You are on page 1of 59

Baru-baru ini, Forum Keamanan Perdana III, “Membongkar

Jenayah Peperangan: Menjenayahkan Peperangan”, 5-7


Februari 2007 di PWTC, Kuala Lumpur, begitu banyak hujah-
hujah berserta bukti-bukti dan akuan bersumpah mereka yang
menjadi mangsa peperangan, terutama di Asia Barat,
diutarakan. Isu isu yang tiada penyelesaian seperti Isu
Palestin, Penentangan ke atas Penubuhan Israel, Pencerobohan
Iraq dan tafsiran Barat, terutama AS dan UK terhadap
keganasan yang berpunca kunun-kunun dari umat Islam
begitu intensif dibincangkan.

Pakar-pakar perundangan, sains radiasi, ekonomi


antarabangsa, hubungan antarabangsa dan diplomasi, mantan
penjawat utama PBB, penganalisa politik, termasuk dari Barat
dan ahli politik AS yang menentang peperangan sendiri
membentangkan kes-kes mereka mengenai kekejaman yang
timbul dari dasar dan tindakan AS, UK, Israel dan Australia
kepada berjuta umat Islam tidak berdosa dan tertindas di
sekitar Asia Barat. Berpuluh kertas kerja dibentangkan dan
sesi soal jawab yang tidak kurang hangat menyusul di setiap
akhir setiap sessi.

Semasa Ucaputama Majlis Pembukaan persidangan ini, mantan


Perdana Menteri Malaysia dengan lantang menegaskan bahawa
“Sejarah sepatutnya mengingati bahawa Blair dan Bush ialah
sebagai Pembunuh Kanak Kanak dan/atau Perdana Menteri dan
Presiden yang berbohong! Apa yang Blair dan Bush telah
lakukan adalah lebih buruk dari apa yang Saddam telah
lakukan. Kita tidak sepatutnya menggantung Blair sekiranya
Tribunal Peperangan ini mendapati mereka bersalah TETAPI
mereka seharusnya membawa label dan dikenali sebagai
Penjenayah Perang, Pembunuh Kanak-kanak dan Pembohong.
Ini juga sepatutnya kepada Bush dan Bush yang di dalam
poket, yang tinggal di Bushland”.

Usaha mengadakan Suruhanjaya Peperangan Kuala Lumpur,


yang akan mengkaji aduan aduan bersumpah dan membawa
kes-kes mereka yang dizalimi dari sudut jenayah peperangan
dan hak-hak mereka yang dicabuli, akibat kancah konflik
“haram” kepada Tribunal Peperangan Kuala Lumpur mendapat
perhatian dunia. Kes-kes seperti Ali Shalah, Abbas Zaid (yang
diseksa tentera pencoboh AS dipenjara Al Ghuraib) dan rayuan
remaja tidak berdosa, Najwa kerana dizalimi tentera ganas
Israel adalah manifestasi berapa pentingnya kancah konflik
bersenjata ini perlu diharamkan dan pemimpin Barat seperti
George W Bush, Tony Blair dan John Howard wajar dilabel
sebagai “Pembohong, Pembunuh Kanak-kanak dan Penjenayah
Perang” oleh warga dunia, termasuk rakyat mereka sendiri dan
ini kekal sebagai mercutanda mereka dalam lipatan sejarah.

Semasa Ucapan Penggulungan pula, Tun Dr Mahathir


menegaskan bahwa bangsa Barat tidaklah seperti bangsa
Timur. Kita di Malaysia ini sudah menjalankan perhubungan
dan perdagangan dengan bangsa Timur seperti China melebihi
1000 tahun dan mereka tidak pernah sekalipun mengancam
keselamatan kita, apatah lagi ingin menceroboh dan menakluki
kita. Tidak seperti Barat, mereka yang asalnya datang untuk
berdagang, mudah sangat merasa tamak dan ingin membolot
kepentingan perdagangan itu dengan menggunakan kuasa. Ini
dibuktikan banyak kali oleh Portugis, Sepanyol, Belanda,
Inggeris dan akhir sekali, Amerika, semenjak 500 tahun ini.
Akibatnya, banyak tanah tanah di Asia ini jatuh kepada
pencerobohan dan penjajahan Barat dalam tempoh itu dan
peperangan dan keganasan merupakan saluran untuk sampai
kepada agenda ketamakan itu.

Dunia melihat bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan


Perdana Menteri Malaysia merangkap mantan Pengerusi NAM
dan OIC, makin lantang mengutarakan pandangan dan
pendirian menentang dasar berat sebelah Barat, terutama AS,
UK dan sekutu-sekutu kuat mereka dalam banyak isu
melibatkan diplomasi antarabangsa, isu Palestin dan konflik
Asia Barat, isu Afghanistan, isu perdagangan, isu keganasan
berstruktur mengunakan bala tentera dan sebagainya. Semasa
beliau dalam jawatan, pemimpin kuasa besar dunia seperti
Presiden Perancis Jacques Chirac dan terakhir sekali, Presiden
Russia Vladimir Putin sanggup menurunkan sokongan mereka
kepada isu-isu yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir. Penentang
imperialisme Barat AS paling utama, iaitu Presiden Fidel Castro
juga amat mengagumi mantan Perdana Menteri Malaysia ini
kerana ketegasan dan sikap terbuka, kepada isim dan roh
sebenar ‘demokrasi’, iaitu hak suara ramai didengar (bukan
tafsiran demokrasi ala AS, yang memberi tafsiran berat
sebelah yang hanya mementingkan mereka sahaja!)

Tun Dr Mahathir juga menerima banyak perhatian negatif dan


kecaman media Barat apabila dalam tahun 90-an, beliau
dengan lantang mendedahkan bahawa kaum Yahudi
‘mengawal’ dunia secara proksi.

Hari ini, sebagai rakyat Malaysia dan warga dunia, beliau


masih lagi begitu lantang mempersoalkan dengan penuh
keyakinan bahawa kuasa Barat seperti AS, UK dan sekutu
mereka seperti Australia mengunakan kudrat mereka untuk
menzalimi dunia, terutama sebahagian orang-orang Islam di
Asia Barat. Kini beliau memulakan usaha antarabangsa dalam
menggelar pemimpin AS, UK dan Australia iaitu George W
Bush, Tony Blair dan John Howard sebagai “Pembunuh kanak-
kanak, pembohong dan penganas”!

Suara lantang Tun Dr Mahahir ini datang dari seorang


pemimpin yang akan mencecah 82 tahun, Julai ini. Adat alam,
jika kita semua, warga dunia bergantung kepada insan mulia
ini meneruskan Perjuangan ini, mungkin tidak lama. Persoalan
sekarang, siapa lagi yang tinggal dalam dunia ini yang mampu
meneruskan obor Perjuangan menentang kezaliman dan
ketidakadilan Barat, selepas Tun Dr Mahathir?

Apakah ada pemimpin-pemimpin dunia Islam hari ini, yang


cukup “merdeka” dan “bebas” dari ‘belenggu’ Barat, untuk
benar-benar memperjuangkan hak dan kesengsaraan saudara-
saudara seIslam mereka? Pemimpin mana yang mampu
mengatakan yang benar dan hak, tanpa sebarang sekatan dan
tekanan, sama ada langsung atau tidak? Pemimpin mana yang
sanggup dan ada waja diri untuk bangkit dan didengari, bagi
pihak mereka yang tidak berdaya “berbunyi”?

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, Malaysia? Raja Al


Malik Abdullah Al Saud? Raja Abdullah, Jordan? Presiden Gen
Pervez Musharaff, Pakistan? Presiden Muammar Al Ghadaffi,
Libya? Presiden Bashir Al Assad, Syria? Raja Sheikh Al Sabah,
Kuwait? Presiden Sheikh Al Makhtoum, UAE? Presiden Hosni
Mubarak, Mesir? Sultan Hassanal Bolkiah, Brunei? Presiden
Susilo Bambang Yudhoyono, Indonesia? Presiden Ahmadinejad,
Iran?

Mungkin hadiah keamanan tahunan Alfred Nobel yang amat


berprestij yang dicadangkan beberapa NGO di Bosnia dan
Croatia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya belum
memadai bagi dunia betul-betul menghargai usaha,
keberanian, kecekalan dan ketegasan beliau meletakkan apa
yang hak di tempatnya. Dunia akan benar-benar menunjukkan
penghargaan apabila ada legasi meneruskan apa yang Tun Dr
Mahathir Mohamad buat selama 25 tahun ini, terutama dari
ketegasan mesej-mesej beliau melalui Perdana Global Peace
Organisation.

Semoga warga dunia beroleh kebaikan sejagat dan diberkati


Allah s.w.t., dari langkah yang dimulakan, YABhg Tun Dr
Mahathir Mohamad, insan warga dunia yang unggul, abad ini.
Keselamatan adalah salah satu aspek yang paling penting untuk dikaji dan dan dianalisa,
dalam konteks kajian disiplin hubungan antarabangsa. Ada pelbagai tafsiran dan hujah
pendapat yang dikemuka oleh para sarjana dalam disiplin ini mengenai konsep
keselamatan. Antaranya, hujah pandangan dan tafsiran yang diberikan oleh sarjana aliran
Realis. Kesemua sarjana-sarjana aliran paradigma Realis, memberikan tafsiran dan hujah
pandangan konsep keselamatan dalam bentuk pemahaman ancaman ketenteraan oleh
sebuah aktor negara terhadap aktor negara yang lain dalam sistem
antarabangsa(Dunne&Schmidt 2001).

Namun dewasa ini, beberapa peristiwa dan fenomena semasa yang berlaku dalam hal
ehwal hubungan antarabangsa yang kontemporari telah mencabar andaian pendekatan
pemahaman Realis mengenai isu ini. Semenjak berakhirnya era Perang Dingin hampir
satu setengah dekad yang lalu, persepsi ancaman terhadap keselamatan antarabangsa
telah berubah daripada pemahaman serangan ketenteraan dari sesebuah negara terhadap
negara lain yang juga digelar sebagai traditional security kepada non-traditional
security atau ancaman keselamatan bukan tradisional yang tidak melibatkan penggunaan
kuasa ketenteraan(Sandler 1999)

Masalah pencemaran alam sekitar global, isu perdagangan dan perniagaan haram seperti
penyeludupan manusia, pengedaran dadah, dan senjata api turut menjadi faktor bukan
ketenteraan yang memberikan ancaman terhadap keselamatan antarabangsa. Semenjak
berakhir era Perang Dingin, keganasan antarabangsa telah menjadi bentuk ancaman
bukan ketenteraan yang utama terhadap keselamatan antarabangsa. Beberapa peristiwa
keganasan, yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pengganas antarabangsa di seluruh
dunia semenjak lebih sedekad yang lalu telah membuktikan hal ini.

Peristiwa-peristiwa keganasan antarabangsa yang berlaku diseluruh dunia, jelas


memaparkan kelemahan andaian pendekatan Realis yang begitu pesimis meletakkan
negara sebagai aktor utama di dalam pentas politik hubungan antarabangsa. Bagi Realis
peranan aktor bukan negara dalam hal ehwal hubungan antarabangsa kurang penting
walaupun mereka mengambil bahagian. Kegiatan keganasan antarabangsa, yang semakin
meningkat dewasa kini telah membuktikan bahawa aktor bukan negara semakin
memainkan peranan yang penting dalam hal ehwal hubungan antarabangsa
kontemporari(Smith 1998)
Peristiwa serangan kumpulan pengganas antarabangsa terhadap bandaraya New York
dan Washington D.C pada 11 September 2001 telah memberi implikasi yang begitu
signifikan terhadap soal kelamatan AS dan keselamatan antarabangsa. Buat pertama
kalinya aktor bukan negara iaitu kumpulan pengganas antarabangsa, telah membawa
kemusnahan yang begitu dahsyat dan melibat jumlah kematian orang awam dalam
jumlah yang besar(Witcham 2002). Selain itu, cara serangan dan sasaran tindakan
keganasan mereka telah membawa kesan yang begitu mengejutkan. Ia telah
membuktikan, keupayaan dan kemampuan kumpulan pengganas untuk bertindak diluar
jangkaan pemahaman aliran Realis yang selama ini dianggap sebagai aktor yang kurang
penting dalam hal ehwal hubungan antarabangsa kontemporari. Sebelum tragedi 11
September, AS tidak pernah diserang oleh mana-mana negara atau kumpulan tentera.
Namun beberapa tempat, di AS dan kepentingan AS diseluruh dunia pernah diancam
oleh serangan kumpulan pengganas sebelum tragedi tersebut(Perry 2003).

Tragedi tersebut, telah mendorong AS membuat anjakan paradigma dalam dasar luarnya.
Kumpulan-kumpulan pengganas antarabangsa, khususnya pertubuhan keganasan
antarabangsa Al-Qaeda telah dianggap sebagai musuh utama terhadap keselamatan AS.
Kempen memerangi keganasan antarabangsa menjadi tema utama dasar luar AS dibawah
pentadbiran presiden George W.Bush. Kempen memerangi keganasan antarabangsa juga
memaparkan tindakan AS yang cenderung untuk menjadikan masyarakat dan negara-
negara Islam sebagai sasaran mereka(Foot 2002).

Peristiwa serangan kumpulan pengganas antarabangsa pada 11 September 2001, juga


dilihat oleh negara-negara lain sebagai percubaan untuk mencabar hegemoni kekuasaan
dan status AS sebagai sebuah aktor negara kuasa besar dunia unipolar semenjak
berakhirnya era Perang Dingin pada tahun 1989(Smith 2002). Serangan yang dilakukan
oleh kumpulan pengganas antarabangsa, buat pertama kali terhadap bangunan berkembar
pusat dagangan dunia New York dan kompleks jabatan pertahanan Pentagon di
Washington D.C dalam skala yang begitu besar telah membawa pemahaman baru
terhadap keselamatan antarabangsa(Wilkinson 2002). Selain itu peristiwa 11 September,
juga telah mencabar keupayaan sistem pertahanan AS yang dipercayai paling canggih di
dunia semenjak berakhir era Perang Dingin(O’Neil 2001)

AS tidak pernah menjangka, aktor bukan negara iaitu kumpulan pengganas antarabangsa
berupaya untuk memberi ancaman yang begitu besar dan signifikan terhadap
keselamatannya. Selepas tragedi 11 September, pentadbiran AS di Washington D.C telah
menukar persepsi dan pandangan mengenai ancaman sebenar terhadap keselamatannya
semenjak tamat era Perang Dingin(Dillon 2002). Sebelum tragedi 11 September,
khususnya semasa era Perang Dingin AS sentiasa bergantung kepada andaian
pemahaman Realis iaitu ancaman terbesar terhadap keselamatannya datang dari aktor
negara kuasa besar komunis Kesatuan Soviet dan China. Pemahaman ini juga didorong
oleh kepercayaan bahawa negara-negara kuasa besar tersebut mempunyai sistem peluru
berpandu senjata nuklear yang boleh dihalakan kepada AS pada bila-bila masa(Hick
2003).

Namun selepas tragedi peristiwa 11 September, andaian dan ramalan AS ternyata kurang
tepat. Sebaliknya, AS mula berpandangan bahawa aktor bukan negara iaitu kumpulan
pengganas antarabangsa berpotensi untuk menjadi ancaman sebenar terhadap
keselamatannya melalui tindakan keganasan mereka yang diluar jangkaan. Dalam
kempen memerangi keganasan antarabangsa, AS telah membahagikan negara-negara di
dunia kepada dua kem. Kem yang pertama adalah, negara-negara yang dianggap
menyokong AS dalam kempen memerangi kegananasan antarabangsa. Manakala kem
yang kedua negara-negara yang dianggap tidak menyokong kempen memerangi
keganasan antarabangsa dan mereka dianggap oleh Washington sebagai menyokong
kumpulan-kumpulan pengganas serta aktiviti keganasan mereka(Gershman 2002).

