You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN Ahli ahli sejarah telah bersependapat mengatakan bahawa Kongres Kebangsaan India ini merupakan pencetus kepada kebangkitan pergerakan nasionalisme di India pada penghujung abad ke 19. Turut dinyatakan dalam beberapa buah buku bahawa Kongres telah menggunakan sepenuhnya tenaga rakyat bagi menentang tindak tanduk penjajahan British, di samping berusaha menggubal dasar dasar yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat benua kecil itu.1 Selain itu, disifatkan bahawa selama dalam penjajahan British di India juga, British telah menyifatkan Kongres Kebangsaan India ( KKI ) ini sebagai sebuah persatuan yang mampu untuk membawa satu gelombang perubahan yang besar dalam arus perubahan politik di India.2 Namun, sebagai ahli sejarah kita tidak seharusnya menelan bulat bulat fakta yang telah diterima ini sebaliknya seharusnya kita menilai kembali sumbangan Kongres ini bagi melihat kembali kaitannya dengan tajuk kajian, serta merujuk kepada beberapa buku hasil tulisan daripada sejarawan yang lain. Hal ini disebabkan, terdapat beberapa perbahasan yang telah dibincangkan berkenaan kejujuran pucuk pimpinan Kongres sama ada bertujuan untuk membela kepentingan semua golongan yang berada di India terutama sekali golongan bawahan atau hanya membela golongan tertentu yang menjadi penyumbang kewangan utama dalam Kongres itu sendiri.3

1 2

Suntharalingam.R. et al,Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 155. Pandey. B.N,The Indian Nationalist Movement 1885-1947, Hong Kong, Macmillan Press, 1979, hlm.41. 3 Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 156.

2.0 LATAR BELAKANG Idea penubuhan Kongres Kebangsaan India ( KKI ) datang daripada bekas pentadbir British itu sendiri iaitu Allan Octavion Hume. Sejak beliau bersara daripada perkhidmatan awam India pada tahun 1882, Hume telah menjalinkan hubungan yang erat dengan ahli ahli politik India, beliau sebenarnya berusaha untuk memenuhi permintaan Lord Ripon supaya menyampaikan beberapa

pesanan kepada pemimpin pemimpin India. Ekoran daripada itu, wujudlah persetujuan antara Hume dan rakan India yang lain tentang kepentingan mempertahankan dasar dasar tertentu yang diasaskan oleh Ripon.4 Ahli ahli sejarah telah bersetuju bahawa penubuhan Kongres ini telah diasaskan oleh golongan pelajar yang berpendidikan barat dan dipercayai telah berkumpul di beberapa bandar utama seperti Calcutta, Bombay, Madras, Poona, Allahadab dan Lahore5. Kongres Kebangsaan India ini memperjuangkan kemerdekaan India sejak detik ditubuhkan lagi, di samping menuntut untuk mewakili seluruh India dan berikrar untuk memperjuangkan kepentingan semua rakyat India tanpa mengira bangsa dan agama. KKI juga dalam masa yang sama berusaha untuk mengelakkan sebarang perbincangan yang isu yang berunsur perkauman agar dapat memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat India yang berbilang kaum6. Sebelum penubuhan Kongres ini kumpulan kumpulan pelajar berpendidikan barat ini banyak bergerak aktif dalam lapangan politik bagi
4 5

Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 158. Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 156. 6 Anbalakan. K, Jurnal Ilmu Kemanusiaan.Jil.|Vol.1, Oktober 1994, hlm.40.

