Pengenalan Raja Mongkut ataupun lebih dikenali dengan Rama IV telah memerintah Thailand dari tahun 1851 sehingga

1868. Semasa pemerintahan baginda, baginda telah mengubah dasar isolasi Thailand secara menyeluruh. Hal ini kerana, baginda menyedari tentang kelebihan yang ada pada kuasa Barat. Raja Mongkut merupakan raja Thailand pertama yang telah menyimpang daripada tradisi yang telah dipraktikkan oleh raja-raja sebelumnya.1 Sejak kecil lagi, Raja Mongkut telah menerima pendidikan tradisional daripada para sami dan pendeta istana.2 Baginda juga turut memperoleh pendidikan Barat melalui seorang mubaligh Kristian iaitu Pellagoix. Oleh itu, tidak hairanlah kalau dikatakan bahawa nilai intelektualisme Barat lebih mempengaruhi jiwa baginda. Banyak pembaharuan dan pemodenan yang telah dilakukan oleh baginda dari sudut pemerintahannya. Antaranya ialah mengurangkan kadar cukai import, menggalakkan peningkatan taraf pelajaran, dan mengamalkan dasar kebebasan beragama. Raja Chulalongkom atau dikenali Rama V merupakan putera sulung kepada Raja Mongkut. Sejak kecil, Chulalongkorn telah diberikan pendidikan tradisional yang secukupnya oleh Raja Mongkut. Hal ini kerana Raja Mongkut ingin memastikan anakandanya mengekalkan serta mengetahui tentang kebudayaan dan kehidupan masyarakat Thailand. Seperti ayahandanya Raja Mongkut, Raja Chulalongkorn turut diberi pendidikan Barat. Seorang guru Inggeris iaitu Puan Anna Leonowens telah ditugaskan untuk mengajar baginda bahasa Inggeris, geografi, kebudayaan dan falsafah Barat. 3 Baginda juga sentiasa dibawa ke beberapa majlis perjumpaan dengan tetamu-tetamu dari Barat bagi memberi peluang kepada baginda untuk memahami dan memerhati pelaksanaan hal pentadbiran. 4 Sepanjang pemerintahannya Chulalongkorn, baginda bukan sahaja meneruskan pembaharuan yang telah dilakukan oleh ayahandanya, malah memperhebatkan lagi kadar pembangunan dan pembaratan tersebut.5 Oleh itu, kami akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai pemodenan yang dilakukan oleh Mongkut dan Chulalogkorn sepenuhnya. Perbincangan
1

Yusoff Iskandar & Khalil Yusoff. (1979). Diskusi Sejarah. Pulau Pinang : Publishing Sdn. Bhd. hlm.194

2

Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.161
3

Ibid. hlm.165 Ibid. Yusoff Iskandar & Khalil Yusoff . (1979). Diskusi Sejarah.. hlm.201 & 202

4

5

1

ii. Sejarah Thai Zaman Bangkok.G. Antara isi perjanjian tersebut ialah i. Cukai yang dikenakan terhadap barangan import hanya dihadkan kepada 3 peratus sahaja. Vietnam dan China telah mengajar Mongkut supaya lebih banyak bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Warganegara British dibenarkan membeli atau menyewa tanah. (1991).817 Kobkua Suwannathat-Pian. maka terhasilnya Perjanjian Bowring pada tahun 1855.174 Abbot Low Moffat. Sejarah Asia Tenggara. Hal ini kerana.Hall.hlm.24 7 8 2 . (1961).berikut akan menghuraikan dengan lebih jelas perkara-perkara yang telah dilakukan oleh kedua-dua Raja Thailand tersebut. hlm. Pertama. menjalinkan hubungan baik dengan pihak Barat. jika China tidak mampu untuk mempertahankan dirinya menentang British. China dan Myanmar. Pemodenan Mongkut Mongkut telah melakukan perubahan dan pemodenan dalam pelbagi perkara yang boleh dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu politik.E. bagaimana pula Thailand berani melaksanakan dasar menentangnya? Pengalaman Myanmar. Manakala cukai ke atas barangan eksport pula ditentukan berlandaskan kepada persetujuan kedua-dua belah pihak. Mongkut telah melantik jawatankuasa khas untuk menjalankan rundingan tersebut dan persetujuan telah tercapai. Mongkut the King of Siam.8 Mongkut berpendapat bahawa. Britain sekali lagi telah menghantar wakilnya iaitu Sir John Bowring 1855 untuk berbincang hal yang sama dan Mongkut telah menyambut dengan penuh kehormatan. Dari aspek politik terdapat beberapa pembaharuan yang telah dijalankan oleh Mongkut. cukai tanah pula tidak boleh tinggi daripada yang dibayar oleh rakyat Thailand. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. New York : Cornell University Press. Mongkut bimbang Britain akan menyerang Thailand seperti yang berlaku kepada negara jiran iaitu Vietnam. hlm. Mongkut telah membuka pintu kepada kuasa Eropah pada tahun 1855 melalui perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan British. (1971). Hak mereka haruslah diakui sah oleh pihak berkuasa Thailand. ekonomi dan sosial.7 Setelah pemerintahan diambilalih oleh Rama IV iaitu Mongkut. British terlebih dahulu telah menghantar wakilnya iaitu Sir James Brooke 1851 menemui Rama III untuk berbincang mengenai hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara tetapi Rama III telah menolak. Setelah pihak British dan Thailand mencapai persetujuan. 6 D. 6 Sebelum Mongkut memgambilalih pemerintahan.

13 Bagi mengelakkan kemasukan kuasa Barat. Sejarah Thailand Dari pra-sejarah hingga sekarang. (1991). hlm.45 15 Ibid. Sejarah Asia Tenggara. Kelantan : Pustaka Aman Press.Hall. hlm.158 D. (1987). Denmark dan kota-kota Hanseatic 1858. (1971).10 Pada 1868 pula. Thailand turut menjalinkan hubungan dengan kuasa Barat lain melalui perjanjian-perjanjian. Antara perjanjian tersebut ialah Perjanjian Thailand dengan Perancis dan Amerika Syarikat 1856. pengarah rumah kastam dan ketua polis. Perjanjian Thailand-Perancis 15 Julai 1867. pembaharuan pertama yang dilakukan ialah kerajaan Thailand telah menggalakkan petani dan pesawah menanam lebih banyak padi melalui pengurangan 9 Hussein Ahmad.14 Antara jawatan-jawatan lain yang diberikan kepada pihak Barat ialah sebagai pengajar dalam istana. Sejarah Revolusi Thai (Wan Azaham Wan Mohamad. hlm. Bangkok : Thai Watana Panich Co Ltd. Belanda 1860 dan Prussia 1862. Terjemah).iii. Sebagai contoh. Dalam konsul British pula. (1981).E. Portugal 1859. hlm.819 Rong Syamananda. 3 .15 Dari aspek ekonomi. iv. hlm.11 Bukti perjanjian yang ditandatangani oleh Mongkut dengan negara Barat lain disokong juga dalam buku A History Of Thailand. perjanjian antara Thailand dengan Belgium Itali termaktub.121 Kobkua Suwannathat-Pian.9 Selain menjalinkan hubungan dengan British.G. dibuat oleh Mongkut dengan mencontohi dasar yang dilakukan oleh Rama III iaitu menggalakkan negeri-negeri Barat lain membuat perjanjian dengan sama coraknya dengan perjanjian Bowring. A History Of Thailand. Konsul British juga perlu diwujudkan di Bangkok.177 11 12 13 14 Thawatt Mokarapong. Warga British juga tidak tertakluk kepada perundangan Thailand. sewaktu pemerintahan Mongkut seramai 84 orang Eropah diambil berkhidmat dengan baginda dan mereka juga menjadi penasihat kerajaan serta dilantik menjadi penasihat dalam bidang ketenteraan. pegawai yang dilantik perlu mendapat persetujuan dan kepercayaan pihak berkuasa Thailand. (1971). hlm. Morway dan Swedeen juga melakukan perjanjian dengan Thailand yang diwakili oleh John Bowring. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.12 Perjanjian ini. ketua pelabuhan. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Mongkut telah melantik pegawaipegawainya yang terdiri daripada orang-orang Barat.155-156 10 Ibid.

Thailand telah mengeluarkan duitduit yang leper sebagai pengganti kepada penggunaan gumpalan emas atau perak pada zaman sebelumnya. Mongkut telah menghapuskan adat menyembah raja. Selepas pertabalannya. hlm. Contohnya seperti Myanmar dengan adat membuka kasut ketika masuk ke dalam istana.16 Oleh itu. hlm. Sejarah Thailand: dari pra-sejarah hingga sekarang. Begitu juga dengan Thailand. Oleh yang demikian. Lawatan yang dilakukan telah memberi peluang kepada baginda untuk melihat kehidupan sebenar rakyatnya. sebelum zaman Mongkut di mana rakyat tidak dibenarkan melihat muka raja ataupun rombongan raja. Raja Mongkut telah menubuhkan badan kewangan di raja bagi mengeluarkan dan menstabilkan nilai matawang Thailand.Hall.E. Setiap negara mempunyai adat yang tersendiri sehingga mereka begitu taksub kepada adat tersebut.18 Dari aspek sosial pula. Mongkut telah menubuhkan kilang percetakan wang di istana.17 Golongan petani di Thailand telah diberi hak pemilikan tanah sendiri. Nakhon Sawan dan Phitsanulok. baginda telah menyedari bahawa banyak daripada adat-adat. Perkembangan sistem perniagaan telah menyebabkan penggunaan wang tunai dalam sistem perniagaan. pertama melalui pendidikan moden dan pendidikan sami yang dimiliki oleh Mongkut. 21 Mongkut berusaha menghapuskan adat-adat yang dianggap boleh menghalang kemajuan Thailand. Tujuannya ialah untuk menggantikan matawang lama yang diperbuat daripada emas dan perak. Ayudhya. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Pada 1861. Baginda telah mewujudkan undang-undang bahawa rakyat yang ingin menemui raja dan menghantar rayuan tidak lagi dihukum rotan sebanyak 30 kali.19 Tindakan yang dilakukan oleh Mongkut adalah berdasarkan pengalamannya semasa menjadi seorang sami dan pergaulannya dengan samisami yang datang dari kelas yang sama.G.160 Ibid. hlm. (1971). Sejarah Asia Tenggara. hlm. 45 Kobkua Suwannathat-Pian.20 Semasa menjadi sami. (1991).177 D.821 Hussein Ahmad. hlm.163 17 18 19 20 21 4 .cukai tanah dan meningkatkan harga beras di pasaran. hlm. Rakyat juga dikatakan terpaksa berkurung di rumah untuk mengelak daripada melihat raja dan adat ini telah cuba dihapuskan oleh Mongkut. (1991). tradisi dan amalan yang mengganggu pemodenan Thailand. 16 Kobkua Suwannathat-Pian. Selangor. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Mongkut sering melawat wilayah-wilayah sekitar Thailand seperti Ratburi. 44 Ibid. (1971).

hlm. Manakala pembaharuan yang ketiga ialah memperkenalkan pendidikan Barat. Mereka diberi kebebasan untuk menghormati raja mengikut cara mereka sendiri. Sejarah Thailand dari pra-sejarah hingga sekarang. Terjemah). Buruh paksa digunakan untuk membina sistem perhubungan jalanraya antara bandar dengan kawasan penting. Mongkut telah melakukan perubahan dalam aspek perhambaan. Sejarah Revolusi Thai (Wan Azaham Wan Mohamad. beliau menggalakkan pengajaran bahasa asing dan ilmu pengetahuan. matematik.44 Hussein Ahmad. Orangorang asing tidak dipaksa untuk mematuhi adat sujud di hadapan raja. bahasa Inggeris dan Latin. Mongkut amat meminati ilmu Barat seperi sains. Mongkut telah menyedari keburukan bagi sistem perhambaaan namun untuk menghapuskan adat tersebut secara menyeluruh ia dianggap sebagai penghinaan dalam proses kemodenan. Oleh itu. Mongkut telah memecahkan tradisi dengan keluar mengadakan lawatan untuk menemui rakyatnya.Baginda melarang rakyatnya melarikan diri apabila bertembung dengan raja dan turut menghapuskan adat yang melarang rakyatnya melihat muka raja. Oleh itu. Mongkut telah memperbaharui sistem buruh paksa (hamba abdi). Mongkut telah mengambil tindakan dengan cara meringankan tekanan yang dihadapi oleh hamba abdi. Selain sistem perhambaan. (1971). “ Jika sekiranya saya mati.159 23 5 . Baginda memperbaiki kehidupan hamba-hamba di mana undang-undang dikeluarkan melarang penyeksaan ke atas hamba-hamba. baginda telah mewujudkan sistem bergaji tetap. saya mengharapkan kamu semua untuk menolong raja yang baru untuk keamanan dan kebahagiaan kepada rakyat…Tambah lagi kamu semua seharusnya memberitahu raja baru supaya menerima hak rakyat sebarang gangguan…22 Pembaharuan yang kedua. Semasa pemerintahan Raja Mongkut.23 Melalui sistem bergaji. Bukti bahawa Mongkut menghargai rakyatnya dapat dilihat melalui kata-kata baginda kepada Chao Phya Sri Suriwong dan pegawai tinggi negara. Mongkut tidak menyekat kedatangan guru-guru dan penasihat-penasihat bangsa Eropah untuk menjalankan pendidikan Barat di Thailand tetapi hanya dihadkan kepada 22 Thawatt Mokarapong. kita dapat lihat buruh-buruh tersebut memberi perkhidmatan yang baik dan cekap. Atas minat tersebutlah Mongkut telah memperkenalkan sistem pendidikan Barat. hlm. (1987). Langkah ini membolehkan baginda mengetahui dengan lebih jelas keadaan hidup rakyatnya.

26 Kelima. Mongkut telah menjemput Anna Leonowens untuk memberi pendidikan kepada putera-putera baginda seperti ilmu hisab. Mongkut telah mengambil tindakan dengan mewujudkan pasukan polis bagi 24 Yusoff Iskandar dan Khalil Yusoff. hlm.28 Pembaharuan yang terakhir dalam bidang sosial ialah sistem keselamatan. Bamrung-Muang dan Fueng Nakhon. Sebagai contoh. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Antara tindakan yang diambil adalah seperti pembinaan terusan seperti terusan Phadumgkrungkasem (1852). Tindakan Mongkut telah mendapat tentangan daripada sami Buddha kerana beranggapan bahawa tindakan Mongkut ini telah melanggar teras pendidikan sebenar Thailand iaitu sistem pendidikan biara. tanggapan tersebut berjaya ditangani oleh Mongkut melalui penjelasan bahawa konflik tidak akan berlaku diantara sistem pendidikan Barat dengan nilai peradaban Thailand. baginda bersikap liberal dan amat toleransi terhadap agamaagama lain. Mongkut telah membenarkan pihak Perancis membuka sekolah dan pusat-pusat pengajaran serta gereja. Hal ini kerana Barat sering mendesak untuk mempercepat sistem pengangkutan awam bagi memudahkan proses perniagaan. serta mengelak campur tangan kuasa Barat dalam hal ehwal negara. Bagi menjamin keselamatan di Thailand. 25 26 27 28 6 . hlm. Mongkut telah melakukan pembaharuan melalui penyediaan kemudahan awam. 199 Kobkua Suwannathat-Pian.golongan bangsawan. Namun.24 Selepas itu. Baginda juga membenarkan pihak Protestan mengasaskan satu penempatan golongan mubaligh di Chiengmai dalam tahun 1868. ilmu sains dan lain-lain lagi. 157 Ibid. hlm. Baginda membenarkan mubaligh-mubaligh menyebarkan agama Kristian kerana baginda sedar selain menyebarkan agama.178 Ibid.197 Ibid. mubaligh-mubaligh juga menyebarkan pengetahuan Barat. ilmu falak. hlm. Mongkut tidak menganggap desakan tersebut sebagai sesuatu bebanan tetapi memandang dari sudut positif bahawa permintaan daripada pihak Barat turut memberi faedah jangka panjang kepada Thailand. Tujuan sebenar Mongkut menyediakan kemudahan adalah untuk kesenangan orang Barat. walaupun Mongkut berpegang teguh kepada ajaran Buddha dan pernah menjadi sami selama 27 tahun. jalanraya turut dibina seperti jalanraya Chareonkrung.27 Dalam masa yang sama. (1979).25 Keempat. terusan Makasawad (1857) dan terusan Thanon Trong (1860). Diskusi Sejarah.

