www.bengkelmudah.

my

Perhatian

Ebook ini telah dihasilkan untuk tujuan berkongsi pendapat, pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai tajuk yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan, perniagaan atau perundangan.

Segala teknik dan idea yang dikongsi di dalam ebook ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin akan menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Segala logo, slogan, barangan dan harta intelek yang terkandung di dalam ebook ini samaada secara tulisan atau visual adalah hak milik syarikat pengeluar dan pemiliknya masing-masing.

Penulis adalah pihak berkecuali yang tidak mempunyai sebarang hubungan atau kaitan dengan pemilik laman web www.mudah.my iaitu syarikat Mudah.my Sdn Bhd.

Harap maklum.

(YA) Anda boleh menggunakan ebook ini sebagai sumber rujukan untuk tujuan peribadi (YA) Anda boleh memberikan ebook ini secara percuma atau sebagai bonus hanya dari link www.bengkelmudah.my/bonus sahaja (TIDAK) Anda tidak boleh menjual ebook ini kepada individu lain (TIDAK) Anda tidak boleh menukar sebarang maklumat atau tulisan di dalam ebook ini (TIDAK) Anda tidak boleh menukar sebarang pautan di dalam ebook ini

www.bengkelmudah.my

Kenali Penulis

Hi dan salam sejahtera. Nama saya Umar Taib. Kepakaran saya ialah berbisnes secara online. Antara laman yang menjadi kegemaran saya untuk berbisnes adalah Mudah.my. Kenapa saya memilih Mudah.my? Anda akan temui jawapannya setelah habis membaca ebook ini.

Saya telah menggunakan Mudah.my sejak tahun 2009. Di bawah, anda boleh lihat emel daripada Mudah.my yang dihantar kepada setiap pengguna Pro Niaga setelah mendaftarkan akaun.

Akaun Pro Niaga saya yang pertama didaftarkan atas nama Hala Maya. Ini bersempena dengan nama perniagaan yang saya daftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu Hala Maya Resources. Ia merupakan nama perniagaan rasmi saya yang pertama. Sebelum itu semasa bergelar pelajar universiti saya berniaga secara ‘haram’ saja. Hehe.

Sepanjang berbisnes di Mudah.my, saya mendapat pelbagai soalan daripada rakan-rakan yang ingin mencuba juga. Ada yang tanya macam mana nak mula, apa yang boleh dijual, senang ke nak letak iklan, berapa kena bayar, kenapa iklan selalu kena tendang dan macam-macam lagi lah. Kan bagus kalau saya dibayar oleh pihak Mudah.my untuk memberikan khidmat pelanggan ini. =P

www.bengkelmudah.my

Ini antara soalan yang ditanyakan kepada saya di forum dan di Facebook. Kadang-kadang saya terpaksa menghidupkan status Go Offline di Facebook akibat lambakan soalan yang diterima apabila orang perasan saya sedang Online. Bukannya kedekut ilmu. Tapi dah tak larat nak jawab kepada sorang-sorang dengan soalan masing-masing.

www.bengkelmudah.my

my di blog. www. Di bawah adalah antara perkongsian saya di forum.Maka saya pon berkongsikanlah pengalaman dan ilmu saya berniaga di Mudah. forum dan program yang saya anjurkan. Ini lebih baik kerana saya dapat kongsikan sekali gus kepada ramai orang.my .bengkelmudah.

www.Ini pula di blog saya.my .bengkelmudah.

Saya juga suka berkongsikan ilmu dan pengalaman saya di program-program yang dianjurkan pihak lain atau saya sendiri. www.my .my yang telah saya anjurkan.bengkelmudah. Berikut merupakan beberapa gambar di seminar dan bengkel Mudah.

bengkelmudah.www.my .

my .my.Ingin saya kongsikan sedikit kata-kata positif yang diterima di Facebook yang membuatkan saya terus bersemangat berkongsikan ilmu dan pengalaman saya berbisnes di Mudah.bengkelmudah. www.

my .www.bengkelmudah.

Astro Awani pernah menemuramah saya tentang panduan berbisnes di Mudah.my juga pernah dipaparkan di surat khabar seperti Metro.my.my . Hasil perkongsian ilmu dan pengalaman saya berbisnes di Mudah. www. Sesi temuramah itu telah disiarkan di dalam rancangan Bisnes Alternatif.bengkelmudah.

Antaranya ialah: 1. Servis percetakan 18. Cenderahati 16. Dan banyak lagi. Jaket 10. Setiap produk dan servis yang saya iklankan.my untuk memberikan perkongsian ini. Game 5. Peralatan pejabat 14.. Radio 6. saya telah mengiklankan berbagai-bagai produk dan servis. ada yang sememangnya dipunyai oleh saya dan ada yang saya sekadar iklankan produk dan servis milik orang lain. Sewakan peralatan audio dan video 19. www. Mesti ada yang tertanya-tanya. Sticker 11. Aksesori Telefon 20. Kamera Digital 2. Ingin saya maklumkan di sini juga bahawa saya bukanlah wakil daripada Mudah.my.my . Carikan pekerja untuk kilang 22.my atau diupah pihak Mudah. CD 12. MP3 4.my.my Tanpa Menjual Produk Sendiri. kenapa saya iklankan produk dan servis orang lain? Ini sebenarnya adalah salah satu cara untuk saya buat untung atas angin! Di ebook ini saya akan kongsikan bersama anda Teknik Buat Duit Dengan Mudah. Saya hanyalah salah seorang daripada ribuan usahawan di Mudah. Baju 7. saya usahawan SUPER! Usahawan Super bukan sekadar buat duit untuk diri sendiri. MP4 3. Seluar 8.Di Mudah.bengkelmudah. Adakah anda sudah bersedia? Jika sudah teruskan bacaan di muka surat sebelah. Servis menjahit 17. DVD 13. Peralatan sekolah 15. tetapi turut membantu orang lain buat duit untuk diri mereka. Topi 9. Sewakan pejabat 21. Yang membezakan saya dengan yang lain ialah.

5.my akan dilihat oleh prospek yang berbeza juga! Mudah.my. setiap iklan di Mudah. Mudah. www.my ini giat buat duit setiap hari.my menerima sebanyak 5. ia akan dikira sebagai 1 unique visitor. sudah ada 84. Kesimpulannya Mudah.Pengenalan Mudah.my menyediakan kemudahan kedai online yang dipanggil sebagai Pro Niaga.bengkelmudah.my . Mari saya terangkan dengan ringkas.my Mudah. Sekiranya laman web dilayari oleh 100 IP yang berbeza. Dalam masa sebulan.my ialah laman jual beli terbesar di Malaysia.my di pelopori oleh syarikat berpangkalan di Singapura iaitu Singapore Press Holdings dan Schibsted ASA dan diuruskan oleh anak syarikatnya di Malaysia iaitu 701Search Sdn Bhd. Buat masa ini. ini umpama laman web anda sedang dilihat oleh 100 orang yang berbeza.2 juta pelawat yang berbeza sebulan. Kedai-kedai online di Mudah. Unique visitor dikira berdasarkan IP dan setiap IP yang berbeza. Pelawat ini pula merupakan ‘unique visitor’! Anda tidak tahu apa itu unique visitor? Tak mengapa. Oleh yang demikian.2 juta pelawat masuk ke Mudah. Sesiapa pun boleh mendaftar dan membuka akaun Pro Niaga secara percuma.000 akaun Pro Niaga yang didaftarkan.

my sendiri yang nyatakan di laman web mereka. jika teknik memancingnya salah & umpannya tidak sesuai. Anda cuma perlu memancing di lubuk ikan dan tunggu umpan disentap. Cuma tinggal untuk gunakan teknik memancing yang betul dan umpan yang menyelerakan! www.my . di mana tempat anda pilih untuk menangkap sebanyak mungkin ikan? Ya betul! Di lubuk yg terdapat banyak ikan. kenapa masih ramai yang gagal untuk meraih pendapatan lumayan daripadanya? Sebagai pemancing.Jumlah pengunjung ke Mudah. Kita sudah pun jumpa lubuknya. maka seekor ikan pun tidak akan berselera untuk memakan umpan tersebut. Tapi pihak Mudah.my seramai 5. Tetapi.2 juta bukanlah fakta daripada saya.bengkelmudah. Jadi dengan visitor atau prospek pelanggan seramai itu.

Kedah 3. Di Mudah. Negeri Sembilan 11. Johor 13. anda boleh mengiklankan produk dan servis secara percuma sahaja. Pahang 8. Iklan produk dan servis anda perlu dipaparkan mengikut negeri-negeri seperti: 1. Perak 7. Tahukah anda bahawa masih ramai yang menyangka mereka perlu bayar untuk menggunakan servis Mudah. Melaka 12.my? Kesian. Penang 4.bengkelmudah.my pula. Kelantan 5.my. Selangor 9.my .my. Terengganu 6. Sarawak 14. Gambar di atas ialah laman utama Mudah. Sabah www. Kuala Lumpur 10. Perlis 2.OK sekarang mari kita ke Mudah.

Others 5. Music/Movies/Books d.my . Electronics a. Home & Personal Items a. Food 10. Others www. Sports & Outdoors b. Other Vehicles 2. Motorcycles c. Houses c. Watches/Accessories c. Computers & Accessories 4. Professional / Office Equipment b. Tours & Holidays 9.bengkelmudah. Leisure/Sports/Hobbies a. Hobby & Collectibles c. Land e. Mobile Phones & Gadgets b. Home & Garden b. Rooms f. Business for Sale 7. Apartments b. For Children d. Vehicles a. New Properties 3.Iklan anda juga boleh dikategorikan kepada: 1. Jobs & Services a. Cars b. Properties a. Pets 6. Accommodation b. Car Accessories & Parts d. Business to Business a. Commercial Properties d. TV/Audio/Video/Cameras c. Services 8. Other Accessories & Parts e. Jobs b. Travel a.

saya cuma akan kongsikan cara yang paling ringkas iaitu beriklan secara biasa.bengkelmudah.Di Mudah. Anda klik pada butang Post a Free ad.my anda boleh beriklan secara biasa ataupun dengan akaun Pro Niaga.my . Namun untuk ebook ini. www. Adalah lebih baik anda beriklan menggunakan akaun Pro Niaga kerana banyak manfaat yang kita boleh perolehi dan keuntungan jualan boleh digandakan.

Seterusnya saya akan kongsikan. Kategori 6. Nama 2.Anda akan di bawa ke laman ini pula. Gambar Dengan hanya memberikan maklumat-maklumat di atas. Nombor Kad Pengenalan 4. Tajuk Iklan 8. Negeri 7. Nombor Telefon 5. Maklumat tersebut adalah: 1. Harga 10.my .my. iklan anda berpotensi untuk menarik pelanggan daripada 5. Di laman inilah anda boleh iklankan produk dan servis anda dengan mengisi maklumat tertentu. Emel 3. Isi Kandungan Iklan 9. teknik yang membolehkan anda buat duit di Mudah.bengkelmudah.2 juta pelawat unik di Mudah.my tanpa menjual produk sendiri! www.

Kelebihan utamanya ialah anda tidak perlu berbelanja besar dalam menyediakan stok semata-mata untuk memperolehi diskaun harga ke atas barang yang dibeli dan anda juga tidak memerlukan tempat untuk menyimpan stok.Teknik Dropshipping Saya akan tunjukkan kepada anda Teknik Buat Duit Dengan Mudah. Penghantaran pula diberikan percuma. jam azan tersebut untuk anda sebagai ejen Dropship ialah RM115 saja. Teknik ini dipanggil Dropshipping. Jumlah RM115. Sebagai contoh. Kemudian anda hubungi Dropshipper ataupun Supplier untuk membeli jam azan yang ditempah oleh pelanggan anda. Pembeli akan bayar kepada anda harga keseluruhan baju tersebut RM170.bengkelmudah. RM170 – RM115 = RM55.my. Dari sini anda sudah mendapat keuntungan RM55 bagi sebuah jam azan yang dijual secara pantas dan mudah! Err ada yang masih tak faham lagi? Tidak mengapa. Secara mudah Dropshipping adalah seperti perniagaan anda sendiri yang berkonsepkan pesanan dan pengeposan. Saya akan terangkan pula dengan contoh bergambar. Kita lihat contoh di bawah: Katakan anda menjual jam azan di Mudah.my . www. Jam azan tersebut anda jual dengan harga RM160 + RM10 kos pengeposan.my Tanpa Menjual Produk Sendiri.

