You are on page 1of 22

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ... Nama Penulis : NUR SHAZWANI BINTI MOHD NORIZAN Tarikh :
1

Halaman Judul

Tajuk: ANATOMI DAN FISIOLOGI Analisis Pergerakan

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG
2

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmat dan kasih sayang-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya seperti mana yang dikehendaki. Pertama-tamanya jutaan terima kasih kami ingin ucapkan kepada kedua-dua ibu bapa kami serta rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada kami. Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Abdul Halim Bin Abdul Wahab selaku pensyarah pembimbing atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah beliau berikan. Dengan penerangan beliau yang cukup teliti dan jelas akhirnya saya dapat menyempurnakan tugasan yang telah diberikan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa segala apa yang telah beliau ajarkan amat berguna untuk diaplikasikan dalam tugasan ini. Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

SENARAI KANDUNGAN

Perkara Halaman pengakuan Halaman judul Penghargaan Senarai kandungan Laporan -

Muka surat 1 2 3 4

Pengenalan......5 Objektif.......6 Kemahiran....7 Otot.7 Tulang.10 Sendi15 Satah / aksi..16

Rumusan Refleksi Rujukan Lampiran Kolaberasi

18 19 20 21

PENGENALAN Dalam kerja kursus ini, kumpulan kami, Cinderella Sira dan Jackson Nicholos, telah mendapat Ujian Tekan Tubi untuk dianalisis. Analisis ini akan melibatkan huraian sistem-sistem yang terlibat berserta dengan analisis pergerakan Tekan Tubi. Bermula dengan maklumat Tekan Tubi, Tekan Tubi merupakan salah satu senaman yang amat universal dan mempunyai pelbagai manfaat. Ianya menggunakan berat tubuh dan daya tarikan graviti sebagai beban. Tekan Tubi juga merupakan senaman yang tidak memerlukan ruang yang besar dan boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah. Manfaat utamanya adalah dapat memberikan kekuatan dan keseimbangan kepada pengamalnya. Latihan tekan tubi amat dititikberatkan kerana ianya mampu menguatkan otototot seperti Deltoid, Triceps, Pectorilis, Pectorilis Major, Latissimus Dorsi dan Rectus abdominis. Sebgai contohnya, kekuatan otot Deltoid (bahu) mampu menghasilkan penumbuk yang kuat kerana bahu merupakan ibu gerak kepada pergerakan tangan. Manakala. kekuatan otot rectus abdominis (bahagian abdomen/otot perut) mampu memberikan kekuatan sewaktu melakukan tendangan. Ianya boleh

menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot bahagian atas torso dan lengan. Tekan tubi adalah senaman yang paling berkesan untuk membina bahagian atas torso kerana ia menggunakan berat badan itu sendiri sebagai rintangan.

Untuk melaksanakan Tekan Tubi dengan sempurna, pastikan belakang badan adalah dalam keadaan tegap dan kaki berkeadaan lurus. Sewaktu gerakan turun, pastikan bahagian badan hadapan tidak menyentuh lantai. Bagi wanita pula, disyorkan lutut menyentuh lantai dan tekan tubi hanya melibatkan bahagian atas tubuh sahaja.

Rajah 1 : tekan tubi bagi lelaki dan wanita.

OBJEKTIF Terdapat beberapa objektif yang akan dirungkaikan kenapa analisis pergerakan kemahiran tekan tubi dibuat. Antaranya ialah :

1. Analisis ini dilakukan adalah sebagai melengkapkan tugasan mata pelajaran Anatomi dan Fisiologi. 2. Sebagai panduan untuk mengetahui fungsi tekan tubi secara terperinci. 3. Mengetahui pergerakan otot-otot,sendi-sendi dan tulang terlibat dalamaktiviti tekan tubi yang dilakukan. 4. Memastikan setiap pergerakan dilakukan dengan betul dan mengikut prosedur yang tepat. 5. Memahami bagaimana latihan jenis ini boleh dilaksanakan menggunakan rintangan berat badan dengan memberikan satu cabaran terhadap kemampuan mengawal dan mengimbangi berat badan semasa melakukan aktiviti latihan

dengan posisi badan yang betul.

PENERANGAN

Kemahiran Senaman tekan tubi ini merupakan senaman yang berkesan ke atas bahagian atas tubuh. Ianya boleh menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot bahagian atas torso dan lengan. Tekan tubi adalah senaman yang paling berkesan untuk membina bahagian atas torso kerana ia menggunakan berat badan itu sendiri sebagai rintangan. Tekan tubi menguatkan otot bahagian atas badan terutama deltoids, pectoralis major, dan triceps.

Cara melakukan tekan tubi dengan betul : Suatu prinsip penting yang harus diingati adalah apabila anda melakukan tekan tubi untuk mengekalkan torso pada satah yang mendatar.
6

1. Kaki dirapatkan serta selari, tangan diletakkan selari dengan dada. Bahagian torso badan diturunkan secara mendatar ke lantai. Bahagian siku berada tinggi sedikit berbanding bahu. Pada waktu ini bahagian tulangtulang di tangan digunakan untuk menahan berat badan kita. 2. Selepas itu kita menggunakan otot-otot dan tulang-tulang pada bahagian tangan untuk menolak badan kita ke atas. Akan berlaku pengembangan dan pengecutan pada otot-otot agar tulang-tulang kita mengalami pergerakan. 3. Tangan telah dilunjurkan atau diluruskan ke permukaan lantai. Bahagian tangan telah sepenuhnya mengangkat beban badan kita sendiri. Bersedia untuk menurunkan badan secara mendatar. Pastikan bahagian pinggang dan kaki di kunci atau tidak digerakkan.

Rajah 2 : langkah-langkah melakukan tekan tubi.

Otot Otot amat penting dalam pergerakan. Tanpa otot, tulang tidak boleh bergerak dengan sendirinya. Tulang dan otot saling memerlukan bagi menghasilkan pergerakan. Otot rangka dikenali sebagai otot terkawal atau otot berjalur serta membaluti system rangka manusia. Tekanan diberikan kepada otot-otot adalah berbeza mengikut otot-otot tertentu yang terlibat dengan sesuatu aktiviti yang ingin dilakukan. Bagi aktiviti tekan tubi, penekanan diberikan kepada otot-otot yang terlibat seperti berikut :
7

1. Deltoid

Rajah 3: deltoid

2. Trapezius

Rajah 4: trapezius

3. gTriseps brachii

Rajah 5: triseps brachii

4. Biseps brachi

Rajah 6: biseps brachii

Tulang Sistem rangka manusia juga terlibat dalam pergerakan ini di mana dalam rangka paksi, turus vertabra memainkan peranan begitu juga dengan rangka apendikular di mana lengkungan pektoral akan memainkan peranannya juga. Seperti yang kita tahu sistem rangka kita berfungsi untuk menggerakkan tubuh badan kita. Tulang ini bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup. Tulang-tulang yang yang terlibat dalam aktiviti tekan tubi ini ialah tulang di bahagian tangan dan tulang belakang kita. Tulang belakang (vertebra) ini akan berfungsi mendatarkan tubuh badan kita dalam keadaan satah ketika kita menurunkan badan kita ke bawah. Tulang-tulang tangan juga memainkan peranan ketika aktiviti ini kerana kita akan menggunakan kekuatan tangan sepenuhnya untuk menampung seluruh berat badan. Diantara tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah Vertebra, Humerus, Radius, Ulna, Metakarpal, Karpal, Falanks, Tulang-tulang lain seperti skapula dan klavikel juga terlibat dalam pergerakan ini.

1) Humerus

Rajah 7 : humerus

10

2) Radius dan ulna

Rajah 8 : radus dan ulna

3) Metacarpal, karpal, farlanks

Rajah 9 : Metacarpal, karpal, farlanks

11

1) Klavikel dan scapula

Rajah 9 : klavikel dan skapula

2) Vertebra

12

Rajah 10 : vetebra Sendi Titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dengan tulang. Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Pergerakan sendi ditentukan oleh kelenturan (fleksibiliti) tisu perantaraan yang mengikat tulang, serta kedudukan ligamen, otot dan tendon.

Rajah 11 : gambar-gambar sendi

13

Diantara sendi yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti ini ialah : Sendi bahu (sendi lesung) Sendi siku (sendi engsel)

1) Sendi bahu (sendi lesung) Sendi yang terbentuk antara hujung tulang yang berbentuk separuh bulat dengan hujung tulang yang berbentuk lesung. Sendi ini membolehkan tulang bergerak pada semua satah. Contoh: sendi bahu

Rajah 12

Rajah 13

14

2) Sendi siku (sendi engsel) Sendi engsel bertindak seperti engsel yang hanya membolehkan pergerakan pada satu satah Contoh: sendi siku dan lutut.

