Penulisan : Karangan Jenis Fakta

1. Sebelum mula menulis karangan, sediakanlah rangka karangan terlebih dahulu. 2. Rangka karangan penting kerana dapat dijadikan panduan ketika menulis karangan. Dengan adanya rangka karangan, karangan anda akan menjadi lebih tersusun serta tidak menyimpang daripada tajuk atau kehendak soalan. 3. Yang berikut merupakan contoh rangka karangan yang boleh anda jadikan panduan.

Pendahuluan (Perenggan 1) (Gunakan kata tanya untuk menulis perenggan pendahuluan Apakah komputer?Siapakah pengguna dan di mana?) -komputer – rekaan sains yang canggih – digunakan secara meluas Isi-isi: (Gunakan kata tanya untuk menulis isi karangan: Apakah kebaikan? Bagaimana dan berikan contoh yang sesuai) Isi 1:Perenggan 2: mengandungi pelbagai program – dapat memudahkan kerja-kerja manusia Isi 2:Perenggan 3: jika terdapat kesalahan, mudah dipadam atau diubah suai mengikut cita rasa – kerja lebih kemas dan menarik. Isi 3:Perenggan 4: berfungsi sebagai media pengajaran dan pembelajaran sama ada di rumah atau di sekolah. Isi 4:Perenggan 5: maklumat dapat disimpan dengan selamat. Penutup(Perenggan 6) (Gunakan penanda wacana/peribahasa untuk menegaskan semula tajuk karangan. Cth: Oleh itu jelaslah, Sudah terang lagi bersuluh, dsbnya) -kebaikan – membantu manusia – perkembangan teknologi maklumat canggih dan menghiburkan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful