SKIM INSURANS MURID SEKOLAH SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SIMS - S.P.A.

D) 2014

PANDUAN DAN MAKLUMAT UNTUK PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH

Dengan Kerjasama

SKIM PERLINDUNGAN INSURANS MURID SEKOLAH (S.P.A.D)
1. TUJUAN SKIM

Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada sesi pembentangan Bajet 2013, kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.), sebagai agensi pelaksana dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), mengumumkan skim perlindungan insurans murid-murid sekolah telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 dan akan berterusan sehingga 31 Disember 2014. Kerajaan amat mengambil berat akan keselamatan pelajar-pelajar sekolah yang menaiki bas ke sekolah. Justeru itu, skim insurans ini adalah suatu langkah untuk mentransformasikan industri bas sekolah, yang mana ianya disediakan bagi membantu murid-murid dan keluarga murid bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga. Skim perlindungan insurans ini melibatkan murid-murid sekolah yang bersekolah di sekolah-sekolah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia DAN menaiki/menggunakan bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) diseluruh Semenanjung dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah, Labuan dan Sarawak. Antara bentuk perlindungan insurans yang diberikan adalah yang melibatkan kematian akibat kemalangan (RM100,000), hilang keupayaan kekal (sehingga RM 100,000), bayaran perubatan sehingga RM5,000, manfaat hospital (RM150 sehari sehingga 30 hari) dan khairat kematian (RM2,500). Skim perlindungan ini juga meliputi kegunaan bas sekolah untuk aktiviti-aktiviti luar seperti rombongan, lawatan sambil belajar dan sebarang aktiviti ko-kurikulum dan kurikulum tambahan yang dilulus / dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.

PERLAKSANAAN SKIM
Skim ini disediakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dan penyertaan adalah t e r d i r i d a r i p a d a s emua murid-murid sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menaiki bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Skim ini melindungi semua jenis sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk sekolah Swasta. Murid-murid bukan warganegara Malaysia juga turut dilindungi jika bersekolah di sekolah yang berdaftar dengan KPM dan menggunakan khidmat bas sekolah dibawah kawalan SPAD.

2.1

BAYARAN
Skim ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada pihak ibubapa dan sekolah.

2

3.

SKOP PERLINDUNGAN
3.1 Skim Pelindungan Insurans Murid Sekolah - SPAD (SIMS) yang dicadangkan ini menyediakan manfaat perlindungan akibat kemalangan kepada murid atau warisnya jika ditakdirkan berlaku kematian atau keilatan akibat murid berkenaan ditimpa kemalangan, yang mana termasuk : i) iii) mati lemas, terhidu gas dan patukan ular; rusuhan dan kekacauan awam.

3.2

Amaun manfaat yang akan dibayar oleh SIMS adalah seperti berikut :

SKOP PERLINDUNGAN
A) B) C) D) D) KEMATIAN KEILATAN KEKAL, TERPISAH ATAU HILANG ANGGOTA DARI BADAN KOS PERUBATAN ELAUN HOSPITAL bagi setiap hari/maksima 30 hari KHAIRAT KEMATIAN

AMAUN (RM) 100,000 100,000 5,000 150 2,500

* Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah adalah dilindungi. * Semua Skop Manfaat Perlindungan didalam skim ini hanya terhad ketika pelajar berada didalam bas sekolah sahaja

3

3.3 3.4

Murid yang dilindungi adalah murid tingkatan enam kebawah. SIMS menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand.

4.

TEMPOH PERLINDUNGAN
Tempoh perlindungan bermula dari 1/1/2014 dan berkuatkuasa selama setahun sehingga 31/12/2014. Perlindungan ke atas seseorang murid, walau bagaimanapun, tamat secara serta merta apabila murid tersebut berhenti atau diberhentikan dari menjadi murid berdaftar di sekolah-sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.

KEKECUALIAN
5.1 Walaupun skop perlindungan SIMS adalah sangat luas, ia adalah tertakluk kepada kekecualian-kekecualian seperti berikut : (i) Sukan merbahaya seperti luncur (ski) air, polo, memburu, payung terjun, perlumbaan bermotor, tinju, gusti dan sebagainya; Perlumbaan, ujian kelajuan atau ujian am kenderaan bermotor; Keilatan atau kurang upaya yang sedia wujud; Bunuh diri, atau cubaan bunuh diri dan kecederaan yang disengajakan; Penyakit atau wabak; Pengaruh alkohol atau dadah;

(ii) (iii) (iv) (v) (vi)

(vii) Mengandung atau keguguran; (viii) Peperangan dan risiko yang seumpamanya; (ix) Aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Syariah;

6.

