You are on page 1of 5

rawatan buat cerebral palsy Cerebral Palsy (Kerencatan Otak) Cerebral merujuk kepada otak Palsy kurang atau

au ketidakupayan mengawal pergerakan otak. Cerebral palsy - Sebahagian besar otak mengalami kerosakan yang mempengaruhi pergerakan badan dan kordinasi otot-otot.

Simptom/tanda-tanda Perkembangan/pertumbuhan lambat Hanya menggunakan sebelah tangan Mengalami masalah penyusuan/makan Kerap menangis, merengek, meragam tanpa sebab atau terlalu diam dan kurang tindakbalas terhadap ransangan Mengalami sembelit dan cepat marah Faktor/punca: Sebelum lahir; - berlaku jangkitan pada rahim seperti rubella, cytomegalovirus & toxoplasmosis sehingga menyebabkan kecederaan pada sistem saraf bayi. - ibu mengalami penyakit seperti darah tinggi, kencing manis & kurang darah semasa mengandung - si ibu mengalami pendarahan teruk semasa mengandung - kekurangan bekalan oksigen (anoxia) - Pendedahan kepada bahan2 toksik (alkohol, rokok & dadah)

merencatkan pertumbuhan organ-organ seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya. - Kekurangan zat makanan seperti makanan seimbang, vitamin & asid folik boleh menjejaskan pertumbuhan janin. Faktor genetik masalah terlebih kromosom (Trisomi 13 & Trisomi 18) menyebabkan muka, jantung, otak, kaki & tangan janin mengalami kecacatan. Semasa lahir; - kelahiran tidak cukup bulan (premature birth) - bayi mengalami kecederaan otak semasa lahir - bayi lemas semasa lahir - bayi tertelan najis sendiri - jangkitan kuman semasa lahir - penyakit kuning (jaundis)

Selepas proses kelahiran; - Asphyxia penyakit asma yang menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak - Shaken Baby Syndrome bayi yang digoncang terlalu kuat semasa menangis - Keracunan ubat-ubatan panadol, minyak tanah dsbgnya. - Tertelan benda asing guli, duit siling - berlaku kecederaan otak akibat kemalangan, penderaan @ penganiayaan fizikal. Jenis-jenis Cerebral Palsy Dikategorikan kepada 3 jenis Spastik (otot-otot keras) -Biasanya berlaku kekejangan pada sebelah kanan badan -Jika kaki & tangan kanan kejang hemiplegia -Jika kedua-dua belah kaki kejang diplegia Seluruh badan quadriplegia Ataxia -Otot-otot tangan & kaki lembik -Keadaan pergerakan motor tidak stabil dan bergegar. Athetoid/Diskinetik - Pergerakan abnormal yang tidak boleh dikawal. - Kecederaan pada muka, tangan, badan. Ini akan menyebabkan

kesulitan dalam percakapan, cara makan, memegang benda dan pergerakan motor. Kaedah rawatan/terapi Terapi fizikal - Lebih kepada senaman untuk melonggarkan otot-otot seperti regangan (stretching) - Contoh; kanak2 yang mempunyai kaki yang tidak sama panjang akan menggunakan kasut khas yang bertumit tinggi pada kaki yang lebih pendek. - Kanak2 yang tidak boleh berjalan diajar berjalan menggunakan tongkat, kerusi roda, crutches, walkers. Terapi hidro/air - Sesuai untuk perkembangan fizikal melalui pergerakan motor halus dan kasar. - Ransangan air membolehkan pesakit merasa tenang. - Aktiviti dalam air dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui regangan dan seterusnya melembutkan fungsi-fungsi sendi & meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot. Terapi cara kerja (Occupational Therapy) - Terapi yang fokus kepada meningkatkan perkembangan motor halus seperti tangan, kaki, muka, jari tangan dan kaki. - Mengajar kemahiran asas seperti cara berpakaian, cara makan, cara pergi ke tandas dan sebagainya. - Penggunaan alatan sokongan seperti kerusi roda bagi memudahkan kehidupan mereka. Terapi pertuturan - Melatih pergerakan bibir dan lidah - Terapi ini sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bercakap dan makan. - Dilatih untuk mengungkapkan kata-kata verbal & non-verbal (bahasa isyarat) Terapi Integrasi Sensori - Pendekatan yang digunakan untuk membolehkan kanak-kanak mencapai tahap optimum dari segi pergerakan dan memperbaiki keseimbangan. - Contoh: sentuhan & urutan pada bahagian badan dengan bantuan alatalat sokongan seperti styrofoam chips, air dan alat permainan. Terapi ubat-ubatan - Ubat-ubatan untuk mengurangkan masalah ketegangan. - Contoh: Diazepam, Baclofen, and Dantrolene - Suntikan ubat Botulinum Toxin pada bahagian otot-otot yang

tegang. Pembedahan/Surgery - Pembedahan hanya akan dijalankan sekiranya perlu. - Contoh: Mereka yang berjalan menggunakan hujung kaki - Pembedahan orthopedic untuk memanjangkan urat kaki akan dilakukan. - Ini membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah berjalan dan kawalan keseimbangan. Peralatan (special equipment) Penggunaan peralatan yang sesuai untuk kanak-kanak cerebral palsy. Tujuan: untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti dan menjalani rawatan/pemulihan. Contoh: kerusi roda & walker RUMUSAN Kanak-kanak cerebral palsy tidak boleh sembuh sepenuhnya. Akan tetapi terdapat pelbagai kaedah rawatan yang boleh membantu mereka memaksimumkan keupayaan dan kekuatan fizikal, dan seterusnya dapat memperbaiki kualiti kehidupan mereka. Rawatan/terapi yang dilakukan membolehkan mereka mengurus kehidupan seharian sendiri seperti kebolehan menjaga kebersihan diri, pengurusan pakaian, kebolehan bertutur walaupun tidak lancar dan sebagainya.

dipetik dari penaminda

rawatan buat cerebral palsy


on: August 17, 2009, 10:24:22 PM

Hak Cipta Terpelihara 2013, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan Mozilla Firefox 3 ke atas. Resolusi terbaik 1024 x 768 pixel. Dikemaskini terakhir pada 07/11/2013 @ 2:40 pm Pernyataan Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman