KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1

UNIT 3
TEORI PEMBELAJARAN, PENDEKATAN MENGAJAR DAN INTERPRETASI PENGAJARAN BAHASA

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini anda akan dapat :

1. Menghuraikan mazhab-mazhab dalam pembelajaran bahasa 2. Menghuraikan teori-teori Bahasa 3. Menjelaskan teori-teori pembelajaran bahasa 4. Menghuraikan pendekatan dan kaedah mengajar bahasa

PENGENALAN
Bahasa adalah milik manusia yang paling penting dan inilah yang membezakan mereka dengan makhluk-makhluk lain. Dengan bahasalah manusia dapat berhubung, melahirkan pandangan, perasaan dan pendapat, menyampaikan ilmu dan menciptakan keindahan melalui kesusasteraan dan menurunkan ilmu, kebudayaan, peradaban dari satu generasi kepada satu generasi.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

2

Kepentingan bahasa di dalam kehidupan kita sehari-hari memang tiada siapa yang akan menafikannya. Tetapi apakah itu bahasa, bagaimana

sifat-sifatnya dan cara mana ia lahir jarang-jarang diketahui oleh kita semua. Berkaitan dengan pengertiannya pelbagai pandangan dan pendapat telah diketengahkan melalui kajian-kajian terdahulu, Walau apa pun definisi yang diberi kita tetap akan bersetuju bahawa bahasa adalah sebagai satu lambang atau sistem lambang pertuturan yang arbitrari, yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung. Pendapat Bloch dan Trager ini diperjelaskan lagi oleh ahli-ahli psikolinguistik moden yang mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem kognitif manusia yang unik yang dapat dimanipulasi oleh manusia untuk menghasilkan sejumlah kalimat yang tidak terbatas berdasarkan unsur-unsur yang terbatas untuk dipakai oleh manusia sebagai alat untuk berkomunikasi dan mengumpulkan ilmu pengetahuan.

ISI KANDUNGAN

Apakah Mazhab-Mazhab Dalam Pembelajaran Bahasa? Dalam kajian bahasa, terdapat beberapa mazhab yang kemudiannya telah melahirkan deskripsi bahasa, teori-teori bahasa, teori-teori pembelajaran bahasa dan pendekatan, kaedah dan teknik-teknik mengajar bahasa. Antara mazhab-mazhab itu ialah mazhab behaviuris, mazhab kognitif, mazhab sosial dan sebagainya.

a. MAZHAB BEHAVIURIS Mazhab behaviuris yang dikenali juga sebagai mazhab tingkah laku amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu,

khususnya kemahiran fizikal, Mereka menganggap pembelajaran adalah perubahan-perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu. Bagi mereka, pembelajaran adalah proses luaran atau tingkah laku yang dapat dilihat dan diamati. Pembelajaran juga dapat dikawal dan diramal. Hubungan antara sebab-sebab dan akibat

Skinner clan E. F. mazhab ini menekankan kepentingan rangsangan (stimulus) dan tindak balas (response). Dalam proses pembelajaran. sebarang kajian atau pembelajaran yang mengaitkannya dengan otak manusia haruslah ditolak. otak manusia merupakan satu kotak hitam yang gelap dan apa-apa yang berlaku di dalamnya tidak dapat diamati dan diselidiki. . Mazhab ini tidak menerima saranan pakar psikologi kognitif yang menganggap bahawa manusia boleh memilih keadaan yang membolehkan mereka memberi gerak-gerak balas tertentu. L. Thorndike. tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh pengalaman-pengalaman lampau serta keadaan di sekeliling mereka. Mazhab ini diasaskan oleh Ivan Pavlov melalui kajian-kajiannya yang begitu bermakna. Para pendukung psikologi behaviuris beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi secara kerap. Watson. Semua bentuk pembelajaran perlakuan baru adalah berdasarkan persekitaran dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan keupayaan mental. Perspektif mazhab ini ialah perubahan tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh alam sekeliling yang berperanan membentuk dan mengubahsuai perlakuan tersebut. Menurut mazhab ini. Konsep pelaziman klasik yang telah diperkenalkan kepada dunia psikologi kemudiannya diperkembangkan oleh pakar-pakar psikologi terkenal seperti J.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3 atau rangsangan dan gerak balas adalah asas kepada berlakunya pembelajaran. Peranan otak dan fungsinya tidak diambil kira langsung kerana hubungan-hubungan mental tidak dapat diamati dan diselidiki. B. Penguasaan sesuatu aspek pembelajaran bukanlah semata-mata merupakan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian. Golongan ini berpendapat. la memerlukan banyak latihan dan harus dikuasai dan dipelajari lebih daripada biasa. B.

Kaffka. Kognitif bukanlah hanya hasil kematangan organisme. Lennerberg. bahkan ia melibatkan kedua-duanya sekali. Robert Glazer. Miller dan sebagainya. Piaget ditulis dan dibicarakan pada kira-kira permulaan tahun 1960-an. Bruner. Penggunaan bahan-bahan sokongan. teori ini memandang menekankan manusia. Istilah kognitif mulai dikemukakan ketika teori-teori J. contoh-contoh yang jelas dan rancangan-rancangan pembelajaran yang menarik dan berkesan perlu disediakan untuk mendapatkan kesan rangsangan gerak balas yang sempurna. Bahasa perlu dipelajari dalam suasana lisan. David Ausubel. Mazhab ini menegaskan kepentingan keupayaan manusia berfikir serta memproses dan . Robert Lee. Perspektif kognitif tertumpu kepada keupayaan berfikir. pembelajaran proses-proses sebagai satu Mereka dalaman yang berlaku kepada otak Perubahan-perubahan tingkah laku atau yang disebut sebagai pembelajaran itu hanyalah suatu refleksi perubahan dalaman. MAZHAB KOGNITIF Teori psikologi kognitif berbeza dengan teori pembelajaran behaviuris.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 4 Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ahli-ahli psikologi yang bermazhabkan aliran kognitif ini termasuklah Piaget. H. E. Latihan bentuk dan pola-Pola bahasa adalah perlu untuk mewujudkan kebiasaan atau tabiat berbahasa. Lakoff. Ahli-ahli rasionalis yang berpegang proses kepada pemikiran. bukan juga pengaruh persekitaran sahaja. George A. mazhab ini menganggap pembelajaran bahasa adalah satu hal latihan. Bahasa bagi mereka adalah sesuatu yang hidup dan berubah. b. Kohler. Pengertian kognisi sendiri sebenarnya melibatkan aspek-aspek struktur intelek yang digunakan untuk memahami dan mengetahui sesuatu. John Anderson. Gagne.

Biasanya. Pembelajaran melibatkan proses. Teori ini menggariskan bahawa penyingkiran kesedaran mental atau fikiran yang diutarakan oleh mazhab behaviuris adalah satu kesilapan besar. Alat ini disebut sebagai 'LAD' (Language Aquisition Device) atau alat pemerolehan bahasa. Sebaliknya. tetapi ia bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalahmereka. Menurut pendapat orang-orang dalam aliran ini. . mazhab ini berpendapat kanak-kanak sejak dilahirkan lagi telah pun mempunyai satu alat di dalam otak mereka yang membolehkan mereka memahami bahasa yang didengarnya dengan mudah. manusia adalah juga haiwan. mereka menganggap teori-teori pembelajaran menjadi bererti hanya jika fikiran dimasukkan ke dalamnya sebagai satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan.Sistempengolahaninformasidapatdikawaldenganbaikolehfikir andan pengetahuan yang sentiasa berada dalam keadaan sedar. Pembelajaran bahasa mementingkan kesedaran terhadap pola-pola sintaksis dan Ieksikal dan bukan satu pembentukan kebiasaan yang mementingkan latihan dan ulangan. Dengan perkataan lain. haiwan sekalipun dalam pemecahan persoalannya menggunakan pola pemikiran atau celik akal. Teori ini mengakui adanya pembelajaran melalui proses cuba jaya dan ini dilakukan secara sedar. kadar keupayaan belajar dan tahap pembelajaran dapat diketahui melalui tingkah laku yang dicerminkan daripada darjah pembelajaran yang diperoleh.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 5 menilai data atau maklumat sebelum satu reaksi dapat dilakukan kepadanya. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Menurut mereka. Fasa ini menggambarkan keupayaan murid-murid setelah berlakunya sesuatu pembelajaran. mental dan tidak hanya aspek-aspek mekanikal sahaja.

