You are on page 1of 142

KIT PROGRAM TRANSISI

Tema Program Transisi:

KAMI MURID TAHUN SATU (Minda Cerdas, Mata Bercahaya)

Edisi Kedua

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN SATU

KIT PROGRAM TRANSISI


(Edisi Kedua)

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DISEMBER 2001

Cetakan Pertama 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbit semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Paras 7, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50604 Kuala Lumpur.

Dicetak oleh : CETAKRAPI sdn. bhd. No. 22, Jln. Sri Ehsan 1, Taman Sri Ehsan, Kepong 52000 Kuala Lumpur

PENGENALAN
Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama. Bagi memastikan program ini dapat difahami dan berjalan dengan lancar, Kit Program Transisi ini telah dibina sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat untuk menjalankan aktiviti Program Transisi ini secara lebih bersistematik dan seragam di seluruh negara. Untuk itu, sasaran utama penggunaan kit ini bertumpu kepada personalia yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program iaitu pihak Pengurusan Sekolah, Guru Prasekolah, Guru Tahun Satu dan Ibu Bapa muridmurid Tahun Satu.

Fokus utama dalam pengisian Kit Program Transisi ini ialah pemetaan program melalui persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh personalia yang terlibat dalam pelaksanaan program. Selain dari itu kit ini juga turut memberi tumpuan kepada Jadual Perancangan Strategik Program yang melibatkan perancangan program yang berterusan sama ada di peringkat negeri atau sekolah di samping Penilaian Keberkesanan Program yang berterusan.

(i)

Dari segi perancangan aktiviti, strategi yang digunakan dalam kit ini ialah melalui perancangan sebelum , semasa dan selepas program. Setiap aktiviti yang dirancang itu pula dilihat dari segi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh setiap personalia yang terlibat. Bagi Pihak Pengurusan Sekolah yang terdiri dari Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru-Guru Kanan perlulah melihat pelaksanaan program ini secara menyeluruh dengan menyediakan guru-guru yang sesuai di samping pendedahan dan latihan yang diperlukan, penyediaan perancangan aktiviti yang kemas dan berterusan sepanjang tempoh program berjalan, penyediaan kelas dan persekitaran yang sesuai, memberi taklimat kepada pihak ibu bapa dan membuat pemantauan serta penilaian program yang berterusan. Bagi guru-guru prasekolah pula, mereka perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti yang mampu untuk menyediakan kanak-kanak prasekolah dari aspek fizikal, mental, sosial dan emosi sebelum kanak-kanak itu masuk ke Tahun Satu di sekolah rendah. Sementara itu bagi Guru-guru Tahun Satu, persediaan yang perlu mereka lakukan termasuklah aktiviti-aktiviti untuk menerima murid Tahun Satu, aktiviti minggu orientasi , penyediaan kelas dan persekitaran yang sesuai agar terdapat kesinambungan budaya dan aktiviti pembelajaran antara Prasekolah dan Tahun Satu. Guru-guru Tahun Satu juga perlu mengenal pasti potensi dan masalah perkembangan murid di samping merancang aktiviti dan membuat penilaian yang berterusan di sepanjang Program Transisi ini berjalan. Kit ini juga turut memberi panduan kepada ibu bapa untuk membantu keberkesanan program. Antara persediaan yang boleh dilakukan oleh mereka ialah melalui persediaan fizikal dan emosi anak-anak seperti penyediaan peralatan dan kelengkapan sekolah yang mencukupi, membawa anak-anak melihat suasana persekitaran sekolah sebelum hari pertama persekolahan, sokongan moral melalui kata-kata perangsang dan nasihat di samping mendapatkan gambaran dan taklimat dari pihak pengurusan sekolah. Untuk melihat keberkesanan program yang dijalankan, kit ini juga menyediakan contoh borang penilaian keberkesanan program secara menyeluruh. Penilaian keberkesanan program ini boleh dijalankan sebanyak dua kali iaitu sekali selepas tamat minggu orientasi dan kali kedua pada bulan Mac iaitu selepas tamat Program Transisi dijalankan secara keseluruhannya.

(ii)

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

Minda Cerdas
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas. Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari prasekolah.

Mata Bercahaya
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru. Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

(iii)

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

KIT PROGRAM TRANSISI


Modul 1 : Pelaksanaan Program Transisi Modul 2 : Persediaan Pihak Pengurusan Sekolah Modul 3 : Persediaan Persekitaran Kelas Tahun Satu Modul 4 : Persediaan Guru Prasekolah Modul 5 : Persediaan Murid Prasekolah Modul 6 : Persediaan Guru Tahun Satu Modul 7 : Persediaan Ibu Bapa Modul 8 : Satu Contoh Pelaksanaan Program Transisi Modul 9 : Dinamika Kumpulan dan Pembinaan Pasukan Modul 10: Penilaian Keberkesanan Program Transisi Modul 11: Perancangan Strategik : Program Transisi

(iv)

MODUL 1 PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI


Tajuk 1 Perkara Pelaksanaan Program Transisi Tahap Pelaksanaan Program Transisi Pengenalan Perincian

Tahap Pertama : Persediaan Awal Tahap Kedua : Minggu Orientasi Tahap Ketiga : Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Tema Program Transisi Minggu Pertama Minggu Kedua Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga Minggu Pertama Minggu Kedua Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

Matlamat Program Transisi 3-Bulan

Cadangan Aktiviti Dan Teknik

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU Tajuk 1 PENGENALAN


Secara keseluruhannya Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu ini mengambil jangka masa selama 3 bulan. Program ini bermula pada awal Januari iaitu pada hari pertama sesi persekolahan hinggalah ke penghujung bulan Mac. Jangka masa 3 bulan ini pula telah dibahagikan kepada beberapa fasa aktiviti mengikut keperluan tertentu. Walau bagaimanapun, dari segi persediaan ianya perlu bermula sejak awal lagi iaitu bermula bulan oktober hinggalah bermulanya sesi persekolahan yang baru. Secara keseluruhannya persediaan dan pelaksanaan program ini dapat dibahagikan kepada tiga tahap utama :

Tahap Pertama Persediaan Awal ( Bulan Oktober Hingga Disember )

D U A M I N G G U

Tahap Kedua
ORIENTASI AWAL Prinsip : Memperluaskan pengalaman Prasekolah Pengenalan ke sekolah baru dan jangkaan guru serta sekolah KESEPADUAN Penyesuaian dan fokus ke arah KBSR

T I G A

AKTIVITI Pranombor Pratulisan Prabacaan

Tahap Ketiga PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KBSR DITERUSKAN Aktiviti:


Main Sambil Belajar Bersepadu Bertema

B U L A N

AKTIVITI BERTERUSAN BAGI MURID YANG KURANG BERKEMAMPUAN 1-1

Tajuk 2 TAHAP PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHAP PERTAMA


Persediaan awal ( Oktober hingga Disember ) Pada tahap ini, persediaan yang dilakukan ialah seperti membuat persiapan fizikal bilik darjah dan perancangan aktiviti untuk pendaftaran murid Tahun Satu, taklimat dengan ibu bapa, Minggu Orientasi, program pembelajaran dan pengajaran selepas Minggu Orientasi hingga tamat Program Transisi dan aktiviti lanjutan untuk murid yang masih memerlukan penyesuaian. TAHAP KEDUA Pelaksanaan Minggu Orientasi ( Minggu Satu dan Dua Januari ) Aktiviti di minggu orientasi ini berteraskan kepada prinsip untuk memperluaskan pengalaman Prasekolah dan pengenalan ke sekolah baru kepada murid-murid Tahun Satu. Dalam minggu pertama Minggu Orientasi beberapa aktiviti perlu disediakan mengikut objektif seperti aktiviti suaikenal, hidup bersama, pembentukan tingkah laku , motivasi diri, penglibatan dalam aktiviti kreatif, main sambil belajar dan belajar sambil meneroka. Semua aktiviti yang dijalankan berfokus kepada penyediaan murid untuk aktiviti pembelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam minggu kedua, selain dari mengukuhkan aktiviti dalam minggu pertama, murid-murid Tahun Satu akan didedahkan dengan kesepaduan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang diperlukan seperti kemahiran pranombor, pratulisan dan prabacaan.

TAHAP KETIGA Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran ( Minggu Ketiga Bulan Januari hingga Mac )
Selepas minggu orientasi selama dua minggu, diharapkan murid-murid Tahun Satu sudah bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Dalam masa yang sama guru-guru sudah dapat mengenalpasti murid yang sudah dapat menguasai kemahiran asas motor kasar dan halus, kognitif, bahasa, estetika dan daya kreatif, keagamaan dan ketatanegaraan. Namun begitu, peluang masih diberikan kepada murid yang masih kurang berkemampuan mencapai tahap yang diharapkan melalui aktiviti yang berterusan sehinggalah tamat dalam jangkamasa tiga bulan proses transisi. Ini bermakna selepas aktiviti orientasi selama dua minggu, proses pengajaran dan pembelajaran KBSR akan diteruskan tetapi masih dalam suasana persekitaran kelas yang menarik, pembelajaran yang menyeronokkan dan terancang.

1-2

Tajuk 3
Matlamat Program Transisi 3-Bulan
Tema Program Transisi Minggu Pertama Minggu Kedua Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

1-3

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU Tema Program Transisi: KAMI MURID TAHUN SATU

(Minda Cerdas, Mata Bercahaya)


MINGGU KEDUA MINGGU KETIGA-BULAN KE-3

MINGGU PERTAMA

Matlamat Untuk Dicapai:

Siapa Saya? Siapa Kawan Saya? Siapa Guru Saya? Mana Sekolah Saya? Matlamat Kolaboratif: Kelas Saya Yang Bersih, Ceria dan Seronok Untuk Belajar. OBJEKTIF
OBJEKTIF

Matlamat Untuk Dicapai: Apakah Yang Kami Boleh Buat Bersama?

Matlamat Untuk Dicapai: Kami Seronok Belajar Dengan Keyakinan

OBJEKTIF OBJEKTIF
Selepas Minggu Kedua, murid : 1.

Selepas Program Transisi dijalankan, murid :

Selepas Minggu Pertama, murid :

1.

1. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan


murid-murid Tahun Satu; 2.

Mengenali dan membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dan antara kanakkanak dan guru dalam masa yang singkat;

Meningkatkan perkembangan potensi diri dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor dan fizikal dan sosio emosi secara beransuransur dan bersistematik; Menggunakan kemahiran yang ada untuk perkembangan diri yang berterusan;

2. Memupuk semangat bekerjasama dengan


cara menetapkan dan mencapai matlamat yang kolaboratif;

2.

3. Membina dan meningkatkan kemahiran


murid yang lemah dan potensi diri mereka; 4. Mengurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan kognitif dan hubungan yang sosial antara murid; dan 5. Memulakan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang bersepadu melalui pendekatan tematik.

Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi; dan

3. Mendedahkan murid dengan suasana


pengajaran dan pembelajaran KBSR yang menyeronokkan; dan

3. Mendedahkan murid dengan 4.


Mengesan potensi murid melalui bidang yang ditekankan dalam pendidikan Prasekolah.

suasana dan persekitaran di sekolah baru.

1-4

CADANGAN
(Dijalankan sebelum Minggu Orientasi) Perkara Pendaftaran Murid Tahun Satu Guru kelas merekodkan butiran murid-murid Mengutip bayaran-bayaran tertentu Taklimat Pihak Pengurusan Sekolah Memperkenalkan guru-guru Tahun Satu Menerangkan tentang pengisian Program Transisi Memohon kerjasama pembentukan budaya sekolah Taklimat Kementerian Kesihatan Menerangkan tentang buku rekod kesihatan Penerangan tentang khidmat Klinik Pergigian Majlis Suaikenal murid-murid Tahun Satu Mengenali kawasan kelas Nyanyian : bersama, berseorangan Permainan (pilihan) : Tiup Belon Cantum gambar Diri Saya Penyampaian Cendermata Kawasan Sekolah Dewan Sekolah dengan Ibu Bapa Dewan Sekolah: Muzik dimainkan Pameran Kesihatan Pembentangan Aktiviti Tempat Bilik Darjah

CONTOH JADUAL MAJLIS SUAIKENAL : PENDAFTARAN MURID-MURID TAHUN SATU

Masa

0830

1000

Jangka Masa 1 jam

1000

1100

1 jam

1100

1130

jam

1130

1230

1 jam

Objektifnya: Suasana tidak mengancam Guru yang baik Bermotivasi memandang ke pengalaman baru Minum /Bersurai

1230

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Pertama : Minggu Orientasi

Di minggu pertama Minggu Orientasi, aktiviti-aktiviti yang dirancang menjurus kepada empat komponen iaitu :

Aspek Pengurusan Kelas, Aktiviti Fizikal Aktiviti Nilai Kerohanian Dan Nilai-Nilai Murni Aktiviti Membina Semangat Patriotik.

Dalam Pengurusan Kelas, guru-guru boleh melakukan aktiviti-aktiviti rutin seperti mengambil kedatangan murid, mengutip yuran, menguruskan kebersihan dan fizikal bilik darjah di samping menanamkan amalan membaca doa dan sebagainya.

Aktiviti berbentuk fizikal pula bukan sekadar untuk menggalakkan kecergasan murid tetapi ia juga bertujuan melatih pergerakan kreatif di kalangan mereka. Di samping itu, ia juga mampu mewujudkan hubungan mesra dan saling kenal mengenali antara satu dengan lain dalam suasana yang menyeronokkan.

Aktiviti kerohanian dan nilai-nilai murni pula ditekankan secara gabungjalin dengan aktiviti-aktiviti lain seperti amalan membaca doa, aktiviti bercerita, kemahiran berfikir dan berkomunikasi, penyelesaian masalah, lawatan dan mewarna.

Dalam masa yang sama, semangat patriotik turut diberikan perhatian melalui aktiviti nyanyian, dinamika kumpulan, pembinaan pasukan dan gabungan aktiviti-aktiviti yang lain.

Pada akhir minggu ini, murid-murid telah didedahkan ke suasana dan persekitaran baru serta membina hubungan mesra antara mereka, secukupnya untuk menjawab: Siapa Saya? Siapa Kawan Saya? Siapa Guru Saya? Mana Sekolah Saya?

1-6

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Kedua : Minggu Gerakerja Berkumpulan

Di Minggu Kedua pula, diharapkan sudah terbina semangat kerja dalam kumpulan di kalangan murid ekoran dari aktiviti di Minggu Pertama.

Untuk itu, aktiviti di minggu ini lebih menumpukan kepada Gerakerja Berkumpulan melalui :

Aktiviti Bercerita

Belajar Sambil Bermain

Melaksanakan Tugasan Kumpulan

Pertandingan Antara Kumpulan

Dalam minggu ini, apa yang diharapkan selain dari menekankan tentang kemahiran berfikir dan kreativiti di kalangan murid, akhirnya murid mampu bekerjasama secara kolaboratif bagi menghasilkan persekitaran kelas yang seronok untuk mereka belajar.

Setiap sudut dan bahan yang terhasil adalah dari daya usaha dan kekreatifan murid itu sendiri dan kumpulannya. Di sini peranan guru hanya sebagai pembimbing dan fasilitator sahaja, memberi tugasantugasan kepada muridnya ke arah mencapai matlamat minggu kedua ini.

Pada akhir minggu ini, murid-murid telah diberi peluang bekerja dalam kumpulan untuk menghasil matlamat yang ingin dicapai iaitu:

Kelas Saya Yang Bersih, Ceria dan Seronok Untuk Belajar.

1-7

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Ketiga-Bulan Ke-3 : Kami Seronok Belajar Dengan Keyakinan Penggunaan Pendekatan Tematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran PENDEKATAN TEMATIK

Pendekatan tematik adalah usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran yang kreatif dengan menggunakan tema. Guru sepatutnya menggalakkan murid mengambil bahagian secara aktif dan fizikal dalam proses pembelajaran kerana kanak-kanak dengan semula jadi belajar dengan cara membuat

Aspek mengkaji dan meneroka dengan menggunakan deria (melihat, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh) juga patut digalakkan. Pembelajaran yang semulajadi kepada kanak-kanak adalah pembelajaran secara membuat dan mengalami sendiri sesuatu aktiviti itu.

Guru mesti mencuba untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang bererti kepada murid supaya mereka bukan sahaja ada elemen seronok tetapi juga untuk mencetuskan minat ingin tahu dan seterusnya mencari maklumat dengan sendiri. Pengalaman-pengalaman seperti ini membina kemahiran, menambahkan keyakinan dan juga pengetahuan yang khas akan menyediakan mereka untuk kehidupan harian mereka. Murid juga sepatutnya diberi peluang untuk berdikari, meneroka dan mengalami untuk dan bagi diri sendiri.

PENDEKATAN TEMATIK BAGI PROGRAM TRANSISI

Pendekatan tematik bagi Program Transisi boleh dijalankan berperingkat. Proses pembelajaran secara tematik menolong kanak-kanak berfikir secara kreatif dan kritikal sementara belajar. Pendekatan ini membolehkan perkembangan minda dan pemikiran dalam keadaan yang mencabar dan menyeronokkan dan pada masa yang sama, menepati hasil pembelajaran dan keperluan-keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan PelajaranTahun Satu.

1-8

Tajuk 4
Cadangan Aktiviti Dan Teknik
Minggu Pertama Minggu Kedua Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

1-9

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU


Tema Program Transisi:
KAMI MURID TAHUN SATU (Minda Cerdas , Mata Bercahaya)

Tajuk 4

MINGGU PERTAMA
CADANGAN AKTIVITI

MINGGU KEDUA

MINGGU KETIGA-BULAN KE-3


CADANGAN AKTIVITI a. Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan melalui pendekatan tematik, bersepadu dan bermain dalam kumpulan b. Membaca, menulis, mewarna dan bekerjasama untuk tiga perkembangan utama iaitu perkembangan kognitif dan bahasa, Psikomotor dan fizikal serta sosio emosi c. Mengaplikasi apa yang dipelajari ke dalam kehidupan seharian

CADANGAN AKTIVITI a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. Pemupukan Kumpulan Pergerakan motor kasar Motivasi Pembentukan tingkah laku Main sambil belajar Belajar sambil meneroka Aktiviti Kognisi Aktiviti Bahasa Aktiviti Estetika & Daya Kreatif Aktiviti Keagamaan Aktiviti Ketatanegaraan Pemupukan sosial emosi

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Dinamika Kumpulan Pemupukan kumpulan Pengukuhan sosialisasi Pergerakan motor halus Main sambil belajar Motivasi diri Belajar sambil meneroka Pemupukan kreativiti Pemupukan nilai murni

TEKNIK
1. 2. 3. 4.

TEKNIK
Simulasi kumpulan Main Peranan Bercerita: Teknik Sebab dan Akibat Kerja Kumpulan : Teknik Mencita-citakan Kejayaan 5. Pertandingan antara kumpulan
1. 2. 3. 4. 5.

TEKNIK
Pendekatan Tematik Kerja Berkumpulan Berpusatkan pelajar Simulasi kumpulan Main peranan

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Simulasi kumpulan Main Peranan Kerja Berpasangan Kerja Kumpulan Pertandingan antara kumpulan Bercerita dan Teknik Awan TOC

1-10

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (Cadangan)

Selepas Minggu Pertama, murid :

1. Mengenali dan membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dan antara kanak-kanak dengan guru dalam masa yang singkat; 2. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi; dan 3. Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah baru.

Hari SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

ISNIN

Komponen Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

Jangka Masa Pengurusan Kelas

Perhimpunan

Pengurusan Kelas

II

Pengurusan Kelas

Pembinaan Pasukan *(Modul 9)

Aktiviti Fizikal: Pergerakan Kreatif *

Sukaneka

Aktiviti Fizikal: Lakonan Cerita *

III

Dinamika Kumpulan * (Modul 9 Tajuk 1)

Melawat Kawasan Sekolah

Kesedaran Tentang Budaya Sekolah Melawat Kawasan Sekolah

Bercerita: Teknik Awan TOC (Nilai Kerohanian dan Nilai Murni) * (Modul 8)

Bercerita: Arnab dan KuraKura Teknik Awan TOC * (Modul 8)

IV

Mengenali Kawasan Sekolah

Nyanyian Lagu Negara Ku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah

Nyanyian Lagu

Melawat Kawasan Sekolah Nyanyian Lagu

Mewarnakan Gambar (Lukisan)

1. Contoh Aktiviti disertakan dalam Kit Program Transisi

1-11

MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN (Cadangan)

Selepas Minggu Kedua, murid :

1. 2. 3. 4.

Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid-murid Tahun Satu; Memupuk semangat bekerjasama dengan cara menetapkan dan mencapai matlamat yang kolaboratif; Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran KBSR yang menyeronokkan; dan Mengesan potensi murid melalui sembilan bidang yang ditekankan dalam pendidikan Prasekolah.

Hari SELASA
Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

Komponen

Jangka Masa

ISNIN

RABU

KHAMIS
Pengurusan Kelas

JUMAAT
Pengurusan Kelas

Perhimpunan

II

Aktiviti Fizikal Bercerita: Sebab dan Akibat *(Modul 8)

Bercerita: Sebab dan Akibat *(Modul 8)

Bercerita: Main Peranan

Kerja Kumpulan Menjalankan Tugasan * (Modul 8)

III

Aktiviti Mencita-Citakan Kejayaan * (Modul 8)

Kerja Kumpulan Belajar Sambil Bermain: Diri Saya

Kerja Kumpulan: Keselamatan Diri *(Modul 8)

Kerja Kumpulan Satu Kolaborasi Kreatif * (Modul 8)

Kolaborasi Kumpulan Kelas saya Yang Bersih, Ceria dan Seronok untuk Belajar

IV

Kerja Kumpulan Matlamat Kolaboratif (Bincang dan Rancang) Nyanyian dan Ritma: Aktiviti Fizikal Penyelesaian Masalah

Kerja Kumpulan: Menjalankan Tugasan * (Modul 8)

Kerja Kumpulan Menjalankan Tugasan * (Modul 8)

Pertandingan Antara Kumpulan Atau Kelas

* Contoh Aktiviti disertakan dalam Kit Program Transisi

1-12

MINGGU KETIGA SEHINGGA AKHIR BULAN KETIGA

Selepas Program Transisi dijalankan, murid :

1. Meningkatkan perkembangan potensi diri dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor dan fizikal dan sosio emosi secara beransur-

ansur dan bersistematik; 2. Menggunakan kemahiran yang ada untuk perkembangan diri yang berterusan; 3. Membina dan meningkatkan kemahiran dan potensi diri murid yang lemah dan potensi diri mereka;

4. Mengurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan kognitif dan hubungan yang sosial antara murid; dan 5. Memulakan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang bersepadu melalui pendekatan tematik.

Hari SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

Komponen

Jangka Masa

ISNIN

TEMA

Perhimpunan Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

Pengurusan Kelas

Pengurusan Kelas

II

III

IV

VII

VIII

Sila rancang mengikut perancangan jadual waktu sekolah

1-13

MODUL 2 PERSEDIAAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH


Tajuk 1 Perkara Guru Besar Mengetahui Tentang Prasekolah Memberi Pendedahan Kepada Staf tentang Program Transisi Mewujudkan Persekitaran Yang Sesuai Untuk Menjalankan Program Transisi Pelaksanaan Program Transisi Bil. 1.1 Perincian Guru Besar mendapatkan maklumat tentang Prasekolah. Mengadakan sesi perkembangan staf di sekolah

2.1

3.1

Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pelaksanaan program.

4.1

Menubuhkan Jawatankuasa Induk Program Transisi di peringkat sekolah. Merancang aktiviti Cadangan aktiviti orientasi murid. Memastikan adanya guru yang sesuai untuk menjalankan program Mendapatkan sumber kewangan Pihak pengurusan menjalankan pemantauan Program Transisi.

4.2 4.3 4.4

4.5 5 Penilaian Program Transisi 5.1

PERSEDIAAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH


Pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Guru-Guru Kanan sekolah merupakan tunggak utama dalam pelaksanaan Program Transisi. Mereka berperanan untuk membuat persiapan awal bagi pelaksanaan program yang berkesan. Di antara persediaan yang boleh dilakukan ialah seperti mendapatkan kefahaman yang jelas tentang kurikulum di Prasekolah, mengadakan sesi perkembangan staf, menyediakan persekitaran yang sesuai, menubuhkan Jawatankuasa Induk Pelaksanaan, merancang aktiviti yang bersesuaian dan membuat pemantauan yang berterusan. Persediaan awal yang dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah sangat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan program ini dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Tajuk I GURU BESAR MENGETAHUI TENTANG PRASEKOLAH


1.1 Guru Besar mendapatkan maklumat tentang Prasekolah.

Tujuan
Untuk mendapatkan pengetahuan bagi menguruskan pelaksanaan Program Transisi di peringkat sekolah

LANGKAH_LANGKAH
1 Rancang satu perjumpaan dengan Pengurus/Guru Prasekolah yang berdekatan. Guru Besar/Penolong Kanan berbincang dengan pengurusan Prasekolah berdekatan melalui mesyuarat tentang : Kurikulum Prasekolah. Perkembangan murid. Masalah-masalah murid semasa di Prasekolah. Isu-isu kesinambungan Prasekolah ke Tahun Satu. Murid keperluan khas.

3.

Maklumat di atas dibawa ke mesyuarat AJK Induk Program Transisi di peringkat sekolah.

2-1

Tajuk 2 MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA STAF TENTANG PROGRAM TRANSISI


2.1 Mengadakan sesi perkembangan staf di sekolah.

Tujuan
Semua guru dan kakitangan mendapat maklumat dan pengetahuan tentang Program Transisi

LANGKAH-LANGKAH
1. Guru Besar memberi taklimat tentang Program Transisi kepada guru-guru dan kakitangan dengan bantuan. Manual Program Transisi Kit Program Transisi 2. Guru yang menghadiri kursus Program Transisi memberi kursus dalaman kepada semua guru tentang pelaksanaan program termasuk: Persediaan guru (rujuk kit manual persediaan guru Tahun Satu) Isi kandungan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu menyepadukan Kurikulum Tahun Satu KBSR dengan Program Transisi mengikut keperluan kanak-kanak seperti :o Kegiatan pra menulis disepadu dengan lukisan dan tulisan.

Kesinambungan aktiviti Prasekolah dalam Program Transisi seperti :- Pendekatan Bermain sambil belajar. Bertema Bersepadu

2-2

Tajuk 3 MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG SESUAI UNTUK MENJALANKAN PROGRAM TRANSISI


3.1 Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pelaksanaan program.

Tujuan
Guru dapat menjalankan aktiviti-aktiviti Program Transisi dengan berkesan.

LANGKAH-LANGKAH
1. Guru Besar memastikan kedudukan bilik darjah adalah sesuai untuk Tahun Satu. Guru Besar atau Guru Penolong Kanan memastikan guru-guru yang mengajar Tahun Satu menceriakan bilik darjah dengan mengadakan ruang sudut-sudut yang sesuai. Penggunaan kawasan di luar bilik darjah untuk menjalankan Program Transisi jika ruang bilik darjah yang sempit. Pondok bacaan Kawasan permainan luar Bilik-bilik khas Dewan.

2.

3.

2-3

Tajuk 4 PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI


4.1 Menubuhkan Jawatankuasa Induk Program Transisi di peringkat sekolah.

Tujuan
Memastikan program dapat dilaksanakan di peringkat sekolah.

LANGKAH-LANGKAH
1. 2. 3. 4. Pengerusi Setiausaha Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Agensi setempat Tadika setempat Mengadakan mesyuarat penubuhan Ahli Jawatankuasa Induk Struktur Organisasi: Cadangan Struktur Ahli Jawatankuasa di peringkat sekolah

Menentukan bidang tugas jawatankuasa. Merancang pelan tindakan: Jadual pelaksanaan Jangka masa (maksimum 3 bulan ) Merancang aktiviti: a) Taklimat kepada guru-guru dan kakitangan. b) Orientasi murid Tahun Satu. c) Ceramah dan dialog dengan ibubapa.

5.

2-4

Tajuk 4 PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI


4.2 Merancang aktiviti

Tujuan
Guru-guru dapat melaksanakan program dengan lancar.

LANGKAH-LANGKAH
1. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Program Transisi 2. Guru Besar memastikan Jawatankuasa Pelaksana : a) mengadakan kursus dalaman dengan menyediakan; Tempat dan peralatan Jadual kursus Strategi mengendalikan kursus. b) menjalankan orientasi murid Tahun Satu (2 minggu ) Majlis Penyerahan Menyerahkan murid kepada guru kelas masing-masing pada hari pendaftaran. Program Suaikenal. Persekitaran Guru-guru Murid-murid ( pendedahan program kepada murid lain semasa perhimpunan). Aktiviti Pra menulis bersepadu dengan : Lukisan Tulisan

2-5

Tajuk 4 PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI


4.3 Cadangan aktiviti orientasi murid.

Tujuan
Menentukan aktiviti orientasi yang sesuai, mencabar dan menyeronokkan

LANGKAH-LANGKAH
1 Aktiviti menggalakkan pertuturan : Bercerita Menyanyi Berbual Aktiviti menggalakkan pergaulan dan interaksi : Kumpulan kecil bagi melengkapkan projek. Mengambil giliran menjadi ketua. Menjalankan aktiviti berasaskan tugasan (tugasan berpasangan melakukan sesuatu mengikut arahan).

Tajuk 4 PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI


4.4 Memastikan adanya guru yang sesuai untuk menjalankan program .

Tujuan
Memastikan kesediaan guru untuk menjalankan Program Transisi.

LANGKAH-LANGKAH
1. Menemubual guru-guru yang layak. 2. Mengenalpasti guru-guru yang berminat. 3. Guru Besar/Guru Penolong Kanan memberi motivasi kepada guru yang dipilih.

2-6

Tajuk 4 PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI


4.5 Mendapatkan sumber kewangan

Tujuan
Menampung kos pengurusan dan pelaksanaan program

LANGKAH-LANGKAH
1. 2. Membuat anggaran belanjawan program. Mendapatkan sumber kewangan dari sekolah dan pihak lain. Persatuan ibu bapa dan guru. Pihak swasta dan lain-lain.

Tajuk 5 PENILAIAN PROGRAM TRANSISI


5.1 Pihak pengurusan menjalankan pemantauan Program Transisi.

Tujuan
Menilai sejauh mana keberkesanan Program Transisi yang dilaksanakan oleh guru Tahun Satu

LANGKAH-LANGKAH
1. Penubuhan Panel Penilai yang terdiri daripada Guru Besar dan Penolong Kanan. Menggunakan instrumen penilaian yang disediakan untuk menilai perkembangan murid Hasil penilaian digunakan untuk : pengumpulan maklumat merekod maklumat. menyediakan laporan. membuat tindakan susulan.

2.

3.

2-7

MODUL 3 PERSEDIAAN PERSEKITARAN KELAS


Tajuk 1 Perkara Penyediaan Bilik Darjah Bil 1.1 Perincian Menyenaraikan bahan yang diperlukan. Mendapatkan kerjasama dan sumbangan tenaga orang perseorangan. Memilih perabot yang bersesuaian dengan kelas Tahun Satu.

1.2

Pemilihan Perabot Yang Sesuai Untuk Kelas

2.1

Susun atur Perabot Di Dalam Kelas Tahun Satu

3.1

Susun atur perabot yang sesuai di dalam kelas dengan mengambil kira faktor keselamatan murid. Membaik pulih persekitaran bilik darjah. Menetapkan kedudukan kelas Tahun Satu supaya tidak berkongsi dengan kelas lain.

Keceriaan Bilik Darjah Mengekalkan Kedudukan Kelas Tahun Satu.

4.1

5.1

PERSEDIAAN PERSEKITARAN KELAS


Susunan fizikal kelas Tahun Satu perlu ada kesinambungan dengan ciri-ciri yang terdapat di kelas Prasekolah. Bagi memenuhi matlamat ini, beberapa persediaan awal boleh dilakukan dalam usaha menjadikan persekitaran kelas Tahun Satu yang menarik, ceria dan memberangsangkan. Antara persediaannya ialah seperti menentukan keperluan yang diperlukan di dalam dan di luar kelas, mendapatkan kerjasama dan sumbangan orang perseorangan, pemilihan dan susun atur perabot yang sesuai, menentukan lokasi kedudukan kelas yang sesuai dan membaik pulih suasana persekitaran kelas agar lebih ceria dan menarik untuk pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Tajuk I PENYEDIAAN BILIK DARJAH


1.1 Menyenaraikan bahan yang diperlukan. Pada bulan November dan Disember

Tujuan
Menyediakan persekitaran kelas dan keperluan asas yang diperlukan untuk Program Transisi.

LANGKAH-LANGKAH
1. Guru mengemukakan kertas cadangan tentang penyediaan kelas dan aktiviti yang berkaitan dengan Program Transisi. (a) dalam bilik/darjah 1. perabot 2. bahan P&P 3. kertas mahjong, manila kad, carta. (a) Luar bilik darjah 1. Alatan 2. Tikar

3-1

Tajuk 1 PENYEDIAAN BILIK DARJAH (disambung)


1.1 Mendapatkan kerjasama dan sumbangan tenaga orang perseorangan.

Tujuan
Dapat membantu guru menyediakan alat bantu mengajar sebuah bilik darjah yang ceria dan menarik.

LANGKAH-LANGKAH
1. Mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah dan memohon kerjasama dari PIBG. 2. menyediakan senarai semak keperluan bahan dan senarai tugas. 3. Taklimat pelaksanaan penyediaan kelas yang berkenaan. 4. Menjalankan aktiviti penyediaan alat bantu mengajar dan acara gotong-royong

3-2

Tajuk 2 PEMILIHAN PERABOT YANG SESUAI UNTUK KELAS


2.1 Memilih perabot yang bersesuaian dengan kelas Tahun Satu.

Tujuan
Memastikan bahawa perabot yang sesuai memberi kemudahan dan keselesaan kepada murid-murid.

LANGKAH-LANGKAH
1. Menyeragamkan saiz kerusi dan meja. 2. Memilih dan mendapatkan perabot-perabot yang sesuai dengan kelas Tahun Satu. 3. Membuat susun atur secara gotong-royong

Tajuk 3 SUSUN ATUR PERABOT DI DALAM KELAS TAHUN 1


3.1 Susun atur perabot yang sesuai di dalam kelas dengan mengambil kira faktor keselamatan murid.

Tujuan
1. Menyediakan kelas yang selamat bagi murid. menyediakan kemudahan pembelajaran murid.

LANGKAH-LANGKAH
1. Merangka dan menyediakan pelan lantai di dalam kelas. 2. Menyediakan ruang pembelajaran: Sudut bacaan Sudut hasil kerja murid Sudut pengajaran dan pembelajaran

3-3

Tajuk 4 KECERIAAN BILIK DARJAH


4.1 Membaik pulih persekitaran bilik darjah.

Tujuan
Menimbulkan rasa minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran.

LANGKAH-LANGKAH
1. Mengecat dinding 2. Menampal carta/Alat Bantu Mengajar (ABM) yang menarik. 3. Mempamerkan hasil kerja murid dengan cara bermakna a. b. c. d. Hiasan dalaman kelas . Langsir Alas meja/skirting Pokok bunga.

4. Membina jadual tugas menjaga kebersihan bilik darjah.

3-4

CONTOH
PERSEDIAAN PERSEKITARAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH
Bilik Darjah Tahun Satu Sebelum Diubahsuai

Bilik Darjah Tahun Satu Selepas Diubahsuai

3-5

Di Luar Bilik Darjah Tahun Satu Sebelum Diubahsuai

Di Luar Bilik Darjah Tahun Satu Selepas Diubahsuai

S.K Permatang Badak, Kuantan, Pahang September 2000

3-6

Tajuk 5 MENGEKALKAN KEDUDUKAN KELAS TAHUN SATU


5.1 Menetapkan kedudukan kelas Tahun Satu supaya tidak berkongsi dengan kelas lain.

(Sekolah 2 sesi / 2 pengurusan )

Tujuan
Guru dapat mengekalkan persekitaran kelas dan melaksanakan Program Transisi tanpa gangguan.

LANGKAH-LANGKAH
1. Mengadakan perbincangan dengan Guru Besar tentang rasional mengadakan kelas tersebut. 2. Guru Besar memberikan taklimat dan penerangan kepada semua guru tentang pengekalan kelas Tahun Satu. 3. Pihak pengurusan sekolah memberi keutamaan kepada kelas Tahun Satu sekiranya timbul isu-isu yang berkaitan.

3-7

MODUL 4 PERSEDIAAN GURU PRASEKOLAH


Tajuk 1 Perkara Iklim Dan Budaya Sekolah Rendah Lawatan Ke Sekolah Rendah Bil. 1.1 Perincian Memahami iklim dan budaya sekolah rendah. Guru Prasekolah perlu mengetahui tentang urusan dan prosedur lawatan

2.1

PERSEDIAAN GURU-GURU PRASEKOLAH

Guru-guru Prasekolah perlu membuat persiapan terutama dalam menyediakan murid dari aspek fizikal, mental dan sosio emosi sebelum mereka memasuki Tahun Satu. Dalam masa yang sama, mereka juga harus bersedia untuk memahami iklim dan budaya sekolah rendah melalui lawatan dan perbincangan yang terancang, di samping menyediakan rekod perkembangan murid yang lengkap.

Tajuk I IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH RENDAH


1.1 Memahami iklim dan budaya sekolah rendah.

Tujuan
Guru Prasekolah dapat : i) Memahami keadaan yang sebenar tentang budaya sekolah di Tahun Satu. Menerapkan budaya Tahun Satu ke Prasekolah

ii)

LANGKAH-LANGKAH
1. Membina hubungan yang baik dengan guru Tahun Satu melalui: Aktiviti yang dianjurkan oleh Prasekolah seperti: - Sukaneka - Pertandingan mewarna - Pertandingan bercerita Perjumpaan secara tidak formal dengan guruguru Tahun Satu 2. Guru Prasekolah membuat lawatan secara formal atau tidak formal ke sekolah rendah untuk melihat sendiri keadaan dan budaya sekolah yang sebenar. 3. Menjemput guru-guru Tahun Satu ke Prasekolah untuk memahami dan menghayati budaya Prasekolah Lawatan dan perjumpaan antara dua belah pihak akan menggalakkan perbincangan dan memberikan kefahaman yang jelas tentang budaya di sekolah masingmasing

4-1

Tajuk 2 LAWATAN KE SEKOLAH RENDAH


2.1 Guru Prasekolah perlu mengetahui tentang urusan dan prosedur lawatan

Tujuan
Guru Prasekolah dapat : i) menguruskan lawatan mengikut prosedur ii) merancang lawatan dengan lebih teratur.

LANGKAH-LANGKAH
1. Guru Prasekolah perlu mengetahui prosedur lawatan. a. Urusan surat-menyurat kepada. i) Guru Besar sekolah ii) Ibu Bapa/Waris (surat kebenaran) b. Memastikan ada skim perlindungan (insuran) kelompok telah diambil . c. Menguruskan permohonan kenderaan. 2. Merancang aktiviti lawatan. a. Personal yang terlibat adalah Guru Besar Guru Tahun Satu. b. c. d. Jadual aktiviti lawatan. Aktiviti membeli di kantin sekolah Murid dibawa untuk melihat suasana P&P di Tahun Satu. e. Melihat keadaan tandas dan kelas di Sekolah Rendah.

4-2

MODUL 5 PERSEDIAAN MURID-MURID PRASEKOLAH


Tajuk 1 Perkara Mencita-Citakan Kejayaan (Teknik Ambitious Targets Toc) Pencapaian Matlamat : Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu. Bil 1.1 Perincian Mencita-citakan kejayaan adalah usaha mencapai satu objektif yang amat diidamkan. Menjalankan aktiviti untuk mengenal pasti kebimbangan murid-murid sebelum masuk ke Tahun Satu MATLAMAT: Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu 2 Budaya Sekolah Tahun Satu Lawatan 2.1 Menyesuaikan murid-murid dengan budaya sekolah. Lawatan ke sekolah rendah yang berhampiran

1.2

3.1

PERSEDIAAN MURID-MURID PRASEKOLAH

Murid-murid Prasekolah perlu diberi bantuan agar mereka dapat membuat persediaan awal sebelum masuk ke Tahun Satu. Persediaan yang mereka perlukan termasuklah penerangan dan pengalaman tentang suasana persekitaran serta budaya sekolah di Tahun Satu di samping persediaan dari aspek fizikal, mental dan emosi.