821 30 31 7 .197 D.30 Mongkut merupakan seorang pemerintah yang bijak dan berpandangan jauh. Mongkut meninggal dunia pada 1 Oktober 1868 akibat penyakit malaria. Diskusi Sejarah. Mongkut telah melantik Major Gerini sebagai ketua maktab tentera di Bangkok untuk melatih tentera Thailand mengenai strategi pertahanan ala Barat. (1979). Dasar tolak ansur baginda juga menguntungkan Thailand terutamanya dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand. D.G. 29 Ibid. hlm. Baginda juga telah dapat membuktikan Thailand merupakan sebuah negara progresif dan liberal sehingga dapat mengurangkan campur tangan asing dalam hal ehwal Thailand.Hall. hlm. Selangor. Hall dalam bukunya A History of South East Asia menegaskan Thailand terhutang budi kepada Mongkut daripada raja-raja lain kerana dasar yang dimulainya telah berjaya menyelamatkan kemerdekaan Thailand. Mongkut telah berjaya menyelamatkan kemerdekaan Thailand semasa zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia terutamanya di Asia Tenggara.tujuan menjaga keselamatan nyawa dan harta benda orang Barat di Bangkok. Sejarah Asia Tenggara.29 Dalam bidang ketenteraan pula. Baginda dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan politik yang berlaku di Asia Tenggara pada pertengahan abad ke-19. Walaupun kita mengetahui bahawa pada penghujung abad ke 19 semua negara-negara lain di Asia Tenggara telah dijajah di bawah penguasaan Eropah.31 Pemerintahan Mongkut telah diteruskan oleh Raja Chulalongkorn sebagai Raja Rama V.E. (1971). Ringkasnya perubahan dan pembaharuan yang dilakukan oleh Mongkut ini berjaya menyelamatkan Thailand daripada ancaman pihak Barat dan ia juga berjaya membawa kemajuan kepada rakyat Thailand. Langkah-langkah perubahan yang telah dimulakan oleh Mongkut diteruskan oleh Chulalongkorn.E.G. Yusoff Iskandar dan Khalil Yusoff.

162 D. pada 1893 satu jalan kereta api telah dibina untuk menghubungkan antara bandar Bangkok dan Paknam. Namun. (1971).32 Dalam hal ini. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn Bhd. hlm. (1981). Hall. Hall. hlm. telah ada juga satu sumber lagi yang mengatakan bahawa putera Chulalongkorn ini telah dilahirkan pada 20 September 1853. hlm.166 D.36 Usaha pembinaan ini telah dipercepatkan ketika Perancis menceroboh masuk ke wilayah-wilayah sebelah timur bahagian Thailand. hlm. pada zaman Chulalongkorn telah berlaku pembaharuan lain dalam sistem kemudahan pengangkutan iaitu landasan kereta api. (1981). Sejarah Thailand : dari pra-sejarah hingga sekarang. Kesinambungan pemodenan yang dapat dilihat ialah pada tahun 1873. kerajaan Siam telah dikurniakan kelahiran putera Chulalongkorn yang dikatakan lahir pada hari Selasa bulan sepuluh tahun lembu.G.E. hlm. Chulalongkorn juga telah menambah bilangan jalan raya dan bandar-bandar. (1965).822 Hussein Ahmad. hlm. Drake.K.23 34 Hussein Ahmad. Sejarah Thailand : dari pra-sejarah hingga sekarang. Sejarah Asia Tenggara. Siam : The Preservation of Independence.34 Raja Chulalogkorn telah meneruskan beberapa pembaharuan yang pernah dilakukan oleh ayahandanya iaitu Raja Mongkut terutama dari aspek sosial.35 Penerusan pembaharuan yang kedua. (1981).G.37 32 Prachoom Chomchai. (1971). Sebagai contoh. Raja Chulalongkorn telah menghapuskan adat menyembah raja serta merta daripada terus diamalkan. Hal ini terbukti melalui pengisytiharan penubuhan satu Jabatan Keretapi Diraja di bawah seorang kontraktor Inggeris yang berpengalaman sama seperti kerja yang dijalankan di Ceylon dan Malaya oleh Raja Chulalongkorn pada tahun 1892.E. Antara warisan legasi Raja Mongkut yang masih diteruskan baginda adalah seperti membasmikan “adat tradisional” iaitu adat menyembah raja.826 35 36 37 8 . Pada zaman Mongkut jalan raya telah mula di bina akibat daripada desakan golongan-golongan Barat di Thailand yang amat memerlukan kemudahan tersebut. Tokyo : The Centre for East Asian Cultural Studies. Sejarah Asia Tenggara.33 Putera Chulalongkorn telah menaiki takhta melalui pertabalannya yang telah dijalankan pada tahun 1873. Chulalongkorn The Great.1 33 B.Pembaharuan Mongkut yang diteruskan oleh Chulalongkorn Pada 1853.