berkemahiran memanipulasi dan menilai cara-cara untuk mengeksploitnya. Cara ini membolehkan mereka memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia di sekeliling mereka. c. Tiada satu pun daripadanya yang diwarisi secara biologi. MAZHAB SOSIAL Dalam pengertian yang agak luas. Ketiga. umpamanya dengan menggunakan penilaian norma.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 6 prestasi murid-murid dapat diukur dengan mudah dan ini dapat dilakukan melalui pelbagai cara. secara langsung atau tidak langsung. kriteria atau lain-lain cara pengukuran. tetapi juga berfungsi sebagai peneguh yang menentukan darjah kepuasan yang dirasai oleh individu tersebut. Maklum balas seperti ini tidak sahaja menjadi pengukur kepada prestasi seseorang murid. Kedua. Peneguhan ini penting kerana jangkaan individu terhadap proses pembelajaran mereka dapat ditentukan oleh hasil yang telah dicapai. Pertama ia melibatkan apa sahaja berkenaan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat. Dengan melihat pencapaian mereka. Fasa maklum balas adalah pengetahuan yang menunjukkan prestasi seseorang sesudah melalui proses pembelajaran. manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Inilah caranya individu memperoleh kebanyakan daripada kapasiti fizikal moral dan sosial yang diperlukan. Keadaan inilah juga yang akan . pendidikan bagi mazhab ini adalah proses yang melibatkan tiga faktor yang berkaitan dengan manusia. kanak-kanak sejak dilahirkan adalah bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Mereka tidak berupaya memperkembangkan sahsiah manusia mereka tanpa mendapat bantuan. prestasi murid-murid dari segi keberkesanan pembelajaran mereka dapat ditentukan.

Istilah ini digunakan kerana proses tersebut adalah proses sosial yang berlaku dalam konteks sosial. Individu biasanya tertakluk kepada semua peraturan yang telah ditetapkan oleh kumpulan atau komunitinya.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 7 menentukan caran mereka bertindak dan berfungsi dalam masyarakatnya. terdapat hubung kait antara sistem nilai dan pola-pola tingkah laku yang dimaksudkan itu. Dalam hal ini. . Ahli-ahli sosiologi menyebut perkembangan ini sebagai proses sosiolisasi. Ahli-ahli sosiologi berpendapat. terdapat dua aspek persekitaran sosial yang penting dalam bidang pendidikan dan pembelajaran. Aspek ini melibatkan kanak-kanak dan sistem.

1 Banding dan bezakan matlamat pendidikan untuk mazhab-mazhab berikut :    Mazhab Behaviurus Mazhab Kognitif Mazhab Sosial .KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 8 AKTIVITI 3.

itu. iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. la tidak mementingkan peranan mental dan apa yang perlu dikaji ialah data-data.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 9 Apakah Teori-Teori Bahasa? Sebenarnya terdapat lebih kurang sepuluh teori linguistik yang terkenal dan masing-masing mempunyai ramai pengikut. hanya dua sahaja yang dianggap penting yang tiap-tiap satunya mendasari perkaedahan dalam pengajaran bahasa. teori ini juga mementingkan penekanan kepada bentuk-bentuk linguistik. Segala penghasilan bunyi atau sebutan sesuatu kata harus dapat dilakukan secara tepat terutama daripada aspek fonologi. intonasi dan lain-lain penguasaan sistem bunyi. Bahasa dalam bentuk kalimat-kalimat sebagai perangai yang secara langsung dapat diamati dan diselidiki. Teori-teori ini ialah teori mekanis yang mewakili Aliran Behaviurisme dan teori mentalis yang mewakili Aliran Kognitif a. dan mementingkan satu rangkaian turutan sebab dan kesan. maka satu . la menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak balas organisma pada rangsangan iaitu tingkah laku adalah sebagai gerak balas. Daripada. Di samping itu pula. struktur. teori-teori ini. Teori ini menekankan bahawa bahasa adalah perangai dan individu lebih banyak belajar melalui pengalaman daripada. Oleh kerana kemahiran bahasa adalah dipandang sebagai satu kebiasaan. Selain daripada. latihan dan latih tubi yang kerap tidak boleh diabaikan. Teori Mekanis Teori ini memandang bahasa sebagai satu aktiviti fizikal semata-mata. melalui otaknya.

