You are on page 1of 2

Bab 11: Unsur Cuaca dan Iklim, Sinaran dan Bahangan serta Bajet Haba

Konsep/Huraian

1. Cuaca
Merujuk kpd fenomena harian yg sentiasa berubah mengikut masa dan tempat. Cth,
cuaca temapt A tidak sama dgn tempat B w/pun hanya beberapa kilometer.

2. Iklim
Merujuk kpd purata unsur cuaca spt suhu, hujan, kelembapan udara dlm temph 35 thn
dan iklim meliputi skala yg luas spt sebuah negara atau wilayah.

3. Suhu
Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat kesan bahangan matahari. Index suhu
diukur dlm unit darjah celsius oleh dgn menggunakan alat Termometer Six.

4. Kerpasan
Merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku. Unsur kerpasan yg paling
penting ialah hujan. Hujan terjadi akibat proses pemeluwapan dan kondensasi.

5. Kelembapan udara
Merujuk kpd jmlh wap air yg terdpt dlm udara.

6. Kelembapan mutlak
Kandungan wap air yg sebenarnya terdpt dlm udara pd satu masa (dinyatakan dlm unit
gram semeter padu gm/m3).

7. Kelembapan bandingan
Nisbah jmlh wap air yg sebenarnya terdpt dlm udara berbanding dgn jmlh wap air yg
boleh ditampung oleh udara berkenaan dlm keadaan suhu tertentu (dinyatakan dlm
bentuk peratus). Kelembapan bandingan 100 peratus menandakan udara mencapai tahap
tepu dan berada pd takat suhu mengembun.

8. Awan
Merupakan titisan air yg sgt halus yg berdiameter antara 0.02mm – 0.06 mm serta
terapung di udara. Terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang
meyebabkan wap air terpeluwap di atmosfera.

9. Tekanan udara
Merupakan tekanan yg dihasilkan oleh atmosfera terhdp permukaan bumi. Berubah-ubah
mengikut ketinggian. Disukat dengan alat barometer aneroid dlm unit milibar (mb)
.
10. Angin
Adalah udara yg bergerak mendatar. Bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke
kawasan tekanan udara rendah. Alat yg digunakan utk mengukur halaju angin ialah
anemometer dan kesan halajunya dilihat berdasarkan skala Beufort .

11. Bajet haba/Imbangan haba


Kesimbangan yg berlaku antara jmlh bahangan m/hari yg msk ke sistem bumi dgn jmlh
bahangan bumi yg dibebaskan semula ke angkasa

12. Serakan
Partikel-partikel dlm atmosfera akan menyerak banhangan m/hari secara mendatar
apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya. Serakan bergantung kepada saiz
partikel berbanding dgn jarak gelombang bahangan suria.

13. Serakan Rayleigh


Berlaku sekiranya saiz partikel lebih kecil dari jarak gelombang (0.45 mikron)
menyebabkan langit berwarna biru.

14. Serakan Mei


Berlaku sekiranya saiz partikel sama besar dgn jarak gelombang menyebabkan langit
berwarna kekuningan.

15. Serapan
Banhangan m/hari diserap oleh waip air + karbon dioksida (15%) dan ozon (2%). 36%
mengalami albedo (pembalikan olh sistem bumi). 47% shj sampai ke permukaan bumi.

16. Balikan/pantulan
Bahangan m/hari akan dipantulkan semula ke angkasa lepas apabila terkena partikel-
partikel yg berwarna cerah seperti manik hujan.

17. Albedo
Darjah keputihan atau kecerahan permukaan bumi yg memantulkan kembali sinaran
m/hari. Ini bermakna nisbah antara cahaya yg dipantulkan dgn cahaya yg diterima
olh permukaan bumi.

18. Output suria


Kadar pengeluaran tenaga elektromagnet olh pusat m/hari. Bergantung kpd kadar
pertukaran hidrogen kpd helium. Jika byk hidrogen di tukar kpd helium maka suhu
m/hari menjadi lbh panas dan tenaga elektromagnet yg terhasil juga tinggi.

19. Kadar tukaran normal


Bagi setiap kenaikan 100 meter suhu akan jatuh sebanyak 0.65 darjah C.

20. Olak suhu


Keadaan yg wujud apabila semakin tinggi muka bumi suhu sekitarnya juga akan
meningkat.

21. Olak suhu permukaan


Berlaku hampir dgn permukaan bumi pada waktu malam akibat penyerapan bahangan bumi
olh lapisan bawah atmosfera.

22. Olak suhu di atas permukaan

Terjadi di lapisan atmosfera atas yg jauh dr permukaan bumi. Berlaku akibat


pertembungan dus jisim udara yg panas dan sejuk yg mempunyai ketumpatan yg
berlainan. Akibat pertembungan, jisim udara panas akan naik ke atas manakala jisim
udara sejuk akan turun ke bawah. Justeru itu akan kedapatan peningkatan suhu
apabila ketinggian meningkat.
Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal, STPM