You are on page 1of 23

Peperiksaan

Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012

FAktor kegagalan Utama Calon Utamakan ke'berkat'an dalam ilmu. Jika anda mendapatkan naskhah ini secara 'haram' maka apa bakal terjadi dengan ilmu dan usaha anda? Fikir-fikirkan =)

Legal Notice
v v Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya Infokerjaya Resources (002091193-K) Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta. Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web www.peperiksaanAkauntan.com, sila laporkan kepada kami melalui email tipsptd@gmail.com dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk kemasukan kerja kerajaan daripada kami yang akan disalurkan melalui EMAIL yang anda daftarkan dengan kami

Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Akauntan W41 ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources (Team Tipsptd). Ianya diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Akauntan W41 ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan.

Infokerjaya Resources, Julai 2012


www.peperiksaanAkauntan.com

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012

Apa Yang Bakal anda Perolehi


Sebelum memulakan langkah persediaan anda, suka untuk kami ringkaskan apa yang bakal anda perolehi dari Pakej Rujukan ini. Ianya akan diringkaskan seperti di bawah;

Kenapa GAGAL?

Penerangan Format

Pecahan Soalan Penerangan Seksyen Strategi Persediaan

Contoh Soalan

Pelan Tindakan

Senarai Semak

Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen adalah PERKARA penting yang kami DEDAH kan kepada anda. Anda akan tahu bentuk soalan dan bagaimana untuk anda bersedia. Link khas disediakan untuk rujukan.

Penutup & Doa

www.peperiksaanAkauntan.com

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012

Isi Kandungan

Tajuk
Kenapa GAGAL Pengenalan: JANM Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Seksyen A v v v v v v v Pecahan 1 Pecahan 2 Pecahan 3 Pecahan 4 Pecahan 5 Pecahan 6 Pecahan 7

Mukasurat
7

Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Seksyen B v Pecahan 1 v Pecahan 2 v Pecahan 3 v Pecahan 4 Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Seksyen C v Contoh Teks Bahasa Melayu v Contoh Teks Bahasa Inggeris Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Seksyen D v Contoh Soalan

Tips Khas: Bagaimana Menulis Esei Dengan Baik v Isu-isu yang perlu diberi perhatian dalam Seksyen D dan E

Senarai Semak Kit Persediaan Penutup dan Doa

www.peperiksaanAkauntan.com

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012

Kenapa GAGAL?
Ada beberapa sebab yang menyumbang kepada kegagalan calon-calon ujian bertulis ini tak kiralah PTD atau skim-skim yang lain. Anda boleh rujuk dalam ebook PERCUMA 27 Sebab kenapa Calon GAGAL Ujian yang diedarkan secara percuma di blog http://tipsptd.com/blog Kenalpasti sebab gagal dan anda cuba pastikan ianya tidak berlaku pada anda. Anda harus baca ebook tersebut! Untuk tindakan pantas, kami senaraikan beberapa sebab penting yang mana antara lainnya, calon gagal sebab terlalu gemuruh! Apabila terlalu gemuruh, maklumat yang ada di kepala anda hilang dan tidak keluar. Anda mungkin memandang remeh isu ini tetapi inilah hakikat yang berlaku. Seringkali ada sahaja calon yang berpeluh satu badan dan tak senang duduk semasa exam lantas pulang awal sebab tak mampu lagi meneruskan exam tersebut. Kenapa mereka gemuruh? Kalau ianya memang satu symptom kebiasaan anda, anda perlu kepada ubat. Ada beberapa ubat penenang yang anda boleh dapatkan di farmasi untuk tindakan pantas. Tapi untuk jangkamasa panjang, kami sarankan anda mengambil ubat penenang yang merupakan tissue salt dari klinik perubatan homeopathy. Perubatan homeopathy memberikan tindakbalas yang sedikit lambat, tapi jika anda mengalami masalah gemuruh, eloklah mengamalkannya dan ianya selamat serta tiada kesan sampingan berbanding ubat penenang yang dijual di farmasi. Sebab lain yang menyumbang kepada gemuruh ini ialah disebabkan kecuaian calon tersebut. Calon tersesat dan tak jumpa jalan ke tempat peperiksaan ataupun tersekat dalam traffic jam lalu lewat ke tempat peperiksaan. Ada juga lupa peralatan yang diperlukan termasuk IC dan lain-lain, tersilap masuk dewan peperiksaan, berada ditempat yang salah dan lain-lain. Semua ini perkara remeh dan tak sepatutnya berlaku kepada anda. Siapkan diri anda awal-awal, ini adalah persediaan fizikal yang perlu diselesaikan awal. Kalau boleh anda pergi melihat tempat peperiksaan sehari awal atau sebelum peperiksaan, jadi anda tak gelabah tersesat dan sebagainya. Tolong ambil perhatian perkara ini kerana ianya penting dan selalu diabaikan. Pastikan semua kelengkapan alat tulis ada, IC dan surat panggilan juga ada. Cuba tiba awal di pusat peperiksaan dan biarkan diri anda berasimilasi dengan suasana pusat peperiksaan tersebut. Tarik nafas dalam-dalam dan cuba bermeditasi seketika. Bacalah doa-doa yang anda belajar untuk menenangkan diri. Kami ada kongsikan doa di blog tipsptd untuk anda amalkan sebelum peperiksaan. Faktor kegagalan yang lain ialah anda terperanjat dengan soalan yang ditanya. Soalan terlalu banyak, diluar jangkaan, masa terhad dan sebagainya. Dalam kata lain ianya disimpulkan sebagai calon gagal sebab tak tahu format dan bentuk soalan yang bakal ditanya. Kami yakin setelah www.peperiksaanAkauntan.com 5

