BAB 4

Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme

Patriotisme adalah perasaan cinta yang kuat dan mendalam terhadap tanah air. Setiap individu perlu mempunyai semangat patriotisme di dalam jiwa. Nilai-nilai yang berkaitan dengan patriotisme amat penting diamalkan bagi mewujudkan keamanan negara. Kita perlu mempunyai semangat cintakan negara melebihi daripada kepentingan sendiri. Selain dari itu, kita juga mesti meletakkan nilai taat setia kepada raja dan negara pada tahap yang paling tinggi. Nilai ini adalah penting agara perasaan taat setia kepada negara tidak mudah goyah walaupun dipengaruhi oleh anasir luar.

4.1 Cinta Akan Negara
Definisi Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

Ciri-ciri 1. Menghargai keindahan dan keunikkan negara kita. 2. Berbangga dan menyayangi keindahan alam yang terdapat di negara kita. 3. Mengetahui tempat-tempat yang menarik yang terdapat di negara kita. 4. Berusaha mempromosikan negara kita kepada negara-negara luar. 5. Bersama-sama menjaga nama baik negara bagi mengekalkan imej yang bersih di mata dunia.

4.2 Taat Setia Kepada Raja dan Negara
Definisi Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara. Ciri-ciri 1. Memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara. 2. Menghormati lambang-lambang kebesaran negara. 3. Mengenali raja dan pemimpin negara 4. Patuh dan taat setia kepada raja dan negara dengna penuh ikhlas walau di mana sahaja kita berada. 5. Sanggup berkorban demi untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

4.3 Sanggup Berkorban untuk Negara
Definisi Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara Ciri-ciri 1.Sanggup berkorban untuk negara tercinta walaupun terpaksa mengorbankan harta dan nyawa. 2.Menghargai jasa tokoh-tokoh yang telah berjuang demi negara. 3.Bertanggungjawab mempertahankan negara daripada sebarang pencerobohan yang boleh menggugat keamanan negara. 4.Menyertai aktiviti-aktiviti yang melibatkan negara. 5.Bersedia memberikan kerjasama dalam program-program yang dianjurkan oleh negara.

SMK Perempuan Likas Sabah

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful