AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA 50603 KUALA LUMPUR 2008/2009 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA

1104

TOKOH FALSAFAH:ABU RAYHAN AL BIRUNI

NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR: CIK HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN NAMA: NURFARAHANIS SYUHADA BINTI AZEMI NO. MATRIK: JEA080100

1

Falsafah dari sudut etimologi berasal daripada bahasa Yunani iaitu “philosophia” yang mana philos bermaksud “cinta” dan Sophia yang membawa maksud “hikmah”. Perkataaan philosophia yang menerbitkan kata “philosophy” dalam bahasa Inggeris, “philosophic” dalam bahasa Jerman dan Perancis dan kata falsafah dalam bahasa Arab. Manakala kata “filosofia” dalm bahasa Sepanyol dan “filsafat” dalam bahasa Melayu yang mendukung maksud cinta akan hikmah. Istialh philosophia digunakan dalam abad ketujuh S.M oleh ahli falsafah yang bernama Pythagoras.

Selain itu, mengenai erti falsafah Hasbullah Bakry menghuraikan daripada tiga sudut pandangan iaitu daripada sudut bahasa, pengertian praktis dan perbezaan dengan ilmu-ilmu lain. Pengertian daripada sudut bahasa adalah cinta akan hikmah atau kebijaksanaan manakala daripada sudut praktis ialah alam berfikir atau fikiran secara mendalam tentang hakikat segala sesuatu.

Walaubagaimanapun, daripada sudut perbezaan dengan ilmu-ilmu lain terbahagi kepada dua ciri khusus. Pertamanya iaitu sementara ilmu-ilmu lain terbatas skopnya, falsafah memandang alam sebagai satu kesatuan yang belum dipecah-pecahkan. Keduanya iaitu sementar ilmu lain membahaskan sebab akibat tentang sesuatu ,falsafah menyelidik hakikatnya sekali untuk menjawab tiga soalan iaitu apa, dari mana, ke mana.

2

Terdapat ramai ahli falsafah Yunani yang terkenal antaranya adalah Plato, Aristotle, Machiavelli dan ramai lagi. Walaubagaimanapun, ahli falsafah Islam juga tidak kurang hebatnya. Antaranya adalah Ibnu Sina, Al_Biruni, Sidi Gazalba, Ibnu Tufail, Ibnu Rushd, Al-Farabi dan ramai lagi.

Tokoh falsafah yang saya ketengahkan adalah Al-Biruni. Nama sebenar beliau adalah Abu Rayhan Muhammad Ibn Ahmad Biruni. Nama gelaran beliau adalah Abu Rayhan Biruni. Al-Biruni lahir pada 15 September 973M di Birun iaitu ibu negara Khawarizm ataupun lebih dikenali Turkistan. Al-Biruni meninggal pada 13 Disember 1048M. guru terawal beliau adalah Abu Nasr Mansur Ibn Alt Ibn Iraqin yang mana merupakan individu yang mempunyai kepakaran dalam ilmu matematik dan ilmu alam. Selain itu Al-Biruni juga digelar “Ustaz Fil Ulum” yang mana membawa maksud segala guru ilmu.

Secara tidak langsungnya menzahirkan kepakaran Al-Biruni dalam pelbagai bidang dan meletakkan diri beliau antara sarjana yang teragung dalam dunia Islam. Minat dan kecenderungan untuk mempelajari serta memperluaskan dimensi ilmu pengetahuan mendorong beliau merantau ke luar negara. Walaubagaimanapun, beliau ditawan oleh Sultan Mahmood Al-Ghaznawi dan ditugaskan di istana sebagai seorang ulama. Kesempatan berada di India tidak dipersia-siakan. Al-Biruni menggunakan kesempatan tersebut dengan mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Selain itu, Al-Biruni turut mengambil kesempatan untuk mengenali agam Hindu dan falsafah India. Buktinya beliau telah menulis beberapa buku yang berkaitan denganmasyarakat India dan kebudayaan India.

3

Terdapat banyak sumbangan Al-Biruni dalam bidang ilmu dan falsafah khususnya. Antaranya adalah penciptaan kaedah penggunaaan angka-angka India dan kajiannya untuk mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Selain itu, beliau menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu negara di dunia. AlBiruni juga mendirikan pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang membantu ilmu-ilmu falak pada masa akan datang. Kajian beliau dalam bidang sains, matematik, geomatik telah menyelesaikan permasalahan yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.

Al-Biruni telah menghasilkan pelbagai kitab. Antaranya adalah Kitab Tahdid AlNih ayat Al-Amakin Lita’shih Al-Masafat Al-Masakin. Selain itu, hasil karyanya adalah Al-Jamahir Fi Al-Jawahir yang menceritakan tentang batu permata. Al-Athar Al-Baqiah yang menghuraikan tentang kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah Fil AlTibb yang mengisahkan tentang ubat-ubatan.

Secara umumnya,menjelang abad ketiga sarjana Islam mula memberi perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah. Asas falsafah ilmuan Islam berpaksikan ajaran Islam dan kalimah syahadah yang mana bertujuan meningkatkan kenyakinandan ketakwaan umat Islam. Terdapat perbezaan antara falsafah Yunani dengan Islam. Secara umumnya perbezaan antara falsafah Barat dengan falsafah Islam adalah aspek keagamaan dan ketuhanan.

4

Falsafah Yunani yang lebih bertumpukan kepada pencarian

berlandaskan

pemikiran logik semata-mata. Terdapat pelbagai aliran dalam falsafah. Antaranya adalah rasionalisme, empirisisme, idealisme, eksistensialisme, pragmatisme dan realisme.

Aliran falsafah zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan terhadap persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam padahal

meliputi perbincangan berkaitan nilai akhlak, masyarakat, dan kemanusiaan. Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal bahkan berasaskan panduan wahyu dan akal sehingga para ilmuan Islam berjaya meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam.

Berdasarkan teori falsafah yang diketengahkan oleh Al-Biruni menyatakan ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan konsep syahadah tauhid Islam dan triniti agama Islam. Beliau turut menyatakan bahawa pemikiran falsafah tidak semata-mata berdasarkan ataupun bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kajian yang dilakukan secara empirikal. Hal ini juga berdasarkan kata empirisisme yang menyatakan ilmu pengetahuan itu diasaskan atau diperolehi daripada pengalaman yang berkait dengan perkara-perkara yang boleh diinderai dan dialami. Secara ringkasnya, yang dimaksudkan empirikal itu adalah melalui pancaindera atau lebih khususnya pengalaman.

Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik bahkan bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang ilmu

5

pengetahuan dan falsafah Yunani menjadikannya antara salah seorang sarjana agung dalam dunia Islam. Selain itu, beliau juga berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan dengan agama terus hidup subur. Seterusnya berkembang serta membantu selesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia.

Sebelum Abu Rayhan Biruni merantau ke India, beliau telah menjalinkan hubungan dengan Avicena ataupun lebih dikenali sebagai Ibnu Sina. Hal ini membuktikan bahawa terdapat pengikhtirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan kesarjanaan Abu Rayhan Biruni.

Abu Rayhan Biruni merupakan seorang ahli falsafah Islam yang berkebolehan dan berkaliber yang dapat memberi manfaat yang berguna kepada manusia. Hal ini terbukti dengan pelbagai sumbangan beliau dalam pelbagai bidang ilmu sepertimana yang telah digarapkan sebelum ini. Selain itu, beliau telah membuktikan kewibawaan para ahli falsafah Islam setaraf dengan ahli falsafah Barat.

Selain itu, Al-Biruni juga telah membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan seperti mana yang acapkali diwar-warkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Kesimpulannya, tokoh falsafah perlu dihargai kerana banyak sumbangan mereka telah digunapakai oleh kita pada masa sekarang. Khususnya kepada umat Islam. Sehubungan itu, Al-Biruni merupakan salah seorang sarjana Islam yang terkemuka dalam bidang falsafah di dunia Islam.

6

RUJUKAN
Awang Sariyan . Falsafah dan Logika Melayu/ Awang Sariyan ISBN978-983-066-295-4 1. Knowledge, Theory of. 2.Malay Philosophy.I.Judul 001 Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu Pengenalan.Hashim Bin Haji Musa.Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. http//:alhakelantan.tripod.com/tokoh/id7.html(tokoh-tokoh Islam)

7