40 Chulalongkorn telah menyatakan bahawa tiada siapa yang dilahirkan menjadi hamba abdi. (1991). Raja Chulalongkorn juga telah memaksa 38 Yusoff Iskandar & Khalil Yusoff. Pendidikan ini bukan sahaja untuk anak-anak golongan bangsawan tetapi juga untuk anak-anak rakyat jelata iaitu selepas penubuhan sekolah harian sejak tahun 1884. pada 1874 Chulalongkorn telah mengeluarkan surat yang mengisytiharkan bahawa segala amalan menyimpan hamba dan menjualnya adalah haram. hlm. hlm. Sehubungan dengan itu. Chulalongkorn mendapati bahawa perkara tersebut merupakan antara penyebab utama rakyat terpaksa menjadi hamba abdi kerana berhutang.Ketiga pula melalui aspek keagamaan.823 39 40 41 9 . Selain itu. Chulalongkorn telah meluaskan sistem pelajaran Barat yang dilakukan oleh Mongkut. Pelajaran Barat bukan sahaja diadakan di istana tetapi juga di luar istana. Raja Chulalongkorn mengisytiharkan bahawa beliau akan meneruskan lagi dasar ayahandanya yang berkaitan dengan aspek keagamaan di mana beliau akan memberikan kebebasan beragama.E. Apa yang dilakukan oleh Chulalongkorn adalah dengan menghapuskan rumah-rumah judi dan menghadkan peminjaman wang.41 Hal ini kerana. sistem buruh paksa atau „corvee‟ telah mula dihapuskan dan digantikan dengan sistem buruh bergaji. (1979). Hall. Chulalogkorn telah meneruskan usaha untuk menghapuskan sistem perhambaan dan percubaan. Kobkua Suwannathat-Pian. Sejarah Asia Tenggara.G.210 D.39 Sistem ini hanya berjaya dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1905. semasa Chulalongkorn pelajar-pelajar Thailand juga mendapat pelajaran Barat di seberang laut.203 Ibid. hlm.202 Dr.hlm. Pada tahun 1878. Chulalongkorn sendiri telah mengasaskan sebuah sekolah di istananya pada tahun 1878 dan dikenali sebagai King‟s College. Diskusi Sejarah. (1981). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Penghapusan ini dilaksanakan bagi menonjolkan Thailand sebagai sebuah negara beradab dan bertamadun. Dalam aspek sosial pula. Bagi menghapuskan sistem perhambaan ini telah dimulakan pada zaman Mongkut tetapi gagal dalam melaksanakannya. Raja Chulalongkorn telah memperuntukkan satu undang-undang yang memberikan hak kepada rakyat bagi menganut agama yang mereka sukai. Sistem buruh bergaji ini hanya berjaya dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873.38 Kesinambungan daripada Raja Mongkut masih diteruskan oleh Raja Chulalongkorn dan ini membuktikan bahawa beliau berfikiran terbuka mengenai sensitiviti keagamaan. Semasa Mongkut.

Sejarah Asia Tenggara.42 Dalam hal ini. hlm. (1981). (1971).162 D. D. bukan sahaja konsul asing terdapat di Thailand tetapi kedutaan-kedutaan Thailand juga didirikan di negara-negara Barat seperti di New York. Tokyo dan sebagainya.199 43 44 45 46 47 10 .821 Kobkua Suwannathat-Pian. United States : Library of Congress. Brussels. hlm.827 Patit Paban Mishra. Semasa Chulalongkorn. Campbell sebagai penasihat kepada Putra Damrong selama 2 tahun. Tzar Nicholas II (Rusia).E.47 Selain itu. London.E. Chulalongkorn telah mengadakan lawatan ke Eropah dan beliau merupakan Raja Thailand yang pertama melawat ke Eropah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1897 dan 1907.G. Chulalongkorn juga telah meneruskan pembaharuan daripada aspek politik.88 Ibid. Antaranya ialah perhubungan dengan kuasa-kuasa Barat melalui pertambahan pegawai Barat dalam sistem pentadbirannya.G. Jika dilihat Raja Chulalongkorn telah bertindak lebih daripada apa yang dilakukan oleh ayahanda beliau di mana kebanyakan daripada penasihat-penasihat asingnya adalah orang British.44 Chulalongkorn juga telah mengadakan hubungan peribadi dengan pemimpin-pemimpin Barat seperti Raja William II (Jerman). Prince of Wales (England) dan Presiden Lawbet (Perancis). hlm.D. hlm. Pembaharuan lain Pembaharuan lain yang dilakukan oleh Chulalongkorn dalam aspek politik ialah melakukan pemulihan dan perubahan terhadap sistem pentadbiran tradisional Thailand iaitu sistem „senabodi Jatusadom‟ yang menggantikan sistem kabinet. pada tahun 1899 kerajaan Thailand ini juga telah dilihat meminta bantuan daripada kerajaan British untuk meminjam seorang pegawai dari perkhidmatan awam British untuk mengelolakan semula sistem pelajaran dan Lembaga Pelajaran British telah menghantar Tuan J.43 Selain itu.G. Sejarah Asia Tenggara. (1981). Sejarah Thai Zaman Bangkok. The History Of Thailand. Hall. Sistem Thesaphiban iaitu 42 Hussein Ahmad.putera dan puterinya supaya dihantar ke sekolah yang disediakan. (2010).46 Melihat kepada keadaan ini. Sejarah Thailand : dari pra-sejarah hingga sekarang. sistem “thesaphiban” di ibu kota turut diperkenalkan pada tahun 1892. (1991). kebanyakan daripada penasihat-penasihat asing diambil kerana berdasarkan kepada pengalaman mereka di India dan di Burma. Hall.45 Raja Chulalongkorn juga telah meneruskan usaha ayahanda beliau dengan mengambil penasihat-penasihat dan pegawai luar di dalam kerajaan beliau. Paris.hlm.