prinsip konstituen terdekat digunakan. Bahasa adalah alat untuk berhubung. Bahasa adalah satu sistem bentuk dan bukan himpunan makna yang menjadi simbol pemikiran. iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa itu sehingga menjadi satu kebiasaan. iii. Bahasa dihuraikan secara deskriptif atau struktural dalam bidang analisis ayat. Makna sebagai pancaran fikiran dan perasaan manusia dianggap tidak penting. Aspek lisan yang berupa percakapan atau pertuturan sangat dipentingkan. vi.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 10 tabiat mestilah ditanam ke dalam diri pelajar-pelajar itu. Pengukuhan dan ganjaran di dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah penting. sebagai v. iv. Bahasa adalah suatu tingkah laku manusia yang dihasilkan daripada operasi rangsangan dan tindak balas. Satu pendedahan kebiasaan yang baik akan pasti dapat melahirkan satu bahasa yang juga baik. . Perlakuan ini sama seperti tingkah laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. ii. Teori mekanis mengutarakan beberapa ciri penting. iaitu dengan memberi mereka peluang berlatih berulang kali. i.

la menganggap bahasa adalah sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf dan ini boleh berlaku setelah ianya menerima bahan buku dalam bentuk perangsang daripada telinga. oleh pelajar-pelajar adalah dalam membentuk biasaan-biasaan yang betul dan tepat. b. Teori ini juga tersangat menegaskan 'makna'. mata dan lain-lain alat pancaindera. Mengikut teori ini. Dari segi pembelajaran bahasa. la menganggap pengetahuan seseorang itu tentang struktur bahasa yang hendak dipelajari itu penting kerana dipercayai pengetahuan ini memudahkan pembelajaran bahasa itu. beberapa ciri penting Teori mentalis mengutarakan i. semua bidang penghuraian bahasa mestilah berdasarkan logik kerana sesuatu yang tidak dapat dimengertikan itu adalah tidak bermakna dan tidak dapat diterima. Teori Mentalis Teori ini memandang bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan khas manusia secara semula jadi. Apa yang perlu dikaji ialah proses yang terjadi di dalam otak dan saraf itu yang membolehkan pembentukan dan penghasilan bahasa tersebut. . teori ini menekankan kepada pengetahuan seseorang itu. Dalam proses pembelajaran. iaitu bersifat semula jadi. kegagalan kesalahan pelajar itu yang di dilakukan. Manusia sejak lahir sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 11 vii. Perkara ini adalah innate sifatnya.dan proses-proses yang tersembunyi yang terlibat dengan penghasilan bahasa.

iv. Bahasa dihuraikan melalui analisis transformasi-generatif. viii. Pertama disebut kemampuan atau kecekapan dan yang kedua disebut prestasi. aspek pemikiran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Penguasaan bahasa ada kaitannya dengan keupayaan mental. Ada dua bahagian penting dalam proses penguasaan bahasa. Bahasa mempunyai ciri-ciri kesejagatan. pengetahuan dan makna adalah ditekankan dan bukan latihan-latihan yang membentuk kebiasaan. Bahasa mempunyai ciri-ciri kreativiti. vii. vi.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 12 ii. v. Bahasa mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran. Kesalahan pelajar bukanlah merupakan kegagalan tetapi ia adalah satu percubaan . iii.

.2 Kenalpasti ciri-ciri teori mekanis dan teori mentalis dalam pengajaran bahasa.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 13 AKTIVITI 3.

misalnya belajar memandu kereta. Ini bertujuan untuk membentuk satu kebiasaan baru pada pelajar. Pertama ialah teori pembentukan kebiasaan. menghafaz puisi. Menurut teori ini. teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa. perancangan guru dalam satu-satu pengajaran adalah penting. Teori ini menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak-tanduk organisma pada rangsangan itu sebagai gerak balas. Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan Teori pembelajaran bahasa ini memandang pembelajaran bahasa sebagai satu kegiatan mekanis iaitu sebagai satu aktiviti fizikal semata-mata. belajar menaip. a. manusia menggunakan model ini untuk menguasai sesuatu pembelajaran.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 14 Apakah Teori-Teori Pembelajaran Bahasa? Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa ada terdapat empat teori penting yang berhubung dengan pembelajaran. kedua teori pembelajaran kod-kognitif. la harus dapat menentukan apakah perlakuan baru yang perlu dicapai oleh murid-murid dan dapat pula menyediakan persekitaran pembelajaran yang bermakna dan berkesan. . Teori ini cuba menunjukkan bahawa tingkah laku adalah ditentukan oleh faktor-faktor luaran seperti ganjaran yang menguatkan hubungan rangsangan dan gerak balas. Banyak contoh dalam kehidupan kita sehari-hari. menguasai perbendaharaan kata atau sebagainya. ketiga teori pembelajaran fungsionalis dan keempat teori pembelajaran interaksionalis. Menurut Bloomfield (1933).

