You are on page 1of 10

Kek Red Velvet versi kukus

Bahan kek 2 1/2 cawan tepung kek 2 sudu besar serbuk koko 1/2 cup buttercup @ potong 100g, lebihkan sedikit 2 1/2 cawan, guna tak sampai dua cawan sebab tak suka manis2 sangat 3 biji telur gred C 1 sudu teh esen vanilla 24o ml buttermilk ( kalau tak jumpa, buat sendiri ) 2 sudu besar pewarna merah _ _ _ _ saya pakai cochineal star brand 1 sudu teh cuka 1 sudu teh baking soda _ _ _ _ saya pakai baking powder + soda bikarbonat ( ni yang ada ) -_-_- butter milk -_-_240ml susu segar + 1 sudu besar cuka. Biarkan 5-10 minit. Bahan Topping + lapisan 250gm cream cheese sedikit butter gula ainsing ( ikut manis yang suka, anggaran 100g ) 1 sudu besar esen vanilla 1 sudu besar susu segar Cara- pukul kembang semua bahan, boleh juga tambah jus lemon kalau suka. Kemudian, letak dalam peti ais dan guna. Cara-cara buat kek 1. Tepung+ serbuk koko. 2. Buttermilk + pewarna. 3. Butter ( pukul kembang ) + gula + telur sebiji demi sebiji. pukul kembang, macam kek biasa. 4. Masukkan campuran tepung + buttermilk secara berselang seli. Gaul sampai habis.

5. campurkan cuka + soda + baking powder ( tuang masa berbuih2 n sebatikan ) 6. Sapu mentega @ marjerin + tepung gandum pada loyang ( biar tak lekat ). 7. Kukus dalam masa 20-30 minit. Bergantung kepada pengukus. -_-_ Lapisan -_-_ 1. Kalau kek yang dibakar, sejukkan kek dalam peti ais, baru boleh potong kepada beberapa bahagian ( untuk dapatkan hasil yang cantik ). >> disebabkan saya tiada pemotong + kukus manual, saya kukus asingasing. Kukus kek ikut lapisan, sebanyak 3 kali. Selesai satu, letak dalam peti ais. Selesai kedua, baru letak creamcheese + lapiskan. Boleh juga kalau nak potong, tapi tak pernah cuba + tiada pemotong yang sesuai.

Kek Tiramisu
Bahan-bahan BAHAN A 1. 1 biji kek span ( boleh pilih nk perisa apa, n jenis mcm mne, tp sy guna kek gulung 1st Choice je, 2 bungkus ) 2. satu sudu nescafe + air suam 3. serbuk koko BAHAN B 1. 2. 3. 4. 5. 6. Cara2 1. 2. 3. 4. Campurkan semua bahan B, pastikan semua bahan sebati. potong kek mengikut ketebalan yang sesuai. Susun kek pada dasar loyang. Lembapkan kek dengan bancuhan nescafe ( BAGI LEMBAP SAHAJA, BUKAN LEMBIK ) 5. Letakkan lapisan bahan B, dan taburkan serbuk koko. ( lagi cantik kalau serbuk koko diayak ) 6. letakkan lapisan kek dan ulang dengan lapisan cheese. 7. lapisan atas boleh dihias ,mengikut kreativiti. 150g Creamcheese( kalau minat banyak, letak banyak pun boleh dan biarkan pada suhu bilik ) 3 sudu Susu pekat. 1/3 gula kastor ( kalau nak manis lagi, boleh tambah ) sedikit esen vanila 2 sudu susu rendah lemak @ susu cair ( kalau nak tekstur yang lebih cair, boleh lebihkan ) 10g gelatin halagel ( boleh letak kalau ada__ sy guna jenama Halagel )

Puding Roti kukus + Sos gandum


Bahan-bahan Bahan A

500 ml susu segar/fresh milk/ dutch Lady Low Fat ( biasanya guna low fatjaga kesihatan ) 8 / 10 keping roti Bahan B

4 s/b gula halus 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api 2 biji telur ayam 1 sudu teh esen vanilla 1 s/b tepung jagung 1 ktk (kecil) kismis hitam ( hiasan )

Bahan C-sos gandum


1 kotak susu Dutch Lady Low Fat 1 sudu teh esen vanilla 2 s/b tepung gandum 2 s/b gula Cara-cara 1. sapukan roti dengan butter @ marjerin dan bakar sederhana ( bakar atas pan je sbb takde toaster ) 2. Potong roti @ koyak2kan ikut suka.

