tidak gemar mengambil bahagian secara cergas dalam setiap aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan. Masyarakat dan guru merupakan satu hubungan yang mempunyai kaitan dan saling memerlukan antara satu sama lain dalam

memperkembangkan potensi pelajarnya (Sufean Hussin 1993:440). Oleh itu, jika guru tidak bekerjasama dengan masyarakat dalam sebuah komuniti akan mengakibatkan permasalahan dalam memantau perkembangan dan pembelajaran pelajar (Suppiah Nachiappan. Et all. 2009:10).

10

Selain itu, seseorang guru yang tidak mempunyai akauntabiliti terhadap negara akan cuba menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat dan negara ataupun bertentangan dengan prinsip Rukun Negara. Mereka juga tidak akan memberikan contoh terbaik dalam usaha menanam sikap dan nilai murni seperti yang terdapat dalam Rukun Negara ke dalam setiap diri pelajar. Keadaan ini akan melahirkan pelapis negara yang tidak mempunyai taat setia terhadap negara, tidak bertanggungjawab dan berguna, tidak menghormati orang yang lebih tua serta tidak menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama yang terdapat dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini berlaku, perpaduan yang ingin diterapkan diantara kaum yang terdapat di Malaysia akan mengalami kegagalan dan akan mencetuskan rusuhan etnik seperti yang pernah berlaku pada tahun 1963.

2.4.3 Tiada Akauntabiliti Terhadap Pelajar Seorang guru mestilah mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap pelajarnya sama ada di dalam waktu persekolahan ataupun di luar waktu persekolahan. Tugas ini tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam kelas sahaja, tetapi juga melibatkan pembentukkan sahsiah yang mulia dikalangan pelajar. Keadaan ini meliputi pelbagai aspek perkembangan dan potensi diri dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi supaya pelajar-pelajar menjadi insan yang berilmu, bermoral tinggi, harmonis dan seimbang (Sufean Hussin 1993:401). Oleh itu, seorang guru perlu mempunyai akauntabiliti terhadap taraf pencapaian kemajuan serta kelakuan pelajar yang berada di

11

bawah jagaannya. Perhatian dan rasa tanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru kepada pelajarnya akan menimbulkan ikatan yang kukuh antara seorang guru dengan pelajar (Suppiah Nachiappan. Et all. 2009:15). Perhubungan yang erat antara guru dan pelajar akan memberi kemudahan kepada seorang guru untuk menjalankan

tanggungjawab kepada bidang kerjaya yang diceburinya itu tanpa menghadapi sebarang masalah.

Manakala, bagi seorang yang memilih bidang ini sebagai kerjaya bukan pilihannya akan mendatangkan masalah dalam menjalankan tanggungjawab terhadap pelajar. Sebagai seorang guru, tanggungjawab terhadap pelajar mestilah diutamakan kerana di sekolah pelajar adalah di bawah jagaan dan tanggungjawab seorang guru. Sesuatu yang berlaku kepada anak murid akan dipertanggungjawabkan kepada seorang guru yang mempunyai autoriti terhadap anak muridnya (Sufean Hussin 1993:436).

Individu yang memilih bidang ini sebagai kerjaya bukan pilihannya kurang bersedia memikul tanggungjawab dan amanah yang berat ini. Golongan ini akan mencari seribu alasan untuk mengelak daripada memikul beban tanggungjawab yang diberikan seperti memantau aktiviti pelajar-pelajar yang berada di bawah jagaannya. Selain itu, mereka sukar bersikap adil sekiranya sesuatu masalah timbul diantara pelajar-pelajarnya. Mereka akan melihat pelbagai perspektif dalam mengadili sesuatu masalah seperti faktor politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama (Suppiah Nachiappan. Et all. 2009:109). Keadaan ini akan menimbulkan pelbagai masalah yang akan dihadapi oleh pihak

12

pentadbir sekolah bagi menangani sikap seorang guru sebegini dan seterusnya kreadibiliti sebagai guru yang berakauntabiliti akan tercalar.

2.4.4 Tidak Mempunyai Akauntabiliti terhadap Ibubapa Ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah telah menyerahkan tanggungjawab kepada guru untuk memerhati dan membentuk sahsiah anak mereka kepada seorang guru. Tanggungjawab ini harus dipikul oleh setiap individu yang memegang jawatan sebagai seorang guru. Individu yang berpegang teguh kepada etika seorang guru akan memikul tanggungjawab ini dengan ikhlas dan tidak terasa sedikit pun bebanan Drs. Syaiful Bahri Djamarah 2000:73). Keadaan inilah yang membezakan seorang guru yang beretika dengan seorang guru yang memilih profesion ini sebagai kerjaya bukan pilihannya.

Individu yang memilih kerjaya ini bukan profesion pilihannya akan mengalami masalah untuk berurusan dengan ibubapa pelajar. Ruang lingkup pekerjaan seorang guru adalah melibatkan perhubungan antara seorang guru dengan masyarakat iaitu ibubapa pelajar Drs. Syaiful Bahri Djamarah 2000:70). Sekiranya kemahiran untuk bersosial dengan ibubapa pelajar tidak dikuasai oleh seorang guru, ini akan menimbulkan masalah untuk seorang guru bertanggungjawab dalam pekerjaannya. Tanggungjawab seorang guru yang lebih penting ialah menjaga hubungan diantara seorang guru dengan pelajar dan ibubapa. Perasaan bertanggungjawab inilah yang akan menjamin kejayaan seorang guru ketika mengajar di sekolah nanti kerana ibubapa pelajar akan percaya guru akan bertanggungjawab dalam setiap aktiviti yang berlangsung di sekolah.

13

2.4.5 Tidak Mempunyai Akauntabiliti Terhadap Diri Sendiri Seorang guru yang berkualiti dan bertanggungjawab perlu mempunyai tanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Tanggungjawab terhadap diri sendiri ini perlu dipenuhi sebelum mengalas tanggungjawab dan amanah terhadap pelajar di bawah jagaannya (Drs. Syaiful Bahri Djamarah 2000:87). Antara tanggungjawab terhadap diri sendiri yang perlu dijaga oleh seorang guru ialah menjaga kesihatan supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Emosi seorang guru turut memainkan peranan yang penting supaya tugas yang dilaksanakan membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa selain dapat menyempurnakan tugas yang diberikan oleh pihak sekolah. Keewangan yang diperolehi hasil daripada pendapatan bulanan hendaklah diuruskan secara bijaksana supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan seharian. Kesemua tanggungjawab ini perlu dipenuhi bagi memastikan tanggungjawab seorang guru terhadap dirinya sendiri dipenuhi sebelum memenuhi tanggungjawab yang telah diberikan sama ada di dalam sekolah atau diluar waktu persekolahan (Suppiah Nachiappan. Et all . 2009:107).

Sementara itu, bagi seorang individu yang memilih profesion ini bukan profesion pilihan utamannya akan mengalami masalah untuk menguruskan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Golongan ini hanya akan menjalankan tugas yang diberikan tanpa keperluan yang ada pada dirinya untuk dipenuhi sebelum tugas dilaksanakan. Mereka tidak menjaga kesihatan , tidak mengurus keewangan dengan baik, tidak mempunyai ketenangan dan ketenteraman jiwa ketika menjalankan tugas sebagai seorang guru. Keadaan ini akan mencacatkan kemuliaan pekerjaan sebagai seorang guru itu sendiri.

14

Sekiranya keadaan ini berterusan, seorang guru itu akan mendatangkan masalah dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru disamping memberi masalah kepada pentadbir sekolah. Sebagai contohnya, seorang guru yang tidak menjaga kesihatan akan mudah dijangkiti penyakit dan keadaan itu memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung semasa di sekolah dan memberi masalah kepada pentadbiran sekolah sekiranya guru tersebut mendapat penyakit yang lebih serius.

3.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa seorang pendidik perlu mempunyai sifat-sifat yang boleh mempengaruhi pelajarnya menjadi seorang warganegara yang cemerlang dari segi penampilan, sikap dan mempunyai integriti yang utuh sebagai seorang individu. Seorang individu yang memilih profesion keguruan sebagai bukan kerjaya pilihannya akan mendatangkan pelbagai masalah dan keburukan sama ada kepada pelajar, masyarakat, negara dan nama baik profesion keguruan. Oleh itu, bagi memastikan sebuah negara mencapai tahap kemajuan yang setanding negara maju yang lain perlu dimulai diperingkat persekolahan lagi iaitu dengan memilih individu yang benar-benar berminat untuk dijadikan sebagai seorang guru. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengetatkan syarat kelayakan untuk menjadi seorang guru bagi memastikan hanya individu yang berkelayakan sahaja dapat menjadi guru dan

seterusnya dapat bekerja dalam profesion keguruan ini dengan bersungguh-sungguh.

15

4.0 Bibliografi Drs. Syaiful Bahri Djamarah. 2000. Guru dan Anak Didik Dalam Interaksi Edukatif. Rineka Cipta. Jakarta Mok Soon Sang. 2002. UKELP bahagian C; Inventori Sahsiah Keguruan untuk Calon Ujian Kelayakan Pendidikan Guru. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Selangor Sufean Hussin. 1993. Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor Suppiah Nachiappan Et all . 2009. Perkembangan dan Pembelajaran Pelajar. Oxford Fajar Sdn Bhd. Selangor

16

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful