Kesan Perubahan Struktur Ekonomi Negara Usaha kerajaan mengubah struktur ekonomi Negara telah mewujudkan pelbagai implikasi

. Terangkan implikasi2 tersebut. Perubahan struktur ekonomi negara membawa kesan positif kepada gunatenaga dan pendapatan negara. 1.pelaburan asing -sektor perindustrian menarik kemasukan pelabur asing untuk menanam modal -pelabur asing turut membawa kemajuan teknologi seperti teknik baru, modal, kemahiran pemasaran dan pengurusan -kerajaan menggalakkan kemasukan pelaburan asing dengan (a)Akta Galakan Pelaburan 1968 (b)memberi taraf perintis (c)mengadakan kawasan zon perindustrian (d)menubuhkan MIDA(Lembaga Kemajuan Perindustrian) dan HICOM(Perbadanan Industri Berat Malaysia) 2.perkembangan sektor perkilangan -perubahan struktur ekonomi membawa perkembangan sektor perkilangan seperti industri elektronik dan tekstil yang berorientasikan eksport -sektor perkilangan menjadi daya penggerak utama pertumbuhan ekonomi negara -ini membuka lebih peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran negara 3.perkembangan sektor perkhidmatan -perkembangan sektor perkhidmatan disebabkan perkembangan ekonomi, peningkatan pendapatan dan taraf hidup serta penghijrahan penduduk ke sektor perkhidmatan -ini membawa kepada peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan perhubungan, kewangan dan pentadbiran 4.peluang pekerjaan -perubahan struktur ekonomi mewujudkan peluang pekerjaan baru -sektor kedua dan ketiga menjadi penyumbang utama gunatenaga 5.peningkatan pendapatan negara -langkah memperbagaikan ekonomi dan galakan industri penggantian import mengurangkan import barangan dan menambahkan eksport negara -ini mengurangkan pertukaran asing dan meningkatkan pendapatan negara 6.peningkatan taraf hidup -perkembangan sektor kedua dan ketiga mewujudkan banyak peluang pekerjaan -ini menambahkan pendapatan penduduk dan meningkatkan kuasa beli penduduk -maka taraf hidup juga meningkat

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful