OPERASI : Bekalan Kuasa Jenis Linear/Pengubah

terdapat 5 bahagian utama iaitu: PENAPIS HINGAR dan FIUS Penapis hingar dan fius (noise filter dan fius) ia merupakan bahagian mula-mula dilalui oleh bekalan kuasa Utama ke bekalan kuasa komputer. Ia berfungsi untuk menjaga keselamatan bekalan kuasa dari lebihan voltan (spike) dan juga hinggar (noise) yang boleh menganggu talian bekalan kuasa dan juga berosakan bekalan kuasa komputer. Penapis hinggar (noise filter) berfungsi untuk menapis hingar pada talian masukan dan fius pula digunakan untuk mengelakkan berlaku kerosakan pada komputer sekiranya terdapat litar pintas atau lebihan beban pada bekalan kuasa. Penapis hinggar yang biasa digunakan adalah “Metal okside Varistor”(MOV)

PENGUBAH (transformer) Pengubah digunakan untuk menaikan dan menurunkan voltan dari punca bekalan kuasa . Ia juga berfungsi sebagai pengasing di antara bekalan dari punca bekalan kuasa dengan sistem komputer. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kerosakan jika berlaku sebarang litar pintas pada sebelah yang lain ( jika berlaku pada gelung sekunder ia tidak mempengaruhi geluang primer). Keluaran sekundernya adalah masih lagi arus ulangalik. Bagi pengubah yang menurunkan voltan pada bahagian sekunder berbanding primer dipanggil ‘step down’ dan pengubah yang menaikkan voltan pada sekunder dipanggil ‘step up’. Bagi transformer yang sama nilai voltan sekunder dan primer dipanggil ‘isolation transfomer’. Jenis pengubah yang digunakan dalam bekalan kuasa adalah jenis ‘step down’.

Gambarajah Litar Pengubah

PENERUS (rectifier) Penerus digunakan untuk menghasilkan bentuk gelombang penuh atau separuh. Gelombang ini akan digunakan oleh penapis untuk menghasilkan gelombang arus terus. Biasanya gelombang yang dikeluarkan oleh penerus bekalan kuasa adalah gelombang penuh.Jenis penerus yang digunakan adalah jenis ‘bridge rectifier’. Komponen yang digunakan untuk menghasilkan bridge rectifier adalah 4 diod yang disusun.

Gambarajah Litar Penerus

PENAPIS (filter) Penapis berfungsi menapis gelombang yang dikeluarkan oleh penerus untuk membentuk gelombang arus terus. Ia biasanya menggunakan komponen seperti kapasitor dan perintang

Gambarajah Litar Penapis

PENGATUR VOLTAN (regulator) Pengatur Voltan berfungsi untuk menetapkan keluaran bekalan kuasa seperti mana yang dikehendaki.Biasanya bahagian ini menggunakan IC chip yang khas. Ia dipanggil ‘voltage regulator’ seperti 7815 (+12VDC), 7805 (+5VDC), 7905 (5VDC) dan 7915 (-12VDC) dan lain-lain lagi.

Gambarajah Litar Pengatur Voltan

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.