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012


anda membaca nota peperiksaan Akauntan ini, masalah terkejut ini sudah tiada harapnya sebab anda tahu apa yang bakal anda lalui. Fahami dan tahu apa skop yang bakal ditanya juga jumlah soalannya supaya anda dapat bajet masa anda untuk peperiksaan ini. Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalansoalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah lebih awal, tahu format, tahu skop yang bakal ditanya dan harapnya kejayaan menanti anda. Tiada persediaan rapi adalah faktor umum kegagalan anda dalam apa bidang sekalipun. Terlalu yakin atau sekadar pergi mencuba nasib merupakan attitude yang berbeza tapi menyumbang ke satu natijah yang sama iaitu KEGAGALAN. Satu fakta yang anda kena tahu ialah, jumlah calon yang layak menduduki peperiksaan bertulis untuk skim PTD sahaja setiap tahun ialah lebih kurang antara 70 ribu ke 80 ribu orang dan calon yang dipanggil ke sesi PAC adalah sekitar 6 ribu ke 7 ribu calon sahaja. Jadi soalan yang dirangka ialah untuk menyingkirkan hampir 90% calon yang menduduki peperiksaan!! Anda akan dapati ada soalan yang tak masuk akal langsung seperti pengatahuan tentang jenis gendang kaum Penan dan sebagainya. Apa yang kami cuba sampaikan ialah tidak kiralah anda graduan kelas pertama ke kelas ketiga ke, anda tiada kelebihan masa itu. Anda perlu bersaing dengan semua orang yang dipanggil ke peperiksaan tersebut. Kebanyakan calon terlalu yakin dan pergi tanpa persediaan yang rapi. Kenapa anda harus jadi seperti mereka? Buat persediaan rapi, siapkan diri anda dengan maklumat yang diperlukan, hampir pasti anda bakal berada dalam kelompok yang bakal dipanggil ke PAC. Sekali lagi kami suka tegaskan, anda perlu bersedia, jangan pergi untuk sekadar mengambil peperiksaan sahaja, tapi pergi dengan persediaan yang rapi, ilmu penuh di dada dan untuk berjaya, bukan untuk menjadi calon kebanyakan! Faktor lain ialah, sangkut pada ujian Matematik. Tentang ujian Matematik, untuk graduan aliran Sains, tidak menjadi masalah utama, tapi untuk graduan aliran Sastera, ada sedikit masalah. Soalan bahagian ini sebenarnya tidak memerlukan anda memiliki kemahiran matematik yang tinggi, silibus nya hanya sekadar matematik tingkatan 5 yang anda lulus dengan cemerlang 5-10 tahun yang lalu. Itu yang dinyatakan oleh pihak SPA, tapi bagi kami soalan hanya mencakupi silibus tingkatan 3, (campur, tolak, darab, bahagi, pecahan) dan tambahan kepada skil penyelesaian masalah. Yang selebihnya adalah analytical yang tak memerlukan anda membuat pengiraan langsung. Tak usah gelabah, anda baca soalan matematik tersebut dengan sedikit teliti dan kami pasti anda boleh menjawabnya. Jawab soalan dibahagian IQ dengan pantas dan luangkan lebih masa untuk bahagian matematik. Buatlah satu dua set ujian peperiksaan PMR dan cari beberapa soalan analitikal penyelesaian masalah dari internet. Tak susah, percayalah!