3. susun roti selang selikan dengan kismis. 4. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuang bahan B. 5. kukus hingga masak ( 20-25 minit ikut tahap api ) . Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais. 6. Kacau rata bahan sos gandum dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar. 7. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang

Kek Coklat Kukus


1 cawan serbuk koko 1 cawan susu cair 1 cawan minyak masak/mentega cair 1 cawan gula kastor 1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B 1 1/4 cawan tepung gandum 1 sudu teh soda bicarbonate 1 sudu teh serbuk penaik Bahan C 3 biji telur A @ 4 biji telur B Bahan D ( lapis cheese ) 250g cheese 1 biji telur 1/2 cawan gula sedikit air @ susu cair Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus. Gunakan api kuat. 2. Masukkan semua bahan dalam adunan A. mulakan dengan telur, gula. Kacau sebati. Kacau lagi menggunakan 'whisk' agar mudah sebati. ( guna tangan pun boleh je ^_^ ) 3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau.( bahan B ) 4. Pastikan sebati dan tidak berketul-ketul. 5. tuangkan adunan kek. Kukus selama 20-30 minit.

6. Letakkan lapisan cheese. teruskan mengukus. 45 minit hingga 1 jam 7. Angkat kek daripada kukusan . Tutup bekas kek dengan aluminium foil @ tuala - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak. Panduan:

lebih besar dan dalam bekas yang digunakan lebih masa mengukus diperlukan. Contohnya jika adunan penuh dikukus sekaligus, masa yang diperlukan adalah 45 minit ke 1 jam atau lebih agar kek betul-betul masak. Selalunya, masak satu lapisan kek dan angkat. kemudian, baru masak satu lapisan lagi hingga masak, letakkan lapisan cheese dan letakkan lapisan kek yang dah masak tadi. Cara yang lebih mudah bagi sesiapa yang tiada pengukus macam saya.. ^_^

TOPPING ( BOLEH PILIH SALAH SATU ) 1. COKLAT Bahan-bahan: 250 g coklat masakan @ coklat Vanhoutten @ coklat pilihan sendiri (potong kecil2) 1 /2 sudu besar majerin 1/2 cawan susu cair @ susu rendah lemak ( susu Dutch Lady Low Fat pun boleh) - ikut tahap kepekatan topping Cara membuat: 1. 2. 3. 4. Cairkan coklat secara double-boiler masukkan marjerin, dan susu cair kacau sehingga pekat tuang ke atas kek

2. GANACHE COKLAT ( simple tapi sedap ) serbuk koko gula mentega -Cairkan bersama2, ikut rasa dan kegemaran sama ada nak pekat, pahit atau manis

KEK LAPIS KEJU KUKUS


(a)...bahan kek choc: 1 cwn koko 1 cwn susu cair 1 cwn minyak (masak atas api dan biar sejuk) 1/2 cwn gula kastor 1/2 cwn susu pekat 3 biji telur (pukul sampai kembang) - Masukkan kedalam bahan koko dan kacau. 1 cwn tepung naik sendiri - Akhir skali masukkan tepung kedalam bahan koko tadi ( b) bahan cheese : 250g cream cheese 60g gula castor 25ml air 1 biji telur 25g tpg gandum - Pukul cheese, gula dan air sampai kembang dan gebu - Masukkan telur dan pukul lagi. - Masukkan tepung. dh siap semua kukus selang seli mcm wt kuih lapis *kukus dlm 10minit lebih kurang (masa kukus ikut saiz acuan) *tepung naik sendiri brand nona *acuan lompang saiz sederhana

KEK KUKUS COKLAT CHEESE Bahan2nya 1cawan gula* 1cawan susu cair * 1cawan koko* 1/2cawam susu pekat* 1cawan minyak* bahan diatas campur semuanya n masak atas api n kacau sampai sebati siap tutup api n ketepikan biar sejuk Bahan B 3biji telur (A) Bahan C 1cawan tepung naik sendiri Cara2nya pukul bahan B sampai kembang n gebu n masukkan dlm bahan A kacau sebati n masukkan bahan C kacau sampai sebati n leh lah dikukus separuh dulu(AIR MESTILAH DIJMASAK DULU YA)lLoyang hendaklah disapu majerin n dialas kertas nak kukus dlm bekas kecil2 pn leh gak Sementara tunggu masak sediakan cream cheese Bahan2nya 250gm cream cheese 60gm gula castur 25ml air biasa 25gm tepung gandum 1biji telur Cara2nya: pukul bahan diatas kecuali telur sampai kembang n gebu n masukkan telur n pukul lagi siap bila bahan coklat dah masak masukkan cheese sampai habis n kukus lagi sampai masak siap masukkan baki coklat tadi n kukus lagi sampai masak dah masak tunggu sejuk baru dikuarkan dari loyang