TUGASAN

ECT 312

BAHAGIAN A Cabaran-cabaran Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Cara-cara Mengatasinya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ialah pentaksiran yang menggantikan pentaksiran yang dahulu di bawah Kuriulum Bersepadu Sekolah Rendah. Pentaksiran berasaskan sekolah telah mula dilaksanakan pada tahun 2011 untuk Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada 2012 (Panduan Pengurusan Pentadbiran Berasaskan Sekolah, 2010). Pertukaran pentaksiran daripada yang dahulunya berorientasikan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah kerana PBS memberikan lebih penekanan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek jika dibandingkan dengan pentasiran berdasarkan peperiksaan berpusat awam. Pentaksiran yang terlalu berorientasikan peperiksaan telah menyebabkan proses pendidikan di sekolah mengabaikan aktiviti kokurikulum. Selain daripada itu, pentaksiran yang dahulu lebih mementingkan hasil pembelajaran berbanding dengan proses pembelajaran. Ini membuatkan guru hanya fokus kepada pembelajaran isi kandungan pelajaran tanpa menghiraukan perkembangan modal insan yang seimbang. Secara umumnya, Pentaksiran Berasaskan Sekolah dari aspek perkembangan murid atau bercorak akademik adalah berdasarkan rujukan standard prestasi. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran (Dokumen Standard Prestasi Bahasa Melayu Tahun 2, 2011). Fail Perkembangan turut diwujudkan untuk menyimpan segala hasil pembelajaran yang telah dicapai oleh murid sebagai bukti dan juga penanda aras kepada pencapaian setiap band. Melalui pentaksiran PBS, ianya bukan sahaja pentaksiran yang berfokus kepada akademik sahaja tetapi juga terdapat pentaksiran psikometrik dan pentaksiran aktiviti jasmani, kesihatan dan sukan. Pentaksiran psikometrik ialah pentaksiran yang dijalankan diperingkat sekolah atau pusat untuk mentaksir atau mengukur kebolehan semulajadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan

TUGASAN

ECT 312

personaliti murid. Pentaksiran psikometrik dijalankan menggunakan Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Kesihatan dan Sukan pula ialah pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah untuk mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum. Terdapat pelbagai jenis cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini antaranya ialah kesediaan dan kemahiran guru dalam melaksanakan PBS, guru akan merasa terbeban dengan tanggungjawab dan tugas baru dan juga integrity guru diragui dalam memberi markah pentaksiran. Cabaran utama dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini ialah terletak kepada kesediaan dan kemahiran guru dalam melaksanakan pentaksiran berpandukan PBS. Guru tidak mempunyai kemahiran untuk melaksanakan PBS di peringkat awalnya dan pentaksiran sebelum ini hanya berdasarkan peperiksaan semata-mata. Namun demikian, terdapat perubahan di dalam sistem pentaksiran terbaru ini iaitu pentaksiran adalah merujuk kepada standard prestasi dan juga guru tidak mempunyai sebarang pengalaman terhadap pentaksiran PBS. Justeru itu, sebagai langkah mengatasi masalah kesediaan dan kemahiran guru dalam melaksanakan PBS, kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan kursus dan program latihan yang menyeluruh untuk melatih para guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di sekolah masing-masing. Cabaran yang kedua ialah sikap guru yang akan merasa terbeban dengan tugas tambahan ini kerana pentaksiran berasaskan PBS ini merupakan satu pentaksiran yang

berterusan untuk menguji tahap perkembangan murid. Oleh itu, guru harus sentiasa melakukan pentaksiran di akhir pembelajaran atau di akhir penggal. Selain itu penyediaan Fail Perkembangan Murid dilihat agak membebankan guru ini kerana terdapat juga penyimpanan data menerusi aplikasi dalam talian yang dipantau terus oleh Kementerian Pelajaran. Disebabkan ianya merupakan perubahan yang baru, oleh itu penyesuaian diri dan penerimaan oleh guru-guru dan juga murid serta ibu-bapa turut menjadi cabaran kepada pelaksanaan PBS. Sebagai langkah mengatasi perkara ini, penerangan tentang perlaksanaan pentaksiran haruslah dijalankan di pelbagai peringkat yang juga melibatkan penerangan kepada murid dan ibu- bapa. Selain itu, pelaporan hasil perkembangan murid diautomasikan untuk memudahkan kerja guru merekod hasil perkembangan murid. Ujian bulanan juga ditiadakan dan pelaksanaan ujian adalah diselaraskan untuk memudahkan guru memasukkan markah selaras dengan semua guru matapelajaran.

TUGASAN

ECT 312

Selain daripada aspek pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperingkat guru sebagai pelaksana. Guru juga menghadapi cabaran dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di dalam bilik darjah iaitu dalam pelaksanaan Dokumen Standard Prestasi. Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Berdasarkan dokumen Standard Prestasi adalah diharapkan dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Namun begitu terdapat cabaran yang timbul yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaanya di dalam kelas iaitu guru menghadapi kekangan masa dalam melaksanakan semua pentaksiran berdasarkan standard prestasi. Perkara ini adalah disebabkan dalam satu standard kandungan yang perlu diajar kepada murid, terdapat banyak pentaksiran yang perlu untuk mentaksir satu band sahaja. Contohnya, untuk pentaksiran band 1 bagi Bahasa Melayu Tahun1, guru perlu melakukan enam pentaksiran yang berbeza untuk murid menguasai band 1, seperti yang berikut:

TUGASAN

ECT 312

Oleh yang demikian, guru mengambil masa yang lama untuk membuat pentaksiran bagi satu-satu band. Selain daripada itu, masa yang digunakan untuk satu orang murid juga mengambil masa yang lama seterusnya mempengaruhi masa yang diperlukan untuk guru mentaksiran keseluruhan murid lebih-lebih lagi sekiranya melibatkan jumlah murid yang banyak. Bagi mengatasi masalah tersebut, guru perlu membahagikan masa dengan teratur dalam merancang pengajaran dan juga menetapkan masa untuk membuat pentaksiran. Ini untuk mengelakkan dari terdapat murid yang tidak dapat ditaksir dan seterusnya tidak menguasai sesuatu band. Selain cabaran dari segi penaksiran yang banyak untuk murid menguasai sesuatu band melalui Dokumen standard Prestasi, cabaran juga dihadapi oleh guru untuk mengikuti standard pembelajaran yang terlalu tinggi dari segi aras pengetahuan dan pemahaman budak. Sebagai contoh, adalah sukar bagi murid Tahun 1 di kelas saya untuk mencapai band B4DB1E1 iaitu mencatat pelbagai maklumat dengan betul menggunakan bahasa yang santun. Ini kerana mereka tidak mempunyai penguasaan lagi dalam menggunakan Bahasa Melayu Standard kerana mereka berasal dari latar belakang keluarga yang menggunakan Bahasa Kadazan Dusun di rumah. Oleh itu, adalah sukar untuk murid Tahun 1 yang masih lagi tidak fasih membaca dan menggunakan bahasa untuk mencapai standard yang dinyatakan tersebut. Sebagai langkah mengatasi masalah tersebut, guru harus pandai dalam memilih instrumen atau bahan yang sesuai untuk murid yang mempunyai aras rendah tapi masih lagi merujuk dan menepati kepada standard prestasi yang dinyatakan. Selain daripada cabaran dalam pelaksanaan Dokumen Standard Prestasi, guru juga menghadapi masalah dalam pelaksanaan evidens. Evidens ialah bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut keputusan Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). .Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. Evidens murid ialah pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Evidens bahan pula merujuk kepada bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain. Cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan evidens ialah pemilihan instrumen yang sesuai untuk mengumpul evidens terutamanya dalam pelaksanaan atau pengumpulan evidens murid. Ini kerana tiada instrumen yang spesifik dinyatakan dalam mengumpul evidens berkaitan dengan bahan atau bukti yang menunjukkan bagaimana murid melaksanakan

TUGASAN

ECT 312

pmbelajaran. Antara cara mengatasinya ialah menggunakan video untuk merakam perbuatan pembelajaran murid dan juga menggunakan borang pemerhatian khas untuk menilai pembelajaran murid di dalam dan di luar kelas. Cabaran yang seterusnya ialah dalam pelaksanaan konsep band dalam bilik darjah. Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Band dalam Dokumen Standard Prestassi Bahasa Melayu Tahun 1 disusun seperti yang berikut:

Cabaran yang dihadapi oleh guru dalam perlaksanaan band bardasarkan pengalaman saya ialah guru menghadapi kekeliruan samada untuk mengajar berdasarkan topik atau berdasarkan band. Ini kerana dalam pengajaran berdasarkan topik, pentaksiran band adalah pelbagai iaitu dalam satu topik terdapat pentaksiran bermula dari band 1 sehinggalah band 6. Sebagai langkah mengatasi guru menggunakan pengajaran berasaskan topik dan pentaksiran di lakukan juga berdasarkan topik. Ini untuk memudahkan guru untuk menyediakan soalan pentaksiran dan tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembelajaran murid. Kesimpulannya, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh yang demikian, guru haruslah berusaha mencari cara-cara yang berkesan dalam mengatasi apa juga cabaran dalam pelaksanaan PBS. Ini bertujuan untuk memperkasakan lagi penggunaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai satu transformasi pendidikan yang berkesan dan menjadikannya sebagai satu peubahan yang membawa kemajuan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

TUGASAN

ECT 312

BAHAGIAN B LATAR BELAKANG Matlamat penulisan esei dalam kalangan murid di sekolah rendah adalah salah satu komponen yang diajar dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu selain daripada aspek kefahaman dan tatabahasa. Matlamat utama penulisan ialah untuk menghasilkan penulisan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat, serta dapat memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis (Caeser Rio, 2012). Tujuan penulisan esei ialah sebagai salah satu medium komunikasi tidak langsung. Tujuan penulisan juga mempunyai banyak ragamnya. Penulisan esei juga umumnya bertujuan untuk memberikan arahan, menjelaskan sesuatu, menceritakan kejadian, meringkaskan dan meyakinkan. Penulisan esei yang ditadbir ialah penulisan jenis karangan autobiografi yang bertajuk: “Saya sebuah kereta” Matlamat pentadbiran esei jenis autobiografi ini adalah untuk menguji kefahaman murid tentang penulisan jenis ini selain daripada salah satu aktiviti ulang kaji. Pengujian dan penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti murid yang tidak menguasai penulisan jenis autobiografi. Melalui pentadbiran esei ini juga diharapkan dapat membantu guru untuk membantu murid dalam memperbaiki kelemahan-kelemahan mereka dalam penulisan jenis ini. Selain itu, matlamat esei ini juga ditadbir adalah untuk memenuhi soalan tugasan iaitu membandingkan teknik pemarkahan bagi karangan iaitu perbandingan antara Kaedah Global dah Kaedah Analitikal. Hasil pembelajaran yang diharapkan daripada pentadbiran esei jenis autobiografi dengan tajuk “ Saya sebuah kereta” ialah: 1) Murid dapat menghasilkan karangan autobiografi yang menarik dan mengikut kehendak soalan 2) Murid dapat membayangkan diri sebagai sebuah kereta 3) Murid dapat memaparkan nilai-nilai murni di dalam penulisan.

TUGASAN

ECT 312

PROSEDUR PENTADBIRAN Terdapat beberapa prosedur yang digunakan di dalam pentadbiran penulisan esei ini. Prosedur pentadbiran perlu dirancang secara teratur untuk memastikan kelancaran pentadbiran esei yang dirancang. Prosedur pentadbiran dibahagikan kepada tiga iaitu dari aspek arahan, suasana tempat pentadbiran dan juga jarak tempat duduk. Arahan Pentadbiran Arahan dapat dibahagikan kepada dua iaitu arahan di dalam kertas soalan dan juga arahan dari pentadbir. Arahan dalam kertas soalan perlulah jelas seperti yang berikut: Soalan: Tuliskan sebuah karangan bertajuk „Aku Sebuah Kereta‟. Karangan anda adalah mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Guru akan membacakan soalan dan menerangkan semula soalan tentang apa yang perlu mereka lakukan. Arahan tentang panjang perkataan juga perlu ditekankan kerana terdapat murid yang menulis karangan kurang daripada arahan yang diberikan dalam soalan. Arahan oleh pentadbir pula ialah arahan seperti: i.    Sebelum pentadbiran Murid diarahkan untuk duduk di kedudukan masing-masing Murid diarahkan untuk tidak melakukan perbuatan bising dan juga meniru Murid diarahkan untuk menangkat tangan sekiranya terdapat persoalan atau permintaan semasa pentadbiran esei dijalankan. ii. Semasa Pentadbiran   iii.   Murid diarahkan untuk mula menjawab kertas soalan Murid diberitahu baki masa yang tinggal untuk menulis jawapan