Peristiwa 11 September juga, memaparkan implikasi yang signifikan terhadap


masyarakat dan negara-negara Islam diseluruh dunia. Mereka telah dikaitkan, dengan
imej keganasan melalui paparan media massa terutamanya dari negara-negara
Barat(Utusan Malaysia 2002). AS yang menjadikan kumpulan rangkaian antarabangsa
Al-Qaeda sebagai sasaran utama kempen memerangi keganasan antarabangsa telah
memberikan tumpuan dan perhatian yang serius terhadap negara-negara dan rantau yang
mempunyai bilangan masyarakat Islam yang majoriti. Ini kerana melalui maklumat
agensi perisikannya iaitu CIA dan FBI, AS mendapati kumpulan rangkaian antarabangsa
Al-Qaeda beroperasi dan menjalankan kegiatan mereka secara selamat dan tersembunyi
di negara-negara yang mempunyai bilangan masyarakat Islam yang majoriti(Talcott
2002).

AS telah memberikan tumpuan kepada tiga kawasan rantau yang didiami oleh
masyarakat Islam majoriti. Pertama adalah rantau Asia Barat atau Timur Tengah,rantau
ini mendapat perhatian yang paling penting dari pentadbir AS di Washington D.C selepas
tragedi 11 September(Gershman 2002). Ini disebabkan, AS mendapati anggota
kumpulan-kumpulan pengganas yang terlibat tragedi 11 September, berasal dari rantau
tersebut. Selain faktor tersebut, melalui maklumat agensi perisikannya AS telah lama
mengetahui kewujudan dan kegiatan operasi kumpulan Al-Qaeda di rantau Asia Barat.
Malahan anggota-anggota kumpulan militan Islam, di rantau ini turut bertanggungjawab
menyebarkan ideologi perjuangan mereka ke negara-negara majoriti masyarakat Islam
yang lain di dunia(Ecker 2003).

Terdapat berbagai definisi dan tafsiran mengenai keganasan. Namun secara umumnya,
para sajana hubungan antarabangsa memberikan definisi keganasan sebagai satu bentuk
tindakan kekejaman dan kekerasan yang didorong oleh motif politik dengan menjadikan
kumpulan-kumpulan orang awam sebagai sasaran tindakan mereka. Tindakan kekejaman
ini juga bertujuan untuk memberikan kesan kepada kerajaan atau pihak berkuasa. Bentuk
keganasan, boleh dibahagikan kepada dua iaitu keganasan domestik dan keganasan
antarabangsa. Keganasan domestik membawa maksud bahawa bentuk keganasan yang
dilakukan oleh anggota-anggota pengganas didalam sesebuah negara tertentu dan sasaran
tindakan keganasan mereka adalah dalam lingkungan sempadan negara tersebut sahaja.
Keganasan antarabangsa pula merujuk kepada aktiviti-aktiviti keganasan yang dilakukan
oleh warganegara berbagai negara dan sasaran tindakan keganasan mereka adalah
diseluruh dunia(Duncan, Webster, Switky 2002;272).
Washington D.C(District of Columbia) adalah ibu negara dan pusat pemerintahan bagi
negara persekutuan AS. Nama Washington diambil sempena presiden AS yang pertama
iaitu George Washington. Pentagon adalah nama rasmi bangunan kompleks jabatan
pertahanan AS. Nama tersebut diambil memandangkan bentuk kompleks bangunan
tersebut yang berbentuk lima segi atau pentagon.
Serangan ini dipercayai dilakukan oleh 19 anggota kumpulan pengganas warganegara
Arab Saudi dan Mesir yang beragama Islam. Serangan tersebut, dilakukan oleh
pengganas dengan merampas empat buah kapal terbang penumpang milik syarikat
American Airlines yang dirampas semasa dalam perjalanan dari Miami di negeri Florida
menuju ke New York pada jam 8.45 pagi waktu bahagian timur AS tanggal 11 September
2001. Dua daripada empat kapal terbang, yang dirampas berjaya mensasarkan dua buah
bangunan berkembar pusat dagangan dunia New York. Sebuah lagi disasarkan kepada
bangunan kompleks jabatan pertahanan Pentagon di Washington D.C. manakala pesawat
kempat yang dirampas tidak menepati sasaran, dan telah terhempas di sebuah padang
lapang di Somerset County dalam negeri Pennsylvania salah sebuah negeri dalam
persekutuan AS. Dalam tragedi ini, dianggarkan seramai 5,000 orang dari pelbagai
negara telah maut(Mitchell 2002).
Dalam konteks artikel ini, penulis menggunakan singkatan AS untuk Amerika Syarikat
dalam keseluruhan penulisan artikel yang bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja
penulisan.
Peristiwa 11 September merujuk kepada insiden serangan kumpulan pengganas
antarabangsa terhadap bangunan berkembar pusat dagangan dunia di New York dan
Pentagon di Washington D.C pada 11 September 2001.
Semenjak mencapai kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1786, serangan
ketenteraan yang pertama berlaku pada tahun 1814 apabila tentera British telah
membakar Capitol Hill dan Rumah Putih. Semasa Perang Dunia Kedua, tentera Jepun
telah menyerang pangkalan tentera laut AS di Pearl Harbor pada 7 Disember 1941.
Pada tahun 1994, pengganas telah meletupkan sebuah bangunan kerajaan persekutuan
AS di Oklahama City dalam negeri Oklahoma. Peristiwa tersebut, telah menyebabkan
kematian seramai 400 ratus orang. Pengganas yang mendalangi peristiwa tersebut adalah
rakyat AS sendiri yang bernama Timothy McVeigh yang ditangkap serta dibicarakan dan
telah dihukum mati setelah didapati bersalah. Pada tahun 1995, pengganas telah
menyerang kem tentera AS di Dhahran Arab Saudi yang mengakibatkan seramai 19
orang anggota tentera AS terbunuh. Pada 7 haribulan Ogos 1998, bangunan kedutaan AS
di Dar-Es-Salam di Tanzania dan Nairobi Kenya telah diletupkan secara serentak oleh
kumpulan pengganas. Manakala pada 12 Oktober tahun 2000, kapal perang tentera laut
AS iaitu USS Cole telah dipasang dengan bom yang diletupkan oleh kumpulan
pengganas yang menyebabkan 17 anak kapal telah terbunuh. Empat daripada lima
insiden keganasan tersebut dipercayai angkara rangkaian antarabangsa Al-Qaeda.
Al-Qaeda adalah nama dalam bahasa Arab yang bermaksud Kem Latihan. Sejarah
penubuhan pertubuhan Al-Qaeda boleh dikesan pada tahun-tahun lewat 1970an dan awal
1980an semasa berlaku konflik perang Afghan. Semasa peringkat awal penubuhannya,
Al-Qaeda bukan sebuah pertubuhan yang bersifat melakukan aktiviti-aktiviti keganasan
di seluruh dunia. Sebaliknya tujuan dan matlamat sebenar pertubuhan Al-Qaeda adalah
berperanan untuk mengambil rekrut-rekrut sukarelawan Islam dari negara-negara Arab
serta Asia Barat dan negara-negara yang mempunyai bilangan masyarakat Islam majoriti
melalui satu badan khusus yang digelar Biro Afghan. Rekrut-rekrut sukarelawan Islam
yang diambil akan dihantar untuk membantu pejuang mujahidin Afghan yang menentang
pencerobohan dan pendudukan tentera komunis Kesatuan Soviet di Afghanistan.
Sebelum dihantar ke Afghanistan, rekrut-rekrut sukarelawan Islam ini akan dilatih oleh
Biro Afghan di kem-kem latihan yang terletak di Asia Barat dan Pakistan. latihan yang
diberikan kepada rekrut sukarelawan ini adalah berbentuk kaedah perang gerila dan
taktik peperangan bukan konvensional. Tokoh-tokoh individu yang bertanggungjawab
mengasaskan pertubuhan Al-Qaeda adalah Ayman Al-Zawahri, Abdullah bin Azzam, dan
Prince Turki bin Faisal bin Abdul Aziz. Osama bin Laden menyertai pertubuhan ini, pada
tahun 1985 melalui Biro Afghan dan telah pergi ke Afghanistan untuk berjuang bersama
pejuang-pejuang Mujahidin Afghan. Sepanjang berlaku konflik Afghan, Osama bin
Laden telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membiayai sebahagian besar
bantuan kewangan kepada rekrut-rekrut sukarelawan Islam di Afghanistan. Selepas
tamat Perang Afghan serta berakhir era Perang Dingin, Osama bin Laden telah dipilih
untuk mengetuai pertubuhan Al-Qaeda. Dibawah kepimpinan beliau, Osama bin Laden
telah mengubah tujuan dan matlamat penubuhan Al-Qaeda. Beliau telah menjadikan Al-
Qaeda sebagai sebuah pertubuhan untuk mencapai cita-citanya. Osama bin Laden
bercita-cita untuk menghidupkan kembali sistem pemerintahan Islam yang
bersumberkan hukum perundangan Islam iaitu Syariah di negara-negara dan rantau yang
mempunyai majoriti masyarakat Islam. Melalui pertubuhan Al-Qaeda yang dipimpinnya,
Osama bin Laden ingin menyatukan semua negara-negara yang majoriti beragama Islam
menjadi satu entiti politik yang dikenali sebagai sistem Khilafat yang pernah wujud
semasa empayar Islam pada abad ke 12 dan 14. Beliau melihat, AS dan negara-negara
barat lain sebagai penghalang utama terhadap cita-citanya untuk tujuan tersebut. Untuk
mencapai cita-citanya, Al-Qaeda dibawah pimpinan Osama bin Laden mula melakukan
tindakan aktiviti-aktiviti bercorak keganasan di seluruh dunia dengan menjadikan
kepentingan dan institusi AS serta negara sekutunya sebagai sasaran utama.
Penganalisis politik antarabangsa cenderung untuk menghujahkan pandangan mereka
bahawa polarity atau tumpuan pola kuasa politik dunia hubungan antarabangsa telah
berubah daripada polariti kuasa Dwi-polar kepada Unipolar selepas tamat era Perang
Dingin. Antara penganalisis politik antarabangsa yang berpandangan sedemikian adalah
Charles Krauthammer. Dalam penulisan artikel yang bertajuk The Unipolar Moment
dimuatkan dalam majalah Foreign Affair pada tahun 1991, Krauthammer menghujahkan
bahawa selepas tamat era Perang Dingin pada tahun 1989 dengan keruntuhan tembok
Berlin dan perpecahan empayar komunis Kesatuan Soviet tidak ada mana-mana negara
kuasa besar dunia mampu untuk menandingi dan mencabar kekuasaan AS dalam
mempengaruhi dan menentukan halatuju politik antarabangsa. Pandangan Krauthammer
ini bersandarkan kepada fakta semasa era Perang Dingin hanya Kesatuan Soviet yang
mempunyai keupayaan dan kemampuan yang setanding dengan AS dari sudut
ketenteraan, politik dan ekonomi. Kedua-dua kuasa besar tersebut masing-masing
bersaing untuk menandingi antara satu sama lain yang mewujudkan suasana polariti
politik antarabangsa digelar sebagai dunia Dwi-Polar. Selepas kejatuhan empayar
komunis Kesatuan Soviet, tidak ada mana-mana negara kuasa besar yang mampu untuk
menyaingi AS dalam berbagai sudut.
Sebelum berlaku tragedi peristiwa 11 September 2001, bangunan berkembar pusat
dagangan dunia di NewYork pernah diserang oleh pengganas iaitu pada 29 Februari
1993. Serangan tersebut dilakukan melalui letupan bom di luar perkarangan bangunan
tersebut. Walaubagaimanapun, insiden tersebut tidak mendatangkan kesan kemusnahan
yang ketara sebagaimana peristiwa 11 September.
Presiden AS George W. Bush, dalam satu ucapan di Rumah Putih pada bulan Oktober
200 telah menyatakan kepada masyarakat antarabangsa samada menyokong AS dan
bersama-sama negara tersebut dalam kempen memerangi keganasan antarabangsa. Atau
tidak menyokong AS dalam kempen memerangi keganasan antarabangsa dan dianggap
menyokong aktiviti kumpulan-kumpulan pengganas antarabangsa.
CIA adalah nama singkatan bagi “Central Intellegence Agency”atau Agensi
Perisikan Pusat. Manakala FBI pula adalah singkatan bagi “Federal Bureau
Investigation”atau Biro Penyisatan Persekutuan. Kedua-duanya merupakan agensi
khas perisikan AS yang ditubuhkan oleh kerajaan AS untuk menjaga hal ehwal
keselamatan dan kepentingan AS.
Dalam konteks artikel ini, penulis lebih gemar untuk menggunakan istilah Asia Barat
walaupun para sarjana di negara-negara Barat lebih cenderung untuk menggunakan
istilah Timur Tengah. Ini kerana istilah Asia Barat adalah lebih tepat digunakan, jika
diukur mengikut sudut geografi dari kedudukan rantau Asia Tenggara kerana ia terletak
dibahagian paling Barat benua Asia.berikutnya:kesan terhadap negara Islam
Setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ILAHI di atas ilham, tenaga dan

kesihatan kurniaanNya, kami berjaya melengkapkan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Ribuan terima kasih ditujukan khas kepada diatas tunjuk ajar beliau dan segala bantuan
yang telah beliau diberikan sama ada dalam bentuk pengajaran didalam kelas, nasihat,

mahupun sokongan moral. Setinggi – tinggi penghargaan juga kami tujukan kepada ibu

bapa kami yang telah memberi pelbagai sokongan iaitu dari segi kewangan mahupun

moral. Tidak lengkap tugasan yang diberikan jika ahli kumpulan kami tidak mengambil

bahagian sepenuhnya dalam pengagihan melaksanakan tugasan ini. Oleh itu setinggi –

tinggi penghargaan di curahkan kepada ahli kumpulan kami yang telah bersusah payah

dalam menyempurnakan tugasan ini. Juga tidak dilupakan kepada sahabat – sahabat

handai yang turut menyumbang idea dan bantuan dalam menyempurnakan tugasan ini.

Kemerdekaan
Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang

secara amnya menuntut kedaulatan.

Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk

kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari

segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih

lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara

secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.

Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering kali

untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa

yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan

sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar

peluasan kuasa atau imperialisme.


Kemerdekaan boleh diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian.

Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus

tidak dikelirukan dengan pemberontakan yang biasanya merujuk kepada penggulingan

pihak berkuasa secara ganas. Ini kekadang hanya bertujuan untuk pengagihan semula

kuasa — dengan atau tanpa unsur pembebasan seperti dalam kes pendemokrasian — di

dalam sebuah negara dan oleh itu, bentuk negara itu tidak berubah. Umpamanya,

Revolusi Oktober Rusia tidak bertujuan untuk memperoleh kemerdekaan negara;

sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat bertujuan sedemikian.

Autonomi merujuk kepada sejenis kemerdekaan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang

pada dirinya masih mengekalkan kuasa muktamad terhadap wilayah itu (sila lihat

penurunan kuasa). Negeri naungan merujuk kepada kawasan autonomi yang bergantung

kepada kerajaan yang lebih besar untuk perlindungannya sebagai kawasan autonomi.

Sebuah negara yang ingin menuntut kemerdekaan daripada pihak berkuasa akan

mengumumkan pengisytiharan kemerdekaan, umpamanya Pengisytiharan Arbroath oleh

Scotland yang merupakan contoh negara terawal yang masih wujud serta Pengisytiharan

Kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776 yang paling masyhur.

Terdapat banyak sebab mengapa sebuah negara atau wilayah hendak menuntut

kemerdekaan. Kekecewaan terhadap pihak berkuasa merupakan alasan yang sering

dikemukakan oleh gerakan-gerakan pengikut faham pemisahan, tetapi kesusahan

ekonomi biasanya adalah yang mencetuskan tindakan gerakan-gerakan ini. Cara untuk

menuntut kemerdekaan berbeza-beza dari tunjuk perasaan yang aman ke perang saudara
yang ganas.Tarikh kemerdekaan (atau kekadangnya permulaan pemberontakan) biasanya

dirayakan sebagai hari kelepasan negara yang dikenali sebagai hari kemerdekaan.

Globalisasi
Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora and perubahan, mempunyai maksud

payung kesan kolektif perubahan itu sendiri. Globalisasi (secara khusus perubahan yang

kita lihat dalam kilang, kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan kita)

adalah disebabkan pergerakan empat bentuk modal dalam ekonomi global. Keempat-

empat modal ini adalah:

Modal pekerja (Imigrasi, Migrasi, Emigrasi, Penghantaran pulang, dll.)