www.peperiksaanAkauntan.com

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012


Faktor lain ialah gagal menjawab soalan esei. Ini faktor kritikal, anda harus tahu isu semasa untuk menjawab soalan esei ini. Banyakkan membaca akhbar dan ambil peduli tentang isu-isu nasional sekarang. Luangkan masa menonton berita setiap malam mulai sekarang. Penting untuk anda mengetahui isu semasa, jangan main hentam sahaja dan akhirnya anda memberikan satu gambaran yang salah tentang isu tersebut. Sebolehnya kami tak nak membebel tentang isu ini, anda seorang graduan universiti, jadi anda harus tahu apa yang perlu anda lakukan untuk memperkayakan diri anda dengan maklumat-maklumat ini. Dalam Diskripsi Prima ini dilampirkan juga bagaimana menulis esei dengan baik dan senarai tajuk-tajuk yang telah diperincikan mengikut kumpulan tertentu dan semua ini terserahlah kepada anda untuk ambil tindakan.

www.peperiksaanAkauntan.com

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012

PengenalaN
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dan diterajui oleh Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Mengikut rekod dalam sebaran umum JANM, jawatan Akauntan Negara yang pertama telah disandang oleh En. G.G.T Browne dalam tahun 1946. Sehingga kini, JANM telah diterajui oleh seramai 13 orang Akauntan Negara. Sejak tahun 1967, kepimpinan JANM telah diambil alih oleh anak tempatan. Bermula 29 November 2010 sehingga sekarang Akauntan Negara adalah Datuk Wan Selamah binti Wan Sulaiman menggantikan Dato Mohd Salleh bin Mahmud. Akauntan Negara adalah 1. Ketua Perkhidmatan bagi perkhidmatan a. Akauntan b. Penolong Akauntan c. Pembantu Akauntan 2. Pendaftar Wang Tak Dituntut 3. Akauntan Utama bagi Kerajaan Persekutuan dan 4. Ketua Bahagian Akaun Perbendaharaan persekutuan o yang mempunyai kuasa dalam perkara-perkara mengenai tatacara-tatacara perakaunan berkenaan dengan akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri-negeri. VISI JANM Menjadi Sebuah organisasi terbilang dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor awam MISI JANM Merekabentuk, membangun dan melaksanakan sistem perakaunan kerajaan yang terbaik. Memberi khidmat nasihat dan meluluskan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik. Menasihati pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan. Memajukan kerjaya dan mempertingkatkan kompetensi sumber manusia dalam perkhidmatan perakaunan. Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Objektif JANM Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan Kerajaan Persekutuan. Mempertingkatkan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan agensi Kerajaan. Membantu Kerajaan dalam membuat keputusan yang berkesan. Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan sumber manusia bagi perkhidmatan perakaunan. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965 www.peperiksaanAkauntan.com 8

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012

Penerangan Jawatan
Jawatan Akauntan W41 adalah di bawah jawatan di bawah Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan (MOF) Diskripsi Tugas; Bertanggungjawab mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kewangan serta fungsi perbendaharaan. Syarat Lantikan; Calon memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunnan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institute pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya o [ Gaji Permulaan P1 : RM2,650.63 ]

Ahli Penuh badan-badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan o [Gaji Permulaan P1: RM2,650.63]

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli PPenuh badan-badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan o [Gaji Permulaan P1: RM2,754.41]

Ahli penuh Institut Akauntan Malaysia o [Gaji Permulaan P1: RM2,858.19]