Tajuk 1 MENCITA-CITAKAN KEJAYAAN (Teknik Ambitious Targets TOC) Pencapaian Matlamat : :Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu
1.1 Mencita-citakan kejayaan adalah usaha mencapai satu objektif yang amat diidamkan. Menggunakan teknik Mencita-citakan kejayaan (Ambitious Targets (AT) TOC Modul 8 Tajuk 4) mengupayakan seseorang atau kumpulan dengan tanggungjawab ke atas pencapaian sesuatu matlamat.

Tujuan
Menjalankan aktiviti mengenal pasti kebimbangan muridmurid sebelum masuk ke Tahun Satu

LANGKAH-LANGKAH
1. Mengenal pasti matlamat yang diingini 2. Mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum matlamat itu boleh dicapai 3. Murid digalakkan memberi cadangan cara bagaimana cabaran-cabaran ini boleh diatasi. 4. Menyusun cadangan-cadangan cara mengatasi cabaran mengikut keutamaan murid atau kelas. 5. Murid digalakkan memberi langkah-langkah sesuai yang boleh diambil untuk menangani cabaran itu. 6. Murid cadangkan urutan penting dan utama bagi setiap langkah yang telah diberi. Menyediakan pelan untuk memain peranan, drama atau simulasi perkara-perkara yang dicadangkan untuk mengelakkan kebimbangan bagi setiap situasi. Teknik AT membina semangat kumpulan dengan motivasi dan kemahiran perancangan strategik yang akan berjaya oleh sebab prosesnya melibatkan persetujuan ahli kumpulan. Mencita-citakan kejayaan diperlukan pada situasi atau keadaan di mana semua ahli kumpulan bersetuju tentang matlamat yang relevan Kerjasama antara ibu bapa, guru, pihak Prasekolah dan sekolah rendah amat digalakkan. (Contoh Modul yang lengkap: sila lihat muka surat sebelah)

5-1

PERSEDIAAN MURID-MURID PRASEKOLAH MATLAMAT: Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu CARA MENGGUNAKAN TEKNIK MENCITA-CITAKAN KEJAYAAN (TOC)
1.2 Menjalankan aktiviti mengenal pasti kebimbangan murid-murid sebelum masuk ke Tahun Satu Baca tentang Teknik Theory of Constraints (TOC) (Modul 8 Tajuk 4)

Tujuan
Mengenal pasti masalah dan kebimbangan oleh murid sendiri dengan menggunakan teknik penyelesaian masalah Mencita-citakan Kejayaan (Ambitious Targets TOC) Guru membantu murid dengan menggunakan teknik Mencita-citakan kejayaan

LANGKAH-LANGKAH
1. Menentukan Matlamat : :Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu Guru bercakap tentang kemasukan ke sekolah rendah dan cabaran-cabarannya. 2. Setiap orang murid Prasekolah memberi kebimbangan (cabaran) mereka bila masuk ke Tahun Satu. Guru menulis atau melukis simbol untuk setiap kebimbangan MATLAMAT :SAYA YAKIN MASUK KE TAHUN SATU
cabaran
Langkah menangani masalah

Lukis di papan hitam 3. Selepas semua telah memberi kebimbangan seorang murid yang akan masuk ke Tahun Satu, guru meminta setiap orang memikir tentang masalahnya dan memberi langkah untuk mengatasinya dalam bentuk perkataan atau lukisan simbol atau gambar. 4. Melalui perbincangan bersama guru, murid-murid menyusun keutamaan cabaran yang dihadapi dari senarai yang telah disiapkan.

VARIASI AKTIVITI Guru menyuruh setiap orang murid-murid mencatat kebimbangan utama mereka dalam kertas dan memberi langkah-langkah mengatasinya secara menulis atau melukis

5-2

5. Guru dan murid memilih cabaran yang utama dan membimbangkan mereka. Guru dan murid menggunakan aktiviti main peranan dan simulasi dengan kerjasama ibu-bapa supaya murid-murid dapat menangani cabaran itu dengan penuh keyakinan. 6. Pada akhir aktiviti ini, murid-murid akan menjalankan tugasan menyediakan persekitaran kelas yang menyeronokkan dan berasakan mereka telah berjaya mencapai matlamat: :Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu

Pelan Tindakan itu dipamerkan di sudut sosio-emosi

Aktiviti ini lebih baik dijalankan pada hujung tahun prasekolah sebelum murid masuk ke Tahun Satu sekolah rendah.

5-3

Tajuk 2 BUDAYA SEKOLAH TAHUN SATU


2.1 Menyesuaikan murid-murid dengan budaya sekolah.

Tujuan
Murid-murid Prasekolah dapat : Gambaran awal tentang suasana persekitaran di Tahun Satu Menyesuaikan diri dengan keadaan dan budaya sekolah Aktiviti simulasi dapat meningkatkan keyakinan diri dan kefahaman murid tentang situasi sebenar.

LANGKAH-LANGKAH
1. Guru menunjukkan gambaran sebenar keadaan suasana dan susun atur kelas Tahun Satu di sekolah rendah : 2. Guru menjelaskan gambaran tentang keadaan di Tahun Satu seperti : Budaya bunyi loceng. Rutin kelas. Perhimpunan kelas. Bilangan guru yang ramai di Tahun Satu. Suasana persekitaran sekolah 3. Guru membuat aktiviti simulasi dan main peranan tentang senario di no. 2. Bunyi loceng Contoh:. Guru membunyikan loceng :Murid diminta berbaris di tapak perhimpunan. Murid bersiap sedia untuk keluar rehat. Murid bersiap sedia untuk balik. Rutin kelas Murid di latih menjalankan tugas-tugas harian Murid dilatih untuk menyiapkan tugasan dalam waktu yang ditentukan Contoh bahan :video,slaid, gambar, dan simulasi

Memadam papan hitam Membuka tingkap Membuang sampah Menyusun kerusi meja

5-4

Tajuk 3 LAWATAN
3.1 Lawatan ke sekolah rendah yang berhampiran

Tujuan
Murid-murid Prasekolah dapat: 1. Menyesuaikan diri dengan suasana sekolah melalui pengalaman sebenar. 2. Membina keyakinan diri untuk menghadapi suasana baru di Tahun Satu.

LANGKAH-LANGKAH
1. Pengurus Tadika dan Guru Tadika Merancang lawatan ke sekolah a - Mengikut prosedur lawatan: surat kebenaran dari ibu bapa memastikan persiapan dibuat b - Membuat temu janji dengan Guru Besar dan pihak sekolah. 2. Menyediakan program atau aturcara atau jadual aktiviti lawatan; semasa lawatan ke sekolah rendah untuk melihat : i) Budaya sekolah ii) Keadaan fizikal sekolah - Kantin - Tandas - Bilik kelas Tahun Satu - Kedai buku - Tempat menunggu. (bas/ibu bapa) - Tapak perhimpunan 3. Lawatan ke sekolah bersama murid Prasekolah.

5-5

MODUL 6 PERSEDIAAN GURU-GURU TAHUN SATU


Tajuk 1 Perkara Kefahaman Tentang Konsep dan Objektif Program Transisi Memahami Kurikulum dan Budaya Prasekolah Bil. 1.1 Perincian Menerima pendedahan tentang matlamat, konsep dan strategi pelaksanaan Program Transisi. Mendapatkan bahan dan maklumat kurikulum Prasekolah daripada pihak pengurusan sekolah. Melawat ke kelas Prasekolah dan membuat pemerhatian. Memahami budaya Prasekolah dan sekolah rendah yang berbeza 3 Memahami Rekod Perkembangan Murid 3.1 Mendapatkan penerangan khusus untuk menganalisis rekod perkembangan murid Prasekolah. Memerhati guru Prasekolah dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

2.1

2.2 2.3

Memahami Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran di Prasekolah Untuk diaplikasikan dalam Program Transisi Kursus Pengurusan Penyayang Guru Tahun Satu Kesediaan Guru Menerima Murid Yang Menghadapi Masalah Awal Pembelajaran

4.1

5.1

Menghadiri Kursus Pengurusan Penyayang Murid Tahun Satu

6.1

Mengenali dan mengetahui cara melayan murid. Menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk murid-murid yang berkenaan. Pemahaman mengenai keperluan murid yang berbeza kebolehan. Menerima pendedahan khusus berhubung dengan psikologi dan sosio-emosi Mendapatkan pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan penyelesaian terhadap tingkah laku murid.

6.2

Kemahiran Guru Menangani Masalah Perbezaan Murid Pelbagai Pendekatan Menangani Tingkah Laku Murid

7.1

8.1

8.2

PERSEDIAAN GURU-GURU TAHUN SATU


Kejayaan Program Transisi ini banyak bergantung pada keupayaan guru Tahun Satu melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang. Perancangan yang dijalankan termasuklah beberapa persediaan yang perlu mereka lakukan. Perkara-perkara penting yang perlu dilakukan adalah seperti memahami dengan jelas konsep dan pengertian Program Transisi, memahami kurikulum Prasekolah, memahami kemajuan murid melalui rekod perkembangan murid, memahami pendekatan pengajaran dan pembelajaran di Prasekolah untuk dilaksanakan dalam Program Transisi. Selain daripada itu, menghayati kandungan Kursus Pengurusan Penyayang Guru Tahun Satu, kesediaan guru menerima murid yang menghadapi masalah pembelajaran, meningkatkan kemahiran menangani masalah perbezaan murid serta mencari pelbagai pendekatan mengenai tingkah laku murid adalah antara perkara-perkara lain yang diperlukan.

Tajuk I KEFAHAMAN TENTANG KONSEP DAN OBJEKTIF PROGRAM TRANSISI


1.1 Menerima pendedahan tentang matlamat, konsep dan strategi pelaksanaan Program Transisi. Sebelum sesi persekolahan bermula

Tujuan
Membantu guru memahami dan melaksanakan Program Transisi dengan jayanya. Program Transisi ialah satu program yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam pendidikan tidak formal ke pendidikan formal.

LANGKAH-LANGKAH
Guru Tahun Satu menerima taklimat daripada Guru Besar tentang: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mengapa perlu tindakan Program Transisi Konsep Matlamat Strategi Bahan-bahan yang disediakan untuk dikaji. Persediaan yang perlu dibuat oleh guru.

6-1

Tajuk 2 MEMAHAMI KURIKULUM PRASEKOLAH


2.1 Mendapatkan bahan dan maklumat kurikulum Prasekolah daripada pihak pengurusan sekolah.

Sebelum sesi persekolahan bermula

Tujuan
1. Membantu guru memahami kurikulum Prasekolah untuk membolehkan pelaksanaan Program Transisi dijalankan dengan jayanya. 2. Meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan sistematik

LANGKAH-LANGKAH
1. Guru mendapatkan maklumat kurikulum Prasekolah dari sumber berikut : Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Huraian Kurikulum Prasekolah

Guru Besar /Guru Pusat Sumber. Guru Prasekolah. Pasaran. 2. Meneliti dan mengkaji kandungan kurikulum Prasekolah dengan kurikulum Tahun Satu. 3. Merangka aktiviti-aktiviti kesinambungan Prasekolah ke Tahun Satu.

6-2

Tajuk 2 (disambung) MEMAHAMI KURIKULUM PRASEKOLAH


2.2 Melawat ke kelas Prasekolah dan membuat pemerhatian.

Tujuan:
Mendapatkan gambaran sebenar bagaimana pelaksanaan kurikulum Prasekolah dijalankan.

LANGKAH-LANGKAH
1. Mengenal pasti dan mendapatkan persetujuan dari pihak Prasekolah yang ingin dilawati. 2. Guru mengadakan lawatan untuk memerhatikan persekitaran serta proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dari aspek Pengurusan dalam dan luar bilik darjah. Amalan dan budaya Strategi pengajaran dan pembelajaran Konsep kesepaduan dan pendekatan tematik. Penilaian kanak-kanak. Budaya Aktiviti Psikomotor Aktiviti nilai-nilai murni.

Kesinambungan keadaan persekitaran serta proses pengajaran dan pembelajaran akan diteruskan semasa Program Transisi dijalankan.

3. Mendapatkan penerangan bagaimana cara merekod dan menganalisa perkembangan murid. 4. Perbincangan dua hala dengan guru-guru prasekolah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kesinambungan Prasekolah yang dirancang. 5. Guru menyediakan laporan lawatan untuk tujuan rujukan.

6-3

Tajuk 2 (disambung) MEMAHAMI KURIKULUM PRASEKOLAH


2.3 Memahami perbezaan budaya antara Prasekolah dan sekolah rendah

Tujuan:
1. Guru dapat membuat penyesuaian pendekatan untuk menerima murid Tahun Satu. 2. Guru dapat menyediakan kesinambungan aktiviti dan persekitaran di kelas Tahun Satu.

LANGKAH-LANGKAH
3. Guru memahami dan menghayati kurikulum di Prasekolah. 4. Merancang aktiviti yang bersesuaian dan ada kaitan dengan aktiviti di Prasekolah 5. Meneruskan nilai-nilai budaya yang telah diterapkan semasa murid-murid membina persekitaran dan budaya baru untuk kelas dan sekolah. 6. Bersama murid-murid membina persekitaran dan budaya baru untuk kelas dan sekolah 7. Mendapatkan bantuan dari rakan sekerja untuk membina dan memantapkan persekitaran yang ceria dan budaya yang cemerlang

6-4

Tajuk 3 MEMAHAMI REKOD PERKEMBANGAN MURID


3.1 Mendapatkan penerangan khusus untuk menganalisis rekod perkembangan murid Prasekolah. Hari Pendaftaran Murid Ke Tahun 1

Tujuan :
1. Guru dapat mengenal pasti tahap perkembangan dan pencapaian murid. 2. Menyesuaikan dengan kurikulum Tahun Satu. 3. Merancang aktiviti Transisi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

LANGKAH-LANGKAH
1. Mendapatkan Rekod Perkembangan Potensi Murid yang mengikuti Prasekolah daripada ibu bapa . 2. Menyemak dan membuat analisa tentang tahap perkembangan murid. 3. Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap perkembangan potensi murid. Cara menganalisis maklumat-maklumat murid. Cuba mengesan tahap kemajuan murid - 3M - emosi, kebolehan, minat. Membuat tanggapan (cadangan ) dari segi kesediaan murid menerima Program Transisi Tahun Satu. Cara pemerhatian. Rekod Perkembangan Potensi Murid dibawa dari prasekolah dan mengandungi catatan tentang perkembangan murid semasa murid itu berada di Prasekolah

6-5

Tajuk 4 MEMAHAMI PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH UNTUK DIAPLIKASIKAN DALAM PROGRAM TRANSISI
4.1 Memerhati guru Prasekolah dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Istilah Penting: SUDUT PEMBELAJARAN BERMAIN SAMBIL BELAJAR MENEROKA SAMBIL BELAJAR

Tujuan:
Untuk mengetahui bagaimana pengajaran dan pembelajaran prasekolah dilaksanakan

LANGKAH-LANGKAH
1. Mendapatkan persetujuan daripada pihak pengurusan Prasekolah. 2. Memerhatikan teknik/kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan:a) Guru dengan murid. b) Murid dengan murid 3. Mengadakan perbincangan dengan guru-guru Prasekolah tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

6-6

Tajuk 5 KURSUS PENGURUSAN PENYAYANG GURU TAHUN 1


5.1 Menghadiri Kursus Program Transisi dan Guru Penyayang Program Pengurusan Penyayang Guru Tahun Satu diuruskan dan dijalankan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru

Tujuan :
Pendedahan tentang cara mengendalikan Program Transisi mengenai keperluan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang.

LANGKAH-LANGKAH
1. Memahami kandungan kursus mengikut modul yang diedarkan : a) Modul 1 Konsep Awal Kanak-Kanak b) Modul 2 Kesinambungan kurikulum Prasekolah dan Tahun Satu. c) Modul 3 Pengurusan pembelaran dan pelajaran Mengenali perbezaan individu. Teknik permudahcaraan Kes tingkah laku kanak-kanak. Keceriaan suasana bilik darjah amalan budaya. d) Modul 4 Pengesanan kemajuan kanak-kanak. e) Kit Program Transisi dan konsep Program Transisi 2. Menjalankan latihan dalaman di peringkat sekolah.

6-7

Tajuk 6 KESEDIAAN GURU MENERIMA MURID YANG MENGHADAPI MASALAH AWAL PEMBELAJARAN
6.1 Mengenali dan mengetahui cara melayan murid. Modul Program Pengurusan Penyayang Guru Tahun Satu diuruskan dan dijalankan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru. Modul-modul Program Transisi diuruskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum

Tujuan :
Membantu mengurangkan tahap kebimbangan dan rasa rendah diri murid

LANGKAH-LANGKAH
1. Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah awal pembelajaran. - Awal bacaan - Awal tulisan - Pranombor 2. Mengetahui tahap kebolehan dan peningkatan dalam 3 aspek di atas. 3. Mencadangkan contoh aktiviti dan bahan yang sesuai Contoh:Pranombor menggunakan bahan maujud bagi membandingkan jumlah banyak/sedikit

6-8

Tajuk 6 (disambung) KESEDIAAN GURU MENERIMA MURID YANG MENGHADAPI MASALAH AWAL PEMBELAJARAN
6.2 Menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk muridmurid yang berkenaan. November/Disember

Tujuan :
Membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

LANGKAH-LANGKAH
1. Memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menyeronokkan seperti: permainan permainan komputer 2. Memilih lagu-lagu yang bersesuaian seperti : Kaset lagu-lagu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Lagu-lagu rasmi Perhimpunan sekolah 3. Merangka aktiviti-aktiviti simulasi kumpulan Program Guru Penyayang diuruskan dan dijalankan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru.

Pendekatan Tematik dan pendekatan terkini : contohnya- sesi bercerita dengan Teknik Sebab dan Akibat atau Teknik Awan (Modul 8 Tajuk 3)

Contoh:Permainan "Pukul Berapa Datuk Harimau"

* Permainan "Pukul Berapa Datuk Harimau" bertujuan mengenalkan konsep belajar nombor dan menerapkan nilai kerjasama dalam kumpulan.

6-9

Tajuk 7 KEMAHIRAN GURU MENANGANI MASALAH PERBEZAAN MURID


7.1 Pemahaman mengenai keperluan murid yang berbeza kebolehan. Program Pengurusan Penyayang Guru Tahun Satu diuruskan dan dijalankan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru.

Tujuan :
Membolehkan guru merancang aktiviti dan bahan yang dapat merapatkan jurang perbezaan antara murid.

LANGKAH-LANGKAH
1. Guru membentuk kumpulan yang sama rata dari kepelbagaian kebolehan untuk memenuhi keperluan program. 2. Guru merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan Program Transisi. 3. Guru dan murid melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 4 . Metodologi 4. Instrumen untuk mengenal pasti kebolehan murid. Pendekatan yang sebenar. Bahan pengajaran dan pembelajaran serta tujuannya. Kesepaduan arahan dalam pelbagai. kegiatan yang menyatukan beberapa unsur secara bersepadu. Diketengahkan pelbagai situasi. Kegiatan pengukuhan dengan bantuan/aktiviti sokongan Penyediaan bahan contoh berhubung strategi di atas. Mengesan aras kebolehan atau kecerdasan murid bagi memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Secara Intensif 1. mengikut kebolehan kumpulan yang tidak tetap dan boleh berubah mengikut mata pelajaran 2. penyediaan bahan mengikut aras kecerdasan. 3. asing dalam konteks 4. memberi pengajaran.

6-10

Tajuk 8 PELBAGAI PENDEKATAN MENANGANI TINGKAH LAKU MURID


8.1 Menerima pendedahan khusus berhubung dengan psikologi dan sosio-emosi Matlamat perkembangan diri dan sosio emosi

Tujuan :
Guru dapat menyelesaikan masalah yang dialami oleh murid yang berkaitan dengan psikologi dan sosio-emosi secara sistematik. 1. Mengenal pasti masalah tingkah laku murid yang memerlukan bantuan Terlampau Aktif (Hyperactive) Menimbulkan Gangguan (Disruptive) 2. Teknik bagi menangani masalah tingkah laku. Contoh : Teknik Theory of Constraints (TOC) Modifikasi tingkah laku Time out Ganjaran 3. Kes-kes tertentu yang berkaitan

Theory of Constraints/ (TOC) (Modul 8 tajuk 3) Kajian Masa Depan

LANGKAH-LANGKAH
1. Guru didedahkan kepada pendekatan TOC, Teknik Awan (The Cloud) dan cara menggunakan Teknik Sebab dan Akibat ( Negative Branch) bersama murid untuk mengelakkan kelakuan yang tidak digalakkan. Contoh:Teknik Awan ( ' The Cloud' TOC) di satu bahagian kawasan sekolah. (dinding / halaman) dan boleh digunakan oleh murid kelas lain. Teknik Awan (Modul 8 Tajuk 3)

6-11

Tajuk 8 (disambung) PELBAGAI PENDEKATAN MENANGANI TINGKAH LAKU MURID


8.2 Mendapatkan pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan penyelesaian terhadap tingkah laku murid.

Tujuan :
Guru dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman guru tentang tingkah laku murid-murid serta teknik menangani masalah

LANGKAH-LANGKAH
1. Mendapatkan maklumat tingkah laku murid dan teknik menyelesaikannya melalui kaedah: Buku Surat Khabar Majalah Risalah dan lain-lain. 2. Membuat kajian kes tingkah laku dan cara penyelesaiannya 3. Menggunakan Teknik Awan (The Cloud TOC) dan Teknik Sebab Dan Akibat (Negative Branch TOC) dan Teknik Garis Masa (Kajian Masa Depan) 4. Berbincang atau bertukar-tukar pendapat dengan guruguru prasekolah dan guru-guru lain yang berpengalaman. 5. Mendapatkan kerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling untuk mengenal pasti dan menangani masalah.

Theory of Constraints/ TOC Kajian Masa Depan

6-12

MODUL 7 PERSEDIAAN IBU BAPA


Tajuk 1 Perkara Persediaan Ibu Bapa Di Rumah Bil 1.1 Perincian Menyediakan persiapan awal untuk anak-anak sebelum masuk Tahun Satu. Berinteraksi dan memberi perhatian terhadap hasil kerja dan persiapan anak-anak. Mewujudkan hubungan dua hala antara ibu bapa atau penjaga dengan pihak sekolah Memberi komitmen dan mengikuti perkembangan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Berinteraksi dengan guru terhadap hasil kerja dan persiapan anakanak. Membuat tindakan susulan terhadap aktiviti pembelajaran di sekolah. Mewujudkan hubungan dua hala antara ibu bapa atau penjaga dengan pihak sekolah

1.2

1.3

1.4

Hubungan Ibu Bapa dengan Guru

2.1

2.2

Hubungan Ibu Bapa dengan Guru Besar dan Sekolah

3.1

PERSEDIAAN IBU BAPA

Persediaan awal ibu bapa untuk anak-anak mereka masuk ke Tahun Satu turut berperanan menjayakan Program Transisi di samping membantu anak-anak memulakan proses pendidikan secara formal dengan jayanya. Antara persediaan yang boleh dilakukan melalui persediaan di rumah seperti persediaan sosio-emosi, mental dan fizikal anak-anak. Persediaan yang lain termasuklah mewujudkan hubungan mesra dengan pihak guru-guru dan pengurusan sekolah di samping melihat dan memerhati perkembangan diri, tingkah laku dan pencapaian akademik anak-anak secara berterusan. Keprihatinan ibu bapa terhadap perkembangan anak-anak dan Program Transisi akan memberi kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta kemajuan diri anak-anak.

Tajuk 1 PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH


1.1 Menyediakan persiapan awal untuk anak-anak sebelum masuk Tahun Satu.

Tujuan
Supaya anak-anak lebih bersedia daripada segi mental, sosio emosi dan fizikal untuk memasuki Tahun Satu.

LANGKAH-LANGKAH
Ibu bapa atau penjaga perlu: 1. Memastikan anak telah didaftarkan dan ditempatkan di sekolah yang ditentukan. 2. Mengkaji dan meneliti rekod perkembangan serta pencapaian anak mereka di Prasekolah. 3. Bagi kanak-kanak yang tidak mengikuti Prasekolah, ibu bapa perlu memaklumkan tahap perkembangan anakanak mereka seperti tahap kesihatan anak-anak, alahan anak-anak dan tahap kebolehan akademik anak-anak mereka kepada guru kelas Tahun Satu. 4. Membuat persiapan awal dengan menyediakan keperluan fizikal anak-anak seperti pakaian, alat tulis, buku-buku dan sebagainya.

Persiapan awal keperluan fizikal kanak-kanak seperti pakaian, alat tulis dan buku-buku dapat memberi semangat kepada anak-anak untuk memulakan pembelajaran di Tahun Satu

7-1

Tajuk 1 PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH (Disambung)


5. Membawa anak-anak melihat keadaan dan persekitaran sekolah sebelum hari pendaftaran . 6. Memaklumkan kepada jiran dan masyarakat setempat bahawa anak akan memasuki Tahun Satu supaya mendapat kerjasama dan perhatian daripada mereka. 7. Memberikan dorongan dan gambaran positif tentang sekolah baru. a. ramai kawan b. banyak aktiviti c. jadi pandai Jiran tetangga akan turut rasa berbangga dan boleh memberikan kerjasama seperti memberi pujian pengukuhan, teguran, perhatian kepada anak-anak di mana sahaja mereka bersua

7-2

Tajuk 1 PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH (Disambung)


1.2 Berinteraksi dan memberi perhatian terhadap hasil kerja dan persiapan anak-anak.

Tujuan
Supaya ibu bapa dapat mengikuti perkembangan perkembangan anak-anak

LANGKAH-LANGKAH
Ibu bapa atau penjaga perlu : 1. Bertanya kepada anak-anak tentang apa yang telah dipelajari di sekolah. 2. Menyemak dan meneliti kerja-kerja sekolah anakanak melalui buku-buku latihan dan lembaran kerja. 3. Meneliti dan mengenal pasti tahap pencapaian anakanak melalui rekod profil. 4. Memberi lebih perhatian terhadap aspek yang perlu diperbaiki dengan membeli buku-buku dan bahan rujukan. 5. Memberi bimbingan dan motivasi yang berterusan. 6. Menyedarkan anak-anak tentang kepentingan ilmu dalam hidup seharian.

7-3

Tajuk 1 PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH (Disambung)


1.3 Mewujudkan hubungan dua hala antara ibu bapa/ penjaga dengan pihak sekolah

Tujuan
1. Supaya dapat mewujudkan kesefahaman antara ibu bapa dan pihak sekolah. 2. Menjalin hubungan mesra antara ibu bapa dengan pihak sekolah

LANGKAH-LANGKAH
Ibu bapa atau penjaga perlu : 1. Menghadiri perjumpaan dan perbincangan dengan pihak sekolah khususnya guru kelas bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan dan pencapaian anak-anak. 2. Melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti memberikan sumbangan dari segi idea, tenaga dan kewangan. 3. Sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu terhadap setiap aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh pihak sekolah seperti gotong-royong, sukaneka, pertandingan mewarna, nyanyian dan sebagainya.

7-4

PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH (Disambung)


1.4 Memberi komitmen dan mengikuti perkembangan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Tujuan
Supaya ibu bapa dapat : 1. Memupuk minat, semangat kerjasama serta rasa tanggungjawab dikalangan ibu bapa

LANGKAH-LANGKAH
Ibu bapa atau penjaga perlu : 1. Menghadiri sesi penerangan dan taklimat yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 2. Menyertai aktiviti yang memerlukan penglibatan ibu bapa.

3. Melibatkan diri secara aktif dalam PIBG

7-5

Tajuk 2 HUBUNGAN DENGAN GURU


2.1 Berinteraksi dengan guru terhadap hasil kerja dan persiapan anak-anak.

Tujuan
Supaya ibu bapa dapat mengikuti perkembangan anakanak

LANGKAH-LANGKAH
Ibu bapa atau penjaga perlu : 1. Bertanya guru tentang apa yang telah dipelajari oleh anak-anak di sekolah. 2. Menyemak dan meneliti kerja-kerja sekolah anakanak melalui buku-buku latihan dan lembaran kerja yang diberi oleh guru. 3. Meneliti dan mengenal pasti tahap pencapaian anakanak melalui rekod profil. 4. Memberi lebih perhatian terhadap aspek yang perlu diperbaiki dengan membeli buku-buku dan bahan rujukan. 5. Memberi bimbingan dan motivasi yang berterusan selepas perbincangan bersama guru.

7-6

Tajuk 2 HUBUNGAN DENGAN GURU (Disambung)


2.2 Membuat tindakan susulan terhadap aktiviti pembelajaran di sekolah.

Tujuan
Supaya ibu bapa dapat : Membantu agar kesinambungan pembentukan budaya sekolah diteruskan di rumah.

LANGKAH-LANGKAH
Ibu bapa perlu: 1. Bertanya kepada anak-anak tentang aktiviti yang dijalankan di sekolah. 2. Menggalakkan anak-anak mengamalkan budaya yang dipelajari di sekolah diteruskan di rumah seperti budaya membaca, berjimat cermat dan sebagainya. 3. Mengesan tahap kemajuan diri anak-anak: a. tingkah laku b. semangat pergi sekolah c. semangat untuk belajar d. pencapaian dalam kemahiran 3M 4. Membantu meningkatkan tahap pengurusan diri di kalangan anak-anak dan bekerjasama melakukan sendiri: a. mandi b. sikat rambut c. pakai baju / seluar d. pakai kasut 5. Mengelolakan kemahiran sosio-emosi di kalangan anakanak: a. komunikasi dengan ahli keluarga b. memberi pendapat d. suka bertanya e. menerima pandangan atau nasihat 6. Berbincang dengan guru-guru tentang tahap pencapaian akademik, pengurusan diri dan sosioemosi anak-anak. Kanak-kanak mula mengenal corak disiplin dan tingkah laku melalui hubungan mesra dengan ahli-ahli keluarga terutama sekali dengan ibu bapa.

Ibu bapa yang selalu berinteraksi dengan anak-anak akan meningkatkan lagi perasaan selesa, harmoni dan rasa dihormati antara satu dengan lain.

7-7

Tajuk 3 HUBUNGAN DENGAN GURU BESAR DAN SEKOLAH


3.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara ibu bapa atau penjaga dengan pihak sekolah

Tujuan
1. Supaya dapat mewujudkan persefahaman antara ibu bapa dengan pihak sekolah 2. Meningkatkan hubungan mesra antara ibu bapa dengan pihak sekolah Untuk mematuhi peraturan dan tahap hubungan ibu bapa dengan sekolah

Perbincangan mengenai bidang yang boleh ibu bapa beri bantuan kepada pihak sekolah

LANGKAH-LANGKAH
Ibu bapa atau penjaga perlu : 1. Menghadiri perjumpaan dan perbincangan dengan pihak sekolah. 2. Melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti memberikan sumbangan dari segi idea, tenaga dan kewangan. 3. Sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu terhadap setiap aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh pihak sekolah seperti gotong-royong, sukaneka, pertandingan mewarna, nyanyian dan sebagainya. 4. Memahami matlamat Progaram Transisi dan tidak terlalu ghairah dengan aktiviti bercorak akademik pada 3 bulan pertama persekolahan. Ibu bapa perlu sedar bahawa dalam 3 bulan pertama lebih kepada aktiviti penyesuaian, bukan bercorak terlalu akademik

7-8

MODUL 8 PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI


Tajuk 1 Perkara Pelaksanaan Program Transisi Perincian Majlis Suaikenal: Pendaftaran Murid- Murid Minggu Pertama Persekolahan Minggu Kedua Persekolahan Minggu Ketiga Sehingga Akhir Bulan Ketiga Struktur dan Organisasi Pengajaran & Pembelajaran Bersepadu dan Tematik 3 Peringkat Perkembangan Tema

Pengajaran dan Pembelajaran KBSR Yang Bersepadu dan Tematik

Pembinaan Kemahiran dalam Perkembangan Sosio-emosi dan Asas Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi

Teknik Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi ( Teori TOC ) Teknik Awan Teknik Sebab Dan Akibat Teknik Mencita-citakan Kejayaan

Contoh Aktiviti Mencapai Matlamat Kolaboratif Teknik Mencita-citakan Kejayaan

Tugasan Untuk Berkerjasama dan Kolaborasi Yang Kreatif: Kelas Saya Yang Bersih Dan Ceria

MODUL 8 Tajuk 1

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

Persediaan yang telah dilakukan ialah seperti membuat persiapan fizikal bilik darjah dan perancangan aktiviti untuk pendaftaran murid Tahun Satu serta taklimat dengan ibu bapa. Pelaksanaan Minggu Orientasi dan program pembelajaran dan pengajaran selepas Minggu Orientasi hingga tamat Program Transisi dan aktiviti lanjutan untuk murid yang masih memerlukan penyesuaian adalah focus untuk tiga bulan program yang telah dirancang.

Majlis Suaikenal: Pendaftaran Murid- Murid Minggu Pertama Persekolahan Minggu Kedua Persekolahan Minggu Ketiga Sehingga Akhir Bulan Ketiga

8-1

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG

MINGGU PERTAMA
Matlamat Untuk Dicapai: Siapa Saya? Siapa Kawan Saya? Siapa Guru Saya? Mana Sekolah Saya?

MINGGU KEDUA
Matlamat Untuk Dicapai: Apakah Yang Kami Boleh Buat Bersama? Matlamat Kolaboratif: Kelas Saya Yang Bersih, Ceria dan Seronok Untuk Belajar.

MINGGU KETIGA
Matlamat Untuk Dicapai: Kami Seronok Belajar Dengan Keyakinan

8-2

KAMI MURID TAHUN SATU (Minda Cerdas, Mata Bercahaya)

Selepas Minggu Pertama, murid :


1. Mengenali dan membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dan antara kanakkanak dan guru dalam masa yang singkat; Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi; dan Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah baru.

2.

3.

Selepas Minggu Kedua, murid :


1. 2. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid-murid Tahun Satu; Memupuk semangat bekerjasama dengan cara menetapkan dan mencapai matlamat yang kolaboratif; Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran KBSR yang menyeronokkan; dan Mengesan potensi murid melalui bidang yang ditekankan dalam pendidikan Prasekolah.

3.

4.

Selepas Program Transisi dijalankan, murid :


1. Meningkatkan perkembangan potensi diri dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor dan fizikal dan sosio emosi secara beransur-ansur dan bersistematik; Menggunakan kemahiran yang ada untuk perkembangan diri yang berterusan; Membina dan meningkatkan kemahiran murid yang lemah dan potensi diri mereka; Mengurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan kognitif dan hubungan yang sosial antara murid; dan Memulakan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang bersepadu melalui pendekatan tematik.

2. 3. 4.

5.

8-3

MINGGU PERTAM

(MINGGU ORIENTASI)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

CADANGAN AKTIVITI Dinamika Kumpulan Pemupukan kumpulan Pengukuhan sosialisasi Pergerakan motor halus Main sambil belajar Motivasi diri Belajar sambil meneroka Pemupukan kreativiti Pemupukan nilai murni

TEKNIK Simulasi kumpulan Main Peranan Kerja Berpasangan Kerja Kumpulan Pertandingan antara kumpulan 6. Bercerita dan Teknik Awan TOC
1. 2. 3. 4. 5.

MINGGU KEDUA

(MINGGU ORIENTASI)

CADANGAN AKTIVITI 1. Pemupukan Kumpulan 2. Pergerakan motor kasar 3. Motivasi 4. Pembentukan tingkah laku 5. Main sambil belajar 6. Belajar sambil meneroka 7. Aktiviti Kognisi 8. Aktiviti Bahasa 9. Aktiviti Estetika & Daya Kreatif 10. Aktiviti Keagamaan 11. Aktiviti Ketatanegaraan 12. Pemupukan sosial emosi

TEKNIK
1. Simulasi kumpulan 2. Main Peranan 3. Bercerita: Teknik Sebab dan

Akibat 4. Kerja Kumpulan : Teknik Mencita-citakan Kejayaan 5. Pertandingan antara kumpulan

MINGGU KETIGA-BULAN KE-3


CADANGAN AKTIVITI
1. Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan melalui pendekatan tematik, bersepadu dan bermain dalam kumpulan 2. Membaca, menulis, mewarna dan bekerjasama untuk tiga perkembangan utama iaitu perkembangan kognitif dan bahasa, Psikomotor dan fizikal serta sosio emosi 3. Mengaplikasi apa yang dipelajari ke dalam kehidupan seharian

TEKNIK
1. 2. 3. 4. Pendekatan Tematik Kerja Berkumpulan Berpusatkan pelajar Simulasi kumpulan 5. Main peranan

8-4

MODUL 8

Tajuk 2

Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Yang Bersepadu dan Tematik

Struktur dan Organisasi Pengajaran dan Pembelajaran Bersepadu dan Tematik

8-5

PENDEKATAN TEMATIK
Pendekatan Tematik merupakan satu usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran yang kreatif dengan menggunakan tema. Guru sepatutnya menggalakkan murid mengambil bahagian secara aktif dan fizikal dalam proses pembelajaran kerana kanak-kanak dengan semula jadi belajar dengan cara membuat Aspek mengkaji dan meneroka dengan menggunakan deria (melihat, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh) juga patut digalakkan. Pembelajaran yang semula jadi dan bermakna kepada kanak-kanak adalah pembelajaran secara membuat dan mengalami sendiri sesuatu aktiviti itu. Guru mesti mencuba untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang bererti kepada murid supaya mereka bukan sahaja ada elemen seronok tetapi juga untuk mencetuskan minat ingin tahu dan seterusnya mencari maklumat dengan sendiri. Murid juga sepatutnya diberi peluang untuk berdikari, meneroka dan mengalami untuk diri sendiri dan bagi diri sendiri.

PENDEKATAN TEMATIK BAGI PROGRAM TRANSISI


Pendekatan tematik bagi Program Transisi boleh dijalankan berperingkat. Proses pembelajaran secara tematik menolong kanak-kanak berfikir secara kreatif dan kritis sementara belajar.

8-6

PENDEKATAN TEMATIK CARA PERKEMBANGAN TEMA DAN PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN TEMA

PERINGKAT PERTAMA Perbincangan Dan Perkembangan Tema

PERINGKAT DUA Pelaksanaan Aktiviti-Aktiviti Dengan Idea-idea Perkembangan Tema

PERINGKAT TIGA Pelajaran bersepadu mengikut tema yang berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran

8-7

PERINGKAT PERTAMA
Perancangan oleh guru merupakan peringkat yang paling penting. Garis panduan di bawah boleh membantu guru berbincang dan membentuk perkembangan dari perspektif kurikulum berdasarkan tema yang dipilih.

GARIS PANDUAN PERBINCANGAN DAN PERKEMBANGAN TEMA

SEJAUH MANA TUJUAN DICAPAI?


Refleksi atas tahap kejayaan dan perubahan yang boleh dilakukan

TUJUAN
Kenapa kita belajar topik itu?

BAHAN
Manakah antara bahan yang sedia ada yang sesuai dengan tujuan kita?

TEMA YANG DIPILIH

APAKAH YANG INGIN DIPELAJARI?


Guru dan pelajar boleh menanya soalan terbuka untuk mengenal pasti : sikap konsep kemahiran; dan isi kandungan yang perlu dipelajari

BAGAIMANKAH KITA

TAHU APAKAH YANG


TELAH DIPELAJARI? Strategi penilaian formatif dan sumatif yang akan digunakan oleh guru dan murid

CARA TERBAIK UNTUK BELAJAR

Merancang dan memilih aktiviti yang berkaitan dengan soalan-soalan utama di bahagian apakah yang ingin dipelajari

8-8

PERINGKAT KEDUA
Bagi peringkat ini, guru perlu mengambil perbincangan dan perkembangan dari peringkat pertama dan menyoal tentang perkara ini :

Apakah yang kita ingin murid kita faham tentang tema?


Guru seterusnya boleh memperkembangan aktiviti-aktiviti berdasarkan soalan tersebut. Aktiviti yang dirancang itu boleh dilihat dari beberapa aspek, contohnya

PERSPEKTIF
Bolehkah kita melihat tema ini dari sudut yang berlainan?