TUNTUTAN
6.1 Apabila berlaku kemalangan, waris atau murid-murid atau operator bas boleh memberi makluman awal melalui :Telefon :Hotline SPAD: 1800 88 7723, Hotline LPKP Sabah : 1800 88 4266, Hotline LPKP Sarawak : 1800 88 2466, Hotline Takaful : 1300-88 -25 2385 ,

4

Email :1) insurans@spad.gov.my (S.P.A.D.) 2) fms.lpkpsabah.gov.my (LPKP Sabah), 3) fms.lpkpsarawak.gov.my (LPKP Sarawak), 4) csu@takaful-malaysia.com.my atau (Takaful).

halim.mohamad@takaful-malaysia.com.my

atau surat kepada S.P.A.D./LPKP dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB)

Alamat :1) S.P.A.D: Bahagian Tuntutan Skim Insuran Murid-Murid Sekolah, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Blok D, Platinum Sentral,Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 603-2726 7000 (7317 or 7072) 2) STMB: Jabatan Perniagaan Korporat, Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Tingkat 26, Blok Annex, Menara Takaful Malaysia, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Peti Surat 11483, 50746 Kuala Lumpur. Tel: 603-2268 1984 (679 or 215) 3) LPKP Sabah: Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Tingkat 3, Blok E, Kompleks KWSP, 49, Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088 - 238244 4) LPKP Sarawak: Lot 421-422, Jalan Nanas, 93400 Kuching, Sarawak Tel: 082-412 033 1. Borang Tuntutan boleh didapatkan dari pejabat atau laman sesawang:S.P.A.D www.spad.gov.my dan Syarikat Takaful Malaysia www.takaful-malaysia.com.my. Borang tuntutan juga boleh diperolehi daripada :- Pejabat S.P.A.D, - Pejabat LPKP, dan - Semua cawangan STMB.

5

2. IbuBapa / Murid/ Penjaga mesti melengkapkan maklumat pada borang tuntutan, Lampiran A dan menyertakan segala dokumen sokongan mengikut jenis tuntutan yang diminta dengan merujuk kepada Ruangan : JENIS TUNTUTAN YANG DIKEMUKAKAN. 3. Borang dan dokumen tuntutan yang telah lengkap diisi harus dikemukakan kepada sekolah untuk tujuan pengesahan murid-murid tersebut disahkan berdaftar di sekolah berkaitan.

4. Murid atau waris boleh menghantar borang dan dokumen tuntutan terus kepada:i) ii) Jabatan Perniagaan Korporat di Ibu Pejabat Takaful Malaysia ; atau melalui cawangan-cawangan Takaful Malaysia (TMCC –Takaful myCare Centre) yang berhampiran. Kecuali negeri Perlis boleh terus ke TMCC Alor Setar atau berhampiran dengannya. Ibubapa, penjaga atau waris boleh juga menghantar kepada pejabat SPAD dan pejabat LPKP.

iii)

5. Pihak STMB akan membuat keputusan dan pembayaran akan dilakukan selewat-lewatnya 14 hari bekerja daripada tarikh penyerahan dokumen lengkap. 6. Khusus untuk pembayaran tuntutan Manfaat Hospital dan Khairat Kematian sahaja, pembayaran tuntutan segera akan dilakukan didalam tempoh 24 jam bekerja tertakluk “ Borang Kredit Terus” beserta semua dokumen tuntutan telah dilengkapkan sepenuhnya. 7. Semua Skop Manfaat Perlindungan didalam skim ini hanya terhad ketika murid berada didalam bas sekolah sahaja. 8. Pihak Sekolah akan membantu murid atau waris didalam membuat tuntutan sekiranya perlu. 9. Definisi bas sekolah yang berdaftar dengan SPAD/LPKP: i) ii) Warna Bas Sekolah ialah warna Amber. (Kaedah-Kaedah bas Sekolah (Warna dan Tanda) 1987) Warna korporat dengan kebenaran SPAD (seperti bas/van yang dibawah kelolaan sekolah-sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri,KPM).