[SYARAT WAJIB] Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

www.peperiksaanAkauntan.com

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012

Huraian Format
Format untuk peperiksaan 4 OGOS 2012 ini seperti yang dimaklumkan melalui surat panggilan menagndungi hanya 4 Seksyen berbanding peperiksaan Gred 41 lain yang mengandungi 5 seksyen. Tiada penilaian pemahaman teks bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam kata lainnya, format kali ini lebih ringkas dan sesi peperiksaan akan tamat dalam jam 2 petang sahaja Anda harus tahu juga yang Gred 41 telah mula menggunakan sistem MyRecruitment yang sebelum ini hanya untuk menapis calon lulusan ijazah bagi beberapa jawatan khusus Gred 41 seperti Pegawai Tadbir Diplomatik. Ringkasnya, sebelum sampai ke temuduga calon akan melalui 2 peringkat saringan iaitu peperiksaan bertulis (yang bakal anda hadapi 4 OGOS 2012 ini) dan sekiranya berjaya anda akan dibawa menduduki sesi Program Assessment Center (PAC) sebelum ke sesi temuduga. Anda tak perlu risau mengenai PAC ini kerana Infokerjata (Team Tipsptd) sudah membantu ramai calon menduduki sesi PAC ini. Risalah PAC akan menjadi milik anda secara percuma sebagai BONUS pembelian anda kali ini. Ianya akan dihantar melalui email yang anda daftarkan di ruangan download. Jika anda tidak daftar di sana, anda akan terlepas bonus ini! Jadi buat masa ini, fokus untuk berjaya dalam peperiksaan bertulis terlebih dahulu. Jadi bagaimana dengan format yang anda tahu?

Formatnya 4 Seksyen sahaja tetapi mengikut penilitian Inforkerjaya (Team Tipsptd) sepanjang lebih kurang 4 tahun membantu calon (sejak tahun 2009) dalam peperiksaan bertulis memasuki perkhidmatan awam, setiap seksyen dipecahkan lagi. Anda beruntung kerana memilih untuk memiliki pakej ini kerana hal ini tidak diketahui oleh calon yang lain kecuali mereka yang memiliki naskhah ini. Kami namakan ianya sebagai pecahan dalam pecahan!

www.peperiksaanAkauntan.com

10

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012

Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling


Penerangan Format
Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai paling banyak soalan. Anda diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2012. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan). Sekali lagi formatnya; Tempoh: 40 minit Jumlah Soalan: 50 soalan Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu criteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan soalan dalam seksyen A ini. Antara skop pengkhususan soalan dalam bahagian ini ialah; Sejarah Malaysia Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat Skop Tugasan Badan dan Perjawatan Isu Nasional Dasar Pentadbiran Negara Tarikh dan Fakta Penting Soalan berkaitan Akaun (PENTING) Lain-lain di luar skop www.peperiksaanAkauntan.com 11

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012


Ianya adalah pecahan berdasarkan pemerhatian dan feedback yang diterima oleh kami sejak 4 tahun kebelakangan ini (2009 2012) sepanjang menyalurkan maklumat kepada calon-calon yang dahagakan maklumat mengenai peperiksaan kemasukan kerajaan. Pecahan itu adalah sebagai panduan umum untuk memudahkan anda melakukan rujukan dan persediaan rapi dalam peperiksaan peringkat ini. Ianya bukanlah sesuatu yang rasmi, tetapi lebih kepada gambaran umum kepada anda dan kami namakan ianya sebagai pecahan dalam pecahan! Dengan pembahagian ini, seharusnya anda akan jadi lebih jelas dan terarah dalam melakukan persediaan sebelum menghadapi peperiksaan bertulis. Ramai yang menyatakan seksyen A ini adalah satu seksyen yang sengaja diadakan untuk memerangkap calon dan ianya sama-sekali tidak masuk akal kerana skop yang dirangkumi oleh seksyen ini terlalu luas. Bahkan dalam penghuraian seksyen ini oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri mereka menyatakan yang tiada rujukan khusus untuk persediaan seksyen ini. Dalam hebahan umum SPA menyatakan;

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini
Ini makluman dalam edaran SPA yang terbaru (2012), tetapi rujuk semula makluman sebelum ini, ianya lebih kurang tetapi ada sesuatu yang lebih jelas di sana. Rujuk pernyataan di bawah;

Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembanganperkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.
Tapi kami tetap berusaha untuk memudahkan anda dan kami akan tunjukkan melalui pemerhatian yang dibuat bagaimana soalan-soalan ini dibentuk sebenarnya dan bagaimana menyediakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan seksyen A ini. Kami akan huraikan satu www.peperiksaanAkauntan.com 12

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012


persatu pecahan bahagian yang telah dinyatakan sebelum ini beserta contoh-contoh soalan yang menggambarkan pecahan tersebut. Dan sekali lagi diingatkan yang pecahan itu merupakan hasil pemerhatian kepada soalan-soalan yang lepas (2009 Mei 2012)

Huraian Seksyen A: Pecahan 1- Sejarah Malaysia


Pada 5 sesi peperiksaan SPA yang lepas (PTD Julai 2011, Dadah November 2011, Penguasa Kastam Februari 2012 dan Juruaudit Mac 2012) juga PTD Mei 2012, tiada soalan khusus berkaitan SEJARAH dikeluarkan. Begitu juga peperiksaan TERKINI Penolong Akauntan (JUN 2012), tiada soalan sejarah khusus ditanya. Tetapi ini tidak bermakna persediaan berkaitan sejarah harus diabaikan kerana tidak mustahil ianya akan ditanya untuk sesi kali ini. Luangkan sedikit masa untuk membuat rujukan pantas berkaitan sejarah (tidak perlu terlalu tumpu) JIKA DITANYA untuk bahagian Sejarah Malaysia, persediaan anda, ABAIKAN bab-bab yang berhubungkait dengan isu-isu antarabangsa. Fokus kepada yang menjurus kepada yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia. Boleh juga mendapatkan buku Sejarah Malaysia atau Malaysia Kita untuk memantapkan persediaan anda. Anda tak perlu risau sangat kerana semuanya sebenarnya sudah ada dalam benak fikiran anda kerana kita pernah melaluinya zaman persekolahan dahulu dan maklumat itu sebenarnya sudah pun tersimpan dalam memori kita. Apa yang kita perlukan ialah sedikit bacaan yang boleh mengingatkan kita semula. Jadi ianya tidaklah sesusah kita mengambil peperiksaan dahulu kerana semua itu adalah baru bagi kita ketika itu. Sebab itu anda perlu smart dalam persediaan kali ini. Cari buku-buku rujukan yang ringkas (point system) yang hanya menekankan isi-isi penting sahaja. Jangan membaca rujukan yang seperti buku teks kerana ianya disediakan untuk menghuraikan dan memahamkan pembaca yang membaca untuk mengetahui fakta buat kali pertama. Situasi ini lain dengan anda, anda Cuma nak mengingat kembali apa yang pernah anda faham dan tahu satu ketika dahulu. Jadi jimatkan masa dan tenaga anda, hanya cari nota-nota yang bercirikan point form dan sudah barangtentu ianya akan menjimatkan masa anda. Jadi bagaimanakah soalan yang selalu ditanya yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia? Ini adalah sebahagian soalan yang berkaitan;

www.peperiksaanAkauntan.com

13

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012


1. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-15 kerana faktor-faktor yang berikut kecuali

A. Semasa Tun Perak menjadi Bendahara Melaka B. Hubungan diplomatik dengan negeri China memberi perlindungan C. Melaka terletak di kedudukan strategik yang menjadi tumpuan ramai pedagang asing D. Melaka mempunyai banyak sumber bahan mentah

2. Pilih pernyataan yang salah mengenai perluasan kuasa penjajah British di Tanah Melayu

A. British membentuk negeri-negeri Selat berdasarkan Perjanjian dengan Belanda (1824) B. Perjanjian Pangkor (1874) C. Pembentukan negeri-negeri Melayu bersekutu (1896) D. Pembentukan negeri-negeri Melayu tidak bersekutu (1909)

3. Sistem Residen bermula di Tanah Melayu sejak

A. Selepas Perjanjian Inggeris Belanda ditandatangani pada tahun 1824 B. Pembentukan negeri-negeri Selat pada tahun 1826 C. Pada tahun 1874 apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani D. Pembentukan negeri-negeri Melayu bersekutu pada tahun 1896

4. Faktor-faktor yang mencerminkan kejayaan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 ialah

www.peperiksaanAkauntan.com

14

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012


I. Penduduk diterima menjadi warganegara berdasarkan prinsip jus soli II. Orang Melayu diberi hak istimewa dalam Perlembagaan

Persekutuan III. Semua warganegara berpeluang untuk bekerja di dalam

perkhidmatan awam IV. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan

A. I, II sahaja B. III, IV sahaja C. I, II, IV sahaja D. I, II, III, IV

5. Suruhanjaya Cobbold dibentuk pada tahun 1962 untuk

A. Merangka Perlembagaan Malaysia B. Mengesahkan Jawatankuasa Antara Kerajaan pembentukan Malaysia C. Membantu Suruhanjaya Khas PBB memungut suara rakyat Borneo D. Meninjau pandangan Sabah dan Sarawak terhadap cadangan penubuhan Malaysia

Soalan 6 10 tidak disediakan jawapan. FOKUS contoh diberikan untuk penerangan pecahan soalan. Soalan dan Jawapan ada dibahagian

seterusnya nanti 6. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Kebangsaan?

www.peperiksaanAkauntan.com

15

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012


7. Perjuangan merupakan menuntut satu firqah kemerdekaan yang melalui yang mata pena juga kepada berkesan menyumbang

kebangkitan rakyat. Bagaimana ianya bermula? 8. Dia adalah seorang yang berpengaruh dalam pakatan bersama

Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan dan pernah dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-Negeri

Selat pada tahun 1923-1934. 9. Apakah yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda pimpinan Ibrahim Haji Yaakob yang akhirnya menyebabkan mereka tersisih dalam pembentukan Tanah Melayu? 10. Raja Sarawak yang pertama dilantik adalah James Brooke.

Bilakah lantikan tersebut dibuat? Semua 10 soalan tersebut adalah soalan contoh yang merangkumi pecahan Sejarah Malaysia dalam Seksyen A. Harus diingatkan anda diberi pilihan jawapan yang hampir dan anda perlu berhatihati dalam memilih jawapan. Pilihan jawapan selalunya 5 (a-e) berdasarkan format terdahulu, tetapi untuk kali ini tidak mustahil ada parubahan. Kadangkala ianya hanya diberikan 4 pilihan jawapan (AD). Anda harus cepat dan pantas menjawab soalan-soalan ini. Jadi sebolehnya anda sediakan diri anda dengan pengetahuan yang komprehensif meliputi Sejarah Malaysia.

www.peperiksaanAkauntan.com

16

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012

Huraian Seksyen A: Pecahan 2 - Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat


Soalan pecahan ini ditanya dalam peperiksaan sebelum ini dan ada kemungkinan soalan pecahan Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat juga akan ditanya dalam peperiksaan kali ini. Pada peperiksaan kemasukan kerajaan pada Mei 2012 yang lalu beberapa soalan dari pecahan ini ditanya berkaitan Mahkamah Tertinggi di Malaysia dan beberapa soalan lain TETAPI pada sesi JUN 2012 tiada soalan dalam pecahan ini ditanya! Bahagian ini menuntut anda memahami secara umum tentang bagaimana pembahagian tugas peringkat negeri dan pusat. Pengetahuan bagaimana struktur jabatan-jabatan negeri dan bagaimana perhubungannya dengan kerajaan pusat. Di samping itu pengetahun tentang perlembagaan, bagaimana undang-undang dibuat dan proses parlimen, pengesahan dari badan eksekutif. Jika boleh diperincikan, ianya juga mencakupi sistem pemerintahan dan pentadbiran Negara. Rujukan yang sesuai ialah buku Sejarah Tingkatan 5, buku Malaysia Kita dan rujukan Pengajian Am Tingkatan 6. Anda boleh rujuk mana-mana yang mudah diperolehi atau sumber sedia ada. Berikut adalah contoh soalan dalam bahagian ini; 1. Pindaan kecuali; a. Mendapat pungutan suara majority biasa dari tiap-tiap buah Majlis Parlimen b. Mendapat suara dua pertiga dari tiap-tiap Majlis Parlimen c. Mendapat perintah hasil mesyuarat Raja-raja untuk mengubah perlembagaan d. Mendapat suara dua pertiga dari tiap-tiap Majlis Parlimen dan mendapat keizinan daripada Majlis Raja-raja e. Untuk perkara yang melibatkan Sabah dan Sarawak, ianya Perlembagaan boleh dilakukan dengan cara berikut

memerlukan suara dua pertiga Parlimen dan persetujuan yang di-Pertua Negeri

www.peperiksaanAkauntan.com

17

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012


2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan dia mestilah seorang yang f. Beragama Islam g. Pernah menjadi Menteri Kabinet h. Keturunan Melayu i. Menjadi warganegara mengikut operasi undand-undang j. Menjadi warganegara secara masukan 3. Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh penjajah