menyelesaikan masalah masalah rakyat dalam ruangan akhbar dan majalah namun mereka bergerak di kawasan yang berasingan 7. Antara persatuan yang bergerak aktif pada ketika itu termasuklah Persatuan India, Persatuan Madras, Persatuan Rakyat Poona, Persatuan Wilayah Bombay, Persatuan Rakyat Allahabad dan Persatuan India yang berpusat di Lahore8. Jadi, pendekatan inilah yang telah diambil oleh Hume seperti yang dinyatakan dalam tulisan W.C Bonnerjea iaitu, Mr. A. O Hume, C. B had in 1884, conceive the idea that it would be of great advantage to the country if leading Indian politicians could be brought together once a year to discuss social matters and be upon friendly footing with each other, he did not desire that politics should form part of their discussion, for, there were recognized political bodies in Calcutta, Bombay, Madras and other part of India, and he thought that these bodies might suffer in importance if when Indian politician from different parts of the country came together, they discussed politics.9 Desakan untuk menubuhkan satu gerakan kebangsaan India ini sebenarnya berpunca daripada kekecohan yang telah dicetuskan melalui dasar dasar yang diperkenal dan diperbaharui oleh Lord Ripon sendiri, sewaktu pemerintahan beliau dijalankan beliau banyak telah menarik balik dasar dasar yang telah dilaksanakan Gabenor Jeneral sebelumnya Lord Lytton dan melayan India bukan

7 8

Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 156. Mehrotra. S. R, The Emergence of The Indian National Congress, London,Vikas Publications,1965,hlm.378. 9 Pandey. B.N, The Indian Nationalist Movement 1885-1947, Hong Kong, Macmillan Press, 1979,hlm.5.

sebagai tanah jajahan British sebaliknya sebagai sebuah negara yang akan berkerajaan sendiri.10 Selain itu, isu utama yang disebutkan oleh Hume sebelum penubuhan Kongres ini adalah isu berkait dengan rang undang undang Ilbert ( akta yang digubal bertujuan untuk membolehkan hakim berbangsa India mengadili orang Eropah yang melakukan kesalahan jenayah di setiap daerah di India. Walau bagaimanapun, rang undang undang ini yang dibentangkan di Majlis Undangan Pusat telah mendapat tentangan daripada kaum Eropah dengan tercetusnya letusan politik, golongan Eropah ini mendesak pemerintahan Ripon supaya meminda undang undang11 tersebut sebelum digubal dan Ripon terpaksa mengikut telunjuk mereka. Hal ini sangat membimbangkan Hume sehingga dituliskan bahawa Hume telah mengeluh kepada Lord Ripon dengan mengatakan bahawa, jika dengan seorang Viceroy sedemikian sifatnya, hal hal adalah begini, jadi apakah

harapan yang ada untuk masa hadapan?...siapakah yang dapat kita percayai?12. Seterusnya, dinyatakan bahawa krisis rang undang undang Ilbert ini telah membolehkan Hume menghubungkan dirinya dengan seluruh persatuan yang terdapat di bandar bandar utama India13, sebelum beliau kemudiannya memberitahu Lord Dufferin mengenai penubuhan Kongres ini pada Mei 1885 dan akan bersidang buat pertama kalinya pada Disember 188514.

10 11

Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 157. Suntharalingam. R, Indian Nationalism An Historical Analysis, India, Vikas Publishing, 1983, hlm.110. 12 Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 158. 13 Mehrotra. S. R, The Emergence of The Indian National Congress, London,Vikas Publications,1965,hlm.359. 14 Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 156.