Anda promosikan produk daripada Dropshipper di laman jual beli seperti Mudah. 4. Apabila pembeli melihat iklan anda di Mudah. 2.bengkelmudah. 3. Dropshipper akan menguruskan belian daripada pelanggan anda dengan membungkus dan menghantar produk tersebut kepada mereka.my .my. Secara asasnya anda cuma promosikan maklumat dan gambar produk. Anda akan menerima bayaran tersebut dan kemudian menggunakan duit itu untuk membuat pembelian daripada Dropshipper pula dengan harga khas sebagai ejen.1.my dan tertarik dengannya. maka dia akan hubungi anda untuk membeli. Maklumat dan gambar produk ini pula pihak Dropshipper sudah pun sediakan. Pembeli akan buat bayaran produk dan kos pos. 5. www. Anda cuma perlu ‘copy & paste’ ke Mudah. Lebihan daripada duit itu anda simpan sebagai untung.my.

bagaimana anda boleh menjadi ejen Dropship di JamAzan. Jangan gunakan pihak Dropshipper yang berniat untuk mencuri pelanggan anda. Nasihat saya.bengkelmudah. anda akan mendapat harga istimewa iaitu RM115.Daftar Sebagai Ejen Dropship Di Malaysia terdapat beberapa pihak yang menyediakan servis Dropshipping.my. carilah pihak yang berkaliber dan mampu untuk membantu anda menjalankan bisnes secara Dropship dengan lancar. Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar untuk mendaftar. Jika anda menjual sama harga dengan mereka. Sebagai ejen dropship mereka. Saya akan ceritakan lebih lanjut tentang mencuri pelanggan ini kemudian. www.com. Di sini saya akan tunjukkan satu contoh.my . Namun anda bebas untuk menaikkan harga jualan supaya keuntungan anda bertambah. Harga runcit jam azan ialah RM160. keuntungan anda ialah RM45 untuk sebuah jam.

emel. Masukkan kod diskaun MUDAH dan anda layak menerima diskaun 50%! Jadi anda hanya perlu membayar RM20 untuk menjadi ejen dropship seumur hidup.bengkelmudah. Isikan maklumat seperti nama. Layari www. anda akan mendapat diskaun istimewa. www. klik pada butang Submit. kod diskaun dan lain-lain.my/jamazan Anda akan dibawa ke borang pendaftaran sebagai ejen dropship. Setelah selesai mengisi segala maklumat yang diperlukan. Namun sebagai pembaca ebook ini. Yuran pendaftaran sebagai ejen dropship jam azan ialah RM40 untuk seumur hidup.my . telefon.Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mendaftar sebagai ejen dropship.umar. alamat.

(jantina) www. (negeri) Klik New pada Condition. Pilih Gender anda. anda pilih Watches/Accessories. Klik bahagian For Sale.Ayuh Buat Duit! Sekarang ayuh kita mulakan buat duit secara Dropship di Mudah.my .my.bengkelmudah. Pilih Region anda. nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda. Kita isikan maklumat yang diperlukan. Isikan nama. Pada bahagian Category pula. alamat emel.

www. Letakkan diri anda pada kedudukan pembeli. apa yang akan dicari oleh pembeli tersebut di internet? Pertamanya dia akan ke enjin carian paling popular iaitu Google. Dengan ini iklan tersebut mempunyai kekerapan untuk dilihat pengguna internet yang lain dan secara tidak langsung ia dapat membantu meningkatkan pelawat ke iklan anda. Secara mudahnya kita akan buat iklan yang dihasilkan untuk menduduki ranking tertinggi di hasil carian. Jadi dia pun mengecilkan pencariannya di Google dengan menaip Jam Azan Digital. Di Google dia akan taip keyword apa yang dicarinya. Kita pula akan menggunakan teknik ini untuk meningkatkan bilangan pelawat daripada enjin carian seperti Google ke iklan kita. Sekarang kita akan gunakan sedikit Teknik Search Engine Optimization. beribu-ribu laman web mengenai jam akan keluar dan ini akan menyukarkan pencariannya. Oleh itu lebih banyak laman web yang spesifik dengan pencariannya yang akan keluar di Google untuk dipilih.bengkelmudah.Teknik SEO (Search Engine Optimization) Selepas itu anda perlu isikan bahagian Heading atau Tajuk dan Ad Text atau Isi Kandungan Iklan. SEO adalah teknik meningkatkan dan mempromosi laman web untuk meningkatkan bilangan pelawat daripada enjin carian. Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting. Jadi ia mampu meningkatkan jualan produk dan servis anda tanpa mengeluarkan modal sesen pun. Dalam kes ini ialah jam azan digital. pastikan anda isikan dengan Keyword atau Kata Kunci yang dicari ramai pembeli.my . Ia akan menentukan samada iklan anda akan menarik pelawat dan menukarkan mereka menjadi pelanggan atau tidak! Pada bahagian Heading. Jika pembeli mahu membeli jam azan. Jika dia sekadar menaip jam.

Adalah lebih sesuai jika saya kongsikan secara berdepan.my. 5. 2.bengkelmudah. Jumlah pelawat ke iklan anda akan meningkat dengan mendadak. 4. 4. 3. antara keyword yang akan saya gunakan dalam iklan ini ialah: 1. 2. Semua dia atas anda akan dapat tanpa mengeluarkan wang ringgit sebagai modal.my . Teruskan membaca sahabat! www. Setiap pelawat berpotensi untuk ditukarkan menjadi pembeli. Iklan anda akan mudah ditemui oleh pengguna enjin carian seperti Google. Jadi bagaimana pula dengan keyword yang lain tadi? Oh itu kita akan gunakan pada bahagian Ad Text. Di sini saya tidak kongsikan bagaimana kita boleh menggunakan Teknik SEO untuk buat duit di Mudah.Saya amat mencadangkan agar anda tidak abaikan Teknik SEO kerana: 1. 3. Saya dapati ramai yang sukar untuk faham teknik tersebut dengan sekadar belajar dengan membaca. Setelah membuat kajian keyword. Penting bagi menghadapai persaingan yang ramai menjual secara online. gunakan keyword Jam Azan Digital. Jam azan digital Harga jam azan digital Jam azan Malaysia Jam azan subuh Maka saya cadangakan untuk Heading.

ada beberapa ciri yang perlu anda masukkan. Pastikan semua di atas lengkap. 6. 4. Ceritakan kelebihan produk atau servis. Masukkan tajuk ke dalam iklan. Masukkan keyword yang telah dianalisa ke dalam iklan. Pastikan ejaan dan tatabahasa yang digunakan betul. Bukan sekadar spesifikasi. Adakah anda sering terlewat waktu sembahyang atau terus tertinggal solat subuh setiap hari? Atau anda langsung tak dengar azan sebab rumah anda jauh dari masjid atau surau? Risau dosa anda bertambah banyak tiap kali kewajipan 5 waktu di remehkan sedangkan umur makin meningkat? Kami telah berpengalaman dalam bidang bisnes jam azan digital dan kami mahu tawarkan jam azan digital yang membantu menyelesaikan beberapa masalah anda. Antaranya ialah: 1. Antara kelebihan jam azan digital: 1) Menepati waktu azan Malaysia kerana azan akan dilaungkan setiap kali masuk waktu sembahyang. Berikan sesuatu secara percuma kepada pelanggan. 2. 2) Nombor jam ini juga mudah dilihat kerana paparan skrin jam azan digital ini luas dan besar. Anda tak ada alasan tak dengar azan solat jika rumah jauh dari masjid atau surau sebab dah ada jam azan digital ni di rumah yang mengingatkan anda supaya lekas sembahyang terutamanya solat subuh.Untuk bahagian Ad Text atau Isi Kandungan Iklan. 9. Pelanggan memang suka pemberian percuma! Berikan jaminan terhadap produk atau servis yang ditawarkan. Terangkan cara pembayaran. 5. Anda boleh copy & paste ke dalam kotak Ad Text dan ubah mengikut kesesuaian. Letakkan ayat tindakan supaya pelanggan membeli dengan segera.my .) Berikut merupakan contoh Isi Kandungan iklan yang telah saya hasilkan. 3. www. . 7. 8.bengkelmudah.

Selepas bayaran. 4) Anda juga boleh bawa ke luar negara jika anda melancong atau berhijrah kerana jam azan digital ni boleh di 'set' semula untuk mengikut waktu azan di sesebuah negara dan bukan saja untuk waktu azan Malaysia. 5) Lebih jimatkan wang kerana anda boleh pilih nak guna bateri atau adapter pada jam azan digital ini. SMS atau emelkan maklumat: -Nama -Alamat Penghantaran -Jumlah Bayaran -Masa dan Tarikh Bayaran -Mod Bayaran (Cash Deposit Machine / Interbank Transfer / Maybank2u) www.my . Namun harga jam azan digital kami cuma RM170 dan anda akan diberikan PERCUMA sebuah kompas kiblat! Bukan itu saja. Untuk menempah : 1. Hubungi kami untuk periksa stok dan tempahan 2. Harga jam azam digital di Malaysia boleh mencecah sehingga RM180 sebuah. Buat bayaran RM170 ke akaun berikut Bank : CIMB Nama: Ali bin Abu No Akaun: 1234567890 3.3) Sangat praktikal kerana anda boleh letak jam azan digital ni di meja atau disangkut pada dinding ikut kesukaan anda.bengkelmudah. malah anda juga akan mendapat penghantaran ke seluruh Malaysia secara PERCUMA juga. Kami jamin tempahan anda akan sampai dalam masa 3-5 hari berkerja.