British dan sultan-sultan negeri Tanah Melayu menjelang Abad ke-20 mempunyai tujuan untuk.. a. Membentuk negeri-negeri Melayu Bersekutu b. Membentuk Persekutuan Tanah Melayu c. Membentuk jata perkongsian kuasa d. Membentuk negeri-negeri Selat 4. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai: a. Penubuhan ASEAN b. Penubuhan Tenggara c. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN d. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan kawasan aman, bebas, dan berkecuali di Asia

Kerajaan mereka ke atas Sabah e. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara Negara-negara ASEAN 5. Perlembagaan boleh dipinda dengan syarat tertentu yang

antaranya sokongan 2/3 ahli dewan rakyat. Antara kepentingan pindaan Perlembagaan yang harus dihayati: a. Mengikut kesesuaian idealogi kerajaan semasa b. Membuang mana-mana perlembagaan yang dianggap berat sebelah c. Membentuk satu pembaharuan yang menyeluruh d. Melindungi kepentingan rakyat e. Supaya tiada percanggahan dengan dasar dan polisi baru

www.peperiksaanAkauntan.com

18

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012


Soalan 6 10 tidak disediakan jawapan (SEKADAR CONTOH UNTUK MENERANGKAN PECAHAN INI Soalan dan Jawapan di ruangan Contoh Soalan) 6. Setiap kementerian di kerajaan Pusat mempunyai agensi-agensi yang mempunyai bidang kerja di bawah skop kerajaan pusat.

Bagaimana pulak keadaan agensi di negeri-negeri? 7. Berikut adalah langkah carta alir dalam perlaksanaan

Pilihanraya Umum yang betul. 8. Yang manakah antara berikut merupakan tunjuk arah yang betul dalam Negara? 9. Kerajaan Negeri dan Pusat mempunyai peranan yang berbeza dalam beberapa aspek tetapi juga mempunyai senarai tugasan bersama. Manakah antara berikut termasuk dalam senarai tugasan bersama? 10. oleh Komanwel Tun Dr ditubuhkan Mahathir berdasarkan yang idea yang dicadangkan oleh Negarapenyusunan hierarki kuasa dalam badan perundangan

Mohamad

dianggotai

negara Dunia Ketiga dan tujuan utamanya ialah: Jangan lupa juga untuk melihat kembali struktur kementerian yang dirangka di bawah pentadbiran DatoSeri Najib beserta menteri-menteri yang bertanggungjawab. Di samping itu beri perhatian yang lebih mengenai jabatan-jabatan negeri dan juga tugasan kerajaan tempatan. Apakah bidang tugas kerajaan negeri dan apakah hak eksklusif kerajaan negeri yang tidak boleh ada campur tangan dari kerajaan pusat secara umumnya. Untuk bahagian pentadbiran kerajaan pusat, ambil maklum tentang perjalanan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan bagaimana fungsi kedua-dua dewan dalam melancarkan pentadbiran.

www.peperiksaanAkauntan.com

19

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012

Huraian Seksyen A: Pecahan 3 - Skop Tugasan Badan dan Perjawatan


Dalam bahagian ini sebenarnya rujukannya adalah sama dengan pecahan struktur pentadbiran Negeri dan Pusat, cuma ianya lebih berfokus kepada fungsi jabatan dan jawatan tertentu. Atau lebih mudah, soalannya terus mengenai tugas jawatan dan jabatan. Tipsnya ialah ambil tahu tugas-tugas umum jabatan kerajaan dan jawatan yang penting dalam gagasan pentadbiran kerajaan. Berikut adalah antara soalan-soalan yang akan membuatkan anda lebih faham apa yang dimaksudkan dengan pecahan bahagian ini. 1. Berikut adalah skop tugasan kawal selia yang dijalankan

bersama diperingkat negeri dan pusat kecuali: a. Perkhidmatan tempatan b. Cuti negeri c. Undang-undang negeri d. Parit dan tali air e. Tanah 2. Layanan istimewa diperuntukkan di dalam Perlembagaan untuk

kaum bumiputra mencakupi perkara berikut kecuali: a. Peruntukan bantuan pendidikan dan biasiswa b. Kouta jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam c. Ketua kerajaan persekutuan dan negeri d. Pemberian lessen perdagangan dan perniagaan 3. Antara berikut yang manakah bukan objektif utama Dasar Sosial Negara (DSN)?

a. Memastikan

keperluan

hidup

yang

menyeluruh

akan

menjadi

teras kehidupan rakyat Malaysia b. Menjamin rakyat Malaysia menikmati alam fizikal dan social yang berteraskan falsafah DSN c. Menjamin rakyat Malaysia menikmati kesejahteraan hidup

secara berterusan

www.peperiksaanAkauntan.com

20

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012


d. Memenuhi keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat Malaysia

4. Jawatankuasa Kabinet telah dibentuk pada tahun 1970an, apakah objektif perlantikan jawatankuasa tersebut?

I.

Mengkaji semula matlamat dan keberkesanan sistem pelajaran

II. Merangka dasar pelajaran kebangsaan dan kurikulum baru III. Memastikan keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi IV. Memastikan sistem pelajaran dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih

a. I, II sahaja b. III, IV sahaja c. I, II, IV sahaja d. I, II, III, IV Soalan 5 7 tidak disediakan jawapan (SEKADAR CONTOH UNTUK

MENERANGKAN PECAHAN INI Soalan dan Jawapan di ruangan Contoh Soalan)

5. Organization selepas

of

the

Islamic

Conference Apakah

(OIC) tujuan

ditubuhkan utama OIC

kegagalan

Liga

Bangsa.

ditubuhkan? 6. Apakah peranan yang dimainkan oleh Raja-raja Melayu dalam

sistem peperintahan Negara? 7. Bagaimana seorang Pegawai Daerah memainkan peranan dalam

menyelesaikan masalah-masalah yang dilaporkan melalui Penghulu

www.peperiksaanAkauntan.com

21

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012

Huraian Seksyen A: Pecahan 4 - Isu Nasional


Dalam bahagian ini sebenarnya strategi persediaan tidaklah begitu spesifik. Ianya lebih berfokuskan sejauh mana anda sensitif dengan isu-isu dalam Negara seperti isu kenaikan harga minyak, gula, bencana alam dan sebagainya dan bagaimana kerajaan mengambil langkah proaktif dalam menanganinya. Jika anda seorang yang peka dan membaca akhbar secara rutin, bukanlah menjadi satu masalah untuk anda menjawab soalan berbentuk seperti ini. Jadi umumnya, persediaan untuk seksyen ini ialah, banyakkan membaca akhbar dan lazimi diri anda dengan mendengar berita setiap hari. Antara soalan yang sempat kami kumpul berkait dengan pecahan Isu Nasional ini adalah seperti di bawah; 1. Tahun 2009 menyaksikan keadaan ekonomi yang global yang berada dalam peringkat pemulihan sekaligus menyaksikan kenaikan harga barangan secara keseluruhannya. Antara faktor utama yang

menyumbang ke arah peningkatan harga barang adalah perkara di bawah kecuali: a. Keadaan keamanan dunia secara keseluruhannya b. Kenaikan harga minyak dunia c. Bencana alam di Negara-negara pengeluar barangan d. Kejatuhan matawang Amerika Syarikat e. Situasi inflasi dunia 2. Kenaikan harga minyak dunia memberi kesan kepada pelan subsidi minyak oleh kerajaan. Apakah langkah utama yang diambil oleh kerajaan dalam mengukuhkan sistem subsidi minyak? a. Memansuhkan rebat b. Memperkenalkan penggunaan minyak RON95 sebagai penggunaan prima c. Memperkuatkan kawalan penyeludupan minyak oleh Negara jiran d. Mengkaji semula kaedah pemberian subsidi minyak e. Menggalakkan penggunaan NGV sebagai alternatif bahan bakar www.peperiksaanAkauntan.com 22 subsidi terus kepada minyak tetapi membayar

Peperiksaan Akauntan W41 Sesi 4 OGOS 2012

TAMAT REVIEW COPY

Dapatkan versi penuh persediaan peperiksaan 4 OGOS 2012 ini di:


www.peperiksaanAkauntan.com
www.peperiksaanAkauntan.com 23