FUNGSI
Bagaimana benda ini berfungsi?

SEBAB & AKIBAT


Bagaimana ia menjadi begini?

PERUBAHAN
Bagaimana ia berubah?

TEMA YANG DIPILIH REFLEKSI


Apakah pandangan kita mengenai tema ini

PERKAITAN
Bagaimana ia berkait dengan benda-benda lain?

TANGGUNG JAWAB
Apa yang boleh kita lakukan bagi menunjukkan bahawa kita bertanggung jawab terhadap tema ini?

8-9

PERINGKAT KETIGA
Selepas aktiviti perkembangan idea dan perspektif tema telah dijalankan, pengajaran dan pembelajaran tema boleh dikaitkan ke spesifikasi yang terdapat di Huraian Sukatan Pelajaran dan rujukan ke Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran : Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Pendidikan Agama Nilai-nilai Murni Pendidikan Seni Pendidkan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Pendidikan Muzik dan sebagainya.

Pelajaran yang bersepadu akan menggabungjalinkan unsur-unsur dari mata pelajaran lain dalam pengajarannya. Misalnya, Mata pelajaran : Tema : Tumpuan : Unsur tematik dan gabungjalinan: Bahasa Melayu HAIWAN Mengecam jenis bunyi Pelajaran itu boleh disisip dengan unsur

kesyukuran dan kesayangan makhluk ciptaan Allah S.W.T (Pendidikan Agama) kesayangan binatang (nilai murni) pergerakan jenis-jenis haiwan yang berbeza (Pendidikan Jasmani) melukis bentuk haiwan atau mewarnakan binatang (Pendidikan Seni)

8-10

Peringkat Pertama LANGKAH PERANCANGAN


1. Apa tujuannya? Mengapa kita belajar tajuk ini? Bahan yang hendak digunakan Yang manakah antara bahan yang sedia ada paling sesuai dengan tujuan? Apakah yang hendak dipelajari? Soalan terbuka oleh guru dan murid bagi menghuraikan tema untuk mengenal pasti Konsep Kemahiran Sikap Isi kandungan yang hendak dipelajari 4. Bagaimana cara terbaik untuk belajar? Merancang berbagai aktiviti pembelajaran berkaitan dengan soalan utama dengan disuai padan dengan Huraian Sukatan Pelajaran. 5. Bagaimana kita boleh ketahui apakah yang telah dipelajari? Penilaian formatif dan sumatif yang akan digunakan oleh guru dan murid 6. Sejauh manakah tujuan telah dicapai? Refleksi tentang tahap kejayaan yang telah dicapai dan sebarang perubahan yang boleh dilakukan dalam perancangan berikutnya.

2.

3.

8-11

Peringkat Kedua FUNGSI PEMETAAN SOALAN MENGENAI KONSEP UTAMA


Membantu mengintegrasi pembelajaran merentas kurikulum Membantu menentukan skop dan bidang mengenai tema Membolehkan mengenal pasti kerangka isi bagi merancang pengajaran dan pembelajaran Membantu mengenal pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai Membantu murid mengenal pasti bidang dan tugasan pembelajaran yang mereka minati Membantu mengenal pasti aspek penilaian dan membina item mengikut aras kebolehan murid

Mengapa Perlunya Membuat Refleksi ?


Guru yang berpengetahuan akan mempunyai ilmu pengajaran yang luas Banyak yang boleh dipelajari mengenai pengajaran melalui inkuiri kendiri Semasa mengajar, banyak yang berlaku yang guru kurang sedar Refleksi kendiri yang kritis boleh membawa kepada pemahaman mendalam tentang pengajaran Apabila refleksi kritis dijadikan rutin, guru menjadi lebih yakin mencuba option yang lain dan menilai keberkesanannya

8-12

Selepas Mengajar Pelajaran

SOALAN YANG PATUT SAYA TANYA KENDIRI


Apakah tujuan utama pelajaran tadi? Apakah sebenarnya yang murid belajar dalam pelajaran itu? Apakah cara (kaedah) mengajar yang telah saya gunakan? Apakah masalah yang saya hadapi dan bagaimana saya menanganinya? Apakah dalam pelajaran tadi yang paling berkesan? Apakah yang paling kurang berkesan? Ada tidak sebarang ubah suaian atau kelainan yang saya akan lakukan sekiranya saya mengajar sekali lagi pelajaran itu?

8-13

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI Peringkat Ketiga

PENDEKATAN TEMATIK
Pelaksanaan Program Transisi dijalankan sebaik sahaja tamat aktiviti di minggu orientasi. Aktiviti diteruskan melalui pengajaran dan pembelajaran KBSR yang bersepadu. Ini bertujuan untuk mengurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan kognitif, emosi dan hubungan sosial antara murid. Dalam tempoh masa yang ditetapkan, murid-murid tahu akan rasa seronok dan berkeyakinan untuk meneruskan proses pembelajaran yang riang dan menarik seperti aktiviti tematik dan bersepadu serta main sambil belajar. Pendekatan ini membolehkan perkembangan minda dan pemikiran dalam keadaan yang mencabar dan menyeronokkan dan pada masa yang sama, menepati hasil pembelajaran dan keperluan-keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan PelajaranTahun Satu.

elepas aktiviti orientasi selama dua minggu, proses pengajaran dan pembelajaran KBSR akan diteruskan tetapi masih dalam suasana persekitaran kelas yang menarik, pembelajaran yang menyeronokkan dan terancang.

BERMAIN SAMBIL BELAJAR Pembelajaran Yang Menyeronokkan dan Mencabar


Ciri-Ciri pembelajaran bermain sambil belajar: Memajukan aktiviti bermain yang terancang Merancang dan membina persekitaran yang mencabar Memperluaskan dan memperkembangkan penggunaan bahasa dan komunikasi melalui aktiviti bermain Memperluaskan dan memajukan aktiviti bermain yang spontan

8-14

Bermula Dari Apa Yang Sedia Ada

Pembawaan untuk belajar Sikap positif Elakkan kegagalan pada peringkat awal

Tiada kekecualian

Dari segi agama, budaya, latar belakang keluarga, keperluan khas, jantina, bahasa ibunda, kebolehan

PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK YANG BERKESAN

Menstrukturkan kurikulum dengan teliti

Mengambil kira tahap perkembangan yang berbeza Kandungan yang relevan dan sesuai Activiti yang terancang

Mengadakan aktiviti yang terancang dan bermakna dan sesuai

Melibatkan kanak-kanak dalam proses pembelajaran dan pembelajaran memusatkan murid

Bekerjasama antara guru Prasekolah, ibubapa dan kanakkanak

Saling menghormati sumbangan setiap golongan

Pendidikan Prasekolah dan asuhan yang bermutu tinggi

Ke arah pembelajaran dan perkembangan yang berkesan.

Guru Prasekolah yang peka dan sedar tentang keperluan kanak-kanak

Pengetahuan cara bagaimana kanakkanak belajar.

8-15

Modul 8 Tajuk 3

Pembinaan Kemahiran dalam Perkembangan Sosio-Emosi dan Asas Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi

Teknik Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi Teknik TOC (Theory of Constraints)

8-17

PEMBINAAN KEMAHIRAN SOSIO EMOSI DAN ASAS KEMAHIRAN BERFIKIR DAN BERKOMUNIKASI PERKEMBANGAN KEMAHIRAN SOSIO-EMOSI YANG BAIK
Perkembangan sosio-emosi diperlukan supaya seorang kanak-kanak dapat menunjukkan kesedaran, penerimaan rakan-rakan yang berbeza serta meluahkan emosi dan perasaannya. Kanak-kanak boleh menggunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan menyelesaikan masalah sosio-emosi. Kebolehan menghadapi cabaran harian dan penyesuaian kepada perubahan penerimaan apa yang tidak boleh diubah mengakibatkan pilihan alternatif. seperti

Perkembangan teknik menangani masalah menambahkan perkembangan esteem kendiri (self esteem), penghormatan antara kanak-kanak dengan rakan-rakan lain memerlukan kemahiran penyelesaian masalah. Pembinaan nilai-nilai murni, sikap keyakinan diri dan initiatif pergaulan serta persefahaman antara mereka juga diperkembangkan bila mereka sendiri digalakkan membuat keputusan yang bertanggung jawab dan berkesan.

Mengapa guru perlu membina kemahiran sosio emosi ?

Selalunya guru-guru terpaksa menguruskan konflik atau percanggahan antara murid-murid mereka Jika murid boleh berdikari dan mampu menyelesaikan konflik, suasana pembelajaran di bilik darjah dan sekolah tidak terjejas dan akan berjalan lancar

Sekiranya murid tidak tahu menyelesaikan konflik dalam


kehidupan seharian, mereka sukar bertanggung jawab ke atas tingkah laku mereka Guru bermain peranan yang kritikal dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak Gunakan cara bermain sambil belajar yang terancang untuk membolehkan pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan. Mengajar kanak-kanak untuk memahami hak orangorang lain, akibat dari kelakuan dan percakapan. Guru menunjukkan sikap dan kemahiran seperti ini semasa mengajar dan kanakkanak akan menganggap guru sebagai role model

Mengapa guru perlu mengajar kemahiran berfikir dan kemahiran berkomunikasi serta mengajar penyelesaian masalah ?

Pembawaan yang positif untuk belajar bermula dari pengalaman yang menyeronokkan dan boleh dikawal oleh kanak-kank sendiri. Ini memberi keyakinan diri dan keupayaan kepada mereka ke arah mencapai kejayaan.

Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah, membina keyakinan diri dan perasaan berdikari sehingga menjadi satu kelaziman. Mereka diajar menghadapi setiap cabaran untuk mereka tangani sendiri.

8-18

Membina hubungan baik dengan orang dewasa dan kawan sebaya Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar Menunjukkan keyakinan

Mencuba aktiviti baru Memberi idea dan berkomunikasi

Bekerjasama dan memahami peraturan serta persefahaman nilai dan tingkah laku ke arah keadaan berharmoni

Memberi perhatian dan berfokus tentang sesuatu

Tahu tentang apa yang betul dan salah 8-17

Matlamat Perkembangan Diri dan Sosial-Emosi Kanak-Kanak 5-8 Tahun

Kesedaran tentang keperluan, pandangan dan perasaan diri sendiri serta orang lain.

Pengurusan diri dan kesihatan diri

Memilih aktiviti dan sumbersumber sendiri. Mempertimbangkan akibat dari percakapan dan tingkah laku diri sendiri

Menghormati kebudayaan dan kepercayaan sendiri dan orang lain

Saling menghormati pandangan, keperluan dan kepercayaan orang lain yang berbeza

Memberi respon yang sesuai dan menunjukkan pelbagai jenis perasaan terhadap pengalaman yang penting

8-19

PEMBINAAN KEMAHIRAN SOSIO EMOSI DAN ASAS KEMAHIRAN BERFIKIR DAN BERKOMUNIKASI

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN SOSIO-EMOSI YANG BAIK

erkembangan sosio-emosi diperlukan supaya seorang kanak-kanak dapat menunjukkan kesedaran, penerimaan rakan-rakan yang berbeza serta mengucapkan emosi dan perasaannya. Kanak-kanak boleh gunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan menyelesaikan masalah sosio-emosi. seperti

Kebolehan menghadapi cabaran harian dan penyesuaian kepada perubahan penerimaan apa yang tidak boleh diubah mengakibatkan pilihan alternatif.

Perkembangan teknik menangani masalah menambahkan perkembangan esteem kendiri, penghormatan antara kanak-kanak dengan rakan-rakan lain memerlukan kemahiran penyelesaian masalah. Pembinaan nilai-nilai murni, sikap keyakinan diri dan usaha initiatif serta persefahaman antara mereka juga diperkembangkan bila mereka sendiri digalakkan membuat keputusan yang bertanggung jawab dan berkesan.

TEKNIK TOC (THEORY OF CONSTRAINTS)


TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang berdasarkan pemikiran logic dan sistematik. Teknik dan proses TOC menggunakan teknik pemikiran kritis dan kreatif yang mudah dan konkrit. TOC diperkembangkan oleh Yayasan TOC for Education, Inc. (http://www.tocforeducation.com) dan didermakan dengan percuma kepada pendidikan. Proses dan teknik TOC membina kemahiran kanak-kanak menangani masalah dan membuat keputusan yang bertanggung jawab dan berkesan dari segi komitmen kanak-kanak. Kemahiran berfikir dan cara berkomunikasi pemikiran yang jelas juga dibina. Teknik TOC mengupayakan kanak-kanak dengan kemahiran berkomunikasi yang jelas dan tepat serta kemahiran berfikir yang berkesan dan bertanggung jawab dan merupakan pembelajaran sepanjang hayat.

8-20

Teknik TOC

Theory Of Constraints For Education (TOCFE)

Satu Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah Cara sistematik

Pemikiran logik

Pemikiran kritis dan kreatif Mudah dan konkrit Sesuai untuk semua peringkat pelajar
8-21

TIGA TEKNIK TOC YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PENGAJARAN


FUNGSI

TEKNIK

Memikir tentang akibat dari sesuatu idea, laku, kejadian) Membuat keputusan selepas memberi pertimbangan tentang akibatnya dari sesuatu tingkah

Teknik Awan :
Penyelesaian Konflik Memikir tentang sesuatu keadaan, situasi, idea

(The Cloud)

Teknik Sebab dan Akibat

Negative Branch : Cause And Effect

Teknik Mencitacitakan Kejayaan

Merancang dengan sistematik secara kolaboratif Menyelesaikan masalah dengan menghadapi cabarancabarannya Memikir dengan cara sistematik dan logik

(Ambitious Targets Together)

8-22

Cadangan Penggunaan Teknik TOC :


Teknik ini digunakan bagi mengupayakan murid dengan alat dan teknik yang memberi mereka kemahiran: mencapai matlamat menyelesaikan masalah dengan berkesan membuat keputusan berkomunikasi dan memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.

Sesi Bercerita

(Pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan)

Kajian Kes

(Modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian)

Kandungan HSP

(Kemahiran berfikir, perancangan strategik)

APA PERLU DIUBAH? Situasi Bagi Menggunakan Teknik


(Penyelesaian Masalah)

Rangka Pelaksanaan Teknik TOC APAKAH PERUBAHAN YANG BERLAKU? Keadaan Selepas Menggunakan Teknik Ini

(Pernyataan Masalah)

BAGAIMANA MENGENDALIKAN PERUBAHAN? Teknik TOC yang diaplikasikan


(Pelaksanaan Penyelesaian Masalah)
Gunakan Teknik Awan Gunakan Teknik Awan Gunakan Teknik Sebab dan Akibat

CONTOH:
Menyelesaikan konflik sendiri

CONTOH:

Konflik Peribadi

Pemahaman yang tidak mendalam tentang kandungan atau maklumat Kelakuan yang negatif

Pemahaman yang lebih mendalam dan menyeluruh Kebolehan memikir tentang akibat dari sesuatu kelakuan Memahami kandungan melalui cara sebab dan akibat Gunakan cabaran-cabaran bagi mencapai matlamat melalui perancangan strategik

Menghafal dan menghayati kandungan sesuatu bahan Tiada kebolehan menentukan dan mencapai matlamat

Gunakan Teknik Sebab dan Akibat Gunakan Teknik Mencita-citakan Kejayaan

8-23

TEKNIK TOC
1

Teknik Awan : (The Cloud)

Teknik Awan adalah teknik memikir tentang sesuatu kejadian, situasi, idea dan penyelesaian konflik yang mempunyai kehendak yang bertentangan Isu dan anggapan berkenaan dengan sesuatu yang dipertikaikan atau dipersoalkan akan diberi pertimbangan sehingga penyelesaian dan hubungan yang baik diteruskan. Penyelesaian WIN-WIN diberi oleh murid sendiri. Guru membantu murid mencari penyelesaian yang baik supaya murid boleh membuat keputusan yang bertanggung jawab.

Kehendak Yang Bertentangan (Teknik Awan : The Cloud)


Memikir tentang sesuatu kejadian, situasi, idea dan Penyelesaian Konflik

TEKNIK AWAN (Cloud)

ANGGAPAN

B A
Matlamat Bersama Keperluan Kehendak

Istilah Penting: Kehendak (D dan D1) Keperluan (B dan C ) Matlamat Bersama (A) Konflik Anggapan Penyelesaian WIN-WIN Berkomunikasi A-B-D Berkomunikasi A-C-D1 5 Soalan Penting 1. Apakah yang dikehendaki oleh 2. 3. 4. 5.
sebelah ini? Apakah yang dikehendaki oleh sebelah yang lain ? Mengapa sebelah ini memerlukan kehendak itu? Mengapa sebelah yang lain memerlukan kehendak itu? Apakah Matlamat Bersama?

Keperluan

Kehendak

D1

ANGGAPAN

ANGGAPAN

B A
Apakah Matlamat Bersama?
Mengapa sebelah yang lain memerlukan kehendak itu? Apakah yang dikehendaki oleh sebelah yang lain? Mengapa sebelah ini memerlukan kehendak itu? Apakah dikehendaki sebelah ini? yang oleh

D1

ANGGAPAN

TEKNIK AWAN TOC (The TOC Evaporating Cloud)

8-24

TEKNIK AWAN ISTILAH PENTING


ANGGAPAN

B
A
Matlamat Bersama Keperluan Kehendak Keperluan Kehendak

D
D1

ANGGAPAN

TEKNIK AWAN TOC merupakan satu bentuk grafik yang boleh digunakan untuk memikir tentang sesuatu situasi, idea atau masalah yang bertentangan (mengandungi keadaan konflik).

Contoh Teknik Awan


Saya perlu rasa sihat Saya suka makan sayur-sayuran

HIDUP YANG BAHAGIA

HARUN MUTU
Saya makan makanan yang sedap Saya tak suka makan sayur-

sayuran

1. KEHENDAK (D dan D1 ) bertentangan dan tidak boleh wujud pada saat yang sama. D: Saya suka makan sayur-sayuran (Harun) D1: Saya tidak suka makan sayur-sayuran (Mutu) 2. Pastikan kedua-dua KEPERLUAN (pada B dan C) boleh diterima dan diberi secara positif dan tidak bertentangan. Tanya soalan Mengapa? B: Saya suka makan sayur-sayuran kerana saya boleh rasa sihat C: Saya tidak suka makan sayur-sayuran kerana saya suka makanan yang sedap.

8-25

3. MATLAMAT BERSAMA (A) diingini oleh kedua-dua pihak. ( A=B+C ). Cara untuk menentukannya - Tanya soalan Apakah yang akan dicapai jika keperluan (pada B dan C) dicapai? B: Saya boleh rasa sihat C: Saya suka makanan yang sedap. A: HIDUP YANG BAHAGIA = Saya boleh rasa sihat (B) + saya makan makanan yang sedap (C) 4. BERKOMUNIKASIKAN tentang pemikiran, idea atau situasi menggunakan Teknik Awan dibuat dari A-B-D dan dari A-C-D1. Contoh: Baca dari segi A-B-D Sekiranya saya(A) .., saya perlu (B)., jadi saya (D)... Sekiranya saya ingin hidup bahagia (A), saya perlu rasa sihat (B) , jadi, saya suka makan sayur-sayuran (D). Baca dari segi A-C-D1 Sekiranya saya(A) .., saya perlu (C)., jadi saya ( D1).. Sekiranya saya ingin hidup bahagia (A), saya perlu makan makanan yang sedap C), jadi, saya tidak suka makan sayur-sayuran (D1). 5. ANGGAPAN yang dibuat antara B-D dan C-D1 menerangkan perkaitan antara Keperluan ( B atau C) dengan Kehendak (D atau D1). Anggapan menjawab soalan ini: Mengapa kehendak itu penting untuk keperluan itu?

Saya perlu rasa sihat (B) dan saya suka makan sayur-sayuran (D sebab makanan sayur sihat untuk badan (anggapan). Saya perlu makan makanan yang sedap C) dan saya tidak suka makan sayur-sayuran (D1)) sebab makanan sayur tidak enak (anggapan)

6. PENYELESAIAN WIN-WIN diberi oleh murid sendiri. Guru membantu murid mencari penyelesaian yang baik. Guru tidak boleh beri cadangan penyelesaian kepada murid. Maksud WIN-WIN : Apakah yang paling penting untuk memenuhi keperluan di kedua belah? Fokus pada apa yang diperlukan dan bukan apa yang dikehendaki. Penyelesaian itu menunjukkan kehendak boleh tukar tetapi keperluan tidak boleh tukar

8-26

CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKNIK AWAN TOC


SESI BERCERITA DENGAN TEKNIK AWAN TOC DI S.K RAJA MUDA KUALA LUMPUR 28 SEPTEMBER 2000
Sesi Bercerita bertajuk Cerita Kura-kura Dengan Arnab dijalankan dengan Teknik Awan TOC . Dengan cara ini pemahaman cerita yang lebih bererti dan mendalam membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni yang penting.

Apa akan jadi jika Arnab yang laju rehat sebentar dan Kura-Kura yang perlahan teruskan usahanya ke destinasi terakhir? Siapa yang akan sampai dulu ?

Puan Nur Malina, Guru Tahun Satu

Arnab yang laju boleh kalah, Kura-Kura yang pelahan boleh menang. Kita harus jangan putus asa dan selalu teruskan usaha.

Bentuk Awan (The Cloud) di sini diletak di luar bilik darjah tetapi boleh juga digunakan dalam bilik darjah semasa sesi bercerita.

Kita semua ingin dapat kejayaan. Kita semua boleh berjaya. Jangan lupa teruskan usaha rajin belajar dan jangan putus asa. Cuba sehingga berjaya.

Pergerakan fizikal (Arnab lompat dan KuraKura merangkak) memberi pemahaman konkrit tentang keadaan yang menunjukkan dua pihak yang bertentangan.

Murid-murid boleh berbincang tentang cerita dan memberi pandangan tentang apakah sikap dan kelakuan yang sesuai. Kaitkan dengan keadaan murid sendiri.

8-27

CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKNIK AWAN TOC TEKNIK AWAM TOC (THEORY OF CONSTRAINTS)
Mengajar Teknik Awan Dengan Cara Bercerita Makan Sayur-Sayuran
Guru gunakan cerita (story-line) yang sesuai dalam kehidupan seorang murid (Situasi di rumah atau di kawasan sekolah) yang mempunyai konflik kehendak yang perlu diselesaikan. 2 jenis konflik boleh digunakan : Konflik dalaman dan konflik antara dua pihak atau dua orang. Sediakan 5 helai tikar atau cardboard cut-outs yang boleh disusun di depan bilik darjah .

D D1

Contoh Cerita 1(Story-line) Cerita Makan Sayur-Sayuran


Harun dan Mutu mempunyai pandangan bertentangan terhadap sayur-sayuran. Harun dan Mutu berbincang tentang perkara itu . Guru memberikan senario cerita 2 orang kawan yang berbeza. Murid main peranan Harun dan Mutu menggunakan 5 helai tikar secara pergerakan semasa berlakun. Guru menjadi pemudahcara dan memandukan pemikiran kanakkanak dengan soalan-soalan. Apakah kehendak Harun? (Kehendak D) Apakah kehendak Mutu? (Kehendak D1) Mengapa (Harun/Mutu) berpandangan begitu? (Keperluan B/C) Harun suka makan sayur-sayuran (kehendak D) sebab Harun perlu rasa sihat (keperluan B) Mengapa Mutu tidak suka makan sayur?(Anggapan C- D1)

Pergerakan atas tikar menyeronokkan dan memberi peluang untuk belajar konflik sebagai sesuatu yang bertentangan dari segi ruang fizikal yang konkrit.

Cara menggunakan soalan bagi merangsangkan pemikiran adalah teknik yang penting.

MATLAMAT BERSAMA:
Kedua orang kawan ini bertentangan dalam pemilihan mereka. Adakah mereka mempunyai matlamat yang sama? Matlamat Bersama : Apakah yang mereka akan capai jika kedua keperluan (B) dan (C) diterima?

Nilai-nilai murni boleh diajar semasa keputusan dibuat (teachable moments)

PENYELESAIAN WIN-WIN
(Dua keperluan tidak boleh berubah, kehendak boleh diubah) Apa cara lain yang jika kita perlu ini ? (Keperluan B dan C) INGATAN: Jika anggapan antara sesuatu keperluan dan kehendak (B-D atau C- D1) tidak betul, kehendaknya (D atau D1) tidak tepat dan boleh diubahsuai. Guru gunakan cara berkomunikasi.Jika .., maka.(if..then,..) dan murid yang berlakun juga gunakan perkataan itu. Contoh Cerita lain (Storyline) : Cerita Arnab dan Kura-Kura Gunakan perkataan tidak sopan di bilik darjah Seorang Yang Bising Dalam Kelas Terjumpa Gula-Gula di Taman Rekreasi

Perkataan sesuai untuk berkomunikasikan pemikiran digunakan setiap kali sehingga kanak-kanak telah biasakan diri dengan bentuk sebutan itu.

8-28

Teknik Awan Anggapan Keperluan


Makanan sayur sihat untuk badan Kehendak

Sayur-Sayuran

B
Saya Perlu Rasa Sihat Saya suka makan sayur-sayuran

Kehendak

A
Muthu

Harun

HIDUP YANG BAHAGIA

D1
Saya Makan Makanan Yang Sedap Saya tidak suka makan sayur-sayuran

Matlamat Bersama

C
Anggapan Masakan sayur tidak enak Kehendak

Keperluan

Penyelesaian WIN-WIN (Memenuhi keperluan di B dan C) Bolehkah rasa sihat (B) dan juga makan makanan yang sedap (C) ? Makan sayur-sayuran yang dimasak dengan cara masakan yang sedap.(resipi) Makan makanan lain (bukan sayur) yang berkhasiat dan sihat untuk badan dan sedap rasanya (misalnya buah-buahan)

8-29

Usaha Guru Bahasa Melayu dan MuridMurid Tahun Satu: S.K Dato Shah Bandar Abu Bakar, Labu Hilir, Negeri Sembilan September 2000

CONTOH PERISTIWA HARIAN : Makan Sayur-Sayuran

CARA BERKOMUNIKASI dengan Teknik Awan Theory of Constraints (TOC) B Anggapan B-D D Teknik Awan THE CLOUD Apakah yang
Mengapa sebelah ini memerlukan kehendak itu?

Saya perlu rasa sihat

Saya suka makan sayur-sayuran

dikehendaki oleh sebelah ini?

A
Apakah Matlamat Bersama?

HIDUP YANG BAHAGIA Saya makan makanan yang sedap

HARUN

Apakah yang dikehendaki oleh sebelah yang

MUTU
Saya tak suka makan sayursayuran

Mengapa sebelah yang lain memerlukan kehendak itu?

D1

C Anggapan C- D1 PEMIKIRAN YANG BERTENTANGAN

Lihat dari segi A-B-D A Sekiranya saya nak..., B saya perlu D jadi, saya

Lihat dari segi A-B-D1 A Sekiranya saya nak..., B saya perlu D1 jadi, saya

Baca dari segi A-B-D (HARUN) Sekiranya saya ingin hidup bahagia, saya perlu rasa sihat, jadi, saya suka makan sayur-sayuran. Baca dari segi A-B-D1 (MUTU) Sekiranya saya ingin hidup bahagia, saya perlu makan makanan yang sedap, jadi, saya tidak suka makan sayur-sayuran.
BETUL ATAU SALAH ANGGAPAM_ANGGAPAN INI?

Anggapan B-D (cadangan Harun) Anggapan C- D1 (cadangan Mutu)


Makanan sayur sihat untuk badan Makanan sayur tidak enak

Penyelesaian WIN-WIN : (Cadangan murid) Bolehkah rasa sihat (B) dan makan makanan yang sedap (C)? Makan sayur-sayuran yang dimasak dengan cara masakan yang sedap (resipi) Makan makanan lain (bukan sayur) yang berkhasiat dan sihat untuk badan dan sedap rasanya (misalnya buah-buahan)

8-30

SEBAB DAN AKIBAT NEGATIVE BRANCH (Memikir Tentang Akibatnya dan Kesan-Kesan Negatif)

TEKNIK TOC 2

Sebab Dan Akibat (Negative Branch) adalah teknik TOC yang menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea, kejadian mengakibatkan kesan-kesan yang negatif.

Sekiranya seorang kanak-kanak menggunakan Teknik Sebab dan Akibat (Negative Branch) (NB) , ia akan sedar tentang kesan-kesan negatif dari sesuatu tingkah laku yang dilakukan dari segi hubungan sebab dan akibat. NB juga memberinya cara untuk berkomunikasi kesan-kesan itu.

Kesan-kesan Negatif

Cikgu marah saya

Mula dengan: TINGKAH LAKU

Saya tak buat kerja rumah

Apa akan jadi.jika..?


Menerima Saya rasa malu mereka selepas memikir tentang Akibatnya Yang akibatnya. ada KesanKesan negatif Cikgu menghukum saya

Selalunya hubungan antara kelakuan kanak-kanak dan akibatnya yang negatif tidak jelas kepada mereka . Untuk membolehkan kanak-kanak menyedari bahawa kelakuannya boleh mengakibatkan beberapa kejadian yang membawa kesan yang negatif, Teknik Sebab dan Akibat boleh digunakan. Mereka akan mengubahsuai kelakuan

Kesan dari langkah tadi Cikgu menjadi marah Langkah Pertengahan

Cikgu anggap saya kurang sopan

Mula dengan: TINGKAH LAKU

Saya bercakap dengan cara menjerit

8-31

CONTOH TEKNIK SEBAB DAN AKIBAT


Apakah keputusan murid ini selepas memikir tentang kelakuannya menggunakan teknik sebab dan akibat? ?

Jangan Mengganggu kawan

Tidak pandai Guru marah

Tidak kuasai Kemahiran

Kawan marah

Kerja tidak siap

Suka ganggu kawan


Rujukan : Modul Latihan Guru Program Transisi(TOC) Modul 3 : Program Penyayang 3.3.2

8-32

TEKNIK MENCITA-CITAKAN KEJAYAAN


(Teknik TOC Ambitious Targets Collaboratively ) Teknik Mencita-Citakan Kejayaan (Teknik Ambitious Targets (TOC)) adalah usaha mencapai satu objektif yang amat diidamkan. Walau bagaimanapun, pada permulaannya, matlamat yang diingini tidak mungkin dapat dicapai. Menggunakan Teknik Mencita-Citakan Kejayaan membolehkan seseorang atau kumpulan bertanggungjawab mencapai sesuatu matlamat.

TEKNIK TOC 3

Teknik Teknik Mencita-Citakan Kejayaan (AT) juga dapat membina semangat berkumpulan untuk mencapai kejayaan melalui motivasi dan kemahiran perancangan strategik yang melibatkan persetujuan ahli kumpulan. Mencita-citakan kejayaan diperlukan pada situasi atau keadaan di mana semua ahli kumpulan bersetuju tentang matlamat yang relevan. MATLAMAT LANGKAH PENTING

CABARAN

KEUTAMAAN

Langkah-Langkah 1. Mengenal pasti matlamat yang diingini 2. Mengenalpasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum matlamat itu boleh dicapai 3. Cadangkan langkah penting dan cara bagaimana cabaran-cabaran ini boleh diatasi 4. Susunkan cara-cara menghadapi cabaran-cabaran mengikut keutamaan. 5. Berikan langkah-langkah sesuai yang boleh diambil untuk menangani cabaran itu INGATAN: Setiap cabaran perlu diatasi sebelum pencapaian matlamat yang diidamkan. Sekiranya cabaran itu tidak dapat diatasi, kita sukar boleh mencita-citakan kejayaan

8-33

Modul 8 Tajuk 4 CONTOH TUGASAN-TUGASAN MINGGU KEDUA MINGGU ORIENTASI Matlamat: KELAS SAYA YANG BERSIH DAN CERIA

1.

Tugasan Susun-Atur Bincang dan rancang di mana letaknya ini:Perabot Alat-alat tulis Buku-buku

2.

Tugasan Diri dan Kawan Saya Hasil lukisan Diri dan Kawan Saya dikutip dan dipilih untuk pameran

3.

Tugasan Persekitaran Berbincang tentang perhiasan dan di mana letak bahan yang sedia ada

4.

Tugasan Kolaboratif Bersama kawan, lukis gambar untuk dipamerkan di Sudut Seni Lukis

8-34

MENCITA-CITAKAN KEJAYAAN
Pada Minggu Kedua penggal persekolahan pertama, murid Tahun Satu digalakkan berinteraksi dan bekerjasama menentukan satu matlamat yang perlu dicapai dengan cara kolaboratif. Teknik Mencita-citakan Kejayaan digunakan oleh murid pada Minggu Kedua dan matlamat yang ditetapkan ialah KELAS SAYA YANG BERSIH DAN CERIA. Tugasan yang menggunakan teknik perancangan strategik ini akan memupuk sikap bertanggungjawab dan membina semangat pembinaan pasukan yang bermotivasi serta kemahiran perancangan strategik. Semua sekolah rendah digalakkan menjalankan aktiviti ini bagi murid Tahun Satu. Di bawah ini adalah contoh usaha murid Tahun Satu yang menggunakan teknik TOC Mencita-citakan Kejayaan bagi mewujudkan KELAS SAYA YANG BERSIH DAN CERIA. Matlamat : KELAS SAYA YANG BERSIH DAN CERIA. Murid Tahun Satu menggunakan Teknik Mencita-citakan Kejayaan di Sek.Ren Sungai Bakau, Nibong Tebal, Pulau Pinang Matlamat :
KELAS SAYA YANG BERSIH DAN CERIA.

Murid Tahun Satu menggunakan Teknik Mencita-citakan Kejayaan di Sek.Ren Permatang Badak, Kuantan, Pahang,

Guru membantu murid dengan menyediakan kad gambar bagi cabaran-cabaran yang akan dihadapi. Murid melukis, menulis atau menggunakan symbol bagi menerangkan cabaran yang dilihat sebagai masalah bagi mencapai matlamat.
Kursus Orientasi Prasekolah ke Tahun Satu Concorde Inn, Sepang, Selangor, Malaysia Oktober 2000.

8-35

Guru dan murid menyeranaikan cabaran-cabaran yang dihadapi semasa berusaha mencapai matlamat dan memberi langkah-langkah penting untuk setiap cabaran. Guru dan murid mengutamakan langkah-langkah yang perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum sesuatu yang lain dapat dicapai. Guru membantu murid menentukan tugasan-tugasan yang sesuai bagi mengatasi masalah.
Hasil kerja murid Tahun Satu Shahuddin (7 tahun) dari Sek.Ren.Sungai Bakau, Pulau Pinang pada Minggu Kedua (Januari 2001)

8-36

Hasil kerja murid Tahun Satu dari Sek.Ren. Permatang Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Minggu Kedua (Januari 2001)

8-37

MODUL 9 DINAMIKA KUMPULAN DAN PEMBINAAN PASUKAN

Tajuk 1

Perkara Dinamika Kumpulan

Bil 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

Perincian Set Induksi Mengenali Rakan Berinteraksi dalam kumpulan


Pembinaan kumpulan

Melantik ketua kumpulan


Penutup Pengukuhan pasukan Mewarna Bendera Jalur Gemilang

Pembinaan Pasukan

2.1 2.2

DINAMIKA KUMPULAN DAN PEMBINAAN PASUKAN

Dinamika Kumpulan merupakan satu aktiviti awal yang bertujuan untuk memecahkan rasa malu dan segan di kalangan murid-murid baru dari pelbagai latar belakang dan persekitaran. Di samping itu aktiviti ini juga membolehkan kanak-kanak mengenali antara satu dengan lain dalam masa yang singkat. Pembinaan Pasukan ialah aktiviti yang dijalankan selepas aktiviti dinamika kumpulan. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak dipupuk untuk meningkatkan semangat bekerja dan berinteraksi dalam kumpulan sebagai persediaan untuk aktiviti pembelajaran seterusnya.

Tajuk I DINAMIKA KUMPULAN


1.1 Set Induksi
5 minit

Tujuan
Menyediakan minda pelajar (mind set ) untuk aktiviti seterusnya.

LANGKAH-LANGKAH
1. Guru mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan semua murid yang berjaya masuk ke Tahun Satu di Sekolah ini. 2. Guru juga memberi pujian kepada semua murid kerana berpakaian kemas dan cantik. 3. Guru meminta semua murid memberikan tepukan bergemuruh untuk diri sendiri di atas kejayaan semua.
Pengetahuan guru tentang kelebihan murid-murid seperti potensi, bakat, sahsiah, ketrampilan diri, kekemasan pakaian untuk di beri pujian individu. Guru digalakkan juga mengajar murid melakukan tepukan bersatu atau tepukan bersambut. Masa aktiviti dijalankan semua guru tahun satu hendaklah ada bersama

9-1

Tajuk I

DINAMIKA KUMPULAN
1.2 Mengenali Rakan

Tujuan
Murid dapat mengenali rakan baru dan merapatkan hubungan mesra antara mereka dalam masa yang singkat.

LANGKAH-LANGKAH
1. Beri setiap murid satu belon pelbagai warna dan minta mereka meniup dan mengikatnya dengan benang. Minta murid berkumpul dalam kumpulan mengikut warna belon. Selepas berkumpul murid-murid dikehendaki berkenalan dengan rakan baru mereka melalui sebutan nama ringkas sambil bersalaman.

2. 3.

Bahan :Belon pelbagai warna dan benang

1.

Guru mengawasi dan membantu murid sewaktu aktiviti berjalan. Murid digalakkan membantu kawan untuk meniup dan mengikat belon. Semasa arahan diberikan, beri jangka masa yang singkat agar mereka dapat bergerak dengan pantas. Galakkan murid berjumpa dengan rakan yang belum dikenali. Murid digalakkan mengingat nama kawankawan baru.

2.

Contoh :
4.

Saya Fadhil
3.

Guru bertanyakan kepada murid mengapa kita perlu mengenali nama kawan-kawan melalui soalan-soalan ringkas. Contoh Soalan :

a. b. c.

Seronok tak kalau orang panggil nama yang betul? Apa rasa kalau orang main-mainkan nama kita? Mana seronok, ada ramai kawan atau sedikit kawan?

4.

5.

9-2

Tajuk I DINAMIKA KUMPULAN


1.3 Berinteraksi dalam kumpulan
20 minit

Tujuan
Murid dapat mengurangkan rasa malu dan bimbang semasa berinteraksi dengan rakan-rakan baru dari pelbagai latar belakang.

LANGKAH-LANGKAH
1. Beri setiap murid sekeping gambar binatang seperti gambar kucing, ayam, burung, itik, harimau, kambing dan lain-lain. Kemudian mereka dikehendaki melakonkan bunyi binatang tersebut sambil mengajuk pergerakan binatang bergerak di merata tempat. Murid-murid berkumpul dalam kumpulan mengikut bunyi binatang-binatang tersebut. Murid berkenalan dengan rakan baru dengan menyebut nama dan satu sifat baik. Contoh : Saya Liza Saya rajin 5. Setiap kumpulan diminta mencari apakah makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut (ikut nama kumpulan ) Guru menyanyikan lagu haiwan bersama dengan murid-murid
1. Guru digalakkan membuat demontrasi bunyi binatang agar difahami oleh murid. Setiap pergerakan murid perlu diawasi oleh guru. Guru digalakkan menyanyikan dahulu lagu tersebut. Murid yang enggan bekerjasama, minta mereka duduk dan memerhati. Sekali-sekali fasilitator tanyakan samada ia mahu turut serta atau tidak. SENIKATA LAGU BUNYI HAIWAN Saya ayam kok, kok, kok, kok.... Saya itik pak,... pak,... pak, ... Saya burung pit, ... pit,... pit,... pit,...

2.

2.

3.

3.

4.

4.

6.

Kami bunyi kok, kok, kok, kok.... pak,... pak,... pak, ... pit, ... pit,... pit,... pit,

9-3

Tajuk I DINAMIKA KUMPULAN


1.4 Pembinaan kumpulan
30 minit

Tujuan
Memupuk nilai-nilai murni dan semangat bekerjasama di kalangan murid.

LANGKAH-LANGKAH
1. Beri setiap murid satu nombor dan mereka dikehendaki berkumpul mengikut kumpulan nombor tersebut dan duduk dalam satu bulatan. Minta setiap murid menyebutkan dan mengingat nama kawan di sebelah kiri dan kanan. Rakan yang lain digalakkan mengingat nama setiap ahli kumpulan. Selepas itu minta mereka bertukar tempat duduk. Setiap kali bertukar tempat duduk minta mereka mengingat nama kawan di sebelah kiri dan kanan. Minta setiap kumpulan menyebutkan nombor kumpulan masing-masing dengan kuat, bersemangat dan sama. (Boleh juga adakan pertandingan menyebut nombor kumpulan ).
Berikan ganjaran kepada murid yang dapat mengigat nama semua ahli dalam kumpulan.

2.

3.

Jika hendak bentuk 5 kumpulan maka nombor mestilah antara 1 hingga 5

4.

Nombor yang diberikan mestilah sama bilangan mengikut ahli dalam kumpulan.

9-4

Tajuk I DINAMIKA KUMPULAN


1.5 Melantik ketua kumpulan

Tujuan
Murid mengetahui perlunya ada seorang ketua di dalam satu kumpulan

LANGKAH-LANGKAH
1. Murid-murid dikehendaki melantik seorang ketua kumpulan secara sukarela atau pilihan kawan-kawan. Minta mereka berbincang untuk mencari nama bagi kumpulan mereka dan kumpulan yang mendahului kumpulan lain diberi ganjaran. Fasilitator menerangkan mengapa perlu seorang ketua dalam satu-satu kumpulan.
Nama dan ahli kumpulan ini kekal hingga tamat orientasi

2.

3.

Tajuk I DINAMIKA KUMPULAN


1.6 Penutup

Tujuan
Mengeratkan lagi hubungan di antara rakan-rakan yang baru dikenali.

LANGKAH-LANGKAH
Berpegang tangan membuat bulatan sambil menyanyi . Contoh : Lagu rasa sayang hei atau Lagu-lagu di Tadika. 2. Dalam barisan, picit belakang kawan. 3. Bersalaman di antara satu sama lain.

9-5

Tajuk 2 PEMBINAAN PASUKAN


2.1 Pengukuhan Pasukan

Tujuan
1. Meningkatkan semangat kerjasama di kalangan murid. 2. Mengurangkan rasa malu di kalangan murid semasa berinteraksi dalam kumpulan 3. Untuk meningkatkan daya saing dalam diri murid-murid.

LANGKAH-LANGKAH
1. Guru mulakan perjumpaan dengan sama-sama membacakan Surah Al-Fatihah (bagi yang beragama Islam). 2. Beri pengukuhan positif kepada semua murid yang telah memberikan kerjasama menjayakan aktiviti Dinamika Kumpulan. 3. Guru menjalankan pertandingan menyebut nama kumpulan. Setiap kumpulan diminta menyebut nama kumpulan mereka (Seperti Tajuk 1.5 Langkah 2). Kumpulan yang berjaya ialah yang dapat menyebut nama kumpulan mereka secara bersama, kuat dan bersemangat. 4. Setiap kumpulan diberi tugasan menyebut nama benda maujud yang ditetapkan seberapa banyak yang boleh. CONTOH: Kumpulan 1 sebut nama buah-buahan Kumpulan 2 sebut nama kereta 5. Guru mengumumkan keputusan kumpulan yang paling banyak menyebut nama benda yang ditugaskan.
Permainan menyebut namanama : buah-buahan benda dalam kelas benda dalam rumah kereta binatang Contoh Kumpulan A menyebut nama buah-buahan. Kumpulan B menyebut nama benda dalam kelas dan seterusnya.

9-6

Tajuk 2 PEMBINAAN PASUKAN


2.1 Pengukuhan Pasukan (disambung)

LANGKAH-LANGKAH
7. Guru bertanyakan khabar secara umum dan rambang kepada murid-murid. 8. Guru memuji murid-murid yang telah menunjukkan kerjasama, kecergasan dan sebagainya.

9-7

Tajuk 2 PEMBINAAN PASUKAN


2.2 Mewarna Bendera Jalur Gemilang

Tujuan
1. Mengukuhkan pengetahuan murid tentang warna-warna Jalur Gemilang. 2. Memupuk nilai-nilai patriotik dalam diri murid-murid. 3. Memupuk daya saing dalam diri murid-murid.

LANGKAH-LANGKAH
1. Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan masingmasing. Guru menunjukkan contoh Jalur Gemilang yang sebenar di depan kelas. Guru memberi setiap kumpulan sehelai kertas yang siap dilukis gambar Jalur Gemilang. Murid-murid mewarna bendera secara bekerjasama dengan menggunakan crayon atau pensil warna Guru meminta kumpulan demi kumpulan menunjukkan hasil mereka kepada semua murid. Guru mengumumkan kumpulan yang dapat mewarnakan jalur gemilang dengan betul dan menarik. Ketua kumpulan mempamerkan hasil kumpulan di sudut lukisan Guru bebincang dengan murid mengenai: - warna dan makna - cara menghormati - cara mendaulatkan negara
Guru boleh menambah aktivit-aktiviti pembinaan pengukuhan kumpulan yang lain seperti : Pertandingan Nyanyian Kumpulan seperti lagu Kalau Rasa Gembira.. Lagu :-(If you know youre happy and you know it) Tepuk Tangan Hentak Kaki Petik Jari Tepuk Peha Sebut Hurray Dicadangkan saiz bendera yang akan di warna oleh murid adalah berukuran kad manila.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9-8

MODUL 10 PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM

Tajuk 1 2 3

Perkara Penilaian Program Transisi Penilaian Kemajuan Murid Transisi

DALAM PROGRAM TRANSISI


Panduan Penilaian Program Transisi

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM TRANSISI


Dalam pelaksanaan Program Transisi ini, penilaian terhadap program sangat diperlukan bagi dua tujuan yang utama. Pertama ialah untuk melihat keberkesanan program secara keseluruhan sama ada ia mencapai matlamat yang diharapkan atau sebaliknya. Kedua , ia bertujuan untuk mengenalpasti tahap pencapaian dan kemajuan setiap murid di dalam kelas Tahun Satu. Tujuan Yang Pertama : Pencapaian Matlamat dan Keberkesanan Program Penilaian bagi tujuan yang pertama ini menjuruskan kepada beberapa aspek seperti pihak pengurusan, guru Tahun Satu, murid Tahun Satu dan keadaan fizikal bilik darjah. Format Penilaian Program Transisi Satu format Penilaian Program Transisi telah dibina untuk kegunaan pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau Bahagian dan pihak Pengurusan Sekolah sewaktu membuat pemantauan aktiviti secara berterusan.

Status Pelaksanaan Aktiviti


Dalam borang penilaian ini terdapat dua aspek yang dilihat iaitu status pelaksanaan aktiviti melalui kriteria Ya atau Tidak.

Keberkesanan Aktiviti
Manakala bagi melihat keberkesanan aktiviti , skala Likert digunakan mengikut tahap pemarkahan : 5 4 3 2 sangat memuaskan memuaskan sederhana kurang memuaskan sangat tidak memuaskan

Tujuan Yang Kedua : Tahap Pencapaian Dan Kemajuan Murid


Satu format penilaian tahap pencapaian dan kemajuan murid dibina bagi kegunaan guru kelas Tahun Satu. Penilaian dibuat menggunakan skala Likert mengikut skala keberkesanan seperti : 5 4 3 2 1 sangat memuaskan memuaskan sederhana kurang memuaskan sangat tidak memuaskan

Kriteria Penilaian
Bagi tujuan kedua, criteria penilaian melihat kepada aspek penyesuaian diri murid, minat terhadap pengajaran dan pembelajaran, penguasaan kemahiran membaca, menulis, mengira dan interpersonal, keyakinan diri dan pemupukan nilai-nilai murni di kalangan murid.

10-1

Modul 10

Tajuk 1

Penilaian Program Transisi


Sekolah / Kelas :___________________ Tarikh : ____________ : ____________

Nama Guru Besar/Guru Kelas : ___________________ Masa Bil Murid Tahun 1/ Kelas : ____ L ___ P

Jumlah : ____________

Tandakan ( ) diruangan status pelaksanaan untuk kategori Ya/Tidak


Bulatkan nombor di skala Keberkesanan aktiviti mengikut skala berikut : 5 4 3 2 1 Bil. : : : : : Perkara Sangat Memuaskan. Memuaskan. Sederhana. Kurang Memuaskan. Sangat Tidak Memuaskan Status Pelaksanaan Ya Tidak 5 5 5 4 4 4 3 3 3 2 2 2 1 1 1 Keberkesanan Catatan

1. 1.1 1.2 1.3

Pengurusan (10 Item) Kertas Cadangan. J/Kuasa Induk/Kerja. Taklimat untuk Guru/ kakitangan. Pelaksanaan aktiviti Pendaftaran. Taklimat ibu/bapa/penjaga. Perancangan aktiviti selepas minggu orientasi.

1.4

10-2

Bil. 1.5 1.6 1.7 1.8

Perkara Pemilihan Guru Tahun Satu. Penilaian berterusan. Laporan aktiviti 3 Bulan. Kerjasama PIBG/pihak lain yang terlibat. Perkara

Status Pelaksanaan 5 5 5 5

Keberkesanan 4 4 4 4 3 3 3 3 2 2 2 2 1 1 1 1

Catatan

Bil.

Status Pelaksanaan Ya Tidak 5

Keberkesanan

Catatan

2. 2.1

Guru Tahun Satu (10 Item) Memahami Objektif Program Transisi. Memahami Kurikulum dan Budaya Prasekolah. Kesediaan memahami perbezaan murid. Kemesraan terhadap murid. Persediaan menjalankan aktiviti Transisi. Memahami teknik penyelesaian masalah. Memahami pelaksanaan aktiviti Tematik. Personaliti dan perwatakan Guru. Kerjasama dengan guru lain

2.2

2.3

2.4 2.5

5 5

4 4

3 3

2 2

1 1

2.6

2.7

2.8

5 5

4 4

3 3

2 2

1 1

2.9

2.10 Usaha meningkatkan kemahiran

10-3

Bil 3. 3.1 3.2

Perkara Murid (23 Item) Penyesuaian diri dengan kawan-kawan guru persekitaran dalam kelas Minat terhadap aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Penguasaan kemahiran : Pratulisan Prabacaan Pranombor Prawarna Kemahiran berkomunikasi Berinteraksi murid dengan rakan Berbual murid dengan guru menyanyi Murid mempunyai keyakinan diri. 3.6 3.7 Pemupukan nilai murni.

Status Pelaksanaan Ya Tidak

Keberkesanan

Catatan

5 5 5 5

4 4 4 4

3 3 3 3

2 2 2 2

1 1 1 1

3.3 3.4 3.5

5 5 5 5

4 4 4 4

3 3 3 3

2 2 2 2

1 1 1 1

5 5 5 5

4 4 4 4

3 3 3 3

2 2 2 2

1 1 1 1

Kemajuan Murid Dalam Pendekatan Tematik 5 4 3 2 1

Mengambil bahagian secara aktif Berani mencuba sesuatu Menunjukkan minat ingin tahu Mampu mencari maklumat sendiri Penerokaan melalui deria

5 5 5 5

4 4 4 4

3 3 3 3

2 2 2 2

1 1 1 1

10-4

Bil

Perkara 3.8 Perkembangan Sosio-Emosi Bertanggungjawab di atas tingkah laku sendiri Bekerjasama dalam penyelesaian masalah Mampu menghadapi konflik kehidupan harian yang mudah Mampu membuat keputusan sendiri Sentiasa nampak ceria dan gembira Perkara Fizikal (7 item) 4.1 4.2 4.3 Lokasi bilik darjah. Keceriaan bilik darjah. Pemilihan dan susunan perabot. Penggunaan ruang / sudut Keceriaan luar bilik darjah. 4.6 Hasil kerja murid 4.7 Ada kesungguhan/kreativiti

Status Pelaksanaan

Keberkesanan

Catatan

Bil. 4.

Status Pelaksanaan

Keberkesanan

Catatan

5 5 5

4 4 4

3 3 3

2 2 2

1 1 1

4.4 4.5

5 5 5 5

4 4 4 4

3 3 3 3

2 2 2 2

1 1 1 1

10-5

Ulasan Pegawai Penilai: __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________

_______________________

Tanda tangan dan nama pegawai penilai.

Catatan : Cadangan penilaian dibuat sekurang-kurangnya 2 kali di sepanjang tempoh program tansisi

10-6

Modul 10

Tajuk 2 PENILAIAN KEMAJUAN MURID DALAM PROGRAM TRANSISI

Nama Murid

______________________________ ______________________________ ____________ L ___________ P

Tarikh : ________ Masa : ________

Nama Guru Kelas :

Bil Murid Dalam Kelas :

Jumlah : ________

Bulatkan nombor di skala keberkesanan aktiviti mengikut skala berikut : 5 4 3 2 1 Bil 1. : : : : : Sangat Memuaskan. Memuaskan. Sederhana. Kurang Memuaskan. Sangat Tidak Memuaskan Skala Keberkesanan 5 5 5 5 4 4 4 4 3 3 3 3 2 2 2 2 1 1 1 1 Catatan

Perkara Penyesuaian diri dengan kawan-kawan guru / kakitangan persekitaran dalam kelas Minat terhadap aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Penguasaan kemahiran : Pratulisan Prabacaan Pranombor Mewarna Kemahiran Interpersonal berinteraksi menyanyi Murid mempunyai keyakinan diri. Pemupukan nilai murni.

2.

3.

5 5 5 5

4 4 4 4

3 3 3 3

2 2 2 2

1 1 1 1

5 5 5 5

4 4 4 4

3 3 3 3

2 2 2 2

1 1 1 1

5. 6.

10-7

Bil 7.

Perkara Kemajuan Murid Dalam Pendekatan Tematik Mengambil bahagian secara aktif Berani mencuba sesuatu Menunjukkan minat ingin tahu Mampu mencari maklumat sendiri Penerokaan melalui deria 5

Skala Keberkesanan

Catatan

5 5 5

4 4 4

3 3 3

2 2 2

1 1 1

8.

Perkembangan Sosio-Emosi Bertanggungjawab di atas tingkah laku sendiri Bekerjasama dalam penyelesaian masalah Mampu menghadapi konflik kehidupan harian yang mudah Mampu membuat keputusan sendiri Sentiasa nampak ceria dan gembira 5 4 3 2 1

9. 10.

Perkembangan Kemahiran Berfikir Perkembangan Kemahiran Berkomunikasi Menjalankan kerja dan tugasan dengan cara sistematik dan terancang

5 5

4 4

3 3

2 2

1 1

11.

10-8

Ulasan Guru :

----------------------------------------Tandatangan Guru Kelas :

Tarikh:

10-9

Modul 10 Tajuk 3 PANDUAN PENILAIAN PROGRAM TRANSISI


Penilaian Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu terbahagi kepada tiga bahagian:Bahagian pertama: Bahagian kedua: Bahagian ketiga: melihat status pelaksanaan aktiviti. melihat keberkesanan hasil dari pelaksanaan aktiviti melihat perkembangan potensi pencapaian setiap murid hasil daripada aktiviti yang telah dijalankan.

Penilaian bahagian pertama dan kedua boleh digunakan oleh pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian atau Daerah dan pihak Pengurusan Sekolah. Bahagian ketiga pula boleh digunakan oleh Guru Kelas Tahun Satu untuk menilai potensi pencapaian murid sepanjang program berjalan.

PENILAIAN UNTUK BAHAGIAN PERTAMA :


Dalam bahagian pertama kaedah yang digunakan cuma dengan menandakan tanda ( / ) di ruangan Ya atau Tidak. Dalam bahagian ini terdapat empat bahagian yang dilihat pelaksanaannya iaitu bahagian Pengurusan, Guru Tahun Satu, Murid dan Fizikal Bilik Darjah. Dari sini kesemuanya mempunyai 50 item yang dilihat iaitu 10 dari bahagian Pengurusan, 10 dari bahagian guru Tahun Satu, 23 dari bahagian Murid Tahun Satu dan 7 dari bahagian Fizikal Bilik Darjah. Setiap item yang ditanda (Ya) oleh penilai, 2 markah diberikan. Ini bermakna 50 item bersamaan 100 markah. Tiada markah untuk item yang ditandakan (Tidak) Untuk melihat status pelaksanaan aktiviti pula dilihat melalui jumlah markah yang diperolehi mengikut skala berikut :

Markah
80 - 100 markah 60 - 79 markah 40 - 59 markah 20 - 39 markah 0 - 19 markah : : : : :

Tahap Pelaksanaan
Cemerlang Baik Sederhana Sederhana Lemah Lemah (E)

Kategori
(A) (B) (C) (D)

Sebagai bahan perbincangan, Penilai bolehlah melihat dari aspek pencapaian tahap pelaksanaan dan kategori yang diperolehi. Cadangan untuk memperbaiki status pelaksanan juga boleh dilihat melalui item-item yang tidak ditandakan untuk diberi perhatian dan tindakan selanjutnya.

10-10

Modul 10 Tajuk 3 PENILAIAN UNTUK BAHAGIAN KEDUA :


Dalam bahagian kedua kaedah skala likert digunakan untuk menilai keberkesanan aktiviti. Penilai dikehendaki membulatkan nombor berdasarkan penilaian yang diberikan mengikut seperti berikut : SKALA 5 : 4 : 3 : 2 : 1 :

Sangat Memuaskan Memuaskan Sederhana Kurang memuaskan Sangat tidak memuaskan

Bahagian ini mempunyai 50 item untuk dinilai. 10 dari bahagian Pengurusan, 10 dari Guru Tahun Satu, 23 dari Murid-murid Tahun Satu dan 7 dari bahagian Fizikal Bilik Darjah. Untuk menentukan tahap keberkesanan aktiviti, Penilai bolehlah menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara dalam membuat pemerhatian dan perbincangan berdasarkan Panduan Kriteria Penilaian Mengikut Item di setiap bahagian untuk menentukan pencapaiannya sama ada di tahap sangat memuaskan, memuaskan, sederhana, kurang memuaskan atau sangat tidak memuaskan. Aktiviti-aktiviti yang ada seperti di panduan digabungkan dengan kebijaksanaan dan budi bicara penilai melalui pemerhatian dan perbincangan, bolehlah dipertimbangkan untuk skala nombor 5 dan begitulah seterusnya. Status keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan dilihat melalui peratusan (%) bagi setiap skala yang dibulatkan. Peratusan(%) ini dikira melalui jumlah skala yang dibulatkan dibahagi dengan keseluruhan item (40) dan didarabkan dengan 100. Contoh , jika skala 5 ditanda sebanyak 40 oleh Penilai bermakna : 40 X 100 50 = 80 %

Dari sini % yang tinggi bagi skala 5 (sangat memuaskan) bererti keberkesanannya sangat memuaskan. Jika % yang tinggi bagi skala 1 (sangat tidak memuaskan) bermakna keberkesananya sangat tidak memuaskan. Sebagai bahan perbincangan, Penilai boleh melihat aspek atau item mana yang perlu di pertingkatkan melalui skala yang dibulatkan sama ada 1, 2 atau 3.

10-11

Modul 10 Tajuk 3 PENILAIAN UNTUK BAHAGIAN KETIGA


Dalam bahagian ketiga kaedah skala likert juga digunakan untuk menilai keberkesanan aktiviti. Penilai dikehendaki membulatkan nombor berdasarkan penilaian yang diberikan mengikut seperti berikut : SKALA 5 : Sangat Memuaskan 4 : Memuaskan 3 : Sederhana 2 : Kurang memuaskan 1 : Sangat tidak memuaskan Bahagian ini mempunyai 12 item untuk dinilai. Semuanya untuk melihat pencapaian setiap murid selepas aktiviti dijalankan. Status pencapaian murid ini dilihat melalui peratusan (%) keberkesanan setiap item yang dinilai. Peratusan (%) keberkesanan ini dikira dengan melihat jumlah skala yang yang dibulatkan dibahagi dengan keseluruhan item (25) dan didarabkan dengan 100. Contoh : jika Pelajar A mendapat 10 untuk skala 5 bermakna; 20 X 100 25 = 80.00%

Sebagai panduan, para penilai atau guru kelas boleh mengesan kategori murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan yang masih memerlukan perhatian melalui % keberkesanan pelajar ini secara keseluruhan atau mengikut aspek atau item yang ada.