Modal kewangan (Bantuan, Ekuiti, Hutang, Miutang, Pinjaman, dll.)

Modal sumber (Tenaga, Besi, Mineral, Kayu, dll.)

Modal kuasa (Ketenteraan, Perikatan, Pakatan, dll.)

Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadapi adalah dalam hal ehwal macro

negara, masyarakat, dan interaksi antara mereka, boleh didasarkan kepada empat

pergerakan ini. Perhubungan yang dipermudah dengan kos telekomunikasi dan perjalanan

yang lebih rendah memungkinkan lebih ramai bilangan manusia kini, berbanding masa

lampau, berinteraksi dengan situasi yang tidak pernah dipertanding dalam sejarah.

Perbezaan budaya dan politik di semua peringkat berlaku dan boleh diterangkan sebagai

perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak tentang asas, layanan, masa, milikan atau

harga satu atau lebih pergerakan modal.


Dana Kewangan Antarabangsa(IMF) menakrifkan globalisasi sebagai “ pergantungan

ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan

kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan antarabangsa

bebas, dan peresapan teknologi yang lebih pesat dan meluas ”. Pada masa yang sama,

Forum Antarabangsa mengenai Globalisasi mendefinasikan ia sebagai "gerakan dunia

kepada satu sistem ekonomi sejagat yang didominasi perdagangan koperat dan institisi

supranasional yang tidak dipertanggungjawab kepada proses demokrasi atau kerajaan-

kerajaan negara”

Ahli teori yang kritikal seperti Immanuel Wallerstein menekankan yang globalisasi

tidak boleh difahami secara berasingan daripada sejarah perkembangan sistem kapitalis

dunia.

"Era Pertama Globalisasi" dikatakan beransur-ansur luput dengan permulaan Perang

Dunia Pertama dan runtuh dengan krisis standard emas pada hujung dekad 1920an dan

permulaan dekad 1930an. Negara yang terlibat dalam era globalisasi pada waktu itu

berkembang pesat, termasuk pusatnya Eropah, sesetengah periperinya dan pelbagai

benihnya di benua Amerika dan Oceania. Ketidaksamaan antara negara-negara ini jatuh

dengan pergerakan barangan, modal dan buruh secara bebas antara negara.

Globalisasi pada era selepas Perang Dunia Kedua dipandu oleh pusingan rundingan

perdangangan, pada mulanya dibawah perjanjian GATT (Perjanjian Am Tarif dan

Perdagangan) yang kemudiannya menghasilkan perjanjian-perjanjian untuk


memansuhkan halangan kepada "perdagangan bebas". Pusingan Uruguay memhasilkan

satu triti untuk mencipta Organisasi Perdangangan Antarabangsa atau WTO, untuk

menjadi anggota tengah penyelesaikan pertikaian perdagangan. Perjanjian perdagangan

bebas antara negara yang lain, termasuk beberapa bahagian Triti Maastricht Eropah dan

Perjanjian Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara juga ditandatangani dalam tujuan

mencapai matlamat menghampuskan tarif, cukai dan lain-lain halangan kepada

perdagangan bebas.

Ciri-ciri

Globaliasi telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik beberapa anjakan, dengan

kebanyakannya bermula dari era Perang Dunia Kedua. Ini merangkumi pergerakan

komoditi, mata wang, maklumat dan orang secara lebih kerap di peringkat antarabangsa,

serta perkembangan teknologi, organisasi, sistem perundangan, dan infrastruktur yang

membenarkan pergerakan ini. Kendatipun, kewujudan sesetengah anjakan ini

diperdebatkan.

• Anjakan dari segi ekonomi

o Penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat berbanding

pertumbuhan ekonomi dunia

o Penambahan dalam aliran modal antarabangsa termasuk pelaburan

langsung asing
o Penubuhan organisasi-organisasi antarabangsa seperti WTO dan OPEC

melalui perjanjian

o Pembangunan sistem kewangan global

o Peranan organisasi antarabangsa WTO, WIPO dan IMF yang

megendalikan urusniaga-urusniaga antarabangsa yang bertambah penting

o Peningkatan amalan-amalan ekonomi seperi penyumberan oleh

perbadanan multinasional

• Anjakan dari segi budaya

o Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap,

o Perebakan dan akses yang lebih baik kepada kepelbagaian budaya,

misalnya melalui ekspot filem Hollywood dan Bollywood. Akan tetapi,

budaya yang diimpot boleh diasimilisasikan kedalam budaya tempatan,

dan seterusnya menyebabkan penghibridan. Bentuk yang paling prominen

adalah Kebaratan, tetapi Kecinaan budaya juga berlaku.

o Perjalanan dan perlancongan antarabangsa yang semakin bertambah

o Imigrasi secara sah dan haram yang terus meningkat

o Perebakan makanan-makanan tempatan seperti pizza, makanan Cina dan

makanan India kepada negara lain (sering digubah mengikut cita rasa

tempatan)

o Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti

Doraemon, Pokemon, Sudoku, Origami, siri Idol, YouTube, MySpace dan

pelbagai lagi yang lain.


o Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contohnya perkataan

"Amigo" dan "Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang difahami

kebanyakan orang Malaysia. Penduduk Malaysia juga fasih sedikit bahasa

Jepun, Korea, dan Hindi tanpa mengenali pun bahasanya.

• pembangunan satu infrastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara

sempadan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti sebagai

internet, komunikasi satelit-satelit dan telefon-telefon.

• Penambahan standard yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti undang-

undang hak cipta dan paten

• Pembentukan nilai-nilai universal

• Tekanan untuk menubuhkan satu mahkamah jenayah antarabangsa oleh gerakan-

gerakan keadilan antarabangsa (lihat Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan

Mahkamah Keadilan Antarabangsa).

• Ia juga dikatakan bahawa keganasan juga telah mengalami globalisasi kerana

serangan pengganas masa kini tidak mengira kaitan tempatnya dengan tempat

perjuangan mereka sendiri.

Halangan kepada perdagangan anatarabangsa beransur-ansur dihampuskan semenjak era

Perang Dunia Kedia melalui perjanjian antarabangsa seperti Persetujuan Am mengenai

Cukai dan Perdagangan (GATT). Beberapa inisiatif telah diambil sebagai hasil GATT dan

kemudiannya WTO yang lahir hasil GATT, dan ini merangkumi:

• Promosi perdagangan bebas,

o Barangan:
 Pengurangan atau penghampusan terus cukai dan pembentukan

zon perdagangan bebas dengan sedikit ataupun tampa cukai

 Pengurangan kos pengangkutan, terutama dengan penciptaan

pengkontenaan untuk perjalanan laut.

o Modal: pengurangan atau penghampusan kawalan modal

o Pengurangan, penghampusan, atau pengharmonian subsidi untuk

perniagaan-perniagaan tempatan

• Lindungan harta hak cipta

o Pengharmonian undang-undang hak cipta semua negara dengan

perlindungan lebih ketat

o Pengiktirafan supranasional terhadap hak cipta, sebagai contoh, paten

yang dikeluarkan oleh China akan diiktiraf di Amerika Syarikat

• Neo-Imperialisme
Imperialisme ialah suatu bentuk penguasaan sebuah negara atau lebih terhadap negara-

negara lain dari sudut ekonomi, ketenteraan, politik, budaya, pendidikan, undang-undang,

teknologi dan lain-lain.

Neo-imperialisme juga boleh ditafsirkan sebagai imperialisme baru. Imperialisme baru

merujuk kepada fenomena kebangkitan semula ketamakan, rasa ketuanan yang melampau

dan keinginan meluaskan hegaemoni kuasa, pengaruh, dan sebagainya kepada sistem

keamanan dunia dengan tindakan unilateral dan dasar pre-emptive war dan penggubalan

undang-undang yang bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat dan dasar yang
disepakati bersama. Ia seiring dengan keghairahan untuk membentuk diri sebagai sebuah

empayar.

Dengan projek "New American Century" dan Dasar Luar Negaranya yang baru, Amerika

dan sekutunya berubah menjadi kuasa penjajah baru yang mengancam keselamatan dunia

Islam dan negara yang tidak sehaluan dengannya. Tindakannya yang bertopengkan

kempen memerangi terrorisme global menjadikan seluruh negara, umat dan ajaran Islam

sebagai sasaran dan mangsa.

Ciri-Ciri Imperialisme Baru Dan Lama

Imperialisme baru atau lama mempunyai karakteristik ganas, zalim, cenderung

melebarkan kuasa hegemoni, cenderung membuang daerah penghuni asal, menjajah

budaya, merubah nilai asas agama, pendidikan dan merampas sumber kekayaan ekonomi

negara terjajah di samping menjanjikan kebebasan, liberalisasi, demokrasi dan

kemewahan.

Dalam konteks fahaman agama, Imperialisme baru cuba mengubah kefahaman agama

Islam dalam aspek tertentu, menyelitkan secara paksa nilai-nilai Barat sama ada yang

berkaitan dengan kewanitaan, fahaman liberal Barat mahupun dalam bidang lain.

Imperialisme baru mahu merombak kandungan dan pengaruh pendidikan Islam,

membendung perkembangan malah operasi sekolah agama dan memantau kegiatan

masjid, mengeringkan sumber pengaruh ajaran dan budaya Islam di samping memerangi
ideologi Islam atau politik Islam secara total.

Secara tidak langsung, imperialisme baru memberi kesan secara mendalam kepada

politik, ekonomi, budaya, ketenteraan, informasi dan media, sains dan teknologi,

pertubuhan antarabangsa, pendidikan dan perisikan.

a. Dalam Konteks Politik

Memaksa sistem politik liberal ala Amerika atau Anglo Saxon kepada seluruh negara

umat Islam tanpa memberi peluang kepada paradigma Islam untuk mencorakkan sistem

dan dasar pemerintahan di negara-negara berkenaan. Imperialisme menganggap bahawa

dasar politik Islam adalah bercanggah dengan nilai tamadun antarabangsa, menindas

wanita dan sebagainya.

b. Dalam Konteks Ekonomi

Merampas sumber ekonomi negara-negara umat Islam yang vital seperti minyak, bijih,

emas dan sebagainya. Mereka mahu memastikan negara umat Islam tunduk kepada polisi

dan undang-undang perdagangan antarabangsa yang lebih memihak kepada kepentingan

mereka dan sekutu-sekutu mereka. Dalam hal ini badan-badan perdagangan dunia seperti

WTO, IMF, Bank Dunia dan GATT dimanipulasi sepenuhnya sehingga segala peraturan

perdagangan dunia akan ditentukan untuk kepentingan mereka. Mereka berusaha untuk

memastikan bahawa sumber tenaga minyak tetap dalam genggaman mereka bagi

mengekalkan tahap kemajuan ekonomi mereka tidak tergugat.


c. Dalam Konteks Budaya

Imperialisme baru juga mahu membentuk jelmaan palsu diri umat Islam yang

menghapuskan semangat jihad, mengembangkan trend permissiveness, serta melemahkan

komitmen generasi baru kepada sahsiah Islamiah sepertimana yang dilakarkan oleh Al-

Quran dan Hadith. Mereka merancang hal ini dengan alasan memerangi apa yang mereka

dakwa sebagai ciri keganasan dalam Islam. Dalam hal ini segala usaha untuk mencemari

dan mengikis kebudayaan Islam dalam setiap manifestasinya, dilancarkan atas nama

budaya global dan penyeragaman budaya.

d. Dalam Konteks Ketenteraan

Kuasa Imperialisme mengekang perkembangan keupayaan dan kemajuan militer umat

Islam dari sudut persenjataan, teknologi dan kekuatan tempur dengan alasan melindungi

kuasa keunggulan unipolar pemerintah tentera Amerika dan NATO. Akan tetapi dalam

masa yang sama mereka memberi ruang kepada perkembangan militer Israel atau

sekutunya tanpa sekatan.

e. Dalam Konteks Informasi dan Media

Imperialisme baru yang menguasai kekunci teknologi informasi dan media dengan sangat

licik telah memanipulasi seluruh strategi penyebaran dan penyiaran maklumat dengan

cara menguasai sepenuhnya kekuatan pengaruh media massa . Gerakan imperialis dalam

hal ini telah memiliki seluruh syarikat media antarabangsa seperti AP, Reuters, CNN, Fox

dan BBC. Dalam masa yang sama golongan imperialis dunia menggerakkan setiap
teknologi maklumat melalui syarikat gergasi seperti IBM dan Microsoft . Dalam hal ini

bukan sahaja teknologi maklumat yang dibangunkan malah teknologi perisikan sudah di

bina dengan sangat canggih untuk memantau setiap gerak perkembangan umat dan

negara Islam atas nama sekuriti dunia.

f. Dalam konteks Sains dan Teknologi

Imperialisme baru juga tidak melepaskan penguasaannya terhadap seluruh pembangunan

dan pengembangan sains dan teknologi terkini dan tercanggih. Namun semua

pembangunan teknologi sama ada dalam bidang peralatan, barangan, kejenteraan,

pembinaan prasarana untuk pembangunan, penggunaan dan eskploitasi sumber alam

seluruhnya sedang dikuasai oleh golongan imperialis untuk akhirnya menyebabkan

negara-negara Islam dipaksa bergantung sepenuhnya kepada teknologi yang diolah oleh

kuasa imperialis Barat. Dal hal ini imperialis Barat telah mencetuskan "hyper-terorisme"

melalui penguasaan "hyper technology" .

Kuasa imperialisme amat cemburu terhadap sebarang kemungkinan negara Islam mampu

bersaing dengan mereka. Oleh itu mereka akan memastikan penguasaan teknologi tidak

terjatuh ke tangan ahli saintis dan ilmuwan negara umat Islam. Akan tetapi dalam masa

yang sama, mereka bekerjasama erat dengan negara pengganas seperti Israel untuk

memindahkan teknologi terkini yang digunakan untuk menindas umat Islam. Sikap

double standard seperti ini menimbulkan jurang yang mendalam antara keupayaan

teknologi negara umat Islam dan saingan mereka dari negara-negara lain.
g. Dalam Konteks Pertubuhan Antarabangsa

Imperialisme memantau, mempengaruhi dan menentukan hala tuju kebanyakan

pertubuhan di bawah PBB, Majlis Keselamatan Antarabangsa, UNESCO, WTO dan lain-

lain. Ini memungkinkan penindasan dan kezaliman terhadap umat dan negara umat Islam

disahkan dan diperakukan oleh undang-undang internasional yang mereka gubal. Senjata

perundangan global tidak kurang bahayanya kepada kebangkitan keupayaan umat Islam

dalam pelbagai bidang persaingan yang vital.

h. Dalam konteks pendidikan

Imperialisme baru juga menggunakan bidang pendidikan sebagai suatu saluran penting

untuk memastikan kepentingan kuasa mereka akan berlanjutan. Sistem pendidikan yang

terpisah dari nilai moral , dijauhkan dari persoalan spiritual dan diasingkan dari persoalan

keTuhanan telah menjamin kesinambungan kuasa imperialis untuk terus menjajah dunia.

Diseluruh dunia sistem pendidikan berintikan falsafah pendidikan dan konsep ilmu Barat

yang bersifat imperialis telah berjaya melahirkan golongan ilmuan , ahli teknokrat dan

ahli professional yang berjiwa dan berfikiran imperialis bagi melanjutkan agenda mereka

i. Dalam Konteks Perisikan

Penggubalan Akta Patriot dan akta-akta lain yang berkaitan, yang tidak mewajibkan

pemeriksaan kehakiman terhadap bukti atau butir pertuduhan - atas alasan keamanan dan

kerahsiaan ini - telah membuka ruang yang luas untuk memalsukan bukti, dokumen bagi

memboloskan agenda jahat penjajahan baru menindas individu, gerakan kebangkitan dan

perjuangan politik Islam dalam usaha membebaskan atau memerdekakan negara mereka.
E-Kuliah
Wednesday, October 29, 2008
BAB 5 : GLOBALISASI BARAT

PENGENALAN

Dunia dahulu adalah terIalu amat banyak perbezaannya dengan dunia hari ini yang terIalu
pesat. Perubahan demi perubahan berIaku dengan begitu cepat dan pesat lebih-Iebih lagi
dengan tercetusnya gelombang evolusi maklumat yang berterusan. Evolusi maklumat
yang berterusan ini menjadi penggerak dan generator kepada perubahan dunia hari ini.
Menerusi penyebaran maklumat yang meluas ini manusia mampu mengenali budaya
asing dan amalan sosial masyarakat dari segenap pelusuk dunia tanpa halangan. Apa jua
yang berIaku kepada dunia seperti gempa bumi di Indonesia, peperangan di Iraq,
serangan pengganas terhadap W orId Trade Centre dan apa jua peristiwa dunia, dengan
mudahnya tersebar ke segenap pelusuk dunia dalam jangka waktu yang singkat. Inilah
yang dikatakan dunia tanpa sempadan atau lebih dikenali sebagai globalisasi.

Globalisasi adalah produk yang dihasilkan di Barat di mana Barat merupakan pengasas
kepada perkembangan teknologi maklumat. Kerana Barat yang mempelopori apa itu
globalisasi dan Barat yang menguasai sumber maklumat dunia tentunya globalisasi dunia
yang sedang berIangsung pada hari ini lebih menyebelahi mereka. Berbagai agenda telah
dan sedang dirancang oleh Barat bagi menyebarIuaskan fahaman dan pegangan mereka
dalam apa jua bidang. Bagi mereka fahaman globalisasi ala-Barat perIu dapat tersebar
dan menyerap masuk ke dalam diri masyarakat dunia tanpa pengecualian. Sebagai salah
sebuah masyarakat penduduk dunia yang kerdil, kita sebenarnya tidak mempunyai
pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari segenap aspek cabaran, implikasi
dan trend globalisasi ala-Barat yang semakin rancak dan tidak terkawal. Kita seharusnya
berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan nilai jati diri tidak akan
tergugat dan tergadai. Kita tidak harus menolak kedatangan globalisasi, tetapi kita harus
berani, yakin dan tegas dalam mempertahankan jati diri sementara kita terus berinteraksi
dengan dunia global.

DEFINISI GLOBALISASI

Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi
dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh
sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau
menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain
menafsirkannya sebagai usaha rl\enyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan
budaya.

Motif globalisasi adalah untuk meletakkan dunia ini di bawah satu unit yang sarna dan
seragam di mana semua negara dunia ini menggunapakai satu undangundang globalisasi
yang sarna. Ia adalah satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu kuasa tanpa
dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini,
kesannya dunia tidak lagi mempunyaisempadan sebagaimana yang terpapar dalam peta
dunia bahkan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki
oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media
komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan ini
secara positifnya membolehkan perhubungan di antara negara dan sesama manusia dapat
dilakukan dalam tempoh yang singkat tanpa melibatkan perbelanjaan yang banyak.

Menurut Kamus Dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986), global bermaksud mengenai
dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya. Globalisasi pula
didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan
manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Cendekiawan Barat
secara umumnya memberi takrifan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba
luas merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh
dirasai oleh seluruh umat manusia secara milik bersama.

Sarjana-sarjana telah memberikan pelbagai definisi terhadap globalisasi. Kenichi Ohmae


(1991) berpandangan bahawa tamadun manusia kini memasuki era 'borderless world'
iaitu dunia tanpa sempadan. Proses ini dipermudahkan lagi dengan adanya kemajuan
dalam bidang teknologi, khususnya teknologi komunikasi dan perhubungan. Nurcholish
Majid (1996), mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses mengubah kehidupan umat
manusia menuju kepada satu masyarakat sahaja.

Umumnya, globalisasi ialah suatu proses membuka keadaan, yang pada umumnya dapat
difahami sebagai proses di mana sempadan negara-negara semakin runtuh dan seluruh
alam buana ini semakin berubah menjadi satu unit. Di dalam unit global ini, hubungan
adalah cepat dan rapat. Keadaan ini dikaitkan dengan perkembangan teknologi elektronik
yang berkembang dengan pesatnya. Globalisasi adalah satu tatacara or de dunia baru
yang dikatakan akan menggantikan sistem dunia dewasa ini. Melalui globalisasi, dunia
dilihat tiada batasan sempadan (borderless world), ketelusan (transparent),
internationalism dan lain-lain lagi yang menjurus kepada persaingan yang drastik dalam
apa jua keadaan. Dunia dilihat sebagai satu fenomena di mana semua penduduknya
mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing dalam semua bidang kehidupan
(Amirudin Sadali, 1999: 177).

Secara komprehensif, globalisasi juga didefinisikan sebagai suatu himpunan pengaliran


global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia.
Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal dan bukan fizikal, sama ada dalam bentuk
maklumat, idea, nilai, institusi atau sistem. Himpunan proses pengaliran global ini dan
bidang aktiviti manusia yang terlibat berkait dan bergantungan sifatnya (Osman Bakar,
1998 : 6)
PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP PERADABAN

Setelah membincangkan tentang definisi globalisasi, jelas bahawa globalisasi ini merujuk
kepada kehidupan yang lebih meluas merangkumi pelbagai isu dan aspek termasuk di
dalamnya ekonomi, politik, budaya dan sosial. Setiap isu globalisasi yang disentuh ada
membawa kepada kebaikan dan pada masa yang sama membawa kepada keburukan. Isu-
isu inilah yang memberi sedikit sebanyak kesan kepada peradaban manusia dari segala
aspek.

Banyak pihak di dunia ini sedang menilai buruk baiknya globalisasi terutamanya
globalisasi ekonomi. Chandra Muzaffar dalam Osman Bakar (2004), menyatakan bahawa
terdapat lapan aspek positif globalisasi:
(1) Peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan
kemiskinan di sebilangan negara.
(2) Peningkatan mobiliti so sial dan pengukuhan kelas menengah.
(3) Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu
pengetahuan kerana teknologi baru komunikasi dan maklumat.
(4) Komunikasi yang lebih mudah dan juga murah.
(5) Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya
dan agama berinteraksi.
(6) Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa ketidakmanusiaan mereka
terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di
seluruh dunia.
(7) Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti
pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia.
(8) Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Jika diperhatikan, maka sebahagian besar manfaat globalisasi adalah yang berkaitan
dengan dimensi ekonomi manakala bakinya berkaitan dengan dimensi politik dan sosial.
Dari segi keburukan globalisasi pula, tiga belas perkara yang disenaraikan oleh Chandra
dalam Osman Bakar (2004) ialah:
(1) Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan
faktor keuntungan.
(2) Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin
melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.
(3) Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara
terutamanya di negara-negara selatan.
(4) Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan
baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan.
(5) Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatan yang
semakin melebar di negara-negara utara sendiri.
(6) Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai nilai
kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia.
(7) Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi
peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global.
(8) Penyebaran budaya pop Amerika yang" menyegarkan paneaindera dan mematikan
roh" .
(9) Keeenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada
kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan
kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan.
(10) Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.

(11) Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi
dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia.
(12) Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.
(13) Pengantarabangsaan penyakit.

Apa yang disenaraikan baik dan buruk globalisasi di atas, menjelaskan bahawa
sebenarnya globalisasi ini memberikan kesan sarna ada berbentuk positif atau negatif
dalam segenap dimensi. Namun, apa yang lebih ketara ialah globalisasi banyak memberi
pengaruh kepada dimensi ekonomi. Globalisasi ekonomi dilihat banyak memberi kesan
yang negatif dan secara tidak langsung mampu memberi kesan terhadap dimensi-dimensi
lainnya. Punca utama globalisasi ekonomi meninggalkan banyak kesan negatif dalam
pelbagai bidang kehidupan manusia sejagat ialah sifat globalisasi ekonomi ala-Barat yang
berteraskan kapitalisme. Globalisasi ekonomi yang menggunapakai satu peraturan
ekonomi dunia yang seragam menjadikan kapitalisme sebagai asas di mana ia berteraskan
kepada pasaran terbuka dan perdagangan bebas tanpa dikawal oleh nilai-nilai sahsiah
murni serta mampu menghilangkan dasar keadilan dalam ekonomi. Ini yang secara jelas
membawa kepada kesan negara yang miskin akan terus miskin dan yang kaya akan terus
kaya serta meletakkan jurang perbezaan ekonomi yang jauh antara dua negara miskin dan
kaya.

Dari'segi globalisasi maklumat dan ilmu, secara positifnya memberi peluang yang lebih
luas kepada masyarakat dunia untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu
pengetahuan berdasarkan kecanggihan teknologi baru komunikasi dan maklumat tanpa
melibatkan banyak koso Namun, kesan terburuk yang dinyatakan oleh Chandra ialah
kebanjiran maklumat yang tidak berguna. Sedangkan Islam yang meletakkan ilmu
sebagai sesuatu yang cukup tinggi dan mulia kedudukannya amat bencikan maklumat
yang tidak berguna. la boleh membahayakan pembinaan masyarakat yang bermoral
sekiranya ia tidak mampu dikawal dengan baik dan menghilangkan corak budaya berilmu
yang sihat.

Dalam globalisasi sosial, secara negatifnya ia mampu membawa kepada penyebaran


budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral
yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia. Kesan juga dapat dilihat
ke arah pembentukan budaya global yang homogen serta penyebaran budaya pop
Amerika yang "menyegarkan pancaindera dan mematikan roh". Begitu juga dalam
globalisasi politik di mana kita perlu menghadapi c~baran penyebaran fahaman
demokrasi, pluralisme dan hak-hak asasi manusia dengan berpandukan ajaran-ajaran
yang ada dalam agama dan tradisi kita.

Semua kesan di atas yang menyentuh setiap dimensi dan aspek globalisasi serba sedikit
memberi impak kepada peradaban. Perspektif peradaban adalah perspektif jangka mas a
panjang. Dalam perspektif jangka panjang, kita lebih mengutamakan isuisu yang lebih
pokok sifatnya seperti isu nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dan isu
pembentukan institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial yang lebih kekal sifatnya. Juga
perspektif peradaban lebih mementingkan isu pembentukan budaya yang sihat baik
budaya politik mahu pun budaya intelektual.

Dalam memastikan peradaban Malaysia ini mampu menangani arus globalisasi, kita
harus meneliti segala baik buruk kesan daripada globalisasi ini. Peradaban Malaysia perlu
mengekalkan nilai jati diri berteraskan peradaban Islam dan agamaagama lain yang
dianuti oleh kepelbagaian masyarakat Malaysia.

ISU-ISU GLOBALISASI

Media

Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai alat
utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat menguasai
media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia
adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak
bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam. Ilmu dan maklumat
dengan mudah boleh diakses oleh sesiapa sahaja di duma ini dengan kecanggihan
teknologi internet dan komputer.

Barat sebagai pengasas alat komunikasi dunia dengan sendirinya mampu menjadi kuasa
pertama yang mampu menghasilkan banyak syarikat-syarikat gergasi media cetak dan
media elektronik. Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat
tentunya menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh mereka. Misalnya,
agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan
meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan
dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Sesuatu peristiwa itu diolah dan ditafsirkan
oleh mereka bagi memperoleh kepentingan-kepentingan tertentu.
Kesan terburuk globalisasi media yang dirasai oleh masyarakat Muslim di Malaysia
khususnya dan penduduk dunia lain umumnya ialah kebanjiran maklumat yang tidak
berguna. Islam hakikatnya adalah agama yang menekankan kecintaan kepada ilmu dan
hikmah dan memandang serius kepada lambakan maklumat yang tidak berguna. Kita tahu
bahawa lambakan maklumat yang tidak berguna ini amat mudah diakses dengan
kecanggihan teknologi maklumat terkini. Kerana itu, maklumat yang tidak benar dan
tidak berguna ini sukar untuk dibendung daripada terus mengalir ke dalam masyarakat
kita. Apa yang merisaukan ialah fenomena kebanjiran maklumat yang tidak berguna ini
kerana maklumat sebegini mudah menarik minat anak-anak muda dan remaja yang
sedang meningkat naik.

Selain masalah bahaya maklumat yang tidak berguna ini, kita juga berhadapan dengan
masalah jurang perbezaan peluang untuk mengakses maklumat. Jurang ini jelas ketara
antara masyarakat bandar dan masyarakat luar bandar. Untuk itu, kerajaan kita khususnya
telah dan sedang membuat berbagai aktiviti bagi mendedahkan masyarakat di luar bandar
akan kepentingan 'celik IT' dengan menyediakan berbagai bantuan dan kelengkapan
komputer yang mampu menarik minat masyarakat luar bandar dan seterusnya
mendedahkan mereka kepada dunia globalisasi.

Ekonomi

Globalisasi ekonomi ialah antara dimensi globalisasi yang mampu memberi kesan secara
tidak langsung kepada globalisasi dimensi lain. Globalisasi ekonomi ialah satu kod
undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh seluruh
masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan ekonomi antara sebuah
negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek
utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam
ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing
daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan
terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi
tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh
dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.

Dalam globalisasi ekonomi, pasaran saham diglobalkan dengan pelabur-pelabur asing


boleh membawa wang keluar dan masuk dari sesebuah pasaran. Dengan kadar mata wang
yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa
kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan
tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan globalisasi iaitu Dana Kewangan
Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) (Utusan
Malaysia, 15 April 2001 : 3).

Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan


terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan berlakunya
peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti ekonomi sesebuah
negara. Globalisasi ekonomi dapat dilihat melalui perluasan perusahaan melampui
sempadan negara. Perspektif ini dapat dilihat melalui tiga tahap (http:!
jwww.me.gov.myjictjict04.htm):
(1) Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti di luar sempadan
nasional dan meliputi eksport, import dan penghasilan bukan bahan mentah.
(2) Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan
aktivitinya di berbagai negara.
(3) Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sebagai satu. Perusahaan
tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara global.

Globalisasi ekonomi mampu membawa kepada pelbagai krisis dan spekulasi pasaran.
Serangan para spekulator telah mengakibatkan nilai mata wang sesetengah negara jatuh
merudum berbanding dengan Dollar Amerika. Umpamanya kita menyaksikan pada 2
Julai 1997 bermulanya krisis ekonomi Asia di mana Baht Thai jatuh begitu teruk, diikuti
dengan Korea Selatan, Indonesia dan Malaysia. Usaha penyelesaian secara tradisional
oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kepada beberapa buah negara yang ditimpa
krisis juga menemui kegagalan (Ismail Awang, 1999: 152). Di Malaysia, kita
masih'mampu bertahan kerana kebijaksanaan pemimpin kita dalam menyelesaikan
kemelut ekonomi yang merudum ketika itu.

Di samping itu, Malaysia amat beruntung kerana dari aspek perdagangan kita mendapat
faedah dari globalisasi dan turut mendapat faedah buruk. Ini kerana, harga eksport
komoditi kadang kala boleh jatuh amat rendah dan kadang kala boleh memuncak dengan
tinggi sekali. Malaysia mendapat faedah dari globalisasi kerana ia sebuah negara
perdagangan. Kita juga berdagang barangan elektronik yang telah membawa keuntungan
kepada negara dan pekerjaan rakyat. Tetapi kepada negara lain seperti Afrika, industri
mereka lemah dan sukar untuk bersaing dengan barangan import yang lebih murah. Inilah
realiti dunia globalisasi ekonomi di mana negara yang bijak mencari sumber hasil negara
dapat bersaing dengan negara maju manakala negara yang kurang sumber bahan asli dan
kurang aset sukar untuk bersaing bersama negara maju dan mengakibatkan negara miskin
terus miskin dan terpinggir dalam kelancaran arus globalisasi.

Politik
Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan penawaran
ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Untuk
itu, kita perlu menghadapi cabaran penyebaran idea-idea dan fahaman politik yang salah
seperti demokrasi ala Barat, pluralisme dan hak-hak asasi manusia.