BORANG TUNTUTAN SKIM INSURANS MURID SEKOLAH (S.P.A.D)
Dokumen Tuntutan boleh dimuat turun di laman web Syarikat Takaful Malaysia Berhad di alamat takaful-malaysia.com.my ATAU di cawangan Takafum Malaysia Berhad.

6

PANDUAN MENGISI BORANG DAN MENGEMUKAKAN TUNTUTAN TPSM
1. Sebelum mengemukakan tuntutan, IbuBapa atau Penjaga hendaklah mengisi dan memastikan semua ruangan pada borang tuntutan lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen tuntutan yang diminta oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Borang Tuntutan adalah seperti lampiran dan boleh digunakan salinan fotosat untuk Sila Rujuk Jadual A dibawah bagi memastikan setiap pihak terlibat melengkapkan dibahagian atau diruangan berkaitan.

JADUAL A : PENGISIAN DAN PERLENGKAPAN BORANG TUNTUTAN

BAHAGIAN ATAU RUANGAN BAHAGIAN 1 BAHAGIAN 2 BAHAGIAN 3 BAHAGIAN 4 BAHAGIAN 5 BAHAGIAN 6 BAHAGIAN 7 BORANG KREDIT TERUS

PIHAK YANG TERLIBAT MELENGKAPKAN BORANG PIHAK SEKOLAH            IBUBAPA / PENJAGA PIHAK S.P.A.D DOKTOR

2.

Semua Borang Tuntutan hendaklah disahkan sekolah berkenaan dengan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan sekolah terbabit. Pihak Sekolah hanya mengesahkan murid yang menuntut adalah murid yang sah berdaftar di sekolah berkenaan. dan

3.

Ibubapa atau Penjaga hendaklah memastikan ruangan diisi dan merujuk kepada jenis tuntutan yang ingin dikemukakan. Ibubapa atau Penjaga hendaklah memastikan ruangan untuk diisi oleh pihak doktor(Hospital / Klinik) telah dilengkapkan sebelum mengantar borang ke Takaful Malaysia.

4.

7

JENIS DOKUMEN TUNTUTAN 1) Kematian Akibat Kemalangan • • • • Borang Tuntutan yang diisi lengkap Laporan Polis Sijil Kematian yang disahkan Lampiran A

2) Keilatan / Lumpuh Berkekalan / Terpisah atau Hilang Anggota Badan • • • • • Melengkapkan Bahagian 6 Borang Tuntutan yang diisi lengkap Laporan Pengesahan Doktor mengenai keadaan penyakit Laporan Polis Lampiran A

3) Khairat Kematian * (24 jam bayaran tuntutan) • • • • Borang Tuntutan yang diisi lengkap Sijil Kematian yang disahkan Lampiran A Borang Kredit Terus

* Borang Kredit Terus ialah/berfungsi :*24 jam bekerja, bayaran tuntutan dijelaskan terus ke akaun *Tertakluk kepada dokumen telah dilengkapkan *Sila merujuk pada Borang Kredit Terus untuk syarat selanjutnya 4) Perbelanjaan Perubatan • • • • Borang Tuntutan yang diisi lengkap & bukti pembayaran yang asal Laporan Pengesahan Doktor mengenai keadaan pesakit Laporan Polis Lampiran A

5) Elaun Tunai Wad / Hospital • • • • • Borang Tuntutan yang diisi lengkap & bukti pembayaran. “Ward Chit”/Pengesahan Rawatan Lampiran A Borang Kredit Terus Melengkapkan di ruangan “Pengesahan Doktor Yang Merawat” di Bahagian 5

* Borang Kredit Terus ialah/berfungsi :*24 jam bekerja, bayaran tuntutan dijelaskan terus ke akaun *Tertakluk kepada dokumen telah dilengkapkan *Sila merujuk pada Borang Kredit Terus untuk syarat selanjutnya 4. Semua bayaran manfaat tuntutan akan dikeluarkan dengan cek a t a u k r e d i t t e r u s oleh STMB diatas nama pelajar, ibubapa, penjaga atau pewaris seperti tertera diatas Lampiran A dan Borang Kredit Terus.

8

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful