You are on page 1of 11

MRSM BESUT

FOLIO KERJAYA

“USAHAWAN BERJAYA”

OLEH:

HAFIZUDDIN BIN IDRIS


5 AL-HAITHAM
920615-11-5309
08594

USAHAWATI BERJAYA
D
itumbuk dikisar,baru lumat.Usaha yang
bersungguh-sungguh tidak sia-sia.Ia pasti
berbuahkan hasil.Kesungguhan dan nekad hati
Shamsunah Hashim menyertai perniagaan cermin
mata,akhirnya terkabul.Lima belas tahun
berlalu,kedainya makin hari bertambah maju,mendapat
perhatian masyarakat ibu kota.
“Alhamdulillah,saya amat bersyukur setiap kali
melihat keadaan kedai ini.Ia hasil keringat saya.”
Kali pertama melangkah ke Syam Optikcal
Centre,bagaikan tidak percaya kedai itu milik wanita
Melayu yang baru menjangkau usia 30.Ubah suai kedai
yang cantik dan menarik,di dalam mahupun di
luar,membangkitkan rasa bangga,anak Melayu mampu
menguasai bidang yang rata-rata dimonopoli golongan
bukan Melayu.
Menjadi pegangan hidupnya,Shamsunah
berkata,jangan kedekut mengeluarkan modal
perniagaan.Sesuatu yang dilakukan biar bersungguh-
sungguh,teori dan amali. “Saya tidak mahu orang
melihat kedai saya seperti hidup segan mati tak mahu.”
Segulung ijazah yang digenggam daripada Universiti
Kebangsaan Malaysia dalam bidang Optometri tidak
diperap begitu sahaja.Shamsunah tidak terus membuka
perniagaan.Tamat pengajian,dia bekerja sebagai
optometris di kedai cermin mata milik
bumiputera.Sembilan di situ,dia mengorak langkah
mencari tempat lebih sesuai.Dia kemudiannya menjadi
pengurus cawangan di kedai cermin mata milik bukan
Melayu di Kampung Baru.
Selepas tiga tahun mkan gaji,Shamsunah
terfikir,tiba masanya untuk dia mengundur diri
daripada menjadi kuli.Tiga tahun dibawah
majikan,pelbagai asam garam hidup dirasai.
“Saya tidak pernah berpuas hati bekerja dengan
orang.Apalagi ada kala berlaku ketidakjujuran dalam
perniagaan.Secara diam sebagai pekerja kita terbabit
sama.”
Ketidakpuasan itu mendorong kuat
semangatnya,mencari jalan berniaga sendiri.Jawatan
terakhir sebagai pengurus cawangan itu banyak
mendedahkan selok-belok perniagaan.Pelanggan yang
dikenali sepanjang lima belas tahun itu,cukup
meyakinkannya dia mampu berdiri sendiri.
Berbekalkan semangat dan modal RM55,000 yang
dikumpul hasil wang gaji setiap bulan serta ada yang
dipinjam daripada adik-beradik,Sham Optical Centre
ditubuhkan pada Januari 1994.
“Saya cuba mendapatkan pinjaman bank sebagai
modal,tetapi gagal.Kegagalan itu membuatkan saya
buntu seketika.Wang simpanan tidak cukup
menampung modal yang tinggi.Hendak memajak
tanah,keluarga saya bukan orang yang
berada.Namun,saya bersyukur berkat
kesabaran,akhirnya ahli keluarga sanggup
meminjamkan wang mereka.
“Bagaikan pucuk dicita ulam
mendatang.Kegembiraan saya meluap-luap pada hari
pembukaan kedai ini. Ia bukan saja kebanggaan
saya,malah juga keluarga. Dalam keseronokan itu
kepala saya ligat berfikir bagaimana mendapatkan
kembali modal yang terlabur,” ujar Shamsunah.
Tanpa berlengah, bermacam-macam promosi
dijalankan. Sepuluh ribu risalah dihantar ke kawasan
perumahan berhampiran dan tidak lupa kepada
pelanggan lamanya.
Tanpa diduga dalam masa tiga bulan,dia mendapat
pulangan modal. Keuntungan diperolehi tidak disimpan
semua, sebahagian wang itu digunakan untuk
mengubahsuai kedainya.
“Saya selalu ingat kata orang Cina, ‘modal banyak
untung banyak’. Dan kata-kata itu saya jadikan prinsip
hidup memajukan kedai ini. Memang betul kata
mereka,tarikan pelanggan bukan sahaja di dalam
kedai,tetapi dari luar lagi. Jika dari luar mereka nampak
kedai ini cantik,tentu keinginan mereka lebih untuk
mengintai didalamnya. Walau pada mulanya mungkin
mereka hanya menjenguk,tetapi kali kedua dan
seterusnya, mereka pasti akan melanggan barangan
kita,”ujar Shamsunah.
Tambahnya untuk maju tingkah laku dan budi
bahasa pemiliknya juga mesti cantik. Yang penting
kejujuran mesti ada. Itulah cara utama menarik
pelanggan.
“Saya tidak membezakan pelanggan. Walaupun
mereka membeli cermin mata paling murah, jika ada
yang tidak kena,saya tetap melayan mereka.
Perkhidmatan baik daripada kita membuatkan
pelanggan tidak lari ke tempat lain. Duit mereka kita
ambil,jangan pula apabila mereka membuat aduan,kita
tutup telinga.”
Selain memeriksa mata,dia turut member nasihat
dan pengajaran berhubung kesan yang bakal diterima
selepas seseorang memakai cermin mata.
Sebagai ahli perniagaan Shamsunah juga tidak
dapat mengelak daripada masalah. Tanpa masalah
bukan hidup namanya. Sedangkan bekerja dengan
orang tidak terlepas daripada bermasalah,inikan pula
bekerja sendiri.
Wanita ini sesungguhnya tabah menghadapi
dugaan. Baginya setiap dugaan adalah ujian sama ada
kita mampu maju atau tidak. Kalau tidak tahan, tentu
kekalahan menati.
Pada mulanya,Shamsunah masih ragu-ragu sama
ada kedainya mampu hidup atau tidak. Apa lagi ketika
itu dia terpaksa berkongsi kedai dengan orang lain.
Kedudukan kedai yang agak tersorok di Jalan Kampung
Pandan itu membuatkan ramai tidak menyedari
kewujudannya. Dia akur dengan peniagaanya sukar
melonjak tinggi jika dia terus di situ. Diam-diam dia
mencari tapak lain.
Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia tiada siapa
yang tahu. Selepas setahun,dia berpindah ke kedai
baru berlokasi menarik, tidak jauh dari kedai lamanya.
Cuma yang baru ini berhadapan dengan jalan raya dan
tempat laluan orang ramai. Memang betul,kedudukan
kedai baru itu,menambahkan lagi rezekinya.
Kini, selepas tiga tahun,kedainya mampu memiliki
peralatan lengkap menyiapkan cermin mata. Setiap
cermin mata dapat disiapkan sehari kerana kerja
memotong cermin dibuat di situ dan tidak ada yang
perlu di hantar keluar.
Mengharungi dunia perniagaan,persaingan tetap
ada. Walaupun berhampiran kedainya ada kedai cermin
mata lain milik warga asing,Shamsunah tidak gentar
menghadapinya. Baginya kalau dia jujur, Allah sentiasa
menyebelahinya.

Menjadi lumrah ahli perniagaan,tidak cukup dengan


satu,cawangan lain pula dibuka. Memiliki cawangan lain
turut menjadi idaman Shamsunah. Namun tidak
sekarang. “Bukan senang membuka kedai lain tanpa
optometris yang benar-benar cekap,tidak sekadar boleh
memeriksa mata,tetapi memberi layanan istimewa
kepada pelanggan. Kegagalan optometris sesebuah
cawangan di dalam perkhidmatan,secara tidak
langsung membabitkan perniagaan keseluruhan
cawangan yang sama.
“Saya tidak akan membuka cawangan selagi tidak
bertemu optometris yang benar-benar boleh diharap.
Kalau tidak apa yang diusahakan bagai mencurah air di
daun keladi, perniagaan pasti terjejas.”
Memastikan kepuasan pelanggan, bingkai cermin
mata dan kaca mata hitam dijualnya mengikut fesyen
semasa. Untuk itu setiap bulan dia sendiri memilih
setiap reka bentuk cermin mata terbaru untuk dipenuhi
di rak kedainya.
Memandangkan perniagaannya bertambah
maju,Shamsunah tidak melupakan mereka yang kurang
mampu. Untuk warga tua berumur 75 keatas dan
kanak-kanak berumur bawah 6 tahun,mereka bukan
sahaja mendapat perkhidmatan malah cermin mata
turut diberi percuma. Untuk mereka yang akan
berangkat ke tanah suci sama ada menunaikan haji
atau umrah ,potongan 30 peratus diberikan.
Kedainya juga mengadakan promosi kanak-kanak
sekolah. Harga terendah RM90 dengan bingkai yang
terbaik dan terpilih ditawarkan untuk mereka.

“Saya merasakan perlu untuk saya menabur bakti


kepada masyarakat. Sekurang-kurangnya inilah cara
saya berkongsi keuntungan yang diterima hingga kini.
Sebagai orang Islam dan peniaga cermin mata,ini satu-
satunya jalan paling mudah melaksanakan
tanggungjawab saya kepada insan yang memerlukan.”
Kejayaan kini bukan miliknya seorang,tetapi
dikongsi bersama suami dan anak-anaknya.
Sesuatu yang tidak boleh dilupakan dalam
hidupnya. Ajal maut dan jodoh pertemuan ketentuan
Allah. Sesuatu yang tidak dirancang,pelanggan
pertama yang mengunjungi kedainya pada hari
pembukaan akhirnya menjadi suaminya.
Semangat daripada suami,yang sering membantu
pada waktu kelapangan,turut mendorong peningkatan
perniagaanya. Selain suami, perniagaanya dibantu
saudara sebelah suaminya.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah.... Terlebih dahulu saya ingin


mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan
yang diberikan ini iaitu Folio Kerjaya dalam masa yang
telah yang ditetapkan tanpa sebarang masalah.
Sekalung penghargaan ikhlas saya tujukan kepada
Cikgu Siti Roslina,guru subjek Kemahiran Kerjaya
tingkatan lima kerana memberi peluang kepada saya
dan rakan-rakan untuk membuat tugasan yang amat
menarik ini.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Puan
Shamsunah Hashim, Pengurus Sham Optical Centre
kerana sudi meluangkan waktu kepada saya untuk
berkongsi ilmu dan pengalaman. Peluang yang
diberikan ini tidak akan dilupakan dan sentiasa
terpahat indah di dalam sanubari untuk seterusnya
dijadikan azimat untuk terus berjaya.
Tidak dilupakan,ucapan terima kasih khas buat
keluarga tercinta khususnya ibu bapa yang banyak
memberikan dorongan dan sumbangan wang ringgit
untuk digunakan dalam menyiapkan tugasan ini.
Beliaulah yang telah memperkenalkan Puan
Shamsunah Hashim kepada saya dan mengadakan satu
temujanji di kedai beliau.
Akhir sekali,ribuan terima kasih saya ucapkan buat
teman-teman yang sudi menyiapkan folio kerjaya yang
istimewa ini.

PENDAHULUAN
Kerjaya merupakan aset yang penting dalam
menjamin kehidupan pada masa hadapan. Tahap
pencapaian dalam kerjaya sebenarnya ditentukan oleh
pelbagai faktor. Namun begitu, faktor yang sentiasa
diambil kira ialah pencapaian yang cemerlang dalam
SPM , melanjutkan pelajaran di universiti dan
memperolehi ijazah. Kebiasaanya,factor inilah yang
memberikan tiket kepada seseorang untuk mencapai
cita-citanya. Sebagai contoh, Puan Shamsunah
Hashim(ditemuramah) Berjaya membuka
perusahaannya sendiri iaitu Sham Optical Centre.
Menyedari akan kepentingan ini, tugasan khas
sempena cuti SEM 1, 2009 telah diberikan oleh Cikgu
Siti Roslina,Guru Bimbingan dan Kaunseling MRSM
Besut iaitu “FOLIO KERJAYA”.
Hasilnya, saya telah berjaya menemuramah seorang
usahawati yang telah berjaya. Segala pengalaman
manis, pengalaman pahit, dorongan, semangat dan tip-
tip kejayaan yang diberikan dapatlah saya huraikan
dalam bentuk rencana. Saya yakin rencana ini mampu
menyuntik semangat para pelajar yang ingin menjadi
seorang usahawan dan usahawati berjaya dan diri saya
sendiri, pada suatu hari nanti.

OBJEKTIF
• Menambahkan pengetahuan tentang kejayaan
cemerlang seseorang.

• Menanamkan semangat yang kuat di dalam diri


untuk Berjaya

• Membuat satu folio yang akan menjadi rujukan


ramai

• Aktiviti yang membina dan berfaedah sepanjang


cuti SEM

• Mencungkil rahsia kejayaan untuk dipraktikkan


dalam diri sendiri

• Menambahkan keyakinan diri untuk bergaul


dengan usahawan terkenal

• Memberikan inspirasi dalam diri untuk mencapai


matlamat hidup

You might also like