tujuannya ialah untuk menguatkan hubungan rangsangan (keperluan membentuk ayat-ayat tanya) dan gerak balas (kemahiran membentuk ayat-ayat tanya) menjadi kekal keadaannya.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 15 'Penguasaan satu-satu bahasa bukanlah satu hal pengetahuan. Jika tidak digunakan kemahiran membentuk ayat-ayat itu akan berkurangan. Teori ini menekankan kefahaman struktur bahasa yang dipelajari kerana dipercayai bahawa pengetahuan. kekalnya satu-satu pembelajaran itu adalah bergantung kepada bagaimana latihan itu diuruskan. kebolehan khas manusia secara semula jadi. Perlu diingat. ianya adalah satu hal latihan'. maka pengetahuan mengenai tatabahasa bahasa kedua . Latihan walau bagaimanapun hendaklah dalam keadaan yang bermakna. Latihan pembelajaran mengikut pandangan teori ini ialah latihan yang dikukuhkan. b. tentang pemahaman struktur bahasa itu memudahkan. pembelajaran dan penguasaan bahasa tersebut. jika tidak ia boleh membosankan para pelajar. Apabila teori ini digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Latihan yang dimaksudkan itu ialah ulangan satu-satu gerak balas dikaitkan dengan satu-satu rangsangan. Misalnya latihan membentuk ayat-ayat tanya. Teori Pembelajaran Kod-kognitif (Piaget) Teori pembelajaran kod-kognitif memandang pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran iaitu satu aktiviti mental yang merupakan. Teori pembentukan kebiasaan ini juga menekankan kepada kemahiran lisan. Kemahiran mendengar dan bertutur ini ditegaskan kerana kedua-dua kernahiran ini mempunyai hubungan yang rapat sekah dan ia merupakan satu perkara yang mudah untuk dikuasai jika dibandingkan dengan aktiviti membaca dan menulis.

mereka boleh memilih bentuk-bentuk yang diterima dalam bahasa itu dan menolak bentuk-bentuk yang bukan struktur dalam bahasa tersebut. Selain daripada itu. Teori penguasaan. bukan mekanikal. Ini dapat membantu guru memaksimumkan hasil pengajaran mereka. leksikal. pemahaman pelajar akan struktur-struktur bahasa yang dipelajari adalah amat penting. Dengan daya penguasaan bahasa ini. Ini adalah kerana pengetahuan itu dapat membantu pelajar tersebut menguasai bahasa yang dipelajari itu secara lebih berkesan. menghafaz peraturan-peraturan dalam tatabahasa itu adalah juga perlu. Menurutnya. Teori pembelajaran. Perbezaan antara kedua-dua teori pembelajaran ini sebenarnya adalah perbezaan penegasan. . dan ini juga merupakan kelemahan masing-masing. lisan dan bertulis bukanlah bersifat berasingan tetapi merupakan pasangan yanIg saling melengkapi dan tidak dapat dipisahkan. Teori kod-kognitif ini juga begitu mementingkan pengetahuan dan kesedaran tentang pola-pola sintaksis dan. ini menganggap bahasa adalah fenomena peni3ciran dan. Jadi guru bahasa patutlah menggabungkan kekuatan kedua-dua teori pembelajaran ini dalam pengajaran mereka. Sebenarnya latihan dan pengetahuan.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 16 ditekankan. Dalam pembelajaran bahasa. bahasa ini rapat hubungannya dengan teori psikologi kognitif pembelajaran yang menekankan analisis dan pembelajaran melalui proses deduktif. kanak-kanak mempunyai satu daya penguasaan bahasa yang bertindak melalui hipotesis dan cuba uji.

Langkah ini dapat menolong murid-murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajarinya itu dengan betul. Walaupun pada dasarnya teori ini menganggap penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa namun kedua-dua makna dan struktur harus berjalan serentak. pelajar-pelajar. kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk-bentuk linguistik yang jelas dan tepat. . Bowennan (1973 -6). Ini adalah kerana kebolehan tetapi kognitif tidak hanya kanak-kanak mentafsir makna menjamin pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. Gromer (1976) dan lain-lain yang menunjangi teori ini bersependapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan membolehkan bahasa. teori ini menyarankan supaya guru memberi banyak latihan kepada. Menurut teori pembelajaran interaksionalis.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 17 c. Teori ini menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis. Seseorang pelajar harus boleh menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna. merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat berinteraksi dan ia. Teori Pembelajaran Interaksionalis (Halliday) Teori ini berkembang dalam bidang psikolinguistik dalam tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Kebolehan ini adalah penting bagi membolehkan mereka itu berkomunikasi dalam bahasa masyarakat itu dengan baik dan berkesan. mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran bahasa itu. Ahli-ahli bahasa seperti Bloom (1970). Dalam pembelajaran bahasa.

Bahasa menyampaikan idea: Kita berfikir dan mencuba berkongsi pandangan dan pendapat dengan orang lain melalui bahasa.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 18 Selain daripada itu. Apabila seseorang itu bercakap. bahasa mempunyai tiga fungsi: i. Ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi. aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik adalah juga penting difikirkan. Menurut teori ini. Bahasa menyampaikan maklumat: Bahasa mempunyai keupayaan untuk menyampaikan maklumat mengenai penutur. . Bahasa menyampaikan partisipasi kita dalam proses berkomunikasi. d. ii. Ini bermakna bahasa itu digunakan untuk tujuan-tujuan berinteraksi. sama ada dia suka atau tidak. Secara umum ini disebut sebagai fungsi kognitif. aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan membolehkan murid-murid bukan sahaja berusaha menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa itu tetapi juga berkemampuan untuk menggunakannya dengan fasih dan lancar. Teori Pembelajaran Fungsionalis (Haliday) Teori fungsionalis berkembang dalam tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. iii. Menurut teori ini. secara tidak disedarinya dia telah pun menyampaikan maklumat tentang dirinya. Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu.

kajian-kajian bahasa adalah tertumpu kepada perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa itu ketika seseorang itu berkomunikasi.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 19 Menurut teori ini. bahasa bukan semata-mata dikaji dari segi bentuknya tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana bahasa itu berubah-ubah sifatnya sewaktu ia digunakan untuk berkomunikasi. Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukan hubungan-hubungan sintaksis. Semasa bahasa itu dituturkan ada terdapat kepelbagaian di dalamnya. Dalam perkataan lain. iii. Sistem bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli masyarakat untuk berkomunikasi tidaklah merupakan satu sistem yang statik atau tertutup sifatnya tetapi sistem itu bertenaga dan terbuka. Bahasa adalah sebagai alat untuk berhubung. e. ii. melahirkan pendapat dan menyatakan perasaan dan oleh kerana inilah ia bukan sahaja berfungsi sedemikian tetapi juga dapat juga menggambarkan watak dan peribadi penuturnya. Ini adalah kerana bahasa itu tidak statik dan bertindak mengikut sesuatu keadaan dan sistem sosial. iv. Teori ini mengutarakan beberapa ciri penting: i. Teori Pembelajaran Situasionalis Teori pembelajaran situasionalis menganggap bahasa adalah sebagai satu kod komunikasi dan ia digunakan untuk menyatakan aksi untuk .

meja. gambar-gambar. Teori situasionalis menyarankan supaya bahan-bahan pengajaran disesuaikan dengan kaedah dengar-tutur di mana bahan-bahan itu diperdengarkan terlebih dahulu sebelum murid-murid diminta membaca dan menuliskannya. pen dan pembaris. Formula sosial perlu diperkenalkan. aras dan peringkat dan sebagainya. . Bahan-bahan realis. Formula sosial ini penting kerana ianya berguna dalam konteks bermasyarakat. Item-item linguistik haruslah dimanipulasi dan dipelajari. duduk. diperkenalkan dan ini dilakukan dengan cara mewujudkan situasi-situasi sebenar di dalam kelas. memberi dan menerima. atau satu kit pengajaran yang berguna. botol. Bentuk-bentuk ayat perlu. pensel. kasut dan sebagainya sangat baik jika digunakan. walaupun ada kemungkinan ia merupakan aktiviti-aktiviti yang kompleks. objek-objek yang terdapat di dalam bilik darjah. Mengikut pandangan teori ini bahasa dipelajari dengan cara menggalakkan pembentukan kebiasaan.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 20 menerangkan. nama. berlari. kerusi. seperti buku. Satu lagi perkara yang amat digalakkan ialah 'main peranan' simulasi atau berlakon dalam keadaan dan situasi sebenar. Bahasa digunakan oleh pemain-pemain peranan dalam situasi-situasi sebenar. dan mengukur. berdiri. Pandangan ahli-ahli bahasa yang menganut teori ini mengenai deskripsi bahasa tidak banyak perbezaannya dengan apa yang diutarakan oleh golongan strukturalis. untuk menyatakan lokasi. Selain daripada itu. aksi-aksi biasa seperti berjalan. Ayat-ayat dipilih oleh guru dan ia harus terdiri daripada ayat-ayat yang betul dan gramatis.

bukan si5tem bentuk tetapi sistem makna. Ini bermakna teori ini menekankan makna (aspek semantik) dan mengutamakan tatabahasa yang bersistem. Berbeza dengan teori pembelajaran situational.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 21 f. Dari segi deskripsi bahasa. teori ini cuba menerangkan keperluan berkomunikasi pelajar-pelajar dan kemudian mempamerkan cara-cara setiap komunikasi yang diperlukan itu dinyatakan. Soalan yang harus dijawab ialah 'Apakah yang. Pendekatan anggapan berdasarkan pandangan-pandangan fungsionalis terhadap ciri-ciri semula jadi bahasa yang menekankan tatabahasa dan makna secara serius. Mereka mengandaikan bahawa pembelajaran bahasa adalah mempelajari cara memberi makna. . Teori Pembelajaran Anggapan Teori pembelajaran anggapan menggunakan pendekatan yang menekankan kepada fungsi bahasa. pembelajaran struktural. ia mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan teori pembelajaran situational yang berlandaskan kepada teori . mahu dinyatakan oleh pengguna-pengguna bahasa?' Teori anggapan ini percaya bahawa bahasa adalah satu sistem . teori pembelajaran anggapan berIandaskan kepada pandangan-pandangan aliran kognitif terhadap pembelajaran bahasa. Teori ini menganggap pengetahuan semantik sebagai perkara utama.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 22 AKTIVITI 3.3 Lengkapkan rajah berikut berkaitan semua teori pembelajaran bahasa Teori Pembelajaran Bahasa .

Pendekatan ini mula berkembang sejak tahun tujuh puluhan sebagai reaksi terhadap kelemahan-kelemahan yang berlaku dalam pengajaran bahasa yang didasarkan kepada teori-teori pembelajaran sebelumnya. Mackey (1985) menerangkan bahawa 'berlainan teori bahasa adalah punca perbezaan-perbezaan dalam kaedah'. pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang betul sahaja belum boleh menjamin murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan. Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi. a. Kaedah-kaedah mengajar bahasa ini lahir daripada pelbagai teori dan pandangan linguistik yang berkait rapat antara satu dengan yang lain. . Matlarnat pengajaran bahasa mengikut pendekatan ini ialah untuk membentuk apa yang dimaksudkan oleh Hymes (1972) sebagai 'keupayaan berkomunikasi'. psikolinguistik dan para linguistik. benar apabila didapati kaedah dengar-tutur itu sendiri lahir daripada teori-teori mekanis dan sementara kod-kognitif pula muncul daripada teori-teori mentalis. Mengikut ahli-ahli bahasa yang menunjangi pendekatan ini.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 23 Apakah Kaedah dan Pendekatan Mengajar Bahasa? Secara am kaedah-kaedah mengajar bahasa bolehlah dibahagikan kepada dua kategori besar yang masing-masing diwakili oleh (a) kaedah dengar-tutur (aliran behaviurisme) dan (b) kaedah kod-kognitif (aliran kognitif). Kenyataan ini ternyata. Tetapi kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu harus menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya seperti faktor-faktor sosiolinguistik.