hlm.2 49 Ibid. Kewangan. Selain itu juga. Hall.E. Pesuruhjaya tersebut dikenali sebagai khaluang Thesaphiban. sistem kabinet di ibu kota ini mementingkan corak pentadbiran yang bertanggungjawab dan bersepadu. Setiap jabatan pentadbiran telah dibahagikan mengikut bidang pengkhususannya. Dalam hal ini. hlm. Raja Chulalongkorn telah menghantar beratus-ratus pemuda antaranya Putra Rabi ke luar negeri untuk mempelajari cara-cara kehakiman Barat. (1981).825 Ibid. (1995). Putra Rabi telah menuntut di England dan menerima Ijazah di Oxford. Sistem ini mementingkan juga pengkhususan sesuatu jabatan atau kementerian kepada satu bidang pentadbiran sahaja. D.48 Ringkasnya. hlm. amalan kutipan terus yang dilakukan oleh Chulalongkorn juga diperkenalkan bagi menggantikan sistem ladang yang lama. Selain itu.51 Pembaharuan yang kedua yang disentuh oleh Chulalongkorn adalah dalam bidang kehakiman. Pelajaran. ianya telah dapat memudahkan Raja Chulalongkorn mengawal dasar dan perlaksanaan pentadbiran Thailand dengan berkesan dan teratur. German : German Research Association.satu kaedah pentadbiran di mana pentadbiran wilayah dikumpulkan dan ditadbir oleh seorang pesuruhjaya.50 Hal ini bertujuan untuk melicinkan lagi pentadbirannya.824 Ibid. Putra Rabi telah mengambil pegawaipegawai Tinggi Polis daripada perkhidmatan Polis Diraja India dan Burma. Pertanian dan Perniagaan.52 Berikutan daripada pembaharuan tersebut.49 Melalui kewujudan sistem kabinet ini.G. Melihat kepada perkembangan tersebut. Raja Chulalongkorn pada tahun 1892 telah memusatkan sistem pemerintahan keseluruhannya di bawah satu kementerian sahaja iaitu Kementerian Dalam Negeri. pada awalnya sistem kabinet yang dilaksanakan oleh Raja Chulalongkorn terdiri daripada 12 jabatan seperti Jabatan Hal Ehwal dalam Negeri. 50 51 52 53 11 . Hubungan luar. Ibid.53 48 Harrassowitz Verlag. Pertahanan. Sejarah Asia Tenggara. salah satu usaha Putra Rabi sebagai Menteri Kehakiman ialah menubuhkan sekolah undang-undang untuk melatih peguam Thailand. Regions And National Integration In Thailand 1892-1994. Kehakiman dan beberapa jabatan lagi.

