You are on page 1of 6

Tajuk : Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah,

Berita Harian. Tuliskan sepucuk surat permohonan kepada akhbar tersebut.

Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Darau, 22000 Jerteh, Terengganu.

Ketua Pengarang, Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) , Berita Harian Sendirian Berhad, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

10 JANUARI 1997

Tuan, Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin memaklumkan bahawa persatuan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) pada 27 Januari 1997, jam 9.30 pagi. 2. Rombongan kami terdiri daripada 30 pelajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit ADD ditubuhkan dan bagaimana mengendalikannya. 3. 4. Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan. Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.

Sekian. Yang benar, Nazimah .. ( NAZIMAH NAZIM ) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Darau, 22000 Jerteh, Terengganu

Contoh Surat Kiriman Rasmi Surat Aduan Nazleen Bte Ahmad No. 3 Jalan Bunga Matahari Singapura 443420

Pegawai Perhubungan Kementerian Persekitaran 7. Jalan Sentosa Singapura 112999

26 September 2007

Tuan, Aduan Tentang Pantai Yang Tercemar Merujuk perkara di atas, saya, Nazleen Bte Ahmad, seorang pelajar dari SekolahMenengah Tanjung Bunga ingin mengadu tentang pantai yang terletak berdekatan sekolah sayayang kian tercemar. Saya juga ingin memberi beberapa cadangan agar pihak tuan dapatmengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memajukan pantai ini sebagai destinasipelancongan. 2. Pantai yang saya sebutkan di atas, dahulunya merupakan sebuah pantai yang indah danbersih. Kebelakangan ini saya dapati terdapat sebilangan pengguna yang telah mengubahkeadaan pantai ini. Kini, pantai tersebut penuh dengan sampah sarap. Sampah sarap ini bolehsahaja didapati di tepian pantai, tetapi juga di laut. Akibat daripada hal ini, banyak serangga danbinatang pemusnah sudah mula kelihatan berkeliaran di sana sini, membuat pantai tersebut tidaksesuai untuk aktiviti bersantai. Selain sampah, kerap juga air laut dicemari minyak yang tumpahdari kapal-kapal besar. 3. Saya harap denda yang lebih ketat dikenakan kepada sesiapa yang didapati bersalahmencemarkan kawasan pantai ini. Selain itu, pihak tuan juga boleh menganjurkan satu kempenyang boleh menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat negara ini tentang tanggungjawabmereka menjaga kebersihan dan keindahan pantai tersebut. 4. Akhir sekali, pantai yang bersih boleh menjadi satu daya tarikan para pelancong.Memandangkan ekonomi Singapura banyak bergantung kepada industri pelancongan, pantaitersebut boleh dijadikan sebagai satu daya tarikan pelancong. Selain daripada pantai yangbersih, saya sarankan agar pantai tersebut dibangunkan. Kemudahan ataupun perkhidmatanseperti sukan air mahupun pembinaan calet boleh difikirkan. Tentu sekali dengan adanyakemudahan dan perkhidmatan seperti ini, pantai ini dapat dimajukan lagi.

5. Saya amat berharap agar pihak tuan mengambil tindakan secepat mungkin bagimengatasi masalah pantai yang tercemar ini. Saya juga berharap cadangancadangan yang telahsaya berikan akan dipertimbangkan. Sekian. Saya yang menurut perintah

(Nazleen Bte Ahmad) Pelajar Sekolah Menengah Tanjung Bunga.

Contoh Surat Kiriman Rasmi - Surat Permohonan Soalan: Anda ingin menemui seorang tokoh perjuang kemerdekaan di Malaysia.Tuliskan sepucuk surat kepada tokoh berkenaan. Dalam surat itu, nyatakantujuan dan sebabsebab anda ingin menemui beliau. Aliman bin Haji Suip Blk 321 #04-1559 Ang Mo Kio Avenue 1 Singapura 560321

Tuan Haji Jumain bin Abu Samah 45, Jalan Temenggong Ahmad, 80100 Johor Bahru Johor Darul Takzim

4 April 2004

Tuan Haji, Memohon Persetujuan Untuk Mewawancara Berhubung dengan perkara di atas, saya mewakili majalah Tunas, majalah tahunanSekolah Menengah Sembawang bercadang ingin mewawancara Tuan Haji, bagi mendapatkanmaklumat tentang perjuangan Tuan Haji dalam menuntut kemerdekaan. 2. Menurut guru Sejarah kami, sumbangan Tuan Haji menuntut kemerdekaan bersama-sama Datuk Onn Jaafar amat bermakna sekali.Perjuangan Tuan Haji patut direkod untuk kajiangenerasi akan datang. 3. Jika tidak menjadi keberatan, kami ingin mengcungkil latar belakang keluarga,pendidikan serta penglibatan politik Tuan Haji.Kami bercadang untuk berkunjung ke rumah TuanHaji pada cuti sekolah penggal akan datang ini iaitu pada hari Isnin, 1 Jun 2004. 4. Kami berharap agar hasrat kami tidak menjadi kesulitan bagi pihak Tuan Haji.Kamiakan menghubungi Tuan Haji kemudian untuk mendapatkan kepastian. Kerjasama dan perhatianTuan Haji, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang Benar Aliman Aliman bin Haji Suip Ketua Pengarang, Majalah Tunas

Soalan :Di kawasan tempat tinggal anda terdapat pelbagai masalah keselamatan yang timbul berpuncadaripada pendatang asing yang terlalu ramai di kawasan itu. Sebagai wakil penduduk di tempat anda. tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkuasa bagi mengadukan hal tersebut agar masalahini dapat diselesaikan.Contoh jawapan surat rasmi. Lin Cheng Heng, No.6, Jalan Limau Purut 3, Taman Cheras Perdana, 52400 Kuala Lumpur.

Ketua Balai, Balai Polis Cheras, Jalan Ikan Emas 2, 53000 Cheras, Kuala L

16 JULAI 2008

Tuan, Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku setiausaha penduduk Taman Perdana, inginmembuat aduan tentang masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di kawasantempat tinggal kami. Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbulsehingga mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini. 2. Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin keranabanyak bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai pekerja tanpa izinbertumpu di kawasan ini untuk bekerja sebagai pekerja bangunan kerana di mana ada gula, di situada semut. Kebanyakan daripada pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4 danJalan Tembikai 3. Mereka tinggal di dalam pondok-pondok sementara yang disediakan oleh pemajudan didirikan daripada kayu. Perkara yang membimbangkan kami ialah sebahagian daripadapendatang tanpa izin tersebut melakukan pelbagai jenayah dan mengancam keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini. 3. Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan makmur.Namun begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah segala-galanya.Kejadian kecurian dan rompakan sering kali berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Sehingga kiniterdapat 6 kejadian pecah rumah dan rompakan yang telah diadukan kepada pihak polis.Kebanyakan rompakan tersebut melibatkan senjata tajam seperti parang dan senjata tajam yanglain. Hal ini menyebabkan kami berasa takut sekiranya kejadian seperti itu berulang semula. Kamijuga percaya bahawa kejadian jenayah tersebut melibatkan pendatang tanpa izin melalui pertuturan mereka semasa kejadian jenayah itu berlaku. Hal seperti ini amat merungsingkanpenduduk di kawasan ini. 4. Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak sopanterhadap penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat

daripada bekerjatelah diganggu dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkankata-kata berbau lucah kepada penduduk di kawasan ini sehingga pernah menyebabkanpergaduhan di antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di taman ini. Sebagai ibu bapa dikawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas keluargakami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah,sediakan payung sebelum hujan. Kami tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yangakan menjadi mangsa akibat kelewatan kita mengambil tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur. 5. Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut jugamelakukan pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kamimaklumi melalui beberapa orang penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketikamelakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di kawasantempat tinggal kami. Keadaan ini juga amat membimbangkan penduduk di kawasan ini kerana kamitakut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan mengambil tindakan awal kerana mencegahlebih baik daripada mengubati. 6. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakandengan secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan membuat serbuan dan menangkap pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami jugamencadangkan agar pihak tuan dapat membuat rondaan dengan lebih kerap supaya kejadianjenayah yang membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya pihak tuan memerlukanbantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami sedia menghulurkan bantuan yangdiperlukan. 7. Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnyadengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama daripadapihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas,

Linchengheng (LIN CHENG HENG) Setiausaha, Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.