www.bengkelmudah. Setelah bayaran disahkan.my . 5. kami akan buat penghantaran segera. Klik pada kotak Certify. Pesanan di jangka sampai dalam masa 3-5 hari bekerja Tunggu apa lagi? Tempah sekarang sebelum stok kehabisan! Telefon: 012 2340499 Emel: jamazan@umar. masukkan RM170.-Produk yang dibeli 4.my Pada bahagian Price.

Double Click pada gambar pertama yang akan menjadi gambar utama untuk iklan anda.my setelah anda mendaftar sebagai ejen di www. Gambar akan diberikan oleh pihak JamAzan. www.bengkelmudah. Oleh itu masukkanlah gambar berkualiti yang mampu membuatkan pelanggan anda membuat keputusan untuk membeli.com.umar. Hanya 3 keping gambar yang dibenarkan.Kemudian anda boleh masukkan gambar.my .my/jamazan Sekarang anda klik butang Choose File.

www. Gambar pertama tadi akan dimuatnaik ke Mudah.my . Seterusnya ulang cara memasukkan gambar seperti tadi sehingga semua 3 keping gambar dimuatnaik.Sekarang klik pada butang Add Extra Images.my.bengkelmudah. Setelah 3 keping gambar berjaya dimuatnaik. klik butang Next.

bengkelmudah. www.my .Anda akan dibawa ke laman ini.

my .bengkelmudah. Periksa kembali jika ada sebarang kesilapan. Jika ada klik butang Edit Ad untuk membuat pembetulan.my jika kena caranya. saya tidak menunjukkan caranya kerana penerangannya agak panjang. Dibawah sekali anda perlu memasukkan katalaluan atau Password. Minima 5 aksara diperlukan.Di sini anda boleh lihat kembali segala maklumat dan gambar yang telah diisikan. Servis premium ini mampu untuk melonjakkan jualan anda di Mudah. Di sini juga Mudah. Gunakanlah katalaluan yang mudah untuk anda ingat dan susah untuk orang lain teka.my ada menawarkan samada anda mahu menggunakan servis premium mereka. www. Di dalam ebook ini.

www. dalam masa 24 jam iklan anda akan diluluskan jika tiada masalah.my. Anda akan dibawa ke laman ini dengan ucapan terima kasih daripada Mudah.my . Mengikut daripada pengalaman saya.my.Akhir sekali klik butang Insert Ad.bengkelmudah. Apa yang anda perlu buat sekarang ialah tunggu sehingga iklan anda diluluskan pihak Mudah.

bengkelmudah.my . iklan lulus! Setelah iklan anda diluluskan.my.Yahoo. Anda boleh klik link yang diberikan untuk melihat iklan tersebut di Mudah. www. emel seperti di bawah akan dihantar.

bengkelmudah.my . Sekarang kita lihat di mana kedudukan iklan jam azan di Google jika kita menggunakan keyword yang betul pada tajuk dan kandungan iklan.Beginilah rupanya iklan yang telah diluluskan tadi. www.

000! Dengan keyword Jam Azan. Adalah penting untuk mendapatkan tempat Top 10! Dengan keyword Jam Azan Digital. iklan jam azan telah berada di tempat ke 3 dengan persaingan 370. iklan jam azan telah berada di tempat ke 3 dan 4 dengan persaingan 1.my .000! www.630.Ini adalah contoh iklan yang telah diindeks oleh Google Malaysia.bengkelmudah.

my . Dengan keyword Jam Azan Digital.000! www. iklan jam azan telah berada di tempat ke 9 dan 10 dengan persaingan 369.bengkelmudah.Ini pula adalah contoh iklan yang telah diindeks oleh Google.