PANDUAN KRITERIA PENILAIAN MENGIKUT ITEM


1.

Bahagian Pengurusan (10 item) :


1.1 Kertas Cadangan - ada kandungan seperti: i. Tajuk, Pengenalan, Objektif, J/Kuasa, Tarikh dan tempat pelaksanaan. ii. Perancangan aktiviti, pelan bertindak, personalia yang terlibat iii. Kewangan - sumber dan perbelanjaan 1.2 Jawatan Kuasa Induk / Kerja Penasihat, Pengerusi, Naib/Timbalan, Setiausaha ( guru Tahun Satu ), Bendahari, Ahli Jawatan Kuasa - bidang tugas masing-masing. Melibatkan semua guru di sekolah-guru Tahun Satu, panitia mata pelajaran dan sebagainya

1.3

Taklimat Untuk Guru / Kakitangan - Melibatkan semua guru dan kakitangan - Personalia yang menyampaikan taklimat - sepatutnya guru besar atau guru kanan dengan bantuan guru Tahun Satu - Persediaan dan bahan edaran.

10-12

Modul 10 Tajuk 3

1.4

Pelaksanaan aktiviti Pendaftaran


- Penubuhan AJK. kerja - Persediaan yang terancang - jemputan, tempat, peralatan, kebersihan, sambutan. - Aktiviti khas yang sesuai untuk ibu bapa dan murid.

Taklimat Ibu Bapa / Penjaga Penglibatan ibu bapa - kehadiran Personalia yang memberi taklimat Persediaan tempat dan peralatan penyampaian Bahan Edaran Kerjasama ibubapa / penjaga membantu aktiviti

Perancangan Aktiviti selepas Minggu Orientasi Perancangan aktiviti Personalia yang terlibat Penyediaan bahan mengikut tahap pencapaian murid Aktiviti penilaian

1.5

Pemilihan Guru Tahun Satu


Cara pemilihan yang digunakan Atas dasar sukarela dan minat Komitmen guru terhadap aktiviti Persiapan yang disediakan Kerjasama dengan guru lain

1.6

Penilaian Berterusan
Penilaian terhadap pelajar Penilaian terhadap aktiviti Penilaian terhadap keberkesanan aktiviti Sekurang-kurangnya 2 kali

1.7

Laporan Aktiviti 3 Bulan

- Disediakan dan dihantarkan untuk Sekolah, PPD. dan JPN. - Kandungan laporan - keberkesanan aktiviti, kelemahan, penglibatan dan tahap pencapaian murid, tindakan susulan.

10-13

Modul 10 Tajuk 3 1.8 Kerjasama dengan PIBG / Pihak lain yang terlibat

- Bentuk sokongan PIBG / pihak lain - Penglibatan PIBG dalam perancangan & pelaksanaan aktiviti

2.

Bahagian Guru Tahun Satu (10 Item): 2.1 Memahami Objektif Program Transisi
Memahami tujuan pelaksanaan program Memahami tujuan pelaksanaan setiap aktiviti Memahami tujuan keceriaan kelas Memahami tujuan hubungan mesra dengan semua pihak yang terlibat termasuk kanak-kanak

2.2

Memahami Kurikulum dan Budaya Prasekolah


Ada kesinambungan aktiviti dari Prasekolah Tahu cara menceria dan kedudukan perabot di kelas Dapat membina hubungan mesra dengan murid-murid Faham corak pengajaran bertema, gabungjalin dan main sambil belajar

2.3
-

Kesediaan Memahami Perbezaan Murid


Ada cara membina hubungan dengan murid yang berbeza Penggunaan pendekatan kasih sayang dengan murid Ada unsur-unsur kemahiran melayan Menggunakan pelbagai teknik melayan kerenah murid

2.4

Kemesraan Terhadap Murid


Ada sentuhan dan pujian Penglibatan semua murid dalam aktiviti Mempunyai pelbagai kaedah melayan Suara yang menyenangkan dalam percakapan dan teguran Riaksi riang, menyeronokkan di kalangan murid

10-14

Modul 10 Tajuk 3 2.5


-

Persediaan Menjalankan Aktiviti Transisi


Perancangan awal setiap aktiviti Pemilihan aktiviti yang bersesuaian dengan pencapaian murid Alat bantu yang bersesuaian dan menarik Pemilihan tempat yang sesuai Bantuan rakan sekerja

2.6

Memahami Teknik Penyelesaian Masalah dan Teknik TOC


Mengetahui beberapa teknik penyelesaian masalah Tahu menggunakan pendekatan 'TOC' - Teknik Awan, Sebab dan Akibat, Mencita-citakan Kejayaan dan lain-lain Menggunakan teknik yang difahami dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

2.7
-

Memahami Pelaksanaan Aktiviti Tematik


Memahami maksud dan matlamat pengajaran bertema Mengetahui tahap pendekatan tematik - tahap pemilihan tema, penerokaan tema dan pelaksanaan. Keseragaman dengan guru mata pelajaran yang lain Menyediakan tema tertentu mengikut minggu

2.8
-

Personaliti dan Penampilan Guru


Kesesuaian pemilihan pakaian yang dipakai Kekemasan guru Keceriaan perwatakan guru Penampilan keseluruhan

2.9
-

Kerjasama dengan guru yang lain


Dapat dilihat bantuan dari rakan-rakan lain dalam pengajaran, bahan dan persiapan kelas.

2.10
-

Usaha meningkatkan kemahiran


Ada perbincangan dengan pihak pengurusan dan rakan dari sekolah lain melalui pembacaan.

10-15

Modul 10 Tajuk 3 3. Bahagian Murid-Murid Tahun Satu (23 Item) : 3.1 Penyesuaian Diri Penyesuaian diri dengan kawan
-

Corak perhubungan dengan kawan-kawan Cara murid menghormati kawan-kawan lain Mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap situasi

Penyesuaian diri dengan guru


Corak perhubungan dengan guru Cara murid menghormati guru Mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap situasi

Penyesuaian diri dengan persekitaran kelas


Cara memelihara persekitaran kelas yang ceria Cara murid menjaga menghayati kebersihan dan keceriaan kelas Mengamalkan nilai-nilai murni dalam penggunaan setiap alat dan sudut

3.2
-

Minat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Murid-murid nampak ceria, seronok dan gembira dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa aktif dan terkawal Mematuhi arahan guru dalam setiap aktiviti Melakukan aktiviti dengan penuh bersungguh-sungguh Melihatkan kerjasama di antara murid Saling bantu membantu dalam keadaan-keadaan tertentu

3.3

Penguasaan Kemahiran
Pratulisan Dapat menggunakan kemahiran motor halus memegang pensil, menulis dengan arahan, menyambung titik-titik hingga membentuk huruf, dapat menulis huruf atau perkataan dengan baik Dapat menuliskan beberapa perkataan atau ayat-ayat mudah - Dapat membaca ayat-ayat mudah

Prabacaan
-

Dapat mengenal dan menyebut huruf atau nombor yang awal Dapat menyambungkan huruf menjadi perkataan Dapat membaca perkataan-perkatan mudah

10-16

Modul 10 Tajuk 3 Pranombor


Dapat mengawal dan menyebut nombor 1 digit Dapat menyambungkan titik nombor

Mewarna
-

3.4

Dapat mengenal warna-warna asas Dapat mempelbagaikan warna dalam aktiviti yang diberikan Mampu mewarnakan gambar dalam ruangan yang disediakan

Kemahiran Berkomunikasi Berinteraksi dengan rakan


Berinteraksi dalam keadaan yang menyeronokkan Tidak menimbulkan kemarahan kawan yang lain Bermain dengan kawan-kawan

Berinteraksi dengan guru


Berinteraksi dalam keadaan yang menyeronokkan Tingkah laku tidak timbulkan kemarahan guru Dapat mengikut arahan-arahan yang diberikan Membantu guru di situasi-situasi yang tertentu

Penglibatan dengan aktiviti menyanyi


Dapat sama-sama terlibat dalam aktiviti nyanyian Dapat menggayakan senikata dengan perbuatan Sama-sama menampakkan kegembiraan bersama kawan

3.5
-

Keyakinan diri
Berani tampil ke hadapan untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti Boleh membantu guru dan rakan tanpa diberi arahan Dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan baik dan berkesan Sentiasa awal dan mendahului kawan-kawan yang lain Semangat berlumba-lumba dalam menyiapkan sesuatu aktiviti

3.6

Pemupukan nilai murni


Sentiasa mengucapkan salam kepada guru-guru atau kawan- kawan Sentiasa mengucapkan terima kasih Menghormati harta kawan-kawan Bersalam dengan guru sewaktu sampai dan balik Tidak berebut-rebut ketika membeli barangan Berbaris dengan baik sewaktu di perhimpunan, ketika masuk kelas atau bergerak ke sesuatu tempat

10-17

Modul 10 Tajuk 3 3.7 Kemajuan Murid Dalam Pendekatan Tematik Mengambil bahagian secara aktif
mengikut arahan dari masa ke semasa cepat melakukan sesuatu aktiviti memberi sumbangan idea dan tenaga dalam aktiviti berkumpulan seronok dalam pembelajaran

Berani mencuba sesuatu


tidak teragak-agak dalam sesuatu aktiviti terus melakukan sesuatu yang diminta

Menunjukkan minat ingin tahu


selalu bertanya dalam kelas menggunakan masa lapang meninjau maklumat di sudut pembelajaran sering berbincang dan bertanya kawan

Mampu mencari maklumat sendiri


sering melawat sudut-sudut pembelajaran selalu meneroka dengan deria tidak banyak membuang masa

Penerokaan melalui deria


mengkaji dan meneroka menggunakan deria melihat, mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh Mengambil bahagian secara aktif Berani mencuba sesuatu Menunjukkan minat ingin tahu Mampu mencari maklumat sendiri Penerokaan melalui deria

3.8

Perkembangan Sosio-Emosi Bertanggungjawab di atas tingkah laku sendiri


berani mengaku kesilapan / kesalahan sanggup meminta maaf sedia menerima teguran guru dan rakan

Bekerjasama dalam penyelesaian masalah


bekerja dalam kumpulan bersetuju dengan keputusan bersama bersama menjalankan sesuatu tugasan

10-18

Modul 10 Tajuk 3 Mampu menghadapi konflik yang mudah


tidak menganggu kawan boleh berbincang dengan guru mampu menegur tingkahlaku kawan sanggup membantu kawan

Mampu membuat keputusan sendiri


tekun membuat aktiviti individu berani memohon kebenaran keluar kelas membuat aktiviti 3M dengan sendiri

Sentiasa nampak ceria dan gembira


mudah senyum mudah ketawa aktif terkawal melibatkan diri dalam aktiviti kelas

4. Bahagian Fizikal Bilik Darjah 4.1

(7 Item)

Lokasi bilik darjah


Kedudukan bilik darjah yang sesuai - tidak jauh dari kelas lain, tidak terlalu hampir dengan jalan, sungai atau pintu pagar sekolah.

4.2
-

Keceriaan bilik darjah


Kebersihan setiap sudut dan ruang Pemilihan warna-warna yang menarik Mempunyai langsir yang bersih dan menarik Pameran bahan-bahan hasil kerja murid Susunan bahan bantu mengajar di setiap sudut Kebersihan dan keceriaan kerusi meja yang menarik Mempunyai ruang untuk aktiviti-aktiviti kumpulan kecil Pandangan keseluruhan yang menarik dari sudut pandangan kanak-kanak

4.3
-

Pemilihan dan susunan perabot


Saiz kerusi meja dan perabot yang bersesuaian Bilangan kerusi meja dan perabot yang mencukupi Susunan kerusi meja ikut kumpulan Susunan perabot-perabot lain yang kemas dan teratur

10-19

Modul 10 Tajuk 3 4.4 Penggunaan ruang / sudut


Mempunyai susunan sudut-sudut mata pelajaran yang teratur Ada ruang aktiviti bacaan individu Ada ruang untuk aktiviti kumpulan besar Ada sudut-sudut untuk aktiviti kumpulan kecil Penggunaan ruang atau sudut sepenuhnya

4.5
-

Keceriaan Luar Bilik Darjah


Dinding luar yang bersih dan menarik Mempunyai rak kasut (jika murid diminta menanggalkan kasut sebelum masuk ke kelas) Susunan kasut yang memudahkan murid untuk memakai dan mengenali kasut merka Ada sudut bacaan atau aktiviti murid sewaktu rehat

4.6

Hasil Kerja Murid

- Terdapat hasil kerja murid dipamerkan di sudut-sudut matapelajaran - Hasil kerja itu silih berganti

4.7

Ada Kesungguhan/ Kreativiti

- Secara keseluruhan nampak kesungguhan dan kreativiti dalam pengurusan fizikal bilik darjah

10-20

MODUL 11 PERANCANGAN STRATEGIK : PROGRAM TRANSISI

Tajuk 1 2 3 4

Perkara Sumber Kewangan Sumber Tenaga Perancangan Menyeluruh Pelan Tindakan Utama

PERANCANGAN PROGRAM

Beberapa pertimbangan penting perlu diambil kira sebelum pelaksanaan Program Transisi secara menyeluruh pada tahun 2001. Antara pertimbangan tersebut ialah dari aspek : Sumber Kewangan Sumber Tenaga Perancangan Menyeluruh Pelan Tindakan Utama

Tajuk 1 Sumber Kewangan


Pada peringkat awal, satu peruntukan khas telah disediakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti persiapan awal seperti mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil Bahagian Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan negeri, Guru-guru Besar, Guru-guru Tahun Satu, Guru-guru Prasekolah dan pihak swasta bagi mendapatkan input-input yang diperlukan. Ini diteruskan dengan mesyuarat pembinaan dan pemurniaan Manual dan Kit Program Transisi. Sebelum manual dan kit ini disebarluaskan, dengan sumber kewangan yang ada, satu kajian rintis terhadap enam buah sekolah telah dijalankan. Latihan khas juga diberikan kepada semua kakitangan sumber peringkat negeri dan daerah sebelum pelaksanaan secara menyeluruh dijalankan pada awal 2001. Untuk perancangan seterusnya, adalah diharapkan agar pihak Jabatan Pendidikan Negeri dapat membuat perancangan awal dengan mengambil kira aktiviti Program Transisi ini dalam penyediaan peruntukan latihan bagi setiap negeri untuk tahun-tahun seterusnya. Begitu juga dengan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat menjadikan aktiviti Program Transisi ini sebagai salah satu aktiviti dalam panitia mata pelajaran agar keperluan kewangan dan bahanbahan dapat disalurkan melalui peruntukan yang sedia ada.

11-1

Tajuk 2 Sumber Tenaga

Kejayaan pelaksanaan Program Transisi ini juga banyak bergantung kepada kepakaran sumber tenaga di peringkat negeri, bahagian, daerah dan sekolah. Dalam hal ini satu jaringan kumpulan tenaga pakar telah dibina untuk setiap peringkat yang ditetapkan. Di peringkat negeri, seramai empat orang personalia yang terdiri daripada seorang Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, seorang Guru Besar, seorang Guru Penolong Kanan dan seorang Guru Tahun Satu telah dilatih oleh Pusat Perkembangan Kurikulum selama lima hari empat malam. Adalah diharapkan selepas latihan yang diberikan pihak Jabatan Pendidikan negeri pula akan dapat melatih kakitangan sumber mereka di peringkat bahagian, daerah dan sekolah masing-masing. Dengan adanya jaringan kakitangan sumber ini, pelaksanaan dan pemantauan program akan dapat dilaksanakan secara menyeluruh bagi mencapai matlamat yang diharapkan

11-2

Tajuk 3

Perancangan Menyeluruh
Perancangan yang menyeluruh oleh semua pihak yang terlibat dalam Program Transisi ini akan memastikan program ini mencapai kejayaan yang diharapkan. Antara perancangan yang perlu diberi perhatian ialah : Penglibatan jawatankuasa secara menyeluruh sama ada di peringkat negeri, bahagian, daerah dan sekolah Komitmen dan kerjasama yang jitu antara pihak pengurusan sekolah dengan semua guru di sesebuah sekolah Persediaan awal yang perlu dilakukan oleh semua guru Tahun Satu dan panitia mata pelajaran yang terlibat Perancangan dan pelaksanaan yang teratur bagi setiap peringkat sama ada di peringkat awal pelaksanaan, semasa Minggu Orientasi, semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menjuruskan kepada pendekatan tematik, main sambil belajar dan bersepadu. Latihan dan peningkatan ilmu yang berterusan untuk semua kakitangan sumber di peringkat negeri, bahagian, daerah dan sekolah Pemantauan yang berterusan untuk melihat keberkesanan dan mengesan kelemahan yang ada

Membudayakan setiap aktiviti yang dirancang agar ia sebati dengan kehidupan seharian
murid dan guru sama ada di dalam atau luar bilik darjah

11-3

Tajuk 4 Pelan Tindakan Utama


Bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar, satu Pelan Tindakan Utama sangat diperlukan agar keseragaman aktiviti dapat diteruskan. Setiap aktiviti dalam pelan ini perlu dirancang mengikut peringkat yang telah ditetapkan seperti :

Peringkat Perancangan Awal


Antara tindakan yang perlu dilakukan ialah : Penubuhan jawatankuasa di peringkat negeri, bahagian, daerah dan sekolah Mesyuarat perancangan dan pelaksanaan program di peringkat negeri, bahagian, daerah dan sekolah. Pemilihan guru Tahun Satu yang bersesuaian Mengadakan kursus perkembangan staff di peringkat sekolah Persediaan fizikal di bilik darjah Majlis pendaftaran murid dan aktiviti suaikenal Kerjasama dari pihak pengurusan Prasekolah Taklimat kepada ibu bapa murid yang akan masuk ke Tahun Satu

Aktiviti Di Minggu Orientasi


Aktiviti minggu pertama orientasi bertujuan untuk menggalakan murid-murid berinteraksi dan berkenalan antara satu dengan lain di samping mengurangkan rasa malu dan segan di kalangan mereka yang datang dari latarbelakang budaya dan sosio-ekonomi yang berbeza. Aktiviti minggu kedua orientasi bertujuan untuk meningkat dan memupuk semangat kerjasama secara kolaberatif di kalangan murid agar dapat menceriakan bilik darjah mereka sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula secara formal

11-4

Aktiviti Selepas Minggu Orientasi


Aktiviti selepas Minggu Orientasi bermula pada minggu ketiga bulan Januari hinggalah ke akhir bulan Mac. Dalam masa ini proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Penekanan hendaklah dijuruskan kepada aktiviti main sambil belajar, pengajaran bertema (tematik) dan bersepadu. Dalam masa yang sama aktiviti-aktiviti pranombor, pratulisan, prabacaan dan melukis turut diberikan perhatian. Diharapkan melalui aktiviti yang dirancang akan dapat mengesan potensi dan kelemahan murid dalam bidang-bidang tertentu.

Penilaian Program
Satu format borang penilaian telah direkabentuk bagi kegunaan semua personalia yang terlibat. Format penilaian ini boleh digunakan dengan mudah oleh semua pegawai yang bertanggungjawab dalam pemantauan program seperti Pegawai dari Kementerian, Jemaah Nazir, Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian dan Daerah serta Pihak Pengurusan Sekolah.

11-5

PENGHARGAAN Semua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Semua Jabatan Pendidikan Negeri Semua Ahli Pasukan Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu Unit Prasekolah Pusat Perkembangan Kurikulum Persatuan Tadika Malaysia

SEKOLAH CONTOH
Sekolah Kebangsaan Singkir, Bidong, Kedah Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Jeram, Perak Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh, Perak

SEKOLAH RINTIS
Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam, Selangor Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur, W. Persekutuan Sekolah Kebangsaan Dato' Shah Bandar Abu Bakar, Negeri Sembilan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ranggon, Kerteh, Terengganu Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, Kuantan, Pahang Sekolah Kebangsaan Jeram Mengkuang. Bidor, Perak

Juru Teknik Pusat Perkembangan Kurikulum


En.Che Azman Bin Yusuf En.Hamzah Bin Isa

Juru Taip Pusat Perkembangan Kurikulum


En. Johari Md. Zain Pn. Malizala Bt. Rahmat