Salah satu isu terpenting dalam dimensi politik globalisasi ialah fenomena
'deterritorialization' (penyalahwilayahan) iaitu satu proses dan tindakan politik yang
melintasi perbatasan wilayah negara. Dalam melaksanakan kuasa, terdapat penggunaan
kuasa, terdapat penggunaan pemaksaan dan pemantauan secara sistematik melalui badan-
badan berkuasa seperti tentera, polis dan sebagainya. Terdapat idea mengenai demokrasi
dan hak asasi manusia yang dianggap prinsip sejagat yang mesti diterima oleh seluruh
umat manusia. Penyebaran idea ini diterajui oleh Amerika Syarikat (Amran Muhammad
et aI, 2001 : 419).

Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain
daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Namun hari ini,
politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar
(super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat. Kita
lihat sahaja contohnya di Iraq pad a hari ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-
sama dengan negara Rusia, United Kingdom dan Perancis telah campur tangan dalam
politik dalaman Iraq.

Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sarna ada
di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain, Amerika Syarikat
telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai 'polis dunia'.
Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tidak boleh
ditandingi adalah disebabkan kekuatan ketenteraan dan militarinya. Setelah berakhirnya
Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet Union, Arnerika Syarikat telah muncul satu-
satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi (Amran Muhammad et al, 2001:
419).

Budaya

Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan
pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang
mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan lain-
lain dari Barat ke dunia luar. Ia dilahirkan secara material dan bukan material dalam
kehidupan individu dan kelompok iaitu satu fenomena yang sudah melepasi perbatasan
negara. Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat
atau organisasi. Pad a zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat sanggup
berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau dicerobohi
oleh pihak lain. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan adalah cabaran ke
atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah
terlerainya benteng sosio-budaya sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan
maka segala usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-
budaya. Melalui pelbagai salman, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran
utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional.
Sesungguhnya tidaklah sesuatu yang mengejutkan apabila sistem sosio-budaya
masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita sedang melalui
proses penghakisan yang amat ketara. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala
Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan
gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat (Utusan Pengguna, 17 November 1997 :
23).
Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesankesan
globalisasi budaya di bawah :
(1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin
popular di seluruh dunia. Makanan Jepun pun sudah boleh diterima oleh masyarakat
Malaysia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola tidak hanya boleh didapati
di Barat malahan di seluruh dunia.
(2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan
fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti
Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini menjadi
pilihan generasi muda walaupun mahal harganya (Azhar Hj. Mad Aros et aI, 2000 : 84).
(3) Budaya Kerja : Syarikat pengeluaran di era globalisasi juga terdiri daripada berbilang
kaum dari negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Espirit di mana ketua grafiknya
dari Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari Perancis dan Itali.
(4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta
dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Di samping itu, masyarakat dunia hari ini
lebih terdedah kepada budaya hidup yang menggunakan produk rokok yang menajakan
budaya hidup barat.

(5) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black
metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan di
luar dari negara Amerika. Contohnya, di Jepun dengan panggilan Tokyo Disneyland
(1987) dan di Marne-La-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland (1992)
(http://www.me.gov.my/ict/ict04.htm).
(6) Budaya Bahasa: Bahasa Inggeris adalah alat perhubungan dan komunikasi terpenting
antarabangsa dan digunakan secara globaL Ini menunjukkan kejayaan globalisasi bahasa
yang diterajui oleh Amerika. Terdapat penyebaran budaya konsumer Amerika Syarikat ke
seluruh dunia, satu proses yang disebut sebagai ' McDonaldisation of Society'. Untuk
mencapai maksud itu, budaya konsumer perlu disebarkan seluas-Iuasnya supaya lahir
penyeragarnan budaya dan gaya hidup.

KESAN PERKEMBANGAN KONTEMPORARI KEPADA MASYARAKAT DAN


NEGARA

Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda
dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang
peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan
kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa
banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan
lebih teliti lagi.

Cabaran globalisasi kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan
melalui ilmu dan kemahiran. Berdasarkan beberapa aspek dan isu globalisasi yang telah
dibicarakan, dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini sedang menghadapi satu cabaran
dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah berlaku pada abadabad sebelumnya.
Cabaran globalisasi dan implikasinya terhadap ekonomi, budaya, teknologi dan politik
adalah luas dan mempunyai kesan yang positif dan negatif. Penerimaan terhadap
perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan
diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh semua rakyat. Keburukannya


perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita perlu menggunakan
segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan daIarnan (inner
riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu
pun yang berupa intelektual atau keilmuan. Globalisasi yang membawa mesej
kesejagatan, merentasi sempadan negara dan yang menggambarkan kerjasama, sokongan
dan perpaduan antara negara dan antarabangsa sewajarnya perlu diberi nafas baru agar
manfaatnya turut sarna dinikmati oleh negara-negara kecil, bukanriya sekadar
menguntungkan negara-negara maju.

8.6 KESIMPULAN

Pad a hari ini, kita berada pada zaman di mana proses penyeragaman yang amat ketara
sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan sebagai globalisasi, kita amat pasti
bahawa hampir segala aspek dalam kehidupan kita ini tidak akan terlepas dari disentuh
oleh konsep globalisasi. Hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses
globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret diri kita ke dalam suatu sistem
hidup yang diseragamkan di seluruh dunia.

Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada sektor
pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan globalisasi. Namun
begitu, dalam keghairahan untuk diglobalkan sarna ada dalam bidang ekonomi, sosial dan
politik, kita jangan sekali-kali terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri. Kita
perlu ada pegangan kita sendiri agar kita tidak mudah tertipu dengan laungan keadilan
dan kesamarataan universal yang ternyata palsu.
Posted by nhcanor at 9:57 AM
Labels: CTU551

0 comments:

Bila ada orang merasakan dia kuat, bila ada kuasa besar yang merasakan dia kuat, bila
dunia melihat kuasa besar barat kuat daripada kuasa Islam, walaupun realiti kini begitu
sepatutnya para ilmuan mesti 'mencanai' dan memprogramkan agar kebangtkitan kuasa
Islam itu dibangkitkan, sebagai umat Islam sekurang-kurang kita berjuang melalui ruang
dan peluang yang sedia ada pada kita, kita takut apa yang mahu kita akan jawab depan
Allah, apakah sumbangan kita sebagai umat Islam dalam memperjuangkan Islam.
Umapama tulisan di bawah ini kot-kot mana mesti kita kaitkan dengan kuasa Islam, mari
kita ikuti kupasan dan analisis ikhlas penulis ini dalam Utusan Msia pada hari ini.... di
bawah tajuk rencana yang berbunyi
Rusia kembali saingi AS
Oleh: MD. SHUKRI SHUIB

Kebangkitan Rusia sebagai satu kuasa alternatif kepada Amerika Syarikat (AS) dilihat
sebagai satu keperluan dalam dunia global masa kini. Dunia kini nampaknya semakin
didominasi oleh struktur mutlak yang memihak kepada satu kuasa unilateral iaitu AS dan
sekutunya. Jika sewaktu era Perang Dingin, persaingan AS dan Kesatuan Soviet (USSR)
dilihat telah membentuk satu dua yang seolah-olah terbahagi kepada dua bahagian, iaitu
blok demokrasi yang didukung AS dan blok komunis di bawah dokongan pengaruh
Soviet.

Namun, selepas kejayaan blok demokrasi meruntuhkan Kesatuan Soviet yang mengepalai
blok komunis pada dekad 1990-an, maka satu persatu negara komunis berubah ideologi.
Akhirnya, dunia hanya tinggal China, Korea Utara, Cuba serta Vietnam yang ketara
dengan sifat komunis-sosialis mereka. Blok komunis yang menjadi alternatif kepada
dunia pada masa tersebut, dan merupakan musuh ketat kepada AS serta sekutunya telah
berjaya dimusnahkan.

Pasca Perang Dingin memperlihatkan AS terpaksa mencari musuh baru bagi dijadikan
sebagai bahan propaganda serta demi memastikan industri persenjataan mereka terus
hidup, maka Islam dinobatkan sebagai satu ancaman kepada blok Barat yang diketuai AS.
Akhirnya satu Perang Dingin yang baru bermula secara rasmi sejak 11 September 2001
dinobatkan. Islam disinonimkan dengan keganasan, yang akhirnya mewujudkan sentimen
negatif serta menjadi satu fobia di dunia Barat. Islamofobia merebak bukan sahaja di
dunia Barat tetapi juga keseluruh dunia secara global. Maka, wujud masalah baru kepada
dunia. Perang Dingin terus berlaku, dengan aktor yang berlainan.

Bagi Tun Dr. Mahathir, bagi membendung kerakusan Barat yang memperlihatkan
ketuanan AS yang semakin tidak terkawal, terutamanya dalam diskriminasi terhadap
dunia Islam, maka Rusia dicadangkan agar segera mengukuhkan situasi politik dan
bersedia bangun untuk menjadi kuasa besar semula sebagai mengimbangi kekuatan AS
dalam percaturan politik dunia. Ini jelas digambarkan sewaktu berucap di Persidangan
Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) di Kuala Lumpur sebelum beliau bersara pada
Oktober 2003.

Kebangkitan Rusia sebagai satu kuasa alternatif adalah berkaitan rapat dengan beberapa
faktor. Dua faktor utama kenapa Rusia mampu menjadi kuasa pengimbang kepada AS
adalah kerana faktor sejarah itu sendiri. Sejarah telah menunjukkan bahawa Rusia yang
dahulunya Kesatuan Soviet begitu efektif dalam memastikan selama hampir 50 tahun AS
terpaksa memikirkan dengan mendalam kepada setiap tindakan yang bakal dilakukan
dalam percaturan negara tersebut di arena antarabangsa.

Kini, tanpa kehadiran kuasa pengimbang, maka setiap keputusan dibuat tanpa perlu
berfikir panjang, dan diimplementasikan tanpa limitasi dan batasan tertentu. AS seolah-
olah polis dunia secara tidak rasmi.

Keduanya, Rusia mampu menjadi penimbang kepada AS disebabkan oleh faktor


kekuatan pertahanan serta keupayaan pengaruh yang masih dimiliki oleh bekas kuasa
besar tersebut. Dengan memiliki kuasa veto serta menjadi anggota tetap Majlis
Keselamatan PBB, Rusia mampu memberikan pengaruh besar kepada setiap keputusan
oleh badan dunia tersebut.

Berbanding China, Rusia dilihat lebih berani berkonfrontasi serta berkeupayaan untuk
bertindak, berlawanan dengan AS dan sekutunya. China dilihat dalam perspektif politik
antarabangsa, adalah aktor gergasi yang senyap serta sering mengambil sikap tertutup
dalam setiap pengundian di Majlis Keselamatan PBB. Ini merugikan masyarakat
antarabangsa yang sebelumnya mengharapkan China mampu muncul sebagai alternatif
kepada AS.

Berbanding Rusia, China adalah kuasa yang lebih berorientasikan kewangan berbanding
politik. Sekiranya Rusia mampu berkembang pesat, serta memiliki keupayaan kewangan
yang stabil, tidak mustahil AS akan berhadapan dengan satu kuasa pengimbang yang
cukup hebat dalam membentuk semula geopolitik antarabangsa yang kini dilihat sebagai
anarki atau tidak berperaturan.

Tindakan AS memperluaskan jaringan pertahanan negara tersebut meliputi rantau Eropah


Timur yang jelas bersempadan dengan Rusia memperlihatkan ia sebagai satu ancaman ke
atas negara bekas Kesatuan Soviet tersebut. Konfrontasi antara Vladimir Putin dan
George W. Bush pada persidangan negara maju, Kumpulan 8 baru-baru ini
memperlihatkan kepada dunia, bahawa Rusia semakin tidak senang dengan tindak-tanduk
AS yang semakin berani memperluaskan hegemoninya sehingga mampu membentuk
jaringan kuasa meliputi negara-negara yang dahulunya sekutu rapat bagi Rusia itu
sendiri.

Rusia melahirkan secara terang-terangan sikap kontra serta dengan jelas menentang keras
setiap rancangan AS bagi menempatkan perisai peluru berpandu di Poland dan Republik
Czech yang dilihat memagari Rusia dalam bentuk persenjataan serta dengan mudah ia
akan mendedahkan Rusia kepada ancaman AS.
Rusia yang begitu bimbang akan kepungan doktrin strategi keselamatan AS melalui
penempatan sistem pertahanan di bawah rancangan sistem pertahan baru anjuran AS di
Eropah Timur telah memperlihatkan sikap kontra Rusia menerusi kepimpinan Presiden
Putin yang akan bersara 2008 ini.
Dalam tempoh hampir bersara, Putin mengambil langkah drastik bagi memastikan Rusia
tidak terancam dengan doktrin peluasan kuasa AS di mana pada 15 Julai 2007, Putin
bertindak membatalkan penyertaan Rusia dalam Perjanjian Tentera Konvensional Eropah
(CFE) yang bermatlamatkan sebagai satu mekanisme bagi mengawal senjata di Eropah
yang ditaja AS serta Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Tindakan tersebut juga dengan jelas menunjukkan bahawa Rusia tidak lagi terikat dengan
sebarang komitmen dalam perjanjian kawalan senjata yang sebelum ini disertainya.
Walaupun tindakan tersebut dibantah AS dan NATO, namun ketegasan Rusia untuk terus
menidakkan bantahan tersebut memberikan isyarat kepada dunia bahawa Rusia kini
sedang mengorak langkah menempatkan semula kedudukannya sebagai pemain
terpenting di arena politik antarabangsa setelah sekian lama mendiamkan diri sejak
tamatnya Perang Dingin di Eropah pada 1990.
Dengan peningkatan bajet pertahanan Rusia sebanyak 29 peratus berbanding tahun
kewangan 2006, tahun 2007 memaparkan satu peningkatan usaha bagi memartabatkan
semula kedudukan strategi pertahanan negara bekas komunis tersebut.
Tindakan Rusia di era Putin yang dilihat semakin rapat dengan OIC serta juga mahu
menganggotai Komuniti Asia Timur (EAC) yang dicadangkan ASEAN dilihat mampu
memberikan impak berkesan kepada perubahan geo politik dunia yang didominasi AS
masa kini. Rusia jelas alternatif baru dalam politik antarabangsa.
Masyarakat dunia kini sedang melihat Rusia, dan bagi Barat, ia sebagai ancaman, namun,
bagi dunia yang sedang tertindas, Rusia adalah alternatif kuasa kepada anarki AS masa
kini.
- MD. SHUKRI SHUIB ialah Pensyarah di Fakulti Pengajian Antarabangsa, Universiti
Utara Malaysia.

NEGARA-NEGARA YANG TERLIBAT DALAM PERANG DUNIA PERTAMA


DAN KEDUA
SEBAB-SEBAB MELETUS PERANG DUNIA PERTAMA

Nasionalisme

Disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah

Serbia

Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Russia

Ferdinand

Archduke Franz Ferdinand dan isterinya dibunuh oleh pengganas Serbia

Ekonomi

Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi

Pakatan

Negara-negara eropah iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga

Bukti

Kuasa besar sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-masing

Jajahan

Kuasa-kuasa besar berlumba mendapatkan tanah jajahan


Negara

Negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah Negara bangsa lebih besar

Perancis

Jerman yang menyerang Perancis melalui Negara berkecuali, Belgium menimbulkan


kemarahan Britain

Amerika

Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika turut terlibat
dalam perang itu

Versailles

Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama

SEBAB-SEBAB MELETUS PERANG DUNIA PERTAMA

Alih
Jerman menjalankan perluasan kuasa untuk mengalihkan perhatian rakyatnya daripada
masalah ekonomi

Tentera

Negara-negara Eropah yang mengurangkan peruntukan ketenteraan memberi peluang


kepada Jerman mengukuhkan ketenteraan

Enggan

Jerman tidak mampu membayar hutang peperangan

Meleset

Kemelesetan ekonomi

Ingkar

Adolf Hitler mengingkari Perjanjian Versailles dengan membina angkatan tentera yang
kuat

Kecewa

Pemimpin Jerman kecewa dengan Perjanjian Versailles kerana kehilangan tanah


jajahannya, terpaksa membayar pampas an yang tinggi dan diarahkan mengurangkan saiz
tenteranya.