Jika pelanggan anda mahu membuat tempahan lagi. Jika stok ada. tunggu sehingga bayaran diterima daripadanya. Maklumat anda akan diisikan pada bahagian atas. anda hubungi Jam Azan.my untuk membuat tempahan sebagai ejen dropship.bengkelmudah. Maklumat pelanggan anda pula diisikan pada bahagian bawah.com.Umpan Dimakan Ikan Sekarang anda cuma perlu menungggu mata kail dan umpan anda di lubuk Mudah. Apabila sudah ada pelanggan ingin membeli produk yang anda iklankan tadi. Pelanggan anda juga tidak akan tahu bahawa anda menjalankan perniagaan secara Dropshipping saja. alamat dan nombor telefon yang telah anda berikan sebelum ini di borang pendaftaran akan digunakan pada borang kurier. anda boleh terus membuat bayaran kepada mereka. maka dia akan hubungi anda kerana maklumat anda telah tertera pada borang kurier. Maklumat seperti nama. Setelah selamat diterima. Jadi anda tidak perlu risau pelanggan anda dicuri Dropshipper. Terbaik bukan? www.my disentap ikan.my .

Alamat Pelanggan 8.com.com. Jumlah Bayaran 5. Nama Pelanggan 7. Bank Pembayaran (Bayar kepada Maybank atau CIMB ) 4.JamAzan. pesanan anda akan dibungkus dan dihantar kepada pelanggan dengan khidmat kurier. Penghantaran akan dibuat selepas pembayaran berjaya diterima.my akan memberikan anda tracking code kurier dan anda pula perlu meberikannya kepada pelanggan supaya mereka tidak tertanya-tanya dengan status tempahan mereka. Dalam masa 3-5 hari berkerja. Makluman dihantar melalui: E-mel: sales@jamazan. Mereka mungkin mahu anda untuk menyediakan bukti pembayaran jika memerlukan pengesahan lanjut tentang pembayaran anda. Jangan lupa untuk memaklumkan kepada JamAzan.my selepas pembayaran dibuat.bengkelmudah.my Butir-butir yang diperlukan: 1. Nombor Telefon Pelanggan Saya nasihatkan supaya menyimpan resit anda.com. Alamat Anda 4. Nama Anda 2.my . Tarikh & masa pembayaran dibuat 6. Anda pula telah pun mendapat keuntungan atas angin secara mudah dan pantas! www. Apa yang berlaku selepas ini. Nombor Telefon 3. pelanggan anda akan menerima tempahan tersebut dengan senyuman sampai ke telinga.

anda boleh menghadiri Bengkel Usahawan Super Mudah. Mohon juga untuk mendoakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat. Jika anda mahu saya bongkarkan taktik berbisnes di Mudah.bengkelmudah.my Akhir kata saya doakan rezeki anda terus melimpah-ruah lagi diberkati.my.bengkelmudah. www. Ini adalah normal bagi semua orang orang apabila mempelajari perkara-perkara yang tidak pernah dipelajari sebelum ini. Jangan anda ambil ringan dengan ilmu yang anda terima secara percuma.my . Ebook ini sebenarnya saya tulis kerana masih ramai yang tidak nampak potensi besar untuk buat duit dengan Mudah. Apa yang disentuh di dalam ebook ini hanyalah 'sedikit' agar anda tidak mengalami 'limpahan maklumat' (information overload) iaitu akibat banyak sangat ilmu baru yang dipelajari. Mungkin pada peringkat permulaan ini anda rasa 'janggal'. maka anda tidak dapat fokus dan akhirnya hasil tidak memuaskan.my semasa menghadiri bengkel.my pula. Di bengkel tersebut saya akan kongsikan lagi ilmu dan taktik yang saya tidak sempat untuk tulis di ebook ini. masih keliru atau wujud sifat 'takut-takut'. =) Sekian. Setiap ilmu yang saya kongsikan di sini anda mesti terus praktikkan. Untuk maklumat lanjut.Penutup Terima kasih kerana sudi membaca ebook percuma daripada saya ini. mohon layari www. Anda juga berpeluang untuk terus bertanya kepada saya sebarang persoalan tentang berbisnes di Mudah.my. Ilmu lebih mudah sampai jika bertemu terus dengan sumbernya.

umar. Umar Taib Blog: www.com FB: www.Yang Ikhlas.my Email: hi@umarvellous.com www.bengkelmudah.my .umarvellous.