You are on page 1of 15

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA

Bil 1 2014 JANUARI 2014 / 1435H

e- Surat Berita ABIM


Muslim Youth Movement of Malaysia
www.abim.org.my

SUKARELAWAN MUDA ABIM


TABAH HARUNGI BANJIR DI KELANTAN

17-19 Januari 2014:- Sukarelawan Muda Active-Fast ABIM telah turun membantu mangsa banjir di sekitar beberapa kawasan di Kelantan. Misi ini telah digerakkan ke empat buah Kampung, Kampung Kajang, Kampung Rahmat Hilir, Kampung Tanjung Baharu, dan Kampung Limau Purut, dalam daerah Rantau Panjang. Semoga keluarga yang sempat dititipkan sumbangan yang sedikit ini juga sempat menitipkan doa buat anak-anak muda luar biasa ini untuk terus berbakti kepada masyarakat.

BELIA
e-Surat BeritaABIM 1

ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR


TERIMA DUA ANUGERAH MAULIDURRASUL 1435H
14 Januari 2014:- Allahyarham Ahmad Ammar, 20, anak muda istimewa yang telah mencetuskan fenomena baru dakwah di kalangan generasi muda, telah menerima anugerah Maulidur Rasul 1435H (2014). Anugerah tersebut disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim di sini, sempena dengan sambutan Maulidurrasul 1435H (2014). Anugerah itu diterima oleh Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman mewakili Allahyarham. Sempena sambutan yang sama juga di peringkat negeri Selangor, Puan Nur Azlina telah menerima anugerah bagi pihak Allahyarham Ahmad Ammar, di mana beliau menerima Anugerah Saidina Ali. Ahmad Ammar ketika hayatnya aktif dalam pelbagai kegiatan sukarelawan. Ketika pulang ke Malaysia buat kali terakhir, beliau telah menjadi urusetia ketika penganjuran World Conference on Islamic Resurgence di Shah Alam di samping membantu misi kemanusiaan di Syria. Al-Fatihah

e-Surat BeritaABIM

RENUNGAN MAULID: Rasulullah S.A.W membina keluarga yang menjadikan perjuangan sebagai identiti. Keluarga sebagai faktor dorongan, medan perbincangan strategi perjuangan dan tempat berkongsi kesusahan. (Sumber: Ucapan Dasar ABIM, Garis-Garis Besar Haluan Perjuangan II: Memperteguh Hadaf, Memperkukuh Khittah, 2014, Shah Alam.)

MAULIDURRASUL 1435H

RASULULLAH S.A.W JADIKAN KITA SEBAGAI UMAT TERBAIK!: USTAZ MOHD FAUZI MUSTAFA

22 Januari 2014:-Rasulullah S.A.W telah menjadikan kita sebagai umat terbaik! Ustaz Mohd Fauzi Mustafa berkata sedemikian ketika menyampaikan ceramah Maulidurrasul 1435H di Sekretariat ABIM Pusat (SAP). Menurut beliau, umat Islam dijadikan terbaik kerana mengamalkan amar maaruf, nahi mungkar. Setiap niat kita untuk mengerjakan amal baik akan mendapat ganjaran pahala tambah beliau. Untuk membuktikan kecintaan kita terhadap Rasulullah S.A.W jelas beliau, kita hendaklah mengamalkan syariat serta memahami setiap sunnah baginda tanpa lengah di samping berselawat serta menanamkan azam untuk menziarah makam baginda di Madinah kelak.

e-Surat BeritaABIM 3

BELIA & KEPIMPINAN

A B I M S A B A H L AT I H P E M I M P I N MUDA

20-22 Disember 2013:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah, telah menganjurkan program Kem Kepimpinan Belia Islam di IPDAS Keningau. Program ini dianjurkan membabitkan para pelajar sekolah menengah sekitar Keningau. Progam ini dianjurkan untuk menggilap potensi kepimpinan di kalangan pemimpin belia Islam di Sabah.

ABIM SABAH ANJUR SUMMER CAMP SEMPENA CUTI SEKOLAH


29 November-1 Disember 2013:- ABIM Sabah telah menganjurkan program summer camp. Aktiviti perkhemahan ini selama 3 hari 2 malam melibatkan peserta berusia 8 tahun sehingga 16 tahun yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu. Program ini untuk mengisi masa lapang para pelajar sepanjangcuti sekolah selain utk mengeratkan hubungan silaturahim dan mendidik diri pelajar agar menjadi seorang pemimpin suatu masa nanti.

e-Surat BeritaABIM 4

BELIA & KEPIMPINAN

ANAK MUDA TAWAN PUNCAK GUNUNG IRAU, PERAK

5 Januari 2014:-Seramai 28 org peserta telah menawan puncak Gunung Irau jam 1.15 petang pada 5 januari 2014.Alhamdulillah, selesai dgn kejayaan program ABIM di puncak gunung irau oleh exco kadersasi ABIM PERAK dgn kerjasama KPIP dan Palong Advanture.
BIRO KESIHATAN ABIM ANJUR SEMINAR MEDICAL DAEI
26 Oktober 2013:-Presiden ABIM, Amidi dalam ucaptama Seminar Sehari Medical Daei anjuran Biro Kesihatan ABIM, Hospital Pakar Al-Islam & MRA di Kuliyyah Perubatan, UIAM, Kuantan. Sepanjang ucapan tersebut beliau menekankan peri pentingnya membangunkan dan membina daie dalam bidang kesihatan. Medical daie pembina kesejahteraan, mengangkat Karamah Insaniah, jelas beliau.Antara barisan Panel Seminar Sehari Medical Daei anjuran Biro Kesihatan ABIM & MRA, ialah Dr Safwan Mohamad, Dr Mohd Daud Sulaiman, Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin, Dr Ishak Masud, Prof Dato Dr Md Tahir Md Azhar, Dato Dr Abdul Razak Kechik.

e-Surat BeritaABIM 5

DAKWAH

ABIM SARAWAK ANJUR PROGRAM DAKWAH DALAM BAHASA IBAN

19 Januari 2014:- ABIM serta Islamic Outreach Centre (IOA) Negeri Sarawak, telah menganjurkan program dakwah dengan menggunakan bahasa Iban. Program ini dikendalikan secara bersama dengan Ust Adam Lawrence membabitkan masyarakat Iban di sekitar Kampung Isu Sadia, Simunjan, Sarawak.

ABIM SABAH ANJUR IQRA UNTUK BELIA DI KALANGAN SAUDARA BARU

28-29 Disember 2013:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah, telah menganjurkan program pembangunan jatidiri belia, di Ranau, Sabah. Program ini memfokuskan kepada pengukuhan asas pengetahuan agama di kalangan generasi belia di Kampung Sedul, Ranau. Penduduk-penduduk kampung tersebut terdiri daripada saudara-saudara baru yang memeluk Islam. Program ini merupakan sebahagian daripada program pendidikan saudara-saudara baru yang dijalankan oleh ABIM Negeri Sabah.

e-Surat BeritaABIM 6

DAKWAH

ABIM SHAH ALAM ANJUR SEMINAR IOA CENTRE ANJUR HARI KELUARGA RAIKAN SAUDARA BARU ANTI SYIAH

25 Disember 2013:-Islamic Outreah ABIM (IOA) Center telah menganjurkan Hari Keluarga bersama saudara-saudara baru serta tenaga-tenaga penggerak IOA Centre, Di Taman Tasik Perdana semalam (25 Disember 2013). Para hadirin telah diraikan oleh saudara PAizan Tukirin, Pengerusi

19 Oktober 2013 - ABIM Shah Alam menganjurkan program pemantapan aqidah Syiah itu Islam ? disampaikan oleh Ustaz Abdullah Din, Timbalan YDP ABIM Kedah dan Prof Madya Dr. Fauzi Hamat, Pakar Aqidah JAKIM di dewan seminar Masjid Negeri. Program mendapat sambutan

KEROHANIAN
31 Disember 2013:-Jamaah WADAH,ABIM,PERKEPIS Negeri Sarawak, mengadakan Usrah Umum (Forum Bicara Agama) pada cuti tahun baru 1 Januari 2014 bertampat di Dewan Syarahan Yadim Zon Sarawak, Petra Jaya, Kuching bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Forum ini menampilkan wakil dari 3 jemaah iaitu WADAH diwakili Ustazah Nafisah Humni, ABIM diwakili Ustaz Amir Ridhwan Abdullah manakala PERKEPIS diwakili Sdr. Mohd. Raufa Aminuddin Abd. Raub sebagai moderator.
e-Surat BeritaABIM 7