Politik

Perubahan politik di Eropah dan Asia

USSR
Lenin mengukuhkan ideologi komunis dengan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis
Soviet (USSR)

Komunis

Pihak Komunis berjaya mengalahkan pihak lawan dalam Perang Saudara


Russia

Itali

Itali menjajah Habsyah dan menceroboh Perancis

Jepun

Ingin membebaskan negara Timur daripada penjajahan Barat dengan menguasai Negara-
negara itu

Sejarah dunia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sejarah dunia, menurut kebiasaan, adalah sejarah manusia, dari kemunculan Homo
sapiens sehingga masa kini. Sejarah manusia ditanda oleh kedua-dua jumpaan dan
ciptaan secara beransur-ansur, dan juga lompatan kuantum (quantum leap) — anjakan
paradigma, dan revolusi — yang merangkumi mercu tanda dalam evolusi kerohanian dan
duniawi kemanusiaan.

Sejarah manusia, berbanding dengan pra sejarah, pada masa lalu dikatakan bermula
dengan ciptaan, secara bebas dibeberapa tapak di bumi, tulisan, yang menjadi
infrastruktur bagi penyebaran ingatan yang berterusan dan tepat dan dengan itu penting
bagi penyebaran dan perkembangan pengetahuaan.[1] Tulisan, sebaliknya, menjadi perlu
dengan gelombang Revolusi Neolitik / Revolusi Pertanian, yang telah memberikan
kebangkitan tamadun, contoh. masyarakat yang menetap secara tetap, yang mendorong
peningkatan kepelbagaian perdagangan.

Habitat manusia yang bertaburan, berpusat sekitar punca air penting bagi kehidupan —
sungai dan tasik — berkembang dengan masa kepada unit lebih besar, selaras dengan
perkembangan kaedah pengangkutan yang lebih baik. Proses perkembangan ini,
digalakkan oleh persaingan dan pertelingkahan antara masyarakat yang berjiran, semakin
berkembang merentasi alaf kepada negara lebih besar, dan kemudiannya negara super
atau empayar. Di Eropah, kejatuhan Empayar Rom Barat (476) biasanya dikatakan
sebagai menandakan akhirnya sejarah silam dan permulaan Zaman Pertengahan.

Seribu tahun semudian, pada pertengahan abad ke-15, ciptaan Johannes Gutenberg bagi
percetakan moden, menggunakan jenis boleh gerak, merevolusi perhubungan, membantu
mengakhiri Zaman Pertengahan dan membawa masuk zaman moden, Renaissance dan
Revolusi Saintifik.

Menjelang abad ke-18, himpunan pengetahuan dan teknologi, terutamanya di Eropah,


telah sampai tahap kritikal yang mencetuskan kehadiran Revolusi Perindustrian. Lebih
suku-alaf sejak itu, perkembangan pengetahuan, teknologi, perdagangan, dan —
bersamanya — potensi kemusnahan akibat perang telah meningkat berganda secara
geometri mencipta peluang dan bahaya yang kini mengancam masyarakat manusia yang
tinggal bersama di planet ini.

Isi kandungan
[sorok] [sorok]

• 1 Zaman Paleolitik
• 2 Tempoh Mesolitik
• 3 Tempoh Neolitik
o 3.1 Kebangkitan pertanian
• 4 Tamadun
o 4.1 Negeri
o 4.2 Bandar dan perdagangan
o 4.3 Agama dan falsafah
• 5 Tamadun dan kawasan
• 6 Kebangkitan Eropah
o 6.1 Latar belakang
o 6.2 Penguasaan pedagang
• 7 Kurun Kedua Puluh dan seterusnya
• 8 Nota
• 9 Rujukan
• 10 Bacaan lanjut
• 11 Lihat juga
o 11.1 Sejarah menurut kawasan

• 12 Pautan luar

[sunting] Zaman Paleolitik


Peta penghijrahan manusia, menurut genetik populasi mitokondria. Nombor adalah alaf
sebelum kini (ketepatan dipersoalkan).

"Paleolitik" bererti "Zaman Batu Silam." Ini merupakan Zaman Batu terawal. Zaman
Paleolitik Awal (Lower Paleolithic) sebelum Homo sapiens, bermula dengan Homo
habilis dan pengunaan terawal perkakas batu sejak 2.5 juta tahun dahulu Homo sapiens
berasal sekitar 200,000 tahun dahulu, membawa masuk Zaman Paleolitik Pertengahan.

Pada satu ketika pada Pertengahan Paleolitik, manusia turut membangunkan bahasa,
muzik, seni awal, dan juga pengkebumian mayat secara sistematik.

Manusia berkembang dari Afrika Timur ke Timur Dekat sekitar 80 alaf dahulu, dan
selanjutnya ke Asia Selatan dan Australasia sekitar 60 alaf dahulu, barat laut ke Eropah
dan ke timur ke Asia Tengah sekitar 40 alaf dahulu, dan jauh ke timur hingga ke Amerika
sejak sekitar 30 alaf dahulu. Zaman Paleolitik Akhir (Upper Paleolithic) dianggap
bermula sejak 40 alaf dahulu, dengan kewujudan budaya "tinggi". Perkembangan ke
Amerika Utara dan Oceania berlaku pada kemuncak Zaman Air Batu terkini, ketika
kawasan sederhana amat tidak seduai untuk diduduki. Menjelang akhir Zaman Air Batu
sekitar 12,000 tahun dahulu, manusia telah menduduki hampir kesemua bahagian bebas
ais di seluruh dunia.

Sepanjang zaman Paleolitik, manusia biasanya hidup sebagai pemburu-pengumpul


nomad. Masyarakat pemburu-pengumpul cenderung terdiri dari kumpulan agak kecil dan
sama taraf (egalitarian), sungguhpun masyarakat pemburu-pengumpul dengan sumber
makanan yang kaya atau mempunyai teknik penyimpanan makanan yang maju kadang
kala membangunkan cara hidup tenang (sedentary), struktur masyarakat rumit seperti
mempunyai ketua, dan pengelasan masyarakat; dan membolehkan hubungan jarak jauh,
seperti bagi kes highway orang asli Australia.

[sunting] Tempoh Mesolitik


Perahu jalur (dugout canoe)

"Mesolitik," atau "Zaman batu Pertengahan" (dari Yunani "mesos," "pertengahan," dan
"lithos," "batu") merupakan zaman dalam perkembangan teknologi manusia antara
tempoh Zaman Paleolitik dan Neolitik Zaman Batu.

Tempoh Mesolitik bermula pada penghujung tempoh Zaman Pleistosen, sekitar 10,000
tahun dahulu, dan berakhir dengan pengenalan kepada pertanian, yang tarikhnya berbeza
menurut kawasan geografi. Di sesetengah kawasan, seperti Timur Dekat, pertanian
telahpun dilaksanakan menjelang hujung Zaman Pleistosen, dan di situ Mesolitik adalah
pendek dan tidak jelas. Di kawasan yang mempunyai kesan glasial terhad, istilah
Epipaleolitik kadang-kala digunakan.

Kawasan yang mengalami kesan persekitaran lebih besar seperti zaman air batu terakhir
mempunyai lebih banyak bukti era Mesolitik, beralaf lamanya. Di Eropah Utara,
masyarakat mampu hidup mudah dengan bekalan makanan yang banyak dari tanah paya
terbentuk akibat cuaca lebih panas. Keadaan sedemikian menghasilkan tabiat manusia
yang dikekalkan dalam rekod bahan, seperti oleh kebudayaan Maglemosian dan Azilian.
Keadaan sedemikian turut melewatkan kedatangan Neolitik sehingga 4000 SM (6,000
tahun dahulu) di Eropah Utara.

Peninggalan dari tempoh ini adalah sedikit dan jarang dijumpai, seringkali terhad pada
buangan. Di kawasan berhutan, tanda pertama nyahhutan telah dijumpai, sungguhpun ini
hanya bermula dengan meluas semasa Neolitik, apabila lebih banyak kawasan diperlukan
bagi pertanian.

Di kebanyakan kawasan, Mesolitik mempunyai ciri-ciri perkakasan batu komposit kecil


— mikrolit dan mikroburin. Alat pancing, kapak batu dan objek kayu, contoh. Kanu dan
busur panah turut dijumpai disesetengah kawasan. Teknologi ini mula muncul di Afrika,
dikaitkan dengan budaya Azilian, sebelum merebak ke Eropah menerusi budaya Ibero-
Maurusian di Sepanyol dan Portugis, dan budaya Kebaran di Palestin. Kemungkinan
ciptaan ini berlaku secara serentak tidak boleh diabaikan.

Semasa Mesolitik sama seperti tempoh Paleolitik sebelumnya, manusia tinggal dalam
suku kecil dan puak (kebanyakan sama taraf).

[sunting] Tempoh Neolitik


"Neolitik" bererti "Zaman Batu Baru". Ini merupakan tempoh pembangunan teknologi
dan masyarakat primitif, pada akhir "Zaman Batu." Bermula pada alaf 10 SM / (12,000
tahun dahulu), tempoh Neolitik melalui pembangunan awal perkampungan, pertanian,
penternakan haiwan dan perkakasan.

[sunting] Kebangkitan pertanian

Bajak ditarik kerbau, Mesir Purba, sekitar 1200 SM.

Perubahan utama, digambarkan oleh pakar pra sejarah Vere Gordon Childe sebagai
"Revolusi Pertanian," berlaku sekitar 10 alaf Sebelum Masihi dengan amalan pertanian.
Orang-orang Sumer pertama mula menanam sekitar 9500 SM. Menjelang 7000 SM,
pertanian telah tersebar ke India; menjelang 6000 SM, ke Mesir; menjelang 5000 SM, ke
China. Sekitar 2700 SM, pertanian telah tiba ke Mesoamerika.

Sungguhpun perhatian cenderung tertumpu pada Hilal Subur Timur Tengah, kajian
arkeologi di Amerika, Timur Asia dan Asia Tenggara menunjukkan bahawa sistem
pertanian, menggunakan tanaman dan haiwan berlainan, mungkin dalam sesetengah kes
berkembang di sana hampir sama awalnya. Perkembangan pengairan teratur, dan
penggunaan tenaga kerja khas, oleh Sumeria, bermula sekitar 5500 SM. Batu digantikan
dengan gangsa dan perkakasan besi bagi pertanian dan perperangan. Penempatan
pertanian sehingga itu hampir sepenuhnya bergantung kepada perkakasan batu. Di
Eurasia, perkakasan tembaga dan gangsa, hiasan dan senjata telah menjadi biasa sekitar
3000 SM. Selepas gangsa, kawasan Mediterranean Timur, Timur Tengah dan China mula
menggunakan perkakasan dan senjata besi.

Tahap teknologi dan masyarakat dunia, sekitar 1000 SM.

Kemungkinannya penduduk Amerika tidak memmiliki peralatan logam sehingga zaman


budaya Chav ‫ם‬n (900 SM)). Budaya Moche bagaimanapun memiliki perisai, pisau dan
pinggang mangkuk logam. Malah puak Inca yang kekurangan logam telahpun memiliki
bajak bermata logam, sekurang-kurangnya selepas penaklukan Chimor. Bagaimanapun,
kurang penyelidikan arkeologi dijalankan di Peru, dan hampir kesemua khipus (peranti
rakaman, dalam bentuk simpulan, yang digunakan oleh Inca) telah dibakar semasa
penaklukan Sepanyol ke atas Peru. Sehingga akhir 2004, keseluruhan bandar masih
dibongkar. Sesetengah cari gali menunjukkan bahawa besi mungkin telah dihasilkan di
situ sebelum ia dimajukan di Eropah.

Tempat kelahiran tamadun awal adalah lembah sungai, seperti lembah Sungai Furat dan
Tigris di Mesopotamia, lembah Nil di Mesir, lembah Indus di subbenua India, dan
lembah Yangtze dan Sungai Kuning di China. Sesetengah kaum nomad, seperti penduduk
asli Australia dan Bushmen di Afrika Selatan tidak bercucuk-tanam sehingga baru-baru
ini.

Sebelum 1800, kebanyakan penduduk tidak tergolong dalam negara. Para saintis
bertelingkah sama ada istilah "puak" patut diguna pakai bagi kumpulan masyarakat yang
hidup masa itu. Kebanyakan masyarakat puak, di Eropah dan tempat lain, membentuk
negara apabila mereka diancam, ataupun diceroboh oleh negara sedia ada. Contohnya
adalah Marcomanni, Poland dan Lithuania. Sesetengah "puak", seperti Kassite dan
Manchu, menakluk negara dan dijajah olehnya.

Pertanian membolehkan pembentukan masyarakat rumit — tamadun. Negara dan pasaran


muncul. Teknologi meningkatkan kemampuan manusia bagi mengawal alam sekitar dan
membangunkan sistem pengangkutan dan perhubungan.

[sunting] Tamadun
[sunting] Negeri

Rencana utama: Negara dan Tamadun

Revolusi Pertanian pertama mendorong kepada beberapa perubahan utama. Ia


membenarkan penduduk lebih padat, yang mengikut masa membentuk negeri. Terdapat
beberapa takrifan bagi istilah, "negeri." Max Weber dan Norbert Elias mentakrifkan
negeri sebagai organisasi manusia yang mempunyai monopoli bagi penggunaan
kekerasan sah bagi kawasan geografik yang khusus.
Sempadan menetapkan negeri— contoh jelas adalah Tembok Besar China, yang
merentangi lebih 6,400 km, dan pertama kali didirikan pada abad ke-3 SM bagi
melindungi bahagian utara dari penceroboh nomad yang dikenali sebagai Xiongnu. Ia
telah dibina semula dan diperkukuhkan beberapa kali semenjak itu.

Negeri pertama dipercayai muncul di Mesopotamia, barat Iran, Mesir Purba dan Lembah
Indus pada akhir alaf ke-4 dan awal alaf ke-3 SM. Semasa Zaman Gangsa di
Mesopotamia dan Iran, terdapat beberapa negeri-bandar. Mesir Purba bermula sebagai
negeri tanpa bandar, tetapi kemudian membangunkannya. Negeri muncul di China pada
akhir alaf ke-3 dan awal alaf ke-2 SM.

Sesebuah negeri biasanya memerlukan tentera bagi menguatkuasa kekuatan secara sah.
Tentera pula memerlukan birokrat bagi mengekalkannya. Satu-satunya pengecualian
kepada aturan ini kelihatannya bagi tamadun Lembah Indus, iaitu tidak terdapat bukti
bagi kewujudan kuasa tentera.

Perang utama berlaku antara negara di Timur Tengah. Sekitar 1275 Sebelum Masihi,
Hittite di bawah Muwatalli II dan Mesir di bawah Ramesses II menandatangani
perjanjian Kadesh, perjanjian keamanan tertua dunia.[2]

Empayar mula wujud, dengan penaklukan kawasan yang diperintah oleh puak utama,
sebagaimana yang berlaku di Empayar Neo-Assyria (abad ke-10 SM), Empayar Parsi
Achaemenid (abad ke-6 SM), Empayar Mauryan (abad ke-4 SM), Qin dan Dinasti Han
(abad ke-3 SM), dan Empayar Rom (abad ke-1 SM).

Pertembungan antara empayar termasuk yang berlaku pada abad ke-8, apabila Khalifah
Islam dari Arab (memerintah dari Sepanyol hingga ke Iran) dan dinasti Tang China (yang
memerintah dari Xinjiang hingga ke Korea) bertempur selama beberapa dekad bagi
mengawal Asia Tengah.
Skrip Kuneiform, sistem penulisan terawal yang diketahui.

Empayar daratan satu sempadan terbesar dalam sejarah adalah Empayar Mongol pada
abad ke-13. Menjelang masa itu, kebanyakan orang di Eropah, Asia dan Afrika Utara
merupakan sebahagian dari negara. Terdapat juga negara di Mexico dan barat Amerika
Selatan. Negara mengawal semakin banyak jajahan dan penduduk dunia; kawasan
"kosong" terakhir, tidak termasuk Antartika yang tidak didiami, akan dibahagikan antara
negara dalam Persidangan Berlin (1884-1885).

[sunting] Bandar dan perdagangan

Rencana utama: Bandar dan perdagangan

Pertanian turut mencipta, dan membenarkan penyimpanan, lebihan makanan yang


mampu menyokong orang yang tidak terbabit secara langsung dalam penghasilan
makanan. Pembangunan pertanian membenarkan penubuhan bandar pertama. Ini adalah
pusat perdagangan, pengilangan, dan kuasa politik dengan hampir tiada keluaran
pertanian mereka sendiri. Bandar menubuhkan hubungan simbiosis dengan kawasan desa
sekeliling, menyerap keluaran pertanian dan sebaliknya memberikan barangan dan
pelbagai tahap perlindungan tentera.

Pembangunan bandar menghasilkan secara etimologi dan juga kebangkitan tamadun itu
sendiri: pertama tamadun Sumeria, di bahagian bawah Mesopotamia (3500 SM), diikuti
oleh tamadun Mesir sepanjang sungai Nil (3300 SM) dan tamadun Harappan di Lembah
Indus (3300 SM). Bandar besar didirikan, dengan kerumitan ekonomi dan masyarakat
tahap tinggi. Setiap tamadun ini begitu berbeza sesama sendiri sehinggakan ia hampir
pasti berasal secara berasingan. Ia dalam tompoh ini, dan disebabkan keperluan
menguruskan bandar, hinggakan tulisan dan perdagangan meluas diperkenalkan.

Penulisan terawal yang diketahui adalah skrip kuneiform, dicipta oleh orang-orang
Sumeria sejak sekitar 3000 SM. Tulisan Kuneiform bermula sebagai sistem piktograf.
Melalui masa, lambang gambar dipermudahkan dan menjadi lebih abstrak. Kuneiform
ditulis pada kepingan tanah liat, dari mana simbol dilukis dengan mensiang tumpul
sebagai stilus. Abjad pertama digunakan pada Zaman Gangsa Pertengahan (2000-1500
SM). Darinya terbentuk abjad Phoenicia, yang digunakan bagi menulis Phoenicia. Abjad
Phoenicia merupakan leluhur kebanyakan sistem tulisan yang digunakan hari ini.
Di China, masyarakat proto-bandar mungkin telah terbentuk dari 2500 SM, tetapi dinasti
pertama yang dikenal pasti oleh pakar arkeologi adalah Dinasti Shang.

Pada alaf ke-2 SM melihat kewujudan tamadun di Caanan, Crete, tanah besar Yunani, dan
Turki tengah.

Laluan perdagangan yang digunakan pada sekitar kurun 1 berpusat di Laluan Sutera.

Di Amerika, tamadun seperti Maya, Zapotec, Moche, dan Nazca muncul di Mesoamerika
dan Peru pada hujung alaf pertama SM.

Syiling pertama di dunia diperkenalkan sekitar 625 SM di Lydia (barat Anatolia, di


Turki) moden.[3]

Laluan Perdagangan muncul di timur Mediterranean pada alaf ke-4 SM. Lalaun
perdagangan jarak jauh mula muncul pada alaf ke-3 SM, Kaum Sumeria di Mesopotamia
berdagang dengan tamadun Harappan dari lembah Indus. Laluan Sutera antara China dan
Syria mula digunakan pada alaf ke-2 SM. Bandar di Asia Tengah dan Parsi merupakan
persimpangan jalan bagi laluan perdagangan ini. Makam dinastik Silla telah dijumpai di
Korea, mengandungi tinggalan seperti cawan wain yang dihasilkan di Iran.[4] Tamadun
Phoenicia dan Yunani mengasaskan empayar berasaskan perdagangan di lembangan
Mediterranean pada alaf pertama SM.

Pada akhir alaf pertama dan awal alaf ke-2, kaum Arab menguasai laluan perdagangan di
Lautan Hindi, Asia Timur, dan Sahara. Pada akhir alaf pertama, Kaum Arab dan Yahudi
menguasai perdagangan di Mediterranean. Pada awal alaf ke-2, Penduduk Itali
mengambil alih peranan ini, dan bandar Flanders dan Jerman merupakan pusat laluan
perdagangan di Eropah Utara yang dikawal oleh Liga Hanseatik. Di semua kawasan,
bandar utama berkembang di persimpangan sepanjang laluan perdagangan.

[sunting] Agama dan falsafah

Rencana utama: Sejarah falsafah, Perkembangan agama, dan Sejarah agama


Kuil Angkor Wat, Kemboja, awal abad ke-12.

Falsafah dan agama baru muncul di timur dan barat, terutamanya sekitar abad ke-6 SM.
Menjelang masa, pelbagai variasi agama berkembang di sekeliling dunia, dengan antara
yang paling awal adalah Hindu, Buddhisme dan Jainisme di India, dan Majusi di Parsi.
Agama Ibraham menjejak asal mereka kepada agama Yahudi, sekitar 1800 SM.

Di timur, tiga aliran pemikiran menguasai pemikiran China sehingga zaman moden masa
kini. Ia termasuk Taoisme, Legalisme dan Konfusianisme. Tradisi Konfusianisme, yang
paling berkuasa, melihat kearah moral politik dan bukannya menggunakan kuasa undang-
undang tetapi ke arah kuasa dan contoh tradisi. Konfusianisme akan kemudian tersebar
ke Semenanjung Korea dan Goguryeo[5] dan kepada Jepun.

Di barat, falsafah Yunani, diwakili oleh Socrates, Plato dan Aristotle, tersebar ke seluruh
Eropah dan Timur Tengah pada abad ke-4 SM melalui penaklukan oleh Alexander III dari
Macedon, atau lebih dikenali sebagai Alexander Agung.

[sunting] Tamadun dan kawasan

Binaan semula pusat Rom semasa pemerintahan Septimius Severus, menunjukkan


Colosseum dan kawasan ke selatan darinya.
Menjelang akhir abad pertama SM, Mediterranean, Sungai Ganges dan Sungai Kuning
telah menjadi tapak empayar yang pemimpin masa hadapan cuba menirunya. Di India,
Empayar Mauryan memerintah sebahagian besar Asia Selatan, sementara Pandyas
memerintah India Selatan. Di China, Qin dan Han mengembangkan pemerintahan
imperial mereka menerusi penyatuan politik, komunikasi lebih baik dan penubuhan
monopoli negara oleh Maharaja Wu.

Di barat, rakyat Yunani Purba menubuhkan tamadun yang dianggap kebanyakan


sejarahwan sebagai asas budaya tamadun barat moden. Beberapa abad kemudian, pada
abad ke-3 SM, Rom mula mengembangkan jajahan mereka melalui penaklukan dan
menubuhkan koloni. Menjelang pemerintahan Maharaja Augustus (akhir abad pertama
SM, Rom mengawal keseluruhan tanah mengelilingi Mediterranean. Menjelang
pemerintahan Maharaja Trajan (awal abad ke-2 M), Rom mengawal kebanyakan tanah
dari England hingga ke Mesopotamia.

Empayar yang agung bergantung kepada penyerapan jajahan menggunakan tentera dan
pada pembentukan pendudukan yang dipertahankan agar menjadi pusat pertanian.
Keadaan yang agak aman semasa di bawah pentakbiran empayar menggalakkan
perdagangan antarabangsa, paling terkemuka laluan perdagangan besar di laut
Mediterranean yang telah dibangunkan semenjak Zaman Keyunanian, dan Laluan Sutera.

Empayar berhadapan dengan masaalah biasa berkait dengan mengekalkan jumlah tentera
yang besar dan menyokong borokrasi pusat. Kos ini semakin membebankan petani,
sementara usahawan pemilik tanah semakin mampu mengelakkan kawalan pusat dan
kosnya. Tekanan orang-orang gasar di sempadan mencepatkan proses perpecahan
dalaman. Empayar Han China terjerumus dalam perang saudara pada 220 M, sementara
Empayar Rom yang sama semakin menjadi berpisah dan pecah belah pada masa yang
sama.

Sepanjang zon iklim sederhana Eurasia, Amerika dan Afrika Utara, empayar bangkit dan
jatuh secara berterusan.

Keruntuhan Empayar Rom, yang berlanjutan selama beberapa kurun selepas kurun ke-2
SM, berkebetulan dengan penyebaran Kristian ke arah barat ke Timur Tengah. Empayar
Rom barat jatuh di bawah pengaruh puak Jerman pada kurun ke-5, dan ia perlahan-lahan
berpecah kepada beberapa negeri yang bertempur sesama sendiri, kesemuanya berkait
dalam satu cara atau lain sesama sendiri dengan Gereja Katolik Rom. Sisa bahagian
Empayar Rom, di Mediterranean timur, mulai sekarang akan dikenali sebagai Empayar
Byzantine. Berkurun selepasnya, persatuan terhad akan dikembalikan pada Eropah barat
melalui penubuhan Empayar Rom Suci pada 962, yang terdiri dari beberapa negeri yang
apa kini dikenali sebagai Jerman, Switzerland, Belgium, Itali dan Perancis.

Di China, pelbagai dinasti turut naik dan turun. Selepas kejatuhan Dinasti Han Timur dan
jatuhnya Tiga Kerajaan, puak nomad dari utara mula menjajah pada abad ke-4 M,
akhirnya menakluk kawasan China Utara dan menubuhkan banyak kerajaan kecil. Dinasti
Sui menyatukan China pada 581, dan bawah Dinasti Tang berikutnya (618-907) China
memasuki zaman keemasan kedua. Bagaimanapun Dinasti Tang turut berpecah dan
selepas setengah abad kacau-bilau Dinasti Song Utara menyatukan China pada 982.
Bagaimanapun tekanan dari empayar nomad di utara semakin meningkat. China Utara
jatuh ke tangan Jurchen pada 1141, dan Empayar Mongol menakluk keseluruhan China
pada 1279, termasuk juga hampir keseluruhan tanah besar Eurasia, kecuali tengah dan
Eropah Barat, dan kebanyakan Asia Tenggara dan Jepun.

Pada tempoh ini, India utara diperintah oleh Gupta. Di India Selatan, tiga kerajaan
Dravidia terkemuka muncul: Chera, Chola dan Pandya. Kestabilan yang berikutnya
menyumbang kepada zaman kegemilangan kebudayaan Hindu pada abad ke-4 dan ke-5
M.

Machu Picchu, "Bandar Lenyap orang Inca," telah menjadi simbol yang paling dikenali
bagi tamadun Inca.

Pada masa kini juga, di Amerika Tengah, masyarakat luas juga turut terbentuk, yang
paling penting adalah Maya dan Aztek dari Mesoamerika. Ketika ibu budaya iaitu
Olmeks merosot secara perlahan-lahan, negara-bandar Maya agung perlahan-lahan
meningkat semakin banyak dan semakin penting, dan budaya Maya tersebar sepanjang
Yucat ‫ב‬n dan kawasan sekeliling. Empayar Aztek berikutnya dibina atas budaya
berjiranan dan dipengaruhi oleh penduduk yang ditawan seperti Toltek.

Di Amerika Selatan, antara abad ke-14 dan abad ke-15 melihat kebangkitan Inca.
Empayar Inca dari Tawantinsuyu, dengan ibu negerinya di Cusco, merentasi keseluruhan
Banjaran Gunung Andes. Kaum Inca adalah kaya dan maju, terkenal kerana sistem jalan
Inka dan pertukangan batu yang tiada tandingannya.

• Sehingga 1258

Islam, yang bermula pada abad ke-7 di Arab, merupakan salah satu kuasa menakjubkan
dalam sejarah dunia, berkembang dari sejumlah kecil pengikut kepada menjadi asas bagi
beberapa siri empayar di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tengah, India, Melaka dan
masa kini Indonesia.

Di timur laut Afrika, Nubia dan Habsyah masih kekal kelompok Kristian sementara
bahagian Afrika yang lain di utara khatulistiwa memeluk Islam. Dengan kedatangan
Islam datang teknologi baru yang, buat kali pertama membenarkan perdagangan yang
banyak menyeberangi Sahara. Cukai ke atas perdagangan ini membawa kemewahan
kepada Afrika Utara, dan kebangkitan beberapa siri kerajaan di Sahel.

Tempoh ini dalam sejarah dunia ditanda dengan kemajuan teknologi yang perlahan tetapi
berterusan, dengan pembangunan penting seperti pelana dan bajak moldboard tiba setiap
beberapa kurun. Bagaimanapun di sesetengah kawasan, terdapat kemajuan teknologi
yang pantas. Lebih penting lagi, adalah di kawasan Mediterranean semasa tempoh
Keyunanian, apabila beratus teknologi dicipta. Tempoh sedemikian diikuti dengan
tempoh kemerosotan teknologi, sebagaimana semasa kemerosotan dan kejatuhan
Empayar Rom dan tempoh awal pertengahan berikutnya.

Wabak Justinian merupakan wabak yang menimpa Empayar Byzantine, termasuk ibu
kotanya Constantinople, pada tahun 541–542 M. Ia dianggarkan bahawa Wabak Justinian
membunuh seramai hingga 100 juta manusia di seluruh dunia.[6][7] Ia menyebabkan
penduduk Eropah merosot sekitar 50% antara 541 dan 700.[8] Ia juga mungkin turut
menyumbang kepada kejayaan penaklukan Arab.[9][10]

[sunting] Kebangkitan Eropah


[sunting] Latar belakang

Rencana utama: Sejarah Eropah

Ciptaan mesin cetak jenis boleh alih pada 1450-an di Jerman mendapat anugerah #1 dari
100 Tertinggi Kejadian Agung bagi Milenium oleh majalah Life. Menurut sesetengah
anggaran, kurang dari 50 tahun selepas Injil pertama di cetak pada 1455, lebih dari
sembilan juta buku dicetak.

Hampir kesemua tamadun pertanian dibebankan oleh persekitaran mereka. Pengeluaran


kekal rendah, dan perubahan cuaca dengan mudah memulakan kitaran kembang dan
kudup yang menyebabkan tamadun bangkit dan jatuh. Bagaimanapun, menjelang 1500,
terdapat perubahan kualitatif dalam sejarah dunia. Kemajuan teknologi dan kemewahan
yang dihasilkan dari perdagangan perlahan-lahan membawa kemungkinan yang lebih
luas.

Malah sebelum abad ke-16, sesetengah tamadun telah mengembangkan masyarakat maju.
Pada zaman dahulu, tempoh silam di Yunani dan Rom Kuno telah menghasilkan
masyarakat yang disokong oleh ekonomi kewangan, dengan pasaran kewangan dan hak
bagi harta persendirian. Institusi ini mencipta keadaan bagi penghimpunan modal
berterusan, dengan peningkatan produktiviti. Menurut sesetengah anggaran, pendapatan
per kapita Rom Itali, kawasan yang paling maju dalam Empayar Rom, sama bandingan
dengan pendapatan per-kapita dari ekonomi paling maju pada kurun ke-18. (lihat [1])
Kawasan yang paling dibangunkan dalam tamadun klasik adalah kawasan bandar lebih
maju berbanding kawasan lain di dunia sehingga awal zaman moden. Tamadun ini
bagaimanapun, perlahan-lahan merosot dan roboh; dan para sejarahwan masih bertikai
mengenai puncanya.

China telah membangunkan ekonomi kewangan maju menjelang 1,000 M. China


mempunyai petani bebas yang tidak lagi petani cukup makan, dan mampu menjual
keluaran mereka dan menyertai pasaran. Pertanian amat produktif dan masyarakat China
ramai tinggal di bandar. Negara ini maju dari segi teknologi kerana ia mempunyai
monopoli dalam hembusan (pertukangan besi) dan cetakan. (lihat Joseph Needham).
Tetapi, selepas penyerbuan awal oleh Jurchens, pada 1279 sisa empayar Sung ditakluk
oleh puak Mongol.

Dari luaran, Zaman Pembaharuan Eropah, bermula pada kurun ke-14, terdiri dari
jumpaan semula sumbangan saintifik dunia klasik, dan dalam kebangkitan ekonomi dan
masyarakat Eropah. Tetapi Renaissance turut menggalakkan budaya ingin tahu yang
akhirnya mendorong kepada kemanusiaan, Revolusi Saintifik, dan akhirnya perubahan
besar Revolusi Perindustrian. Revolusi Saintifik pada kurun ke-17, bagaimanapun tidak
mempunyai kesan serta-merta pada teknologi; hanya pada separuh kedua kurun ke-18
barulah kemajuan saintifik mula digunakan bagi ciptaan pratikal.

Kelebihan yang dibangunkan negara Eropah menjelang kurun ke-18 terbahagi dua:
budaya keusahawanan, dan kemewahan yang dihasilkan dari perdagangan Atlantik
(termasuk perdagangan hamba Afrika). Menjelang akhir abad ke-16, perak Amerika
membentuk satu per lima belanjawan keseluruhan Sepanyol.[11] Keuntungan perdagangan
hamba dan perladangan Indies Barat berjumlah sehingga 5% dari ekonomi British pada
masa Revolusi Perindustrian.[12] Sementara sesetengah sejarahwan memutuskan bahawa,
pada 1750, produktiviti buruh di kawasan paling membangun di China masih setaraf
dengan ekonomi Atlantik Eropah (lihat Wolfgang Keller and Carol Shiue), sejarahwan
lain seperti Angus Maddison mendakwa bahawa produktiviti per-kapita Eropah barat
menjelang akhir Zaman Pertengahan melebihi produktiviti per-kapita semua kawasan lain
di dunia.[13]
Beberapa penjelasan telah dihulurkan laksana mengapa, dari lewat Zaman Pertengahan
seterusnya, Eropah bangkit mengatasi tamadun lain, menjadi tanahair dari Revolusi
Perindustrian, dan mendominasi dunia. Max Weber menyatakan bahawa ia berpunca dari
etika kera Protesten yang menggalakkan Eropah untuk bekerja lebih keras dan lebih lama
dari yang lain. Satu lagi penjelasan sosioekonomi melihat kepada demografi: Eropah,
dengan klergi membujang, emigrasi kolonial, pusat urban mortaliti-tinggi, kebuluran
bertempoh dan pencetusan dari Maut Hitam, peperangan berterusan, dan perkahwinan
lambat umur telah lebih membebankan pertumbuhan populasi, berbanding kepada budaya
Asia. Kekurangan relatif dari buruh bermakna bahawa lebihan akan dilaburkan dalam
kecanggihan teknologi jimat-buruh seperti kincir air dan pengisar, pemintal dan tenun,
enjin stim dan perkapalan, berbanding dari membekalkan pertumbuhan populasi.

Ramai telah menyatakan bahawa institusi Eropah adalah unggul, bahawa ekonomik hak
milik dan pasar-bebas adalah lebih kuat dari tempat lain berpunca dari ideal kebebasan
yang pelik kepada Eropah. Pada tahun kebelakangan ini, bagaimanapun, sarjana seperti
Kenneth Pomeranz telah mencabar pandangan ini, walaupun pendekatan revisionis
kepada sejarah dunia juga telah ditemu dengan kritikan kerana sistematiknya
"mengurangi kepentingan" pencapaian Eropah.[14]

Geografi Eropah mungkin juga memainkan peranan penting. Timur Tengah, India dan
China semuanya dikelilingi gunung tetapi, apabila halangan luar ini ditembusi,
mempunyai bentuk muka bumi yang rata. Sebaliknya, Pyrenees, Alps, Pergunungan
Apennine, Pergunungan Carpathian dan banjaran pergunungan yang lain merentasi
Eropah, dan benua itu sendiri dibahagikan oleh beberapa laut. Ini memberikan Eropah
sedikit perlindungan dari bahaya penceroboh Asia Tengah. Sebelum era senjata api,
nomad ini biasanya mempunyai kelebihan ketenteraan berbanding negeri pertanian di
pinggir benua Eropah dan, sekiranya mereka lepas lalu ke dataran India utara atau lembah
China, hampir mustahil dihentikan. Pencerobohan ini sering kala membawa malapetaka.
Zaman Kegemilangan Islam tamat dengan pencerobohan Mongol menjarah Baghdad
pada 1258. India dan China melalui penjajahan berkala, dan Rusia menghabiskan
beberapa kurun di bawah Penguasaan Mongol-Tatar. Eropah Tengah dan Barat, secara
logistik lebih jauh dari pusat Asia Tengah, terbukti lebih selamat dari ancaman ini.

Satu lagi faktor geografi penting dalam kebangkitan Eropah adalah Laut Mediterranean,
yang, selama beberapa alaf, telah berfungsi sebagai laluan utama lautan menggalakan
pertukaran barang, manusia, idea, dan ciptaan.

Berbanding Eropah, kawasan tropika masih terdedah kepada penyakit tropika dan
penyakit parasit manusia, melemahkan tenaga dan kesihatan manusia, haiwan dan
tanaman mereka, merupakan faktor melemah masyarakat yang menghalang kemajuan.

[sunting] Penguasaan pedagang

Pada kurun ke-14, Zaman Pembaharuan bermula di Eropah. Sesetengah penyelidik


moden telah mempersoalkan samaada kebangkitan seni dan kemanusiaan (humanisme)
membuat sebarang sumbang kepada sains, tetapi era tersebut turut melihat gabungan
penting pengetahuan Arab dan Eropah. Salah satu perkembangan yang penting adalah
caravel, yang menggabungkan layar lateen Arab dengan layar segi empat Eropah bagi
mencipta kapal yang mampu berlayar Lautan Atlantik dengan selamat. Bersama dengan
perkembangan penting dalam pelayaran, teknologi ini membenarkan Christopher
Columbus untuk mengembara menyeberangi Lautan Atlantik pada 1492 dan
menyeberangi ruang antara Afrika-Eurasia dan Amerika.

Ini mempunyai kesan dramatik bagi kedua benua. Orang-orang Eropah membawa
bersama mereka penyakit virus yang tidak pernah ditemui oleh penduduk asli Amerika,
dan sejumlah penduduk asli mati akibat wabak yang teruk. Orang-orang Eropah turut
memiliki kelebihan kuda, besi dan senapang yang membantu mereka mengalahkan
empayar Aztek dan Inca termasuk juga kebudayaan Amerika Utara.

Emas dan sumber dari Amerika telah dirampas dari penduduk tempatan dan dihantar ke
Eropah, sementara pada masa yang sama sejumlah besar koloni Eropah mula berpindah
ke Amerika. Untuk memenuhi permintaan bagi buruh di koloni baru, penduduk Afrika
mula diimport sebagai hamba abdi. Tidal lama kemudian sebahagian besar Amerika
terdiri daripada hamba perkauman kelas rendah yang besar. Di Afrika Barat, sejumlah
negeri yang rancak membangun sepanjang persisiran, menjadi kaya dengan memperalat
penduduk Afrika dalaman yang dijual sebagai hamba kepada pedagang Inggeris.

Kapal Santa Maria berlabuh di Anchor, dilukis sekitar 1628 oleh Andries van Eertvelt,
menunjukkan carrack terkenal Christopher Columbus.

Perkembangan marin Eropah tidaklah mengejutkan — memandangkan bentuk geografi


benua tersebut — kebanyakannya merupakan usaha negeri persisiran Atlantik: Portugis,
Sepanyol, England, Perancis, dan Belanda. Empayar Portugis dan Empayar Sepanyol
adalah yang penakluk yang pertama dan sumber pengaruh penting, tetapi tidak lama
kemudian Inggeris, Perancis dan Belanda turut muncul bagi mula menguasai Lautan
Atlantik. Dalam siri perperangan, pertempuran pada abad ke-17 dan 18, memuncak
dengan Perang Napoleon, Britain muncul sebagai kuasa besar dunia pertama. Ia
berkembang sebagai empayar yang melitupi dunia, mengawal, pada kemuncaknya,
sekitar suku dari tanah dunia, membentuk sebagai "Empayar yang matahari tidak pernah
terbenam".

Sementara itu pengembaraan Laksamana Zheng He dihentikan oleh Dinasti Ming (1368-
1644), China, ditubuhkan selepas penyingkiran Mongol. Revolusi perdagangan China,
kadang kala digambarkan sebagai "kapitalisme insipien," turut digugurkan. Dinasti Ming
akhirnya jatuh ke tangan Manchu, yang Dinasti Qing pada awalnya melalui tempoh
tenang dan mewah tetapi semakin menjadi mangsa pencerobohan Barat.

Sejurus selepas penjajahan Amerika, Eropah turut mempergunakan kelebihan teknologi


mereka keatas penduduk Asia. Pada awal abad ke-19, Britain menguasai subbenua India,
Mesir dan Semenanjung Malaysia; Perancis menguasai Indochina; sementara British
menduduki Hindia Belanda. British turut mengambil alih beberapa kawasan yang masih
didiami oleh orang Neolitik, termasuk Australia, New Zealand dan Afrika Selatan, dan,
sebagaimana di Amerika, sejumlah besar koloni British mula berhijrah ke sana. Pada
akhir kurunke-19, kuasa Eropah membahagi kawasan baki di Afrika.

Tempoh ini di Eropah melihat Zaman Kewarasan mendorong kepada Revolusi Saintifik,
yang menukar pemahaman manusia terhadap dunia dan membolehkan berlakunya
Revolusi Perindustrian, perubahan utama ekonomi dunia. Revolusi Industri bermula di
Great Britain dan menggunakan kaedah baru pengeluaran — kilang, pengeluaran pukal,
dan mekanisma — bagi menghasilkan pelbagai jenis barangan lebih pantas dan kurang
buruh berbanding yang sebelumnya.

Semasa Revolusi Industri, ekonomi dunia mula bergantung kepada arang batu, sebagai
kaedah baru pengangkutan, seperti kereta api dan kapal wap, secara berkesan
mengecilkan dunia. Sementara itu, pencemaran pengilangan dan kerosakan alam sekitar,
wujud semenjak jumpaan api dan permulaan tamadun, meningkat dengan banyaknya.

[sunting] Kurun Kedua Puluh dan seterusnya


Abad ke-20 bermula dengan Eropah pada kemuncak kemewahan dan kuasa dan
menguasai sebahagian besar dunia secara langsung melalui penubuhan koloni atau
penguasaan secara tidak langsung. Kebanyakan bahagian lain dunia pula semakin
dipengaruhi oleh negara Eropah: Amerika Syarikat dan Japun. Bagaimanapun, ketika
kurun berlalu, sistem sejagat yang dikuasai oleh kuasa bersaing menerima tekanan hebat,
dan akhirnya digantikan dengan struktur lebih lentur negeri merdeka yang diatur menurut
model Barat.
Perang Dunia I, pertempuran antara Berikat (hijau) dan Kuasa Pusat (Kuning bata),
mengakhiri Empayar Jerman, Empayar Austria-Hungary, Empayar Rusia dan Empayar
Uthmaniyyah.

Perubahan ini dimangkin oleh perang dengan kemusnahan dan skop yang tiada
bandingannya. Perang Dunia I memusnahkan banyak empayar Eropah dan monarki, dan
turut melemahkan Perancis dan Britain. Mengekori selepasnya, ideologi yang kuat
timbul. Revolusi Rusia 1917 mencipta negeri komunis pertama, sementara pada 1920-an
dan 1930-an turut menyaksikan diktaktor fasis tentera mendapat kuasa di Itali, Jerman,
Sepanyol, Jepun dan lain-lain.

Persaingan kebangsaan berterusan, memburukkan lagi gelodak ekonomi Zaman Meleset,


membantu memulakan Perang Dunia II. Ditaktor tentera Eropah dan Jepun mengejar arah
pengembangan empayar yang ditakdirkan untuk gagal. Kekalahan mereka membuka
jalan bagi kemaraan komunis ke Erpoah Tengah, Yugoslavia, Bulgaria, Romania,
Albania, China, Vietnam Utara dan Korea Utara.

Senjata nuklear digunakan terhadap Jepun pada 1945, mengakhiri Perang Dunia II dan
memulakan Perang Dingin.

Selepas Perang Dunia II, pada 1945, Pertubuhan Bangsa Bersatu telah ditubuhkan dengan
harapan menyelesaikan pergeseran antara negara dan menghalang perang di masa
hadapan. Perperangan bagaimanapun telah meninggalkan dua negara, Amerika Syarikat
dan Kesatuan Soviet, dengan kuasa utama bagi memandu hal ehwal antarabangsa. Setiap
satu mencurigai yang lain dan bimbang penyebaran model ekonomi-politik saingannya.
Ini mendorong kepada Perang Dingin, empat puluh tahun percanggahan antara Amerika
Syarikat, Kesatuan Soviet, dan sekutu-sekutu mereka. Dengan pembangunan senjata
nuklear dan perlumbaan senjata berikutnya, kesemua manusia terdedah kepada risiko
perang nuklear antara dua kuasa besar. Perperangan sebegitu dilihat sebagai tidak
pratikal, sebaliknya perang secara proksi dilakukan, dengan mengorbankan negara Dunia
Ketiga yang tidak memiliki senjata nuklear.

Perang Dingin berlangsung sehingga abad ke-9 dalam kurun ke dua puluh, sehingga
sistem komunis Soviet Union mula roboh, gagal untuk bersaing dari segi ekonomi
dengan Amerika Syarikat dan Eropah barat; Negeri satelit Eropah Tengah Soviet
menekan kembali kedaulatan nasional mereka, dan pada 1991 Kesatuan Soviet sendiri
berpecah. Ini meninggalkan Amerika Syarikat sebagai "kuasa besar tunggal", buat masa
kini yang statusnya kini dipersoalkan dengan penguasaan ekonominya mula
menunjukkan kemerosotan.

Pada awal dekad selepas perang, koloni Belgium, British, Belanda, Perancis dan empayar
Eropah di Afrika dan Asia memenangi kemerdekaan rasmi mereka tetapi berhadapan
dengan bentuk baru neo-koloni, kemiskinan, buta huruf dan penyakit tropika endemik
(asal). Kebanyakan negeri Eropah Barat dan Eropah Tengah perlahan-lahan membentuk
masyarakat ekonomi dan politik, Kesatuan Eropah, yang kemudiannya berkembang ke
arah timur untuk menerima negeri-negeri bekas satelit Soviet.

Penjelajahan terakhir Bulan — Apollo 17 (1972).

Kurun ke-21 melihat perkembangan pesat dalam sains dan teknologi, dan peningkatan
jangka hayat dan taraf hidup bagi ramai umat manusia. Ketika dunia membangun
bepindah dari ekonomi berasaskan arang batu kepada berasaskan petroleum, teknologi
pengangkutan baru, bersama kebangkitan Zaman Maklumat, mendorong kepada
globalisasi. Penjelajahan angkasa mencapai sepanjang sistem suria. Struktur DNA,
lakaran kehidupan sendiri, dijumpai dan genom manusia dijujukkan, pencapaian utama
dalam memahami biologi manusia dan rawatan penyakit. Kadar celik huruf sejagat terus
meningkat, dan jumlah kumpulan buruh dunia yang diperlukan bagi menghasilkan
bekalan makanan manusia semakin menurun.

Kurun ini melihat pembangunan ancaman sejagat baru, seperti percambahan nuklear
(nuclear proliferation), wabak penyakit berjangkit, masalah persekitaran semulajadi
seperti kesan rumah kaca dan nyahhutan, dan kemerosotan sumber alam semulajadi. Ia
turut menyaksikan kesedaran bahaya silam yang kemungkinannya menyebabkan
kepupusan pukal (mass extinction) kehidupan di planet, seperti asteriod dan komet yang
menghampiri bumi, letusan gunung berapi agung, dan cetusan pancaran gama. Sementara
itu sepanjang hayat kebanyakan negeri terus diiringi oleh perperangan, yang
mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan ekonomi, penyakit, kebuluran dan
genosid. Sehingga 2008, hampir 30 konflik bersenjata berterusan tercetus dipelbagai
bahagian dunia.

Dari abad ke-20 melangkah ke abad ke-21, ia menjadi semakin jelas bahawa penduduk
manusia di Bumi semakin pantas mencapai kegentingan had sumber semulajadi,
diburukkan lagi oleh jumlah penduduk yang meningkat, dan kemerosotan alam sekitar
yang semakin buruk. Perkara yang agak penting adalah pembangunan sumber tenaga
yang lebih banyak dan murah seperti variati tenaga boleh diperbaharui, dan
kemungkinannya meningkatkan penggunaan tenaga nuklear dan teknologi bahan api fosil
yang baru.

You might also like