Selepas Pentadbiran Guru mengarahkan agar murid-murid berhenti menjawab dengan meletakkan pen atau pensel di atas meja apa bila masa yang ditetapkan telah tamat. Guru akan mengarahkan murid duduk di tempat masing-masing sehinggalah semua kertas jawapan telah dikutip Dari aspek suasana tempat pentadbiran pula, guru memastikan tempat yang dipilih

adalah selesa untuk murid menjawab contohnya di kelas masing-masing atau di dalam bilik

TUGASAN

ECT 312

darjah yang luas untuk memudahkan murid berada di dalam keadaan yang selesa untuk menjawab. Selain itu, guru juga mentadbir penulisan esei tersebut kerana keadaan persekitaran tidak panas, dan dapat membantu murid untuk lebih fokus menulis karangan. Yang terakhir ialah dari aspek jarak kedudukan meja antara murid. Murid diarahkan untuk mengubah kedudukan meja mereka seperti keadaan ketika peperiksaan iaitu susun secara berjarak. Ini untuk mengelakkan berlakunya peniruan sewaktu entadbiran dijalankan. Selain itu guru juga dilarang sama sekali membantu murid sewaktu pentadbiran penulisan berlangsung. PENGGUBALAN SKEMA JAWAPAN DAN RUBRIK Penggubalan skema jawapan dan rubric dilakukan oleh kedua-dua orang guru yang memeriksa menggunakan Kaedah Global dan Kaedah Analitik. Berdasarkan dua teknik atau kaedah yang berbeza, penyediaan skema pemarkahan untuk kedua-dua kaedah juga berlainan. i. Kaedah Analitikal Kaedah Analitikal ialah kaedah pemarkahan yang dilakukan secara pembahagian markah berdasarkan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan dalam perincian jawapan akan diberi perhatian dan setiap satu daripadanya terdapat pemberatan markah yang berbeza. Terdapat tiga kriteria utama yang diberikan markah dalam Kaedah Analitik iaitu Isi kandungan, bahasa, dan proses atau pengolahan. Markah penuh yang diberikan ialah 25 markah dan pemberatan markah yang diberikan ialah berdasarkan nisbah 2:3:1. Berikut merupakan langkah-langkah yang diikuti oleh guru dalam menggubal skema pemarkahan menggunakan Kaedah Analitikal:    Penyediaan satu garis panduan atau satu senarai unsur-unsur utama yang perlu dimasukkan sebagai jawapan yang paling baik bagi soalan itu; Menenentukan bilangan markah yang akan diberi untuk setiap unsur utama; Jawapan pelajar yang sepadan dengan jawapan yang dikehendaki akan diberi markah penuh; yang langsung tidak sepadan tidak akan diberi sebarang markah;  Sebahagian daripada markah penuh boleh diberi sekiranya jawapan tidak tepat sepenuhnya;

TUGASAN

ECT 312

Keobjektifan pemarkahan boleh ditingkatkan dengan menentukan berapakah markah akan diberi kepada pelbagai jenis jawapan yang kurang tepat itu;

Skema pemarkahan yang telah siap dibina berdasarkan langkah di atas boleh dirujuk pada Lampiran A. ii. Kaedah Global Kaedah Global atau juga dikenali sebagai kaedah menyeluruh ialah pemarkahan untuk menentukan pencapaian pelajar dalam ujian subjektif didasarkan pada andaian bahawa keseluruhan lebih penting daripada bahagian-bahagian sesuatu jawapan esei. Kaedah ini menekankan aspek yang baik, bukan yang buruk, dalam sesuatu jawapan. Oleh itu, kaedah ini sesuai digunakan untuk memeriksa karangan bahasa dan mudah dilaksanakan kerana skema pemarkahan yang terperinci tidak disediakan. Untuk menggubal rubrik markah bagi jawapan menggunakan Kaedah Global, guru pemeriksanya menggunakan kaedah nominal seperti berikut:    Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu dengan menggunakan nilai “sangat baik‟, „baik‟, „sederhana‟, „lemah‟, dan „tiada jawapan‟ Markah diberikan berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses. Pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan pelajar sekali lalu untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar, berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.  Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kali kedua untuk menetapkan nilai penulisan yang difikirkan sesuai diberikan kepada skrip tersebut berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan.  Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untuk membuat pengubahsuaian, jika ada, pada gred-gred yang telah diberikan. Skema jawapan penuh bagi penggunaan Kaedah Global oleh guru yang memeriksa boleh dirujuk dalam Lampiran B

TUGASAN

ECT 312

PROSEDUR PEMARKAHAN ESEI Skrip jawapan murid dibuat salinan kerana skrip jawapan yang sama yang akan digunakan untuk diperiksa oleh dua orang guru pemeriksa yang menggunakan kaedah yang berlainan: Kaedah Analitikal Guru akan menanda kertas jawapan murid satu persatu. Markah murid diberikan berdasarkan skema pemarkahan (Lampiran A). guru akan menilai isi terlebih dahulu, sekiranya jawapan murid mempunyai sekurang-kurangnya empat isi yang berlainan, mereka layak mendapat markah penuh 8 markah untuk isi. Pembahagian untuk isi ialah satu isi membawa pemberatan 2 markah. Setelah itu guru akan menilai dari aspek bahasa, sekiranya murid menggunakan laras bahasa yang sesuai, tiada kesalahan tanda baca, pneggunaan ayat dan bahasa yang sangat murid akan mendapat markah penuh iaitu 12 markah. Sekiranya murid membuat kesalahan dari segi ejaan, struktur ayat yang tidak betul dan sebagainya, ½ markah akan dipotong bagi setiap kesalahan. Namun hanya maksimum 3 markah sahaja yang akan dipotong bagi setiap perincian aspek bahasa dan kesalahan berulang tidak akan dipotong markah. Kemudian itu guru akan menilai aspek pengolahan penulisan. Markah penuh bagi pengolahan ialah 5 markah. Markah pengolahan ialah terdiri daripada markah untuk pendahuluan 2 markah, penutup 2 markah dan markah untuk penggunaan perenggan 1 markah. Disamping itu guru juga menanda kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam penulisan selain memberikan komen yang dirasakan patut. Setelah itu markah akan dijumlahkan untuk mendapatkan markah yang sebenar. Kaedah Global Guru pemeriksa akan membaca setiap ayat dalam sesebuah karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada karangan tersebut. Selepas itu, nilai dan anggarkan tahap karangan tersebut. Tahap pencapaian karangan itu akan disesuaikan dengan kriteria yang telah ditentukan (Lampiran B). Guru akan membaca karangan itu sekali lagi. Dalam bacaan kali kedua, guru akan menanda kesalahan-kesalahan tanda baca, struktur ayat dan sebagainya dan menetapkan markah keseluruhan berdasarkan jadual kriteria pemarkahan.

TUGASAN

ECT 312

Karangan yang tersasar atau terpesong ialah ayat atau karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk, tema, dan tugasan yang disoal. Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini 5 markah maksimum sahaja yang layak diberi. Penilaian keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang jumlah perkataan yang telah ditetapkan akan ditolak pemarkahan. Bagi karangan yang melebihi jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menolak markahnya. Bagi kesalahan ejaan, penggunaan ayat dan struktur ayat dan sebagainya, ½ markah juga kan ditolak bagi setiap satunya. Namun hanya 3 markah maksimum sahaja yang akan ditolak dan kesalahan yang sama tidak akan ditolak markahnya. Setelah itu markah sebenar akan diberikan. PENYELARASAN MARKAH Penyelarasan markah dilakukan kerana kedua-dua pemeriksa menggunakan kaedah pemarkahan yang berbeza. Satu guru menanda menggunakan Kaedah Analitik manakala satu guru lagi menggunakan Kaedah Global. Penyelarasan markah adalah berdasarkan markah dari segi isi iaitu maksimum 8 markah dan markah penuh untuk kedua-dua skema dan rubric markah yang digunakan ialah 25 markah. Melalui penyelarasan markah, hanya sedikit perbezaan yang diperolehi oleh murid yang sama berdasarkan guru pemeriksa yang berbeza. Iaitu berdasarkan markah yang diberi 17 daripada 20 orang murid mempunyai persamaan dari segi markah dan nilai yang diberikan. Sebagai contoh, murid yang mendapat 21 markah menerusi Kaedah Analitikal juga memiliki nilai „sangat baik‟ iaitu perolehan gred untuk nilai „sangat baik‟ ialah 20 hingga 25 markah. Ini menunjukkan bahawa markah yang diperolehi adalah mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi. Dari segi perbezaan pemberian markah adalah rendah, ini kerana hanya ada tiga orang murid sahaja yang mendapat markah yang berbeza dengan nilai yang diberikan dalam Kaedah Global. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa penyelarasan markah adalah selaras kerana jumlah murid yang mempunyai markah dan nilai yang berbeza adalah sedikit.