KEROHANIAN

ABIM SARAWAK ANJUR MALAM SEMARAK NASYID 2013 SEMPENA TAHUN BARU

Selasa 31 Disember 2013, Perkepis dan Abim Sarawak dengan kerjasama Ajk Masjid At Taqwa, Kampung Pinang Jawa, Kuching menganjurkan PROGRAM MALAM SEMARAK NASYID SARAWAK sebagai program alternatif untuk menarik belia serta remaja menyertainya. Pengisian program bermula dengan tazkirah Maghrib di Masjid dan diteruskan dengan Ceramah, sajak, nasyid dr beberapa kumpulan nasyid di Sarawak telah berjaya menarik ramai pengunjung. Di samping persembahan tersebut, disediakan jugantapak jualan di luar dewan untuk menarik perhatian pengunjung. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan jayanya berakhir pada pukul 11.00 malam.

e-Surat BeritaABIM 8

SOSIAL

BACK TO SCHOOL: ABIM RAIKAN ANAK YATIM SEMPENA CUTI SEKOLAH

17 Disember 2013:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),Infaq Saya dan Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, telah meraikan warga anak yatim dari, Rumah Pengasih Warga Prihatin dan Warga Asnaf sekitar daerah Gombak, sempena progam Back To School pada 17 Disember 2013, Kajang, Selangor Darul Ehsan.

e-Surat BeritaABIM 9

PENDIDIKAN

Kolej Dar Al Hikmah Terima Penarafan 4 Bintang My Quest

16 Januari 2014:-Kolej Dar al-Hikmah baru-baru ini telah menerima penarafan empat bintang untuk Penilaian Kolej-kolej Malaysia (MyQuest) yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Penarafan ini merupakan penilaian oleh KPT terhadap Institusi Pendidikan Tinggi Swasta seluruh Malaysia sebagai pengukur prestasi sepanjang sesi 2012/2013.

BACAAN DOA, MATHURAT, SERTA SOLAT HAJAT SEMPENA PEMBUKAAN SESSI PERSEKOLAHAN

ABIM JOHOR BUKA CAWANGAN KEDUA SEKOLAH TAHFIZ SAINS

e-Surat BeritaABIM

Exco ABIM Dan WADAH bersama PIBG SRI DAN SEMI Johor Bahru telah menganjurkan bacaan Mathurat, Hizb, Solat Hajat Dan Duha bersama guru-guru serta ibu bapa. Program dianjurkan sempena dengan pembukaan semester persekolahan 2014.

30 November 2013:- ABIM Daerah Segamat, telah membuka cawangan Sekolah Tahfiz Sains ABIM Kedua daerah tersebut. CawanganTahfiz ini merupakan sekolah kedua yang ditubuhkan di negeri tersebut selepas di Johor Bahru, pada tahun lalu. Insyaallah Januari 2014 akan bermula, tingkatan 1. Untuk sementara ini, kemasukan terbuka untuk 40 orang sahaja.

10

PENDIDIKAN

MALAM TAUTAN KASIH INSTITUSI PENDIDIKAN ABIM (IPA) NEGERI JOHOR

17 November 2013:-Institusi Pendidikan ABIM (IPA) yang di bawah seliaan ABIM & Yayasan Takmir Negeri Johor telah menganjurkan Makan malam tautan Kasih 2013. Majlis ini dianjurkan sebagai menghargai jasa staf dan guru guru SEKOLAH SRI JOHOR BAHRU Rendah dan Menengah tahfiz di samping meraikan kejayaan para pelajar SERI ABIM Johor dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Turut hadir meraikan, Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan (YTP), Prof Dr Ir Hassan Basri serta Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan. Sepanjang makan malam tersebut, para hadirin berpeluang menyaksikan persembahan qasidah, nasyid serta coral speaking yang dikentengahkan oleh para pelajar

11

e-Surat BeritaABIM

PENDIDIKAN

UPSR: 23 PELAJAR SERI ABIM DAPAT 5A

14 November 2013:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan tahniah ke atas para pelajar Sekolah Rendah Islam (SERI) ABIM di atas keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013. Menurut maklumat yang diterima oleh pihak mediabim, SERI ABIM Sungai Ramal Dalam, Kajang, telah mencatatkan keputusan kelulusan 95% dengan jumlah pelajar mencatatkan 5A seramai 23 orang, dan 4A 31 org. Rekod GPS yang dicatatkan 1.62 serta menduduki ranking no. 5 Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan.

PELAJAR SERI ABIM PERSEMBAHKAN SKETSA PENAKLUKAN KOTA KONSTANTINOPLE


10 November 2013:- Sketsa dan lakonan semula penalukan Kota Konstantine merupakan tarikan yang memeriahkan Ihtifal SERI ABIM Sungai Ramal Dalam Kajang, pada 10 November yang lalu. Persembahan ini mengetengahkan pengajaran-pengajaran daripada peristiwa penaklukan Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Persembahan ini telah dijayakan oleh para pelajar SERI ABIM Sungai Ramal Dalam Kajang sambil dibimbing oleh guru-guru SERI ABIM.

e-Surat BeritaABIM 12

PENDIDIKAN

MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHFIZ ABIM SEMPENA MAAL HIJRAH

1 Muharram 1435H: Majlis Khatam Al-Quran dan Ihtifal telah dianjurkan oleh Tahfiz Al Ummah ABIM Bangi. Majlis tersebut dianjurkan di Dewan Besar Malaysian German Institute di Bangi. Program ini dianjurkan untuk meraikan 2700 orang pelajar Tahfiz Al-Ummah di sekitar Bandar Baru Bangi. Naib Presiden (Masyarakat Madani) ABIM, Khairul Ariffin Mohd Munir telah hadir merasmikan Ihtifal tersebut.

Editorial:
Penasihat: Muhammad Faisal Abd Aziz Ahmad Fahmi Shamsudin Sidang Pengarang: Mohd Firdaus Md Hamsin Muhammad Zikri Jinal Illustrasi Grafik: Ainatunnadiah Azizan

Sekretariat ABIM Pusat, No 6 jalan TC2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur. Emel: Facebook: Twitter: media_abim@abim.org.my http://www.facebook.com/ABIMPUSAT ABIM_24

13

e-Surat BeritaABIM

HELWA

HELWA ABIM Anjur "Seanggun Bidadari"

14 Januari 2014:- Seanggun Bidadari bersama penggerak ABIM Wanita hari ini. Sesi sedang berlangsung. Sedang membincangkan mengapa sesebuah mesej dakwah tidak diterima oleh pendengar dan apa solusi yang boleh dilakukan. Bengkel Pemantapan Imej Berpengaruh Pendakwah.KAMAR . penuh signifikan kepada penggerak HELWA. TOT ini sememangnya menzahirkan rasa hati yang paling dalam. mengenali setiap seorang dari anda adalah satu rahmat. tahniah buat diri sendiri dan semua sahabat. syukran jazilan buat 2 penceramah hebat puan Muna Fadzil dan Dr Nur Idzura Udzir.

KETUA HELWA ABIM SABAH TERIMA ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH


1 Muharram 2013:- Ketua HELWA ABIM Negeri Sabah, Puan Fairuz Saadah telah menerima anugerah tokoh Sayidatina Fatimah 1435H. Anugerah disampaikan sempena sambutan Maal Hijrah 1435 di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau yang baru sahaja meraikan kelahiran anak sulungnya, telah mengikuti jejak suami beliau, Saudara Zikri Zainudin, Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Sabah. Saudara Zikri adalah penerima anugerah Khalid Al-Walid sempena Sambutan Maal Hijrah 1433 yang lalu.
e-Surat BeritaABIM 14

HELWA

ABIM PAHANG ANJUR KARNIVAL MUSLIMAH

2 November 2013:- Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM Negeri Pahang telah menganjurkan Karnival Muslimah di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan Pahang Darul Makmur. Karnival ini telah diisi oleh Puan Catriona Ross, Puan Akmariah Abdullah (Ahli Jawatankuasa HELWA), serta Saudari Norhidayu (Ketua HEWI PKPIM UIAM Kuantan). Antara aktiviti yang dianjurkan ialah ceramah mengenai Breast Feeding, forum Peranan Muslimah Dalam Dakwah di samping ceramah mengenai hak asasi serta perundangan wanita. Turut mengisi Karnival tersebut ialah Puan Martinelli Hashim (UIAM) dan Puan Fadhlina Sidek (Naib Presiden HELWA ABIM).

15

e-Surat BeritaABIM