v. Pembelajaran bahasa itu disusun berdasarkan fungsi komunikasi. Antara fungsi-fungsi bahasa yang dimaksudkan itu ialah: i. Mereka didedahkan kepada kecekapan sosiolinguistik iaitu pengetahuan peraturan penggunaan bahasa. vi. Fungsi komunikasi itu pula disusun dan diajar mengikut apa yang diperlukan oleh murid bagi menolongnya berkomunikasi di dalam kelas dan juga dalam kehidupannya sehari-hari.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 24 Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran bahasa berasaskan pendekatan ini ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan komunikasi. Ini penting kerana penggunaan bahasa itu akan lebih betul dan bermakna sifatnya jika ujaran itu sesuai dengan situasi bahasa. struktur-struktur yang betul murid-murid . Oleh itu guru mestilah mewujudkan situasi sebenar di dalam kelas yang memerlukan murid-murid berkomunikasi sesama mereka. iii. iv. Oleh itu penggunaan bahasa diberi perhatian dan keutamaan di samping kegunaan bahasa. ii. Pendekatan komunikatif bahasa. bahasa untuk mendapatkan barang-barang bahasa untuk mengawal tingkah laku orang lain bahasa untuk mencipta interaksi dengan orang lain bahasa untuk menyatakan perasaan peribadi dan maksud bahasa untuk mengkaji atau mempelajari sesuatu bahasa untuk mencipta dunia imaginasi bahasa untuk komunikasi maklumat Pendekatan komunikatif menyarankan supaya murid-murid diberi peluang menggunakan bahasa itu dalam konteks dan situasi sosial tertentu di dalam kelas. vii. ini juga meminta kepada guru-guru mengajarkan mereka. itu digunakan.

xii.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 25 Murid-murid perlu tahu peraturan-peraturan bahasa. Pengetahuan ini memungkinkan lagi keupayaan berbahasa. iii. mereka. Terjemahan boleh digunakan dengan syarat murid-murid dapat faedah daripadanya. xiii. iv. vii. Apa sahaja alat yang boleh membantu murid-murid diterima asalkan ia sesuai dengan umur. ix. v. Percubaan-percubaan untuk berkomunikasi digalakkan dari awal. viii. Antaranya ialah: i. Pengucapan bahasa hanyalah perlu setakat untuk difahami sahaja. untuk membolehkan mereka berbuat demikian. Penggunaan bahasa. x. Bahasa dicipta oleh individu biasanya melalui proses cuba dan ralat. vi. Keupayaan berkomunikasi adalah matlamat pembelajaran. Ciri-ciri pendekatan komunikatif Finnoccgiaro clan Brumfit (1983) telah memperlihatkan dengan jelas beberapa ciri yang menyangkut pendekatan ini. Konteks dan situasi adalah sangat dipentingkan. . Pembelajaran bahasa adalah belajar untuk berhubung. Latih tubi boleh berlaku tetapi tidak digalakkan. minat dan sebagainya. xi. Makna adalah sangat dipentingkan. ibunda secara bijaksana diterima di manamana yang mungkin. Dialog jika digunakan tertumpu kepada fungsi komunikatif dan bukan untuk dihafaz. ii. Kelancaran dan bahasa yang boleh diterima menjadi matlarnat.

. Kaedah Mengajar : Kaedah mengajar adalah satu tindakan sistematik supaya dalam jangka pendek objektif pengajaran spesifik akan tercapai Teknik Mengajar: Teknik mangajar digunakan untuk menarik perhatian murid supaya minat belajat dan tak jemu ketika sesi guru mengajar.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 26 RUMUSAN Unit ini membincangkan tentang mazhab-mazhab dan teori pembelajaran bahasa serta menghuraikan pendekatan dan kaedah mengajar bahasa. KATA KUNCI Teori Bahasa : Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang bahasa. Secara umumnya teori. Aktiviti dan latihan yang relevan disediakan untuk membantu pelajar memahami sub topik yang disediakan. pendekatan dan kaedah mengajara Bahasa Melayu akan membantu guru menyediakan perancangan pengajaran yang bekesan. Pendekatan Mengajar : Pendekatan mengajar adalah satu kumpulan andaian yang saling gait-mengait tentang hakikat bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.

bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi pengulangan membentuk kebiasaan berbahasa pembelajaran merupakan satu proses pemerhatian dan peniruan perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa 2. C. B. C. kecuali A. Kesemua prinsip yang berikut berkaitan dengan teori Interaksionalis. eklektik deduktif induktif komunikatif 3. D. Cikgu Ali memulakan pengajarannya dengan menyoal murid bagi membina konsep kata kerja di dalam pengajaran Bahasa Melayu. D. D. B. C. Pendekatan apakah yang digunakan oleh Cikgu Ali ? A.KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 27 PENILAIAN KENDIRI 1. B. Kesemua prinsip yang berikut berkaitan dengan teori Behavioris. bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi pengulangan membentuk kebiasaan berbahasa bahasa lahir daripada gerak balas terhadap sesuatu rangsangan kesalahan bahasa dianggap sebagai usaha menguasai sistem bahasa . kecuali A.