TUGASAN

ECT 312

JADUAL PERBANDINGAN MARKAH Jadual di bawah menunjukkan perbandingan markah dan nilai yang diperolehi oleh murid menggunakan kaedah pemariksaan secara Kaedah Global dan Analitikal: Nama Pelajar Amy Emilda Gusmin Chrispo Jahani Cyhere Joiwin Ellyzana Careen Esther Elikin Evans Lumi Evvin Joysh Florinah Amit Geocalvin George Isaiah Alexander Janilson Japrin Jessica Chu Joyson Elroy Kilbin Mohd Mc Jovinder Meldiezam ruby Norfazeela Lanjimi Rickyche Roger Septhian Hilary Vila Maini Pemeriksa A 10 8 17 21 20 13 15 18 11 10 9 19 13 12 7 14 12 20 18 19 Pemeriksa B Lemah Lemah Baik Sangat Baik Sangat Baik Baik Baik Baik Sederhana Sederhana sederhana Baik Sederhana Sederhana Lemah Sederhana Sederhana Sangat Baik Baik Baik Tidak selaras Tidak selaras Catatan Tidak selaras

TUGASAN

ECT 312

Rumusan: Berdasarkan penggunaan dan pemberian markah menggunakan kedua-dua kedah iaitu Kaedah Global dan Kaedah Analitikal, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Terpulang kepada guru untuk menggunakan kaedah yang mereka rasakan sesuai dalam menanda kertas karangan. Antara kelebihan Kaedah Analitikal ialah, untuk memeriksa sesuatu kertas jawapan tidak memerlukan guru yang berpengalaman, guru baru juga dapat menggunakan kaedah ini untuk memeriksa. Ini kerana pemberian markah adalah berdasarkan skema jawapan dan pemberatan bagi setiap isi yang dinilai telah dinyatakan pada skema pemarkahan. Oleh itu pemarkahan menggunakan Keadah Analitik dilihat lebih objektif. Skrip jawapan adalah memadai untuk diperiksa sekali sahaja. Ini kerana dalam proses penandaan kertas jawapan menggunakan Kaedah Analitikal, setiap unit yang ingin diberi markah akan dibaca dengan teliti dan analitik. Sekiranya jawapan murid mempunyai kesamaan dalam skrip jawapan maka murid tersebut layak untuk diberi markah. Oleh itu, semakan markah tidak begitu diperlukan untuk kaedah ini. Kaedah Analitik juga mempunyai skema pemarkahan yang teliti dan terperinci. Justeru itu, pemberian markah adalah mudah dan tepat. Guru pemeriksa hanya memberikan markah berdasrkan apa yang tercatat dalam skema pemarkahan. Namun begitu adalah penting untuk skema jawapan adalah fleksibel kerana terdapat jawapan yang tiada di dalam skema pemarkahan boleh diberikan markah. Antara kekurangan memeriksa karangan menggunakan Kaedah Analitik ialah masa yang agak lama diperlukan untuk memeriksa satu skrip jawapan. Ini kerana pemarkahan yang diberikan adalah terperinci dan menyebabkan pemeriksa harus menyemak satu-satu markah yang layak diberikan berdasarkan skema pemarkahan. Oleh yang demikian, masa untuk memeriksa mengambil masa yang agak panjang. Kekurangan seterusnya dalam Kaedah Analitik ialah Pemeriksaan dilakukan secara fakta dan tiada penekanan pada kemahiran penulisan. Pemeriksaan boleh bersifat negatif, iaitu markah yang diperuntukkan bagi sesuatu aspek ditolak apabila pelajar membuat kesilapan dalam aspek tersebut.

TUGASAN

ECT 312

Untuk Kaedah Global pula, kelebihan menggunakan kaedah ini dalam pemeriksaan karangan pula ialah pemeriksaan skrip jawapan tidak mengambil masa yang lama kerana pemeriksaan adalah secara menyeluruh dan tidak memberi penumpuan kepada beberapa peincian. Oleh itu, kaedah ini sesuai digunakan untuk memeriksa skrip jawapan yang melibatkan jumlah murid yang ramai. Selain itu, kelebihan pemarkahan menggunakan Kaedah Global juga ialah jawapan dapat dinilai secara keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yang lain terutamanya kemahiran aras tinggi seperti kebolehan mengolah idea dan membuat rumusan tentang sesuatu perkara atau keadaan. Kelemahan yang ada pada Kaedah Global pula ialah ianya memerlukan guru yang pakar dalam bidangnya, kerana pembacaan skrip jawapan memerlukan pembacaan yang kritikal. Oleh itu, kaedah hanya digalakkan digunakan oleh guru yang berpengalaman sahaja kerana setiap jenis karangan mereka telah tahu bagaimana untuk memberikan markah. Kelemahan bagi Kaedah Global juga ialah pemeriksaanya atau pemberian markah adalah subjektif kerana pemberian markah juga dipenagaruhi oleh aspek lain seperti kekemasan tulisan dan sebagainya. Sebagai kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan kedua-dua kaedah dapat digunakan dalam pemeriksaan karangan namun perlu disesuaikan mengikut soalan yang perlu di jawab. Selain itu, kaedah-kaedah ini juga membantu guru untuk menanda kertas karangan dengan sistematik seterusnya dapat memastikan markah yang diberikan adalah adil terhadap semua murid.

TUGASAN

ECT 312

LAMPIRAN A SKEMA PEMARKAHAN ( KAEDAH ANALITIK) Soalan: Tuliskan sebuah karangan bertajuk „Aku Sebuah Kereta‟. Karangan anda adalah mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Isi – 8 markah Isi 1 – 2 markah     Siapa aku? ½ markah Namaku ½ markah Diperbuat daripada apa? ½ markah Aku mempunyai apa? ½ markah

Isi 2 – 2 markah   Kegunaanku 1 – 1 markah Kegunaanku 2 – 1 markah

Isi 3 – 2 markah   Berasal dari mana? 1 markah Dibawa ke mana? 1 markah

Isi 4 – 2 markah    Siapa beli aku? ½ markah Aku dibawa ke mana? ½ markah Setiap hari apa yang dibuat pada aku? ½ markah  Pengolahan – 5 markah Perasaanku ½ markah

Pendahuluan – 2 markah Penutup – 2 markah

TUGASAN

ECT 312

Penggunaan perenggan – 1 markah

Bahasa – 12 markah

Laras dan gaya – 6 markah Tanda baca – 2 markah Ejaan dan ayat – 4 markah

TUGASAN

ECT 312

LAMPIRAN B SKEMA PEMARKAHAN ( KAEDAH GLOBAL) Soalan: Tuliskan sebuah karangan bertajuk „Aku Sebuah Kereta‟. Karangan anda adalah mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan. NILAI SANGAT BAIK 20 – 25 MARKAH   KRITERIA Karangan menepati tajuk Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.     Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik. Idea karangan yang releven dengan tajuk dan dihuraikan dengan jelas dan penuh kematangan BAIK 15 - 19 Karangan menepati tajuk. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.   SEDERHANA 10 – 14   Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. Idea relevan dengan tajuk dan dihuraikan dengan jelas. Karangan masih menepati tajuk. Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum.   1–9  Wacananya kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi. Idea masih relevan dengan tajuk. Huraian idea kurang jelas. LEMAH Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.

TUGASAN

ECT 312

  TIADA JAWAPAN 0 -

Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat. Idea tidak menepati tajuk

TUGASAN

ECT 312

Rujukan: Abdullah Ngah. (2001). Kebolehpercayaan sebagai ketekalan. Serdang: Penerbitan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Caeser Rio, ( 20 Julai 2012). Matlamat Utama Penulisan. Diperolehi pada 21 June 2013 daripada menghasilkan.html Hashim Othman. (2005). Pentaksiran karangan Bahasa Melayu. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Junaidi Bin Yusuf, (2012). Contoh-Contoh Karangan Bahasa Malaysia UPSR: Kertas 2 Bahagian A, B dan C. Kuala Lumpur: Buku Must Sdn Bhd Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011). Dokumen Standard Prestasi Bahasa Melayu Tahun 1. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia Lembaga Peperiksaan, (2012). Buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Lembaga Peperiksaan Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia. http://caeser-rio.blogspot.com/2012/07/matlamat-utama-penulisan-