Rajah 14

Rajah 15

15

Satah / aksi

Rajah 16 : satah / aksi dilakukan untuk latih tubi.

Rajah 17 : Semasa pergerakan ke atas (tangan diluruskan)

16

Rajah 18 : semasa pergerakan ke bawah, (tangan dibengkokkan)

17

RUMUSAN Senaman merupakan suatu amalan yang mudah untuk dipraktikkan. Ia tidak memerlukan wang yang banyak hanya sedikit masa dan tenaga. Senaman didefinisikan sebagai salah satu aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dengan kerap, dalam jangka masa tertentu, secara berulang dengan matlamat meningkatkan kecergasan dan kesihatan. Secara umum senaman bertujuan mengekalkan tahap kecergasan individu. Diantara senaman yang sering dilakukan ialah tekan tubi. Berdasarkan penjelasan yang telah dibuat dalam tugasan ini, ternyata tekan tubi member banyak manafaat kepada badan manusia apabila dilakukan secara berterusan. Tekan tubi mestilah dilakukan mengikut kadar kemampuan badan. Hal ini kerana, lakuan tekan tubi yang melebihi kemampuan kita akan memberi kesan yang teruk terhadap otot-otot badan. Ianya juga boleh menyebabkan kita mengalami kelumpuhan kerana merosakan sistem saraf kita yang berada di vertebra kita. Senaman tekan tubi mestilah dilakukan dengan kaedah dan cara yang betul bagi lelaki dan wanita. Kaedah dan cara diantara lelaki dan wanita melakukan tekan tubi adalah berbeza. Oleh itu, guru atau pengajar mestilah mengajar kaedah dan cara yang betul kepada pelaku supaya tiada kecederaan berlaku. Selain itu, keupayaan pelaku untuk melakukan senaman ini adalah berbeza-beza. Oleh hal demikian, pengajar tidak boleh memaksa pelaku untuk melakukan lebih daripada apa yang mereka mampu. Kesimpulannya, senaman bangkit tubi member banyak faedah kepada pelaku. Tetapi, jika tersilap melaksanakannya ia juga boleh memberi kecederaan yang teruk kepada pelaku.

18

REFLEKSI Assalamualaikum W.B.T. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan pendidikan jasmani (PJM 3106) ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan diberikan kepada pensyarah pembimbing, En. Abdul Halim Bin Abdul Wahab diatas segala tunjuk ajar yang diberikan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga rakan- rakan seprjuangan yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dikala kebuntuan. Pada semester ini, saya ditugaskan untuk menyiapkan tugasan PJM 3106 yang berkaitan dengan anatomi dan fisologi. Tugasan yang diberikan bertajuk analisis pergerakan, dimana saya dikehendaki memilih salah satu daripada kemahiran pergerakan seperti tekan tubi, guling hadapan, menendang bola dan sebagainya. Saya telah memilih senaman tekan tubi untuk di analisis disamping diberi penerangan kepada aspek anatomi dan fisiologi seperti otot-otot utama, tulang, sendi, aksi pergerakan, satah pergerakan dan sebagainya. Saya juga ditugaskan untuk membuat tugasan dalam bentuk power point yang disokong oleh gambar dan video bagi menyempurnakan tugasan ini. Segala maklumat tentang tekan tubi saya perolehi hasil daripada rujukan di internet dan buku rujukan di perpustakaan. Diharapkan segala input-input yang saya persembahkan dapat memberi sedikitsebanyak manafaat kepada semua yang memerlukan. Sekian.

19

RUJUKAN

Sumber Internet : 1) http://www.scribd.com/syazayasminismail/d/14356203-Tekan-Tubi 2) http://chulahitam.blogspot.com/2011/08/senaman-pilihan-tekan-tubi.html 3) http://pjk.ipgkti.edu.my/nota/Ujian%20Kecergasan%20Fizikal.pdf 4) www.ssukan.smkrajaperempuanipoh.com/FLYER 5) alamonline.net/blog/tag/tekan-tubi/

Buku 1) 2) Rex Hazeldine. 2000. Fitness For Sport. Great Britain : The Crowood Press. Vasudevan T. Arasoo. 1985. Asas Pendidikan Jasmani:Peringkat dan Tinggi. Ipoh : Fajar Bakti. 3) Wee Eng Hoe. 1997. Kecergasan:Satu Panduan Hidup Sihat. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. 4) Wee Eng Hoe. 2002. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma Publications Menengah

20

Lampiran
21

22

You might also like