hlm. Jabatan Audit akan menarik semula kuasa kewangan diraja kepada raja pemerintah seperti yang wujud pada zaman pemerintahan Rama III. Raja Chulalongkorn telah melakukan pembaikan dari aspek rasuah yang dilihat sering kali berlaku. 55 56 57 12 . hlm. Dengan penubuhan badan pusat untuk menguruskan semua jenis cukai kerajaan. Dalam hal ini.57 Kesan pemodenan ke atas Thailand Pemodenan dan pembaharuan yang dilakukan oleh Mongkut dan Chulalongkorn telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada aspek politik. Perjanjian Bowring yang ditandatangani pada 1855 merupakan perjanjian yang tidak seimbang.54 Jelaslah bahawa tujuan Chulalongkorn ialah untuk memaksa khunnang yang menjalankan pengutipan cukai kerajaan supaya menghantar hasil kutipan cukai ke jabatan baru itu.E. Hal ini dapat dilihat misalnya dalam aspek politik iaitu melalui Perjanjian Bowring.56 Sehinggalah pada tahun 1901.824 Ibid. satu sistem perbelanjaan berkenaan keluar masuk wang. Chulalongkorn menolak golongan Khunnang yang dibawah pengaruh dan kuasa pemangku raja sebagai sumber ekonomi dan kekayaan mereka. Kobkua Suwannathat-Pian. Hasilnya Thailand terpaksa akur dengan kehendak British. sebelum sistem kewangan diperbaharui antara lima hingga enam juta wang sterling telah diperas oleh tukang kutip wang yang menunjukkan berlakunya korupsi dalam kerajaan. Thailand telah memberikan hak wilayah asingan kepada British. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Chulalongkorn juga telah memperbaharui sistem ekonomi Thailand. hlm. Melihat kepada keadaan ini. Sebagai contoh. Jika diteliti.G. Chulalongkorn juga telah mewujudkan satu badan yang diperkenalkan iaitu Jabatan Pemeriksa Kira-Kira Diraja ataupun Jabatan Audit. Hall. Selain pembaharuan yang dilakukan dalam aspek politik. amalan rasuah yang berlaku dalam kalangan pegawai-pegawai juga telah dilihat memburukkan nama Thailand di mata dunia ini. Chulalongkorn juga menggalakkan perkembangan ekonomi moden di Thailand. (1991). Sebaliknya. Sejarah Asia Tenggara. pemulihan semula kastam dan cukai-cukai tanah telah dibentuk bagi memerangi masalah ini.193 Ibid. (1981). Hak terhadap wilayah asing tersebut telah 54 Dr.194 D. barulah anggaran perbelanjaan kerajaan diisytiharkan. dan sekaligus menghentikan amalan semua kutipan cukai yang dihantar kepada senabodi krom. 55 Selain itu.Ketiga. ekonomi dan sosial. jika diteliti dengan lebih lanjut.

Sejarah Thailand : dari pra-sejarah hingga sekarang. hlm. Wang Na melarikan diri ke kedutaan British untuk meminta perlindungan politik. Hal ini dapat dilihat semasa berlakunya kebakaran istana Chulalongkorn dan putera Wang Na Wichaichan tidak dibenarkan untuk bersama-sama membantu memadam kebakaran tersebut. hlm. Sebagai contoh. selepas termaktubnya Perjanjian Bowring kedudukan Thailand telah jatuh ke tahap yang lebih rendah.164 & 165 60 61 13 . Sejarah Thai Zaman Bangkok.175 59 Ibid.61 Kesan kedua dalam bidang politik ialah masalah yang timbul antara Chulalongkorn dan pemerintah konservatif Thailand. (1991). Thailand terpaksa menyerahkan sebahagian empayarnya secara rasmi kepada Perancis dan juga turut berlaku keruntuhan kuasa dan pengaruh institusi raja serta kekuatan golongan Khunnang. sebenarnya Thailand tidak mempunyai pilihan lain bagi mengelakkan penjajahan British terhadapnya. (1991). Pihak Barat turut berjaya menguasai sebahagian wilayah-wilayah yang penting di Thailand. Manakala Perjanjian Bowring telah member kesan positif kepada Barat. (1971). Perkara menyebabkan Wang Na beranggapan bahawa Raja Chulalongkorn ingin menjatuhkan kuasanya. pada zaman Rama III telah termeterainya Perjanjian Burney 1826 yang isi kandungannya mengiktiraf kedudukan Thailand setaraf dengan negeri-negeri barat yang lain.176 Hussein Ahmad.60 Walaupun perjanjian ini telah merugikan pihak Thailand namun. 156 Kobkua Suwannathat-Pian. Namun. Kesannya Thailand tidak lagi mempunyai kuasa langsung ke atas rakyat British walaupun berlakunya kes melibatkan rakyat Thailand. hlm.membenarkan kewujudan kuasa kehakiman negeri asing dalam negeri Thailand. hlm. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Barat telah berjaya memperolehi hak wilayah asingan daripada Thailand. Chulalongkorn. Hal ini berlaku apabila Chulalongkorn cuba untuk memperbaharui sistem pemerintahan Thailand namun pembaharuan ini telah ditentang oleh Putera Wang Na Wichaichan (1874). pihak senabodi dan Si 58 Kobkua Suwannathat-Pian.59 Perjanjian ini juga telah membuka jalan perdagangan kepada pedagang-pedagang Inggeris dan memberi peluang kebebasan kepada mereka. Akibat daripada tindakan Chulalongkorn. Putera tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan Chulalongkorn kerana menganggap ia sebagai membelakangi pegawai kerajaan tempatan. pada zaman Mongkut. Kewujudan kuasa kehakiman tersebut telah merendahkan kuasa kehakiman Thailand.58 Sebelum ini.

Suriyawong berasa bimbang akan campur tangan kuasa luar dalam sistem politik Thailand lalu mencuba untuk memujuk Wang Na tetapi gagal. namun ia telah menyusahkan rakyat. Dalam aspek ekonomi Thailand telah mengalami perkembangan yang positif. perniagaan-perniagaan di Thailand telah meningkat dengan pesat pada tahun 1850. Chulalongkorn memutuskan untuk meminta pertolongan Sir Andrew Clarke untuk mendamaikan perselisihan yang berlaku. Di sebalik aktiviti pengeksportan barangan ke luar negara.156 63 14 . (1971). Sejarah Thailand : dari pra-sejarah hingga sekarang.194 Hussein Ahmad. Thailand telah mengeksport barangan seperti gula. Sebagai contoh adat melarang melihat muka raja. Akhirnya. hlm.hlm. 62 Ibid.62 Hal ini dapat dilihat bahawa golongan tua dan pihak konservatif menentang keras terhadap pembaharuan Chulalongkorn. Akibat daripada aktiviti-aktiviti tersebut. belulang. adat ini telah berjaya dihapuskan dan seterusnya telah membawa kepada kamajuan Thailand. adat perhambaan. Nilai eksport barangan tersebut adalah tidak kurang daripada 5 590 000 baht. pemodenan dan pembaharuan yang dilakukan oleh Mongkut dan Chulalongkorn telah membebaskan rakyatnya dari dibelenggu oleh sistem adat yang menyusahkan. Dalam aspek sosial. pada tahun 1870 nilai eksport meningkat naik menjadi 11 000 000 baht dan nilai Import pula berjumlah 8 000 000 baht. bijih timah.63 Peningkatan perniagaan ini bukan sahaja kesan daripada Perjanjian Bowring tetapi hubungan dengan kuasa Barat lain turut mempengaruhinya. Sebagai contoh. Hasilnya Thailand telah berjaya mengekalkan kemerdekaannya dan menjadi satu-satunya negara Asia yang tidak dijajah oleh Barat. dan kayu kayan. adat menyembah raja dan sistem buruh paksa. Walaupun sistem adat ini merupakan adat traditional. Thailand turut terlibat dengan aktiviti mengimport barangan luar yang bernilai 4 330 000 baht. kapas mentah. Melalui kebijaksanaan dan keterbukaan minda Mongkut dan Chulalongkorn.

Namun. Mongkut yang menyedari akan kekuatan kuasa Barat telah mengambil iktibar daripada kegagalan negara jirannya seperti China. Hal ini telah memberi kelainan serta kemajuan kepada Thailand walaupun pada awalnya ia dianggap sebagai melanggar tradisi Thailand. kehakiman dan pendidikan Barat. Ternyata bahawa kebijaksanaan Mongkut dan Chulalongkorn telah memberi peluang kepada Thailand untuk terus maju serta kekal sebagai kuasa yang bebas daripada penjajahan. dalam bidang pendidikan Chulalongkorn telah meneruskan dasar pendidikan oleh bapanya. Burma dan Vietman. Oleh sebab itu. Mongkut hanya menerapkan sistem pendidikan Barat kepada golongan bangsawan sahaja. Mongkut turut mengaplikasikan sistem Barat di Thailand seperti sistem cabinet. Sebagai contoh. Baginda telah memperuntukan satu undang-undang memberi hak kepada rakyat untuk menganuti agama yang mereka sukai. Chulalongkorn telah meneruskan dasar bapanya iaitu kebebasan beragama. Keterbukaan fikiran baginda telah memberikan baginda idea untuk meneruskan serta menambah pembaharuan-pembaharuan yang dijalankan oleh bapanya. Hal ini kerana. dapat dilihat bahawa kemajuan yang dikecapi oleh Thailand adalah disebabkan oleh kebijaksanaan Mongkut dan Chulalongkorn. Sebelum ini. baginda telah mengambil tindakan menjalinkan hubungan baik dengan pihak Barat. Chulalongkorn telah mengasaskan sebuah sekolah di istananya pada tahun 1878 dan dikenali sebagai King‟s College. Chulalongkorn yang turut diberikan pendidikan Barat oleh bapanya turut bijak dalam menjalankan pentadbiran. Selain itu. Mongkut menyedari bahawa golongan rakyat tempatan di Asia sering dipandang rendah serta dianggap tidak bertamadun oleh pihak Barat.Kesimpulan Secara kesimpulannya. Kebijaksanaan Mongkut telah memberikan kelebihan kepada Thailand dari kaca mata golongan Barat. 15 . Dalam aspek keagamaan. Sebagai contoh. Chulalongkorn telah menyebarkan sistem pendidikan ini kepada seluruh Thailand.

A History Of Thailand. Chulalongkorn The Great. Kobkua Suwannathat-Pian. Terjemah). Mongkut the King of Siam. (1981).E. (1995). Pulau Pinang : Teks Publishing Sdn. Sejarah Revolusi Thai (Wan Azaham Wan Mohamad. Prachoom Chomchai. New York : Cornell University Press. Diskusi Sejarah. Siam : The Preservation of Independence. Regions And National Integration In Thailand 1892-1994. Sejarah Thai Zaman Bangkok. D. Yusoff Iskandar & Khalil Yusoff. Sejarah Thailand: dari pra-sejarah hingga sekarang. Sejarah Asia Tenggara. (1971).Bibliografi Drake. Kelantan : Pustaka Aman Press. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn Bhd.B. Moffot Abbot Low. (1971). Rong Syamananda. Thawatt Mokarapong. Bhd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. The History Of Thailand. Verlag. German : German Research Association.K. (1987). Harrassowitz. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Hall. (1981). (1991). Patit Paban Mishra. (1979). United States : Library of Congress. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (1965). 16 . Hussein Ahmad.G. (1961). Tokyo : The Centre for East Asian Cultural Studies. Bangkok : Thai Watana Panich Co Ltd.