3.0 DASAR PERJUANGAN KONGRES KEBANGSAAN INDIA Prinsip perjuangan Kongres Kebangsaan India pada awalnya, menurut pandangan Hume adalah untuk menyatukan penduduk India yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, disebabkan hal inilah KKI sangat mementingkan demokrasi tulen dalam setiap perbincangan yang dijalankan dalam Kongres. Hal ini bermakna sekiranya terdapat sebarang bantahan mengenai usul yang dibentangkan Kongres akan mengambil sifat berdiam diri demi mengelakkan perpecahan dalam kalangan ahli di samping turut melarang ahli ahli Kongres untuk membincangkan isu isu sensitif yang boleh mendatangkan kemarahan kepada pihak lain dalam Kongres tersebut. Pada mulanya Kongres ini tidak bersifat anti- British memandangkan individu yang benar benar mendesak untuk mewujudkan Kongres itu sendiri merupakan bekas pentadbir British. Dalam memperjuangkan prinsip prinsip KKI, Kongres kemudiannya lebih menumpukan perhatian kepada pembaharuan yang dijalankan berbanding memperjuangkan kemerdekaan India walaupun sebenarnya matlamat untuk memperjuangkan kemerdekaan India telah wujud sejak penubuhan Kongres. Hal ini terbukti dengan merujuk kepada persetujuan antara Hume dan rakan rakan Indianya tentang kepentingan mempertahankan dasar dasar tertentu yang diasaskan oleh Ripon15. Antaranya melibatkan kebebasan akhbar, pemindahan kuasa politik kepada rakyat tempatan, pengiktirafan kesamaan taraf antara para pegawai berbangsa Eropah di India dalam perkhidmatan awam dan kehakiman, penurunan beban cukai yang ditanggung oleh rakyat jelata, dan penolakan dasar perluasan tanah jajahan British
15

Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 158.

yang

membazirkan

wang

kerajaan

yang

sepatutnya

digunakan

untuk

pembangunan dalam negeri, khususnya pendidikan asas dan pendidikan teknikal.16 Jika kita melihat kembali harapan Hume terhadap kewujudan Kongres awalnya ialah supaya Kongres menjadi benih bagi sebuah parlimen peribumi, untuk mengikis dakwaan bahawa India masih tidak layak sama sekali untuk menganggotai sebarang institusi perwakilan, agar asas pemerintahan di India dapat diperluaskan lagi, rakyat India diberikan peranan yang wajar dan sah serta berazam untuk menghapuskan semua prasangka ras, agama atau wilayah yang wujud dalam kalangan semua pencinta negara India.17 Jelas menunjukkan di sini bahawa matlamat perjuangan KKI pada awalnya ini bersifat secara menyeluruh dan melibatkan semua penduduk di India tanpa mengira kelas, agama mahupun bangsa. Namun hal yang sebaliknya berlaku, apabila KKI benar - benar bersidang pada Disember 1885,Kongres yang pada awalnya berpegang kepada prinsip memperjuangkan hak hak orang India secara aman telah bertukar menjadi hanya membela golongan tertentu seperti pihak atasan dan zamindar sahaja. Pertukaran pegangan Kongres ini berlaku dalam sekelip mata dan satu hal bagi saya sebagai sesuatu yang sukar untuk dielakkan. Perkara ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi melalui isu isu yang dibincangkan kemudiannya serta pegangan yang dipilih oleh Kongres bagi menangani setiap isu yang dibentangkan.

16 17

Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 174. Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 159.

Seterusnya, kita dapat lihat juga melalui isu isu yang telah dibawa Kongres kebanyakannya memberi keputusan yang hanya berpihak kepada golongan atasan sahaja. Tambahan pula, masyarakat seperti petani dan buruh yang tidak berpendidikan tidak ada wakil mutlak yang akan memikirkan dan membahaskan sebarang penderitaan atau keperluan mereka secara rasmi, dan berkenaan golongan bawahan hanya terdapat segelintir daripada ahli Kongres yang terlibat prihatin dengan penderitaan, keperluan serta kezaliman yang berlaku ke atas mereka. Namun hal itu tidak mencukupi untuk mengubah nasib golongan bawahan. Selain itu, untuk melihat dengan lebih jelas lagi peranan yang telah dimainkan oleh Kongres ini bagi membela nasib golongan atasan sahaja di India , kita boleh merujuk kepada tuntutan tuntutan Kongres yang telah dibuat sebelum ini iaitu tuntutan pertama merujuk kepada tuntutan terhadap peperiksaan ICS18, tuntutan seperti ini dikritik kerana memberikan peluang kepada orang berkemampuan sahaja dan sudah pastinya orang biasa tidak dapat menduduki peperiksaan ini kerana memerlukan perbelanjaan yang banyak. Hal yang sama juga dikritik terhadap tuntutan kedua dan ketiga iaitu yang melibatkan tuntutan pemberian jawatan jawatan tinggi kepada peribumi di India yang berkelayakan dan tuntutan bagi memperluaskan lagi majlis majlis tempatan serta perbanyakan lagi wakil peribumi India.

18

Pandey. B.N, The Indian Nationalist Movement 1885-1947, Hong Kong, Macmillan Press, 1979,hlm.7.

4.0 ISU AKTA YANG DIBINCANGKAN KKI ( BUKTI KONGRES TIDAK AMBIL BERAT SOAL MASYARAKAT BAWAHAN ). 4.1 AKTA PENGHIJRAHAN BENGAL, 1882 Akta Penghijrahan Bengal ini telah digubal pada tahun 1882 iaitu tahun sebelum kewujudan KKI lagi. Walau bagaimanapun, perihal akta ini telah dibentangkan semula dalam Kongres Kebangsaan India pada tahun 188519. Tujuan akta ini dibincangkan semula adalah kerana pemimpin kuat dalam persatuan India iaitu S.N. Banerjea ( pemimpin kuat Persatuan India )telah membangkitkan soal akta ini bagi meluahkan ketidakpuasan terhadap kezaliman secara berterusan yang sedang berlaku kepada penduduk India tanpa sebarang sekatan. Hal ini sebenarnya merujuk kepada kekejaman yang tercatat dalam Akta Penghijrahan Bengal bahawa para pekerja kontrak yang ponteng kerja atau melarikan diri jika ditangkap, golongan ini akan diserahkan kepada mahkamah untuk dipenjarakan. Jelas terang di sini, akta ini sebenarnya memberi tekanan kepada pekerja India itu sendiri, hal ini disebabkan punca pekerja kontrak melarikan diri atau ponteng kerja adalah disebabkan gaji yang dibayar oleh golongan Syarikat Perladangan Eropah di Assam terlalu sedikit. Akta ini jelas menunjukkan berat sebelah kerana dijalankan berasaskan alasan tenaga kerja yang tidak mencukupi untuk mengusahakan ladang mereka. Jadi, tidak ragu ragu lagi bahawa akta tersebut hanya mementingkan tuntutan oleh golongan atasan sahaja. Padahal, mereka sepatutnya mengambil kira kesan terhadap semua kelas yang wujud agar tidak wujud unsur berat sebelah atau sebarang kezaliman berlaku terhadap rakyat
19

Mehrotra. S. R, The Emergence of The Indian National Congress, London,Vikas Publications,1965,hlm.421.

India, sesuai dengan prinsip yang sepatutnya dipegang oleh Kongres pada awalnya. Perwakilan Bengal iaitu S. N Banerjea terus meminta Kongres untuk terus mendesak kerajaan British bagi meminda akta tersebut namun telah ditolak oleh pucuk pimpinan Kongres. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Kongres tidak mengambil langkah yang drastik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan bawahan walaupun dinyatakan bahawa Kongres kemudiannya telah menghantar bantahan pada tahun 1888 dan bantahan tersebut telah ditolak sebelum diluluskan lapan tahun kemudian20 ini memberikan gambaran bahawa Kongres gagal untuk menyelesaikan masalah rakyat dalam masa yang singkat sebaliknya memakan masa begitu lama.

4.2 AKTA PENYEWAAN TANAH BENGAL Akta yang telah diwujudkan in pada awalnya bertujuan untuk menetapkan kadar sewa yang berpatutan kepada para penyewa tanah bagi mengusahakan tanah milik tuan tuan tanah. Akta ini dalam masa yang sama cuba untuk meringankan beban yang ditanggung oleh golongan rakyat yang semakin menderita. Jadi, pihak ahli Kongres telah mendesak pucuk pimpinan Kongres supaya membuat satu akta berkaitan tanah di Bengal bagi menetapkan kadar sewa yang berpatutan ini. Namun, jawapan yang mengecewakan telah diperoleh daripada pucuk pimpinan Kongres kerana Kongres enggan untuk melaksanakan akta tersebut hanya kerana khuatir akan mendatangkan kemarahan
20

Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 173.

daripada golongan zamindar yang menyertai Kongres sekali gus menyebabkan penarikan diri zamindar zamindar tersebut daripada Kongres dan sekira hal yang dikhuatiri ini berlaku ini bermakna KKI akan kehilangan sumber utama punca kewangan mereka. Maka jelas lagi sekali di sini, KKI lebih mementingkan golongan atasan daripada memikirkan tindakan untuk membela golongan bawahan yang terdiri daripada buruh dan petani.

4.3 AKTA PEMILIKAN HAK MILIK TANAH PUNJAB ( 1900 ) Akta tersebut hanya membenarkan pemindahan tanah antara kelas kelas pertanian tradisional, baik tuan tanah mahupun petani yang bertanah. Kewujudan akta ini telah mendatangkan bantahan daripada golongan Aryan yang terdiri daripada kasta cetti kerana dikatakan akta tersebut telah mengancam kedudukan ekonominya di desa dan dianggap sebagai satu tindakan daripada British yang berusaha untuk menyekat kedudukannya di desa21. Jadi, golongan ini telah berusaha untuk menggagalkan usaha British bagi melaksanakan akta ini dengan tindakan seperti memujuk para perwakilan untuk menghadiri persidangan Kongres di Lucknow supaya mengutuk rang undang undang itu dengan alasan bahawa ia akan mengeringkan pinjaman kepada kelas kelas pertanian22. Usul bantahan mengenai akta ini telah diterima pada awalnya dalam persidangannya tahun 1899 kerana golongan kelas tuan tanah dan petani
21 22

Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 165. Mehrotra. S. R, The Emergence of The Indian National Congress, London,Vikas Publications,1965,hlm.400.

10

dari Punjab tidak menghantar wakil pada ketika itu jadi usul tersebut telah diterima tanpa bantahan oleh Jawatankuasa Usul. Namun hal yang sebaliknya berlaku apabila Kongres kemudiannya bersidang di Lahore bagi membincangkan isu tersebut, walaupun Lahore merupakan kubu kuat bagi Aryan tetapi daya usaha puak ini untuk mendapatkan restu Kongres supaya mengutuk akta tersebut telah menemui kegagalan oleh sebab bantahan daripada perwakilan Muslim23. Hal ini disebabkan oleh perlantikan enam orang wakil Muslim dalam perwakilan Jawatankuasa Usul yang sebilangan besar terdiri daripada golongan tuan tanah. Akhirnya, kata sepakat tidak dapat dicapai kerana terdapat dua pihak yang bercanggah mengenai tuntutan masing masing, maka Jawatankuasa Usul telah sepakat untuk menangguhkan pertimbangan ini pada soal akan datang24. Hal ini kemudiannya memberikan keuntungan kepada para tuan tanah Muslim di Punjab kerana mereka kini berupaya untuk merampas tanah para petani yang tidak mampu menjelaskan hutang mereka dan golongan tuan tanah ini tidak perlu lagi menghadapi sebarang saingan dari sebarang kelas saudagar mahupun ceti yang tinggal di bandar untuk merampas tanah tanah tersebut kerana akta ini telah menghalang golongan mereka untuk campur tangan. Sekali lagi ditekankan di sini bahawa isu ketiga yang disebutkan dalam KKI ini juga tidak mengambil
23

24

Mehrotra. S. R, The Emergence of The Indian National Congress, London,Vikas Publications,1965,hlm.435. Pandey. B.N, The Indian Nationalist Movement 1885-1947, Hong Kong, Macmillan Press, 1979,hlm.9.

11

kira langsung soal golongan bawahan seperti petani dan buruh padahal golongan inilah yang paling akan terjejas sekiranya akta ini dijalankan secara berterusan.

4.4 PEMISAHAN BENGAL Dinyatakan sebelum ini bahawa salah satu tujuan penubuhan KKI adalah untuk memupuk perpaduan wilayah dan kelas, Kongres juga berusaha untuk merapatkan hubungan antara kaum kaum yang wujud di benua kecil India25. Namun hal sebaliknya berlaku apabila berlakunya pemisahan Bengal antara kawasan Bengal Timur dan Bengal Barat, walaupun telah dinyatakan oleh Lord Curzon bahawa pemecahan tersebut adalah untuk tujuan pentadbiran, tetapi golongan nasionalis India berpendapat dasar pecah dan perintah itu sebenarnya adalah untuk memecahbelahkan orang Bengal mengikut agama dan cuba untuk memajukan orang Muslim di timur. Sehubungan dengan itu, dasar ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli Kongres di Calcutta sehingga menyebabkan tercetusnya tunjuk perasaan secara besar- besaran dan pada ketika inilah dapat kita lihat dengan jelas bahawa ahli ahli Kongres pada ketika itu telah berpecah kepada dua golongan iaitu golongan moderat dan radikal. Golongan radikal diketuai oleh Bal Gangadar Thilak.

25

Suntharalingam.R., et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985,hlm.167.

12

Hal ini adalah disebabkan

pucuk pimpinan Kongres telah

mengambil keputusan untuk turut sama menentang pemisahan Bengal tersebut namun usul perjuangan golongan radikal ke arah kemerdekaan telah ditolak oleh pucuk pimpinan Kongres26 yang terdiri daripada usul seperti memulaukan barang import British, memperkenalkan pendidikan nasional dan berjuang untuk mencapai kemerdekaan sendiri. Penolakan usul oleh golongan radikal ini telah yang menyebabkan berlakunya

perpecahan dalam kalangan ahli Kongres itu sendiri, dan turut dinyatakan bahawa pada 1915 sewaktu kepulangan Gandhi ke India semula, perpecahan dalam kalangan ahli Kongres ini masih berlaku. Jadi, jelas dapat kita lihat di sini bahawa dalam Kongres sendiri telah berlaku perpecahan dalam kalangan ahli yang selama ini cuba dielakkan dan hanya usul pemisahan Bengal yang diterima oleh pucuk pimpinan Kongres sebaliknya usul yang bersifat lebih radikal telah diketepikan oleh Kongres walaupun kita lihat usul yang dicadangkan itu sebenarnya mampu membawa kesan yang lebih baik kepada penduduk India terutama sekali golongan bawahan tetapi disebabkan pada ketika ini Kongres masih berpegang pada prinsip tidak bersifat anti British maka usul tersebut telah ditolak.

26

Pandey. B.N, The Indian Nationalist Movement 1885-1947, Hong Kong, Macmillan Press, 1979,hlm.8.

13

5.0 KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat kita buat setelah meneliti semua fakta fakta yang telah diterima berkaitan Kongres Kebangsaan India sepanjang 1885 1905 ini adalah Kongres ini gagal untuk mengutamakan golongan bawahan dalam setiap isu yang telah dibawa ke dalam persidangan sebaliknya lebih mengutamakan golongan atasan dalam setiap keputusan yang telah dibuat.

14

BIBLIOGRAFI

BUKU BUKU Jawaharlul Nehru. Indias Freedom. London. Barnes & Noble Inc. 1962. Mehrotra. S. R. The Emergence of The Indian National Congress. London. Vikas Publications. 1965. Pandey. B.N. The Indian Nationalist Movement 1885-1947. Hong Kong. Macmillan Press. 1979. Suntharalingam. R. Indian Nationalism An Historical Analysis. India. Vikas Publishing. 1983. Suntharalingam.R., et al. Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn Bhd. 1985. JURNAL Anbalakan. K. Jurnal Ilmu Kemanusiaan.Jil.|Vol.1. Oktober 1994.hal.40.

15

16